Penukaran wang sorf

6
Penukaran Matawang (Sorf) Zafirah abdullah

Transcript of Penukaran wang sorf

Page 1: Penukaran wang  sorf

Penukaran Matawang (Sorf)

Zafirah abdullah

Page 2: Penukaran wang  sorf

Takrif

Dalam bahasa Arab, Sorf merujuk kepada pelbagai makna:1) Lebihan dan Tambahan2) Tolak dan Ubah

Makna dari segi Istilah : Sorf ialah jual beli 2 barangan yang kedua-duanya adalah dalam bentuk matawang, ataupun jual beli wang dengan wang Mata wang : Wang dirham / wang dinar atau yang seumpama dengannya Semua matawang yang dipakai pada hari ini kerana ia mempunyai aset

emas yang disimpan

Page 3: Penukaran wang  sorf

Hukum kontrak Tukaran Matawang mengikut Syarak

Kontrak pertukaran matawang dibenarkan dan bertetapan dengan syarak

Kontrak ini mengandungi unsur riba dan wujud illah riba’ iaitu matawang. Semua emas dan perak dikategorikan sebagai matawang

1) Wujud persamaan bagi dua barangan yang sama jeniso Contohnya, emas dijual dengan emas / perak dijual dengan perako Kedua barangan mestilah sama dari segi berat, sama ada keduanya dibentuk atau diacu /

atau satu sahaja yang diacu atau dibentuk/ sama ada satu barangan bermutu tinggi & satu lagi bermutu rendah atau sebagainya.

o Jika kedua barangan itu berlainan jenis, (contoh : satu daripada perak, satu daripada emas), kedua-dua barangan boleh berlainan berat dan dijual mengikut andaian (tanpa ditimbang).

Syarat-syarat Khusus bagi membolehkan Tukaran Matawang

Page 4: Penukaran wang  sorf

Syarat-syarat Khusus bagi membolehkan Tukaran Matawang

2) Penyerahan serta-mertao Tidak wujud jarak masa bagi penyerahan kedua-dua/ salah satu barangan.

o Contoh : “Tukarkan saya satu dinar dengan 10 dirham,Cuma saya akan serahkan satu dinar tadi selepas satu jam”

o Kontrak ini tidak saho Penyerahan barang tidak boleh dilewatkan

3) Penyerahan dalam majlis Kontrak Kedua-dua pihak perlu bertukar-tukar barangan dalam majlis kontrak sebelum

mereka berpisah Sama ada barangan tersebut sejenis (emas & emas) atau berlainan (emas & perak) Bertukar-tukar tangan bermaksud bertukar tangan secara perbuatan (hakiki) Setiap pihak perlu menyerahkan barangan yang ada pada tangannya pada pihak lain Jika barangan ini dilepaskan hak milik sahaja tanpa diserahkan dan tidak diterima

oleh pihak satu lagi, kontrak tersebut tidak sah *Dalam Majlis* = Pertemuan Fizikal & Berpisah secara Fizikal

Page 5: Penukaran wang  sorf

Pertukaran dan Penggunaan sebelum Diterima Barangan yang ditukar milik ini tidak sah ditukar sebelum ia diterima Kedua-dua pihak tidak berhak bertindak (Tasarruf) sebelum barangan itu benar-benar diterima

Contohnya, hak menjual atau menghadiahkannya

4) Kontrak tersebut mestilah muktamad (tanpa syarat) Tidak ada syarat yang diletakkan untuk kedua-dua /salah satu pihak Contoh : Jika kedua-dua pihak yang bertukar-tukar matawang menetapkan syarat kedua/salah satu

pihak berhak menuntut khiyar dalam masa sehari/dua, tukaran tersebut tidak sah Hak Khiyar menghalang pemilikan penuh oleh kedua-dua pihak.

Khiyar untuk Melihat dan Khiyar Aib Tukaran matawang adalah sah jika membabitkan wang yang dipamerkan

Contoh : “Saya tukar wang dinar ini dengan wang dirham”

Begitu juga jika tukaran tersebut membabitkan barangan hanya dinyatakan sifat-sifatnya Contoh : “Saya jual kepada anda rantai emas dengan sifat-sifatnya seperti berikut yang ada

pada saya dengan 100g emas yang ada pada anda” Tukaran ini SAH dengan syarat mereka mengeluarkan barangan-barangan tersebut dan saling

bertukar tangan sebelum berpisahApabila kedua barangan sudah diterima, kemudian wujud kecacatan kepada barangan tersebut, pihak tersebut berhak memulangkan semula barangan yang cacat, membatalkan pertukaran dan kemudian meminta kembali barangan yang sudah dijualnya.

Page 6: Penukaran wang  sorf

Syarat-syarat Khusus bagi membolehkan Tukaran Matawang

Wujud persamaan bagi dua barangan yang sama jenis

Penyerahan serta-merta

Penyerahan dalam majlis Kontrak

Kontrak tersebut mestilah muktamad (tanpa syarat)