Modul 1 Unit 2

download Modul 1 Unit 2

of 15

Transcript of Modul 1 Unit 2

  • 7/28/2019 Modul 1 Unit 2

    1/15

    U NI T 2 : T e o r i d a n M o d e l K u r i k u l u m P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k | 1 7

    UNIT 2

    TEORI DANMODEL KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL

    KANAK-KANAK

    HASIL PEMBELAJARAN

    Padaakhir unit ini, anda diharap dapat:1. Menyatakan teori-teori berkaitan dengan kurikulumpendidikan awal kanak-kanak

    2. Mengetahui model-model kurikulumpendidikan awal kanak-kanak

    3. Menghuraikan kriteria pembinaan kurikulum.

    PENGENALAN

    Refleks kepada bab sebelum, apakah yang anda faham dengan kurikulum? Cuba anda

    fikirkan.

    Adakah kurikulum itu satu model? Adakah kurikulum itu satu dokumen? Adakah ia satu cara

    bagaimana persekitaran taska atau tadika disusun? Adakah ia satu cara bagaimana guru merancang

    pembelajaran kanak-kanak? Adakah keputusan sehari-hari yang dibuat oleh guru untuk kanak-kanak

    dan pembelajaran mereka? Atau adakah apa yang dipersetujui di kalangan ibu bapa, komuniti dan

    agensi luar? Adakah kurikulum yang dirangka mengambil kira semua pihak?

    Di kebanyakan negara, kurikulum direka oleh agesi kerajaan, begitu juga apa yang berlaku di negara

    kita. Dalam merangka kurikulum, pihak yang terlibat merangka kurikulum telahmengambil kira dari segi

    teori teori dan model yang berkaitan.

  • 7/28/2019 Modul 1 Unit 2

    2/15

    U NI T 2 : T e o r i d a n M o d e l K u r i k u l u m P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k | 1 8

    ISI KANDUNGAN

    eori memberi panduan dalam merangka kurikulum. Teori yang memandu pembinaan kurikulum juga

    menentukan bagaimana guru mengajar. Teori memberikan kesan pada yang diajar oleh guru. Andaakan belajar apa dan bagaimana teori mempunyai kaitan dengan perkembangan dan pelaksanaan

    kurikulumdalam pendidikan awal kanak-kanak. Dalam model kurikulum pendidikan awal kanak-kanak,

    pendekatan-pendekatan adalah berasaskan kepada kerangka teori asas perkembangan kanak-kanak

    seperti Piaget, Erikson, Vygotsky dan lain-lain. Teori-teori perkembangan manusia adalah penting

    dalam merangka model kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Sebagai contoh matlamat, rekabentuk

    kurikulum, kaedah dan penilaian sesetengah model mempunyai kesinambungan dengan falsafah dan

    teori. Kebanyakan model direka bentuk untuk memeriksa perbezaan cara membantu kanak-kanak

    termasuklah program Head Start.

    Apa yang anda tahu tentang Jean Piaget dan tentang teori constructivist yang menerangkan

    bagaimana pengetahuan berkembang?

    Berikut adalah perbincangan tiga teori yang mempunyai kaitan dengan reka bentuk model kurikulum

    awal kanak-kanak.

    TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    Jean Piaget (1896-1980)

    Teori Kognitif Jean Piaget adalah didasarkan andaian bahawa kognitif merupakan sesuatu yang

    fundamental dan yang membimbing tingkah laku kanak-kanak(Eisenberg, Fabes, & Spinrad, 2006;

    McLachlan, Fleer, & Edwards, 2010). Dengan kemampuan kognitif ini, maka anak-anak akandipandang sebagai seorang individu yang secara aktif membina sendiri pengetahuan mereka tentang

    dunia.

