nota bab 6

17
BAB 6 BRITISH MENGEKSPLOIT EKONOMI 6.1 KEGIATAN PERTANIAN DAGANGAN Tanaman tradisional seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih, ubi kayu, tebu dan nanas telah ditanam secara besar-besaran oleh British. Pertanian dagangan hanya diusahakan oleh British. Petani Melayu tidak digalakkan mengusahakan pertanian dagangan. Tanaman Keterangan Lada Hitam Diusahakan di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak. Pada kurun ke-19, lada hitam dan gambir diperkenalkan di Johor melalui Sistem Kangcu Lada hitam dan gambir telah meniadi hasil eksport penting negeri Johor sehingga awal kurun ke-20. Buah Pala dan Cengkih Banyak ditanam di Pulau Pinang. Selepas tahun 1850-an, tanaman ini mengalami kemerosotan kerana harganya tidak stabil. Tebu Ladang tebu banyak dibuka di Seberang Perai dan Perak. Pada tahun 1830-an Seberang Perai merupakan pusat pengeluaran gula yang utama di Negeri-Negeri Selat. Perak muncul sebagai pusat pengeluaran gula terbesar di Tanah Melayu menjelang Ubi Kayu Menjadi tanaman eksport yang penting di Tanah Melayu. Ubi kayu banyak di tanam di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Transcript of nota bab 6

Page 1: nota bab 6

BAB 6

BRITISH MENGEKSPLOIT EKONOMI

6.1 KEGIATAN PERTANIAN DAGANGAN

Tanaman tradisional seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih, ubi kayu, tebu dan nanas telah ditanam secara besar-besaran oleh British.

Pertanian dagangan hanya diusahakan oleh British. Petani Melayu tidak digalakkan mengusahakan pertanian dagangan.

Tanaman KeteranganLada Hitam Diusahakan di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan

Sarawak.Pada kurun ke-19, lada hitam dan gambir diperkenalkan di Johor melalui Sistem Kangcu

Lada hitam dan gambir telah meniadi hasil eksport penting negeri Johor sehingga awal kurun ke-20.

Buah Pala dan Cengkih

Banyak ditanam di Pulau Pinang. Selepas tahun 1850-an, tanaman ini mengalami kemerosotan kerana harganya tidak stabil.

Tebu Ladang tebu banyak dibuka di Seberang Perai dan Perak. Pada tahun 1830-an Seberang Perai merupakan pusat pengeluaran gula yang utama di Negeri-Negeri Selat.

Perak muncul sebagai pusat pengeluaran gula terbesar di Tanah Melayu menjelang tahun 1900.

Gula menjadi eksport penting Tanah Melayu selama hampir 50 tahun.

Ubi Kayu Menjadi tanaman eksport yang penting di Tanah Melayu. Ubi kayu banyak di tanam di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Nanas Industri mengetin nanas berpusat di Perak, Johor dan Selangor.

Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu merupakan pengeksport nanas dalam tin yang kedua terbesar di dunia.

Page 2: nota bab 6

6.2 TANAMAN BARU MEMANTAPKAN EKONOMI BRITISH

British telah memperkenalkan tanaman baru di Tanah Melayu apabila harga tanaman tradisional di pasaran dunia merosot.

Antara tanaman baru yang diperkenalkan ialah kopi, kelapa sawit, tembakau dan teh.

Tanaman KeteranganKopi Tanaman kopi diperkenalakan dan diusahakan secara besar-

besaran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Kelapa Sawit Diperkenalkan di Kuala Selangor. Minyak kelapa sawit mula dieksport menjelang tahun 1920-an. Ladang kelapa sawit banyak dibuka di Perak dan Johor.

Tembakau Ladang tembakau dibuka di Pulau Pinang dan Pahang.

Teh Tanaman teh diusahakan di Cameron Highlands, Pahang. Teh yang dihasilkan di Tanah Melayu adalah bermutu tinggi

dan dikenali sebagai Teh Ceylon

Peta menunjukkan kawasan beberapa jenis pertanian dagangan pada kurun ke-20 di Tanah Melayu.

Page 3: nota bab 6

6.3 PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GETAH

Getah diperkenalkan untuk menggantikan kopi sebagai tanaman pilihan apabila harga kopi jatuh di pasaran dunia pada akhir kurun ke-19.

