Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

21
BAB 5 KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957 Gambar di atas merupakan barisan kabinet pertama semasa Tunku Abdul Rahman pada tahun 1959 1. Rombongan Kemerdekaan Tujuan untuk berunding dgn British dan raja-raja Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan Tunku Abd Rahman mengetuai rombongan ini yang terdiri drp 4 wakil raja-raja Melayu dan 4 wakil Parti Perikatan Anggota rombangan terdiri daripada 2 kumpulan iaitu i. WAKIL RAJA-RAJA MELAYU a. Dato Panglima Bukit Gantang b. Abdul Aziz Othman c. Dato Mohd Seth d. Dato Nik Ahmed Kamil

Transcript of Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

Page 1: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

BAB 5 KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

Gambar di atas merupakan barisan kabinet pertama semasa Tunku Abdul Rahman pada tahun 1959

1. Rombongan Kemerdekaan

Tujuan untuk berunding dgn British dan raja-raja Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan Tunku Abd Rahman mengetuai rombongan ini yang terdiri drp 4 wakil raja-raja Melayu dan 4 wakil Parti Perikatan

Anggota rombangan terdiri daripada 2 kumpulan iaitu

i. WAKIL RAJA-RAJA MELAYU 

a. Dato Panglima Bukit Gantangb. Abdul Aziz Othmanc. Dato Mohd Sethd. Dato Nik Ahmed Kamil

Page 2: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

Gambar di atas menun jukkan rombongan Parti Perikatan yang pertama ke London pada tahun 1953 untuk membincangkan soal pilihanraya. Kelihatan Tunku Abdul Rahman, T.H Tan dan seorang Ahli Parmilen Britian.ii. WAKIL PARTI PERIKATAN

a. Tunku Abdul Rahmanb. Tun Dr Ismailc. Tun H.S Leed. Tun Abdul Razak Hussein

Gambar menunjukkan perarakan kemerdekaan di bandar Hilir,Melaka

Perjanjian London 1956(Syarat-Syarat)

Page 3: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

Tarikh kemerdekaan PTM ditetapkan pada 31 Ogos 1957Perlantikan suruhanjaya menggubal perlembagaan merdekaParti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat Perjanjian pertahanan dengan British akan ditanda tanganiRaja berpelembagaan dikekalkanPembahagian kuasa antara pusat dan negeri diteruskan

Tarikh Merdeka

Gambar di atas menunjukkan Tunku bersama Dato' Panglima Bukit Gantang serta deligasi diarak selepas pulang dari London

Tarikh merdeka diisytiharkan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka oleh Tunku Abdul Rahman

Anggota Suruhanjaya Reid:-1. Pengerusi : Lord William Reid2. AhliSir Ivor Jennings( England)Sir William Mckel (Australia)Tuan B Malik (India)Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

BAB 4KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

Page 4: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

Jawatankuasa Hubungan antara Kaum ( CLC)

Anggota- seorang wakil daripada setiap kaum iaitu:-UMNO Dato Onn JaafarMCA Tun Tan Cheng LockKaum India, Ceylon, Serani dan Eropah.Pengerusi Dato E.E.C Thuraisingan.Penasihat Sir Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral Asia Tenggara

Hasil Kompromi UMNO-CLC

Kelonggaran syarat kerakyatan PersekutuanBantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang MelayuPilihanraya diadakan pada masa yang sesuai di peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan PersekutuanPembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

Usaha parti-parti politik mewujudkan perpaduan kaumKonferensi Nasional diadakan pada 1954 oleh British antara IMP dan Parti Negara bermatlamat untuk melahirkan kerjasama politikKonvensi Nasional diadakan pada Ogos 1954 antara UMNO, MCA dan MIC yang membawa kepada penubuhan parti perikatan serta mendapat kerjasama parti PASKonvensi dan Konferensi bermatlamat mencari jalan merealisasikan perpaduan kaum dan membincangkan peri pentingnya pilihanraya

Page 5: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

TINGKATAN 3 : BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

3.1 Penyusupan Dan Kegiatan Pengganas KomunisFahaman Komunis (Karl Marx) – fahaman yang menentang golongan feudal dan imperialis untuk digantikan dengan fahaman komunis yang mendakwa perjuangkan. Masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah dan perindustrian.

