MistisFiles_ 09_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

download MistisFiles_ 09_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

of 8

Transcript of MistisFiles_ 09_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

  • 8/14/2019 MistisFiles_ 09_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

    1/8

    istisFiles: Kata Alu-aluan dari Srikandi

    MistisFiles

    metafizik,area 51,kosmologi,new world order,matrix,jesuit,ufo,eksperimen philadelphia,freemason,extra

    terrestrial,mindcontrol,nikola tesla,2012,illuminati,unified field,zionis,albert einstein,face of mars,knight templar,

    john von neuman,piramid,kiamat,dajal,val valerian,imam mahadi,alien,malachi,nostradamus,spear of destiny,

    kalendar maya,albielek,cydonia,666,mesin masa,teori relativiti,yahudi,atlantis,vatican assasin,majestic 12,big bang...

    Monday, July 20, 2009

    Kata Alu-aluan dari Srikandi

    Ini adalah kata alu-aluan dari Srikandi,iaitu Editor Khas bagi siri kedua

    Alter Terahsia Bangsa Melayu.Beliau seorang penyelidik bebas berlatar

    belakangkan bidang sejarah.Seorang wanita yang tegas,berkaliber dan

    bersifat ingin tahu;amat meminati bidang sejarah sejak dari kecil,antara

    barangan kesayangannya ialah kitab Sejarah Melayu bertulisan Jawi lama

    yang tersimpan kemas di almari ruang tamu di rumahnya.

    Beliau memiliki pengkhususan dalam bidang History Manipulation,

    Rewriting History Conspiracy,History Restoration Data,History Tactics

    Divide and Rule,Chronological Conspiracy,History Exploitation Conspiracy

    Studies dan Geneology Studies.

    Srikandi kini bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah universiti

    tempatan.

    -M.O

    ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/kata-alu-aluan-dari-srikandi.html(1 of 8) [02-Mar-10 5:00:09 PM]

    http://mistisfiles.blogspot.com/http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/kata-alu-aluan-dari-srikandi.htmlhttp://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/SmSmAIDPwFI/AAAAAAAAA8k/TWqfkyXImXY/s1600-h/srikandi.JPGhttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/kata-alu-aluan-dari-srikandi.htmlhttp://mistisfiles.blogspot.com/
  • 8/14/2019 MistisFiles_ 09_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

    2/8

    istisFiles: Kata Alu-aluan dari Srikandi

    Tidak ada yang lebih sukar dan merumitkan dari meneliti sejarah sesuatu

    bangsa,melainkan satu bangsa ini yang digelar:Melayu.Sejarah yang

    dimanipulasi,kehilangan kesan-kesan sejarah,sikap sambil lewa dan buta

    sejarah,pengkhianatan asing dan peredaran masa bagaikan bergabung

    tenaga untuk melenyapkan pesona sejarah bangsa misteri ini.Bangsa yang

    tidak punya sejarah masa lalu ialah bangsa yang tidak punya cerita masa

    hadapan.Ini adalah realiti.

    Biar saya memperkenalkan diri.Nama saya ialah Srikandi.Bidang Sejarah

    adalah nirvana saya.

    Apabila saya dihulurkan satu diari lama pada penghujung tahun lepas,saya

    tidaklah begitu teruja menatapnya sehinggalah diberitahu oleh Hermit

    bahawa ini adalah petunjuk terbaru dari seorang penyelidik yang menjadi

    inspirasi kepada M.O ketika penulisan ATBM siri pertama.Diari ini penuh

    dengan petunjuk-petunjuk aneh yang benar-benar sukar untuk saya

    fahami.Satu daripada petunjuk yang benar-benar terkesan di hati saya

    ialah sebaris ayat yang mengisahkan kerajaan Melayu yang hilang di

    Indochina.

    Pada muka surat ke 37,perenggan ke 5:

    "...tiga kerajaan bangsa bunga-bungaan,Teratai di kiri,Kambuja di tengah

    dan Champaka di kanan..."

    ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/kata-alu-aluan-dari-srikandi.html(2 of 8) [02-Mar-10 5:00:09 PM]

    http://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/SmSnCLSOo9I/AAAAAAAAA8s/krLzL-5SCN8/s1600-h/dangersign.jpg
  • 8/14/2019 MistisFiles_ 09_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

    3/8

    istisFiles: Kata Alu-aluan dari Srikandi

    Di dalam siri ATBM yang pertama,kita sudah pun maklum benang-benang

    merah antara bangsa Melayu dan Parsi.Salah satu bangsa keturunan dari

    Keturah,iaitu Mada (Madyan,Medea,Medes) adalah bangsa asas yang

    membentuk bangsa Parsi di bawah Cyrus The Great.Bangsa Mada di gelar

    Mada-yu ketika era Assyria memberikan petunjuk kepada saudara mereka

    yang tersembunyi iaitu Mala.Mala-yu adalah gelaran yang diberi oleh

    bangsa-bangsa yang membina empayar dan berperang di lembah yang

    subur di antara sungai Furat dan Tigris,Tamadun Sumeria yang makmur,

    kepada bangsa misteri.Bangsa Parsi memang mempunyai hubungan rapat

    yang terahsia dengan bangsa Melayu.Dalam Sejarah Melayu ada

    mengatakan bahawa raja-raja Melayu purba berasal dari keturunan

    Iskandar Zulkarnain yang kini dikatakan oleh ramai pengkaji merujuk

    kepada Raja Kurosh atau Cyrus The Great.Bekas-bekas puing-puing kota

    Melayu lama di Ayutthaya (Syahrul Nuwi),mahligai lama di Lopburi dan

    Nakhon Si Tammarat turut menunjukkan pengaruh Parsi.Pakaian dan

    budaya masyarakat Melayu di Indochina (Benua Siam) pada masa silam

    juga menunjukkan pengaruh Parsi,bukanlah hendak mengatakan mereka

    mencedok budaya Parsi tetapi ini membawa kita ke era bangsa misteri

    tinggal bersama-sama bangsa-bangsa di Asia Tengah hingga ke Sumeria

    dan Tanah Kanaan.Bangsa Mada (bangsa yang membentuk bangsa besar

    Parsi) dan Mala pernah hidup bersama-sama dalam satu budaya dan

    peradaban.Bangsa Mala yang membawa ajaran Ibrahim inilah yang

    mengembara hingga ke perbatasan India.Brahma adalah berasal dari kata

    Abraham,dan ini bukanlah hipotesis tetapi hasil kajian pakar bahasa

    Sanskrit dan budaya India Purba juga diakui oleh para Pandit

    berkedudukan tinggi dari aliran Brahma Samaj di India.

    Dari siri ATBM juga saya memahami teori 'bangsa yang mengembara'.Teori

    ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/kata-alu-aluan-dari-srikandi.html(3 of 8) [02-Mar-10 5:00:09 PM]

    http://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/SmSozm41ByI/AAAAAAAAA88/Gvmr1eWrJoc/s1600-h/260px-Bunga_kemboja.jpg
  • 8/14/2019 MistisFiles_ 09_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

    4/8

    istisFiles: Kata Alu-aluan dari Srikandi

    ini dapat menerangkan mengapa di Semenanjung Melayu misalnya

    terdapat kaum-kaum yang mirip dengan konsep aborigine seperti Orang

    Asli,Jakun dan sebagainya tetapi pada masa yang sama terdapat kaum lain

    yang berbeza dan terbuka sedikit seperti suku kaum Jawa,Melayu (Kedah,

    Perak,Kelantan misalnya),Minang,Bugis dan sebagainya.Berbeza dengan

    kepelbagaian etnik di Tanah Besar China contohnya,etnik-etnik mereka

    tetap mempunyai rupa paras yang seakan sama;mata yang memanjang

    atau sepet,kulit agak cerah,bahasa dan tulisan yang hampir sama namun

    fakta ini runtuh di Kepulauan Melayu.Saya merumuskan teori Proto dan

    Deutro Melayu memang ada tetapi bukanlah berkaitan dengan kedatangan

    kaum-kaum Melayu dari Yunnan misalnya tetapi sebenarnya Yunnan itu

    adalah salah satu 'terminal' persinggahan Deutro Melayu ini sebelum

    bergerak lebih ke selatan.Pernahkah kita mengkaji misteri ini?Adakah kita

    mahu menunggu sehingga orang asing sewenang-wenangnya mengatakan

    kita kaum pendatang dan juga merampas bumi Orang Asli?

