Penggunaan Bigbook Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

download Penggunaan Bigbook Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

of 4

Transcript of Penggunaan Bigbook Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

  • 7/28/2019 Penggunaan Bigbook Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    1/4

    PENGGUNAAN BIGBOOK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

    Bigbook yang telah kumpulan kami

    hasilkan yang bertajuk Dunia Pecahan

    adalah bersifat multifunction (serba guna) dan

    tidaklah bersifat spesifik kepada satu

    kegunaan sahaja. Hal ini demikian kerana, di

    samping bercerita, kami memberi penekanan

    yang lebih terhadap konsep. Kami percaya

    bahawa pemahaman konsep merupakan tugu

    asas bagi murid sebelum mendalami input

    yang lebih mendalam lagi terhadap apa-apa

    pembelajaran sekalipun. Oleh yang demikian,

    bigbook kami sangatlah berguna sebagai

    buku rujukan murid tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6.

    Tampil dengan sedikit kelainan, setakat ini kami

    dapati hanya kumpulan kami sahaja yang

    menghasilkan bigbook yang mengetengahkan

    pengenalan konsep di samping turut berfungsi

    untuk bercerita. Oleh yang demikian, bigbook

    kami berperanan memberi input bermakna dalam

    bentuk yang santai. Jadi, murid tidak akan

    merasai tekanan ketika menggunakannya

    malahan seronok serta teruja. Tanpa disedari,

    proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

    tanpa bimbingan guru. Namun demikian, usah

    risau kerana kami menghasilkan setiap

    penerangan dalam bentuk yang ringkas. Oleh yang demikian, murid dapat memahami

    kebanyakan input tanpa perlu dibantu guru.

  • 7/28/2019 Penggunaan Bigbook Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    2/4

    Selain daripada itu, kumpulan kami

    mengambil pendekatan kreatif dalam penghasilan

    bigbook ini. cerita yang kami hasilkan dibantu oleh

    watak kartun yang hangat digilai oleh kanak-kanak

    sekarang iaitu watak Upin dan Ipin. Selain itu,kami

    turut menggunakan khidmat kakak mereka, Kak

    Ros, nenek yang dikenali sebagai Opah serta

    rakan-rakan mereka iaitu Rajoo, Ehsan, Mei Mei,

    Fizi dan Sarojini. Murid lebih bersemangat untuk

    mengulangkaji topik pecahan, memandangkan

    idola mereka adalah cikgunya. Helaian cetakan

    bigbook kami tampil dengan versi warna-warni

    bagi mengelakkan murid bosan. Tidak dapat disangkal lagi, bigbook kami sangat sesuai

    digunakan sebagai buku cerita yang padat dengan input berguna bagi murid-

    mengenali topik pecahan, kami hasilkan setiap penerangan dalam font yang besar dan

    ayat yang mudah supaya setiap penerangan adalah mudah difahami dan dicerna ke

    dalam fikiran murid terutamanya pelajar visual yang belajar dengan berkesan melalui

    penglihatan.

    Bukan itu sahaja, kumpulan kami turut menitikberatkan aspek keselamatan.

    Memandangkan kami turut mengalami zaman kanak-kanak sepuluh tahun yang lalu,

    kami amat faham dengan sifat azali kanak-kanak

    yang tertarik dengan benda luar biasa serta

    mempunyai sifat inkuiri (ingin tahu) yang tinggi. Oleh

    yang demikian, kami telah mengambil inisiatif

    membalut setiap helaian bigbook kami dengan

    pembalut buku lutsinar agar murid tidak tercederamemandangkan kami menggunakan pelbagai bahan

    dalam pembuatah bigbook ini seperti pencungkil gigi

    dan span pencuci pinggan. Justeru, bigbook kami

    merupakan sebuah bahan bacaan yang selamat

    bagi murid sekolah rendah.Pencungkil gigi

  • 7/28/2019 Penggunaan Bigbook Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    3/4

    Berdasarkan kebolehan visual-ruang

    murid, bahan visual seperti carta aliran,

    gambar, video dan lukisan dipercayai dapat

    menyokong pengajaran untuk murid sekolah

    rendah. Setelah mengambilkira pertimbangan

    aspek ini dengan sewajarnya, kumpulan kami

    bersepakat untuk menampilkan bigbook ini

    dalam bentuk yang ringkas tetapi padat.

