Alatan menjahit
Transcript of Alatan menjahit
Alatan MengukurPITA UKUR DAN PEMBARIS IALAH ALATAN MENGUKUR YANG DIGUNAKAN DALAM KERJA MENJAHIT.
Pita Ukur diperbuat daripada gentian kaca, sintetik, dan plastik, mempunyai penahan logam di kedua-dua hujungnya, tidak memberi teguh dan tahan.
Mengukur dengan tepat ukuran badan dan fabrik Gulung setelah digunakan dengan nombor yang
besar di sebelah dalam dan nombor yang kecil di sebelah luar.
Simpan di dalam kotak jahitan.
Pembaris lurus diperbuat daripada kayu atau plastik, tepinya licin, rata dan lurus dan mempunyai ukuran yang tepat dalam unit metrik.
Mengukur dan menanda garisan lurus di kertas pola dan mengukur fabrik.
Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.
Alatan MendrafPEMBARIS SESIKU DAN PEMBARIS MELENGKUNG ADALAH ANTARA ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENDRAF.
Pembaris sesiku diperbuat daripada kayu atau plastik dan mempunyai ukuran yang terang dan tepat di kedua-dua bahagian dalam unit metrik.
Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau fabrik dan bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher dan lubang lengen.
Pembaris melengkung diperbuat daripada kayu atau plastik dan ukuran metrik yang terang dan jelas.
Membentuk garis melengkung seperti garis leher, keruk lengan, rusuk blaus, rusuk skirt, dan kaki seluar semasa mendraf pola.
Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.
Alatan MenandaAlatan menanda yang asas ialah roda surih yang digunakan bersamaKarbon tukang jahit. Kapur tukang jahit boleh juga digunakan untuk memindahkan tanda pola pada fabrik.
Roda surih dan karbon tukang jahit diperbuat daripada keluli berkilat supaya tidak berkarat, pilih roda surih mengikut jenis fabrik dan mudah bergerak apabila ditolak.
Memindahkan tanda dan garisan pola pada fabrik. Simpan di dalam kotak jahitan dan jangan lipat
kertas karbon.
Kapur tukang jahit adalah kapur yang tidak mudah pecah, pilih warna yang sesuai dengan
fabrik dan kapur yang dibuat daripada lilin tidak sesuai untuk fabrik sintetik.
Menanda garis pemadam pada fabrik dan memindahkan garisan tanda pola pada fabrik.
Simpan di dalam bekas supaya tidak pecah.
Pendahuluan Menjahit memerlukan alatan jahitan. Alatan jahitan asas yang diperlukan ialah
gunting,jarum, jarum peniti, pita ukur dan beberapa jenis benang jahit. Jika kamu mempunyai mesin, kamu boleh mempelbagaikan aktiviti menjahit. Memilih alatan jahitan yang sesuai dan berkualiti serta menjaga dan menggunakannya dengan betul adalah penting.
Alat MemotongGunting fabrik
- Digunakan untuk menggunting fabrik sahaja- Dibuat daripada keluli tahan karat- Panjang yang biasa digunakan ialah 20 cm
Gunting trimin- Digunakan untuk menggunting bahagian tepi-tepi kain yang tidak dikehendaki- Panjang gunting ialah 15 cm
Gunting Sulaman - Digunakan untuk kerja sulam menyulam
Gunting Bergerigi- Gunting bergerigi (pinking shears) mempunyai mata bergerigi berbentuk pucuk rebung. Ia digunakan untuk menggunting tepi fabrik dan mengelakkannya daripada berjerumbai.
Rajah : Gunting bergerigi
Gunting Snipper
Kebiasaannya digunakan untuk snip kain terutamanya ketika hendak menjahit lengkuk. Kadang kala boleh digunakan untuk memotong benang.
Rajah : Gunting Snipper
Penetas jahitan
Digunakan untuk menanggalkan jahitan mesin atau jahitan tangan seperti jelujur
- Penetas terdapat dalam pelbagai saiz. Ia berukuran di antara 8 hingga 16 cm.- Pemegang selalunya diperbuat daripada plastik. Mata penetas seelok-eloknya dibuat daripada keluli. Pisaunya terletak di antara cokeng-cokengan yang mana satu daripadanya tajam dihujung dan satu lagi bulat dihujung.- Antara kegunaannya ialah :
a. Membuka mata-mata jahitanb. Menebuk lubang butang setelah dijahit mesin.
