Pisa Form2 a14

7
ITEM_M IRIP PISA_A14 BINA ITEM PISA – KUMPULAN A14 TINGKATAN 2 Topik : Nutrisi Konstruk : Aplikasi Konteks : 2.1 Menganalisa kelas-kelas makanan Aras Kesukaran : Sederhana Rajah 1 di bawah menunjukkan beberapa jenis makanan yang mengandungi 7 kelas makanan. Makanan amat penting kepada kita kerana ianya merupakan sumber tenaga, membantu pertumbuhan dan membekalkan vitamin dan mineral untuk kesihatan yang optimum. Rajah 1 1. Makanan yang dimakan perlu melalui proses pencernaan. Pencernaan ialah proses pemecahan bahan makanan yang besar kepada molekul yang lebih kecil supaya mudah diserap oleh badan. Pencernaan melibatkan dua jenis pencernaan iaitu pencernaan secara fizikal di mulut dan pencernaan secara kimia melibatkan beberapa jenis enzim yang berlaku di beberapa bahagian di sepanjang sistem pencernaan manusia. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

description

sains

Transcript of Pisa Form2 a14

Page 1: Pisa Form2 a14

ITEM_MIRIP PISA_A14

BINA ITEM PISA – KUMPULAN A14

TINGKATAN 2

Topik : Nutrisi

Konstruk : Aplikasi

Konteks : 2.1 Menganalisa kelas-kelas makanan

Aras Kesukaran : Sederhana

Rajah 1 di bawah menunjukkan beberapa jenis makanan yang mengandungi 7 kelas makanan. Makanan amat penting kepada kita kerana ianya merupakan sumber tenaga, membantu pertumbuhan dan membekalkan vitamin dan mineral untuk kesihatan yang optimum.

Rajah 1

1. Makanan yang dimakan perlu melalui proses pencernaan. Pencernaan ialah proses pemecahan bahan makanan yang besar kepada molekul yang lebih kecil supaya mudah diserap oleh badan. Pencernaan melibatkan dua jenis pencernaan iaitu pencernaan secara fizikal di mulut dan pencernaan secara kimia melibatkan beberapa jenis enzim yang berlaku di beberapa bahagian di sepanjang sistem pencernaan manusia.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Page 2: Pisa Form2 a14

ITEM_MIRIP PISA_A14

Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen yang telah dijalankan untuk mengkaji kesan tindakbalas roti dengan air suling, amilase, pepsin dan lipase.

Rajah 2

Bulatkan jawapan bagi setiap pemerhatian untuk eksperimen di atas.

Bahan Kesan ujian iodinRoti + Air suling Positif / NegatifRoti + Amilase Positif / NegatifRoti + Pepsin Positif / NegatifRoti + Lipase Positif / Negatif

(2 markah)

2. Graf 1 di bawah menunjukkan statistik Kelaziman Obesiti Malaysia bagi tahun 2011.

Graf 1

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Roti+

Air suling

Roti+

Amilase

Roti+

Pepsin

Roti+

Lipase

Page 3: Pisa Form2 a14

ITEM_MIRIP PISA_A14

Masalah obesiti dikalangan rakyat Malaysia merupakan satu isu penting yang harus ditangani. Obesiti adalah disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan seseorang. Obesiti boleh menganggu dan merosakkan organ-organ dalaman dan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Terangkan kenapa berlaku peningkatan dalam kes obesiti di Malaysia.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

(2 markah)

3. Protein yang mencukupi akan digunakan untuk pertumbuhan, membina sel baru, dan memperbaiki sel-sel rosak atau telah mati. Manakala protein yang berlebihan akan diproses untuk ditukarkan kepada urea, iaitu bahan yang perlu disingkirkan oleh badan. Nyatakan medium untuk menyingkirkan urea daripada badan.

…………………………………………………………………………………………………………

.................................................................................................................................................................

(2 markah)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Page 4: Pisa Form2 a14

ITEM_MIRIP PISA_A14

SKEMA PEMARKAHAN PISA TINGKATAN 2 A14

Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan beberapa jenis makanan yang mengandungi 7 kelas makanan. Makanan amat penting kepada kita kerana ianya merupakan sumber tenaga, membantu pertumbuhan dan membekalkan vitamin dan mineral untuk kesihatan yang optimum.

SOALAN 1

Makanan yang dimakan perlu melalui proses pencernaan. Pencernaan ialah proses pemecahan bahan makanan yang besar kepada molekul yang lebih kecil supaya mudah diserap oleh badan. Pencernaan melibatkan dua jenis pencernaan iaitu pencernaan secara fizikal di mulut dan pencernaan secara kimia melibatkan beberapa jenis enzim yang berlaku di beberapa bahagian di sepanjang sistem pencernaan manusia.

Satu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji kesan tindakbalas roti dengan air suling, amilase, pepsin dan lipase.

Rajah 2

Bulatkan jawapan setiap pemerhatian bagi eksperimen di atas.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Roti+

Air suling

Roti+

Amilase

Roti+

Pepsin

Roti+

Lipase

Page 5: Pisa Form2 a14

ITEM_MIRIP PISA_A14

Bahan Kesan ujian iodinRoti + Air suling Positif / NegatifRoti + Amilase Positif / NegatifRoti + Pepsin Positif / NegatifRoti + Lipase Positif / Negatif

(2 markah)

Rubrik : Betul 4 = 2 markah

Betul 3-2 = 1 markah

Betul 1 = 0 markah

SOALAN 2

Graf 1

Masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia merupakan satu isu penting yang harus ditangani. Obesiti disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan seseorang. Obesiti boleh menganggu dan merosakkan organ-organ dalam dan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Terangkan kenapa berlaku peningkatan dalam kes obesiti di Malaysia.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Page 6: Pisa Form2 a14

ITEM_MIRIP PISA_A14

- F1 : Mengambil karbohidrat secara berlebihan E1- karbohidrat berlebihan ditukar kepada lemak

- F2 : Kurang bersenam E2- Lebihan kalori dalam badan

Rubrik : F1 +E1= 1 markah

F2 + E2 = 1 markah

(2 markah)

SOALAN 3

Protein yang mencukupi akan digunakan untuk pertumbuhan, membina sel baru, memperbaiki sel-sel rosak atau telah mati. Manakala protein yang berlebihan akan diproses untuk ditukarkan kepada urea, iaitu bahan yang perlu disingkirkan oleh badan. Nyatakan medium untuk menyingkirkan urea daripada badan.

-Air kencing

-Peluh

Rubrik : Air kencing = 1 markah

Peluh = 1 markah

(2 markah)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013