Repot penuh bengkel amirudin-

70
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, 81310 UTM JOHOR BHARU,JOHOR MALAYSIA. FOLIO PROJEK KOD DAN NAMA KURSUS SPPE 1012 ASAS KETUKANGAN NAMA DAN NO.MATRIK MOHAMAD AMIRUDIN BIN ABDULLAH A14PP3032 PENSYARAH DR. AMIRMUDIN BIN UDIN TARIKH 7/1/2016

Transcript of Repot penuh bengkel amirudin-

Page 1: Repot penuh bengkel  amirudin-

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, 81310 UTM

JOHOR BHARU,JOHOR MALAYSIA.

FOLIO PROJEK

KOD DAN NAMA KURSUS SPPE 1012

ASAS KETUKANGAN

NAMA DAN NO.MATRIK MOHAMAD AMIRUDIN BIN

ABDULLAH

A14PP3032

PENSYARAH DR. AMIRMUDIN BIN UDIN

TARIKH 7/1/2016

Page 2: Repot penuh bengkel  amirudin-

Bengkel

Gegas

Page 3: Repot penuh bengkel  amirudin-

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan

tugasan bagi ‘projek gegas’ dalam kursus “ Asas Pertukangan ” ini. Sepanjang menjalankan

tugasan ini banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini untuk

digunakan di dewasa kelak. Saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan

pengetahuan dengan lebih terperinci lagi mengenai asas pertukangan.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung dalam proses saya untuk menyelesaikan tugasan ini.

Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu Dr.Amirmudin Bin Udin kerana beliau telah

banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini dari segi

praktikal dan teori. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan

tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada

En.Ros Iskandar Zulkarnaian Bin Mansor . Selain itu , saya juga turut merakamkan terima

kasih kepada rakan – rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan

dan kerjasama bagi merialisasikan usaha menyempurnakn tugasan asas petukangan ini.

Segala bantuan yang telah anda hulurkan amat saya hargai kerana tanpa bantuan dan

sokongan anda semua , tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, Terima Kasih.

Page 4: Repot penuh bengkel  amirudin-

1.0 PENGENALAN

Didalam tugasan atau “projek gegas” ini, secara umunya pelajar telah didedahkan dengan

cara penggunaan alatan tangan dan alatan mesinl yang berada di dalam bengkel dengan betul.

Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan “amalan kerja selamat dan sihat”. Pelajar telah

didedahkan dengan mengkaji jenis bahaya atau keadaan tidak selamat dan cara

menanganinya sebelum memulakan sesuatu kerja didalam bengkel. Di dalam tugasan gegas

ini, pelajar dikehendaki menyelesaikan dua tugasan di bengkel fabrikasi logam.

Di dalam bengkel ini juga, pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam mematuhi peraturan yang

telah di tetapkan oleh bengkel. Dengan ini, pelajar diberikan satu projek iaitu kerja

menggegas yang melibatkan plat besi.

Kerja menggegas ini bermaksud penghasilan tanggam melalui kaedah manual. Projek gegas

ini banyak melibatkan alatan tangan kerana kerja ini tidak banyak melibatkan mesin, dengan

itu pelajar dapat belajar cara penggunaan alatan tangan dan mengenali fungsi pelbagai jenis

alatan yang ada. Selain itu, pelajar dapat meningkatkan kemahiran dan melahirkan seorang

yang teliti dan berusaha dalam menyempurnakn projek bagi menghasilkan projek yang

berkualiti.

.

Page 5: Repot penuh bengkel  amirudin-

2.0 PERATURAN ASAS PENGGUNAAN BENGKEL FABRIKASI LOGAM ( KERJA

MENGGEGAS )

Dalam mengikuti bengkel fabrikasi logam, aspek keselamatan amatlah menjadi keutamaan

yang perlu dipatuhi. Hal ini kerana, keselamatan setiap individu itu sangat penting.

Kemalangan perlulah disingkirkan dan dielakkan sepenuhnya. Setiap individu itu

bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri serta orang yang berada di

sekelilingnya.Dengan itu, risiko untuk berlakunya kemalangan dapat dikurangkan serta dapat

dicegah.

Walaunbagaimanapun, penambahan alat perlidungan semasa melakukan kerja atau

menggunakan mesin sentiasa berubah mengikut keadaan dan kesesuaian. Berikut adalah

peraturan-peraturan penggunaan bengkel fabrikasi logam :

a. Pelajar dilarang menggunakan bengkel tanpa pengawasan dan kebenaran dari

pengajar.

b. Pengguna mestilah faham dan tahu untuk mengedalikan operasi mesin atau

alatan tangan sebelum melakukan sebarang kerja.

c. Jangan menggunakan mesin dan alat tangan yang diragui penggunaannya serta

dapatkan tunjukajr dari pensyarah atau pengajar bengkel.

d. Pengguna dikehendaki memakai pakain bengkel atau yang sesuai untuk kerja –

kerja didalam bengkel.

e. Pemakain selipar didalam bengkel dilarang sama sekali. Mestilah memakai

kasut bertutup yang bergetah.

f. Pemakaian cermin mata keselamatan adalah dimestikan kepada pengguna.

g. Jangan menyimpan lebihan bahan atau komponen rekacipta didalam bengkel.

h. Simpan alat – alat dan segala peralatan yang telah digunakan diletakkan

ditempat asalnya. Jangan biarka ianya bersepah diatas mesin dan diatas

kawasan persekitaran bengkel.

i. Sila pastikan peralatan yang telah digunakan ,dikemas dan mencukupi

bilangannya. Sekira berlaku kehilangan ,pelajar dikehendaki menggantikan

peralatan yang baru.

Page 6: Repot penuh bengkel  amirudin-

Rajah 2.0

Page 7: Repot penuh bengkel  amirudin-

3.0 LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN

Faktor keselamatan amatlah dititkberatkan didalam setiap bengkel. Namun malang tidak

berbau dan kemalangan atau kecemasan tetap boleh berlaku disebabkan beberapa faktor. Dan

perkara yang paling penting dan harus diberi keutamaan sekiranya berlaku kemalangan atau

kecemasan tentulah nyawa pengguna bengkel berkenaan.

Antara faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah:

Kelalaian/kegagalan manusia (perbuatan)

Faktor persekitaran bengkel

Peralatan yang digunakan

3.1 LANGKAH KESELAMATAN KEPADA 3 ASPEK

a) DIRI

1. Pakai pakain yang sesuai.

2. Menguunakan kasut bertutup ketika melakukan kerja.

3. Jangan bermain ketika melakukan kerja yang melibatkan mesin atau alatan

yang tajam.

4. Pakai gogel ketika kerja yang melibatkan penggunaan mesin.

5. Pakai sarung tangan ketika menggunakan alatan tangan.

B) TEMPAT

1. Pastikan lantai kering, tidak berminyak ketika melakukan kerja.

2. Pastikan jarak yang sesuai ketika menggunakan kerja.

3. Kemaskan tempat setelah selesai kerja dilakukan.

C) ALATAN

1. Pastikan alatan sentiasa berminyak.

2. Jangan berebut ketika menggunakan alatan ,terutama alatan yang tajam.

3. Jauh diri dari rakan ketika melakukan kerja permotongan.

Page 8: Repot penuh bengkel  amirudin-
Page 9: Repot penuh bengkel  amirudin-

4.0 KERJA MENGGEGAS

Kerja menggegas adalah seperti proses mengikir (filing), mengasah (grinding),

mengikis(scraping),dan membuat bebenang(threads) di dalam bahan kerja.

Membengkok,membentuk,dan memotong bahan kerja melalui pelbagai proses. Selain

itu,objektif utama projek menggegas ini dilakukan adalah bagi mendedahkan kepada pelajar

teknik-teknik menggunakan peralatan di dalam bengkel,seperti kikir, gergaji besi, mesin

gerudi, alat pengukur, dan sebagainya. Pelajar juga didedahkan dengan teknik-teknik

menggunakan mesin gerudi dengan betul di samping mematuhi peraturan keselamatan.

Dalam projek menggegas ini,pelajar dikehendaki melakukan gegas berdasarkan lukisan yang

diberi sebagai rujukan dan ia dipanggil plat A (bentuk T) dan plat B (bentuk U). Projek ini

adalah projek individu, tetapi pelajar di benarkan menggabungkan plat secara berpasangan

untuk proses pemarkahan. Dengan ini, pelajar di ketegori secara dua kumpulan, satu

kumpulan menggegas plat A dan satu lagi kumpulan menggegas plat B .Berdasarkan lukisan

tersebut, pelajar akan melaksanakan projek mengikut spesifikasi yang terdapat pada lukisan

tersebut.

Kerja-kerja yang terlibat dalam projek ini adalah seperti:

• Memotong kepingan besi

• Mengukur dan menanda

• Memotong, menggerudi dan mengikir

• Kerja kemasan.

• Pemarkahan dan penilaian.

