Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

34
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Nama : SHERLY JEWINLY Angka Giliran Pelajar : Tajuk Tugasan : PENULISAN ILMIAH Pensyarah : DR MA HAMSIATUS SA’ADIAH BINTI KAMARUDDIN Subjek / Kursus : EDU3053– TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tarikh Diterima: Pengakuan Pelajar Saya telah meneliti Peraturan Maktab Pendidikan Guru ( Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan) 1999. Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :____________________________ Tarikh :_______________________ ( ) Perincian Maklum Balas Tugasan Pemeriksa Moderator Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Transcript of Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

Page 1: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEKBORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : SHERLY JEWINLY Angka Giliran Pelajar :Tajuk Tugasan : PENULISAN ILMIAHPensyarah : DR MA HAMSIATUS SA’ADIAH BINTI KAMARUDDIN

Subjek / Kursus : EDU3053– TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tarikh Diterima:

Pengakuan PelajarSaya telah meneliti Peraturan Maktab Pendidikan Guru ( Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan) 1999.

Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :____________________________ Tarikh :_______________________ ( )

Perincian Maklum Balas TugasanPemeriksa ModeratorKekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas Yang Diberikan Pensyarah.Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami.

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

Page 2: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGIIPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Nama & No. Kad Pengenalan Sherly Jewinly

Kod & Nama Kursus EDU3053 Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nama Pensyarah Dr Ma Hamsiatus Sa’adiah binti Kamaruddin

Deskripsi Tugasan Penulisan Ilmiah

“Saya maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat.

Dengan ini saya akui tugasan ini hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya dijelaskan sumbernya”.

Tanda tangan pelajar :_____________________ Tarikh:_________________

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Tarikh dihantar:_______/_______/_______ Diterima oleh : _____________________

Tarikh disemak : :_______/_______/_______ Dinilai oleh : _____________________

Markah :

Page 3: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

BIODATA

Nama : Sherly Jewinly

Nombor K/P :

Tarikh Lahir : 22 September 1995

Alamat : Ranau, Sabah

Kelas : 4 PISMP RBT Ambilan Jun 2014

Nama Ibu :

Nama Ayah :

E-Mail : [email protected]

Nombor Telefon :

Page 4: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

ISI KANDUNGAN

NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Biodata 1

2 Isi Kandungan 2

3 Penghargaan 3

4 Pendahuluan 4

5 Tugasan 3 5 - 15

6 Rujukan 16 - 19

7 Dapatan/Lampiran 20 - 22

Page 5: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

PENGHARGAAN

Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang

dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah

kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Dr Ma Hamsiatus Sa’diah binti

Kamaruddin kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya, membuka ruang untuk

saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya

yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah

memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya saya

berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi

peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan

menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara

lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.Terima kasih

Page 6: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

PENDAHULUAN

Dalam tugasan ketiga ini kami dikehendaki menghasilkan satu penulisan ilmiah

mengenai pembelajaran abad ke-21 menggunakan “tools” atau “mobile learning” dalam

pengajaran dan pembelajaran dan menghasilkan sebuah video berkaitan cabaran pembelajaran

abad ke-21.

Page 7: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

TUGASAN 3

1.0 Pengenalan

1.1 Pembelajaran Abad Ke-21

Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi

mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu

dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini

sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk

supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-

matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu

pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan

teknologi.

Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik

supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.

Warganegara Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa

arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa

depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan

nilai-nilai semasa. Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah

banyak diperkatakan dan banyak bahan-bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan

yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-

rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah

sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju.

Kaedah pengajaran konvensional seperti "chalk and talk" semata-mata kurang berhasil

menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan

kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa. Semua pihak

yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang

untuk tidak ikut sama melaksanakan trnsformasi pendidikan. Malah perubahan dalam

pendidikan perlu sentiasa seirin perkembangan zaman atau selangkah kehadapan

(Norhafidzah, 2015).

Page 8: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

1.2 Mobile learning

Teknologi maklumat telah membawa perubahan yang dinamik dalam dunia pendidikan.

Pendidikan telah diterima sebagai asas kepada pembangunan ekonomi di alaf baru ini kerana

ia dilihat sebagai pemangkin kepada masyarakat berpengetahuan dan mempunyai bermoral.

Oleh itu , pihak kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan untuk

menghasilkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang boleh disesuaikan dengan diri

setiap pelajar selaras dengan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21. Perkembangan teknologi

terkini, terutama dalam bidang teknologi maklumat mempunyai kesan yang besar kepada cara

hidup kita , termasuk dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh, teknologi komputer telah

memainkan peranan yang besar dalam pembangunan pendidikan di Malaysia. Baru-baru ini ,

perkembangan drastik dalam teknologi mudah alih telah menghasilkan satu revolusi baru dalam

bidang pendidikan. Teknologi mudah alih berkembang pesat di mana sebanyak 4 bilion

pengguna telefon mudah alih di seluruh dunia telah direkodkan pada pertengahan 2011.

Menurut DigitalBuzz (2011) , 57% daripada penduduk dunia atau 1.08 bilion pengguna

mempunyai pembantu digital peribadi (PDA) ( (Aniza, 2015).