    Teori perkembangan kognitif Piaget adalah salah satu teori yang menjelaskan bagaimana kanak-kanak

    menyesuaikan diri dengan menginterpretasikan objek dan kejadian-kejadian persekitaran. Bagaimana

    kanak-kanak mempelajari ciri-ciri dan fungsi dari objek-objek seperti mainan, perabot, dan makanan

    serta objek-objek sosial seperti diri, ibu bapa dan rakan. Bagaimana cara kanak-kanakmengklasifikasikan objek-objek untuk mengetahui persamaan-persamaan dan perbezaan

  • 7/28/2019 Modul 1 Unit 2

    3/15

    U NI T 2 : T e o r i d a n M o d e l K u r i k u l u m P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k | 1 9

    perbezaannya, untuk memahami penyebab berlakunya perubahan dalam objek-objek dan peristiwa-

    peristiwa dan untuk membentuk andaian tentang objek dan peristiwa tersebut. Semua ini,

    kebanyakannya berlaku ketika kanak-kanak mempelajari subjek awal matematik dan awal sains.

    Piaget memandang bahawa kanak-kanak memainkan peranan aktif di dalam menyusun

    pengetahuannya mengenai realiti. Kanak-kanak tidak pasif menerima maklumat. Walaupun proses

    berfikir dalam konsep kanak-kanak mengenai realiti telah diubahsuai oleh pengalaman dunia

    sekitarnya, namun kanak-kanak juga berperanan aktif dalam menginterpretasikan maklumat yang ia

    peroleh melalui pengalaman, serta dalam mengadaptasikannya pada pengtahuan dan konsep dunia

    yang sebenar.

    Objektif yang berkesan ketika pembelajaran Sains dan Matematik akan memberikan pengalaman

    langsung yang sesuai dalam kehidupan di mana pengetahuan ini akan menyumbangkan kepada

    potensi pembangunan kanak-kanak itu sendiri. Pengikut Piaget menyatakan bahawa pertumbuhan

    intelek adalah asas kepada pendekatan pembangunan kognitif dalam memilih matlamat pengajaran.

    Dari pandangan itulah, matlamat sekolah yang utama bukan sahaja semata-mata mengajar fakta dan

    konsep tertentu, tidak untuk mengajar penyelesaian kepada masalah peribadi dan sosial, tetapi

    sebaliknya tujuan persekolahan adalah untuk menggalakkan pembangunan kemahiran berfikir yang

    sesuai untuk setiap peringkat pertumbuhan pada tahap yang optimum.

    Pengajaran mengikut pengikut Piaget, guru tidak bertindak sebagai seorang yang berpengetahuan

    yang akan mengisi pengetahuan kanak-kanak tetapi sebaliknya kanak-kanak ini digalakkan untuk

    meneroka dan mendapatkannya sendiri pengetahuan melalui interaksi dengan persekitaran. Guru-guru

    dicadangkan supaya menyediakan aktiviti yang membolehkan kanak-kanak mencapai tahap

    perkembangan mereka langkah demi langkah seiring dengan perkembangan kanak-kanak itu. Aktivititersebut adalah berbentuk struktur atau arahan tetapi kanak-kanak bebas untuk melakukan aktiviti itu

    mengikut cara mereka.

    Untuk isi pelajaran pula ketika pembelajaran Matematik dan Sains, kandungan dan aktiviti yang ingin

    dijalankan mestilah sesuai dengan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Jika tidak,

    pembelajaran tersebut akan berjalan dnegan suasana yang membosankan bagi kanak-kanak. Guru

    juga perlu ingat, pelajaran yang ingin diajar perlu disusun secara berkesinambungan agar apa yang

  • 7/28/2019 Modul 1 Unit 2

    4/15

    U NI T 2 : T e o r i d a n M o d e l K u r i k u l u m P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k | 2 0

    ingin diajar saling berkait dengan pembelajaran yang sebelumnya dan perlulah dari peringkat susah ke

    peringkat senang.

