Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

28
JENIS BAHAN MENTAH BENI BIN MAHMUD JABATAN PENGAJIAN TEKNIKAL IPG KAMPUS PERLIS.

Transcript of Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

Page 1: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

JENIS BAHAN MENTAH

BENI BIN MAHMUDJABATAN PENGAJIAN TEKNIKAL

IPG KAMPUS PERLIS.

Page 2: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

JENIS-JENIS BAHAN MENTAH

KAYU LOGAM PLASTIK KACA GENTIAN KACA KOMPOSIT KERTAS GETAH

Page 3: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

3

PERBANDINGAN BAHAN LOGAM DENGAN BAHAN BUKAN LOGAM

PERKARA BAHAN LOGAM BAHAN BUKAN LOGAM

TAKRIFAN -mempunyai ketumpatan yang tinggi-pengalir elektrik yang baik-pengalir haba yang baik

-membentuk melekul besar dan banyak unit-terdapat dalam bentuk gas,cecair dan pepejal

JENIS-JENIS BAHAN LOGAM / BUKAN LOGAM

-aluminium-kuprum-timah-keluli-besi tuang

-getah-polimer-seramik

KEGUNAAN -pembuatan enjin kereta-alatan memasak

-palam pencucuh-kain nilon

Page 4: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

KAYU

Kayu adalah sejenis bahan mentah yang terdapat secara semulajadi dan sumber yang boleh diganti.

Merupakan sejenis bahan binaan yang paling meluas digunakan dalam pembinaan di kawasan beriklim tropika.

Di Malaysia terdapat lebih 1000 spesis kayu tetapi hanya 80 spesis yang digunakan secara kormesial.

Page 5: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

KEGUNAAN KAYU

KUMPULAN NAMA KEGUNAAN

KERAS DAN BERAT CHENGAL Kapal, rangka, ukiran

BALAU Jambatan, cerucuk, gelegar, lantai dan perabot.

KEKATUNG Rasuk, rangka pintu/tingkap, pemegang alat,lantai, parket dan panel.

MERBAU Kerja hisaan, perket,perabot, venire dan pemegang alat.

RESAK Pembinaan berat, tiang, rasuk, cerucuk, lantai, jambatan , kapal,rangka pintu/tingkap.

TEMBUSU Pembinaan berat, lantai , perket dan perabot.

Page 6: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

KEGUNAAN KAYU

KUMPULAN NAMA KEGUNAAN

KERAS DAN SEDERHANA BERAT.

KEMPAS Pembinaan berat, tiang gelegar, panel, jambatan , parket,gerobok, cerucuk dan pemegang alat.

KERUING Pembinaan umum,tiang, landasan,jambatan dan gerabak lori.

KAPUR Kekuda, rasuk, tiang

TUALANG Tiang, rasuk, lantai, perabot

Page 7: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

KEGUNAAN KAYU

KUMPULAN NAMA KEGUNAAN

KERAS DAN RINGAN NYATUH Pintu, tingkap, rasuk, tiang, lantai, perbot.

MERANTI Pembinaan, lantai,perabot, papan lapis, pelapisan pintu, tingkap dan panel.

