PSV 4 Bidang Kegiatan

7
4 Bidang Kegiatan Ini adalah kegiatan-kegiatan asas dlm pembelajaran PSV 1. Menggambar 2. Membuat corak dan rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal kraf Tradisional Menggambar Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan asp ek ruang, struktur , imbangan dan komposisi. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi,kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan ini merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan. Kegiatan ini dapat memperkembangk an persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. ANTARA KEGIATAN BIDANG MENGGAMBAR: 1. Lukisan 2. Catan 3. Kolaj 4. Montaj 5. Cetakan 6. Resis 7. Gosokan 8. Stensilan 9. Percikan 10. Gurisan 11. Capan 12. Mozek 13. Poster

description

PSV 4 Bidang Kegiatan

Transcript of PSV 4 Bidang Kegiatan

4 Bidang Kegiatan

Ini adalah kegiatan-kegiatan asas dlm pembelajaran PSV

1.Menggambar

2.Membuat corak dan rekaan

3. Membentuk dan Membuat Binaan

4.Mengenal kraf Tradisional

MenggambarBidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiranserta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspekruang, struktur, imbangan dan komposisi.

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi,kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan ini merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan.

Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.

ANTARA KEGIATAN BIDANG MENGGAMBAR:1. Lukisan2. Catan3. Kolaj4. Montaj5. Cetakan6. Resis7. Gosokan8. Stensilan9. Percikan10. Gurisan11. Capan12. Mozek13. Poster

Membuat Corak dan RekaanBidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikan menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dsb. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

CORAK TIDAK TERANCANG1. Pualaman2. Tiupan3. Titisan4.Ikatan dan celupan5.Renjisan dan percikan CORAK TERANCANG :1. Lukisan2. Catan3. Cetakan4. Capan5. Lipatan dan guntingan6. Resis7. Kolaj8. Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu.

Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu.Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran . Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

MEMBENTUK DAN MEMBINABidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadapaspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tesebut murid dapat memahami lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatanmembentuk dan membina juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.

BIDANG KEGIATAN MEMBENTUK & MEMBINA3 DIMENSI MERANGKUMI AKTIVITI SEPERTI :

1. Arca Timbul 2. Assemblaj3. Mobail4. Stabail5. Model6. Diorama7. Boneka8. Topeng9. Origami

Kegiatan membentuk dan membina memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaranbahawa ideadan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.

Aspek apresiasi hasil kerjadiadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

MENGENAL KRAF TRADISIONALKraf tradisional boleh didefinasikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yangmemerlukan daya cipta olehmasyarkat yang diwarisi turun- temurun.

1Alat domestik 2. Alat permainan3. Alat pertahanan diri 4. Perhiasan diri5. Batik 6. Tekat7. Ukiran 8. Tenunan9. Anyaman 10. Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatankraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknikmembuat,alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara sepertipernyataan, puisi, lakonan,nyanyian dan cerita. di mana letaknya wau saya?

PROGRAM PENGHAYATAAN SENI-KREATIVITI DAN SENSITIVITI

1. Mukadimah

Pendidikan Seni adalah satu cabang pendidikan yang perlu diterapkan kepada murid-murid. Ia berperanan memupuk minat dan bakat dalam diri pelajar terhadap keindahan seni itu sendiri dan hubungkaitnya dengan alam sekeliling. Untuk itu, adalah diharapkan program ini dapat menghasilkan murid-murid yang kreatif dan sensitif terhadap seni.

2. Matlamat

Pendidikan Seni bertujuan untuk memupuk asas kemahiran seni bagi melahirkan murid yang harmonis, kreatif dan produktif, peka terhadap nilai seni dalam kehidupan budaya dan alam sekitar

3. Objektif

3.1Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar, mencorak, membina,dan membuat kraf

3.2Menghubungkaitkan idea-idea dan maklumat melalui kegiatan seni

3.3Melatih murid membiasakan diri membuat aktiviti seni secara teratur, cermat dan selamat

3.4Mengetahui istilah dan laras bahasa seni serta menggunakannya dalam kegiatan operasi

3.5Memahami dan menggabungkan pelbagai teknik dalam menghasilkan sesuatu ciptaan yang kreatif

