Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

26
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Topik DUNIA PANGKALAN DATA Tajuk Pembangunan Pangkalan Data Masa Slot 5 & 6 A. Objektif Pada akhir sesi guru dapat: 1. Mengenal pasti ciri-ciri dan fungsi dalam perisian aplikasi pangkalan data. 2. Membina dan mengisi jadual untuk mewujudkan “relationship”. 3. Membina dan mengisi borang untuk mewujudkan rekod. 4. Menyunting rekod B. Kandungan Pengajaran 1. Asas membina jadual (Table) pangkalan data. 2. Membina jadual dan mengisi data jenis teks, tarikh dan nombor. 3. Membuat hubungan (Relationship). 4. Membina borang (Form). 5. Memasukkan data dan menambah rekod menggunakan borang. 6. Meyunting rekod menggunakan borang. 7. Membuat carian (Query). 8. Menjana laporan (Report). 1

Transcript of Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

Page 1: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Topik DUNIA PANGKALAN DATATajuk Pembangunan Pangkalan Data

Masa Slot 5 & 6

A. Objektif

Pada akhir sesi guru dapat:

1. Mengenal pasti ciri-ciri dan fungsi dalam perisian aplikasi pangkalan data.

2. Membina dan mengisi jadual untuk mewujudkan “relationship”.

3. Membina dan mengisi borang untuk mewujudkan rekod.

4. Menyunting rekod

B. Kandungan Pengajaran

1. Asas membina jadual (Table) pangkalan data.

2. Membina jadual dan mengisi data jenis teks, tarikh dan nombor.

3. Membuat hubungan (Relationship).

4. Membina borang (Form).

5. Memasukkan data dan menambah rekod menggunakan borang.

6. Meyunting rekod menggunakan borang.

7. Membuat carian (Query).

8. Menjana laporan (Report).

1

Page 2: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

9.0 PEMBINAAN PANGKALAN DATA

9.1 Pengenalan Kepada Pangkalan DataI. Apakah Pangkalan Data

Pangkalan data adalah seperti sebuah kabinet fail. Pangkalan data boleh digunakan

untuk:

a. Mendapatkan maklumat dengan pantas, cepat dan tepat.

b. Boleh menambah, mengubahsuai atau memadam sesuatu rekod.

c. Menyelenggara data dan rekod.

d. Mengisih maklumat mengikut nombor rekod atau nama sesuatu rekod.

II. Bagaimana Membina Pangkalan DataSebagai contoh: buku alamat berkomputer

a. Keseluruhan buku alamat dipanggil sebagai jadual (Table)

b. Maklumat lengkap dipanggil sebagai rekod. Koleksi rekod-rekod adalah suatu

jadual (Table).

c. Maklumat di dalam rekod dipanggil medan (Fields). Contohnya, nama, alamat,

nombor telefon dan sebagainya.

III. Struktur-struktur Pangkalan DataSesuatu Pangkalan Data boleh menggambarkan koleksi maklumat yang ingin

dipaparkan. Antara keperluan pangkalan data adalah;

a. Mencipta struktur pangkalan data.

b. Memilih jenis medan-medan yang akan digunakan dalam pangkalan data.

c. Menamakan setiap medan dengan nama yang sesuai.

IV. Memulakan Pangkalan DataUntuk mula membina pangkalan data, seseorang itu perlu mengetahui bagaimana

untuk;

a. Memulakan Aplikasi

b. Mencipta dan membina struktur pangkalan data anda

c. Menutup dan keluar dari aplikasi.

2

Page 3: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

9.2 Membina Pangkalan Data

Langkah 1: Memulakan AccessKlik pada bebutang Start untuk memaparkan menu start. Klik pada menu programs dan

seterusnya klik pada Microsoft Access.

Langkah 2 : Membina Database Baru

3

3. klik bebutang Create

Klik Blank Database dan klik OK.

Klik di sini untuk menamakan Pangkalan Data. Namakan Pangkalan data dengan Latihan 1 klik OK.

Klik Create untuk membina pangkalan data.