    Ringkas tetapi padat yang kami maksudkan

    adalah dari segi persembahan grafik yang

    mana kebanyakan input kami hasilkan dalam

    bentuk mindmap (peta minda) dan flowchart

    (carta alir). Kami yakin, dengan bantuan

    watak animasi comel Upin dan Ipin yang

    mengajar subtopik-subtopik dalam tajuk pecahan ini menggunakan peta konsep, murid

    akan lebih cekap mencerna idea dan dalam masa yang sama terhibur dengan

    kecomelan idola mereka. Oleh yang demikian, bigbook kami sangat sesuai sebagai

    bahan bacaan kanak-kanak yang s imple dan efektif.

    Di samping itu juga, selain memberi

    input dalam bentuk cerita yang menarik,

    bigbook ini telah kami selitkan aktiviti

    pengukuhan seusainya sesuatu pengajaran

    konsep. Untuk murid-murid yang kinestetik,

    pengajaran perlu dikemukakan secara holistik

    dengan penekanan kepada aktiviti

    berasaskan pengalaman supaya dapatmerangsang kreativiti dengan menggunakan

    rangsangan visual-ruang dan sentuhan.Oleh

    yang demikian, latihan pengukuhan yang

    kami sediakan berkisarkan sesuatu yang

  • 7/28/2019 Penggunaan Bigbook Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    4/4

    dekat dengan kehidupan mereka. Oleh kerana murid-murid sekolah rendah suka

    pembelajaran koperatif dan kolaboratif, maka bigbook kami turut berfungsi sebagai

    buku latihan pengukuhan bagi murid tahun empat, lima dan enam.

    Melalui aktiviti pengukuhan yang

    disediakan, murid akan berusaha

    menyelesaikan permasalahan yang diberi

    secara berkumpulan. Secara tidak

    langsung, suasana pembelajaran koperatif

    secara berkumpulan wujud dalam

    persekitaran yang agak bebas tetapi dalam

    kawalan. Sparks (2000) mencadangkan

    pembelajaran koperatif, bahan pengajaran

    visual,pendekatan menggunakan cerita dan

    lagu, contoh-contoh yang sebenar dan

    pembelajaran hands-on sebagai kaedah

    pembelajaran untuk murid sekolah rendah. Di akhir sesi pembelajaran, murid belajar

    dalam suasana yang sangat aktif dan kondusif. Secara tidak langsung, strategi

    pembelajaran berasaskan tugasan/aktiviti wujud.

    Sebagai rumusan, berpandukan Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget, kami

    dapati kanak-kanak pada darjah 4,5 dan 6 berada di peringkat operasi konkrit. Menurut

    Piaget lagi,pada peringkat ini, murid menggunakan bahan yang konkrit untuk

    mempelajari pengetahuan baru. Oleh yang demikian, kami dapat simpulkan bahawa

    bigbookkami amatlah menepati teori kognitif Piaget yang mana ia memuaskan ciri-ciri

    bahan konkrit yang boleh menarik perhatian pelajar seperti berwarna-warni, mencabar

    pemikiran,mesra pengguna dan yang paling penting sekali ia berkait rapat dengan

    kehidupan murid iaitu perceritaan oleh watak kartun animasi kegilaan mereka iaitu Upin

    dan Ipin.buku dua dalam satu ini tidak terdapat dipasaran kerana penghasilannya

    adalah terhad.Profesionalisme adalah janji kami !!