Rajah : Penetas jahitan
Pemilihan dan kegunaan gunting fabrik - Gunakan gunting yang diperbuat daripada keluli berkilat.- Panjang gunting hendaklah tidak kurang daripada 20 cm dan bermata tajam.- Gunakannya untuk menggunting fabrik sahaja.- Kesat mata gunting supaya bersih dan kering sebelum disimpan.
Alatan Jahitan1) Alatan Mengukur
PEMBARIS FLEKSIBEL•Dibuat daripada plastik atau kayu yang licin
•Menanda & ukur garisan lurus dan garisan melengkung
PEMBARIS LURUS•Membuat garisan lurus
•Mengukur jarak•Mengukur & menanda kerja membuat fola.
KAD TOLOK JAHITAN/KAD UKUR
•Menanda lebar kelepet, lisu dan ukuran kecil.•Menandakan kedudukan butang dan lubang
butang 2) Alatan Mendraf
PEMBARIS MELENGKUNG.•membuat garis melengkung dalam kerja menderaf
pola.•membentuk garis melengkung dalam kerja
menderaf pola.
LENGKUK PERANCHIS•membentuk garis yang
melengkung seperti di keruk lengan,garis leher dan garis puteri.
•Memudahkan kerja penyesuaian pola pakaian.
PENSIL• membuat garisan di pola pakaian.
• Jenis-jenis: pensil kapur, pensil biasa dan pensil boleh serap air. (water soluble pencil)
PEMBARIS SESIKU L•membuat sudut tepat
•membuat garis lurus 90º•memastikan ira lurus selari.
3) Alatan Menanda
RODA SURIH
-Memindahkan garis dan tanda ke fabrik.- jenis mengikut mata roda.
KERTAS KARBON-Memindahkan garis dan tanda ke fabrik.
bersama roda surih.
KAPUR&
PENSILMenanda garisan, garis lipatan,
garis gunting dan memindahkan tanda Ke fabrik
JARUM PENITI&
KUSYEN-Menyemat pola pada fabrik
-Mencantum kepingan fabrik yang hendak dijahit4) Alatan Memotong
GUNTING FABRIK
GUNTING SULAM
SNIPPER
PENETAS
5) Alatan Menjahit
JARUM JAHIT TANGAN JENIS TAJAM-Jahitan biasa untuk semua jenis fabrik.
- Jarum sulam, lebih halus, panjang & tajam
JENIS DEWANGGA-Jahitan hiasan dan sulam
- mata tumpul dan lubang benang lebih besar
JENIS ANTARA-Jahitan biasa untuk fabrik tebal
- berukuran pendek
JARUM JAHIT MESIN-untuk jahitan mesin.
-Pelbagai saiz mengikut benang yang akan-Digunakan dan jenis mesin.
PENCUCUK BENANG-Untuk memasukkan benang pada
jarum tangan atau mesin
JIDAL-Melindungi jari dari jarum yang tajam.
-Jenis logam, plastik dan seramik.-Hasil jahitan lebih kemas.
6) Alatan Menekan
BOD LENGAN-Bahagian kecil seperti kelim, lengan baju, kaki
seluar dan garis leher
PRESS MITT-Bahagian melengkung, kecil dan
lengan yang lebih terbuka
SEAM ROLL-Bahagian berbentuk lisu dan kelim melengkung
yang sukardibuat guna bod biasa.
BOD SETERIKA
-Semua proses jahitan , terutama bahagian yang lebih besar
KAIN TEKAN- Elak kesan kilat pada dari tekanan
ALAT MENEKAN INDUSTRI-Melekat lepik pada fabrik lebih cepat dan rata.
ALAT PERENJIS- Melembabkan fabrik
BOD LELARUM- Menekan fabrik berpail (baldu)
SETERIKA KERING&
SETERIKA WAP- untuk menekan dan seterika mengikut jenis
fabrik dengan tahap kepanasannya7) Alatan Menyelenggara
PEMUTAR SKRU-Memasang dan menanggalkan jarum dari mesin
jahit industri
PENYEPIT-untuk memasukkan benang ke dalam lubang
jarum mesin jahit industri.-Menarik benang dari bahagian yang rumit dalam
mesin jahit
MINYAK MESIN-Melancarkan perjalanan mesin jahit.
