Folio jahitan

32
PENGENALAN Kemeja merupakan pakaian yang sesuai dipadankan dengan seluar, mahupun jeans. Stail rekaan kemeja yang sesuai akan memberikan keselesaan kepada si pemakai. Kemeja boleh digunakan sebagai pakaian harian, untuk rekreasi, untuk majlis-majlis formal dan untuk pakaian pejabat. Pemilihan fabrik yang berkualiti dan selesa dipakai akan menjadikan kemeja kelihatan segak dan tampak bergaya. Kemeja juga amat sesuai dipakai bagi lelaki yang suka bergaya yang ingin berfesyen tetapi masih mengutamakan kriteria- kriteria moden dan santai. Jika dilihat pada masa kini, terdapat pelbagai rekaan dan stail yang cantik bagi memenuhi kehendak serta citarasa setiap lelaki. Dalam penghasilan kemeja ini, saya telah memilih untuk mereka kemeja moden. Fabriknya pula daripada jenis cotton yang sejuk bila dipakai. Dari segi warna pula, saya memilih campuran warna terang dan gelap iaitu putih dan coklat.

Transcript of Folio jahitan

Page 1: Folio jahitan

PENGENALAN

Kemeja merupakan pakaian yang sesuai dipadankan dengan seluar,

mahupun jeans. Stail rekaan kemeja yang sesuai akan memberikan keselesaan

kepada si pemakai.

Kemeja boleh digunakan sebagai pakaian harian, untuk rekreasi, untuk

majlis-majlis formal dan untuk pakaian pejabat. Pemilihan fabrik yang berkualiti dan

selesa dipakai akan menjadikan kemeja kelihatan segak dan tampak bergaya.

Kemeja juga amat sesuai dipakai bagi lelaki yang suka bergaya yang ingin

berfesyen tetapi masih mengutamakan kriteria-kriteria moden dan santai. Jika

dilihat pada masa kini, terdapat pelbagai rekaan dan stail yang cantik bagi

memenuhi kehendak serta citarasa setiap lelaki.

Dalam penghasilan kemeja ini, saya telah memilih untuk mereka kemeja

moden. Fabriknya pula daripada jenis cotton yang sejuk bila dipakai. Dari segi

warna pula, saya memilih campuran warna terang dan gelap iaitu putih dan coklat.

Page 2: Folio jahitan

PENCETUSAN IDEA

Sebaik sahaja mendapat tugasan ini, perkara pertama yang saya lakukan

ialah melihat fesyen-fesyen terkini kemeja daripada majalah, butik-butik dan juga

internet. Melalui gambaran yang telah dilihat, saya cuba mencampurkan idea dan

melakar sebanyak yang mungkin lakaran kemeja yang akan saya jahit.

Semasa melakar kemeja, saya mengambil kira akan kesesuaian dan

potongan yang terbaik untuk badan saya supaya tidak terlalu besar dan tidak terlau

kecil. Jadi, saya memilih untuk melakar kemeja ala-ala jepun supaya sepadan

dengan tubuh saya. Pada pendapat saya juga, seseorang yang memakai kemeja

ini akan kelihatan lebih bergaya dan menampakkan ciri-ciri lelaki moden.

Dalam rekaan tersebut, saya juga meletakkan lisu pada bahagian hujung

lengan supaya kelihatan lebih menarik. Ia juga akan menambahkan unsur-unsur

maskulin pada si pemakai terutama sekali bagi remaja seperti saya. Dari segi

warna pula, saya memilih warna campuran putih dan coklat bagi mewujudkan

unsur moden dan menyerlah.

Page 3: Folio jahitan

LANGKAH KERJA

MINGGU PERKARA CATATAN

1 Perbincangan rekacipta stail

pakaian

Dijalankan secara individu

dan bertema

Pakaian mempunyai ciri-ciri

seperti:

i. Kolar lurus

ii. Lisu

iii. Penjuru lipat tindih

iv. Lengan padanan

rata

2 Membuat pakaian

- Mengambil ukuran badan

Menyediakan rekod ukuran

badan

3 Membuat pakaian Melakar pola dengan

menggunakan pola

dagangan

Pola dilakar dengan

merujuk ukuran badan yang

telah diambil

4 Membuat pakaian

- Ubahsuai pola mengikut

pilihan stail yang telah

direka

Hasil

- Pola yang telah

diubahsuai

5 Membuat pakaian

- Membentang dan

menyusun atur pola

- Menggunting pola dan kain

Mengemas bahagian tepi

fabrik dengan jahitan

kemasan tepi

Membuat rujukan mengenai

proses-proses jahitan

Page 4: Folio jahitan

- Memindah tanda-tanda

pola

6 Membuat pakaian

- Belah sama rata

Menjahit sampel

- Belah berzip

- Belah berkun

- Belah kelepet sama lebar

7 Membuat pakaian

- Lisu beriring

Menyediakan sampel jahitan

- Lisu beriring

- Lisu terbalik

- Lisu setentang

Sampel yang disediakan

tidak terdapat pada pakaian

yang dijahit

8 Membuat pakaian

- Menyediakan lengan

padanan rata

Hasil

- Cantuman lengan

pada bahagian

badan baju.

