Nota Jahitan Rbt3120

16
PROSES JAHITAN KELIM Kelim ialah sejenis proses jahitan yang menyambungkan dua keping fabrik bagi mendapatkan bentuk pakaian atau artikel. Jenis Kelim Kelim Belah Kangkung Kelim Betawi Kelim papan mesin Kelim papan tangan Kelim lipat tindih Kelim Belah Kangkung Cantuman dua keping fabric yang dijahit dengan sebaris mata jahitan. Kelim ini mudah dibuat dan sesuai untuk semua jenis fabric kecuali fabric nipis. Kelim ini sesuai digunakan untuk pakaian, artikel dan kain kelengkapan rumah tangga. Lebar kelim yang siap lebih kurang 2.5 cm. Ciri-ciri Kelim Belah Kangkung Lebar kedua-dua basi kelim sama. Kelim rata dan terbuka. Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar. Tidak beralur di sebelah luar. Kelim Betawi Mempunyai dua baris jahitan, sesuai digunakan pada fabric nipis kerana kelim ini kukuh. Ciri-ciri Kelim Betawi Lebar kelim yang siap ialah 5 mm hingga 7 mm pada keseluruhannya. Kelim tidak beralur di jahitan pertama. Basi kelim tidak kelihatan dari sebelah luar. Kelim tidak bergulung. Kedua-dua baris jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.

description

1

Transcript of Nota Jahitan Rbt3120

Page 1: Nota Jahitan Rbt3120

PROSES JAHITAN

KELIM

Kelim ialah sejenis proses jahitan yang menyambungkan dua keping fabrik  bagi

mendapatkan bentuk pakaian atau artikel.

Jenis Kelim

Kelim Belah Kangkung

Kelim Betawi

Kelim papan mesin

Kelim papan tangan

Kelim lipat tindih

Kelim Belah Kangkung

Cantuman dua keping fabric yang dijahit dengan sebaris mata jahitan.

Kelim ini mudah dibuat dan sesuai untuk semua jenis fabric kecuali fabric nipis. Kelim

ini sesuai digunakan untuk pakaian, artikel dan kain kelengkapan rumah tangga. Lebar

kelim yang siap lebih kurang 2.5 cm.

Ciri-ciri Kelim Belah Kangkung

Lebar kedua-dua basi kelim sama.

Kelim rata dan terbuka.

Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.

Tidak beralur di sebelah luar.

Kelim Betawi

Mempunyai dua baris jahitan, sesuai digunakan pada fabric nipis kerana kelim ini kukuh.

Ciri-ciri Kelim Betawi

Lebar kelim yang siap ialah 5 mm hingga 7 mm pada keseluruhannya.

Kelim tidak beralur di jahitan pertama.

Basi kelim tidak kelihatan dari sebelah luar.

Kelim tidak bergulung.

Kedua-dua baris jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.

Page 2: Nota Jahitan Rbt3120

BELAH

Belah ialah satu proses jahitan di pakaian dan artikel untuk senang dipakai dan ditanggalkan.

Belah boleh dibuat di garis leher, di pinggang, di lenan, dan di rusuk dengan mengikut fesyen

pakaian.

Perhatian hendaklah diberi agar panjang belah bersesuaian dengan tujuan mengadakannya.

Jenis Belah

Belah kelepet sama lebar

Belah slit berlapik

Belah lapik kain selari

Belah berkun

Belah berplaket

Belah Slit Berlapik

Dibuat di garis tengah hadapan atau di garis tengah belakang blaus, dan di hujung

lengan.

Ciri-ciri Belah Slit Berlapik

Garis belah rata.

Pangkal belah kukuh dan tidak berkedut.

Lapik atau fabric pakaian tidak kelihatan dari sebelah luar.

Tidak ada alur di cantuman.

Belah Berzip

Berfungsi sebagai kancing dan belah pada pakaian dan artikel. Zip dapat diperoleh

dalam pelbagai jenis, saiz, dan warna.

Penggunaan dan pemilihan zip berdasarkan:

1. Jenis fabrik

2. Warna

3. Kedudukan

Zip dipasang pada kelim belah kangkung dan belah slit berlapik.

Page 3: Nota Jahitan Rbt3120

Ciri-ciri Belah Berzip

Kedua-dua tepi belah hendaklah sama panjang.

Lebar belah sama pada keseluruhannya berukuran tujuh mm hingga sepuluh mm.

Gigi zip tidak kelihatan di sebelah luar pakaian apabila zip dikancingkan.

Jahitan mesin hendaklah lurus dan kukuh keseluruhannya.

Kelim tidak berkedut.

Mata jahitan kelim di pangkal belah tidak tercabut.

PENYUDAH TEPI

Penyudah tepi ialah satu proses yang digunakan di hujung pakaian atau tepi artikel.

