Pembinaan Site PdP

11
Group jualan AVON Apakah Sites PdP? Sites Terpulang bagaimana anda melihat Site (laman), site adalah seperti sehelai kertas putih yang tersedia untuk dicorakkan. Site atau laman yang anda cipta boleh menjadi satu ruang informasi, satu set pengajaran harian, satu topik kecil (atau besar) mengenai mata pelajaran yang dikendalikan anda, atau apa saja.. Jesteru, usah peningkan kepala anda untuk berfikir apa yang harus diisi di dalam sesebuah site. Anda mempunyai kuasa bagaimana site anda harus tercipta. Bagaikan sekeping kertas putih, atau sekeping papan putih di dalam kelas anda, anda yang menentukan apa yang bakal dilihat oleh para pelajar anda (atau Guru Besar!). Namun begitu, anda sendiri tahu sekiranya site anda terlalu ringkas, atau stub. Stub adalah satu istilah yang digunapakai pembina website untuk menggambarkan website yang terlalu kosong atau terlalu ringkas. *Rujukan Wikipedia RPH infor masi Nota tamba han Kerja rumah Sites Simpa nan fail chatro om

description

LADAP Pembinaan Site PdP

Transcript of Pembinaan Site PdP

Page 1: Pembinaan Site PdP

Group jualan AVON

Apakah Sites PdP?

SitesTerpulang bagaimana anda melihat Site (laman), site adalah seperti sehelai kertas putih yang tersedia untuk dicorakkan. Site atau laman yang anda cipta boleh menjadi satu ruang informasi, satu set pengajaran harian, satu topik kecil (atau besar) mengenai mata pelajaran yang dikendalikan anda, atau apa saja..

Jesteru, usah peningkan kepala anda untuk berfikir apa yang harus diisi di dalam sesebuah site. Anda mempunyai kuasa bagaimana site anda harus tercipta. Bagaikan sekeping kertas putih, atau sekeping papan putih di dalam kelas anda, anda yang menentukan apa yang bakal dilihat oleh para pelajar anda (atau Guru Besar!).

Namun begitu, anda sendiri tahu sekiranya site anda terlalu ringkas, atau stub. Stub adalah satu istilah yang digunapakai pembina website untuk menggambarkan website yang terlalu kosong atau terlalu ringkas. *Rujukan Wikipedia

RPH informasi

Nota tamba

han

Kerja rumah

SitesSimpanan fail

chatroom

Page 2: Pembinaan Site PdP

Sites PdPPihak sekolah amat menekankan pembinaan sites PdP bagi memperbanyakkan bahan pembelajaran yang boleh digunapakai dalam pengajaran seharian ataupun menjadi rujukan murid dan guru, selaras dengan hasrat Program 1Bestari, iaitu Pembelajaran Di Mana-mana Sahaja, Bila-bila Masa.

Dengan adanya sumber yang dihasilkan oleh guru, pembelajaran akan menjajdi lebih mudah untuk murid-murid, malah guru-guru juga akan dapat sumber yang lebih telus dan bersesuaian memandangkan bahan-bahan adalah daripada guru-guru di sekolah masing-masing.

Sites PdP digalakkan memfokus kepada satu topik kecil sahaja, seboleh-bolehnya satu sites yang lengkap merangkumi nota, tunjuk cara, latihan, permainan online dan kuiz untuk menguji tahap pemahaman pelajar. Contohnya, bagi guru-guru Matematik, Site mungkin boleh mengandungi satu topik kecil, contohnya mengenal nilai mata wang. Lebih kecil topik, maka bahan yang disediakan di dalam sesebuah sites akan menjadi lebih padat. Guru-guru mempunyai pilihan untuk mengumpulkan topik-topik kecil ini ke dalam satu ruang melalui pelbagai widget yang disediakan, contohnya Site Link.

Page 3: Pembinaan Site PdP

Nota

TeksBagi kebanyakan kita yang menjadi pengguna Microsoft Office sejak sekian lama, Words mungkin aplikasi yang paling kerap diguna. Aplikasi teks boleh digunakan untuk menukarkan fail anda menjadi satu ruang di dalam site anda. Semudah copydan paste, fail anda kini sudah berada di dalam FROG.

Walaubagaimanapun, kelemahan widget ini ialah, anda hanya akan dapat memindahkan ayat-ayat dan rajah yang direka menggunakan aplikasi di dalam Words. Jika anda ada meng’import’ fail dari luar aplikasi Words (gambar, rajah, media, link).. fail tersebut tidak akan disalintampal.