Page 4: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

9.3 Membina Jadual (Table), Borang (Form), Carian (Query) dan Laporan (Report)

Langkah 3: Membina Jadual Secara default Microsoft Access 2010, Table akan dibina secara automatik setelah klik butang

Create.

Apabila anda klik pada Design View, arahan simpan akan dipaparkan.

4

Klik pada Design View untuk membuat suntingan.

Klik Database View untuk melihat data dalam pangkalan data.

Klik pada ruang Table Name untuk menamakan semula Table yang dibina dan klik OK. Namakan Table sebagai Biodata.

Page 5: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Paparan berikut akan muncul. Secara defult, ruangan Field Name yang pertama akan

dijadikan kekunci utama (Primary Key).

Langkah 4: Memasukkan Data1. Taipkan data mengikut medan dan saiz medan yang ditetapkan.

2. Tekan bebutang Save () untuk menyimpan data yang telah dimasukkan.

Langkah 5: Menamatkan MSAccess1. Klik bebutang Save ()

2. Klik menu File dan pilih/klik Exit

5

Klik pada ruang Field Name untuk menambah medan baru. Sila masukkan nama medan baru iaitu:

Nama

Nombor kad Pengenalan

Nombor Telefon

Alamat

Klik pada ruang Data Type untuk menentukan jenis Nama Medan. Sila ubah Data Type mengikut jenis Field Name yang bersesuaian.

Page 6: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Langkah 6: Membuka Semula Fail Pangkalan Data1. Bagi membuka semula Pangkalan Data anda, ulang Langkah 1 dan klik 2 kali pada fail

Latihan 12. Tambahkan 10 data bagi setiap medan selengkapnya.

Langkah 7: Membina Queries

Tetingkap berikut akan terpapar. Pilih Simple Query Wizard dan klik OK untuk terus ke

langkah berikutnya.

6

Klik pada Tab Create.

Klik pada Query Wizard untuk membuat Query secara Wizard.

Page 7: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Tetingkap berikut akan dipaparkan.

Tetingkap berikut akan dipaparkan dan klik butang Finish untuk selesai membina Query Wizard.

7

Namakan Query yang telah dibina dengan QBiodata.

Klik pada Table Query untuk memilih sumber data sekiranya terdapat lebih dari satu Table.

Semua Medan yang dibina dalam Table akan dipaparkan di sini.

Klik pada > untuk memilih Medan atau >> untuk memasukkan semua Medan yang ada dalam Table.

Klik pada Next untuk teruskan ke langkah berikutnya.

Page 8: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Berikut adalah paparan Query dalam bentuk Design View.

Klik pada View dan DataSheet View atau ! untuk melihat paparan Query yang telah dibuat.

Paparan Alamat dalam Query tidak terpapar kerana Filter dalam Query yang di atas telah

dilakukan.

Klik Save () untuk simpan Query yang telah dibuat.

8

Untuk membuat filter, hilangkan / pada ruangan berkenaan. Cuba buang / pada Alamat.

Page 9: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Langkah 9: Membina Borang

9

Klik pada Tab Create.

Klik pada Form Wizard untuk membina Form secara Wizard.

Pilih sama ada sumber data daripada Table atau Query

Pilih sama ada data sebahagian atau semua data ingin dimasukkan ke dalam Form. ( > sebahagian, >> untuk semua)

Klik Next untuk teruskan ke langkah berikutnya.

Pilih jenis Form yang bersesuaian.

Klik Next untuk langkah berikutnya.

Page 10: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Paparan Form View adalah seperti di bawah.

10

Namakan Form dengan F_Biodata.

Klik Finish untuk selesai membina Form.

Page 11: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Berikut pula adalah paparan Design View.

11

Page 12: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Langkah 10: Membina Laporan.

12

Klik pada Tab Create.

Pilih sumber data sama ada daripada Table atau Query untuk membuat Report.

Pilih sama ada data sebahagian atau semua data ingin dimasukkan ke dalam Report. ( > sebahagian, >> untuk semua)

Klik Next untuk teruskan ke langkah berikutnya.

Klik pada Report Wizard untuk membina Report secara Wizard.