Cara penyusupan1. menyebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina2. melaluikesatuan sekerja3. persatuan-persatuan4. kelas-kelas malam dan penerbitan5. orang Melayu menerusi PKI tetapi gagal. 

Penubuhan PKM(1930 )Bertujuan menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada tahun 1935 jadi semakin aggresif dengan melancarkan mogok, sabotaj dan tunjuk perasaan. Semasa pendudukan Jepun, PKM telah bekerjasama

Page 6: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

dengan British menentang Jepun.Mereka telah membentuk MPAJA. Selepas tamat Perang Dunia Kedua , PKM setuju membubar MPAJA tetapi tidak menyerahkan kesemua senjata dan mula menyusup dalam kesatuan sekerja.

Keganasan Komunis (untuk capai matlamatnya)Komunis telah menyerang ladang/lombong milik Eropah. Mereka juga telah menyerang balai polis , membakar kilang , merosakkan landasan kereta api dan membunuh orang yang disyaki bersubahat dengan pihak British

3.2 Langkah Membanteras 00Ancaman Komunis .1.Pengisytiharan Darurat -1948(Undang-undang Darurat).Pengharaman Parti Komunis . Malaya(23Julai 1948) dan Parti Berhaluan Kiri (AWAS,PETA, PERAM, PKMM dan Hizbul Muslimin. 2.Memperbesar Pasukan Keselamatan. Pasukan polis ditambah sehingga 70,000 orang.British telah membawa masuk askar negara Komanwel (Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji). Menubuhjan Pasukan Home Guard.3.Rancangan Briggs (1950). Melalui penempatan semula penduduk pinggir hutan ke kampung baru bertujuan menyekat bantuan mereka (Min

Page 7: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

Yuen)kepada pihak komunis.“Gerakan Kelaparan”,sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan.

4.Perang Saraf,Kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat”Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis” Konsep “kawasan hitam” dan“kawasan putih” diperkenalkan.5.Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi menarik sokongan kaum Cina .Jumlah hadiah ditingkatkan. Timbulkan perasaan benci terhadap komunis6.Pengampunan Beramai-ramai , 40 juta risalah / 12 juta pas pengampunan diedarkan Radio siar syarat pengampunan - Pertemuan Baling telah diadakan. Pengaruh Komunis semakin lemah setelah Tanah Melayu capai kemerdekaan . Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960

Page 8: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

Pemergian Shamsiah Fakeh

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Shamsiah Fakeh, 84, meninggal dunia kerana sakit tua di rumah anaknya di Kondominium Tropicana, Jalan Kuchai Lama di sini, semalam. Beliau menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi di sisi dua anaknya selepas tidak sedarkan diri sejak malam kelmarin. Anak ketiganya, Jamaluddin Ibrahim, 46, berkata Shamsiah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 24 September lalu akibat jangkitan paru-paru dan dibenarkan keluar, Sabtu lalu.

“Keadaannya baik pada hari pertama di rumah, namun semakin lemah dan tidak sedarkan diri semalam (kelmarin). Kami menghubungi ambulans selepas dia masih tidak sedarkan diri pagi tadi (semalam) dan dia disahkan meninggal dunia jam 9 pagi,” katanya ketika ditemui di sini semalam. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Besi selepas solat Asar. Allahyarham mula aktif dalam gerakan nasionalis sekitar 1945 dan 1946 dengan menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmy serta dilantik sebagai ketua sayap wanita parti itu.

