Perkembangan moral

12

Click here to load reader

description

perkembangan kanak-kanak

Transcript of Perkembangan moral

Page 1: Perkembangan moral

Teori Perkembangan Moral

Page 2: Perkembangan moral

TEORI PERKEMBANGAN MORAL

Perkembangan moral melibatkan perubahan

pemikiran,perasaan dan tingkah laku terhadap nilai kebenaran atau

kesilapan.

Ia mempunyai dimensi intrapersonal yang melibatkan regulasi dalaman seseorang

individu dan dimensi interpersonal yang

melibatkan interaksi sosial dengan orang di

persekitaran.

Page 3: Perkembangan moral

Teori Perkembangan Moral Piaget

Page 4: Perkembangan moral

Teori Perkembangan Moral Piaget

Umur 4 hingga 7 tahun : Peringkat moral

Heteronomus. Kanak-kanak melihat peraturan sebagai

sesuatu yang telah ditetapkan.

Umur 7 hingga 10 : Peringkat tradisi. Mempunyai ciri-ciri

peringkat pertama yang sudah mula beralih kepada ciri-ciri

peringkat seterusnya.

10 tahun ke atas : Peringkat moral Autonomus. Mula sedar

bahawa peraturan dan unadang-undang dicipta oleh manusia dan bukan mutlak.

Mula menilai tindakan berdasarkan niat dan akibat

dan juga boleh mepertimbangkan sesuatu

perlakuan moral.

Page 5: Perkembangan moral

Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Page 6: Perkembangan moral

Teori Perkembangan

Moral Lawrence Kohlberg

Lawrence Kohlberg (1927-1987) adalah

dianggap sebagai pelopor utama

dalam teori perkembangan

moral.

Beliau adalah ahli Psikologi

Perkembangan dan meneruskan kerjaya

dalam bidang pendidikan.

Beliau merupakan seorang professor

pendidikan dan psikologi sosial Universiti Harvard.

Beliau telah mencadangkan peringkat

perkembangan moral individu dan merupakan pengkaji yang masyhur

dalam bidang ini.

Seperti Piaget, Kohlberg juga berpendapat penaakulan

moral berkait dengan perkembangan kognitif

seseorang individu walaupun kadang-kadang

tahap dalam pemikiran kognitif seseorang tidak

menjamin kepada peningkatan dalam tahap

penaakulan moral seseorang.

Perkembangan moral oleh

Kohlberg dikupas dengan lebih

terperinci di dalam tiga tahap utama.

Page 7: Perkembangan moral

Tahap 1 : Pra-Konvensional Tahap 2 : Konvensional Tahap 3 : Pos-Konvensional

Peringkat 1 : Orientasi Kepatuhan Dan Hukuman

Peringkat 3 : Orientasi Perlakuan Baik

Peringkat 5 : Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu

Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran Peribadi

Peringkat 4 : Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan

Peringkat 6 : Etika Prinsip Sejagat

Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg

Page 8: Perkembangan moral

Tahap 1 : Pra-Konvensional

Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran PeribadiIndividu melakukan sesuatu berdasarkan

keinginan untuk mendapatkan balasan. Tingkah laku didorong untuk memuaskan kehendak

sendiri.

Peringkat 1 : Orientasi Kepatuhan dan HukumanPemikiran moral kanak-kanak lebih

berorientasikan egosentrik yang mementingkan diri sendiri. Kanak-kanak mematuhi atau

mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar

peraturan.

Page 9: Perkembangan moral

Tahap 2 : Konvensional

Peringkat 3 : Orientasi perlakuan baik.

Kanak-kanak atau remaja mengaplikasi ukuran moral yang telah ditetapkan oleh

ibu bapa,guru atau komuniti.

Peringkat 4 : Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan.

Perlakuan/penaakulan moral berdasarkan peraturan,undang-

undang dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Individu percaya terhadap keutuhan undang-undang.

Page 10: Perkembangan moral

Tahap 3 : Pos-Konvensional

Peringkat 5 : Etika Kontrak Sosial dan Hak

Individu. Individu berhujah

menggunakan nilai,hak dan prinsip. Pemikiran moral dalam tahap ini

adalah berkaitan dengan usaha

mempertahankan hak-hak asasi,nilai-nilai yang

telah dipersetujui dalam masyarakat.

Peringkat 6 : Etika Prinsip Sejagat

Pada peringkat ini, inidividu telah

mempunyai kod-kod moral dan etika yang

tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat.

Page 11: Perkembangan moral

FASA KETERANGAN

FASA 1 (dari lahir hingga 6 minggu) Bayi membina hubungan dengan senyuman,gapaian,tangisan atau renungan kepada individu-individu yang menjaga. Bayi sudah dapat mengenal bau/penjaganya.

FASA 2 (6 minggu hingga 6 - 8 bulan) Mula memberi tindak balas yang berbeza terhadap penjaga berbanding dengan orang yang tidak dikenali. Mereka mula belajar bahawa tindakan yang mereka lakukan boleh memberi kesan kepada orang di persekitaran.

FASA 3 (6-8 bulan hingga 18 bulan – 2 tahun) Perlekatan sudah terbentuk dalam fasa ini. Bayi menunjukkan kebimbangan apabila dipisahkan. Bayi menunjukkan tingkah laku dan berpaut rapat dengan penjaga.

Page 12: Perkembangan moral

FASA 4 (18 bulan hingga 2 tahun ke atas)

Penguasaan kemahiran berbahasa menolong kanak-kanak memahami situasi antara mereka dengan penjaga.

Menurut John Bowlby, kanak-kanak mula membentuk satu hubungan mesra dengan penjaga. Hubungan ini akan memberi mereka asas perlindungan dan harapan apabila ketiadaan penjaga.

Mary Ainsworth mendefinisikan perlekatan sebagai kemesraan yang terjalin antara ibu atau penjaga dengan bayi. Beliau telah merangka satu eksperimen yang digelar “Strange Situation” di mana dalam situasi ini bayi diletak dalam beberapa keadaan yang boleh menimbulkan stres kepada bayi.

Menurut Mary Ainsworth (Berk, 2003), sekiranya perkembangan perlekatan berlaku dengan baik,bayi dan kanak-kanak akan menjadikan ibu bapa atau penjaganya sebagai asas untuk berasa selamat dan yakin dalam ssesuatu situasi.