Page 10: Repot penuh bengkel  amirudin-

4.1 LUKISAN PROJEK YANG DISEDIAKAN

Gambarajah 4.0 lukisan Plat A dan Plat B

4.2 PERALATAN TANGAN BENGKEL KERJA MENGEGAS

Terdapat pelbagai alatan tangan yang terlibat dalam melaksanakan projek kerja gegas

ini.Pelajar didedahkan dengan penggunaan alatan pertukangan iaitu dari segi

memotong,mengikir,melubang,menanda dan lain-lain.Tambahan lagi,pelajar haruslah faham

dan mahir menggunakan peralatan tangan untuk menghasilkan kerja yang bermutu ,berkualiti

dan menghasilkan ukuran yang tepat pada projek. Alatan dalam projek menggegas boleh

diklafikasikan kepada:

• Alatan menanda dan mengukur

• Alatan memegang dan memotong

• Alatan mesin/melubang dan kemasan

Page 11: Repot penuh bengkel  amirudin-

4.2.1 Alatan Menanda Dan Mengukur.

Alatan ini adalah alat yang penting untuk menjadikan sesebuah hasil kerja yang di kehendaki

dan mendapat ukuran yang di tetapkan . Alat mengukur berfungsi untuk mengukur dan

memindahkan jarak yang dikehendaki ke atas bahan projek. Manakala,dalam bidang

kejuruteraan, istilah menanda bermaksud membuat tanda di atas permukaan logam yang akan

dimesin atau digegas,termasuklah menanda garisan, bulatan lengkok, jarak dan juga pusat.

Tanda yang dibuat digunakan sebagai panduan untuk tujuan memesin atau mengegas.

Dengan menanda,kita dapat mengetahui beberapa banyak kerja yang perlu dibuang atau

dipotong. Butir-butir dan spesifikasi tandaan biasanya didapati dan dipindahkan daripada

lukisan atau cetakan biru keatas permukaan benda kerja dengan menggunakan berbagai alat

mengukur atau menguji.

4.2.2 Alatan memegang dan memotong.

Alatan memotong adalah sesuatu proses memotong bahan kerja mengikut saiz yang

dikehendaki dan sesuatu alat yang digunakan untuk memproses suatu benda kerja untuk

membuang dan membentuk benda kerja tersebut sesuai dengan yang kita inginkan

berdasarkan prosedur-prosedur yang telah dibuat dan diteliti.Manakala alatan memegang pula

adalah digunakan untuk memegang benda kerja dengan kuat dan teguh semasa membuat

kerja seperti memotong,melipat dan mengikir logam.Kebanyakan alatan memegang ini

diperbuat daripada besi tuang,contohnya ragum meja.

4.2.3 Alatan mesin/melubang

Alatan melubang adalah merupakan alatan yang berfungsi untuk proses melubang pada bahan

projek.Alatan melubang ini mempunyai saiz diameter tertentu.Contoh alatan melubang secara

umumnya yang boleh didapati adalah gerudi tangan dan gerudi meja.

Page 12: Repot penuh bengkel  amirudin-

4.2.3 Alatan mesin/melubang

Alatan melubang adalah merupakan alatan yang berfungsi untuk proses melubang pada bahan

projek.Alatan melubang ini mempunyai saiz diameter tertentu.Contoh alatan melubang secara

umumnya yang boleh didapati adalah gerudi tangan dan gerudi meja.

Page 13: Repot penuh bengkel  amirudin-

5.0 ALATAN TANGAN

5.1 MENGUKUR DAN MENANDA

NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN

01

Pembaris keluli/Steel ruler

Penerangan

Diperbuat daripada keluli tahan karat.

Permukaannya mempunyai skala pengukuran

dalam unit imperial (inci) dan metric (cm).

Mempunyai pelbagai saiz antara 150 mm hingga

1000mm.

Kegunaan

Pembaris keluli digunakan untuk mengukur jarak

pada bahagian keja sebelum ditanda dan membuat

garisan yang lurus.

02

Sesiku L/Engineer try square

Penerangan

Terdiri daripada bahagian lengan (bilah) diperbuat

daripada keluli.

Pada bahagian lengan ditanda dengan ukuran

utoma (cm) dan imperial (inch).

Saiz ditentukan berdasarkan panjang lengannya

(bilah).

Terdapat lekukan kecil pada bahagian tepi yang

bertujuan untuk mengelakkan bahan kerja yang

terdapat serpihan dibucu mengganggu semasa

proses pemeriksaan dibuat.

Penerangan

Untuk mengukur kepersegian tepat yang bersudut

90º.

Untuk menanda garisan lurus yang bersudut tepat

Page 14: Repot penuh bengkel  amirudin-

NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN

03

Angkup vernier/Vernier caliper

Penerangan

Sejenis alat pengukuran yang jitu.

Mempunyai kejituan sehingga 0.02mm.

Terdapat dalam dua jenis, iaitu:

~angkup vernier

~angkup vernier digital

Kegunaan

Mengukur diameter luar dan dalam bahan kerja

Mengukur panjang dan lebar bahan kerja

Mengukur kedalaman dan kelebaran lurah bahan

kerja.

04

Penebuk pusat/Center punch

Penerangan

Diperbuat daripada logam.

Digunakan bersama tukul bonggol bulat dan andas

sebagai pelapik.

Terdapat dalam dua jenis, iaitu:

~penebuk pusat biasa

~penebuk pusat automatik

Kegunaan

Membuat tanda pada bahan kerja sebelum kerja

melubang dilakukan.

Membuat tandaan halus pada satu garisan lurus,

tandaan tidak akan hilang walaupun garisan telah

terpadam.

05

Penggarit/Scribber

Penerangan

Diperbuat daripada keluli. Hujungnya adalah tajam

Kegunaan

Untuk menanda garisan pada bahan kerja

Penggarit dicondongkan dan ditekan semasa

garisan dibuat di atas permukaan bahan kerja.

Page 15: Repot penuh bengkel  amirudin-

NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN

06

Engineer blue

Penerangan

Sejenis dakwat/dye yang bewarna merah.

Lazimnya digunakan untuk kerja besi dan keluli.

Kegunaan

cat disapu diatas permukaan bahan kerja, jadi kerja

menggarit/membuat garisan akan lebih mudah

dilihat.

Untuk memeriksa kerataan permukaan bahan kerja

berdasarkan tompokan warna pada bahan kerja.

Jika warna yang lekat adalah selari, maka

permukaan bahan kerja tersebut adalah sekata.

07

Tolok ketinggian vernier/Vernier height gauge

Penerangan

Tolok ini selalunya digunakan bersama “angle

block” dan “surface plat” yang diperbuat daripada

seramik atau logam.

Mempunyai radas untuk mengukur, menanda dan

membaca bacaan .

Kegunaan

Digunakan untuk mengukur ketinggian bahan kerja

pada permukaan yang rata.

08

Blok sudut/Angle block

Penerangan

Diperbuat daripada logam yang kukuh.

Digunakan bersama “surface plate”.

Kegunaan

Untuk menyokong benda kerja semasa pengukuran

ketinggian dilakukan.

Page 16: Repot penuh bengkel  amirudin-

NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN

09

Plat permukaan/Surface plate

Penerangan

Diperbuat daripada seramik, besi tuang atau granik.

Sangat kukuh dan kuat.

Kegunaan

Sebagai tapak yang mempunyai permukaan untuk

mengukur dan menanda bacaan semasa

menggunakan tolok ketinggian vernier.

Untuk proses penandaan yang jitu.

10

Tolok jejari/Radius gauge

Penerangan

Terdapat dalam pelbagai saiz yang mempunyai

ukuran jejari yang pelbagai.

Kegunaan

Digunakan untuk mengukur dan menguji ketepatan

jejari pada bucu bahan kerja.

Page 17: Repot penuh bengkel  amirudin-

5.2 ALATAN MEMEGANG DAN MEMOTONG

NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN

01

Ragum meja/Vice

Penerangan

Diperbuat daripada besi tuangan dalam beberapa saiz dan bentuk.

Terdapat ragum untuk kerja logam dan ragum untuk

kerja kayu.

Ragum kerja logam diapit dengan logam lembut

manakala ragum kerya kayu diapit dengan reja kayu

semasa digunakan bertujuan untuk menjaga

permukaan benda kerja.

Bahagian-bahagian ragum:

Bahagian Fungsi

Rahang Memegang bahan kerja

Pemegang Mengawal kedudukan andas. Andas Mengetatkan cengkaman apabila

memegang bahan yang hendak dikerjakan

Kegunaan

Memegang bahan kerja semasa kerja gergaji,

mengikir dan sebagainya dilakukan.

02

Apit G/G-clamp

Penerangan

Bahagian pemidang diperbuat daripada besi tuangan

berbentuk G.

Saiz Apit-G ditentukan oleh jarak bukaan

maksimum antara bahagian rahang apit-G.

Kegunaan

Apit-G digunakan bersama-sama kayu kecil atau

reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja.