    Teori Kognitif Lev Semanovich Vygotsky ( 1896-1934)

    Kepercayaan Lev Vygotsky ialah percaya bahawa perkembangan kognitif seseorang individu

    bergantung kepada persekitaran sosiobudaya yang mempengaruhi pemikirannya. Kemahiran kognitif

    kanak-kanak kebanyakkannya terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan rakan sebaya, ibu

    bapa, guru dan orang dewasa. Mereka inilah yang sangat berperanan dalam membantu kanak-kanak

    belajar seperti dengan menunjukkan benda-benda maujud dan berbicara sambil bermain. Inilah kanak-

    kanak yang suka belajar sambil bermain. Dengan pertolongan orang dewasa jugalah kanak-kanak

    boleh melakukan dan memahami lebih banyak perkara berbanding dengan kanak-kanak itu belajar

    sendiri. Konsep inilah yang disebut oleh Vygotsky sebagai Zone of Proximal Development

    (ZPD)(Vygotsky, 1978).

    Merujuk Lev Vygotsky, perlunya pembelajaran secara kerjasama iaitu di mana pembelajaran yang

    dijalankan dalam satu kumpulan pelajar yang heterogeneous . Pembelajaran seperti ini membantu

    kanak-kanak yang lemah atau yang masih belum menguasai sesuatu kemahiran. Tunjuk ajar atau

    bantuan daripada rakan sebaya yang lebih mahir sangat efektif dalam zon perkembangan proximal

    (ZPD). Vygotsky juga menegaskan penggunaan scaffolding dalam kaedah pengajaran di mana kanak-

    kanak akan beransur-ansur memahaminya dari sedikit sehingga sepenuhnya.

    Perkataan scaffolding telah dikemukan oleh Bruner bagi menyatakan prinsip dalam teori Vygotsky.

    Scaffolding makna asasnya ialah kerangka besi dan kayu yang menyokong bangunan. Scaffolding adalah bantuan, bimbingan, dan petunjuk oleh orang yang lebih dewasa atau rakan yang lebih

    berpengetahuan dalam mengusai sesuatu kemahiran. Dalam pembelajaran pula, kanak-kanak akan

    diberikan tugasan yang susah, kompleks dan realistik dengan situasi yang sebenar. Kanak-kanak akan

    diberi bimbingan dan pertolongan oleh kanak-kanak yang lebih mahir atau orang dewasa dalam

    mencapai objektif yang ingin dicapai.

  • 7/28/2019 Modul 1 Unit 2

    5/15

    U NI T 2 : T e o r i d a n M o d e l K u r i k u l u m P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k | 2 1

    Teori Erik Erikson (1902-1994)

    Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangka masa

    kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan

    perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Dalam

    perkembangan kanak-kanak tahap perkembangan mereka berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson

    juga percaya bahawa setiap tahap yang dilalui oleh kanak-kanak mempunyai konflik tertentu yang perlu

    diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

    Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia mengabungkan

    tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan setiap kanak-kanak, iaitu faktor kendiri, emosi dan

    sosial. Selain itu, beliau juga menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di

    persekitaran kanak-kanak. Oleh itu, personaliti seseorang kanak-kanak akan terbentuk hasil daripada

    perkembangan psikososial ini(Eisenberg, et al., 2006).

    Teori Erik Erikson telah menjelaskan beberapa prinsip penting dalam perkembangan sosioemosi

    kanak-kanak iaitu:

    Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.

    Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas.

    Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu.

    Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi

    dengan jayanya pada tahap yang berikutnya.

    Segagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang

    berikutnya.

    Menurut Erikson perkembangan sosial kanak-kanak mementingkan hubungan baik atau sosial dengan

    individu dipersekitarannya. Personaliti seorang kanak-kanak akan dibentuk pada peringkat ini. Oleh

    yang demikian, kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat akan membawa akibat kepada imej

    kendiri individu tersebut. Tahap perkembangan dalam teori Erik Erikson adalah seperti berikut:

    Kepercayaan lawan tidak ketidakpercayaan (Lahir-18 bulan)

    Bayi mesti menjalin kasih sayang dan kepercayaan dengan pengasuh atau sebaliknya

    membentuk perasaan tidakpercaya.