    Misteri ini dapat diselesaikan jika kita menerima konsep 'Bangsa Mala'.

    Mengikut apa yang saya fahami dari ATBM siri pertama,Orang Asli,Jakun

    dan Melayu adalah dari rumpun yang sama iaitu dari bangsa Mala.Bangsa

    Mala adalah istilah kuno yang merujuk bahawa Kepulauan Melayu,

    Semenanjung dan Benua Siam adalah 'homeland' mereka sejak beribu

    tahun,malah dari zaman Banjir Besar lagi.Tiada persoalan adakah Melayu

    itu pendatang.Nusantara ini adalah tanahair mereka zaman-berzaman.

    Perkataan 'Mala' ini adalah dari manuskrip kuno yang dikatakan musnah di

    Perpustakaan Alexandria (Iskandariah),kemudiannya di eksploitasikan oleh

    Joseph Smith dan pihak yang mengupah beliau untuk membuat kitab bagi

    ajaran Mormon.Kemudiannya dikaji oleh seorang profesor iaitu Ralph

    Olsen yang menemukan sebenarnya apa yang diceritakan oleh kitab

    Mormon itu adalah kisah-kisah di 'Mala Land' atau istilah yang kita fahami,

    Nusantara.Beliau menemui ciri-ciri tempat dan geografi di dalam Book of

    Mormon itu lebih dekat dengan Nusantara berbanding Amerika.Joseph

    Smith hanya mampu meminda sebahagian dari manuskrip purba itu tetapi

    bukan semuanya.Penipuan Joseph Smith mula terbongkar apabila profesor

    itu menerbitkan hasil kajiannya dan ini sukar untuk disanggah oleh mana-

    mana pakar geografi.Namun ini tidak menghalang ajaran itu dari

    ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/kata-alu-aluan-dari-srikandi.html(4 of 8) [02-Mar-10 5:00:09 PM]

  • 8/14/2019 MistisFiles_ 09_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

    5/8

    istisFiles: Kata Alu-aluan dari Srikandi

    berkembang luas di Amerika.Manuskrip itu cuma modal awal Joseph Smith

    untuk meyakinkan para pengikutnya bahawa beliau telah diberi 'kitab suci'

    dengan perantaraan malaikat.Joseph Smith dan pihak lain yang

    menjalankan konspirasi memang tertarik dengan kisah-kisah epik di dalam

    manuskrip purba (Scriptures) itu dan mendapat idea untuk mengarang satu

    kitab berdasarkan manuskrip tersebut bagi memulakan satu ajaran baru.