Sayap wanita PKKM itu kemudian ditukar nama kepada Angkatan Wanita Sedar (Awas) bagaimanapun diharamkan di bawah Undang-Undang Darurat yang diisytiharkan British di seluruh Malaya pada 20 Jun 1948, untuk menyekat kegiatan politik radikal dan berhaluan kiri, terutamanya Parti

Page 9: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

Komunis Malaya (PKM). Ekoran itu, Shamsiah dan beberapa pemimpin PKMM melarikan diri ke hutan di Benta, Pahang untuk menyertai perjuangan bersenjata PKM yang melancarkan perang gerila terhadap kerajaan British. Peperangan gerila itu bermula selepas Jepun menyerah kalah pada 1945 dan hanya berakhir selepas Perjanjian Damai Kerajaan Malaysia dengan PKM dan Kerajaan Thailand pada 2 Disember 1989. Jawatan terakhir yang dipegang Shamsiah dalam PKM ialah sebagai pemimpin Rejimen 10 (sayap Melayu).

Ketika di hutan, Shamsiah yang turut bertanggungjawab menerbitkan akhbar Pencinta Tanah Air dan rakannya bergerak sehingga ke sempadan Malaysia-Thailand pada 1953 dalam melaksanakan misi perjuangan mereka. Shamsiah bersama suaminya Ibrahim Mohamad dihantar ke China pada 1958 untuk belajar bagi melancarkan usaha merekrut orang Melayu dan dilayan sebagai tetamu kehormat Parti Komunis China. Beliau bagaimanapun dipecat daripada PKM disebabkan perubahan dalam perjuangan dalaman parti itu pada 1968. Berikutan itu, Shamsiah dan suami diberi perlindungan politik, namun tidak mempunyai kewarganegaraan di Beijing dan meneruskan hidup dengan bekerja di kilang besi serta memberi khidmat kepakaran bahasa Melayu kepada Radio Beijing dan Institut Bahasa Asing Beijing. Shamsiah dan suami bersama tiga anak lelaki mereka akhirnya diberi pengampunan oleh Kerajaan Malaysia selepas Perjanjian Damai dengan PKM pada 1989 dan pulang ke negara ini pada 1994. Ibrahim meninggal dunia di sini pada 2006.

Page 10: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

BAB 2 Malayan Union dan Persekutuan

2.1.Tanah Melayu selepasKekalahan Jepun

Tanah Melayu dikuasai PKM selama 14 hari.Pentadbiran Tentera British.

Keganasan 14 hari.

Berlaku kekosongan politik selepas kekalahan Jepun.PKM ambil alih pentadbiran.Banyak bandar besar dikuasai PKM.Banyak keganasan berlaku.Wujud ketegangan kaum.Usaha pemimpim melayu mengembalikan pentadbiran / menghentikan keganasan

Pentadbiran Tentera British

Ketibaan British ditanah Melayu.Laksanakan PTB/BMA.Tujuan PTB dilaksanakan.Keamanan dapat dipulihkan.

2.2 Malayan Union

Diistiharkan pada 1 April 1946Diketuai Gebenor British.Menggantikan PTB.

Ciri-ciri Malayan Union

Gabungan 11 buah negeri.Majlis Eksekutif dan Majlis UndanganDiketuai GabenorWarganegara –Jus soli

Page 11: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

Raja-raja-mengawal agama dan adat melayuNegeri diketuai seorang pesuruhjayaParlimen British – Pemutus undang-undang

Faktor menentang

Penghapusan kedaulatan raja-raja MelayuTamadun Melayu terhakisKerakyatan terlalu liberalTindakan Sir Harold MacMichael

Menyokong

Segelintir kumpulan Melayu radikal menyokong.Kumpulan yang menyokongParti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM)Angkatan Wanita Sedar (AWAS)Angkatan Pemuda Insaf (API)Barisan Tani Malaya (BATAS)

Cara Penentangan

Penentangan IndividuPenentangan Melalui AkhbarLangkah kolektif orang melayu

Page 12: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

Penentangan Individu

Perjuangan Dato’ Onn JaafarPerjuangan raja-raja melayuBekas pegawai British.