Getah diperkenalkan untuk memulihkan ekonomi. Harga getah telah meningkat antara tahun 1890 hingga 1910. Akibatnva, menjelang

tahun 1930, dua pertiga daripada kawasan pertanian di Tanah Melayu ditanam dengan pokok getah berikutan pembukaan ladang getah secara besar-besaran di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Henry N. Ridley, Pengarah Botanical Garden Singapura. merupakan orang yang bertanggungjawab menggalakkan perusahaan getah di Tanah Melayu.

Henry N. Ridley telah mengedarkan biji getah kepada petani secara percuma dan memujuk mereka menanam getah.

Getah yang ditanam di negara kita berasal dari Brazil. Syarikat-syarikat Eropah seperti Sime Darby, Guthrie, Harrisons & Crosfield dan

United Plantations menguasai perusahaan getah di Tanah Melayu.

Peta menunjukkan kawasan penanaman getah pada kurun ke-20. Tanah Melayu merupakan pengeluar getah terbesar di dunia sebelum Perang Dunia Kedua.

Page 4: nota bab 6

Faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu ialah:a) Harga kopi di pasaran dunia jatuhb) Revolusi perindustrian menyebabkan permintaan terhadap getah meningkatc) Galakan dan usaha H. N Ridley - menyebarkan pengetahuan tentang cara

menanam dan menoreh getah.d) Tenaga buruh - pekerja asing dibawa masuk dan India Selatan membekalkan

tenaga buruh yang mencukupi.(e) Galakan daripada kewangan British - cukai tanah dan cukai export yang

rendah.(f) Kemasukan modal asing - syarikat Eropah banyak melabur modal dalam

industri getah.(g) Sistem pengangkutan yang baik - landasan kereta api dan jalan raya

membolehkan ketersampaian ke ladang-ladang getah dan memudahkan pengangkutan getah ke pelabuhan untuk dieksport.

(h) Perkembangan perusahaan membuat kereta - getah asli diperlukan untuk membuat tayar kereta.

(i) Cukai yang rendah – cukai tanah dan cukai eksport yang rendah dikenakan oleh kerajaan British.

Kemelesetan Ekonomi Dunia Menjejaskan Perusahaan Getah Perusahaan getah di Tanah Melayu telah terjejas akibat kemelesetan ekonomi dunia

yang berlaku pada tahun 1920-an. Harga getah menjadi tidak stabil. Kerajaan British telah memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson untuk

mengatasi masalah harga getah yang tidak stabil pada November 1922. Rancangan Sekatan Stevenson cuba meningkatkan harga getah dengan

(a) mengurangkan pengeluaran getah (b) mengurangkan simpanan getah

Pada tahun 1928 Rancangan Sekatan Stevenson ditamatkan oleh kerajaan British kerana harga getah terus jatuh.

Rancangan Sekatan Stevenson gagal kerana:(a) hanya negara naungan British seperti Tanah Melayu dan Sri Lanka menyertai

rancangan sekatan itu.(b) Indonesia yang berada di bawah naungan Belanda terus meningkatkan

pengeluaran getahnya tanpa menghiraukan rancangan sekatan itu. Harga getah jatuh sekali lagi akibat kemerosotan ekonomi dunia pada tahun 1930-

an. Kemerosotan ekonomi dunia menyebabkan industri kereta terjejas. Akibatnya permintaan terhadap getah merosot. Pada tahun 1934, Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa diperkenalkan untuk

mengurangkan pengeluaran getah dan menstabilkan harga getah di pasaran dunia. Negara-negara yang menandatangani perjanjian ini ialah Tanah Melayu, Sabah,

Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia, Indochina dan Thailand. Perjanjian ini berjaya menaikkan harga getah di pasaran dunia.

Page 5: nota bab 6

6.4 PERKEMBANGAN PERUSAHAAN PERLOMBONGAN Tanah Melayu kaya dengan sumber galian seperti bijih timah, emas, arang batu,

bauksit, bijih besi dan ilmanit. Kekayaan sumber galian ini merupakan salah satu faktor yang mendorong British

menguasai Tanah Melayu.

Hasil Galian KeteranganEmas Dilombong secara komersial di Raub, Pahang yang merupakan

kawasan perlombongan terbesar di Tanah Melayu.