  • 7/28/2019 Modul 1 Unit 2

    6/15

    U NI T 2 : T e o r i d a n M o d e l K u r i k u l u m P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k | 2 2

    Autonomi lawan malu atau keraguan (18 bulan- 3 tahun)

    Tenaga kanak-kanak disalurkan untuk perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan,

    menggenggam dan sebagainya. Kanak-kanak belajar mengawal emosi tetapi sebaliknyamungkin membentuk perasaan malu sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

    Inisiatif lawan perasaan bersalah (3-6 tahun)

    Kanak-kanak menjadi lebih mendesak dan berinisiatif tetapi sebaliknya berkemungkinan

    keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan bersalah.

    Ketekunan lawan rasa rendah diri (6-12 tahun)(Essa, 2003)

    Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi

    risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.

    Apakah pengalaman pendidikan awal sekolah anda? Bagaimana ia berbanding dengan jenis

    program pendidikan awal kanak-kanak yang anda lihat sekarang?

    MODEL KURIKULUM

    odel kurikulum adalah satu struktur atau kerangka kerja yang digunakan untuk membuat keputusan

    tentang sesuatu seperti polisi, kaedah pengajaran dan prosedur penilaian. Adalah menjadi suatu

    keperluan untuk mengenalpasti model kurikulum yang menjadi asas kepada perkembangan dan

    keperluan budaya dan kepentingan kepada kanak-kanak di dalam kelas. Model kurikulum amat

    membantu guru-guru dalam merancang kurikulum di prasekolah berasaskan pengalaman kanak-kanak.

  • 7/28/2019 Modul 1 Unit 2

    7/15

    U NI T 2 : T e o r i d a n M o d e l K u r i k u l u m P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k | 2 3

    Gambarajah 2.1 Model Pembinaan Kurikulum. Diadaptasi daripada Model Kurikulum McLachlan,

    Fleer dan Edwards (2010)

    Tanggungjawab merangka kurikulum adalah satu tugas yang kompleks dan melibatkan penggunaan

    pelbagai model yang terdahulu. Sesuatu kurikulum seharusnya komprenhesif dengan mengambil kira

    aspek kognitif, sosial, budaya, emosi dan juga pintar cerdas kanak-kanak.

    Antara kriteria pemilihan model pula merangkumi elemen-elemen berikut:

    Appropriateness to the situation (kesesuaian kepada situasi)

    Comprehensiveness(Komprenhsif)

    Flexibility or adaptability (fleksibel)

    Practicality (praktikal)

    Validity (kesahan)

  • 7/28/2019 Modul 1 Unit 2

    8/15

    U NI T 2 : T e o r i d a n M o d e l K u r i k u l u m P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k | 2 4

    Berikut adalah contoh kurikulum model yang dikenalpasti oleh sarjana yang dilaksanakan dipelbagai

    lokasi, dan disokong oleh pelbagai kajian akan keberkesanannya dari segi objektif, kandungan,

    struktur, dan prosedur penilaian. Antaranya, Kaedah Montessori, Reggio Emilia, Head Start dan lain-

    lain.

    MONTESSORI

    Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang merupakan

    seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak

    yang terencat akal.

    Dr Maria Montessori adalah wanita pertama yang menerima ijazah dalam perubatan daripada Universiti

    Rome. Beliau telah menubuhkan sekolah Montessori yang dikenal sebagai Casas dei Bambini untuk

    kanak-kanak dari rumah miskin dan kanak-kanak yang kurang berupaya. Beliau bersetuju dengan

    Rousseau bahawa kebebasan adalah penting bagi kanak-kanak dan konsep kelas sebagai sebuah

    komuniti(Essa, 2003). Montessori mengembangkan bahan sensori untuk belajar yang merefleksikan

    kegiatan yang konkrit sepertimana yang digunakan oleh Sequin dan Itard untuk penilaian. Seperti

    Piaget, teori perkembangan Montessori juga adalah konstruktivis. Beliau menggambarkan peringkat

    dalam perkembangan atau tempoh sensitive untuk belajar. Montessori percaya dalam alam

    pembelajaran yang aktif dimana guru berkhidmat sebagai pembimbing kepada perkembangan kanak-

    kanak. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah.