Penentangan melalui Akhbar

Akhbar yang mengambil bahagianIsi-isi penulisan.

Langkah Kolektif orang Melayu

Mengadakan demontrasiPenglibatan persatuan-persatuan melayu peringkat negeri.Menghantar telegram.Surat bantahan.Kongres Melayu- 1 hingga 4 Mac 1946Kongres Melayu – 30-31 Mac 1946

Page 13: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

TINGKATAN TIGA BAB 1PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

*MENYATAKAN FAKTOR KE NEGARA KITA

*MERUMUSKAN FAKTOR KEDATANGAN JEPUN

*MENJELASKAN DASAR PEMERINTAHAN JEPUN

*MENGHUBUNGKAITKANPENDUDUKAN JEPUN DENGAN GERAKAN NASIONALISME

*MENGHURAIKAN KESAN PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN

*MENYENARAIKAN IKTIBAR DARIPADA PENDUDUKAN JEPUN

PEMBAHARUAN MAHARAJA MEIJI:

*PEMULIHAN POLITIK

*PEMODENAN EKONOMI

*PERINDUSTRIAN

*MENJADIKAN NEGARA BARATSEBAGAI MODEL PEMBANGUNAN

PERLUASAN KUASA JEPUN:

*PERANG CHINA –JEPUN -1895

*PERANG RUSIA-JEPUN-1905

*JEPUN MENGUASAI KOREA-1910

*JEPUN MENGUASAI MANCHURIA-1932

*JEPUN MEMENANGI PERANG CHINA –JEPUN KEDUA-1937

*JEPUN MENDUDUKI INDO-CHINA-1941

*JEPUN MENYERANG ASIA TENGGARA- 1941

FAKTOR KEDATANGAN JEPUN KE ASIA TENGGARA,TANAH MELAYU,SABAH DAN SARAWAK

*SUMBER BAHAN MENTAH

*PASARAN BARANGAN INDUSTRI

*SEKATAN EKONOMI AMERIKA SYARIKAT

Page 14: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

SLOGAN DAN PROPAGANDA JEPUN :

*”ASIA UNTUK ASIA”

*”SEMANGAT ASIA”

*”KAWASAN KESEMAKMURAN BERSAN ASIA TIMUR RAYA”

CARA KEMARAAN JEPUN 

UDARA-KAPAL TERBANG PERANG

*DARAT- KERETA KEBAL DAN BASIKAL

*LAUT-KAPAL PERANG DAN BOT.

KESAN PEPERANGAN DI TANAH MELAYU:*KEMUSNAHAN INFRASTRUKTUR

*SUMBER EKONOMI 

*BANGUNAN

TAKTIK PEPERANGAN BRITISH-”BUMI HANGUS”:*TANAH MELAYU-MEMUSNAHKAN JAMBATAN,JALAN KERETAPI,JALAN RAYA,LADANG-

LADANG DAN KAWASAN PERLOMBONGAN.

*SARAWAK-MEMBAKAR TELAGA MINYAK DAN DOKUMEN KERAJAAN.

TENTANGAN TERHADAP SERANGAN JEPUN:

*ASKAR INDIA-GURKHA

*AUSTRALIA

*BRITISH

*REJIMEN ASKAR MELAYU 

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN JEPUN MENGALAHKAN BRITISH DI TANAH MELAYU

*KELENGKAPAN PERANG TENTERAJEPUN

*PAKATAN JEPUN-THAILAND

Page 15: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

*TAKTIK SERANGAN JEPUN

*PERANAN KESATUAN MELAYU MUDA(KMM)

*SEMANGAT TENTERA JEPUN

*KELEMAHAN TENTERA BRITISH

*PERANCANGAN AWAL PERANG

DASAR PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU

*PEMERINTAHAN SECARA TENTERA

*TANAH MELAYU DIKENALI SEBAGAI “MALAI BARU”

*SINGAPURA SEBAGAI “SYONAN”

*SABAH,SARAWAK DAN BRUNEI DIGABUNG SEBAGAI BORNEO UTARA

*TANAH MELAYU DAN SUMATERA DIGABUNG DIBAWAH PENTADBIRAN PUSAT YANG

DIKETUAI OLEH PENGARAH AGUNG DI SINGAPURA.