Tujuan penyudah tepi ialah untuk:

Mengukuh

Mengemas

Menghias

Jenis Penyudah Tepi

Kelepet

- Kelepet lurus

- Kelepet berganda

- Kelepet berbentuk

Penjuru

- Penjuru jahit tindih

- Penjuru temu sudut

Lapik

- Lapik lurus

- Lapik berbentuk

Kun

Ropol

Renda

Kuf / manset

Jahitan sulaman hiasan

Page 4: Nota Jahitan Rbt3120

Lapik Berbentuk

- Penyudah tepi pada pakaian atau artikel yang boleh disiapkan di sebelah luar atau sebelah

dalam. Lapik berbentuk digunakan untuk melapik atau mengemaskan garis leher, lubang

lengan, dan pinggang skirt atau slek. Penyudah tepi pada garis leher boleh dibuat dalam

bentuk bulat, empat segi, ‘V’, dan ‘U’.

- Untuk mendapatkan hasil kerja yang bermutu, lapik dalam yang nipis digunakan dengan

melekatkannya ke lapik berbentuk.

Ciri-ciri Lapik Berbentuk

Lapik terletak rata.

Lapisan bawah pakaian atau artikel tidak kelihatan.

Cantuman lapik tidak berkedut.

Cantuman tidak beralur.

Lapik tidak menggelembung.

Ira lapik sama dengan ira pakaian atau artikel.

Kun

- Kun adalah satu cara untuk mengemaskan tepi pakaian atau artikel. Kun boleh juga

dijadikan hiasan.

- Kun dibuat dengan menggunakan pita jalur serong tepat daripada fabric yang sama dengan

pakaian atau pita serong dagangan.

- Lebar pita yang diperlukan ialah empat kali ganda daripada lebar kun yang siap.

Ciri-ciri Kun

Ukuran kun sama lebar keseluruhannya.

Kun terletak sama rata pada fabric.

Kun tidak berpintal.

Cantuman kun tidak berkedut.

Page 5: Nota Jahitan Rbt3120

LENGAN

Lengan adalah sebahagian daripada baju. Terdapat juga baju yang tidak berlengan kerana

mengikut fesyen.

Jenis Lengan

Lengan padanan rata

Lengan gelembung

Lengan Bishop

Lengan Raglan

Lengan Magyar

Lengan Kimono

Lengan Padanan Rata

Lengan padanan rata atau lengan biasa dicantum rata dengan lubang lengan bahagian tubuh.

Panjang lengan adalah berdasarkan fesyen yang dipilih. Hujung lengan boleh disiapkan

denagn kelepet, lapik atau kun.

Ciri-ciri Lengan Padanan Rata

Garis tengah lengan bertemu di garis bahu.

Kelim lengan bertemu di kelim rusuk baju.

Lengan yang baik tergantung denagan elok.

Basi kelim lubang lengan dikemaskan.

Cantuman lengan tidak berkedut.

KANCING

Kancing ialah alat untuk merapatkan belah pakaian atau artikel bagi mengekalkan bentuknya

dan selesa semasa dipakai. Semua kancing perlu dijahit kukuh pada pakaian atau artikel.

Kancing boleh berfungsi sebagai perhiasan pakaian. Pemilihan kancing bergantung kepada

fesyen pakaian dan kesesuaian fabrik.

Page 6: Nota Jahitan Rbt3120

Jenis-jenis Kancing

Butang Katup

Cangkuk dan mata / rumah cangkuk / palang

Butang dan lubang butang

Butang dan gelungan fabric ( rulo )

Riben

Velkro ( pita nilon )

Zip

Butang Katup

- Merupakan sejenis kancing yang kurang kekukuhannya jika dibandingkan denagn cangkuk

dan palang. Saiz dagangan butang katup yang paling kecil ialah ‘0’ dan yang paling besar

ialah ‘ 04’ , dengan berbagai-bagai warna.

- Butang katup terdiri daripada dua bahagian iaitu soket dan conet.

Cangkuk dan Palang

- Cangkuk dan palang ialah sejenis kancing yang kukuh dan sesuai digunakan di hujung

ikatan pinggang atau tali pinggang.

- Apabila menjahit cangkuk dan palang, tentukan kedudukannya sama paras, mata jahitannya

kemas dan kukuh, serta kancing tidak kelihatan dari sebelah luar.

KOLAR

Kolar ialah bahagian tambahan pada baju di garis leher.

Jenis Kolar

Kolar terbahagi kapada 3 jenis:

Kolar rata

Kolar gulung

Kolar tegak

Kolar berfungsi untuk:

Mengawal suhu badan.

Melindungi kecacatan di bahagian leher.

Mengekalkan ciri kolar pada pakaian tradisional.

