Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang ... · PDF fileBrazil menguasai ekonomi...

download Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang ... · PDF fileBrazil menguasai ekonomi yang berasaskan pengeluaran pertanian untuk di eksport ke Eropah. Sebelum abad ke-18,

If you can't read please download the document

Transcript of Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang ... · PDF fileBrazil menguasai ekonomi...

  • Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang Perdagangan dan perniagaan di Portugal pada

    abad ke 16 sehingga 18.

    Pada abad ke-16, Portugal ialah sebuah negara bangsa yang terletak di Semenanjung Iberia. Portugal

    bersempadankan Sepanyol di utara dan timur, dan Lautan Atlantik di barat dan selatan. Orang Portugal

    dipanggil Portugis.

    Perdagangan dan perniagaan orang Portugis bermula dengan perdagangan hamba. Perdagangan hamba

    dijalankan apabila orang Portugis mula belayar ke pantai Afrika atas galakan daripada Putera Henry sejak

    abad ke-15 lagi. Sehingga tahun 1500, Portugis telah membuat penghantaran hamba seramai 81,000 orang

    untuk pasaran pelbagai negara. Jumlah hamba di Medeira mencapai 10% daripada jumlah keseluruhan

    populasi pada abad ke-16. Portugis juga telah mendirikan pangkalan-pangkalan dagang di pantai Afrika,

    terutamanya di Mozambique pada tahun 1520 dengan tujuan sebagai tempat persinggahan dan mengisi

    muatan dalam pelayaran mereka di antara Eropah dan Asia, dan juga sebagai pusat-pusat perdagangan emas,

    gading, hamba abdi dari Afrika. Selain itu, Portugis juga menjadikan pantai Guinea sebagai pusat bagi

    perdagangan hamba.Portugis telah mengangkut ramai hamba abdi Afrika ke Brazil dan Hindia Timur untuk

    dijadikan buruh yang murah dan lasak.

    Pada abad ke-16, perdagangan rempah pula berkembang setelah Vasco da Gama menemui jalan ke Timur,

    mereka telah menguasai Melaka, dan kepulauan rempah seperti pulau Maluku dan pulau Banda yang

    merupakan tempat pengeluaran dan pengumpulan rempah di Asia Tenggara. Di Banda, Portugis

    mendapatkan buah pala, cengkeh dan lada hitam. Rempah-rempah tersebut mereka tukar dengan bahan

    pakaian dari India. Sejak tahun 1534, Portugis mendapat kebebasan penuh untuk melakukan monopoli

    perdagangan rempah di Maluku. Portugis juga telah mengadakan hubungan perdagangan dengan China dan

    Jepun. Kejayaan Portugis menguasai perdagangan barangan Timur telah menjadikan Lisbon sebagai ibu kota

    perdagangan di Eropah. Dengan itu, mereka telah berjaya memecahkan monopoli perdagangan di Eropah

    yang dikuasai oleh saudagar-saudagar Venice dan Genoa serta menandakan perpindahan pusat perdagangan

    dari kawasan Mediterranean ke pantai Atlantik.

    Portugis juga terlibat dalam perniagaan gula tebu yang diusahakan di koloninya di Amerika Selatan iaitu di

    Brazil. Brazil menguasai ekonomi yang berasaskan pengeluaran pertanian untuk di eksport ke Eropah.

    Sebelum abad ke-18, gula menjadi komoditi penting Portugis untuk eksport dan diikuti oleh galian seperti

    emas yang mendapat permintaan tinggi.

    Kepesatan perniagaan dan perdagangan yang dijalankan tersebut telah membentuk empayar perdagangan

    dari Eropah ke Afrika, Amerika Selatan dan seterusnya di Asia. Keluasan empayar perdagangan itu telah

    membawa kepada kejatuhan Portugal sebagai kuasa kelautan kerana tidak mempunyai tenaga kerja yang

    mencukupi untuk mengendalikannya. Kemerosotan Portugal juga akibat daripada saingan kuasa-kuasa Barat

    yang lain seperti Sepanyol, Belanda dan Inggeris.