*PENTADBIRAN WILAYAH DIKETUAIGABENOR WILYAH.

*NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DISERAH KEPADA THAILAND

*PENTADBIRAN BORNEO UTARA DIKETUAI GABENOR JENERAL BERIBU PEJABAT DI

KUCHING.

*SARAWAK DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA WILAYAH

*SABAH DIBAHAGIKAN KEPADA DUA WILAYAH

*SETIAP WILAYAH DIKETUAI OLEH GABENOR WILAYAH

*PENTADBIRAN DAERAH TIDAK BANYAK BERUBAH.

DASAR PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN DI TANAH MELAYU

POLITIK:-KEDUDUKAN SULTAN

-STATUS TANAH MELAYU

-MAJLIS AGAMA ISLAM

*EKONOMI:

-EKSPLOITASI EKONOMI

-MATA WANG JEPUN

Page 16: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

-PENGENALAN EKONOMI KAWALAN

*PENJEPUNAN DAN SOSIAL:

-PENGARUH BARAT DAN CINA

-KESETIAAN TERHADAP JEPUN

-PENGGALAKKAN BUDAYA JEPUN

-LAYANAN TERHADAP ORANG MELAYU, CINA, INDIA

REAKSI PENDUDUK

*ORANG MELAYU

-SEBAHAGIAN BESAR TIDAK MENENTANG JEPUN

-KMM MENGADAKAN PAKATAN SULIT DENGAN JEPUN.

*ORANG CINA:

-TERLIBAT DALAM GERAKAN ANTI JEPUN

-MEMULAU BARANGAN JEPUN

-SEGOLONGAN KECIL MENYOKONG JEPUN

*ORANG INDIA

-MENYOKONG JEPUN

GERAKAN ANTI JEPUN*MPAJA*FORCE 136*ASKAR MELAYU SETIA*PASUKAN WATANIAH PAHANG*GERILA KINABALU*PASUKAN GERILA DATU MUSTAPHA*PASUKAN GERILA DI SANDAKAN*PENENTANGAN DI PESISIR PANTAI SARAWAK

KESAN PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN

POLITIK-KEYAKINAN KEPADA ORANG ASIA

Page 17: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

-MENYEMARAKKAN SEMANGAT KEBANGSAAN

-MENOLAK PENJAJAHAN BARAT

-KEKURANGAN PEGAWAI AWAM

-PENGLIBATAN PENDUDUK TEMPATAN DALAM PENTADBIRAN

-PEMBELA TANAH AIR (PETA) DITUBUHKAN

-KEGIATAN POLITIK DIAWASI

-KEBEBASAN BERSUARA DISEKAT

-PENUBUHAN KESATUAN RAKYAT INDONESIA SEMENANJUNG(KRIS)

