PETANQUE setel

5
8/7/2019 PETANQUE setel http://slidepdf.com/reader/full/petanque-setel 1/5 Sejarah Petanque Pétanque adalah sejenis permainan yang berasal dari Perancis yang mana objektif utama permainan ini adalah untuk membaling atau melempar bola - bola besi yang disebut sebagai 'boules' sedekat mungkin dengan satu bola kecil yang diperbuat daripada kayu yang digelar jack. Permainan ini biasanya dimainkan diatas permukaan tanah atau batu kerikil halus. Namun begitu, permainan petanque ini juga boleh dimainkan di atas permukaan berpasir atau padang rumput. Dengan kata lain, petanque boleh dimainkan di mana - mana permukaan kecuali permukaan konkrit atau jubin. Dalam situasi terbaik, permukaan yang sesuai adalah permukaan yang tidak terlalu lembut seperti di pantai. Jika petanque di mainkan di pantai yang terlalu berpasir lembut, boule akan terus terlekat dalam pasir tanpa bergerak jauh. Dalam keadaan padang rumput juga, sukan ini boleh dimainkan. Namun begitu, permukaan yang paling baik adalah permukaan yang berbatu halus. Permainan Petanque dikatakan bermula pada zaman purba Greece. Masyarakat purba Greece direkodkan telah bermain permainan membaling syiling, kemudian batu- batu datar dan diikuti dengan permainan bola batu, yang disebut sebagai ‘spheristics’. Pada awal abad ke-6 SM. Masyarakat purba Rom telah memodifikasikan permainan petanque ini dengan meletakkan target yang harus didekati sehampir mungkin. Variasi Rom ini dibawa ke Provence oleh tentera Rom. Permainan Petanque telah dimodifikasikan lagi dengan menggantikan bola-bola batu kepada bola-bola kayu dan ditambahkan dengan kuku untuk membuat bola tersebut lebih berat. Pada Zaman Erasmus permainan Petanque disebut sebagai globurum. Di Eropah, permainan Petanque lebih dikenali sebagai 'boules' atau bola. Pada kurun ke 17, para bangsawan Perancis telah menjadikan sukan ini kepunyaan mereka sahaja dan Raja Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan tersebut kepada 14 mata. Semasa perang, tentera Napoleon menggunakan peluru meriam sebagai bola permainan. Diceritakan juga, Sir Francis Drake telah menamatkan permainan bola tersebut sebelum beliau bersiap-siaga menewaskan tentera Sepanyol.

Transcript of PETANQUE setel

Page 1: PETANQUE setel

8/7/2019 PETANQUE setel

http://slidepdf.com/reader/full/petanque-setel 1/5

Sejarah Petanque

Pétanque adalah sejenis permainan yang berasal dari Perancis yang mana objektif 

utama permainan ini adalah untuk membaling atau melempar bola - bola besi yang

disebut sebagai 'boules' sedekat mungkin dengan satu bola kecil yang diperbuat daripada

kayu yang digelar jack.

Permainan ini biasanya dimainkan diatas permukaan tanah atau batu kerikil

halus. Namun begitu, permainan petanque ini juga boleh dimainkan di atas permukaan

berpasir atau padang rumput. Dengan kata lain, petanque boleh dimainkan di mana -

mana permukaan kecuali permukaan konkrit atau jubin.

Dalam situasi terbaik, permukaan yang sesuai adalah permukaan yang

tidak terlalu lembut seperti di pantai. Jika petanque di mainkan di pantai yang terlalu

berpasir lembut, boule akan terus terlekat dalam pasir tanpa bergerak jauh. Dalam

keadaan padang rumput juga, sukan ini boleh dimainkan. Namun begitu, permukaan

yang paling baik adalah permukaan yang berbatu halus.

Permainan Petanque dikatakan bermula pada zaman purba Greece. Masyarakat

purba Greece direkodkan telah bermain permainan membaling syiling, kemudian batu-

batu datar dan diikuti dengan permainan bola batu, yang disebut sebagai ‘spheristics’.

Pada awal abad ke-6 SM. Masyarakat purba Rom telah memodifikasikan permainan

petanque ini dengan meletakkan target yang harus didekati sehampir mungkin. Variasi

Rom ini dibawa ke Provence oleh tentera Rom.

Permainan Petanque telah dimodifikasikan lagi dengan menggantikan bola-bola

batu kepada bola-bola kayu dan ditambahkan dengan kuku untuk membuat bola tersebut

lebih berat. Pada Zaman Erasmus permainan Petanque disebut sebagai globurum. Di

Eropah, permainan Petanque lebih dikenali sebagai 'boules' atau bola.

Pada kurun ke 17, para bangsawan Perancis telah menjadikan sukan ini kepunyaan

mereka sahaja dan Raja Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan tersebut

kepada 14 mata. Semasa perang, tentera Napoleon menggunakan peluru meriam sebagai

bola permainan. Diceritakan juga, Sir Francis Drake telah menamatkan permainan bola

tersebut sebelum beliau bersiap-siaga menewaskan tentera Sepanyol.

