Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif

4
 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF Pengurusan bi li k darj ah yang berke san dapat memaksi mumkan pel uan g pembelajarannya (Evertson, Emmet & Worshan,2006;Weinstein, 2006;arivee, 200!; Weinstein & "ignano, 200#$ Persekitaran pembelajaran yang kondusi% ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran 'klim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat meu judkan moti % dalam diri muri d untuk bertindak ke ar ah men)apai matlamat pembelajaran *al ini melibatkan pendekatan pengajaran, )orak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, mengaal murid dan aktiviti+aktiviti di dalam bilik darjah serta personaliti guru sendiri PE-E.'/ 1 '3'. Persekitaran %i4ikal dalam bilik darjah merangkumi aspek+aspek yang berikut 5 -usunan dan r eka bent uk % i4ikal dalam bilik darjah 2 -umber bahan pembelajaran

description

kondusif

Transcript of Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat memaksimumkan peluang pembelajarannya (Evertson, Emmet & Worshan,2006;Weinstein, 2006;Larivee, 2005; Weinstein & Mignano, 2007) Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah serta personaliti guru sendiri.

PERSEKITARAN FIZIKAL Persekitaran fizikal dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek yang berikut :1 Susunan dan reka bentuk fizikal dalam bilik darjah

2 Sumber bahan pembelajaran

3 Ruang/sudut pembelajaran

4 Ruang pada dinding

5 Pencahayaan, pengudaraan dan perabot

6 Kebersihan

Berikut ialah garis panduan tentang penggunaan ruang di dalam bilik darjah :1 Susunan bilik darjah yang membenarkan guru memantau dengan mudah dan cepat Peluang kontak mata antara guru dengan murid2 Kedudukan guru berhampiran dengan murid Peluang kepada guru berinteraksi dengan murid-muridnya3 Pemandangan murid mesti jelas dan tidak terhalang Murid mesti dapat melihat persembahan guru dengan mudah tanpa mengalih kerusi atau berdiri.4 Ruang trafik yang selesa Pergerakan keluar masuk di dalam bilik darjah yang sesuai, murid-murid bergerak untuk mengambil bahan pembelajaran di sudut pembelajaran kelas mereka dan semasa aktiviti kumpulan dengan baik5 Akses mudah kepada sumber bahan pembelajaran Memudahkan murid mengambil bahan pembelajaran dan menggunakannya. Memberikan peluang kepada guru untuk mengajar murid cara menyimpan bahan dengan tersusun bagi memupuk sikap bertanggungjawab ke atasa bahan pembelajaran dalam bilik darjah6 Ruang pada dinding Ruang maklumat kelas iaitu jadual waktu kelas, jadual bertugas, peraturan bilik darjah, carta organisasi serta senarai nama murid di kelas tersebut Ruang untuk menampal hasil kerja murid, maklumat tentang aktiviti kelas, tarikh hari jadi atau gambar murid-murid di dalam kelas tersebut.7 Kenal pasti ruang di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti tertentu Sudut-sudut khas di dalam bilik darjah khususnya bagi aktiviti tertentu, misalnya murid boleh duduk di atas lantai dan mendengar cerita atau ruang membaca atau ruang untuk komputer.8 Beri perhatian kepada pencahayaan, pengudaraan dan perabot Guru memastikan alat elektrik berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab di sekolah untuk pembaikan sekirannya alatan tersebut rosak Kerusi dan meja mesti mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat.9 Kebersihan Guru memastikan kelas mempunyai tong sampah, penyapu, bekas pengumpul debu yang disapu, pemadam papan putih serta bulu ayam Guru memantau kebersihan kelas sebelum dan selepas pengajaran10 Susunan kerusi meja murid mesti fleksibel Bilik darjah tradisional Kumpulan kecil Seminar