penilaian

17
1.0 PENGENALAN Penilaian dalam arena pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Dalam kehidupan kita, pengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan dalam semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu juga dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran, malah guru perlu mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. Merujuk Rajah 1 di atas, konsep pengujian, pengukuran penilaian dan pentaksiran merupakan konsep penting dalam dunia pendidikan. Istilah ini digunakan mengikut keperluan dan kesesuaian guru. Perlu ditekankan disini ialah ketiga- tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Justeru, pemahaman terhadap konsep pengujian,penilaian, pengukuran dan pentaksiran sangat penting bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil. Rajah 1 : Konsep pengujian, pengukuran, dan penilaian

description

peniIaian

Transcript of penilaian

1.0PENGENALAN

Penilaian dalam arena pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Dalam kehidupan kita, pengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan dalam semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu juga dalam kontekspengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran, malah guru perlu mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku.

Rajah 1 : Konsep pengujian, pengukuran, dan penilaian

Merujuk Rajah 1 di atas, konsep pengujian, pengukuran penilaian dan pentaksiran merupakan konsep penting dalam dunia pendidikan. Istilah ini digunakan mengikut keperluan dan kesesuaian guru. Perlu ditekankan disini ialah ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Justeru, pemahaman terhadap konsep pengujian,penilaian, pengukuran dan pentaksiran sangat penting bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.

1.1 KONSEP PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Sebagai pelajar, kita tidak lari daripada membuat keputusan. Dalam membuat sebarang keputusan, sama ada mudah atau sukar, penilaian wajar dilakukan terlebih dahulu. Dalam konteks ini, penilaian akan melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat, membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan saintifik, maka keputusan yang diperoleh menjadi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil adalah benar-benar bersesuaian.

Aktiviti penilaian dalam bidang sains perlakuan dan juga sains kemasyarakatan bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet untuk mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (measurement), penialan (evaluation) dan pentaksiran (assessment). Dalam pengukuran individu didedahkan kepada pembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet, Raven-Matrices, Weschler dan A.C.E.R.

Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama perlu diambil.a) Pertama, berkaitan dengan tujuan penilaian dijalankan. Misalnya pihak sekolah ingin meningkatkan taraf bacaan murid-murid di sekolah rendah selepas membuat penialan, mendapati taraf bacaab tidak memuaskan, makab) Kedua, satu tindakan baru perlu diambil 1.1.1DEFINISI DAN KONSEP PENILAIAN

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Matlamat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan sekolah rendah (Azizi Ahmad et al., 2008).

Penilaian adalah suatu istilah yang mempunyai pelbagai definisi. Oleh itu, maksud penilaian merangkumi dan menjangkau lebih daripada pengujian dan pengukuran. Menurut Ee Ah Meng, 1998, Penilaian dalam pendidikan pula merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Definisi lain pula menyatakan penilaian sebagai pertimbangan profesional atau sebagai satu proses yang membenarkan seseorang membuatpertimbangan tentang kebaikan atau nilai sesuatu. Begitu juga, penilaian boleh dijelaskan sebagai satu proses sistematik yang digunakan untuk mengumpu, menganalisis dan menginterpretasi maklumat bagi menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran.

Menelusuri kata-kata Stufflebeam et al. (1971:xxv), beliau menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

Manakala, Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaanmengukur pencapaian pelajar atau gurumenilaipencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu, bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.

Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti dalam Rajah 2 di bawah :

RAJAH 2 : Prosedur Penilaian

Merungkai prosedur penilaian di atas ia sebenarnya turut mengandungi aspek-aspek pengujian dan pengukuran. Meskipun ketiga-tiga ini mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, tetapi saling membantu untuk mencapai matlamat yang sama. Rajah 3 di bawah merupakan ilustrasi perkaitan antara penilaian, pengujian dan pengukuran.

Secara ringkasnya, rajah 3 di atas menunjukkan bahawa pengujian, pengukuran dan penilaian mempunyai perkaitan antara satu sama lain. yang mana penilaian ialah satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengujian dan pengukuran. Berikut merupakan konsep secara ringkas tentang pengujian dan pengukuran.

PENGUJIAN

Antara ketiga-tiga istilah (pengujian, pengukuran dan penilaian) berkenaan,pengujian selalunya dianggap maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrument bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkahlaku atau perbuatan seseorang individu atau pelajar. Menurut Bashah (2006) pengujian digunakan untuk mendapatkan satu pemerhatian (maklumat) sistematik dimana tugasan itu diandaikan representatif (mewakili) bagi trait pendidikan atau atribut yang hendak ditentukan

Ahmad Mohd Salleh (2008) pula mendefinisikan pengujian dapat sebagai teknik untuk mendapatkan matlamat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. Manakala, menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

Dalam pendidikan Islam juga, ujian terdiri daripada satu set soalan yang memerlukan maklum balas daripada murid untuk dinilai oleh guru terhadap pencapaian mereka. Pengujian memerlukan murid menunjukkan secara eksplisit, seperti perubahan tingkah laku murid berdasarkan perkara yang telah dipelajarinya. Oleh itu, dalam proses pengujian, pemerhatian dan ujian formal biasanya digunakan sebagai alat pengukuran.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2).Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003). Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. Secara ringkasnya, Pengujian ialah Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Ia boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis.