Digunakan untuk mengapit bahagia kerja muka ke

muka, mengikat benda kerja sementara dan

sebagainya.

Page 18: Repot penuh bengkel  amirudin-

NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN

03

Apit F/ F-clamp

Penerangan

Dikenali sebagai apit pendek.

Diperbuat daripada besi tuangan dan saiz ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang.

Biasanya apit F berukuran 150 mm, 300 mm dan 450 mm sahaja.

Kegunaan

Merapatkan tanggam dan kerja-kerja lain yang lebarnya tidak melebihi panjang apit.

Digunakan dalam kerja pemasangan tanggam bagi saiz kayu yang pendek.

04

Anvil

Penerangan

Diperbuat daripada logam.

Sangat teguh,berat dan kuat.

Kegunaan

Sebagai alas bahan kerja semasa kerja penebukan

pusat dilakukan.

Juga digunakan semasa kerja penomboran pada

bahan kerja.

05

Kikir/File

Penerangan

Terdapat dalam pelbagai jenis, contohnya seperti

kikir bulat, kikir pipih kasar/tepi selamat, dan kikir

pipih tirus.

Gigi kikir mengelaskan kikir tersebut samada halus,

sederhana atau kasar.

Panjang kikir diukur dari hujung hingga ke hulunya.

Kegunaan

Untuk memotong, menipis, dan melicinkan

permukaan bahan kerja logam atau kayu.

Page 19: Repot penuh bengkel  amirudin-

NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN

06

Pahat sejuk/Cold chisel

Penerangan

Diperbuat daripada keluli bermutu tinggi yang

dikeras dan dibajakan.

Terdiri daripada beberapa jenis mata seperti pahat

mata rata, mata melintang dan mata bentuk intan.

Terdapat dua kelas pahat, iaitu pahat panas dan

pahat sejuk.

Pahat panas = untuk memotong logam panas

Pahat sejuk = digunakan bagi kerja logam

sejuk/memotong permukaan logam yang nipis.

Kegunaan

Digunakan untuk menatal, memotong dan

membuang logam benda kerja.

Gaya memahat amatlah penting. Pahat hendaklah

dipegang dibahagian kepala dan tukul pula

hendaklah di pegang dihujung batangnya. Fokuskan

mata pada garisan pemotong supaya dapat memahat

dengan tepat

07

Gergaji besi

Penerangan

Terdapat dalam dua jenis iaitu bingkai tetap dan

bingkai boleh laras.

Mata gergaji diregang dengan tegang diantara dua

stad pada pemidang besi.

Satu stad adalah tetap dan satu lagi boleh dilaras

untuk ketegangan mata gergaji.

Mata-rnata gergaji boleh didapati dalam ukuran

panjang 8 inci, 10 inci dan 12 inci.

Kegunaan

Digunakan untuk memotong benda kerja berasaskan

logam.

Secara amalan am, pastikan sekurang-kurangnya

tiga gigi perlu bersentuh dengan bendakerja supaya

mata gergaji tidak patah.

Page 20: Repot penuh bengkel  amirudin-

NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN

08

Tukul bonggol bulat/Ball pen hammer

Penerangan

Bahagian kepala diperbuat daripada logam.

Sesuai untuk kerja-kerja menukul yang berat

Kegunaan

Digunakan bersama pahat sejuk untuk mengetuk

bahagian yang hendak dibuang daripada bahan

kerja.

Page 21: Repot penuh bengkel  amirudin-

5.3 ALATAN MESIN/MELUBANG DAN KEMASAN

NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN

01

Mesin pemotong besi

Penerangan

Merupakan alat potong yang biasanya untuk

memotong bahan-bahan yang dperbuat daripada

logam.

Memiliki satu deretan mata potong pada

kelilingnya yang masing-masing berlaku sebagai

pemotong tersendiri pada daur putaran.

Kegunaan

Memotong besi atau kepingan logam.

Contoh: plat besi atau logam.

Kaedah penggunaan lebih pada manual.

02

Mesin pencanai meja/grinder machine

Penerangan

Mempunyai dua roda pencanai, iaitu satu jenis

halus dan satu jenis kasar.

Bahagian-bahagian mesin pencanai meja &

kaki terdiri daripada, pelindung mata, pelapik,

roda, penahan mata alat, motor (pelapik).

Mesin pencanai meja dipasang pada meja atau

bangku

Kegunaan

Untuk mencanai hujung mata pemotong yang

sudah tumpul seperti pahat, gerudi, dan mata alat

mesin pelarik.

Untuk mencanai bahan-bahan berlebihan

sebelum disudahi dengan alat tangan.

Page 22: Repot penuh bengkel  amirudin-

03

Band Saw Machine

Penerangan

Menggunakan band blade,untuk menggerakkan

ini pada mesin blade ia disokong oleh drive

wheel,idle wheel dan penggerak blade

Band saw machine tersebut menggunakan kaedah

continous blade

Terdapat dua jenis iaitu vertical band saw

machine dan horizontal band saw machine

Hasil pemotongan sangat cepat dan mempunyai

toleransi yang tinggi sesuai apa yang kita

inginkan.

Kegunaan

Digunakan untuk memotong bentuk blok/persegi

atau bersudut

04

Gerudi meja/Dench drill

Penerangan

Merupakan sejenis mesin gerudi yang berfungsi

untuk proses melubang.

Mempunyai meja untuk melapik bahan kerja.

Mata gerudi boleh ditukar berdasarkan saiz

lubang yang hendak dibuat.

Minyak pelincir digunakan sebagai bahan

pelincir dan penyejuk semasa kerja menggerudi

dijalankan.

Kelajuan menggerudi boleh dilaraskan

bersesuaian dengan jenis kerja yang dijalankan

dan jenis bahan projek.

Kegunaan

Untuk kerja melubang pada bahan projek.

Page 23: Repot penuh bengkel  amirudin-

05

Mata gerudi/Drill bit

Penerangan

Biasanya jenis yang digunakan adalah dari jenis

HSS(high speed steel).

Terdapat dalam pelbagai saiz dan diameter.

Kegunaan

Digunakan pada mesin gerudi untuk kerja

melubang.

06

Reamer

Penerangan

Merupakan sejenis alat untuk membesarkan

lubang

Kegunaan

Digunakan semasa proses permulaan untuk

membuat ulir dalam pada bahan projek.

07

Set tap dan die

Penerangan

Diperbuat daripada besi yang dibaja atau besi

karbon yang dibaja.

Biasanya terdapat tiga tap dalam satu set.

Kegunaan

Untuk penghasilan ulir dalam secara manual.

Proses membuat ulir dimulakan dengan tap yang

mempunyai separuh ulir, kemudiannya yang 70%

mempunyai ulir dan diakhiri dengan tap yang

mempunyai ulir yang penuh.

Page 24: Repot penuh bengkel  amirudin-

6.0 PROSEDUR PROSES KERJA MENGGEGAS

Gambarajah langkah kerja

Langkah 1

Mengenalpasti lukisan dan ia terbahagi

kepada dua plat, iaitu plat A dan plat B.

Ukuran panjang plat besi dipotong sebanyak

80 cm daripada 70 cm dalam ukuran yang

dinginkan.hal ini adalah untuk mengelakkan

dari kecacatan dan sekiranya berlaku

kesalahan dalam ukuran

Plat besi dipotong menggunakan band saw

machine atau mesin pemotong besi.

Langkah 2

Plat A dan plat B diukur menggunakan

angkup vernier(vernier caliper) dan ditanda

menggunakan tolok ketinggian angkup

vernier(vernier caliper) berdasarkan ukuran

yang ditetapkan di dalam lukisan.

Cara penggunaanya, plat tersebut di letakkan

di blok sudut dan laraskan ukuran yang

inginkan di tolok ketinggian angkup vernier.

Proses menggaris ini mestilah di letakkan di

atas permukaan rata iaitu di plat permukaaan.

Proses ini di lakukan untuk proses memotong

dan dapat memotong mengikut garisan

supaya mendapat ukuran yang di inginkan.

Page 25: Repot penuh bengkel  amirudin-

Gambarajah Langkah kerja

Langkah 3

Plat besi dipotong menggunakan gergaji besi

dengan ukuran panjang yang diukur

sebanyak 70cm dan lebar sebanyak 48

cm.Dengan ukuran yang tepat ini,proses

mengikir menjadi mudah.

Proses gergaji mestilah menggunakan kaedah

yang betul bagi mengelakkan daripada

berlakunya kemalangan.

Untuk memotong plat besi ini, mestilah

gergaji pada jarak 1 cm luar daripada garisan

bagi proses mengikir dan kekemasan.

Jika dipotong pada garis yang di tanda,

kemungkinan mendapat ukuran kurang

daripada 70 cm yang menyebabkan

kegagalan mengikuti prosedur yang di

berikan.

Page 26: Repot penuh bengkel  amirudin-

Gambarajah Langkah kerja

Langkah 4

Proses mengikir di lakukan untuk membuang

lebihan besi dan dikikir sehingga tepat.