RAMIN Hiasan perabot, binding dalam dan panel

SEPETIR Gerobok, panel dan perabot

KAYU GETAH Perabot,panel, susur tangga dan perket

Page 8: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

LOGAMBAHAN LOGAM

LOGAM FERUS LOGAM BUKAN FERUS ALOITimahAluminiumKuprum

LoyangGangsa

KELULI BESI TUANG BESI TEMPAWAN

•KelabuPutihAloi

BERKARBON•Rendah•Sederhana•Tinggi

ALOI•Kromium•Vanadium•Krom-Nikel•Molibdenum•Keluli Tahan Lasak

Page 9: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

9

PERBANDINGAN LOGAM FERUS DENGAN LOGAM BUKAN FERUS

PERKARA LOGAM BUKANFERUS

LOGAM FERUS

TAKRIFAN -logam yang tidak mempunyai unsur ferus

-logam yang mempunyai unsur besi

JENIS LOGAM FERUS/BUKAN FERUS

-aluminium-kuprum-timah

-keluli-besi tuang

KEGUNAAN -membuat dawai elektrik-paip penukar haba-membuat piuter

-blok enjin kenderaan-gear-gergaji

Page 10: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

LOGAM FERUS

•Bahan yang mengandungi unsur-unsur besi (ferum).•Keluli dan besi tuang adalah merupakan logam ferus yang utama. •Ianya boleh didapati dalam bentuk plat,bar dan kepingan.

•Keluli , besi tuang dan besi tempawan adalah merupakan logam ferus yang biasa digunakan dalam kejuruteraan.

Page 11: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

KELULIKeluli dihasilkan daripada campuran besi dan karbon.Penggunaanya bergantung pada peratus kandungan karbon iaitu antara 0.15% hingga 1.5 % .Keluli boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu keluli karbon dan keluli aloi.

Keluli Berkarbon Rendah.Kandungan karbon 0.15% - 0.30% .

Sifat yang ada padanya ialah boleh dibentuk dan di kimpal tetapi kurang sifat kebolehkerasan.

Keluli Berkarbon Sederhana.Kandungan karbon 0.30%- 0.80%.Mempuanyai sifat kekuatan yang lebih tinggi berbanding keluli karbon rendah.

Keluli Berkarbon Tinggi.Kandungan karbon antara 0.8% - 1.5%. Mempunyai gabungan sifat mekanik seperti kekerasan dan keteguhan.

Page 12: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

KELULI ALOI

Merupakan gabungan keluli dengan logam lain.Sifatnya berbeza dari sifat logam asal.

Ianya mempunyai sifat mekanik seperti kekuatan dan kemuluranKeluli ini amat sesuai bagi sesuatu produk yang direka bentuk untuk menerima hentaman,bebanan dan tegasan yang tinggi.

Contoh keluli aloi ialah keluli nikel, keluli kromium dan keluli krom-nikel.

Page 13: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

BESI TUANG

Besi Tuang merupakan leburan logam cair yang dituang kedalam acuan yang disediakan.

Besi ini boleh didapati dalam pelbagai jenis dan gred.Mempunyai sifat dan mutu yang berlainan antara satu lain kerana kandungan karbon yg berbeza.

Besi tuang tidak semulur keluli tetapi sifat kebolehmesinannya amat baik.

Antara jenis besi tuang yang biasa digunakan ialah besi tuang kelabu yang digunakan untuk membuat blok enjin, besi tuang putih untuk membuat roda kereta api dan besi tuang aloi untuk membuat blok acuan.

Page 14: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

BESI TEMPAWAN

Merupakan besi tulen. Sifat makenik besi tempawan ialah kemuluran.Besi ini diproses dengan menggunakan relau pengedap(puddling).

Besi yang dikeluarkan akan mengalami proses seperti ketukan, himpitan dan gelekan untuk mendapat bentuk seperti bar,plat dan kepingan.

Antara kegunaan dalam bidang kejuruteraan ialah untuk membuat takal, andas dan pencangkuk kren.

Page 15: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

LOGAM BUKAN FERUS Logam bukan ferus ialah sejenis logam yang tidak mengandungi besi dan mempunyai sifat fizikal tersendiri seperti boleh mengalirkan haba dan tahan karat.

Terdapat berbagai jenis bahan logam bukan ferus yang digunakan dalam kejuruteraan . Antaranya termasuklah aluminium,kuprum dan timah.

Page 16: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

ALUMINIUMBahan pengalir haba yang baik dan mudah dibentuk kerana lembut.Sifat mekanik: kemuluran dan ketempaan.Sifat fizikal: mudah dituang, dimesin, suhu lebur yang rendah, keberaliran elektrik dan haba yang baik serta tidak beracun.Digunakan dalam industri kapalterbang, alatan memasak dan bekas makanan.