Salah satu cara mengatasi kelemahan ini adalah dengan memuatnaik (upload) fail Words anda ke dalam platform lain seperti Issuu dan SlideShare.

Anda juga boleh mencari fail atau nota yang sudah dimuatnaik oleh pengguna lain di dalam 2 website ini. Ini akan memudahkan anda untuk menyiapkan sites anda dengan lebih pantas!

Page 4: Pembinaan Site PdP

Issuu (http://www.issuu.com) Issuu adalah satu website yang menyediakan kemudahan untuk anda menukarkan fail anda menjadi Flipbook. Fail anda akan boleh diselak seperti buku tiap-tiap muka surat. Penerangan terperinci tentang tatacara menggunakan Issuu akan diterangkan di dalam LADAP.

SlideShare (http://www.slideshare.net)Seperti Issuu, Slideshare menyediakan kemudahan untuk anda menukarkan fail anda menjadi Flipbook yang lebih segar dan mesra pengguna. Walaubagaimanapun, Issuu lebih disyorkan kerana mempunyai fungsi zoom sekiranya paparan terlalu kecil.

Page 5: Pembinaan Site PdP

ScormScorm merupakan koleksi bahan-bahan dalam bentuk CD yang dibekalkan ke sekolah oleh KPM dan BTPN sebelum ini. Guru tidak lagi perlu membawa CD memandangkan semua bahan sudah dimuatnaik di sini.

Hanya drag widget Scorm dan Search kata kunci bagi topik yang anda cari.

Kebanyakan fail di dalam CD ini adalah berbentuk interaktif. Pelajar anda tentu akan lebih seronok menggunakan widget scorm ini.

Page 6: Pembinaan Site PdP

Latihan

Kuiz/FormKedua-dua widget ini ada di dalam senarai widget di dalam FROG. Penerangan lanjut akan diterangkan di dalam LADAP.

Page 7: Pembinaan Site PdP

Permainan OnlineBanyak laman web yang menyediakan kemudahan pembelajaran interaktif. Anda boleh menyediakan pautan web ini ke dalam site anda secara paparan lansung ataupun dalam bentuk pautan (link).

Sekiranya anda ingin paparan lansung, anda boleh menggunakan widget “Embed Website”. Pelajar akan dapat bermain di dalam Window FROG tanpa perlu navigasi ke laman web lain.

Ataupun sekiranya anda ingin site yang lebih kemas, anda juga boleh menggunakan widget “External Link”. Widget ini hanya meletakkan link yang akan membawa murid ke laman web lain di luar FROG.

Page 8: Pembinaan Site PdP

PentaksiranPentaksiran digunakan untuk mengkaji tahap penguasaan murid dalam pembelajaran mereka. Pelbagai widget sedia ada di dalam FROG seperti Quiz, Form, Text Activity boleh digunapakai. Guru juga boleh meminta murid menyiapkan tugasan mereka dalam bentuk hardcopy atau dalam kertas dengan beberapa cara.

Link To FileWidget ini digunakan untuk guru memberikan pautan kepada fail untuk dimuat turun (download) oleh pengguna Site. Guru juga boleh menggunakan widget ini untuk berkongsi fail sebagai laporan dan tempat penyimpanan fail penting.

Page 9: Pembinaan Site PdP

File DropWidget ini hampir serupa dengan widget Link To File, cuma kelebihannya ialah para pelawat Site boleh memuat naik (upload) fail mereka. Guru boleh menggunakan widget ini untuk meminta murid menghantar hasil latihan yang telah dijawab oleh mereka.

Guru juga boleh menjadikan widget ini sebagai satu tempat untuk para pelawat (guru-guru dan pelajar) berkongsi fail mereka.

Sebenarnya banyak lagi widget sedia ada yang boleh diguna dan dimanipulasi mengikut kreativiti guru-guru. Maklumat daripada pembangun Aplikasi Frog juga, banyak lagi widget akan ditambah bagi memudahkan para guru menyediakan Site.

Hendak Seribu Daya!

Page 10: Pembinaan Site PdP

Diharap ilmu yang dikongsi berguna.

Sekian, Terima Kasih

Disediakan Oleh:

Mohd Syuhaimi Bin Abu

SK (1) Selayang Baru

19032013

Diharap ilmu yang dikongsi berguna.

Sekian, Terima Kasih

Disediakan Oleh:

Mohd Syuhaimi Bin Abu

SK (1) Selayang Baru

19032013