Kikir mempunyai 3 jenis mata iaitu mata

kasar, pertengahan dan halus.

Untuk mendapatkan ketepatan pada ukuran,

mestilah menggunakan kikir bermata halus

bagi mengelakkan berlakunya tarlebih kikir.

Langkah 5

Proses mengikir diteruskan sehingga

mendapat sudut yang tepat iaitu 90 darjah

dan kerataan plat tercapai

Sesiku L(engineer try square) digunakan

untuk mengukur sudut dan kerataan setelah

proses mengikir dijalankan.

Langkah 6

Menggunakan angkup vernier untuk melihat

ukuran selepas proses mengikir.

Angkup vernier mesti berada di samping

selalu untuk mendapatkan ukuran setelah

mengikir.

Page 27: Repot penuh bengkel  amirudin-

Gambarajah Langkah kerja

Langkah 7 Sebelum membuat lubang kecil,plat A dan plat B mestilah diketuk menggunakan penebuk pusat. Proses menebuk atau menanda ini perlu dilakukan untuk memudahkan proses gerudi. Setelah diketuk menggunakan penebuk pusat,tempat tersebut digerudi menggunakan mesin gerudi. Minyak pelincir digunakan semasa proses mengerudi sebagai bahan pelincir dan penyejuk.Selain itu,minyak ini digunakan untuk melancarkan proses gerudi tersebut. Menggunakan mesin gerudi ‘dench drill’ untuk membuat 3 lubang di bahagian plat A berdasarkan ukuran mata drill yang telah ditetapkan. Begitu juga di plat B, hanya membuat 2 lubang sahaja di bahagian hujung kiri dan kanan. Proses menebuk lubang ini di lakukan untuk proses membuat alur skru.

Page 28: Repot penuh bengkel  amirudin-

Gambarajah Langkah kerja

Langkah 8

Buatkan juga lubang pada tempat persilangan

antara tempat untuk dipotong di buang bagi

memudahkan proses memotong.

Bagi plat B, gerudi juga di tengah-tengah

sepanjang tempat yang telah di tanda seperti

di dalam gambarajah untuk proses memahat

bagi membuang besi yang tidak diperlukan

untuk membuat bentuk U pada plat B.

Langkah 9

Bahagian yang tidak dikehendaki di plat A

dan plat B dibuang seperti bahagian sisi plat

dengan menggunakan gergaji besi.

Kaedah dan teknik yang betul perlu

dipraktikkan,gergaji besi perlu berada dalam

keadaan lurus ketika proses mengergaji

dijalankan supaya plat tidak rosak dan

bengkok.

Page 29: Repot penuh bengkel  amirudin-

Gambarajah Langkah kerja

Langkah 10

setelah selesai mengikir di kawasan yang

dipahat,permukaan plat A dan plat B pula

dikikir hingga kedua-duanya menjadi rata

untuk proses pemarkahan kerataan pada plat.

Langkah 11

Proses seterusnya adalah proses membuat

ulir pada lubang Plat A dan plat B dengan

menggunakan ‘raemer’ set tap and die, ulir

dalam dibuat pada lubang plat.

Page 30: Repot penuh bengkel  amirudin-

Langkah 12

Seterusnya setiap hujung bucu plat A dan B

dikikir dan diukur menggunakan tolok jejari

supaya bucu yang tajam mendapat ukuran

jejari yang di inginkan.

Langkah 13 Untuk menguji kerataan pada permukaan plat, engineer blue digunakan. Sapukan cat pada ‘surface plat’ dan letakkan. Setelah selesai kesemua proses,maka proses kemasan terakhir boleh dilakukan. Proses ini adalah proses yang terakhir untuk kekemasan.

Page 31: Repot penuh bengkel  amirudin-

Gambarajah Langkah kerja

Langkah 14

Akhir sekali, gunakan batang nombor untuk

menanda hasil kerja yang telah siap untuk di

hantar dan di nilai.

Page 32: Repot penuh bengkel  amirudin-

7.0 KESIMPULAN

Diakhir tugasan ini, sy telah dapati bahawa kerja menggegas adalah kerja yang

memerlukan banyak tenaga dan ketelitian untuk membuat sesuatu hasil kerja. Kerja

menggegas juga banyak menggunakan alatan tangan dan mesin, kerja menggegas ini amat

sesuai di jadikan sebagai subjek atau projek dalam kursus asas ketukangan ini kerana dapat

mencapai objektif yang di inginkan. Kerja menggegas ini juga dapat dipelajari dalam

mentafsir lukisan,mengukur,menanda,memotong serta mengikir,melubang dan yang terakhir

adalah kerja kemasan. Projek ini juga dapat mengajar saya cara menggunakan alatan dengan

betul dan cara bagaimana untuk menggunakan sesuatu alatan tersebut. Saya juga didedahkan

cara menggunakan mesin gerudi dan mesin memotong besi iaitu perkara yang asas yang patut

kita tahu. Kerja ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam

penggunaan alatan tangan yang digunakan dalam kerja menggegas. Ia memerlukan kesabaran

dan kepekaan untuk mewujudkan sesuatu hasil kerja yang bermutu dan mencapai objektif

yang di inginkan. Di samping itu juga, ia dapat melahirkan satu kumpulan atau rakan yang

saling bantu membantu yang bersama-sama menjayakan dan menyiapkan kerja projek yang

di berikan.

Akhir sekali, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sesama rakan,

pensyarah dan staf yang membimbing.

Page 33: Repot penuh bengkel  amirudin-

Bengkel

Kayu

Page 34: Repot penuh bengkel  amirudin-

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan tugasan

bagi ‘projek kayu” dalam kursus “ Asas Pertukangan ” ini. Sepanjang menjalankan tugasan ini banyak

pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini untuk digunakan di dewasa

kelak. Saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci

lagi mengenai asas pertukangan.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam proses saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Terutamanya

kepada pensyarah saya iaitu Dr.Amirmudin Bin Udin kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk

ajar kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini dari segi praktikal dan teori. Tunjuk ajar beliau

amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya.

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada En.Ros Iskandar Zulkarnaian Bin Mansor dan rakan –

rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi

merialisasikan usaha menyempurnakn tugasan asas petukangan ini. Segala bantuan yang telah anda

hulurkan amat saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua , tugasan ini tidak dapat

dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, Terima Kasih.

Page 35: Repot penuh bengkel  amirudin-

1.0 PENGENALAN

Didalam tugasan atau “projek kayu” ini, secara umunya pelajar telah didedahkan dengan cara

penggunaan alatan tangan dan alatan tangan yang berada di dalam bengkel kayu dengan betul.

Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan “amalan kerja selamat dan sihat”. Pelajar telah

didedahkan dengan mengkaji jenis bahaya atau keadaan tidak selamat dan cara menanganinya

sebelum memulakan sesuatu kerja didalam bengkel. Di dalam tugasan gegas ini, pelajar dikehendaki

menyelesaikan dua tugasan di bengkel fabrikasi logam.

Di dalam bengkel ini juga, pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam mematuhi peraturan yang telah di

tetapkan oleh bengkel. Kerja kayu adalah bertujuan melatih pelajar menggunakan alatan tangan dan

membiasakan pelajar menggunakan alatan tangan yang berkaitan dengan asas ketukangan yang

terdapat di dalam bengkel kayu. Pelajar dikehendaki membuat satu projek kayu yang mudah dan

hanya menggunakan alatan tangan sahaja tanpa penggunaan mesin. Dengan hanya meggunakan

sekeping papan pelajar diberi pilihan untuk menggunakan kreativiti tersendiri untuk menghasilkan

projek kayu.

Page 36: Repot penuh bengkel  amirudin-

2.0 PERATURAN ASAS PENGGUNAAN BENGKEL KAYU ( KERJA KAYU)

Dalam mengikuti bengkel kayu, aspek keselamatan amatlah menjadi keutamaan yang perlu dipatuhi.

Hal ini kerana, keselamatan setiap individu itu sangat penting. Kemalangan perlulah disingkirkan dan

dielakkan sepenuhnya. Setiap individu itu bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri serta

orang yang berada di sekelilingnya.Dengan itu, risiko untuk berlakunya kemalangan dapat

dikurangkan serta dapat dicegah.