    Dari siri ATBM yang pertama juga saya memahami bahawa terdapat dua

    jenis Melayu;iaitu Proto Mala iaitu bangsa Mala yang tetap tinggal di

    Nusantara sejak turun temurun tanpa berpindah randah atau berlayar atau

    mengembara ke luar dari Nusantara.Kedua adalah RAHSIA PALING

    PENTING saya kira,iaitu tentang Deutro Mala,iaitu bangsa Mala yang

    tinggal di pesisir pantai dan berinteraksi dengan bangsa-bangsa lain dan

    gemar berlayar.Berdasarkan sumber dari Judeo-Sumeria dan sarjana Islam,

    Ibnu Athir (1160 - 1233) yang terkenal dengan karya sejarahnya al-Kamil fi

    t-tarikh,diketahui bahawa Nabi Ibrahim a.s telah mengahwini seorang

    gadis dari Timur Jauh yang bernama Keturah,yang di dalam tafsiran

    bahasa Ibrani bermaksud kemenyan atau wangi-wangian.Hasil dari

    keturunan ini dikatakan telah diwasiatkan oleh Nabi Ibrahim supaya

    menyebar ke 'Tanah Timur' atau The Land of The East,mencari jalan

    pulang ke tanah nenek moyang mereka dari sebelah ibu.Ketika keturunan

    Mala 'moden' ini bergerak ke Timur Jauh,mereka telah berasimilasi dengan

    pelbagai bangsa di dunia ini dan menghasilkan beberapa kaum Asia.Mereka

    juga membawa agama Ibrahim ke Benua India,di mana Braham (Ibrahim,

    Abraham) itu disebut Brahma oleh para Rishi selalu dirujuk sebagai Tuhan

    kepada Nabi Ibrahim di masa-masa kebelakangan.Kehadiran bangsa Mala

    dalam sejarah dicatatkan sebagai kedatangan bangsa Aryan ke India dan

    merekalah yang menyebarkan budaya Vedic-budaya keparsian atau Avesta

    ke dalam kehidupan 'high class' bangsawan di India.Sebab itu bahasa

    Sanskrit memiliki rumpun yang sama dengan bahasa purba Avesta iaitu

    bahasa yang digunakan di dalam kitab Zend Avesta,kitab kuno agama

    Zoroester Parsi.Sebab itu di dalam kitab-kitab Hindu seperti Veda dan

    Purana ada terselit kata 'Mahmat' (Muhammad) dan juga kisah raja-raja

    Babilon dan Sumeria serta peperangan-peperangan mereka seperti yang

    dikisahkan di dalam Ramayana dan Mahabrata.Agama Ibrahim di India

    semakin lama semakin hilang keasliannya dan bercampur aduk dengan

    ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/kata-alu-aluan-dari-srikandi.html(5 of 8) [02-Mar-10 5:00:09 PM]

  • 8/14/2019 MistisFiles_ 09_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

    6/8

    istisFiles: Kata Alu-aluan dari Srikandi

    kepercayaan pagan tempatan.Akhirnya setelah memakan masa beribu

    tahun,agama Abraham telah bertukar menjadi agama Brahma dan

    akhirnya menjadi agama Hindu yang terkenal dengan sistem pagan dan

    dewa-dewinya yang kompleks.

    Pada perenggan ke 17,muka surat 65 ada mencatatkan:

    "...Keturah,gadis misteri wangi-wangian,aku namakan dia Melati Puteh

    atau Melur...dia membawa sebakul bunga-bunga yang harum mewangi

    buat hadiah perkahwinan dengan Patriarch terhormat Tanah Kanaan,

    Abraham Nabi mulia,bunga dan haruman dari Tanah Serendah Sekebun

    Bunga..."

    Ketika menyusuri Sungai Mekong dan tiba di Yunnan,sebahagian dari

    mereka telah pun mendiami bahagian barat Benua Siam (Indochina).

    Bangsa Deutro Mala ini berasimilasi dengan etnik-etnik kecinaan dan

    menghasilkan bangsa Siam (Saimen).Perbezaan ketara antara etnik Saimen

    dengan etnik-etnik kecinaan yang lain seperti Dai Viet,Sukothai,Khmer

    atau Mon ialah budaya mereka yang agak keparsian,bangsawan mereka

    memakai jubah-jubah dengan 'trademark' mereka iaitu topi berbentuk kon

    panjang seperti pagoda yang tirus.Berabad-abad mereka menghadapi

    'survival' di tengah-tengah kecelaruan etnik di Indochina dan perlu juga

    diingat bahawa di Indochina juga ketika itu terdapat sukukaum Proto Mala

    seperti etnik-etnik kejawaan dan aborigine seperti Dayak dan Orang Laut.