Menurut Kenning (2007), kesan ICT dalam pendidikan telah terbukti dalam pelbagai kajian

kerana dapat menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, memotivasi serta

bermakna. Kemajuan teknologi tidak lagi dianggap asing dalam dunia pendidikan dan kini dunia

pendidikan telah melangkau setapak ke hadapan dengan mengimplementasi teknologi mudah

alih dalam bidang pendidikan. Teknologi mudah alih dalam pembelajaran ataupun mobile

learning telah mula menarik minat para pendidik untuk mengadaptasikan dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pemilik teknologi mudah alih seperti telefon

bimbit mudah alih semakin meningkat terutama dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menurut

Supyan,Mohd Radzi & et.al(2013), pendidik harus melihat jauh ke hadapan untuk

mengintegrasikan pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih dalam program akademik

di Institusi Pengajian Tinggi. Dalam kajiannya menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang telah

biasa dengan penggunaan teknologi komputer, mereka sangat mengalu-alukan penggunaan

teknologi mudah alih dalam pendidikan.

Page 9: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

2.0 Tinjauan Literatur

2.1 Ciri-ciri Pembelajaran Abad Ke-21

Sumber pengetahuan utama abad ke-21 merupakan sumber yang berkaitan dengan

teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat ,

gadget-gadget mudah alih dan corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk

digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke

21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan

penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar (Buletin Anjakan Bil 5,

2013)

(a) Teknologi Maklumat/Komputer

Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi

komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul,

menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan

tepat seperti internet atau multimedia atau hypermedia untuk membantu proses pengajaran

dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan

manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan

lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Pelajar dalam abad pasti

berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer.

Ini kerana komputer beupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya

komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan

lepasan menengah (Buletin Anjakan Bil 5, 2013).

(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad masih tetap berpusatkan pelajar.

Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan

peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif

dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi

berperanan sebagai pemudah ataupun fasilitator pembelajaran dan berperanan sebagai

pembekal maklumat. Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh

guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing

Page 10: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya

sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan

meningkatkan rasa tanggungjawab. Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran

berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurangnnya terdiri

daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak

melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok

murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan

pembelajaran yang berpusatkan pelajar (Buletin Anjakan Bil 5, 2013).

(c) Pendidikan Jarak Jauh

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam

pendidikan diri abad ke 20 ke abad 21 . Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari

peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak

Jauh dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad mengambil kira faktor-faktor

berikut:

Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu)

Setiap sekolah mempunyai kemudahan computer

Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar

Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu

Kebolehubahan atau fleksibiliti kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui

struktur modular

Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi

objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktkviti pembelajaran dan maklum balas pelajar.

(Buletin Anjakan Bil 5, 2013)

(d) Pendekatan Modular

Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam

bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul ini disediakan

untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan. Pelajar boleh beralih ke

modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakan tanpa menunggu

arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan.

Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar (Buletin Anjakan

Bil 5, 2013).

Page 11: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

(e) Pembelajaran Masteri

Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesauatu

perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian

diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya

kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran (Buletin Anjakan Bil 5,

2013).

(f) 'Tracking' dan 'Banding'

Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam

beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas, kumpulan umum atau kumpulan maju.

Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'.

Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran (Buletin

Anjakan Bil 5, 2013).

(g) Sistem Kredit

Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk

menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-

kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja

makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata pelajaran yang tidak mencapai

asas yang ditetapkan (Buletin Anjakan Bil 5, 2013).

2.2 Ciri-ciri Mobile LearningTeknologi mudah alih dalam pembelajaran atau Mobile Learning merupakan satu

konsep baru dalam proses pembelajaran. Pembelajaran mudah alih boleh dibahagikan

kepada tiga jenis utama seperti formal, tidak formal dan juga “directed” atau “self-directed”

(Brink , 2011). Pembelajaran Normal meliputi pembelajaran terkawal melalui pemberitahuan

dan peringatan seperti sistem pesanan ringkas. Perisian juga dikategorikan sebagai

pembelajaran formal. Strategi pembelajaran tidak formal akan meliputi pertukaran mesej

dua hala dan hubungan interaktif.

Menurut Shahan Ahmad,Waqas Khalid, Haslina Arshad & et.al(2013) dalam kajiannya

menyatakan “Mobile Learning” sebagai penyampaian kandungan pembelajaran kepada

pelajar menggunakan peranti pengkomputeran mudah alih. Pernyataan ini disokong oleh

Yakub dan Ishak(2008) yang menjalankan kajian berkaitan persepsi terhadap pembelajaran

Page 12: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

mudah alih menjelaskan penggunaan peranti mudah alih dalam kalangan pelajar universiti

merupakan satu cara untuk menjadikan pembelajaran sesuatu subjek lebih menarik dan

berkesan.

Terdapat pelbagai peranti mudah alih yang boleh digunakan dalam pelaksanaan

pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih. Setiap peranti mempunyai fungsi

teknologi tanpa wayar dan mempunyai keupayaan yang berbeza antara satu sama lain.

Antara alat peranti mudah alih yang digunakan dalam pelaksanaan pembelajaran teknologi

mudah alih ialah:

Telefon bimbit – pengguna boleh berkomunikasi antara satu sama lain dan boleh

berkomunikasi melalui teks dan grafik.

Notebook dan Netbook – fizikal kecil dan ringan dan mampu beroperasi seperti

komputer personal. Ia juga menyokong teknologi tanpa wayar.