KUPRUMDigunakan dengan meluas dalam industri elektrik terutama dalam pembuatan alat penyaman udara.Sifat fizikal: keberaliran elektrik dan haba yang tinggi.Sifat mekanik: kemuluran yang tinggi dan merintangi kakisan.

TIMAHDigunakan untuk menyalut keluli bagi membuat bekas makanan ,Juga digunakan sebagai aloi pematerian dan gangsa piuter.Sifat mekanik: lembut dan mulur oleh itu ianya mudah dibentuk.

Page 17: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

ALOIMerupakan campuran dua atau lebih bahan logam bagi menghasilkan logam baru(aloi). Mempunyai sifat yang lebih baik dari logam tulen. Antara contoh aloi ialah Loyang dan Gangsa.

LOYANGHasil campuran kuprum dan zink. Mempunyai sifat mekanik kemuluran yang tinggi.Loyang mudah dimesin, dibentuk dan dituang dan keberaliran haba yang baik.Digunakan untuk mambuat penggalas, sesendal, komponen pam dan alatan perhiasan.

GANGSAAloi kuprum hasil campuran kuprum, zink dan timah.Campuran tambahan ialah silikon,nikel, aluminium,mangan dan fosforus,Sifat mekanik: kekerasan.Sifat fizikal: pengalir elaktrik yang baik.Kegunaan: membuat galas bebola dan gear.

Page 18: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

BAHAN BUKAN LOGAM

Bahan yang tidak mengandungi unsur logam didalamnya.Ianya wujud dalam bentuk gas cecair ataupun pepejal.Secara amnya ia merupakan penebat haba yang baik.

Page 19: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

19

BAHAN KOMPOSIT

PENGENALAN :Komposit adalah suatu bahan hasil gabungan dua atau lebih bahan logam dan/bahan bukan logam.

Bahan komposit merupakan bahan yang baik dari segi ketahanan seperti sifat kekerasan dan tahan calar.

Contohnya batu bata yang diperbuat dari lumpur dan diperkuatkan dengan jerami sebagai satu bahan komposit. Bahan binaan yang biasa digunakan seperti konkrit juga merupakan bahan komposit.

Page 20: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

20

BAHAN KOMPOSIT

Penggunaan bahan komposit telah memperbaiki kekuatan, ketahanan dan kepejalan sesuatu produk dalam proses pembuatan dan rekabentuk.

Terdapat alat pemotong yang yang menggunakan bahan komposit contohnya roda canai dan mata alat pemotong yang mengunakan kobalt dan nikel.

Bahan komposit boleh didapati dalam pelbagai jenis , contohnya plastik dan kaca gentian.

Page 21: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

PLASTIKPlastik adalah polimer tetapi polimer tidak semestinya plastik. Polimer terdiri daripada kayu, getah, kaca dan seramik selain dari plastik. Bahan plastik ialah bahan polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semi-rigid).

Merupakan bahan organik yang diperoleh hasil daripada pemprosesan arangbatu, petroleum atau tumbuhan yang menghasilkan sifat plastik setelah dipanaskan.

Plastik dihasilkan daripada selulosa kayu, kapas atau tumbuhan lain,damar tulen seperti minyak aspal, damar tiruan seperti arang batu, petroleum dan protein dalam susu.

Plastik terbahagi kepada dua iaitu plastik haba (thermoplastic) dan plastik termoset.

Page 22: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

PLASTIK HABAPlastik ini boleh dikitar semula melalui proses pemanasan tanpa mengalami sebarang perubahan kimia.

JENIS-JENIS KEGUNAANAsetal Membuat komponen mekanikal dalam jangka

panjang contohnya seseddal, paip dan injap.Akrilik Membuat lensa(kanta), pintu berkaca dan peralatan

makmal.Polivinl Klorida(PVC) Digunakan dalam industri pembinaan seperti

membuat paip dan pembuluh (conduit)

Jenis yang lain iaitu: ABS (Acrylonitrile Butadine Styrene), Sellulosik, Flurokarbon,Poliamida,Polikarbonat,Poliester,Polietilena,Polipropilena,Polistrena,Polisulfona.