-Membersihkan bahagian dalam aksesori jahitan seperti sekoci,
gelendong atau tapak mesin.Share this:
MESIN JAHITSebuah mesin jahit model lama
1. Jenis dan fungsi mesin jahit1. Mesin jahit tangan
1. Mesin jahit lama. menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang
2. Mesin jahit kaki1. Mesin jahit yang murah dan popular, menggunakan
kaki untuk memusingkan roda imbang3. Mesin jahit elektrik
kertas sebak
Kapur penjahit
- Kapur digunakan untuk memindahkan tanda-tanda, cabang-cabang dan lain-lain garisan pola daripada kertas kepada fabrik jahitan.Tanda-tanda ini boleh dipadam dengan mudah jika tidak diperlukan lagi.- Kapur tukang jahit boleh didapati di dalam warna-warni putih, hitam, merah, biru, dan kuning. Ia berukuran 6 cm serta berbentuk 3 atau 4 persegi.- Seseorang tukang jahit itu haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 keping kapur warna-warni yang mustahak iaitu merah, biru dan kuning.
Lilin Tukang Jahit - Lilin tukang jahit berukuran 6 cm dan berbentuk 4 persegi.- Ia boleh menggantikan kapur untuk menanda garisan pola pada fabrik daripada gentian bulu bir-biri kerana tanda lilin ini tidak mudah hilang sepertimana tanda kapur.Tetapi ingatlah, jangan terlalu tekankan sangat lilin itu kerana tandanya akan susah hilang.- Lilin juga boleh digunakan untuk mengukuhkan benang jika dilurut pada benang yang reput.Benang yang telah dilurutkan dengan lilin itu, hendaklah digosok dengan seterika supaya lilin melekat dengan kukuhnya pada benang itu. Lilin juga mengelakkan benang jahit daripada kusut.
- Apabila menjahit lubang butang, lilin hendaklah dilurut pada benang dan adalah suatu perkara yang perlu diingatkan.
Kertas Karbon (Carbon Paper)- Kertas karbon boleh didapati dijual didalam sampul yang mengandungi warna- warna putih, kuning, merah, biru dan hijau.- Tanda-tanda di fabrik yang menggunakan kertas karbon akan hilang apabila dibasuh atau dicuci.- Gunakan warna kertas karbon yang dekat sekali dengan warna fabrik yang dijahit.- Apabila menjahit fabrik yang nipis dan jarang, jangan tekankan sangat roda surih kerana ia akan meninggalkan kesan yang tidak elok pada fabrik.
Pensel Penanda - Pensil penanda boleh digunakan sebagai ganti kapur tukang jahit atau kertas karbon.- Pensil penanda boleh didapati di dalam warna-warna putih, merah jambu (samar) dan biru muda.
Roda Surih
- Roda surih boleh didapati di dalam tiga bentuk.- Roda surih yang matanya seperti duri digunakan untuk fabrik-fabrik yang tebal. Yang bergerigi untuk fabrik-fabrik yang nipis dan sederhana tebal, manakala yang licin boleh digunakan untuk semua jenis fabrik.- Roda surih digunakan bersama-sama kertas karbon untuk menanda garisan-garisan pola pada selapisan fabrik atau lebih. - Roda surih hendaklah diperbuat daripada keluli.
Rajah : Roda surih
Jenis Jarum dan Benang
Jarum
- Jarum boleh didapati di dalam pelbagai ukuran panjang, kasar dan bentuk matanya.- Untuk jarum tangan, lebih besar jarum, lebihlah rendah nombornya daripada jarum yang halus. Jarum yang kasar (nombor 4,5,6) digunakan untuk menjahit fabrik-fabrik yang tebal
dan juga bila menggunakan benang yang kasar.Rajah : Jarum
- Untuk jahitan am, gunakan nombor 7,8, dan 9 iaitu nombor jarum yang selalu digunakan.
- Jarum ada pelbagai jenis. Jarum yang sederhana panjangnya dan matanya bentuk bujur dipanggil sharps. Jenis ini paling sesuai untuk jahitan am. Between lebih pendek daripada sharps.- Ia sesuai untuk menjahit jahitan yang halus. Milimeters sama panjangnya dengan sharps dan sesuai untuk jelujur. Crewels atau calyx-eyed-sharps mempunyai mata yang panjang dan sesuai untuk menyulam. - Matanya yang besar itu disesuaikan supaya benang sulam boleh lulus ke dalam.- Jarum mesin pula berlainan daripada jarum tangan. Lebih besar nombornya, lebih kasar jarumnya.
Jarum peniti
Gunakan jarum peniti yang halus dan tajam dan yang diperbuat daripada keluli berkilat supaya ia tidak meninggalkan kesan pada fabrik. Cucuk jarum peniti pada span kotak jarum peniti atau kusyen jarum peniti semasa menjahit. Simpan di dalam kotak selepas menggunakannya.