PDA – alat kecil yang berfungsi sebagai pembantu peribadi digital bersaiz kecil.

Telefon Smart – menggabungkan telefon bimbit dan fungsi PDA dan sokongan

aplikasi perisian mudah alih termasuk akses internet dan aplikasi multimedia.

Dengan adanya teknologi mudah alih ini, pelbagai kaedah pembelajaran boleh diaplikasi

bagi mencipta inovasi pembelajaran dalam komuniti yang lebih meluas, dapat

menghubungkan kalangan masyarakat dalam dunia nyata dan maya serta untuk

menyediakan kepakaran yang diperlukan untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat

( Sharple , 2007) . Zoraini Wati Abas et.al(2009) menyatakan bahawa pembelajaran

menggunakan teknologi mudah alih mempunyai potensi besar untuk disepadukan dalam

pedagogi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pernyataan ini disokong oleh

Norazah Nordin et al.(2010:1) yang melaporkan bahawa 120 orang pelajar pasca siswazah

di Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengambil bahagian dalam kaji soal selidik,

bersetuju bahawa telefon bimbit telah berjaya meningkatkan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Hasil kajiannya juga menunjukkan bahawa aktiviti

pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih merupakan cara yang berkesan untuk

memberi motivasi kepada pelajar di samping berkesan memupuk interaksi. Pernyataan ini

juga disokong oleh Issham Ismail et al.(2010), di mana dalam kajiannya mendapati

kebanyakan responden berpuas hati dengan pembelajaran teknologi mudah alih.

(Norliza , 2013)

Page 13: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

3.0 Contoh Aplikasi Alatan ataupun Tools dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran telah mengubah

kaedah latihan mengajar atau pedagogi pada hari ini. Menurut Baharun (2002) penggunaan ICT

dan aplikasinya terhadap subjek pedagogi adalah penting bagi meningkatkan kemahiran

pengajaran, merangsang daya intelektual pelajar dan meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

Selain itu, penggunaan ICT juga boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran

melalui penekanan beberapa aspek oleh pensyarah. Antara aspek-aspeknya ialah :

(i) Mengetahui bagaimana menggunakan ICT secara berkesan untuk mencapai

objektif pengajaran berkaitan dengan sesuatu subjek. 24

(ii) Merancang sekiranya hendak menggunakan ICT dalam membuat persediaan

pengajaran.

(iii) Mengetahui bagaimana mengurus resos ICT dalam atau diluar bilik kuliah

secara berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran subjek yang diajar.

Contohnya menguruskan penggunaan resos ICT mengikut individu,

berpasangan atau berkumpulan bagi memastikan setiap pelajar terlibat, dan

kerjasama secara kolaboratif berlaku dalam pembelajaran.

(iv) Memilih dan menggunakan ICT yang paling sesuai untuk mencapai kesemua

perisian yang generik dan mengikut subjek; dan

(v) Mengetahui bagaimana memantau dan menilai pembelajaran subjek apabila

ICT digunakan.

Selain daripada itu, aplikasi teknologi M-Learning (mobile learning) boleh dilakukan

melalui aplikasi-aplikasi ataupun tools seperti Web 2.0 seperti Blog, Facebook, Youtube dan

aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam gadget-gadget seperti telefon bimbit seperti Short

Messanging System dan Whatsapp. Berikut adalah penerangan lebih lanjut mengenai setiap

aplikasi dan alatan pembelajaran mudah alih ini:

1. Short messaging system (SMS)

Page 14: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

Sistem pesanan ringkas merupakan kaedah paling mudah berbanding teknologi yang

lain di mana aktiviti pembelajaran interaktif boleh dibuat menggunakan peralatan asas

sahaja. Semua telefon mudah alih, termasuklah model paling asas dan murah boleh

menghantar dan menerima pesanan-pesanan berbentuk teks. Penghantaran teks adalah

mengikut protokol tertentu. Contohnya seperti menterjemahkan ayat Bahasa Inggeris

kepada Bahasa Melayu dan menghantar pesanan tersebut kepada pengguna yang berbeza

dan tidak mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Menurut Mayer (2001), institusi-institusi

tertentu telah memperkenalkan beberapa langkah dalam menyediakan perkhidmatan SMS

utama dalam bidang pendidikan. Langkah-langkah ini melibatkan pengumpulan nombor-

nombor telefon mudah alih dan menyediakan pusat perkhidmatan SMS dalam menghantar

SMS secara berkumpulan menerusi jaringan.

2. Whatsapp

Whatsapp adalah aplikasi pesanan ringkas yang sama seperti SMS namun

memerlukan sambungan internet untuk digunakan. Para pengguna aplikasi ini dapat

menjimatkan kos penggunaan kredit telefon bimbit ataupun  telefon pintar yang mereka

gunakan untuk menghantar sebanyak mungkin pesanan kepada  orang lain tanpa

penolakan kredit melalui penghantaran pesanan tersebut kepada orang lain melalui aplikasi

whatsapp tersebut. Pengguna aplikasi ini juga dapat menghantar pesanan terus kepada

sesiapa sahaja tanpa perlu mengkhususkan penghantaran mesej tersebut kepada rakan-

rakan dengan membuat group ataupun kumpulan menggunakan aplikasi whatsapps

tersebut. Melalui aplikasi ini juga, pengguna juga boleh berkongsi media-media seperti

gambar,lagu, video dan juga fail kepada sesiapa sahaja. Aplikasi ini memudahkan

pengguna untuk berkongsi maklumat dan info-info penting dengan orang-orang lain.