9 Membuat pakaian

- Menjahit butang dan

lubang butang

Menyediakan sampel

- Kancing

- Butang katup

- Cangkuk dan palang

mata

Hasil

- Butang dan lubang

butang yang telah

siap

10 Membuat pakaian

- Mengemaskan

penyudah tepi

Hasil

- Penyudah tepi yang

telah siap

dikemaskan

Page 5: Folio jahitan

LAKARAN

Page 6: Folio jahitan

HURAIAN STAIL PAKAIAN

CORAK

Oleh kerana fabrik yang saya pilih untuk rekaan kemeja ini adalah kosong,

maka tidak terdapat corak pada fabrik. Bagaimanapun, saya telah

menggunakan campuran warna (putih) iaitu pada kolar dan pergelangan

lengan (kaf). Campuran warna ini dapat menyerlahkan lagi personaliti si

pemakai.

WARNA

Warna dasar untuk fabrik yang saya pilih adalah gelap (coklat) dan terang

(putih). Ini akan menimbulkan lagi keceriaan yang ada pada fabrik yang saya

pilih.

TEKSTUR FABRIK

Tekstur fabrik ditentukan oleh jenis gentian, pembinaan, dan kemasan yang

diberikan. Saya memilih fabrik yang bertekstur tampak dan sentuh iaitu kita

dapat melihat dan juga merasa ketebalan, nipis atau gelap fabrik tersebut.

Fabrik yang saya pilih adalah dari jenis cotton yang ringan dipakai dan

tampak kemas.

Page 7: Folio jahitan

GARISAN DAN CANTUMAN

Saya memilih fabrik yang tiada corak dan garisan. Saya memilih fabrik ini

kerana ia tampak lebih ringkas.

GARIS LEHER

Garis leher berbentuk ‘U’ sesuai digunakan dalam rekabentuk pakaian

kemeja saya. Garis leher ini juga sesuai untuk saya yang sederhana

tinggi. Saya memilih kolar gulung (kolar kemeja) pada kemeja ini supaya

nampak lebih kasual.

GARIS LENGAN

Saya memilih lengan panjang (kaf) untuk kemeja saya. Ini akan

menampakkan stail dan eksklusif pada si pemakai.

Page 8: Folio jahitan

SENARAI UKURAN BADAN

BIL BAHAGIAN BADAN UKURAN (cm)

A) GARIS LINTANG

1 Leher 43

2 Dada 71

3 Pinggang 77

4 Punggung 90

5 Bahu 46

6 Bidang belakang 40

7 Keliling hujung lengan 23

8 Keliling atas lengan (ketiak) 48

B) GARIS MENEGAK

12 Garisan tengah belakang 46

13 Labuh baju 52

14 Labuh lengan 50

Page 9: Folio jahitan

POLA YANG LENGKAP

Pola bahagian belakang Pola bahagian depan

Pola lengan panjang Pola kolar kemeja

Page 10: Folio jahitan

FABRIK DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

PEMILIHAN FABRIK:

Saya telah memilih fabrik dari jenis cotton. Saya memilih fabrik ini kerana

apabila dipakai akan berasa sejuk dan selesa dan ia sesuai dengan gaya hidup

pada masa kini yang aktif. Selain itu, fabrik dari jenis cotton juga sesuai untuk

digayakan ketika bersantai bersama keluarga dan juga teman.

Fabrik cotton juga mudah diurus dan harga bagi fabrik ini tidaklah begitu

mahal. Dari segi corak pula, saya mengambil fabrik yang kosong.

Walaubagaimanapun, saya telah menggunakan campuran dua warna fabric iaitu

coklat dan putih bagi menyerlahkan fabric yang sedia ada.

Tekstur merupakan rupa permukaan sesuatu jalinan atau rasa pada fabrik.

Faktor pemilihan tekstur yang tepat mampu menghasilkan rekaan pakaian yang

elok, selesa apabila dipakai dan baik dari segi drepnya. Oleh itu, saya telah memilih

tekstur tampak dan sentuh yang tidak terlalu nipis kerana ia akan tergantung elok

semasa dipakai. Tambahan pula, ia akan menyerlahkan lagi bentuk tubuh si

pemakai.

Pemilihan warna pula, saya memilih untuk memilih warna yang gelap dan

terang. Ini akan menyerlahkan lagi personaliti seseorang maskulin.