Walaunbagaimanapun, penambahan alat perlidungan semasa melakukan kerja atau menggunakan

mesin sentiasa berubah mengikut keadaan dan kesesuaian. Berikut adalah peraturan-peraturan

penggunaan bengkel kayu :

a. Pelajar dilarang menggunakan bengkel tanpa pengawasan dan kebenaran dari pengajar.

b. Pengguna mestilah faham dan tahu untuk mengedalikan operasi mesin atau alatan

tangan sebelum melakukan sebarang kerja.

c. Jangan menggunakan mesin dan alat tangan yang diragui penggunaannya serta dapatkan

tunjukajr dari pensyarah atau pengajar bengkel.

d. Pengguna dikehendaki memakai pakain bengkel atau yang sesuai untuk kerja – kerja

didalam bengkel.

e. Pemakain selipar didalam bengkel dilarang sama sekali. Mestilah memakai kasut bertutup

yang bergetah.

f. Pemakaian cermin mata keselamatan adalah dimestikan kepada pengguna.

g. Jangan menyimpan lebihan bahan atau komponen rekacipta didalam bengkel.

h. Simpan alat – alat dan segala peralatan yang telah digunakan diletakkan ditempat

asalnya. Jangan biarka ianya bersepah diatas mesin dan diatas kawasan persekitaran

bengkel.

i. Sila pastikan peralatan yang telah digunakan ,dikemas dan mencukupi bilangannya. Sekira

berlaku kehilangan ,pelajar dikehendaki menggantikan peralatan yang baru.

Page 37: Repot penuh bengkel  amirudin-

Rajah 2.1

Rajah 2.1 menunjukkan contoh pakaian keselamatan yang sesuai dan pakaian yang tidak

sesuai digunakan didalam bengkel.

Page 38: Repot penuh bengkel  amirudin-

3.0 LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN

Faktor keselamatan amatlah dititkberatkan didalam setiap bengkel. Namun malang tidak

berbau dan kemalangan atau kecemasan tetap boleh berlaku disebabkan beberapa faktor.

Dan perkara yang paling penting dan harus diberi keutamaan sekiranya berlaku kemalangan

atau kecemasan tentulah nyawa pengguna bengkel berkenaan.

Antara faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah:

• Kelalaian/kegagalan manusia (perbuatan)

• Faktor persekitaran bengkel

• Peralatan yang digunakan

3.1 LANGKAH KESELAMATAN KEPADA 3 ASPEK

a) DIRI

1. Pakai pakain yang sesuai.

2. Menguunakan kasut bertutup ketika melakukan kerja.

3. Jangan bermain ketika melakukan kerja yang melibatkan mesin atau alatan yang

tajam.

4. Pakai gogel ketika kerja yang melibatkan penggunaan mesin.

5. Pakai sarung tangan ketika menggunakan alatan tangan.

B) TEMPAT

1. Pastikan lantai kering, tidak berminyak ketika melakukan kerja.

2. Pastikan jarak yang sesuai ketika menggunakan kerja.

3. Kemaskan tempat setelah selesai kerja dilakukan.

C) ALATAN

1. Pastikan alatan sentiasa berminyak.

2. Jangan berebut ketika menggunakan alatan ,terutama alatan yang tajam.

3. Jauh diri dari rakan ketika melakukan kerja permotongan.

Page 39: Repot penuh bengkel  amirudin-

4.0 KERJA KAYU

Kerja kayu adalah kerja yang menggunakan bahan yang diperbuat dengan kayu. Antara kerja yang

boleh dilakukan dengan kerja kayu adalah seperti kerja mengukur, kerja melubang, kerja memaku,

kerja memotong, kerja mengikir, kerja melicin, kerja mengemas, kerja melengkok. Objektif utama

didalam projek kayu ini adalah bertujuan untuk melatih para pelajar menggunakan peralatan tangan

dengan betul dan sesuai dengan mengikut kaedah yang betul. Selain itu, pengalaman melakukan

kerja ini dapat digunakan oleh pelajar bakal guru untuk mendidik anak-anak bangsa. Pelajar juga

didedahkan dengan kaedah dan teknik-teknik kerja kayu yang betul seperti kaedah untuk

meggunakan gergaji dengan betul, kaedah menebuk lubang dengan betul dan sebagainya. Pelajar

juga didedahkan dengan peraturan keselamatan bengkel setiap kali memasuki bengkel..

Dalam projek kayu ini, pelajar dikehendaki membuat satu projek kayu mengikut kreativiti tersendiri

berdasarkan tema asas ketukangan iaitu projek mestilah disiapkan menggunakan alatan tangan.

Pelajar dibekalkan dengan kayu yang tersedia untuk dijadikan bahan projek. Projek mestilah

mempunyai fungsi tersendiri. Penyangkut kunci telah dipilih untuk dijadikan sebagai tajuk projek

kayu ini.

Kerja-kerja yang terlibat dalam projek ini adalah seperti:

• Memotong kepingan besi

• Mengukur dan menanda

• Memotong, melubang, mengikir, mengosok, mengecat dan membenam.

• Kerja kemasan.

• Pemarkahan dan penilaian.

Page 40: Repot penuh bengkel  amirudin-

5.0 ALATAN TANGAN

5.1 ALATAN MENGUKUR DAN MENANDA

NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN

01

Pembaris keluli/Steel ruler

Pembaris keluli digunakan untuk mengukur jarak

pada bahagian keja sebelum ditanda dan membuat

garisan yang lurus.

02

Sesiku L/Engineer try square

Untuk mengukur kepersegian tepat yang bersudut

90º.

Untuk menanda garisan lurus yang bersudut tepat.

03

Peta ukur

Mengukur menggunakan unit cm dan meter

04

Pisau Penanda

Menanda pada papan atau kayu untuk kerja

memotong.

05

Tolok Penanda

Menanda pada garisan selari.

Page 41: Repot penuh bengkel  amirudin-

5.2 ALATAN MEMOTONG, MELUBANG DAN MEMEGANG

NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN

01

Ragum meja/Vice

Bahagian Fungsi

Rahang Memegang bahan kerja

Pemegang Mengawal kedudukan andas. Andas Mengetatkan cengkaman apabila

memegang bahan yang hendak dikerjakan

Kegunaan

Memegang bahan kerja semasa kerja gergaji,

mengikir dan sebagainya dilakukan.

02

Apit G/G-clamp

Kegunaan

Apit-G digunakan bersama-sama kayu kecil atau

reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja.

Digunakan untuk mengapit bahagia kerja muka ke

muka, mengikat benda kerja sementara dan

sebagainya.

03

Apit F/ F-clamp

Kegunaan

Merapatkan tanggam dan kerja-kerja lain yang lebarnya tidak melebihi panjang apit.

Digunakan dalam kerja pemasangan tanggam bagi saiz kayu yang pendek.

04

Kikir/File

Kegunaan

Untuk memotong, menipis, dan melicinkan

permukaan bahan kerja logam atau kayu.

Page 42: Repot penuh bengkel  amirudin-

NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN

05

Pahat sejuk/Cold chisel

Kegunaan

Digunakan untuk menatal, memotong dan

membuang logam benda kerja.

Gaya memahat amatlah penting. Pahat hendaklah

dipegang dibahagian kepala dan tukul pula

hendaklah di pegang dihujung batangnya. Fokuskan

mata pada garisan pemotong supaya dapat memahat

dengan tepat

06

Gergaji besi

Kegunaan

Digunakan untuk memotong benda kerja berasaskan

kayu.

07

Gergaji puting

Kegunaan

Mengeret secara lurus untuk membuat.

08

Gergaji Lengkung Halus

Kegunaan

Menggergaji bahagian lengkung pada bahan nipis.

09

Ketam Golek

Kegunaan

Ketam merupakan alat yang digunakan untuk

melicinkan kayu. Papan atau mengecilkannya

kepada ukuran yang diperlukan dalam pertukangan

tradisional Melayu.

10

Penebuk lubang

Kegunaan

Menebuk lubang. Membuat lubang.

Page 43: Repot penuh bengkel  amirudin-

6.0 Langkah Kerja

Gambarajah langkah kerja

Langkah 1

Membuat lakaran projek. Lakaran projek dibuat

dan dengan meggunakan saiz yang ditetapkan.

Pemilihan jenis kayu dibuat sesuai dengan

projek.

Langkah 2

Memilih jenis kayu.

Potong kayu sehingga saiz yang sesuai untuk

projek. Kayu dikepit pada ‘apit G’ sebelum

dipotong menggunakan gergaji kayu.

Langkah 3

Dari kertas yang dilukis lakaran projek dengan

saiz sebenar di ukur pula projek meggunakan

pensil penanda sebagai rujukan.

Langkah 4

Lukis gambaran projek pada kertas sebagai

rujukan sebenar. Potong kertas sebagai rujukan

saiz sebenar projek sebelum projek di mulakan

bagi memudahkan kerja-kerja pemotongan.

Lukis dan tandakan garisan pada kayu

meggunakan pensil penanda sebagai rujukan

potongan.

Page 44: Repot penuh bengkel  amirudin-

Langkah 5

Sesudah menanda garisan yang hendak

dipotong, kayu di apit menggunakan ‘apit G’

bagi memudahkan kerja pemotongan kayu

meggunakan gergaji kayu. Gergaji pada sudut

90 darjah.

Langkah 6

Bagi memudahkan kerja pemotongan kayu,

kayu diletakkan secara menegak untuk

pemotongan rata dan kayu di letakkan melintang

untuk pemotongan lengkung menggunkan

gergaji kayu untuk potongan rata dan gergaji

lengkung halus untuk lengkungan.