3.6Mengamalkan perbincangan dengan guru dan rakan dalam membuat perancangan sesuatu kegiatan seni

4. Sasaran

Semua murid

5. Jangkamasa

Sepanjang tahun

6. Jadual Pelaksanaan

6.1Masa Pendidikan Seni yang ditetapkan dalam jadual

6.2Minggu Pendidikan Seni

7. Sumber Kewangan

7.1Peruntukan sekolah

7.2Hasil jualan kerja murid

8. Penilaian

8.1Pertandingan

8.2Semakan semasa ( guru-guru Pendidikan Seni )

8.3Pameran

9. Strategi dan Aktiviti

9.1 Tahun 19.1.1Pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berkumpulan

9.1.2Tunjukcara dari guru dengan menggunakan bahan yang berkaitan dengan tajuk

9.1.3Mengadakan pertandingan mewarna di antara kelas

9.1.4Membuat rekaan dan corak

9.1.5Lawatan sekitar sekolah - memperkenalkan alam sekeliling

9.1.6Mempamerkan hasil kerja murid yang terbaik di dalam kelas

9.1.7Membuat binaan yang mudah dari bahan terbuang

9.1.8Mengadakan kegiatan melukis dan membuat gambar yang mudah

9.2 Tahun 29.2.1Pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti secara kumpulan

9.2.2Tunjukcara dari guru

9.2.3Penilaian

9.2.4Mengadakan kegiatan melukis dan membuat gambar

9.2.5Membuat rekaan dan corak

9.2.6Mengadakan pertandingan antara kelas-kelas

9.2.7Mengadakan pertandingan sudut Seni untuk mempamerkan hasil kerja murid

9.2.8Membentuk binaan yang mudah dengan menggunakan bahan-bahan terbuang

9.2.9Membuat benda-benda berunsurkan kraf tradisional

9.3 Tahun 39.3.1Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dijalankan di dalam kumpulan

9.3.2Tunjukcara dan penerangan dari guru menggunakan gambar, model atau bahan yang sesuai

9.3.3Penilaian yang berterusan

9.3.4Mengadakan kegiatan melukis dan membuat gambar

9.3.5Membuat rekaan dan corak

9.3.6Menyertai Pertandingan Melukis

9.3.7Mewujudkan Sudut Seni untuk mempamerkan hasil kerja murid

9.3.8Mengadakan aktiviti seni yang menggunakan bahan-bahan terbuang

9.4 Tahun 49.4.1Menumpukan dan melatih menguasai kemahiran membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris

9.4.2Memerhati dan memahami kedudukan dan lokasi benda-benda ( objek ) yang terdapat di persekitaran tentang jarak ( jauh / dekat ), warna ( terang / gelap )

9.4.3Mewarna gambar dengan warna yang cerah dan gelap supaya dapat membezakan jarak jauh dan dekat

9.4.5Mengadakan kegiatan lawatan sambil melukis

9.4.6Mendedahkan murid dengan semangat dan menilai hasil seni

9.4.7Membuat penilaian daripada hasil kerja yang berterusan

9.4.8Mempamer dan membincangkan hasil kerja

9.5 Tahun 59.5.1Mengadakan sudut-sudut seni di dalam kelas

9.5.2Mengambil bahagian dalam pertandingan seni di peringkat sekolah dan luar sekolah

9.5.3Mengadakan pameran hasil kerja murid

9.6 Tahun 69.6.1Mengadakan sudut seni di dalam kelas untuk mempamerkan hasil-hasil kerja murid

9.6.2Melukis dan membuat gambar9.6.2.1poster

9.6.2.2pemandangan

9.6.2.3kulit buku

9.6.2.4potret

9.6.3Membuat rekaan dan corak, bermotifkan alam semulajadi dan imaginasi murid9.6.3.1mozek

9.6.3.2kolaj

9.6.3.3lipatan guntingan

9.6.3.4cetakan

9.6.4Membuat binaan / kraftangan9.6.4.1hiasan dinding

9.6.4.2model haiwan

9.6.4.3kuda kepang

9.6.4.4anyaman 3D

9.6.4.5tembikar