Perjuangan Bahasa

7
TUGASAN INDIVIDU : RINGKASAN ARTIKAL TAJUK : PERJUANGAN DAN CABARAN PELAKSANAAN BAHASA KEBANGSAAN DI MALAYSIA, 1957-1966 NAMA : AHMAD HAFIZI BIN ISMAIL NO. MATRIK : DBE 12056 PROGRAM : THERAPEUTIC 3A NAMA PENGAJAR : NORARINA BINTI MAT LADZIN

Transcript of Perjuangan Bahasa

Page 1: Perjuangan Bahasa

TUGASAN INDIVIDU : RINGKASAN ARTIKAL

TAJUK : PERJUANGAN DAN CABARAN PELAKSANAAN

BAHASA KEBANGSAAN DI MALAYSIA, 1957-1966

NAMA : AHMAD HAFIZI BIN ISMAIL

NO. MATRIK : DBE 12056

PROGRAM : THERAPEUTIC 3A

NAMA PENGAJAR : NORARINA BINTI MAT LADZIN

Page 2: Perjuangan Bahasa

Pengenalan.

Bahasa Melayu menjadi lingua franca berabad-abad yang lalu di tanah melayu

dan menjadi bahasa perantara dalam urusan pemerintahan dan pemerdagangan.

Apabila negara mencapai kemerdekaan, Bahasa Melayu dimartabatkan sebagai

bahasa kebangsaan. Pengiktirafan Bahasa Melayu ini telah menimbulkan pelbagai isu

di kalangan pihak-pihak yang kurang senang terhadap pendaulatan Bahasa Melayu.

Kerjasama Kebangsaan Antara Malaysia dan Indonesia 1959.

Pada tahun 1959, kerajaan Tanah Melayu mengadakan satu kerjasama

kebangsaan dengan Rpublik Indonesia melaui satu Perjanjian Persahabatan.

Kerjasama dalam bidang kebahasaan ini amat penting kerana bahasa Indonesia jauh

lebih maju berbanding bahasa Melayu.

Kewujudan beratus-ratus perkataan dan cara perbahasan baru dalam bahasa

Indonesia menyebabkan bahasa itu telah mengalami perubahan besar pada awal abad

ke-20. Malaysia pula, bahasa Melayu agak ketinggalan dan terbatas keran memperoleh

sedikit sahaja perkataan baru.

Dari segi komunikasi, penyatuan bahasa Melayu dapat mengoptimumkan

peluang interaksi diantara rakyat dua Negara ini. Satu perjanjian telah ditandatangani

pada 1 April 1959 bagi merealisasikan usaha ini dan perkara 6 dalam perjanjian

tersebut amat penting dalam perjanjian.

Berdasarkan perkara 6, kerajaan dapat menyediakan bahasa Melayu untuk

pertumbuhan yang lebih maju. Penuntut-penuntut dari Tanah Melayu telah dihantar ke

Indonesia melalui tajaan pemerintah Indonesia untuk mengikuti pengajian dalam bidang

bahasa dan kesusteraan Indonesia.

Pada Disember 1959, rombongan bahasa dari Persekutuan Tanah Melayu telah

mengunjungi Indonesia untuk membincangkan ejaan bersama yang dikenali sebagai

ejaan Melindo. Mereka bermesyuarat pada 4 hingga 7 Disember 1959 di Gedung

Proklamasi tetapi tidak pernah dilaksanakan kerana dianggap tidak praktikal.

Page 3: Perjuangan Bahasa

1 Ogos 1059, Indonesia telah membentuk sebuah Panatia Pelaksanaan

Kerjasama Bahasa Melayu-Indonesia. Manakala, Tanah Melayu pula menubhkan

Jawatankuasa Bersama Tentang Soal Bahasa Persekutuan Melayu-Indonesia

bertujuan untuk menyelaraskan bahasa diantara kedua-dua Negara namun terbantut

kerana berlaku konfrontasi antara Tanah Melayu dengan Indonesia yang menentang

pembentukan Malaysia pada 1962 tetapi disambung semula pada 20 September 1966.

Peranan Individu dan Pertubuhan-Pertubuhan Dalam Perkembangan Bahasa Kebangsaan.

Individu tersebut terdiri daripada golongan intelek, pegawai kerajaan, peguam,

pensyarah university, guru dan penulis. Pertubuhan yang terlibat pula terdiri dari parti

politik, pertubuhan pelajar serta sebuah pertubuhan khas yang ditubuhkan untuk

mendesak kerajaan supaya melaksakan dasa bahasa.

Usaha individu dalam mengembangkan dan memperluaskan penggunaan

bahasa kebangsaan dapat dilihat melalui surat yang ditulis oleh Ustaz Zulkifli

Muhamad, Pengetua kolej Islam Malaya bertujuan untuk memohon silibus subjek

bahasa Melayu.

Pertubuhan orang melayu yang aktif merupakan pertubuhan yang menyatakan

objektifnya sebagai pertubuhan yang memperjuang dasar bahasa Negara ialah

Pertubuhan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), Persatuan Penulis Nasional

(PENA), dan Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan (BBBK).