Aplikasi ini telah menjadi satu medan untuk pelajar masa kini untuk membuat perbincangan

tanpa perlu bersemuka. Sekiranya , para pelajar ingin membuat perbincangan interaktif

bersama rakan-rakan dan pensyarah mahupun guru, mereka boleh membina satu group

dan boleh membincangkan isu yang ingin dibincangkan menggunakan aplikasi tersebut

tanpa perlu bersemuka.

3. Blog

Page 15: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

Pada amnya, log web atau blog (kata lakur daripada perkataan Inggerisnya ‘weblog’)

merupakan diari peribadi, ruang kolaboratif, saluran berita terkini dan koleksi pautan kepada

memo-memo pandangan peribadi anda untuk tatapan umum. Pendek kata, blog anda boleh

menjadi apa-apa sahaja yang diinginkan. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis blog, dan

tiada peraturan yang tetap mengenainya. Ringkasnya, blog ialah satu laman web untuk

membuat catatan secara berterusan. Perkara baharu dipaparkan pada bahagian paling atas

agar pelawat boleh membaca catatan terkini. Kemudian mereka boleh memberi komen

terhadap entri anda, membuat pautan kepadanya atau menghantar e-mel kepada anda.

Dalam bidang pendidikan, blog digunakan bagi memenuhi pelbagai bentuk keperluan

komunikasi untuk membantu amalan e-pembelajaran (Susana & Sergio 2007). Berikut

merupakan faedah penggunaan blog yang dinyatakan oleh Anamaria (2010):

1. Blog membolehkan pelajar yang mempunyai kemahiran web menggunakan sumber

maklumat kegemaran mereka, iaitu Internet, secara sah dan sesuai serta

mengaplikasikan kemahiran mereka dalam program tersebut.

2. Ia meningkatkan motivasi pelajar untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran

kerana menulis blog sangat menyeronokkan dan menarik.

3. Ia membina kemahiran komunikasi pelajar yang kurang mahir Internet melalui

pembelajaran rakan sebaya.

4. Ia memberi pelajar maklumat terkini mengenai bahan pembelajaran mereka.

5. Ia membina pemikiran kritis (dan juga cara-cara yang sesuai untuk mengutarakan

pemikiran tersebut dalam bentuk tulisan) melalui penggunaan ruang komen dan

bentuk maklum balas yang lain.

6. Ia merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri, kerana idea yang bagus

7. bukan sahaja diberi ganjaran melalui markah yang tinggi, malah mendapat

respon secara langsung daripada pembaca blog.

8. Ia membolehkan program anda lebih mudah dilihat di Internet dan memberikan imej

positif yang jelas, seterusnya boleh menghasilkan komitmen yang tinggi daripada

pelajar terhadap program tersebut dan perasaan bangga terhadap hasil kerja

mereka.

9. Ia menjadikan pembelajaran lebih sama rata, bukan secara hierarki, dan guru

bertindak sebagai titik kawalan, bukan sebagai satu-satunya sumber maklumat dan

tafsiran.

Page 16: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

Cara Menggunakan Blog dalam Pendidikan

Menurut Susana dan Sergio (2007), blog boleh digunakan oleh pengajar dan pelajar

seperti berikut: Blog Pengajar: Blog yang ditulis oleh pengajar kebanyakannya digunakan

sebagai satu saluran komunikasi tambahan untuk berkongsi maklumat dengan pelajar mereka.

Blog pengajar biasanya mengandungi maklumat berkaitan kandungan kursus, pengurusan

kursus, komen-komen am kepada pelajar tentang kemajuan pembelajaran mereka, dan

sebagainya. Blog Pelajar ialah blog yang ditulis oleh pelajar pada asasnya ialah blog

pembelajaran atau blog projek. Blog pembelajaran (Lowe 2006) merupakan suatu diari

pembelajaran, yang dibina serentak dengan pengalaman pembelajaran, dan memberikan

laporan tentang kandungan serta proses pembelajaran (termasuk masa yang diambil, sumber-

sumber yang digunakan dan sebagainya). Blog projek yang biasanya ditulis oleh sekumpulan

pelajar pula mencatatkan perkembangan dan dapatan projek

(Mohamed Amin Embi, 2011)

4. Facebook

Platform Facebook membolehkan pembangun web membina aplikasi yang bersepadu

dengan rangkaian sosial Facebook dan disampaikan melalui laman Web Facebook. Aplikasi

tersebut dijalankan di pelayan pembangun web, dan apa sahaja data yang unik kepada

aplikasi tersebut disimpan dalam pangkalan data pembangun web. Walaupun berfungsi di

pelayan tersendiri, aplikasi Facebook boleh mencari datanya bagi memperoleh manfaat

daripada rangkaian sosial Facebook yang sedia ada. Pengguna Facebook boleh melayari

aplikasi yang ada dan mengaktifkan mana-mana aplikasi yang dimahukan, yang memberi

mereka kebenaran untuk mengakses sebarang subset data akaun mereka (PennState

2007).Selain itu, dengan kadar penggunaan yang tinggi dan beberapa kelebihan teknologi,

rangkaian sosial seperti Facebook boleh menyediakan:

1. Pelbagai manfaat pedagogi lain kepada guru dan juga pelajar.

Page 17: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

2. Menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak langsung membina komuniti

pembelajaran – satu komponen penting untuk pendidikan pelajar (Baker 1999).