Page 7: Nota Jahitan Rbt3120

Fesyen pakaian

Pakaian seragam biasanya berkolar.

Pakaian berkolar sesuai untuk orang yng kurus dan berleher jinjang.

Kolar besar atau lebar dapat membuat bahagian bahu dan dada kelihatan lebih besar.

Kebanyakan pakaian leleki berkolar.

Jenis Fabrik

Fabrik nipis dan lembut sesuai untuk kolar rata.

Fabric sederhana dan tebal sesuai untuk kolar gulung.

Ciri-ciri Kolar

Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabric.

Permukaan kolar rata.

Kolar terletak rata dan kemas di garis leher.

Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang.

Kedua-dua hujung kolar sama lebar.

Kolar bawah tidak kelihatan di tepi kolar.

Cantuman kelim kolar tidak beralur.

PROSES MENJAHIT

PENGHILANGAN GELEMBUNG

A)  JENIS PENGHILANGAN GELEMBUNG

Lisu Pemadan

Lisu pemadan ialah sejenis penghilangan gelembung yang penting untuk memberi bentuk

kepada pakaian dan memberi keselesaan. Lisu dibentuk dengan menjahit dari bahagian yang

lebar ke bahagian yang tirus, atau dari hujung yang tirus ke hujung yang tirus (jika dibuat di

bahagian pinggang blaus). Lisu dibuat di garis leher, lubang lengan hadapan, rusuk blaus, di

pinggang blaus, dan di pinggang skirt atau slek.

Page 8: Nota Jahitan Rbt3120

Ciri-ciri Lisu Pemadan

a) bentuknya runcing

b) lisu tidak bergulung

c) lisu ditekan rata

d) hujung jahitan dikemaskan di bahagian yang tirus

e) tidak terdapat lubang di sebelah luar pakaian pada hujung yang tirus

f) tidak ada alur di sebelah luar

Proses Penyediaan Lisu Pemadan

1) Temukan sebelah luar fabrik dan sematkan di garisan pemadan. Jahit mesin lisu pemadan

dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus.

2) Matikan mata jahitan mesin di hujung yang tirus dengan jahitan DUA KALI sepanjang

1.5cm. Tekan lisu pemadam di rusuk menghala ke bawah.

3) Lisu pemadan di pinggang ditekan menghala ke garisan tengah.

4) Lisu pemadan yang dijahit di fabrik tebal, ditekan supaya terbahagi dua; atau digunting di

tengah dan dikemas dengan jahitan insang pari.

Kedut Lepas

Kedut lepas ialah sejenis penghilangan gelembung bagi memudahkan pergerakan. Kedut

lepas digunakan juga sebagai perhiasan. Kedut lepas sesuai untuk fabrik lembut dan halus.

Kedut lepas memerlukan fabrik sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada ukuran yang

siap. Kedut lepas sangat elok tergantung jika dibuat mengikut ira lurus fabrik.

Ciri-ciri Kedut Lepas

a) Kedut dibahagikan sama rata keseluruhannya.

b) Lipatan kedut sama halus pada keseluruhannya.

c) Kedut lepas mengikut ira lurus.

d) Fabrik tergantung dengan elok.

Page 9: Nota Jahitan Rbt3120

Proses Penyediaan Kedut Lepas

1) Tandakan garisan pemadan.

2) Jahit satu baris di atas dan satu baris di bawah garisan pemadan dengan jarak mata jahitan

yang sama.

3) Tarik benang dari kedua-dua baris jahitan, di kedua-dua hujung. Tentukan ukuran yang

dikehendaki dan sama ratakan kesemua kedutnya. Sambungkan bahagian berkedut

ke bahagian pakaian sebagaimana yang dikehendaki.

Contoh kedut lepas pada bahagian pakaian:

1. Kedut lepas di lengan yang disambung dengan kuf/manset.

2. Kedut lepas di hujung lengan.

3. Kedut lepas di bahu mendatang dan pinggang blaus.

4. Kedut lepas di garis pinggang dan punggung skirt.

Lisu Beriring, Lisu Bertentang, Lisu terbalik

Kedut Berjalur

Lisu Perhiasan

Smoking

Page 10: Nota Jahitan Rbt3120

JENIS-JENIS KELIM

KELIM BELAH KANGKUNG

1. Kelim belah kangkung adalah jenis kelim yang popular dan mudah dijahit. Ia hanya terdiri

daripada satu jalinan pada sebelah dalam pakaian.

2. Kelim belah kangkung diguna untuk memberi bentuk kepada pakaian supaya ia kelihatan

lebih padan.

3. Ciri-ciri kelim belah kangkung:

(a)  Tidak beralur di sebelah luar.

(b)  Rata dan terbuka.