-SEMANGAT KEBANGSAAN ORANG INDIA

-SEMANGAT KEBANGSAAN ORANG CINA

-PERLUASAN PENGARUH KOMUNIS

-JANGAN PERCAYA KEPADA JANJI BANGSA ASING

EKONOMI

-JANJI SLOGAN GAGAL

-EKONOMI MEROSOT

-GAJI KAKITANGAN AWAM DIKURANGKAN

-PENGGANGURAN

-PERDAGANGAN ANTARABANGSA TERHENTI

-SEKATAN EKONOMI PIHAK BARAT

-EKONOMI KAWALAN

-MATA WANG TAK BERNILAI

-INFLASI

-BEKALAN KEPERLUAN HARIAN SUKAR DIPEROLEHI

-CATUAN MAKANAN

-PERPINDAHAN PENDUDUK

-PENDUDUK KREATIF

-INDUSTRI BARU

SOSIAL

-PENDUDUK SENGSARA DAN KETAKUTAN

-SEKATAN PERJALANAN

-PENDUDUK CURIGA MENCURIGAI

Page 18: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

-MANGSA KEKEJAMAN KEMPETAI

-BURUH PAKSA

-KEMUDAHAN KESIHATAN TERJEJAS

-WABAK PENYAKIT

-KEBULURAN

JEPUN SEBAGAI SEBUAH KUASA PENJAJAH

Menjelang tahun 1942, Empayar Jepun (Kyūjitai: 大日本帝國; Shinjitai: 大日本帝国; disebut Dai Nippon Teikoku; secara rasminya Empayar Jepun Agung) merangkumi sebahagian besar Asia Timur dan Asia Tenggara. Pada 1854, Komodor tentera laut Amerika Syarikat Matthew Perry memaksa pembukaan Jepun ke kuasa Barat dengan Konvensyen Kanagawa. Ramai wira samurai memberontak, melihat apa yang dianggap oleh mereka kelemahan Shogun, dan Pemberontakan ini meluas menjadi Perang Boshin 1867-68. Shogun terpaksa meletak jawatan, dan Restorasi Meiji memulangkan kuasa ketua negara ke maharaja. 

idea institusi Barat mula digunakan semasa era Meiji, termasuk kerajaan moden, sistem perundangan dan tentera. Reformasi-reformasi ini mengubahkan Empayar Jepun menjadi kuasa besar yang mengalahkan negara China didalam Perang China-Jepun dan Rusia didalam Perang Rusia-Jepun. Dari 1910, Jepun mengawal Taiwan, setengah pulau Sakhalin, dan Korea.

Awal abad ke-20 melihat tempoh singkat "demokrasi Taisho" ditenggelami oleh kebangkitan peluasan Jepun, mendorong kepada penjajahan Manchuria dan Perang Sino-Jepun (1937). Pada tahun 1941, Jepun menyerang pengkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbor dan pada masa yang sama satu lagi ketumbukan tentera telah menyerang Tanah Melayu.Tindakan ini menandakan penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua. 

Setelah kempen yang panjang di Lautan Pacifik, Jepun kehilangan jajahan yang diperolehi awalnya, dan Amerika Syarikat hampir ke jarak untuk memulakan pengeboman strategik ke atas Tokyo, Osaka, dan bandar-bandar lain. Jepun menyerah selepas pengeboman bom atam bandar Hiroshima dan Nagasaki . Pada tahun 1945 Jepun telah kehilangan keseluruhan tanaha jajahanya di Asia dan Pasifik.

Page 19: Nota sejarah t3 bab 1 bab 5

KAMIGAYO

Kimigayo 君が代, lagu kebangsaan Jepun, hanya diberi status rasmi pada tahun 1999setelah lebih 100 tahun ia digubah. Ia merupakan sebuah puisi yang ditulis dengan cara Waka, terkenal pada era pemerintahan Heian. Namun tidak diketahui siapa yang mengarang puisi Kimigayo ini. Ada teori yang mengatakan bahawa Kimigayo juga merupakan sebuah puisi cinta.

Pada tahun 1869, Oyama Iwao dan beberapa pegawai tentera yang lain telah memilih Kimigayo sebagai lirik untuk lagu kebangsaan Jepun yang baru dan meminta John William Fenton untuk menggubah muziknya. Namun gubahan Fenton hanya digunakan sehingga tahun 1876. Melodi yang didengarkan sekarang digubah oleh Hayashi Hiromori pada tahun 1880.

LIRIK

君が代は:  Kimi ga yo wa

千代に : Chiyo ni,

八千代に : Yachiyo ni

 細石の : Sazare ishi no

 巌となりて : Iwao to narite

苔の生すまで : Koke no musu made

TERJERMAHAN

Semoga kekuasaan Tuanku,

Berlanjut selama seribu (tahun),

Lapan ribu generasi,

Sampai kerikil,

Berubah menjadi batu karang,

Yang diselimuti lumut.