Page 2: PETANQUE setel

8/7/2019 PETANQUE setel

http://slidepdf.com/reader/full/petanque-setel 2/5

Sejarah moden sukan petanque bermula di Clotat, Peranchis dalam tahun 1910

apabila seorang lelaki cacat yang baru sembuh dari kemalangan sewaktu menyaksikan

sukan ini telah mengambil salah satu bola tersebut dan membalingkannya dengan tepat

sekali pada kedudukan berdiri. Sukan ini kemudiannya berkembang ke semua jajahan di

Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat.

Pada abad ke-19, di England permainan Petanque lebih dikenali sebagai "cawan"

atau "rumput bowling". Di Perancis pula dikenali sebagai boules dan dimainkan di seluruh

negara. Di Selatan Perancis pula, permainan ini dikenali sebagai jeu dan terbukti jeu mirip

dengan permainan Pétanque, bezanya ialah gelanggangnya lebih besar dan pemain

berlari tiga langkah sebelum membaling bola.

Petanque dalam bentuk yang sekarang ini telah dicipta pada tahun 1907 di bandar 

La Ciotat berhampiran Marseilles oleh pemain permainan ‘lyonnaise boule’ daripada

Perancis yang bernama Jules Lenoir. Pertandingan Petanque yang pertama dengan

peraturan-peraturan baru telah diadakan pada tahun 1910 oleh adik-beradik Yusuf Ernest

& Pitiot, iaitu pemilik sebuah kafe di La Ciotat. Selepas itu, permainan Petanque telah

berkembang dengan cepat. Persekutuan Pétanque Antarabangsa (Federation

Internationale de Pétanque et Jeu) telah ditubuhkan pada 1958 di Marseille dan telah

dianggotai sekitar 600,000 anggota daripada 52 negara pada tahun 2002.

Kejohanan Dunia pertama Permainan Petanque telah berlangsung pada tahun

1959.Kejohanan yang paling terkini diadakan di Faro (2000), Monaco (2001), Grenoble

(2002,2004 dan 2006), Geneva (2003), Brussels (2005), dan Pattaya / Thailand (2007).

Pada tahun 2007 seramai 52 pasukan daripada 50 negara telah mengambil bahagian

dalam kejohan dunia petanque.

Page 3: PETANQUE setel

8/7/2019 PETANQUE setel

http://slidepdf.com/reader/full/petanque-setel 3/5

Permainan petanque dimainkan dalam 3 jenis konfigurasi berbeza iaitu :

• 3 sekumpulan atau lebih dikenali sebagai tripplets, dengan 3 orang pemain setiap kumpulan dan setiap pemain menggunakan 2 biji boule.

• 2 sekumpulan atau lebih dikenali sebagai doublets, dengan 2 orang pemain setiap kumpulan dan setiap pemain menggunakan 3 biji boule.

• Perseorangan atau lebih dikenali sebagai singles dengan seorang pemain menggunakan 3 biji bola.

 

Bola yang digunakan untuk permainan petanque diperbuat daripada besi dengan

berat antara 650g dan 800 gram. Saiz diameter bola besi ini pula antara 70.5mm dan

80mm. ( sebesar bola tennis ). Jack pula diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik dan

mempunyai diameter antara 25mm sehingga 35mm. Kawasan permainan petanque

mestilah tidak kurang dari 15 meter panjang kali 4 meter lebar. Namun begitu keluasan

minimum yang diterimapakai adalah tidak kurang dari 13 meter panjang kali 4 meter lebar.

Pemain yang menang undian lambungan duit syilling hendaklah memulakan

permaianan dengan membuat bulatan dengan diameter 35- 50 cm. Kedua - dua kaki

pemain yang membuat lemparan bola hendaklah menyentuh tanah semasa membuat

lemparan. Permainan dimulakan dengan pemain pertama melempar jack dalam jarak 6 ke

10 meter dari bulatan tadi. Jack yang dilemparkan hendaklah tidak kurang 1 meter dari

sempadan gelanggang atau apa - apa objek yang menghalang. Jika ini berlaku, maka jack

tersebut hendaklah dilontar semula.

Pemain yang menang undian tadi akan mula melempar bola sedekat mungkin

dengan jack. Pemain daripada pihak lawan pula akan cuba mengatasi jarak boule pertama

tadi sehingga dia berjaya lebih dekat dengan jack. Jika dalam percubaan itu, boule pihaklawan lebih dekat, maka kumpulan pertama tadi perlu mengatasi boule tadi. Permainan ini

akan berulang sehinggalah kesemua boule telah habis dilempar. Mata akan dikira dengan

kaedah, berapa boule pasukan yang mendapat mata lebih dekat kepada jack sebelum

bola pihak lawan. Permaianan biasanya dimainkan sehingga mata 13. Namun begitu,

mata 15 juga ada dimainkan untuk perrtandingan - pertandingan akhir.