3. Menyediakan peluang dan struktur kepada pengajar untuk membolehkan pelajar

membantu dan menyokong satu sama lain dengan membina kursuskursus melalui

komuniti yang telah diwujudkan oleh pelajar sendiri.

4. Modul pembelajaran berasaskan Internet akan menggalakkan penglibatan aktif

pelajar dengan cara yang berbeza daripada kelas kuliah biasa.

5. Meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesama pelajar dalam

bentuk komunikasi berasaskan web.

6. Membantu pengajar berhubung dengan pelajar mereka mengenai tugasan, kegiatan

akan datang, pautan berguna dan contoh-contoh tugasan di luar kelas.

7. Pelajar boleh menggunakan Facebook untuk menghubungi rakan sekelas tentang

tugasan kelas atau peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek

kumpulan dalam persekitaran Internet.

8. Rangkaian sosial yang dibina berasaskan konsep interaksi secara bersemuka antara

guru dengan pelajar ini membenarkan pelajar untuk melihat profil pengajar yang

mengandungi maklumat peribadi, minat, latar belakang dan “rakan-rakan” yang

boleh meningkatkan motivasi pelajar, pembelajaran berkesan dan juga iklim bilik

darjah (Mazer et al. 2007).

Cara Menggunakan Facebook Dalam Pendidikan

Amat penting bagi guru dan pensyarah untuk memperkenalkan rangkaian sosial

kepada pelajar. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh

meminta pelajar untuk:

1. Membuka akaun Facebook mereka sendiri dan “menjadi kawan” kepada sekurang-

kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka.

2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas, pesanan

mengenai tugasan kursus, serta permohonan kursus.

3. Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza.

Strategi Penggunaan Facebook Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Page 18: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

Dengan membina peralatan dalam struktur sosial Facebook, anda akan menggalakkan

lebih banyak interaksi antara peserta. Misalnya melalui alat perpustakaan (library tool), pelajar

yang menghadapi kesukaran untuk mencari katalog perpustakaan elektronik atau mempelajari

cara penggunaan sistem perpustakaan universiti mungkin lebih selesa bertanya kepada “rakan”

di dalam kumpulan atau menggunakan fungsi butang “Tanya Pustakawan”, bukannya terus

kecewa dan berputus asa. Pustakawan boleh menggunakan aplikasi perpustakaan melalui

Facebook sebagai satu cara untuk berhubung rapat dengan pelajar yang selalunya diajar sekali

gus dalam sesi perpustakaan. Aplikasi Facebook yang telah dibina oleh perpustakaan boleh

menyediakan satu ruang untuk pelajar bertanyakan soalan rujukan. Walau bagaimanapun,

penambahan ciri-ciri tertentu mungkin boleh membantu meningkatkan perkhidmatan seperti ini.

Secara keseluruhannya, platform sebegini boleh membantu untuk menjadikan suasana

perpustakaan lebih terbuka dan mudah dicapai, sekali gus menggalakkan lebih banyak interaksi

dan peluang pengajaran. Jika kita pindahkan senario perpustakaan ini kepada pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas, pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip belajar sewaktu

mereka menemui modul/nota yang paling berguna. Mereka mungkin mencadangkan

modul/nota kepada rakan mereka berdasarkan keperluan yang dinyatakan sewaktu interaksi

sosial. Kesemua aktiviti ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran belajar

mereka, seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik mereka (PennState

2007).

(Mohamed Amin Embi, 2011)

5. Youtube

YouTube ialah laman perkongsian video yang popular untuk memuat naik, menonton dan

berkongsi petikan video. YouTube kini menjadi satu bentuk media baharu Web 2.0 yang

popular. Satu artikel terbaru di Wired menyatakan bahawa sebanyak 65,000 video dimuat naik

dan 100 juta video ditonton setiap hari di YouTube (Godwin-Jones 2007). Kandungan YouTube

boleh merangkumi animasi, rakaman acara awam, rakaman peribadi rakan-rakan – hampir apa

sahaja yang ingin disiarkan – kecuali kandungan yang menyalahi undang-undang atau yang

menjelikkan dan berbentuk penghinaan. Rakaman video boleh berbentuk informasi, hiburan,

pujukan atau peribadi semata-mata. Sebagai satu aplikasi sosial yang semakin dikenali,

Page 19: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

YouTube membolehkan pengguna menyiarkan dan memberikan tag kepada video, menonton

video yang disiarkan oleh orang lain, menyiarkan komen dalam bentuk perbincangan berangkai,

mencari kandungan melalui kata kunci atau kategori, serta membina dan menyertai kumpulan

semasa. YouTube boleh dihubungkan dengan aplikasi blog lain, dan ini memberi pengguna

satu cara pantas untuk membuat blog mengenai sesuatu video dan menyertakan pautan

kepadanya. Pengguna boleh membaca profil individu yang menyiarkan atau memberikan

komen kepada sesuatu video, menonton video kegemaran mereka dan menghubungi individu

tersebut.

