Mendefinasikan Statistik

6
1. Mendefinisikan Statistik Statisktik didefinisikan sebagai satu kaedah saintifik untuk mengumpul, menyusun, meringkas, mempersembahkan dan menganalisis data serta membuat kesimpulan, rumusan dan keputusan berdasarkan hasil penganalisian data tersebut. 2. Menerangkan Aplikasi Statistik Statistik merupakan satu kaedah matematik yang boleh membantu menyelesaikan masalah-masalah harian dan membuat keputusan sama ada dalam pentadbiran , pemasaran, perubatan, kejuruteraan, sains sosial atau bidang-bidang yang lain. Selain itu ia juga digunakan untuk mengukur sampel yang telah diambil dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu. 3. Membezakan Antara Statistik Perihalan dan Pentadbiran Statistik perihalan adalah bahagian statistik yang melibatkan kaedah pengumpulan data, menyusun, mempersembahkan data dan menganalisa data manakala statistik pentadbiran merujuk

Transcript of Mendefinasikan Statistik

Page 1: Mendefinasikan Statistik

1. Mendefinisikan Statistik

Statisktik didefinisikan sebagai satu kaedah saintifik untuk mengumpul, menyusun, meringkas,

mempersembahkan dan menganalisis data serta membuat kesimpulan, rumusan dan keputusan

berdasarkan hasil penganalisian data tersebut.

2. Menerangkan Aplikasi Statistik

Statistik merupakan satu kaedah matematik yang boleh membantu menyelesaikan masalah-

masalah harian dan membuat keputusan sama ada dalam pentadbiran , pemasaran, perubatan,

kejuruteraan, sains sosial atau bidang-bidang yang lain. Selain itu ia juga digunakan untuk

mengukur sampel yang telah diambil dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu.

3. Membezakan Antara Statistik Perihalan dan Pentadbiran

Statistik perihalan adalah bahagian statistik yang melibatkan kaedah pengumpulan data,

menyusun, mempersembahkan data dan menganalisa data manakala statistik pentadbiran

merujuk kepada teknik-teknik menginterpretasi nilai atau membuat keputusan dan membuat

kesimpulan.

Selain itu, bagi statistik perihalan data-data dikumpul,disusun, diringkas dan

dibentangkan dalam bentuk carta, graf dan jadual yang mudah difahami digunakan untuk

mempersembahkan maklumat yang telah diperoleh, manakala statistik pentadbiran ditentukan

bergantung kepada teori kebarangkalian.

Page 2: Mendefinasikan Statistik

4. Membezakan antara pembolehubah Kualitatif dan Kuantitatif

Pembolehubah adalah ciri ahli-ahli populasi yang dikaji. Contoh pembolehubah yang

mengukur ciri populasi adalah umur, pendapatan, berat badan, jantina, taraf perkahwinan, jumlah

harta yang dimiliki dan sebagainya.

Pembolehubah kualitatif merupakan satu pembolehubah yang tidak dinyatakan dalam

bentuk nombor. Sebagai contoh, jantina, keturunan seseorang, taraf pendidikan, gred getah, gred

koko dan lain-lain. Pembolehubah Kuantitatf pula merupakan pembolehubah yang dinyatakan

dalam bentuk nombor, contohnya adalah tinggi, berat badan seseorang, jumlah pendapatan

bulanan, bilangan kereta yang mengunakan kereta di lebuhraya dan sebagainya. Pembolehubah

kuantitatif boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pembolehubah kuantitatif diskret dan

pembolehubah kuantitatif selanjar.

5. Menerangkan aras pengukuran : nominal, ordinal, selang dan nisbah.

Asas Pengukuran Nominal

Data adalah kualitatif yang diklasifikasikan kepada kategori sahaja. Dengan perkataan lain, ia

merupakan data yang tidak boleh diukur dan tidak ada unit ukuran yang digunakan. Data jenis ini

adalah semata-mata untuk dibilang sahaja. Jenis data lain yang tergolong dibawah kategori ini

adalah data, Jantina, bangsa, agama, jenis pekerjaan dan sebagainya. Untuk memudahkan

pemprosesan data nominal tersebut, kategori-kategori tersebut diberikan kod tertentu, 1 2 3 4…..

dan sebagainya. Kod tersebut tidak boleh digunakan untuk membuat perbandingan antara satu

sama lain. Data nominal tidak mempunyai taburan tertentu atau ia dikenali sebagai data bukan

parametrik.

Page 3: Mendefinasikan Statistik

Asas Pengukuran Ordinal

Ordinal membawa maksud rank atau pangkat bagi kategori. Sebagai contoh, penyelidikan dan

membuat kajian tentang mutu makanan yang dihidangkan di dalam sebuah kafe, kategori

jawapan yang diberikan ialah amat baik, baik, sederhana dan sebagainya. Kita tidak boleh

menyamakan perbezaan di antara amat baik dan baik, dengan perbezaan antara baik dan

sederhana. Untuk memudahkan penganalisaan data, kebiasaannya penyelidik memberikan kod

seperti 5 mewakili amat baik dan sebagainya.

Asas pengukuran selang

Data berukuran selang adalah data yang serupa dengan data ukuran ordinal. Tetapi jarak diantara

nilai-nilai tersebut adalah sama dan mempunyai makna. Sebagai contoh, data suhu, data umur

dan sebagainya data tersebut amat mudah diberikan rank atau pangkat dan setiap data adalah

bermakna kecuali 0, nilai-nilai tersebut boleh dibandingkan antara satu sama lain.

Asas Pengukuran Nisbah

Ukuran nisbah adalah ukuran yang tertinggi martabatnya. Ukuran ini memiliki semua sifat-sifat

data berukuran selang, seperti jarak di antara nilai adalah diketahui dan tetap, kategori data

adalah “Mutualy Exclusive” dan sebagainya. Sebagai tambahan data berukuran nisbah Berjaya

member makna kepada nilai 0, dan kadar di antara dua nilai juga memberi makna kepada

penganalisis data.

Page 4: Mendefinasikan Statistik

6. Mendefinisikan populasi, sampel, parameter dan statistik

Populasi

Populasi adalah seluruh kumpulan orang, objek atau barang yang dikaji atau diselidiki.

Contohnya kajian ‘Kesan sosioekonomi pesara-pesara di Semenanjung Malaysia’ pula, adalah

semua pesara-pesara di Semenanjung Malaysia.

Sampel

Sampel merujuk kepada satu kumpulan kecil yang dipilih daripada populasi. Sampel adalah

subset populasi yang dipilih untuk mewakili populasi. Contohnya kajian ‘Kesan sosioekonomi

pesara-pesara di Semenanjung Malaysia’ sample sebanyak seribu orang pesara yang dipilih

daripada semua pesara-pesara di Semenanjung Malaysia boleh digunakan.

Parameter

Parameter adalah satu nilai yang mewakili bagi ciri-ciri dalam populasi. Lazimnya nilai-nilai

bagi parameter populasi tidak diketahui kerana populasi itu terlalu besar untuk mengukur

keseluruhannya dan teknik infrensi yang bersesuaian digunakakan untuk menganggarkan nilai-

nilai parameter-parameter populasi daripada persampelan atau statistik sampel.

Statistik

Statistik merupakan satu kaedah matematik yang boleh membantu penyelesaian masalah-

masalah harian dan membuat keputusan sama ada dalam pentadbiran, pemasaran, perubatan,

kejuruteraan, sains sosial atau bidang-bidang yang lain.