Arang Batu Dilombong di Batu Arang, Selangor

Bauksit Logam yang digunakan untuk membuat aluminium. Dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia, Johor dan di

Teluk Emas, Melaka.

Bijih Besi Dilombong di Bukit Besi, Terengganu, Rompin, Pahang serta di Perak, Kedah dan Johor.

Ilmanit Dilombong di Batang Padang, Perak.

Perkembangan Perlombongan Bijih Timah Bijih timah ialah galian yang paling penting di Tanah Melayu..

Peta menunjukkan kawasan perlombongan di Tanah Melayu pada kurun ke-20.

Page 6: nota bab 6

Pada zaman dahulu, kegiatan melombong bijih timah dijalankan secara sambilan oleh orang Melayu.

Orang Melayu mengguna cara tradisional seperti mendulang dan melampan. Sejak awal tahun 1820-an. pembesar Melayu telah membawa masuk orang Cina

untuk bekerja di lombong bijih timah di Lukut, Sungai Ujong. Larut, Klang dan Kuala Lumpur.

Pelombong Cina dan pelombong Eropah telah dibenarkan memajak kawasan lombong daripada pembesar Melayu untuk diusahakan.

Kegiatan perlombongan bijih timah semakin giat dijalankan oleh pelombong Cina yang menggunakan kaedah pam kayu, pam kelikir dan palung.

Menjelang akhir kurun ke-19, orang Cina telah menguasai 70% daripada jumlah pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu, dan mereka telah menjadi pengeluar bijih timah yang utama di Tanah Melayu

Pada awal kurun ke-20, pelombong Eropah telah berjaya menandingi pengeluaran pelombong Cina apabila mereka menggunakan kapal korek yang mampu menghasilkan lebih banyak bijih timah.

Faktor-faktor yang menggalakkan kemajuan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu ialah:(a) Revolusi Perindustrian di Eropah meningkatkan permintaan terhadap bijih

timah.(b) Modal daripada orang Cina dan orang Eropah.(c) Tenaga buruh mencukupi - Buruh Cina dibawa masuk bekerja di lombong.(d) Penggunaan kapal korek oleh pelombong Eropah.(e) Sistem pengangkutan yang baik memudahkan bijih timah dieksport.

Tanah Melayu merupakan pengeluar bijih timah yang paling besar di dunia pada akhir kurun ke-19.

Harga bijih timah menjadi tidak stabil akibat kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930-an.

Negara pengeluar bijih timah seperti Tanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan Indonesia telah menandatangani Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa pada tahun 1931, bagi memulihkan harga bijih timah melalui pengurangan pengeluaran bijih timah.

Pada tahun 1934, Majlis Bijih Timah Antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengawal pengeluaran bijih timah bagi memastikan harga bijih timah stabil di pasaran dunia.

6.5 PENGELUARAN HASIL HUTAN Tanah Melayu kaya dengan hasil hutan, seperti kayu balak, damar, getah perca,

damar. rotan dan getah jelutung. Sebelum campur tangan British, hasil hutan dikeluarkan oleh penduduk tempatan

secara meramu. Kaedah tradisional ini berubah kepada cara pengeluaran hasil hutan secara komersial

semasa British berkuasa. Hasil hutan dieksportkan ke negeri China, Amerika Syarikat dan Eropah oleh British. Jabatan Hutan ditubuhkan oleh kerajaan British untuk menguruskan pengeluaran hasil

hutan.

Hasil Hutan Keterangan

Page 7: nota bab 6

Damar Diperolehi daripada getah pelbagai jenis pokok di hutan. Digunakan untuk menutup renggangan pada papan perahu Banyak dieksport untuk dijadikan varnish iaitu bahan

untuk menggilap permukaan papan atau rotan.

Getah Perca Diperolehi daripada pokok getah perca Digunakan untuk membuat alatan bedah, bola golf dan

bahan penebat kabel telegraf dasar laut.

Getah Jelutung Dijadikan ramuan getah pengunyah dan sebagai pelekat dalam industri gigi palsu.

Kayu Balak Hasil kayu balak banyak dieksport ke China dan Britain. Antara kayu balak yang diusahakan ialah cengal, meranti

dan keruing. Kegunaannya adalah sebagai bahan binaan, membuat

perabot, perahu dan sebagainya. Pada tahun 1928, British memperkenalkan perlesenan

kilang papan untuk mengawal kegiatan pembalakan dan industri berasaskan kayu.