PENGUKURAN

Menurut kamus yang baku, pengukuran ialah tindakan, atau proses untuk menentukan sejauh manakah, setakat manakah, sebanyak manakah dan sebagainya keadaan sesuatu perkara itu, Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen (Nitko, 2004). Manakala menurut Bhasah (2006), pengukuran dalam erti kata lain ialah langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu. Menurut Mokhtar Ismail (1995) pula, pengukuran dalam pendidikan sebenarnya adalah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seorang memiliki sifat tertentu.

Bersumberkan buku Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam Edisi Kedua, Pengukuran merupakan proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Dengan kata lain, pengukuran ialah tindakan atau proses untuk menentukan sejauh mana sesuatu perkara itu wujud, khususnya apabila perkara itu dibandingkan dengan satu standard.

Seterusnya, tujuan pengukuran dilihat dari segi pengajaran dan pentadbiran. Dari segi pengajaran, Ee Ah Meng (1991) menyenaraikan fungsi-fungsi pengukuran seperti berikut :1) Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang diperoleh.2) Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperoleh.3) Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain.4) Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.Pengukuran sebagai disiplin boleh wujud dalam berbagai-bagai tahap dan peringkat. Namun dalam bidang pendidikan, pengukuran biasanya dilaksanakan dalam dua tahap sahaja. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986, Tahap-tahap ini adalah pertama, menempatkan pangkatan murid mengikut pencapaian mereka seperti memilih 10 orang murid yang terbaik daripada satu darjah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Untuk ini, guru memerlukan alat pengukuran yang dapat membeza dan menempatkan kedudukan murid dari segi kebolehan Pendidikan Islam. Di tahap kedua, khususnya untuk kegunaan analisa perangkaan, pengukuran jenis ini menggunakan skel selang. Guru harus menyediakan ujian yang memberi unit markah yang sama besarnya (seperti 100% dan di tahap 1% adalah sama berat nilainya). Dari maklumat seperti ini, kesemua murid bukan sahaja dapat diberi pangkatan, malahan perbezaan antara murid dapat dikira.Secara ringkasnya, proses penilaian lebih luas daripada pengukuran kerana penilaian termasuk memberi nilai seperti baik atau buruk sesuatu pencapaian. Dengan kata lain, penilaian memperihalkan aspek-aspek kualitatif dan kuantitatif tingkah laku seseorang pelajar di samping memperhitungkan nilai mengenai tingkah laku yang diingini.

1.2 Falsafah Penilaian

Falsafah Penilaian dalam pendidikan islam juga tidak banyak bezanya dengan matapelajaran lain. Ketiga-tiga elemen yang berkenaan sangat penting bagi guru yang mengajar matapalejaran pendidikan islam. Pentingnya pengujian,pengukuran dan penilaian di peringkat sekolah adalah tidak lain tidak bukan semata-mata untuk meralisasikan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) sepertimana yang berikut:Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Oleh itu, bagi merealisasikan falsafah Pendidikan Islam, penilaian dalam pendidikan islam turut merangkumi bidang pembelajaran yang diuji iaitu meliputi penguasaan ilmu, penguasaan kemahiran dan penghayatan nilai dan amalan. Oleh itu, untuk menjalankan bidang yang diuji ini, antara hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah Pemerhatian, Lisan dan Penulisan yang mana turut dijalankan oleh di sekolah berdasarkan kepada dua bentuk penilaian, iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

1.3Matlamat penilaian

Secara khusus, dalam konteks pembelajaran di kelas, penilaian dilakukan untuk mengetahui kemajuan dan hasil belajar peserta didik, mendiagnosa kesulitan belajar, memberikan penmbahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, dan penentuan kenaikan kelas. Melalui penilaian dapat diperoleh informasi yang tepat tentang penyelenggaraan pembelajaran dan keberhasilan pembelajaran murid, guru, serta proses pembelajaran itu sendiri. Berdasarkan informasi itu, dapat dibuat keputusan tentang pembelajaran, kesulitan peserta didik dan upaya bimbingan yang diperlukan serta keberadaan kurikukulum itu sendiri. Selain itu matlamat lainnya ialah :

1. Memudahkan proses diagnosisPenilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.

Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut.Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran. 2. Menilai prestasi / pencapaian / kemajuan murid-murid.Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan pada peringkat akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana penguasaan murid-murid tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. Selain penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, proses penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu tempoh pengajian yang ditetapkan, misalnya pada akhir tahun sesi persekolahan atau kepada pelajar Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM) adalah bertujuan untuk menentukan gred yang memperlihatkan tahap pencapaian secara keseluruhan yang telah murid-murid atau pelajar-pelajar kuasai. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan memfokuskan kepada pemberian anugerah atau pengiktirafan kepada pelajar hasil daripada pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan.Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar mengikut gred yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal. Guru akan dapat membezakan murid-murid yang cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan..

