Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif

8

Click here to load reader

description

PIM 3103 E

Transcript of Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif

4.0 PENILAIAN FORMATIF DAN PENILAIAN SUMATIFPenilaian terbahagi kepada dua jenis iaitu Penilaian Formatif dan Penialain Sumartif. Tujuan penilaian formatif digunakan adalah untuk mengesan dan mengetahui sejauh mana kemajuan dan penguasaan pelajar. Penilaian sumatif pula digunakan untuk mengesan dan mengetahui pencapaian pelajar. (Mok Soon Sang, 2009)4.1 Penilaian FormatifPenilaian formatif merupakan ujian yang digunakan untuk menilai pengetahuan pelajar setelah mereka mencapai hasil pembelajaran sesuatu bahagian pelajaran, misalnya setelah selesai satu bab dalam buku teks. Penilaian ini berbentuk tidak formal seperti menggunakan kaedah soal jawab secara lisan, kuiz, memeriksa hasil kerja pelajar di dalam bilik darjah dan di rumah, dan sebagainya. Setelah ada keputusan, ia digunakan untuk memperbaiki lagi pelajaran tersebut dan bukannya memberikan penilaian ataupun kedudukan di dalam bilik darjah. (Mok Soon Sang, 2009)Penilaian formatif ini menurut kebiasaannya digunakan untuk mengenalpasti kelemahan penguasaan pelajar secara individu untuk diperbetulkan serta merta. Oleh yang demikian, penilaian ini sering digunakan selepas sesuatu unit pelajaran tersebut diajarkan dalam waktu pengajaran itu sendiri dengan menggunakan kaedah secara individu. Manakala ujian kertas pensel dalam bentuk formal digunakan untuk menilai kemajuan dan peningkatan mereka. Ujian ini biasanya diadakan setelah selesai belajar satu unit pembelajaran. Kumpulan ujian ini direkodkan untuk membantu pelajar-pelajar tertentu untuk ditempatkan satu kumpulan yang sesuai dan merancang aktiviti pengayaan atau aktiviti pemulihan untuk mereka. (Mok Soon Sang, 2009)4.2 Penilaian SumatifPenilain sumatif pula merupakan penilaian yang diadakan pada akhir sesuatu kursus seperti pada akhir sesuatu penggal, pertengahan atau akhir tahun. Cara penilaian sumatif adalah berbentuk formal dengan menggunakan kertas ujian, pensil, peperiksaan amali mahupun bertulis. Penialaian ini digunakan untuk menentukan pencapaian dan kedudukan pelajar dalam beberapa unit pembelajaran. Selain daripada penghasilan markah, ujian sumatif ini secara langsung akan menunjukkan keberkesanan sesuatu pengajaran. (Ee Ah Mang, 1911).

4.3 Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Penilaian SumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan juga sumatif ini boleh dilihat dari sudut pengertian, fungsi, aktiviti, masa, tekanan dalam penilaian, sasaran, fokus, kesukaran item, cara melapor markah, contoh dan tindakan. (Ahmad Mohd. Salleh, 2011)PengertianPenilaian formatif adalah semua jenis ujian sama ada formal mahupun tidak formal untuk mengenal pasti penguasaan dan kemajuan pelajaran dengan bilik darjah. Penilaian sumatif pula hanya sejenis ujian yang berbentuk formal untuk mengesan pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan. (Ahmad Mohd. Salleh, 2011)FungsiPenilaian formatif menghasilkan respons dan maklum balas kepada pelajar dan guru tentang kemajuan pelajar. Ujian ini untuk mengenalpasti punca kelemahan yang mungkin terjadi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam untuk kegunaan dalam pendidikan pemulihan. Penilaian sumatif pula untuk menentukan kedudukan pelajar dan juga berguna untuk pensijilan mereka pada akhir kursus. (Ahmad Mohd. Salleh, 2011)AktivitiPenilaian formatif diadakan dalam bentuk tidak formal. Ia boleh dilakukan dengan kaedah individu, kelas dan secara berkumpulan. Penilaian sumatif pula merupakan ujian yang diadakan secara formal dalam beberapa waktu pelajaran. (Ahmad Mohd. Salleh, 2011)Tekanan dalam PenilaianPenilaian formatif menekankan tingkah laku kognitif, psikomotor dan afektif. Manakala penilaian sumatif hanya menekankan tingkah laku dari sudut kognitif. (Ahmad Mohd. Salleh, 2011)SasaranSasaran bagi penilaian formatif adalah secara individu, berkumpulan dan kelas. Sasaran penilaian sumatif pula hanya secara kelas atau tingkatan. (Ahmad Mohd. Salleh)FokusPenilaian formatif memfokuskan satu-satu segmen, sementara penilaian sumatif memfokuskan objektif kursus. (Ahmad Mohd. Salleh, 2011)Kesukaran ItemKesukaran item penilaian formatif berubah-ubah mengikut segmen. Dalam penilaian sumatif pula, kesukaran itemnya adalah dalam semua peringkat, ada yang sangat mudah dan ada yang sangat susah. (Ahmad Mohd. Salleh, 2011)ContohContoh ujian penilaian formatif adalah seperti ujian bulanan. Contoh bagi penilaian sumatif pula adalah peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, Sijil Pengurusan, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun dan sebagainya. (Ahmad Mohd. Salleh, 2011)TindakanPenilaian formatif bertujuan untuk memperbetulkan dan memperbaiki kelemahan dengan serta-merta, menjalankan aktiviti pemulihan atau pengayaan dalam kelas. Sementara itu, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan tempat pelajaran di dalam kumpulan atau kelas yang sesuai, merancang dan mengubah suai kurikulum atau pelajaran atau memberi sijil berdasarkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. (Ahmad Mohd. Salleh, 2011)