Langkah 7

Mula gergaji, gergaji secara menegak mengikut

kaedah yang betul. Selepas gergaji, kikir

digunakan untuk membuat lengkungan dan bagi

meratakan bahagian yang digergaji. Kikir kasar

digunakan untuk tujuan pemotongan yang tebal.

Langkah 8

Kikir digunakan selepas potongan menggunakan

menggunkan gergaji. Bahagian luar dikikir

sehingga permukaan menjadi licin dan rata.

Kikir halus digunakan untuk melicinkan

permukaan kayu.

Page 45: Repot penuh bengkel  amirudin-

Langkah 9

Untuk penebukan, pahat digunakan sebagai

penebuk lubang mata projek pada tanda yang

telah dibuat. Pahat hendaklah pada sudut 30

darjah dan tidak boleh diarahkan pada badan

sendiri untuk mengelak kecederaan individu.

Setelah lubang ditebuk, untuk membesarkan

lubang kikir bulat digunakan bagi memudahkan

proses pembesaran lubang pada mata projek.

Kayu di apit menggunakan apit G untuk

memudahkan kerja-kerja mengikir.

Untuk melicinkan permukaan kayu, kertas pasir

digunakan untuk menggosok permukaan kayu.

Langkah 10

Bagi meratakan dan melicinkan permukaan

kayu, kertas pasir di gosok pada setiap

permukaan projek termasuk dicelah-celah

lubang.

Setelah permukaan licin dan rata, projek di sapu

cat kayu ( syelet yang dicampur tina) untuk

tujuan kekemasan dengan beberapa lapisan.

Setiap lapisan cat di selang beberapa jam

sebelum lapisan baru disapu.

Langkah 11

Untuk memasang cangkok penyangkut kunci,

penebuk lubang digunakan untuk menebuk

lubang. Lubang dibuat sedalam panjang benang

penyangkut kunci. Satu lubang penyangkut di

buat pada bahagian atas projek dan 3 lubang

penyangkut dibuat pada bahagian bawa projek.

Langkah 12

Selepas ditebuk lubang, penyangkok kunci

dipasang dengan memutar mngikut alur benang

pengangkok kunci.

Page 46: Repot penuh bengkel  amirudin-

Langkah 13

Setelah siap dipasang penyangkut kunci, projek

di uji dengan kunci sebenar. Projek digantung

dan disangkutkan beberapa kunci padanya.

7.0 KESIMPULAN

Diakhir tugasan ini, saya telah dapati bahawa kerja kayu adalah kerja yang memerlukan

bayak tenaga yang digunakan untuk kerja-kerja yang dilakukan hanya menggunakan alatan tangan.

Penggunaan kaedah yang betul dapat mengurangkan kecacatan pada proses menyiapkan kerja dan

memudahkan kerja dilakukan. Penggunaan semua alatan tangan dan tanpa pertolongan penggunaan

mesin pelajar telah mahir unuk menggunakan alatan dengan kaedah yang betul dan selamat.

Kesimpulannya, kerja kayu dalam asas ketukangan ini sangat membantu pelajar dalam mempelajari

asas ketukangan yang sebenar. Kerja menukang ini juga dapat dipelajari dalam mentafsir

lukisan,mengukur,menanda,memotong serta mengikir,melubang dan yang terakhir adalah kerja

kemasan. Projek ini juga dapat mengajar saya cara menggunakan alatan dengan betul dan cara

bagaimana untuk menggunakan sesuatu alatan tersebut.. Ia memerlukan kesabaran dan kepekaan

untuk mewujudkan sesuatu hasil kerja yang bermutu dan mencapai objektif yang di inginkan. Di

samping itu juga, ia dapat melahirkan satu kumpulan atau rakan yang saling bantu membantu yang

bersama-sama menjayakan dan menyiapkan kerja projek yang di berikan. Akhir sekali, dapat

mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sesama rakan, pensyarah dan staf yang

membimbing.

Page 47: Repot penuh bengkel  amirudin-

Bengkel

Elektrik

Page 48: Repot penuh bengkel  amirudin-

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan

tugasan bagi ‘bengkel elektrik’ dalam kursus “ Asas Pertukangan ” ini. Sepanjang

menjalankan tugasan ini banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan

tugasan ini untuk digunakan di dewasa kelak. Saya juga telah memperolehi pelbagai

maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi mengenai asas pertukangan.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung dalam proses saya untuk menyelesaikan tugasan ini.

Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu Dr.Amirmudin Bin Udin kerana beliau telah

banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini dari segi

praktikal dan teori. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan

tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Terima kasih yang tak terhingga kepada Pn

Anisah binti Ismail dan encik Basir bin Daud yang mengajar kami di Bengkel elektrik ini.

Tidak dilupakan juga kepada En.Ros Iskandar Zulkarnaian Bin Mansor . Selain itu , saya juga

turut merakamkan terima kasih kepada rakan – rakan seperjuangan saya kerana telah banyak

menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merialisasikan usaha menyempurnakn tugasan

asas petukangan ini. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amat saya hargai kerana tanpa

bantuan dan sokongan anda semua , tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, Terima Kasih.

Page 49: Repot penuh bengkel  amirudin-

1.0 PENGENALAN

Didalam tugasan atau “bengkel elektrik” ini, secara umunya pelajar telah didedahkan dengan

cara penggunaan alatan tangan dan alatan elektrik yang berada di dalam bengkel dengan

betul. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan “amalan kerja selamat dan sihat”. Pelajar

telah didedahkan dengan mengkaji jenis bahaya atau keadaan tidak selamat dan cara

menanganinya sebelum memulakan sesuatu kerja didalam bengkel. Di dalam tugasan di

bengkel elektrik ini, pelajar dikehendaki menyelesaikan 3 amali sepanjang berada di bengkel

elektrik.

Amali yang pertama pelajar diminta dan diajar menggunakan ‘multimeter’ dan cara untuk

meggunakannya dengan betul. Untuk amali kedua pelajar diminta untuk menyiapkan

pendawaian soket keluaran 13A. Amali ketiga pula bertajuk pendawaian pendaflour. Pelajar

diminta untuk memasangan satu litar ‘pendaflour’ dengan cara yang betul dan selamat.

Sebelum memulakan amali, pelajar diajar cara menggunakan alatan eletrik dengan cara yang

betul. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan langkah kerja yang betul yang sesuai

dengan amali yang dilakukan. Di bengkel elektrik ini pelajar didedahkan dengan deangan

penggunaan alatan tangan, penggunaan alatan pengukuran dan cara melakukan kerja dengan

betul dan selamat. Selain itu, pelajar dapat meningkatkan kemahiran dan melahirkan seorang

yang teliti dan berusaha dalam menyempurnakn projek bagi menyiapkan amali yang

berkualiti.

.

Page 50: Repot penuh bengkel  amirudin-

2.0 PERATURAN ASAS PENGGUNAAN BENGKEL ELEKTRIK ( AMALI

ELEKTRIK )

Dalam mengikuti bengkel fabrikasi logam, aspek keselamatan amatlah menjadi keutamaan

yang perlu dipatuhi. Hal ini kerana, keselamatan setiap individu itu sangat penting.

Kemalangan perlulah disingkirkan dan dielakkan sepenuhnya. Setiap individu itu

bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri serta orang yang berada di

sekelilingnya.Dengan itu, risiko untuk berlakunya kemalangan dapat dikurangkan serta dapat

dicegah.

Walaunbagaimanapun, penambahan alat perlidungan semasa melakukan kerja atau

menggunakan mesin sentiasa berubah mengikut keadaan dan kesesuaian. Berikut adalah

peraturan-peraturan penggunaan bengkel fabrikasi logam :

j. Pelajar dilarang menggunakan bengkel tanpa pengawasan dan kebenaran dari

pengajar.

k. Pengguna mestilah faham dan tahu untuk mengedalikan operasi mesin atau

alatan tangan sebelum melakukan sebarang kerja.

l. Jangan menggunakan mesin dan alat tangan yang diragui penggunaannya serta

dapatkan tunjukajr dari pensyarah atau pengajar bengkel.

m. Pengguna dikehendaki memakai pakain bengkel atau yang sesuai untuk kerja –

kerja didalam bengkel.

n. Pemakain selipar didalam bengkel dilarang sama sekali. Mestilah memakai

kasut bertutup yang bergetah.

o. Pemakaian cermin mata keselamatan adalah dimestikan kepada pengguna.

p. Jangan menyimpan lebihan bahan atau komponen rekacipta didalam bengkel.

q. Simpan alat – alat dan segala peralatan yang telah digunakan diletakkan

ditempat asalnya. Jangan biarka ianya bersepah diatas mesin dan diatas

kawasan persekitaran bengkel.

r. Sila pastikan peralatan yang telah digunakan ,dikemas dan mencukupi

bilangannya. Sekira berlaku kehilangan ,pelajar dikehendaki menggantikan

peralatan yang baru.