(c)  Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.

(d)  Lebar kedua-dua basi kelim sama.

(e)  Lebar kelim yang siap dijahit ialah 1.25cm (½ inci).

PROSES MENJAHIT KELIM BELAH KANGKUNG

Langkah 1:

Temukan kedua bahagian luar fabrik.

Langkah 2:

Jelujur dan jahit mesin di atas garis pamadan.

Langkah 3:

Tanggalkan jelujur, tekan, dan buka kelim.

Langkah 4:

Kemaskan tepi fabrik dengan jahitan insang pari, jahitan mesin, jahitan lilit kemas atau mesin

pengemas tepi.

Page 11: Nota Jahitan Rbt3120

CARA-CARA MENGEMASKAN KELIM BELAH KANGKUNG

1. Jahitan mesin

Sesuai untuk fabrik nipis dan sederhana yang tidak berjerumbai.

2. Jahitan insang pari

Sesuai untuk fabrik yang nipis, jarang tenunannya, dan mudah berjerumbai. Misalnya, fabrik

sutera dan fabrik kapas yang lembut.

3. Menggunakan kun

Pita lurus, reben atau kun jalur serong tepat boleh digunakan untuk mengemas tepi belah

kangkung. Sesuai digunakan untuk fabrik tebal dan berjerumbai.

4. Jahitan lilit ubi

Sesuai untuk fabrik yang mudah berjerumbai.

KELIM BETAWI

1. Kelim betawi sesuai dijahit pada fabrik nipis dan fabrik yang mudah berjerumbai.

2. Ciri-ciri kelim betawi:

(a) Kukuh dan tahan lasak.

(b) Tepinya tidak perlu dikemas.

(c) Lebar kelim antara 4mm hingga 6mm.

(d) Jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.

(e) Dijahit dengan dua baris jahitan.

PROSES MENJAHIT KELIM BETAWI

Langkah 1:

Temukan sebelah dalam fabrik, semat dengan peniti, jelujur atas garisan pemadan dan jahit

mesin dengan jarak 6 mm dari garisan pemadan. Gunting basi kelim sehingga lebarnya

tinggal 3mm.

Langkah 2:

Buka dan ratakan kelim pada sebelah dalam supaya ia tidak beralur apabila diterbalikkan.

Langkah 3:

Terbalikkan kelim supaya sebelah luar fabrik bertemu, semat dngan peniti, jelujur dan jahit

mesin di atas garisan pemadan.

Langkah 4:

Tanggalkan jahitan jelujur dan tekan kelim supaya menghala ke belakang artikel.

Page 12: Nota Jahitan Rbt3120

KELIM LIPAT TINDIH

Kelim lipat tindih adalah kelim yang sangat berguna bagi pakaian dalam dan pelbagai jenis

pakaian luar. Kelim jenis ini memperlihatkan mata jahitan pada kelim di sebelah luar. Kelim

tersebut adalah teguh kerana ia dijahit menggunakan tiga lapisan kain. Kelim ini tidak

digunakan pada kain-kain tebal yang berkedut.

KEDUDUKAN KELIM LIPAT TINDIH

¡  garisan bahu mendatang

¡  garisan puteri

¡  garisan pinggang

¡  kelim lengan

¡  pesak skirt atau gaun dan baju melayu

¡  mengenakan ropol pada pakaian atau artikel

CARA-CARA MENGEMAS KELIM LIPAT TINDIH

¡  Dengan jahit insang pari

¡  Dengan cara balutan sendiri

¡  Dengan kun / pita jalur serong tepat

¡  Dengan mesin pengemas tepi

KELIM PAPAN MESIN

Kelim papan mesin adalah rata, kemas dan tidak berjerumbai. Oleh itu, kelim ini digunakan

untuk kain yang mudah berjerumbai dan sederhana tebal. Kelim ini kelim yang kukuh kerana

ia dijahit dengan menggunakan dua baris jahitan.  Ia boleh disiapkan di sebelah luar atau di

sebelah dalam pakaian. Jika disiapkan di sebelah luar, dua baris jahitan mesin akan kelihatan

di sebelah luar dan satu baris jahitan akan kelihatan di sebelah dalam.  Begitu juga sebaliknya

jika disiapkan di sebelah dalam maka dua baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah dalam

dan satu baris jahitan akan kelihatan di sebelah luar.  Kelim ini juga boleh dijahit

menggunakan benang yang berwarna kontras untuk menjadi hiasan atau stail pada pakaian.

KEDUDUKAN KELIM

Kemeja, Blaus, Pijama, Seluar, Pakaian kerja dan Jeans.

Page 13: Nota Jahitan Rbt3120
Page 14: Nota Jahitan Rbt3120
Page 15: Nota Jahitan Rbt3120