Page 4: PETANQUE setel

8/7/2019 PETANQUE setel

http://slidepdf.com/reader/full/petanque-setel 4/5

Peraturan permainan ini tidak susah. Peraturan-peraturannya ialah :

 

• Pemain boleh membaling bola mengikut cara yang disukainya tetapi tidak boleh mengangkat kaki ketika membaling bola. Petanque sendiri bermaksud

'meletakkan kedua-dua kaki bersama'.

• Bola yang terkeluar daripada gelanggang tidak dikra dalam permainan.

• Bola boleh dibaling setinggi manapun atau dengan cara balingan lain.

• Lingakaran titik permulaan boleh diubahsuai sekiranya titik akhir jack ialah

kurang 10 meter untuk membuat balingan yang seterusnya.

• Setiap pasukan harus mempunyai peralatan pengukuran yang sesuai bagi

menentukan pemenang biasanya, pemain sendiri boleh menentukan bola siapa

yang terhampir, tetapi jika berlaku percanggahan, seorang hakim teknikal akan

membuat ukuran. Mata akan diberikan mengikut bola-bola yang terhampir dengan

jack.

Sebuah pusingan atau dipanggil ends akan tamat apabila salah sebuah pasukan

kehabisan bola mereka. Ends akan berterusan sehingga salah satu pihak berjaya

memperoleh 13 mata. Permainan ini boleh tamat dalam masa beberapa minit atau

berlarutan sehingga berjam-jam. Ia bergantung kepada strategi.

Sukan petanque ini telah mula dibawa masuk dan diperkenalkan di Malaysis oleh

Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz, Yang Dipertua Angkasa pada pertengahan tahun 1989.

Setelah beberapa bulan dimainkan, akhirnya sukan petanque telah dirasmikan sebagai

salah satu acara sukan negara. Upacara perasmian telah dilakukan oleh Menteri Belia dan

Sukan sendiri pada masa itu, YB Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Mac 1990 di

Padang jalan Timur, Petaling Jaya.

Pada tahun 1993, permainan petanque telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan

Sukan sebagai salah satu acara "sukan baru" dalam kategori "sukan untuk semua".

Seminar untuk sukan ini telah diadakan di Universiti Malaya pada 24 April 1994 anjuran

Kementerian Belia dan Sukan.

Page 5: PETANQUE setel

8/7/2019 PETANQUE setel

http://slidepdf.com/reader/full/petanque-setel 5/5

Sumbangan ANGKASA yang cukup besar dalam sukan ini telah memberi faedah

yang amat berguna kepada anggota koperasi keseluruhannya. Melaluinya juga ANGKASA

sekali lagi telah menganjurkan Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan

2009 pada 23 hingga 24 Mei 2009 di Gelanggang Petanque, Pasukan Gerakan Am (PGA)

Cheras, Kuala Lumpur.

Di hari perasmian kejohanan, Yang Dipertua ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Rahim

Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri ANGKASA

yang telah mengadakan pertandingan di peringkat negeri masing-masing. Selain daripada

itu beliau mengingatkan bahawa permainan ini merupakan satu aktiviti riadah yang

memerlukan tumpuan yang tinggi, minat serta perlu berlatih bersungguh-sungguh. Ini

adalah kerana sukan ini memerlukan latihan bagi meningkatkan kemahiran dan ketepatan

(accuracy), kesempurnaan (perfection), konsentrasi dalam menggunakan akal dan fikiran

serta memikirkan taktik dan strategi, permainan. Komunikasi juga penting di antara

pemain-pemain dalam pasukan, stamina pula untuk ketahanan mental dan fizikal serta

perancangan hingga ke akhir pertandingan.

Perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kecergasan,

Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Encik Mohd. Azahari

Mohammad. Dalam ucapan beliau menyatakan bahawa sukan petanque ini telah terkenal

di seluruh Asia kerana beberapa agensi kejohanan pernah menganjurkannya di luar 

negara. Ianya juga selaras dengan dasar kerajaan yang inginkan ‘One Malaysian’ di mana

kejohanan ini turut melibatkan pemain dari berbagai bangsa dan jantina. Dengan itu ianya

akan dapat menonjolkan masyarakat yang harmoni serta dapat menjalinkan hubungan

kerjasama di kalangan anggota koperasi di seluruh Negara.

Dalam pada itu juga bagi menggalakkan kesinambungan permainan ini, ANGKASA

telah menyediakan kursus permainan petaque dan kursus kejurulatihan permainanpetanque. Menurut beliau lagi, kursus ini bertujuan bagi melahirkan pemain-pemain

petanque yang handal untuk bermain di peringkat antarabangsa.