Page 51: Repot penuh bengkel  amirudin-

3.0 LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN

Faktor keselamatan amatlah dititkberatkan didalam setiap bengkel. Namun malang tidak

berbau dan kemalangan atau kecemasan tetap boleh berlaku disebabkan beberapa faktor. Dan

perkara yang paling penting dan harus diberi keutamaan sekiranya berlaku kemalangan atau

kecemasan tentulah nyawa pengguna bengkel berkenaan.

Antara faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah:

Kelalaian/kegagalan manusia (perbuatan)

Faktor persekitaran bengkel

Peralatan yang digunakan

3.1 LANGKAH KESELAMATAN KEPADA 3 ASPEK

a) DIRI

1. Pakai pakain yang sesuai.

2. Menguunakan kasut getah bertutup ketika melakukan kerja eletrik.

3. Jangan bermain ketika melakukan kerja yang melibatkan mesin atau alatan

yang tajam.

4. Pakai gogel ketika kerja yang melibatkan penggunaan mesin.

B) TEMPAT

1. Pastikan lantai kering, tidak berminyak ketika melakukan kerja.

2. Pastikan jarak yang sesuai ketika menggunakan kerja.

3. Kemaskan tempat setelah selesai kerja dilakukan.

C) ALATAN

1. Pastikan alatan sentiasa baik untuk digunakan.

2. Jangan berebut ketika menggunakan alatan ,terutama alatan yang tajam.

3. Jauh diri dari rakan ketika melakukan kerja permotongan.

Page 52: Repot penuh bengkel  amirudin-
Page 53: Repot penuh bengkel  amirudin-

4.0 AMALI ELEKTRIK

Didalam bengkel elektrik untuk kursus ‘asas ketukangan’, terdapat beberapa amali

yang disediakan untuk diselesaikan oleh pelajar. Bagi kelas sppj, kami telah menjalankan

sebanyak 3 buah amali untuk bengkel elektrik dan pelajar telah dibahagiakan dengan

beberapa kumpulan bagi kursus ini. Amali yang pertama adalah tentang penggunaan

multimeter. Pelajar dikehendaki mahir dalam membaca dan mengambil bacaaan yang

terdapat didalam meter multimetr. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan penggunaan

multimeter yang betul dan selamat. Penggunaan multimeter amat penting untuk melakukan

kerja-kerja pendawaian elektrik dan kerja-kerja elektrik yang lain seperti kerja-kerja yang

akan dilakukan pada amali tiga dan dua. Oleh itu, penguasan didalam penggunaan multimeter

amat penting sebelum melakukan amali yang seterusnya.

Amali yang kedua bertajuk pendawaian soket keluaran 13A. Untuk amali kedua ini,

pelajar diberi penerangan sebelum melakukan kerja-kerja pendawaian. Pendawaian adalah

berbentuk litar mati iaitu tidak disambungkan dengan punca elektrik. Pelajar diajar cara

penggunaan alatan seperti pemotong sisi, penjalur wayar dan playar muncung tirus. Pelajar

juga didedahkan dengan kod-kod warna wayar yang terdapat didalam litar elektrik. Dan yang

terpenting adalah pelajar dikenhendaki menguji sendiri soket/litar sama ada sempurna atau

tidak. Pengujian dibuat menggunakan ‘multimeter’ seperti yang telah didedahkan cara

penggunaan multimeter semasa melakukan amali satu untuk dipraktikan pada amali ini dan

amali yang seterusnya.dan amali yang terakhir bertajuk pendawaian pendaflour. Pelajar diberi

komponen-kompenan yang berada di dalam litar ini untuk digabungkan. Dan seperti amali

lain, selepas selesai pendawaian pengujian dilakukan dan marka diberi selepas pengujian .

Page 54: Repot penuh bengkel  amirudin-

4.1 AMALI SATU

(ASAS PENGGUNAAN PERALATAN PENGUKURAN MULTIMETER)

Multimeter merupakan alat pengukuran, pengujian yang digunakan untuk menguji sistem

eletrik. Tujuan alat pengujian dan pengukuran ini adalah digunakan untuk menguji litar,

menguji rintangan, arus, dan voltan. Arus elektrik diukur menggunakan sukatan ampere (A),

tekanan elektrik diukur menggunakan voltan (V), dan rintangan diukur menggunakan sukatan

Ohm ( Ω).

4.1.1 OBJEKTIF

Melalui amali ini, pelajar akan dapat :

Penggunaan peralatan pengukuran eletronik

Mengenalpasti jenis peralatan pengukuran serta memilih julat yang sesuai.

Mengetahui teknik pengukuran mengikut spesifikasi alat.

Multimeter Analog

Multimeter digital

Bacaan kurang tepat kerana bergantung

kepada kemahiran mengendalikannya.

Harga lebih murah.

Kerap digunakanya

Memperolehi bacaan yang tepat kerana

dalam bentuk digital.

Harga lebih mahal

Jarang digunakan.

Page 55: Repot penuh bengkel  amirudin-

4.1.2 Cara-Cara Penggunaan:

a) Mengukur direct current voltage (DCV)

Pada kedudukan kosong (0) pastikan jarum penunjuk berada pada bacaan

skala.

Pusingkan tombol pemilih untuk memilih bacaan yang hendak digunakan pada

julat bacaan yang diperlukan

Untuk julat bacaan DCV laraskan tombol pemilih pada bahagian bacaan.

Untuk mengambil bacaan pastikan menggunakan julat yang bersesuaian.

Sambungkan test pin warna merah pada terminal positif manakala test pin

berwarna hitam disambung pada bahagian terminal negative.

Pergerakan jarum penunjuk dibaca pada skala bacaan V.A dan skala yang

dipilih.

b) Mengukur alternate current voltage (ACV)

Pada bacaan skala pastikan jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong

(0)

Pada julat bacaan yang diperlukan pilih bacaan yang hendak digunakan

dengan memusingkan tombol pemilih.

Untuk julat bacaan ACV laraskan tombol pemilih pada bahagian bacaan

Pada punca bekalan kuasa atau litar yang hendak diuji sambungkan test pin.

Untuk mengambil bacaan pastikan julat yang digunakan bersesuaian.

Sambungkan test pin warna merah pada wayar yang membawa arus dan

sambungkan test pin berwarna hitam pada bahagian wayar neutral.

Pada sakala bacaan V.A dan skala yang dipilih baca pergerakan jarum

penunjuk.

Page 56: Repot penuh bengkel  amirudin-

c) Mengukur direct current ampere (DCA)

Pada bacaan skala pastikan jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong

Pada julat bacaan yang diperlukan pilih bacaan yang hendak digunakan

dengan memusingkan tombol pemilih.

Untuk julat bacaan DCA laraskan tombol pemilih pada bahagian bacaan.

Pada punca bekalan kuasa atau litar yang hendak diuji sambungkan test pin.

Bacaan yang hendak diambil pastikan julat yang digunakan bersesuaian.

Sambungkan test pin warna merah pada terminal positif dan sambungkan test

pin berwarna hitam pada bahagian terminal negative

Pastikan sambungan dilakukan sesiri dengan beban.

Pada sakala bacaan V.A dan skala yang dipilih baca pergerakan jarum

penunjuk.

d) Mengukur rintangan

Dengan menyentuh test pin hitam dan test pin merah, pastikan jarum penunjuk

berada pada kedudukan kosong (0) pada bacaan skala.

Pada julat bacaan yang diperlukan pilih bacaan yang hendak digunakan

dengan memusingkan tombol pemilih.

Untuk julat bacaan rintangan laraskan tombol pemilih pada bahagian bacaan.

Untuk mengambil bacaan pastikan julat yang digunakan bersesuaian.

Sambungkan test pin berwarna hitam pada bahagian hujung perintang dan test

pin warna merah pada hujung yang satu lagi.

Baca pergerakan jarum penunjuk pada skala bacaan rintangan.

Bacaan yang diperolehi perlu didarabkan dengan nilai julat yang dipilih (X1,

X10, X100, X1K, X1OK)

Page 57: Repot penuh bengkel  amirudin-

4.1.3 Bahan Dan Alatan Amali

No Nama Gamba

1

Multimeter analog

2

Resistor

3

Bateri

Page 58: Repot penuh bengkel  amirudin-

4.1.4 Langkah-Langkah Amali

a) Bacaan Resistor (Ohm)

i. Siapkan multimeter dan letakkan probe merah pada terminal positif (+) dan probe

hitam pada terminal com (-).

ii. Lakukan kalibrasi dengan menyatukan hujung kedua probe menjadi satu.

iii. Kemudian daripada hasil penyatuan hujung probe, diketahui bahawa jarum

penunjuk belum menunjuk pada skala nol iaitu 0. Untuk itu kita perlu melakukan

kalibrasi, dengan memutar knop adjustment sampai jarum penunjuk menunjuk

skala nol (0).

iv. Apabila kalibrasi multimeter sudah dilakukan, lakukan proses pengukuran

Page 59: Repot penuh bengkel  amirudin-

v. Dari hasil pengukuran menunjukan:

vi. Cara mengukur Resistor sebagai contoh adalah apabila jarum penunjuk

menunjuk pada angka 4.5 ohm, sedangkan skalar pada x10 maka hasil

pengukurannya adalah 4.5 x10 = 45 Ohm, jadi resistor yang kita ukur

mempunyai rintangan 45 Ohm.