Rotan Hasil rotan dieksport ke China dan untuk kegunaan dalam negeri.

Kegunaan rotan ialah untuk menghasilkan bakul, tikar, tongkat, tangkai payung dan perabot.

6.6 PERKEMBANGAN EKONOMI MEMBAWA PERUBAHAN

Penggunaan Buruh Luar Perkembangan pesat dalam perlombongan bijih timah dan perusahaan getah

menyebabkan peningkatan keperluan tenaga buruh.

Dwiekonomi

Ekonomi Tradisinal Bercorak sara diri. Dijalankan oleh penduduk tempatan,

khususnya orang Melayu di luar bandar. Tertumpu pada kegiatan menanam padi

dan menangkap ikan. Menggunakan alatan tradisional. Tidak menggunakan buruh yanp ramai. Melibatkan modal kecil.

Ekonomi Dagangan Berorientasikan eksport. Dikuasai oleh syarikat asing khususnya

syarikat Eropah. Tertumpu pada perlombongan bijih timah

dan perusahaan getah. Menggunakan teknologi moden. Melibatkan tenaga buruh yang ramai.

Melibatkan pelaburan modal yang besar.

Kesan Wujudnya perkembangan ekonomi yang tidak seimbang antara bandar dengan luar

bandar.

Wujudnya jurang ekonomi antara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar.

Page 8: nota bab 6

Untuk memastikan bekalan tenaga buruh mencukupi, kerajaan British telah menggalakkan kemasukan buruh dari luar negara.

Orang Cina digalakkan masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah.

Buruh Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui Sistem Kontrak atau Sistem Sin khek

Orang India dari Selatan India dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di ladang getah melalui Sistem Kangani.

Cara kemasukan buruh luarBuruh Cina Buruh India

Sistem Kontrak Sistem kangani

Orang Cina dibawa masuk oleh pihak majikan.

Tambang perjalanan, makanan, pakaian dan tempat tinggal juga disediakan oleh pihak majikan.

Mereka dikehendaki bekerja dengan majikan sehingga hutang mereka selesai dibayar.

Setelah tamat kontrak, mereka bebas untuk bekerja dengan majikan lain.

Kangani ialah penyelia atau ketua pekerja ladang getah. Mereka dihantar oleh pemilik ladang ke India untuk mencari tenaga buruh.

Kangani akan menguruskan tambang dan perjalanan buruh-buruh berkenaan.

Kangani akan dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dibawa masuk.

Buruh-buruh ini diletakkan di bawah jagaan kangani dan dibayar gaji tetap.

Mereka dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga segala hutang tambang mereka itu selesai.

Kemasukan buruh dari luar secara besar-besaran telah mengakibatkana) pertambahan penduduk yang pesat.b) terbentuknya masyarakat berbilang kaum atau masyarakat majmuk.

British mengamalkan dasar pecah dan perintah untuk memastikan kedudukannya tidak dicabar oleh penduduk Tanah Melayu.

Mengikut dasar pecah dan perintah,a) setiap kaum tinggal di kawasan yang berlainanb) setiap kaum terlibat dalam pekerjaan yang berlainan

Akibat dasar British ini, wujuda) pengenalan kaum mengikut pekerjaan atau kegiatan ekonomib) jurang ekonomi antara kaum.

Kaum Tempattinggal

Pekerjaan

Melayu Luar bandar, kampung

Petani dan nelayan

Page 9: nota bab 6

Cina Kawasan lombong, bijih timah, bandar

Peniaga dan pelombong bijih

timah

India Ladang getah

Penoreh getah dan pekerja ladang getah

Kerajaan telah menghadkan kemasukan buruh luar pada pertengahan kurun ke-20 akibat kemelesetan ekonomi dunia.

Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan Kerajaan British telah menyediakan kemudahan pengangkutan dan perhubungan

kerana kemudahan tersebut diperlukan untuk mengangkut hasil ekonomi seperti bijih timah dan getah ke pelabuhan untuk dieksport.

Landasan keretapi dan jalan raya telah dibina dan sistem perhubungan seperti perkhidmatan pos, telegraf dan telefon juga diperkenalkan.