    Matlamat Pendidikan Montessori

    Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan individu secara menyeluruh yang

    merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek. Matlamat program Montessori adalah untuk

    memperkembangkan aspe-aspek berikut:

    PenumpuanKemahiran membuat pemerhatianKesedaran dan segi susunan dan urutanKoordinasiKesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amaliKonsep matematikKemahiran bahasa

    Kemahiran menulis dan membacaKebiasaan dari segi seni kreatif

  • 7/28/2019 Modul 1 Unit 2

    9/15

    U NI T 2 : T e o r i d a n M o d e l K u r i k u l u m P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k | 2 5

    Kefahaman tentang alam semulajadiPengalaman dalam memahami sains sosialPengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui penyelesaian masalah

    KurikulumMontessori

    Montessori melihat semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang

    universal dalam kehidupan mereka. Ciri-ciri berikut adalah:

    Semua kanak-kanak mempunyai absorbent mind.Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitiveSemua kanak-kanak ingin belajar

    Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerjaSemua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembanganSemua kanak-kanak ingin berdikari

    Montessori menekankan kepada:

    Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang

    disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria

    mereka.

    Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan Sensory Teaching And Learning.

    Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan,

    pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan

    menggunakan deria dan cekap.

    Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satu usaha untuk

    mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. Idea ini iaitu The

    part to intellectual development development is through the hand, merupakan tema yang

    penting dalam kaedahnya(Hashim & Lah, 2003).

    Kurikulummerangkumi pelbagai aspek penting iaitu:

    Persekitaran Pusat Prasekolah Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan yang luas untuk

    kanak-kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun

    bunga untuk mewujudkan suasana yang menyoronokkan. Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagi

    haruslah sesuai dengan umur mereka, bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan

  • 7/28/2019 Modul 1 Unit 2

    10/15

    U NI T 2 : T e o r i d a n M o d e l K u r i k u l u m P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k | 2 6

    kemudahan tersebut di samping dapa mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu proses

    pembelajaran.

    Kanak-kanak

    Berdasarkan kepada aktiviti individu, kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

    yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka sukai. Aktiviti

    biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja

    bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan

    cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua.

    Guru

    Kawalan orang dewasa sangat minimum. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya

    melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan

    alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah

    untuk mendapatself-rewarding, motivasi intristik.

    Bahan

    Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu

    berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah Berjaya atau tidak dalam

    menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibna darpada mudah kepada yang lebih

    susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu yangdivarnish.

    Kurikulum

    Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah:

    Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian

    Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria

    Aktiviti yang bercorak akademik

  • 7/28/2019 Modul 1 Unit 2

    11/15

    U NI T 2 : T e o r i d a n M o d e l K u r i k u l u m P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k | 2 7

    Aktiviti kehidupan harian (daily living)

    Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti:

    Mengenakan butang bajuMemasang tali kasutMenggilap kasutMenyikat rambutMenyira pokokMencucui tingkap dan menyapu sapah dan mengelap meja

    Bahan Deria (sensorial material)

    Untuk memperkembangankan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah mencipta berbagai alat

    bantuan mengajar seperti:

    Pink tower Brown stairsRed rodsCylinder blockSmelling jar Baric tabletsLatihan mengecam warnaSound boxesTemperature jugsPelbagai jenis kain

    Buat pemerhatian satu kurikulum tadika, kemudian kaitkan kurikulum tadika tersebut

    dengan model yang telah andapelajari?

    REGGIO EMILIA

    Berasaskan falsafah Loris Malaguzzi iaitu orang menubuhkan pengurusan komuniti sekolah dan pusat

    asuhan di Bandar Reggio Emilia dalam Daerah Utara Itali di Emilia Romagna. Pendekatan Reggio

    dalam kurikulum ialah berdasarkan kecemerlangan intelektual kanak-kanak yang dididik melalui focus

    sistematik yang diwakili oleh simbolik.