3. Membantu dalam pemilihan dan Penempatan Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka. Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

4. Memberikan bimbingan dan Kaunseling Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri.Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.5. mendapatkan maklumbalas (feedback)Meninjau setakat mana objektif pelajaran telah dicapai oleh murid. Menentukan kemajuan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Memahami daya penyerapan murid dalam pembelajaran. Memberi penjelasan kepada guru sama ada pengajarannya berkesan atau tidak. Memberi gambaran kepada guru supaya mengambil tindakan untuk memperbaiki pengajaran selanjutnya.Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru berhubung tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang timbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu guru dapat mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah tersebut sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti murid yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang memerlukan aktiviti pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan murid atau mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya.Bagi murid-murid pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi mereka sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik seterusnya akan mendorong mereka belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang kurang baik mungkin akan mencabar murid berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat. Setengah-setengah ibu bapa, setelah mendapat maklum balas tentang hasil ujian anak-anak mereka akan berikhtiar untuk mendapatkan bimbingan tambahan bagi anak-anak mereka.6. mengenalpasti pengetahuan pembelajaran lampau muridPenilaian dan pengujian penting bermula sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Sebelum guru memulakan pengajarannya dalam bilik darjah, perlu baginya mengadakan penilaian dan menguji murid-muridnya bagi meninjau sejauh manakah murid-muridnya telah menguasai sesuatu kemahiran atau ingin mendapatkan aspek-aspek yang akan dipelajari. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar kepada penutur bukan asli bahasa Melayu, guru perlu mengetahui aspek kemahiran manakah yang telah dikuasai oleh pelajar dari aspek tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting bagi guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.Penilaian dan pengujian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung pula akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan ini akan memungkinkan guru mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar. Adakah murid mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar sebelumnya di dalam bilik darjah? Sekiranya menghadapi masalah, guru akan menyelidiki aspek atau kemahiran yang menimbulkan masalah kepada murid-murid dan mengenal pasti punca masalah tersebut berlaku.Maklumat berkenaan amat perlu kepada guru bagi menyediakan latihan yang khusus atau pemerhatian yang lebih kepada murid-murid berkenaan supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi, seterusnya guru akan merancang isi pelajaran serta menggunakan pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada murid. Dengan cara ini aktiviti serta isi pelajaran yang disediakan dapat menampung keperluan murid berkenaan.. Tanpa penilaian dan pengujian yang dijalankan, murid-murid yang menghadapi masalah sukar dibantu dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dari arus perdana persekolahan.

7. Membantu membuat klasifikasiSebagai penggredan, penilaian ditujukan untuk menentukan atau membezakan kedudukan hasil kerja murid dibandingkan dengan murid lain. Kerana itu, fungsi penilaian untuk penggredan ini cenderung membandingkan murid dengan murid yang lain sehingga lebih tertumpu kepada penilaian acuan norma (norm-referenced assessment), prestasi yang paling baik dikumpulkan dalam Kumpulan A, prestasi yang sederhana baik dalam Kumpulan B dan Kumpulan C dan yang lemah dalam Kumpulan D atau untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran agama memungkinkan ditempatkan dalam aliran agama atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.. Pengumpulan seperti ini akan membantu guru menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan.Oleh itu guru boleh menggunakan kriteria kebolehan untuk membahagikan murid-murid mengikut prestasi masing-masing.8. PenyelidikanDalam satu-satu penyelidikan, maklumat diperlukan daripada berbagai-bagai sumber. Dalam penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan, maklumat dapat diperoleh dari ujian, pemerhatian, penggunaan soal selidik, biografi dan sebagainya. Keputusan pelbagai jenis ujian seperti ujiantara, ujian kepantasan, ujian daya dan ujian perlakuan sentiasa digunakan oleh parapenyelidik dalam menjalankan kajian-kajian mereka.

1.4Kesimpulan

Dalam usaha membuat penilaian yang wajar, guru akan mempertimbangkan maklumat dari berbagai-bagai punca, seperti pengetahuannya sendiri tentang murid tersebut, latar belakang dan pengalaman mereka, keadaan pembelajaran di rumah dan di sekolah, minat dan perkara-perkara yang tidak diminati oleh murid. Kesemua ini akan dipertimbangkan atau dinilai oleh guru dan akhirnya satu penilaian akan dikemukakan untuk membolehkan tindakan wajar selanjutnya, sama ada memberi pengajaran tambahan, beralih ke pengajaran lain, menukar kaedah pengajaran dan sebagainya. Oleh itu dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

4.0Penutup

Kesimpulannya, pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Keempat-empat konsep ini walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, tetapi saling membantu untuk mencapai matlamat yang sama.

PAFA pula merupakan mata pelajaran Pendidikan Islam yang bertujuan untuk mempastikan setiap pelajar mengetahui, memahami dengan betul aspek-aspek Islam seperti yang dituntut oleh syarak. Perkara yang diuji dalam PAFA ialah perkara yang berkaitan dengan fardu ain yang mengandungi 16 tajuk berdasarkan kod 1-16. PAFA dijalankan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).