Page 23: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

PLASTIK TERMOSET

Plastik jenis ini boleh dibentuk dengan dikenakan haba dan tekanan.Pepejal plastik tidak boleh dikitar semula.

JENIS-JENIS KEGUNAAN

Alkid Membuat komponen elektrik dan elektronik.

Amino( Urea dan Melamina)

Menghasikan pemutus litar dan pemegang.

Epoksi Membuat komponen elektrik.

Fenolik Membuat komponen pemegang, tombol,panel berlamina dan telefon.

Poliester Membuat beg, kerusi, badan automotif dan hiasan.

Silikon Menghasilkan komponen ellektrik yang memerlukan kekuatan terhadap suhu tinggi, gasket,pengedap haba .

Page 24: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

KACA GENTIAN

Merupakan sejenis bahan komposit.Kaca gentian terhasil dengan kaedah memutar kaca sehingga menjadi gentian halus.

Pembentukan produk kaca gentian boleh digunakan dengan kaedah tuangan .Contoh kaca gentian ialah Polieter yang digunakan untuk mambuat badan kereta, badan bot laju, topi kaledar dan tong sampah.Selain itu ianya digunakan untuk membuat Siling Plaster.

Page 25: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

KERTASBahan nipis rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian.

Biasanya gentian yang digunakan merupakan gentian semulajadi dan berasaskan selulosa.

Bahan paling biasa digunakan adalah pulpa kayu(kayu lembut) seperti spruce, bahan gentian sayuran lain spt kapas, linen dan hem.

Kertas dihasilkan dengan memotong dan mengisar pokok sehingga menjadi palpa.

Page 26: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

GETAH

Getah adalah sejenis bahan yang mempunyai keupayaan untuk berubah bentuk dengan cepat.

Bahan yang terkandung dalam getah tidak mempunyai bentuk yang skata dan ianya tahan pada daya yang dikenakan tanpa pecah.

Sifat elastik nya membolehkan ianya berubah panjang dari bentuk asalnya tanpa putus.

Antara kegunaan getah adalah untuk membuat tayar, tapak kasut dan sesendal getah.

Page 27: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

KACAKaca merupakan bahan lutsinar, kuat, tahan hakis, lengai, dan secara biologi

merupakan bahan yang tidak aktif, yang boleh dibentuk menjadi permukaan

yang tahan dan licin. Ciri-ciri ini menjadikan kaca sebagai bahan yang sangat

berguna. Komponen utama kaca ialah silika. Silika ialah galian yang

mengandungi silikon dioksida. Silika wujud secara semulajadi dalam pasir.

Kaca merupakan bahan pejal sekata, biasanya terbentuk apabila bahan cair

tidak berkristal disejukkan dengan cepat, dengan itu tidak memberikan cukup

masa untuk jaringan kekisi kristal biasa terbentuk.

Page 28: Nota Rbt 3118 Jenis-jenis Bahan Pgsr

KACA

Kaca biasa biasanya terdiri daripada silikon dioksida (SiO2), yang merupakan

sebatian kimia yang serupa dengan kuarza, atau dalam bentuk polihabluran,

pasir. Silika tulen mempunyai tahap lebur sekitar 2000 Selsius, jadi dua bahan

lain sering dicampurkan kepada pasir dalam pembuatan kaca. Satu daripadanya

adalah soda (sodium karbonat Na2CO3), atau potasy, setara dengan sebatian

kalium karbonat, yang menurunkan tahap lebur kepada sekitar 1000 Selsius.

Bagaimanapun, bahan soda menjadikan kaca larut, jadi kapur (kalsium oksida,

CaO) merupakan bahan ketiga, ditambah untuk menjadikan kaca tidak larut.