  • 7/28/2019 Modul 1 Unit 2

    12/15

    U NI T 2 : T e o r i d a n M o d e l K u r i k u l u m P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k | 2 8

    Falsafah Berdasarkan kepada prinsip-prinsip iaitu kanak-kanak harus dapat belajar melalui pengalaman

    menggunakan semua deria seperti menyentuh, bergerak, mendengar, dan melihat. Kanak-kanak perlu dibiarkan meneroka. Penerokaan kanak-kanak menjadikan mereka kreatif,

    contoh kerja-kerja seni membantu kanak-kanak berfikir secara kreatif dan inovatif. Pemikiran

    kreatif kanak-kanak pula berbeza mengikut konteks dan boleh diintegrasikan dalam aktiviti di

    luar dan di dalam bilik darjah. Kanak-kaknak perlu mempunyai hubungan dengan kanak-kanak lain serta mereka harus diberi

    peluang untuk mengekspresi diri mereka.

    Kurikulum Kurikulum Reggio adalah berpusatkanpelajar iaitu a learner-centred approach to teaching and

    learning(Soler & Miller, 2010, p. 64). Pendekatan kolaboratif memfokuskan kepada pembelajaran. Kekuatan pasangan antara

    pendidik, kanak-kanak, keluarga dan komuniti setempat, penekanan dan mengambil hati

    kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah dan projek-projek dalam kumpulan kecil

    berpasangan. Fokus dalam seni visual bermaksud meneroka dunia sekeliling kanak-kanak dan menunjukkan

    minat serta melahirkan kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan. Kreativiti adalah potensi semulajadi yang dipunyai oleh semua indvidu dan kreativiti harus

    dipupuk. Kanak-kanak digalakkan untuk mewakili idea-idea mereka dan memahami melalui bahasa

    mereka atau menunjukkan emosi, termasuk bercakap, menulis, melukis, mewarna, membina

    dan mengukir sebagaimana di dalam permainan baying-bayang, menari, kolaj, permainan

    drama dan muzik. Kurikulum awal kanak-kanak perlu memberi peluang kepada murid untuk menjadi mereka suka

    menyoal dan mencari jawapan, membuat perkaitan dan melihat hubung kait, menjangka apa

    yang berlaku, membuat spekulasi tentang kemungkinan, meneroka idea, berfikir secara literal

    dan sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil (McLachlan, et

    al., 2010).

  • 7/28/2019 Modul 1 Unit 2

    13/15

    U NI T 2 : T e o r i d a n M o d e l K u r i k u l u m P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k | 2 9

    Setiap kanak-kanak dianggap sebagai indvidu yang unik dengan gaya pembelajarn yang dipengaruhi

    oleh falsafah Reggio Emilia, menggalakkan bermain dalam membangunkan kefahaman dan

    perhubungan.

    HEAD START

    Program Head Start adalah program pendidikan terbesar yang dibiayai awam. Program ini adalah

    untuk pendidikan untuk bayi dan toddler dan kanak-kanak prasekolah. Program ini termasuk

    pemeriksaan kesihatan dan perubatan dan rawatan, penglibatan ibu bapa yang diperlukan dan

    penglibatan dan perkhidmatanyang komprehensif kepadakeluarga.

    KurikulumHeadstart

    Membangunkan satu kurikulummemenuhi keperluan kanak-kanakadalah satu tugas yang penting bagi

    programHead Start. Head Start adalah program pendidikan yang menyediakan pendidikanberasaskanbilik darjah Pengalaman dalam Head Start yang berasaskan Home-based telah menunjukkan bahawa

    keperluan kanak-kanakberbezadaripada satu komuniti ke komuniti yang lain.

    Sehubungan dengan itu, keperluan yang paling berkesan, program seharus berasaskan individu,

    sekaligus memenuhi keperluankomuniti, ciri-ciri etnik dan budaya.