Page 11: Folio jahitan

Pemilihan bahan:

Benang jahit

Butang

Page 12: Folio jahitan

Fabrik

ALATAN JAHITAN

ALATAN KEGUNAAN

Roda surih Digunakan bersama kertas karbon

untuk memindahkan garisan pemadan

ke atas fabrik ataupun pola

Kapur Membuat dan memindahkan garisan

pemadan

Pensel Digunakan untuk menanda garisan

pemadan pada permukaan fabrik

Membuat dan juga memindahkan

tanda pola

Page 13: Folio jahitan

Kertas karbon Digunakan untuk memindahkan motif

sulaman ke atas fabrik

Jarum peniti Menyemat pola pada fabrik supaya

tidak mudah lari terutama sekali pada

fabrik yang licin

Menyemat kepingan fabric sebelum

menjahit

Digunakan untuk kerja mengacu

pakaian

Gunting fabrik Untuk menggunting fabrik

Mesin jahit Menjahit lurus

Menjahit sulaman

Menjahit lubang butang dan semua

kerja mencantum fabrik

Penetas Menetas mata jahitan dan

Page 14: Folio jahitan

menanggalkan benang jahitan

Bod seterika Memudahkan kerja-kerja menyeterika

dan menekan fabrik

Seterika Menekan dan menyeterika fabrik

supaya kemas dan rata

Pita ukur Mengukur dengan tepat ukuran badan

Page 15: Folio jahitan

Pembaris sesiku Membuat garisan bersudut tepat dan

garisan lurus pada pola atau fabrik

Bahagian melengkung digunakan

untuk membentuk garis leher dan

lubang lengan

Pembaris lurus Mengukur dan menanda garisan lurus

pada kertas pola

Mengukur fabrik

Page 16: Folio jahitan

PENGEKOSAN

KOS BAHAN UNTUK MEMBUAT KEMEJA

BIL BAHAN HARGA SEUNIT

(RM)

KUANTITI HARGA

(RM)

1 Kain cotton 3.00 semeter 3 meter 9.00

3 Butang 0.40 sebiji 8 3.20

4 Benang 0.80 segelung 1 0.80

5 Kain gam 3.00 semeter ½ meter 1.50

JUMLAH 14.50

KOS PERALATAN MENJAHIT BLAUS

BIL PERALATAN HARGA

SEUNIT (RM)

KUANTITI HARGA

(RM)

1 Pembaris sesiku 2.90 1 2.90

2 Pembaris lurus 2.90 1 2.90

3 Gunting fabric 9.00 1 9.00

4 Jarum peniti 0.80 1 0.80

5 Kapur jahitan 0.60 1 0.60

6 Pensel jahitan 2.50 1 2.50

7 Penetas benang 1.00 1 1.00

8 Pedeti/set gelendung/ sekoci 5.00 1 5.00

9 Jarum mesin 1.20 1 1.20

JUMLAH 25.90

Page 17: Folio jahitan

LANGKAH MENJAHIT

1. Melakar dan merekacipta kemeja yang mempunyai ciri-ciri:

Kolar kemeja

Kaf

Lengan padanan rata

Belah hadapan/belakang

2. Mengambil ukuran badan

3. Melakar pola dengan menggunakan pola dagangan sebagai asas kemudian

membuat pengubahsuaian mengikut ukuran badan

4. Membentang dan menyusun atur pola, menggunting dan juga memindahkan

tanda-tanda pola pada fabrik. Kemudian mengemas bahagian tepi fabrik yang telah

dipotong dengan jahitan tepi.

SEBELUM MENJAHIT

Page 18: Folio jahitan

Menyusun atur pola pakaian:

I. Sebelum menyusun, kecutkan fabrik dan mengenal pasti bahagian

dalam dan juga luar fabrik.

II. Kemudian, luruskan kedua-dua bahagian hujung fabrik, luruskan ira

serta ratakan fabrik.

III. Lipat fabrik dengan sebelah dalam bertemu.

IV. Susun atur kepingan pola badan hadapan, belakang, lengan, kolar

dan juga kelepet sama lebar.

Menggunting fabrik:

I. Gunting fabrik dengan cermat.

II. Pola ditanggalkan ketika hendak mencantum kepingan fabrik.

Page 19: Folio jahitan

1. Menjahit lisu cekung badan hadapan

Lipat di garisan tengah lisu pemadan dengan sebelah luar bertemu dengan

sebelah luar.

Semat, jelujur dan mesin di sepanjang basi lisu bermula dari hujung tirus.

Kemudian, tekan dan jahit lisu dengan jahitan mesin

2. Menjahit lisu beriring pada bahagian hadapan badan

Lipat dan tekan lisu dengan kemas dan cermat.

Sematkan, dan jelujur pada lisu yang telah ditanda.

Jahit lisu dengan jahitan mesin.

Kemudian, cantum tampalan lisu beriring pada bahagian hadapan badan.