Video boleh menjadi satu alat pendidikan dan motivasi yang amat berpengaruh.

Namun, sebahagian besar kekuatannya bukan terletak pada video itu sendiri tetapi pada cara

video itu digunakan. Video itu sendiri bukanlah satu sasaran atau kesudahan tetapi merupakan

satu cara ke arah mencapai objektif dan matlamat pembelajaran. Video pendidikan yang efektif

bukanlah pengajaran yang berbentuk televisyen-kepada195 pelajar tetapi pengajaran guru-

kepada-pelajar dengan video sebagai satu alat untuk penzahiran (Duffy 2008). YouTube

semakin banyak digunakan oleh pendidik sebagai satu sumber pedagogi untuk segala perkara,

daripada acara menarik yang bernilai berita di serata dunia hinggalah kepada “secebis kisah

kehidupan” untuk pengajaran kursus Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL).

Penggunaannya merangkumi video pendidikan hinggalah kepada ruang dalam talian dan

perkongsian kandungan yang dikarang oleh pelajar. Beberapa panduan umum oleh Clark dan

Mayer (2002) dalam mempertimbangkan penggunaan yang sesuai sebarang media untuk

memperbaiki pengajaran mengesyorkan bahawa media hendaklah;

1. Selaras dengan hasil pembelajaran atau prestasi yang dikehendaki

2. Mengurangkan beban kognitif

3. Mengandungi teks atau grafik yang bermakna

4. Sesuai dengan tahap kecelikan (literasi) pembelajaran pelajar

5. Pendidik (bahkan pelajar) akan mendapati bahawa video ialah satu mangkin dan

pemudah cara kepada perbincangan dan analisis dalam kelas.

Cara menggunakan Youtube dalam Pendidikan

YouTube mengajak pengguna untuk menikmati pengalaman menonton video dan

terlibat dalam kandungan video sebagai pengulas dan pencipta, iaitu satu aktiviti yang

meningkatkan literasi visual pelajar, yang merupakan satu kemahiran penting dalam budaya

elektronik masa kini. Walaupun kebanyakan video dalam YouTube tidak mempunyai matlamat

Page 20: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

pendidikan, aplikasi ini menggalakkan eksperimentasi menggunakan media baharu.

Kebanyakan pendidik percaya bahawa usaha untuk membina kandungan merupakan satu

latihan pembelajaran yang berguna, yang membantu untuk meningkatkan kefahaman terhadap

bahan pelajaran dan peralatan yang digunakan untuk membina kandungan video tersebut. Oleh

kerana YouTube memudahkan hal ini, ia berpotensi untuk mendedahkan pelajar kepada

wawasan dan kemahiran yang baharu, serta menghubungkan mereka kepada pelbagai

komuniti dalam talian. Sebagai aplikasi perisian sosial, YouTube menjadi sebahagian trend

dalam kalangan pelajar Generasi Net untuk menggantikan pembelajaran pasif dengan

penyertaan aktif, yang mana semua pelajar boleh menyuarakan pandangan, sesiapa pun.

Youtube boleh memberikan sumbangan, dan nilainya tidak terletak pada kandungan itu sendiri,

tetapi lebih kepada rangkaian pelajar yang bekerjasama membentuk kandungan tersebut dan

yang menyokong satu sama lain dalam mencapai matlamat pembelajaran.

Strategi Penggunaan Youtube Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Berikut ialah beberapa panduan berkaitan dengan penggunaan video yang khusus

untuk menggalakkan tontonan secara aktif dan memaksimumkan pembelajaran:

1. SEGMEN - benarkan pelajar anda menonton video dalam beberapa segmen

pendek.

2. NOTA - video amat sesuai untuk membina kemahiran pencatatan nota. Ambil nota

semasa tontonan pertama, kemudian putar semula dan ulang tayang untuk

membuat semakan nota. Ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan

sebagai satu perbincangan kelas / sesi sumbangsaran.

3. JEDA - Gunakan butang jeda (pause) untuk menghentikan video anda seketika agar

pelajar boleh meramal perkara yang akan berlaku atau mengingat semula perkara

yang telah berlaku

4. TANPA SUARA - bagi babak video yang menekankan visual, padamkan suara dan

ceritakan. Teknik ini sangat sesuai untuk penyenaraian langkah-langkah sesuatu

proses.

5. TANPA GAMBAR - gunakan petunjuk audio untuk menerangkan gambar yang

ditayangkan. Bandingkan ramalan dengan video sebenar.

6. PRATONTON setiap video dengan teliti untuk menentukan kesesuaiannya dengan

objektif pelajaran dan hasil pembelajaran pelajar.

Page 21: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

7. GABUNGKAN video dengan keseluruhan pengalaman pembelajaran secara

menambahkan komponen eksperimen pelajaran. Aktiviti boleh dilakukan sebelum

menonton; untuk mengatur pentas, membuat semakan, menyediakan maklumat latar

belakang; mengenal pasti perbendaharaan kata baharu, atau memperkenalkan

topik. Aktiviti boleh dilakukan selepas menonton untuk memperkukuh,

mengaplikasikan atau memperluas maklumat yang disampaikan oleh program.

Selalunya, video boleh digunakan sebagai satu pengenalan atau pendorong kepada

aktiviti amali yang bakal dilakukan.