1. Perkembangan landasan keretapi Perkhidmatan keretapi telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada akhir kurun ke-

19. Semasa pentadbiran British, terdapat 3 fasa perkembangan landasan keretapi

iaitu:-a) Fasa Pertama(1885-1896)

Perkhidmatan kereta api yang pertama telah diadakan untuk menghubungkan kawasan lombong bijih timah dengan pelabuhan

Landasan kereta api pertama dibina antara Taiping dengan Port Weld atau Kuala Sepetang, Kuala Lumpur ke Port Swettenham atau Pelabuhan Klang, dari Seremban ke Port Dickson serta dari Ipoh ke Batu Gajah ke Teluk Anson atau Teluk Intan.

b) Fasa Kedua (1897 – 1909) menghubungkan utara Tanah Melayu dengan Selatan Tanah Melayu. memudahkan pentadbiran British. mengangkut hasil ekonomi yang berkembang dengan pesat.

c) Fasa Ketiga (1910 – 1931) menghubungkan seluruh Tanah Melayu. memudahkan pentadbiran British setelah berkuasa di seluruh Tanah

Melayu. berfungsi sebagai pengangkutan awam.

2. Perkembangan jalan raya Perkembangan jalan raya tertumpu di kawasan yang mempunyai kepentingan

bagi British. Pada peringkat awal jalan raya dibina bagi tujuan

a) menghubungkan kawasan lombong bijih timah dan ladang getah dengan stesen kereta api

b) memudahkan pentadbiran British.

Page 10: nota bab 6

Pada awal kurun ke-20, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas semakin penting dan rangkaian pembinaan jalan raya semakin pesat dijalankan.

Menjelang tahun 1939, seluruh Tanah Melayu dihubungkan dengan satu jaringan jalan raya.

3. Kemajuan pengangkutan laut dan udara Pengangkutan laut penting bagi menghubungkan pelabuhan di negeri-negeri

Melayu. Syarikat Straits Steamship mengendalikan perkhidmatan kapal wap untuk membawa

makanan, jentera dan pekerja ke kawasan perlombongan bijih timah. Perkhidmatan penerbangan diperkenalkan ekoran perkembangan ekonomi di Tanah

Melayu. Syarikat Wearne Air Services mengendalikan perkhidmatan penerbangan yang

pertama pada tahun 1937. Sistem perhubungan seperti sistem pos, perkhidmatan telegraf, telefon dan radio

diperkenalkan di pusat pentadbiran, pusat kegiatan ekonomi dan pelabuhan untuk memajukan sistem perhubungan antara negeri di Tanah Melayu.

Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemudahan Asas Lain Hospital dan pusat kesihatan didirikan untuk mengatasi masalah kesihatan yang

timbul akibat pertambahan penduduk dan penerokaan kawasan hutan. Penyakit seperti beri-beri, malaria dan taun telah menyebabkan kematian di kalangan

buruh Cina dan India kerana persekitaran tempat kerja dan tempat kediaman yang kotar.

Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan untuk mengkaji dan mencari langkah pencegahan bagi penyakit seperti beri-beri, taun dan malaria.

Jabatan Parit dan Tali Air diwujudkan bagi meningkatkan pengeluaran padi untuk menampung permintaan yang meningkat akibat pertambahan penduduk.

Empangan Hidroelektrik Chenderoh dibina untuk menampung permintaan bekalan elektrik dalam industri perlombongan bijih timah.

Kemunculan Dan Perkembangan Bandar Baru Kegiatan perlombongan bijih timah telah menyebabkan kemunculan bandar-

bandar baru seperti Taiping, Ipoh. Kuala Lumpur dan Seremban. Bandar-bandar ini kemudiannya berkembang menjadi pusat pentadbiran dan

perniagaan.

1. Ipoh Bandar Ipoh terletak di Lembah Kinta telah didiami orang Melayu sejak kurun ke-

16. Ipoh membangun dengan pesat apabila Lembah Kinta menjadi tumpuan

pelombong Cina pada tahun 1880-an. Pada tahun 1935, Ipoh menjadi ibu negeri Perak menggantikan Taiping.2. Taiping Taiping yang terletak di daerah Larut juga dikenali sebagai Keliau Pauh. Nama Taiping bermaksud "Kedamaian abadi".

Page 11: nota bab 6

Taiping berkembang pesat apabila pelombong Cina dibawa masuk ke daerah Larut untuk bekerja di lombong bijih timah pada tahun 1840-an.