PBMUM telah member reaksi terhadap ucapan Tunku Abdul Rahman mengenai

bahasa pada 21 Oktober 1966. PBMUM mengadakan persidangan tergempar pada 24

Oktober 1966 dan hasilnya, satu penulisan telah diterbitkan pada November 1966

menggesa supaya kerajaan memberikan peluang kepada bahsa kebangsaan.

PENA ditubuhkan pada 12 Februari 1961 bertujuan mengembangkan lapangan

bahasa, kesusasteraan dan ilmu pengetahuan. PENA terlibat secara aktif dalam

memperjuangkan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam

sistempelajaran kebangsaan.

Page 4: Perjuangan Bahasa

BBBK ditubuhkan pada 7 Julai 1964 khusus untuk mendaulatkan bahasa

kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal menjelang tahun 1967. Dua tujuan lain

ialah untuk melaksanakan kehendak perlembagaan Negara dan menimbulkan

semangat cinta serta semangat perjuangan terhadap bahasa kebangsaan. BBBk telah

mengadakan siaranenerangan, ceramah, rapat umum dan memberikan sokongan kuat

kepada pejuang bahasa.

Isu Bahasa Kebangsaan Dalam Pilihanraya Umum.

Isu bahasa kebangsaan seringkali dieksploitasi oleh pemimpin politik sebagai

manifesto kempen. Ianya telah menyebabkan tercetusnya pergeseran yang hebat

antara kaum disebabkan oleh sikap sesetengah tokoh politik yang menjadikan isu

bahasa sebagai jambatan untuk menegakkan kekuasaan politik mereka.

Desakan dan tuntutan orang bukan melayu menjadikan bahsa cina dan tamil

sebagai bahasa rasmi begitu kuat. Tuntutan itu secara terbuka dan mencabar

perlembagaan.

Menjelang pilihanraya 1959, isu bahasa menjadi tema utama bagi parti politik

yang bertanding. Kerajaan perikatan menyatakan sekiranya merekan dipilih memegang

kuasa pemerintahan, dasar pelajaran akan dikaji semula berpandukan kepada

pengalaman yang ada.

Dalam pilihanraya 1964, isu utamanya adalah konfrontasi dengan Indonesia

berhubung pembentukan Malaysia yang menyaksikan penyertaan sabah, Sarawak dan

singapura. Parti pembangkang telah menentang penubuhanMalaysia sehingga mereka

dituduh pro-Indonesia. Kerajaan negeri juga dituduh tidak mentadbir kewangan dengan

baik.

Kebanyakan parti pembangkang juga cuba mambangkitkan isu perkauman

berikutan rasa tidak puas hati mereka kepada penyata razak yang dianggap sebagai

suatu tindakan menjadikan Persekutuan sebagai negara orang melayu sahaja.

Page 5: Perjuangan Bahasa

Perkembangan Bahasa Kebangsaan di Sabah dan Sarawak.

Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963, jangka masa

10 tahun diberikan untuk menggunakan bahasa inggeris dan bahasa melayu sebagai

bahasa rasmi. Selain itu, wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak boleh menggunakan

bahasa inggeris dalam parlimen Persekutuan dan makhamah sehingga tahun 1973.

Perkembangan bahasa kebangsaan di Sarawak dilihat melalui isi yang wujud di

antara Stephan Kalong Ningkan dengan kerajaan pusat yang terjadi apabila tunku

menggesa Stephan memperluaskan lagi penggunaan bahasa kebangsaan di Sarawak

tetapi tidak dilaksanakan.

Akhbar-akhbar bahsa melayu turut memainkan peranan untuk memastikan

perkembangan bahasa melayu di Sabah dan Sarawak sekitar tahun 1949 hingga 1971.

Oleh itu, perkembangan bahasa melayu dia sabah dan Sarawak dapat dinilai selepas

tahun 1973.

Kesimpulan.

Perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan tidak hanya terbatas kepada usaha yng dilakukan dalam peringkat tempatan tetapi juga melalui usaha kerjasama dengan negara jiran yang banyak memberikan manfaat terhadap kemajuan bahasa melayu.

Usaha untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan bukan shaja dipikul oleh kerajaan tetapi juga turut dibantu oleh pihak individu dan juga pertubuhan berkaitan yang Berjaya mendorong kerajaan supaya lebih tegas dalam memajukan bahasa kebangsaan.

Manakala dalam pilihan raya umum 1959 dan 1964, isu bahasa menjadi topic utama dalam kempen-kempen. Orang bukan melayu cuba mengangkat bahasa mereka setaraf dengan bahasa melayu.

Seterusnya, penyertaan sabah dan Sarawak telah member rahmat kemerdekaan kepada negeri terbabit dan diberi tempoh 10 tahun sebagai persediaan menggunakan bahasa rasmi persekutuan.

Oleh itu, jelaslah bahawa dalam tempoh 1957-1966, isu bahasa menjadi persoalan yang penting sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan dan pada 1967, kerajaan telah mengumumkan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967.