    Namun bangsa Saimen yang memiliki tamadun tinggi,kecerdasan dan

    kepintaran mengurus empayar telah dapat menubuhkan kerajaan-kerajaan

    di Indochina (Benua Siam) dan menyatukan semua etnik Indochina di

    bawah pemerintahan mereka.Funan,Champa,Kambuja,Taunggoo di Burma

    ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/kata-alu-aluan-dari-srikandi.html(6 of 8) [02-Mar-10 5:00:09 PM]

    http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/SmSn9npvJII/AAAAAAAAA80/6zdE_DWLXyM/s1600-h/melur.jpg
  • 8/14/2019 MistisFiles_ 09_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

    7/8

    istisFiles: Kata Alu-aluan dari Srikandi

    sekadar menyebut beberapa nama adalah kerajaan-kerajaan purba Mala

    Saimen di Indochina.Ketika pemerintahan mereka,tidak dinafikan ramai

    dari etnik-etnik lain diambil oleh bangsa Mala Saimen ini di dalam bidang

    ketenteraan dan pentadbiran.Mereka yang terpilih etnik-etnik Indochina

    lain ini telah mempelajari segala kepandaian dan selok-belok pentadbiran

    dari bangsa Mala Saimen yang sememangnya mewarisi pengalaman nenek

    moyang mereka bangsa Deutro Mala di negarakota Ur,Uruk dan Babylon.

    Lama-kelamaan mereka telah memberontak dan segala kepandaian yang

    berasal dari Mala Saimen ini digunakan untuk menentang kembali kerajaan-

    kerajaan Mala Saimen ini.Inilah yang terjadi kepada kerajaan Melayu Siam

    di Ayuttaya dan Champa yang dahulunya mendominasi Vietnam sekarang.

    Banyak lagi petunjuk-petunjuk yang harus dipecahkan di dalam diari ini.

    Terutamanya kehidupan Melayu purba di Indochina dahulu.Saya tidak

    menemui apa-apa pun kecuali dalam jumlah yang amat menyedihkan,

    kajian dari sejarahwan Malaysia tentang kerajaan dan tamadun Melayu di

    Indochina.Pakaian,adat istiadat,budaya dan bahasa etnik Melayu Siam

    sepatutnya dibuat kajian yang intensif oleh pakar sejarah Melayu.Namun

    kita bernasib baik apabila terdapat usaha seperti dalam blog

    sejarahnagarakedah.Mujurlah terdapat mereka yang menyedari lompang

    dalam sejarah Melayu ini dan dapatlah saya menterjemahkan petunjuk

    penyelidik itu yang benar-benar memeningkan saya tentang 'puzzles' yang

    hilang di Indochina.

    Kepada para pembaca MistisFiles,saya minta kemaafan atas segala khilaf

    dan kesilapan saya sepanjang mengendalikan siri ATBM ini.Kita bersama-

    sama berkongsi 'jigsaw puzzles' ini dan sama-sama akan mencari yang

    mana yang tepat untuk sejarah bangsa yang tercinta ini.

    Kajang tuan kajang berlipat,

    Kajang saya mengkuang layu;

    Dagang tuan dagang bertempat,

    Dagang saya bertumpang lalu.

    ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/kata-alu-aluan-dari-srikandi.html(7 of 8) [02-Mar-10 5:00:09 PM]

  • 8/14/2019 MistisFiles_ 09_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

    8/8

    istisFiles: Kata Alu-aluan dari Srikandi

    Buah cempedak di luar pagar,

    Ambil galah tolong jolokkan;

    Saya budak baru belajar,

    Kalau salah tolong tunjukkan.

    salam sayang,

    Srikandi

    Posted by Mistis

    Organization

    at 9:52

    AM

    http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/kata-alu-aluan-dari-srikandi.htmlhttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/kata-alu-aluan-dari-srikandi.htmlhttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/kata-alu-aluan-dari-srikandi.htmlhttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/kata-alu-aluan-dari-srikandi.htmlhttp://3.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/SmSpaC4oElI/AAAAAAAAA9E/qabdjy1OE-c/s1600-h/srikandi2.JPG