    Standard prestasi program Head Start mentakrifkan kurikulum sebagai pelan bertulis yang

    merangkumi: Matlamat untuk pembangunandan pembelajarankanak-kanak Pengalaman yang dilalui yang mereka akanmencapai matlamat Perananuntukkakitangan dan ibubapauntuk membantuanak-anakmencapai

    matlamat ini Bahanyangdiperlukan untuk menyokongpelaksanaankurikulum Sokongan kepadabahasa pertama kanak-kanaksementara merekamemperoleh

    Bahasa Inggeris Mewujudkan perasaan hormat dansensitif kepada budaya

  • 7/28/2019 Modul 1 Unit 2

    14/15

    U NI T 2 : T e o r i d a n M o d e l K u r i k u l u m P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k | 3 0

    Guru dan ibu bapa

    Head Start programmempunyai nisbah kakitanganrendah.

    10 peratus daripada enrolmen di setiap negeri yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan

    khas

    Penglibatanibu bapa dalampendidikan ibu bapa, perancangan programdanaktiviti-aktiviti operasi

    Head Start adalah program yang paling komprehensif dan terperinci dalam pendidikan keibubapaan,

    perancangan program dan menyediakan aktiviti untuk keluarga.

    Penyelidikan jangka panjang telah menunjukkan bahawa Head Start mempunyai kesan positif, faedah

    jangka panjang untuk kanak-kanak, keluarga, dan masyarakat.

    RUMUSAN

    Berdasarkan teori-teori yang dibincangkan dapatlah dirumuskan bahawa setiap aktiviti yang terdapat

    dalam kurikulum mempunyai perkaitan rapat dengan apa yang digariskan dalam teori. Teori

    menerangkan bagaimana kurikulum disesuaikan dengan perkembangan kanak-kanak mengikut tahap

    dan kesesuain mereka. Pembinaan kurikulum mesti berlandaskan yang sedia ada atau mungkin hasil

    penambahbaikan yang telah dilakukan secara emperikal. Selari dengan toeri, pembinaan kurikulum

    sesebuah tadika juga perlu berasaskan model-model kurikulum yang telah terbukti berkesan dan

    dipraktikkan di seluru dunia. Pembentukan kurikulum mengambil kira falsafah, teori dan model tertentu

    untuk mengambil kira pengalaman pembelajaran, isi kandungan yang sesuai dengan kumpulan

    sasaran iaitu golongan kanak-kanak. Selain mengambil kira teori dan model, rekabentuk sesebuah

    kurikulumpendidikan awal kanak-kanak perlu juga disesuaikan dengan konteks setempat dan semasa

    kanak-kanak yang bertujuan untuk menyuburkan potensi mereka dan memenuhi perkembangan

    jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

    KATA KUNCI

    1. Head Start

    2. Montessori

    3. Reggio Emilia

    4. Model5. Teori kognitif

  • 7/28/2019 Modul 1 Unit 2

    15/15

    U NI T 2 : T e o r i d a n M o d e l K u r i k u l u m P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k | 3 1

    PENILAIANKENDIRI

    1)Nyatakan beberapamodel yang mempengaruhi rekabentuk kurikulum?

    2) Huraikan satu teori berkaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak?

    3) Buat pemerhatian satu kurikulum tadika dalam komuniti anda, kemudian kaitkan aktiviti yang

    dijalankan dalam kurikulum tadika tersebut dengan teori yang telah anda pelajari?

    RUJUKAN

    Eisenberg, N., Fabes, R. A., & Spinrad, T. L. (2006). Prosocial development. In N. Eisenberg (Ed.),Handbook of child psychology: Social, emotional, and personality development (Vol. 3, pp. 646-718). New Jersey: Wiley.

    Essa, E. L. (2003). Introduction to Early Childhood Education . New York: Thomson Delmar Learning.

    Hashim, N. H., & Lah, Y. C. (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah . Bentong, Pahang: PTSPublications & Distributor.

    McLachlan, C., Fleer, M., & Edwards, S. (2010). Early childhood curriculum: Planning, assessment and implementation . Cambridge: Cambridge University Press.

    Soler, J., & Miller, L. (2010). The struggle for early childhood curricula: A comparison of the EnglishFoundation Stage curriculum, Te Whariki and Reggio Emilia. International Journal of Early Years Education, 11 (1), 57-68.

    Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological Process . Cambridge,MA: Harvard University Press,.