3. Mencantum kelim bahu menggunakan kelim belah kangkung

Temukan sebelah luar badan hadapan dengan garis bahu badan belakang.

Semat, jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan bahu.

Tekan dan buka kelim.

SEMASA MENJAHIT

Page 20: Folio jahitan

4. Menjahit kelim rusuk

Temu sebelah luar badan hadapan dengan sebelah luar badan belakang.

Temukan garisan pemadan garis rusuk badan hadapan dengan garis rusuk

badan belakang.

Semat, jelujur dan jahit mesin.

Tekan buka kelim

5. Penyediaan dan mencantum kolar dan kaf kemeja

I. Menyedia dan meratakan kolar dan kaf:

- Temukan sebelah luar fabrik dan semat di garisan pemadan

- Jahit di kedua-dua tepi kolar dan kaf di garis pemadan

- Trim basi jahitan hingga 0.6cm

- Snip penjuru kolar dan kaf.

- Terbalikkan kolar serta kaf ke sebelah luar dan tekan dengan

seterika

- Jelujur pada tepi kolar dan kaf

- Jelujur tegak pada tengah kolar dan kaf.

Page 21: Folio jahitan

II. Mencantum kolar dan kaf ke badan serta lengan:

- Letakkan kolar dan kaf atas pada sebelah dalam pakaian di

garisan pemadan. Tentukan hujung kolar dan kaf terletak di

garis tengah hadapan dan garis tengah belakang kolar serta kaf

bertemu dengan garis tengah belakang badan serta lengan

- Jelujur kolar atas pakaian di sepanjang garis leher dan jahit

mesin

- Trim dan snip basi jahitan hingga 0.2cm

III. Mengemas kolar dan kaf :

- Masukkan basi kelim ke dalam kolar dan kaf. Letak bahagian

bawah 0.2cm di bawah jahitan mesin

- Semat serta jelujur kolar dan kaf bawah ke garis leher di

sebelah luar

- Jahit mesin dari sebelah dalam pakaian di garis pemadan

- Tekan dengan seterika supaya kolar serta kaf kemas dan rata

6. Menyedia dan mencantum lengan padanan rata

I. Menyediakan dan menjahit kelim lengan:

- Jelujur dua barisan di atas dan di bawah garisan pemadan

dengan jarak 0.3cm

- Temukan sebelah luar garisan pemadan dan jelujur kasar

- Tekan garisan dengan jahitan mesin

Page 22: Folio jahitan

II. Mencantum lengan:

- Masukkan lengan ke dalam lubang lengan dengan sebelah luar

bertemu

- Temukan garis tengah lengan dengan kelim bahu dan kelim

rusuk dengan kelim lengan

- Semat dan jelujur di garis pemadan bahagian lengan

- Jahit mesin di garis pemadan dan tindihkan mata jahitan yang

akhir di atas mata jahitan yang awal 3cm hingga 4cm untuk

mengukuhkan kelim

- Kemudian, kemaskan bahagian hujung lengan dan badan

dengan kelepet

7. Menjahit butang dan lubang butang

I. Menjahit butang:

Jahit dua lapis pada kedudukan butang

Masukkan jarum melalui satu lubang ke lubang yang lain

Letakkan 1 peniti pada atas butang dan jahit berulang 3 atau 4

kali

Tanggalkan peniti dan tarik butang ke atas

Lilit benang pada tangkai butang hingga ketat

Cucuk jarum dan tarik keluar ke sebelah dalam fabrik

Pada sebelah dalam, jahit insang pari pada jahitan melintang

Page 23: Folio jahitan

II. Menjahit lubang butang:

Jelujur halus atau jahit mesin pada garisan lubang butang

kemudian, lipat fabrik hingga bertemu dan snip di antara garisan

lubang

Mulakan jahitan dari hujung garisan dengan jahitan lubang

butang hingga ke hujung semula

Page 24: Folio jahitan

1. Mencuci kemeja

Kemeja yang telah siap dijahit perlu dicuci supaya bersih

Rendam fabrik dengan sabun kemudian gosok dengan perlahan agar

fabrik tidak rosak.

Bilas dengan air bersih dan jemur hingga kering

2. Menggosok dan mengemaskan kemeja

Kemeja yang telah kering boleh dikemaskan dengan menyeterika

kemeja

Laraskan kepanasan haba seterika dengan jenis fabrik kemeja

Kemudian, gosokkan pada seluruh kawasan fabrik

Utamakan pada bahagian kelim supaya ia terbuka dan kemas

SELEPAS MENJAHIT

Page 25: Folio jahitan

PANDANGAN HADAPAN DAN BELAKANG PAKAIAN YANG SIAP

PANDANGAN HADAPAN

Page 26: Folio jahitan

BAHAGIAN BELAKANG

Page 27: Folio jahitan