8. POTONG – gunakan penyunting video dalam talian seperti www.cuts.com atau

www.eyespot.com bagi mendapatkan konsep-konsep yang paling sesuai dengan

topik pelajaran anda. Selalunya penayangan keseluruhan program tidak perlu dan

akan memakan masa yang agak lama. Apabila melakukan pratonton, cari segmen

yang benar-benar berkaitan atau berguna untuk aktiviti atau pelajaran yang telah

dirancang.

9. FOKUS - berikan tugas khusus kepada pelajar ketika menonton. Perkenalkan video

dengan mengemukakan soalan, perkara untuk diperhatikan, perbendaharaan kata

yang jarang didengar atau aktiviti yang boleh menjadikan kandungan program lebih

bermakna dan jelas. Dengan memberikan tanggungjawab tertentu kepada pelajar

semasa menonton, guru boleh mengekalkan fokus pelajar kepada tugasan dan

mengarahkan pengalaman pembelajaran kepada objektif pembelajaran. Pastikan

aktiviti susulan dilakukan semasa dan selepas menonton.

10. SELEPAS - selepas pelajar menonton video, pertimbangkan; apakah yang menarik

minat mereka? Perkara apakah yang tidak difahami oleh mereka? Bagaimanakah

anda boleh mengaitkan program tersebut dengan pengalaman dan perasaan

mereka? Minta pelajar menulis komen/blog tentang video tersebut.

(Mohamed Amin Embi, 2011)

4.0 Kelebihan dan Kelemahan Penggunaan Tools dalam Pengajaran dan Pembelajaran

4.1 Kelebihan

1. Menyokong Perkembangan Pendidikan

Page 22: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

Penggunaan gadget dan telefon pintar memberikan pelajar akses yang mudah terhadap

pengetahuan. Hal ini sangat membantu dalam dunia pendidikan. Pelajar masa kini mempunyai

akses ke pelbagai sumber mulai dari diagram, artikel, esei dan banyak informasi akademik lain

yang dapat meningkatkan prestasi pelajar di dalam kelas (Mohamed Amin Embi, 2011).

2. Interaksi

Apabila seorang guru bertanya soalan kepada pelajar, kebiasaannya kebanyakan dari

mereka menjadi gugup memikirkan bahawa diri mereka dalam kesusahan. Dengan adanya tool

seperti Whatsapp , komunikasi antara guru dan pelajar menjadi lebih mudah malah ia mampu

mendorong pelajar yang bersifat pemalu untuk berkomunikasi lebih terbuka ketika mereka

berada di kelas. Guru juga dapat menggunakan aplikasi seperti Whatsapp dan juga Web 2.0

seperti facebook untuk berinteraksi dengan pelajar yang memerlukan perhatian khusus

(Norhafidzah, 2015).

3. Pengurusan

Tidak semua pelajar mempunyai cara dan gaya pembelajaran yang sama. Masing-

masing memiliki cara tersendiri dalam memahami setiap informasi yang disampaikan. Setiap

pelajar memerlukan pedagogi yang berbeza atau strategi berbeza untuk belajar. Dengan

menggunakan tools dalam PdP, pelajar dapat belajar dengan cara mereka sendiri. Mereka

dapat mempersonalisasikan diri mereka dan menikmati pembelajaran.

4. Akses yang lebih luas

Selain memiliki akses pendidikan online dengan menggunakan telefon pintar dan gadget

lain seperti tablet, pelajar zaman sekarang memiliki akses ke pakar pengetahuan. Siswa dapat

membaca ulasan dan blog oleh para ilmuan. Mereka juga dapat mengikuti konferensi dan

“webinar” (seminar online). Mereka juga mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan para

profesional bahkan dari rumah atau dari bilik darjah. Menggunakan gadget membantu mereka

dapat mengatasi masalah jarak dan kos.

5. Membantu pelajar berkeperluan khas

Page 23: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

Gadget yang semakin banyak dan sedang berkembang dapat membantu pelajar-pelajar

berkeperluan khas. Teknologi mobile juga bermanfaat bagi mereka yang berkeperluan khas .

Kini, ada beberapa aplikasi yang dapat melengkapkan ketidakmampuan belajar dan masalah

fizikal, kita dapat mengatakan bahawa pelajar yang berkeperluan khas mempunyai peluang dan

kesamaan dalam pendidikan sama dengan pelajar yang normal.

4.2 Kekurangan

1. Kos Pembiayaan

Pembiayaan merupakan salah satu kekurangan besar dalam penggunaan tools dalam

PdP. Pelajar haruslah mempunyai telefon pintar mahupun gadget-gadget lain seperti computer

riba dan tablet untuk menggunakan Web 2.0 ataupun aplikasi-aplikasi telefon pintar dalam PdP

dan untuk membeli gadget-gadget tersebut memakan belanja yang agak tinggi. Selain itu,

teknologi berubah sangat cepat oleh itu, pelajar harus sentiasa upgrade gadget mereka. Selain

itu, kos pembiayaan internet untuk mengakses tools pembelajaran juga agak tinggi (Mohamed

Amin Embi, 2011).

