Nota Kata Bantu
-
Upload
aping-firdaus -
Category
Documents
-
view
506 -
download
9
description
Transcript of Nota Kata Bantu
NOTA KATA BANTU
Kata Bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.i) Kata Bantu AspekBerdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu aspek memberitahu sama ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dibuat. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada lampau, kini atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, baru, pernah, sedang, masih, akan dan belum.ii) Kata Bantu Ragam.Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.Berdasarkan Tatabahasa Dewan edisi Baharu, kata bantu ragam menerangkan perasaan dan pendapat orang yang melakukan perbuatan ini.