NAMA : __________________________________KELAS : __________________________________

SULIT PENDIDIKAN ISLAM MEI2013

SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANGKELANTAN DARUL NAIMPEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6

ARAHAN : KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 2 BAHAGIAN1. SOALAN OBJEKTIF2. SOALAN SUBJEKTIF

JAWAB SEMUA SOALAN

MARKAH GRED

SOALAN OBJEKTIF1. Pada bulan berapakah umat Islam disyaratkan berpuasa? A. 8 SyaabanB. 9 SyaabanC. 10 SyaabanD. 11 Syaaban

2. Salah satu rukun berpuasa adalah __________ .A. IslamB. NiatC. BerakalD. Mampu berpuasa

3. Berikut adalah hikmah berpuasa kecuali _________ .A. Tanda kesyukuran kepada AllahB. Melatih diri bersifat sabarC. Meningkatkan ketakwaan kepada AllahD. Menggalakkan sikap boros berbelanja

4. Memberikan peluang kepada orang yang berpuasa untuk bersahur adalah salah satu hikmah penentuan syarat __________ dan _________ puasa.A. Wajib, rukunB. Hikmah, nilaiC. Sunat, rukunD. Sah, haram

5. Antara kenyataan berikut yang manakah bukan isi piagam Madinah?A. Gencatan senjata selama 10 tahunB. Rasulullah dilantik sebagai ketua negara MadinahC. Penduduk Madinah tidak boleh bekerjasama memajukan ekonomi negaraD. Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan

6. Apakah tujuan piagam Madinah dipersetujui?A. Untuk menjadikan Madinah sebuah negara yang cantikB. Untuk menjadikan Madinah sebuah negara yang aman damaiC. Supaya rakyat negara Madinah bertambah ramaiD. Supaya orang Yahudi tidak tinggal di Madinah

7. Perjanjian Hudaibiyah dikenali juga dengan nama ________.A. Baiah ar-RidhuanB. Baiah UsmanC. BaitullahD. Baiah ar-Ridha

8. Siapakah wakil pihak musyrikin Mekah yang datang menemui Nabi untuk berunding dalam perjanjian Hudaibiyah?A. Saad bin AbidahB. Zabir bin al-AwamC. Khalid bin AlwalidD. Suhail bin Amru

9. Mencintai negara bermaksud ___________ .A. Cintai dan setia kepada negaraB. Melanggar peraturan negaraC. Enggan berkorban untuk negaraD. Negara berada dalam keadaan selamat

10. Rukun Negara yang ke-2 adalah ______________.A. Kepercayaan kepada TuhanB. Kecintaan kepada negaraC. Kesetiaan kepada raja dan negaraD. Keluhuran perlembagaan

SOALAN SUBJEKTIF1. Senaraikan hikmah-hikmah berpuasa.i. ______________________________________________________ii. ______________________________________________________iii. ______________________________________________________iv. ______________________________________________________

2. Nyatakan adab-adab semasa menggunakan tempat dan harta benda awam.i. ______________________________________________________ii. ______________________________________________________iii. ______________________________________________________iv. ______________________________________________________

3. Jawikan perkataan di bawah dengan tulisan khat nasakh.i. SelesaMentaatiHarmoni

ii.

iii.

Buah-buahaniv.

4. Kelaskan perbuatan beradad atau tidak beradab dalam kehidupan seharian.BERADAB TIDAK BERADAB

Menggunakan harta benda awam dengan cara yang betul.Mematuhi rukun negaraTidak menghiraukan keindahan dan keharmonian alam sekitarPergaulan bebasPeralatan sekolah boleh disimpan dan diletak di merata tempatSentiasa berapakaian sopanMemberi minum anjing yang kehausanMemberi salam ketika bertemuMencabut tumbuh-tumbuhan sesuka hatiMembuang sampah ke dalam sungai

KERTAS SOALAN TAMAT

16