2. Saiz Gadget

Saiz gadget yang kecil mudah hilang ataupun dicuri dengan mudah. Selain itu, skrin

ataupun paparan yang terlalu kecil menyebabkan kerosakan mata mereka yang

menggunakannya untuk jangka waktu yang panjang jika tidak berhati-hati. Saiz skrin yang kecil

juga meminimumkan paparan informasi (Norliza , 2013).

3. Jangka Masa Bateri

Gadget memiliki jangka masa hidup hanya dalam masa sekitar 2 sampai 4 jam dalam

produktivitinya. Setelah bateri habis, pelajar harus melakukan pengecajan. Mobile learning tidak

dapat digunakan jika bateri gadget adalah kosong (Norliza , 2013).

4. Teknologi

Meskipun teknologi ini masih berkembang, apa yang kita miliki pada saat ini masih

terbatas. Gadget memiliki memori penyimpanan yang terbatas dalam menyimpan fail besar

Page 24: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

atau banyak. Seorang pelajar juga harus mempunyai kocek yang lebih dalam untuk memiliki

ruang penyimpanan yang lebih besar, dan kembali lagi ke kelemahan pertama dari mobile

learning iaitu pembiayaan. Selain itu, ada beberapa sistem operasi atau platform yang berbeza

dan isi pun tidak semua sama. Oleh itu, jika pelajar pengguna Apple mereka menggunakan

iOS,  jika pengguna Android mereka hanya dapat menggunakan Android dan tidak boleh

ditukar.

5. Penggunaan

Beberapa jenis gadget agak sukar digunakan kerana memiliki punat yang kecil.

Walaupun papan kekunci tanpa wayar sudah ada pada masa kini, namun pembiayaan bagi

membeli gadget tersebut adalah sangat tinggi (Mohamed Amin Embi, 2011).

5.0 Kesimpulan

Penggunaan teknologi dan alatan mobile learning yang diaplikasikan dalam pendidikan

mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas selaras dengan aspirasi PPPM 2013-2025 untuk mewujudkan

pembelajaran abad ke 21 dalam sisem pendidikan di Negara kita. Melalui penggunaan dan

pengaplikasian teknologi dalam PdP, pelajar tidak sekadar mengakses Internet untuk

mendapatkan maklumat bahkan mereka juga dapat membina pengetahuan melalui interaksi

sosial. Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan pengintegrasian teknologi di dalam

persekitaran pembelajaran berkesan untuk meningkatkan kepuasan pelajar, meningkatkan

kualiti pembelajaran serta mewujudkan interaksi sosial diantara pelajar dan pendidik.

Page 25: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

Sergio , L., & Susana , d.-E. (2007). The use of weblogs in higher education; Benefits and

barriers.

(2013). Buletin Anjakan Bil 5. In Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (pp. 1-

5).

Adam G, & Morgan J. (2010). Second Generation E-Learning: Characteristics and Design

Principles for Supporting Management Soft-Skill Development. ProQuest Education

Journals.

Anamaria , D. (2010, Jun 7). Blogs in Higher Education. Retrieved April 10, 2016, from

Uvenus.com: http://uvenus.org/2010/06/07/blogs-in-highereducation-%

Aniza, M. (2015, Jun 22). Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Retrieved April 10, 2016, from

Wordpress.com: https://aniza3046.wordpress.com/ict-dalam-pendidikan/teknologi-

maklumat-dalam-pendidikan/mobile-learning/

Baharun, K. (2012). Sekolah Bestari; Pedagogi Abad Ke-21 dan Profesionalisme Guru. Jurnal

Pendidikan Guru, 15. 20-23.

Caroline , L., & Terri , L. (2009). How To Use Facebook In Collage Classroom. Retrieved April

10, 2016, from

http://www46.homepage.villanova.edu/john.immerwahr/TP101/Facebook.pdf

Chan, Y. (2001). Cabaran Pengurusan Pendidikan di Era Baru. Jurnal Pengurusan Pendidikan

di Era Baru, 11. 68-79.

Duffy, P. (2008). E-Learning and the Science of Instruction. San Francisco: Jossey-Bass

Pfeiffer.

Godwin-Jones. (2015). Digital Video Update: YouTube, flash, high-definition. Retrieved April 10,

2016, from http://www.allbusiness.com/technology/4051526-1.html

Mayer, R. (2001). Multimedia Learning. USA: Cambride University Press.

Mazer et al. (2007). I'll See You In Facebook: The Effects effects of computer-mediated teacher

self-disclosure on student motivation,affective learning, and classroom climate. In

Communication Education (pp. 1-17).

RUJUKAN

Page 26: Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21

Mohamed Amin Embi. (2011). Pengaplikasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Selangor: Pusat Pembangunan Akademik University Kebangsaan Malaysia.

Norhafidzah, A. (2015, October 31). Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21. Retrieved April

10, 2016, from Blogspot.com: http://feezaupsi15.blogspot.my/2015/10/pengajaran-dan-

pembelajaran-abad-ke-21.html

Norliza , A. (2013). Penggunaan Mobile Learning untuk Tujuan Pembelajaran dalam Kalangan

Pelajar UTHM. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Pennstate. (2007). 7 Things You Need to Know about Facebook Applications. Retrieved April

10, 2016, from Pennstate University Ed:

http://ets.tlt.psu.edu/wp-content/uploads/facebook_applications.pdf

Sharple. (2000). The Design of Personel Mobile Technologies for Lifelong Learning. Computer

and Education, 34. 177-197.