Rintangan (Resistor) 1

Rintangan (Resistor) 2

Rintangan (Resistor) 3

Page 60: Repot penuh bengkel  amirudin-

b) Bacaan Bateri (voltan)

i. Siapkan multimeter dan letakkan probe merah pada terminal positif (+) dan probe

hitam pada terminal com (-).

ii. Lakukan kalibrasi dengan menyatukan hujung kedua probe menjadi satu.

iii. Kemudian daripada hasil penyatuan hujung probe, diketahui bahawa jarum penunjuk

belum menunjuk pada skala nol iaitu 0. Untuk itu kita perlu melakukan kalibrasi,

dengan memutar knop adjustment sampai jarum penunjuk menunjuk skala nol (0).

iv. Apabila kalibrasi multimeter sudah dilakukan, lakukan proses pengukuran.

v. Dari hasil pengukuran menunjukkan :

No Bateri DCV JULAT 10 (V) DCV JULAT 50 (V)

1 9.0 9.2

2 5.6 6.0

3 5.8 6.0

Page 61: Repot penuh bengkel  amirudin-

4.2 AMALI DUA ( PENDAWAIAN SOKET KELUARAN 13A)

4.2.1 Objektif Amali Pendawaian Soket Keluaran 13A

Melalui amali ini, pelajar akan dapat :

Mengatahui fungsi alat tangan elektrik

Mengatahui pendawaian soket keluaran 13A dan papan fius agihan

Menguji aksesori papan fius agihan

Memahirkan pelajar meggunakan alat tangan

4.2.2 Bahan

No Bahan dan fungsi Gambar

1

Wayar

Setiap warna mempunyai kod yang

tersendiri. Contoh merah untuk hidup, biru

dan hitam untuk neutral dan hijau untuk

bumi.

2

Kabel 3 Core

Menghubungkan komponen yang terdapat

dalam DB

3

MCB 6A/10A , ELCB dan Main Switch

MCB = memutuskan litar apabila berlaku

lebihan arus elektrik atar kerosakan. Ia

tidak akan berfungsi sekiranya kerosakan

tidak dibaiki.

ELCB = memutuskan bekalan elektrik

secara automatic apabila berlaku kebocoran

arus atau litar pintas ke bumi

MAIN SWITCH = berfungsi untuk

menyambung dan memutuskan bekalan

elektrik serta mengawal arus berlebihan.

4

Plug 3 Pin

Digunakan untuk menyambungkan

perkakas elektrik ke soket dinding alir

keluar

Page 62: Repot penuh bengkel  amirudin-

5

Soket dan Tapak Soket

Berfungsi untuk menyediakan punca

bekalan kuasa kepada alat/ kelengkapan

elektrik mudah alih.

Berfungsi untuk menyambung soket

4.2.3 Alatan tangan

Alatan Fungsi

Playar Mungcung Tirus

Untuk mencengkam bahan atau komponen

kecil.

Pemotong Sisi

Digunakan untuk memotong wayar elektrik.

Penjalur Wayar

Digunakan untuk menjalur wayar elektrik.

Skru Driver Philips

Digunakan untuk memutar skru.

Test Pen

Digunakan untuk menguji dan mengesan

kebocoran arus elektrik dan wayar hidup.

Page 63: Repot penuh bengkel  amirudin-

4.2.4 Langkah Kerja

No Langkah Rajah

1

Memahami litar/ gambar rajah yang

diberikan.

2

Menyediakan alatan dan bahan yang

diperlukan untuk amali pendawaian soket

keluaran 13A

3

Membuat pendawaian soket keluaran 13A

berdasarkan gambarajah litar.

Mengenalpasti kedudukan Neutral(N) ,

Live(L) dan Earth(E) terlebih dahulu.

4

Seterusnya, potong kabel wayar dengan

menggunakan wire stripper dan

sambungkan kabel pada soket keluaran

mengikut kod warna kabel yang telah

ditetapkan.

Page 64: Repot penuh bengkel  amirudin-

5

Apabila penyambungan soket telah

dilakukan,pasangkan soket kepada tapak

soket dan skru dengan kemas.

6

Seterusnya, sambungkan hujung kabel pada

soket dengan plug 3 pin 13 A

7

Setelah siap pendawaian, litar diuji dengan

menggunakan multimeter. Pengujian dibuat

untuk memastikan litar berada dalam

keadaan sempurna dan selamat untuk

digunakan.

8

Dan yang terakhir setelah dipastikan

selamat dan sempurna untuk digunakan,

soket diuji dengan pengujian litar hidup

dilakukan dengan menggunakan beberapa

kaedah iaitu menggunakan RCCB TESTER,

nyalaan mentol, Test pen dan

Meterclamp/Multimeter

Page 65: Repot penuh bengkel  amirudin-

4.3 AMALI TIGA ( PENDAWAIAN PENDAFLOUR )

4.3.1 Objektif

Melalui amali ini pelajar akan dapat :

Mengatahui fungsi alat tangan elektrik.

Mengatahui pendawaian pendaflour.

Menguji kefungsian litar.

Memahirkan pelajar menggunakan alat tangan.

4.3.2 Bahan

Komponen-kompenan pendaflour

a) Kabel

e) Starter holder

b) Perumah pendaflour

f)

c) Tube holder

a) Ballast

Page 66: Repot penuh bengkel  amirudin-

4.3.3 Alatan Tangan Yang Digunakan Untuk Amali Tiga

Alatan Fungsi

Playar Mungcung Tirus

Untuk mencengkam bahan atau komponen

kecil.

Pemotong Sisi

Digunakan untuk memotong wayar elektrik.

Penjalur Wayar

Digunakan untuk menjalur wayar elektrik.

Skru Driver Philips

Digunakan untuk memutar skru.

Test Pen

Digunakan untuk menguji dan mengesan

kebocoran arus elektrik dan wayar hidup.

Page 67: Repot penuh bengkel  amirudin-

4.3.4 Langkah Kerja

No Rajah Langkah Kerja

1

Memahami litar pendawaian pendaflour.

2

Mengenali sumua kompenan-kompenan yang digunakan didalam pendawaian litar pendaflour.

3

Semua kompenan-kompenan diuji dengan menggunakan ‘multimeter’ untuk memastikan kompenan berada didalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan.

4

Mengenalpasti kedudukan pada perumah pendaflour sebelum meletakkan kompenan pendaflour.

5

Setiap kompenan disusun mengikut kedudukan yang betul seperti di dalam rajah.

Page 68: Repot penuh bengkel  amirudin-

6

Kabel pengalir tunggal diperlukan bagi menyambung semua kompenan pendaflour.

Kod warna perlu betul dengan fungsinya.

7

Setelah selesai penyambungan, ujian dilakukan bagi memastikan semua sambungan berada dalam keadaan baik dan sempurna.

Dilakukan dalam keadaan litar mati. (tiada arus)

Ujian dilakukan menggunakan multimeter.

8

Akhir sekali, sambungan menggunakan plug 3 pin. Untuk pengujian dijalankan dengan menggunakan litar hidup. ( power supply)

Ujian dilakukan menggunakan mentol, meltimeter, test pen dan suis litar dihidupkan untuk menguji mentol menyala atau tidak.

Ujian juga dilakukan untuk membaca voltan dan arus menggunakan multimeter dan ammeter.

Page 69: Repot penuh bengkel  amirudin-

5.0 KESIMPULAN

Diakhir tugasan ini, saya telah mempelajari pelbagai cara langkah dan kaedah yang

betul tentang kerja-kerja pendawaian dan pengukuran serta pengujian alatan elektrik. Selain

itu, saya juga telah didedahkan dan mempelajari tentang penggunaan alatan tangan di bengkel

elektrik seperti penggunaan playar, pemotong sisi, dan test pen. Sehubungan itu, boleh

dikatakan bahawa kerja amali ini dijalankan bertujuan bagi memberi pendedahan asas

mengenai pendawaian. Seterusnya dapat mengetahui cara yang betul melakukan kerja

pendawaian lampu pendaflour dan juga dapat mengetahui langkah-langkah keselamatan

dalam melakukan amali ini. Selain itu, dapat pelajari jenis bahan dan kod wayar serta

fungsinya bagi agar tiada berlaku kesilapan semasa pendawaian. Kami dapati objektif amali

ini tercapai. Akhir sekali, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sesama rakan,

pensyarah dan staf yang membimbing.

Page 70: Repot penuh bengkel  amirudin-