Page 13: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Paparan Report seperti di bawah akan terpapar.

13

Klik Next untuk teruskan ke langkah berikutnya.

Di paparan ini, kita diberi pilihan untuk menyusun maklumat yang dikehendaki mengikut ketetapan kita sendiri.

Klik Finish untuk melihat paparan Report yang dijana.

Page 14: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Klik pada Design View untuk membuat perubahan paparan Report.

14

Page 15: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

9.4 Membina Hubungan (Relationships)Langkah 11: Membina Relationships

1. Dalam membina Relationships, sekurang-kurangnya dua Table atau Query diperlukan

untuk membina relationship.

2. Untuk langkah berikutnya, ulang Langkah 3 hingga Langkah 5 untuk membina Table baru.

3. Klik pada Tab Database Tool,

4. klik pada ikon Relationships

5. Klik pada ikon Show Table

Tetingkap berikut akan dipaparkan.

15

Pilih sumber data dari Table atau Query yang telah dibina.

Klik Add untuk masukkan Table/Query ke dalam Pangkalan Data.

Page 16: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Tetingkap berikut akan dipaparkan. Di sini kita boleh menghubungkaitkan antara satu Table dengan Table yang lain atau Table dengan Query.

Di ruangan ini, klik pada medan Nombor Kad Pengenalan dalam Table Biodata dan seretkan

ke medan Nombor Kad Pengenalan dalam Table Kelas. Tetingkap berikut akan dipaparkan.

16

Klik Create untuk membina Relationships.

Page 17: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Ulang langkah di atas untuk membina Relationships yang lain jika melibatkan banyak Table atau Query.

Berikut adalah contoh paparan Relationships yang melibatkan Table dan Query.

17

Page 18: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

9.5 Membina Carian Menggunakan Dua Table

Langkah 12: Ulang langkah 7 untuk membina Query Wizard. Apabila tetingkap di bawah dipaparkan, pilih

data dari kedua-dua Table yang telah dibina.

18

Pilih data dari Table: Biodata dan klik > untuk memilih medan yang ingin dimasukkan ke dalam Selected Fields.

Page 19: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Langkah berikutnya adalah seperti langkah-langkah membina Query Wizard seperti yang

ditunjukkan di atas. Namakan Query ini sebagai QKelas.

Berikut adalah paparan Query View hasil daripada Relationships antara dua Table.

19

Pilih data dari Table: Kelas dan klik > untuk memilih medan yang ingin dimasukkan ke dalam Selected Fields. Klik Next untuk langkah berikutnya.

Page 20: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

9.6 Membina Borang Menggunakan Dua Table

Langkah 13: Ulang langkah 9 untuk membina Form Wizard. Apabila paparan di bawah dipaparkan, pilih

data dari kedua-dua Table yang telah dibina.

20

Pilih data dari Table: Biodata dan klik > untuk memilih medan yang ingin dimasukkan ke dalam Selected Fields.

Page 21: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Langkah berikutnya adalah seperti langkah-langkah membina Form Wizard seperti yang

ditunjukkan di atas. Namakan Form ini sebagai F_Kelas.

Berikut adalah paparan Form View hasil daripada Relationships antara dua Table.

21

Pilih data dari Table: Kelas dan klik > untuk memilih medan yang ingin dimasukkan ke dalam Selected Fields dan kemudian klik Next untuk langkah berikutnya.

Page 22: Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

9.7 Membina Laporan Menggunakan Dua Table Langkah 14: Ulang langkah 10 untuk membina Report Wizard. Apabila tetingkap di bawah dipaparkan, pilih

data dari kedua-dua Table yang telah dibina.

Langkah berikutnya adalah seperti langkah-langkah membina Report Wizard seperti yang

ditunjukkan di atas. Namakan Report ini sebagai R_Kelas.Berikt adalah paparan Report View hasil daripada Relationships antara dua Table.

22

Pilih data dari Query: QKelas dan klik > untuk memilih medan yang ingin dimasukkan ke dalam Selected Fields dan klik Finish untuk langkah seterusnya.