3. Kuala lumpur Kuala Lumpur yang terletak di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang,

bermula sebagai kawasan perlombongan bijih timah. Kawasan tersebut diterokai oleh Raja Abdullah pada pertengahan kurun ke-19. Menjelang tahun 1860-an, kegiatan perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur

berkembang pesat akibat kemasukan orana Cina. Pada tahun 1880, Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor. Pada tahun 1896, Kuala Lumpur dijadikan pusat pentadbiran Negeri-Negeri

Melayu Bersekutu.

Kepelbagaian Pendidikan dalam Masyarakat Berbilang Kaum Bidang pendidikan tidak diberikan perhatian oleh kerajaan British. British membenarkan sekolah Melayu, Cina dan India berkembang mengikut cara

masing-masing.

1. Sekolah Melayu Pendidikan Sekolah Melayu disediakan oleh British untuk anak-anak petani dan

nelayan. Ciri-ciri pendidikan Sekolah Melayu:

a) murid-murid diajar menulis, membaca dan mengira, seni pertukangan dan perkebunan.

b) hanya menyediakan pendidikan sekolah rendah sehingga darjah enam.c) menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.c) lulusan Sekolah Melayu layak melanjutkan pelajaran ke maktab penguruan.

Sekolah Melayu yang awal dibuka di Negeri-negeri Selat ialah Sekolah Melayu Bayan Lepas dan Sekolah Melayu Gelugor.

Pihak British tidak mempunyai niat untuk memajukan pendidikan kaum Melayu. British sengaja menyekat kemajuan kaum Melayu dalam bidang pendidikan untuk

mengelakkan kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan mereka. Pendidikan yang disediakan oleh British sekadar

a) menjadikan orang Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.

b) melayakkan lulusan sekolah Melayu bekerja sebagai guru di sekolah Melayu, polis atau pegawai jawatan rendah di jabatan kerajaan.

Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan di Tanjong Malim untuk melatih guru sekolah Melayu.

Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris mengakibatkan kemunculan golongan nasionalis Melayu.

2. Sekolah Cina Pendidikan Cina dibiayai oleh saudagar-saudagar Cina. Sekolah Cina tertumpu di bandar. Ciri-ciri pendidikan Sekolah Cina:

a) guru diimport dari negara China.

Page 12: nota bab 6

b) menggunakan buku dan sukatan pelajaran dari negara China. Enakmen Pendaftaran Sekolah telah digubal oleh British pada tahun 1920 untuk

mengawal perkembangan dan pentadbiran sekolah-sekolah Cina.

3. Sekolah Tamil Sekolah Tamil dibina di kawasan ladang getah yang terdapat banyak buruh India. Sekolah Tamil dibiayai oleh pertubuhan masyarakat India Guru, buku dan sukatan pelajaran diimport dari India. Pada tahun 1912, British menggubal Undang-undang Buruh yang mewajibkan

sekolah dan guru disediakan untuk anak pekerja ladang oleh majikan atau pengusaha ladang.

Kesan daripada Undang-undang Buruh ialah pertambahan bilangan sekolah Tamil.

4. Sekolah Inggeris Kerajaan British memberikan lebih perhatian terhadap pendidikan Sekolah

Inggeris. Sekolah Inggeris ditubuhkan oleh mubaligh Kristian di bandar. Ciri-ciri pendidikan Sekolah Inggeris:

a) terbuka kepada semua kaum.b) menyediakan pendidikan sehingga peringkat menengah.c) dibiayai oleh kerajaan British.d) sukatan pelajaran diimport dari England.

Pelajar yang tamat pendidikannya di sekolah Inggeris mempunyai peluanga) melanjutkan pelajaran dalam bidang seperti kejuruteraan, perubatan, pentadbiran

dan guruman.b) memasuki perkhidmatan kerajaan dan menjawat jawatan kerani.

Contoh sekolah Inggeris yang awal ialah Penang Free School dan Malacca Free School.

Kolej Melayu Kuala Kangsar berperanan khas untuk mendidik anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu dan menyediakan mereka untuk memasuki perkhidmatan awam kerajaan British.

Anak orang Melayu kurang diberi peluang memperoleh pendidikan Inggeris oleh kerajaan British.

Dasar pendidikan yang diamalkan oleh kerajaan British tidak memupuk semangat perpaduan kaum di Tanah Melayu.