Membuat Mockup RC 2013

download Membuat Mockup RC 2013

of 13

description

Membuat Mockup RC 2013

Transcript of Membuat Mockup RC 2013

T.5-Proses Reka CiptaASPEK- ASPEK PENTING PEMILIHAN REKA BENTUKKESESUAIAN BAHANTEKNIK PEMBUATANFUNGSIERGONOMIKMESRA PENGGUNANILAI KOMERSIALSELAMAT(KESELAMATAN)NILAI ESTETIKALUKISANTUJUAN PENYEDIAAN LUKISAN KERJADI LAKUKAN SEBELUM SESUATU MODEL DIHASILKANDIGUNAKAN SEBAGAI RUJUKAN DI SEPANJANG PEMBINAAN MODELMENTERJEMAHKAN LUKISAN KERJALUKISAN KERJA HENDAKLAH MENUNJUKKAN PANDANGAN-PANDANGAN DAN DIMENSI SEBENARPANDANGAN PLANPANDANGAN HADAPANPANDANGAN SISIMOCK-UPAPA ITU MOCK-UPMOCK-UP JUGA DIKENALI SEBAGAI MODEL OLOKANDIBUAT SEBELUM MODEL ATAU PROTOTAIP DIBINADIBUAT TANPA UKURAN DAN SKALA SEBENARTUJUAN MOC-UP DIBUATUNTUK MENDAPAT KESEIMBANGAN BENTUK,STRUKTUR, SAIZ, KESESUAIAN BAHAN,KESELAMATAN,PENGGUNAAN DAN CARA PEMBUATANMODEL BERFUNGSI atau PROTOTAIPMODEL BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA DUA JENISMODEL BLOKMODEL BLOK IALAH MODEL STATIK ATAU SEPARA BERFUNGSIDIHASILKAN MENGIKUT SKALA ATAU SAIZ SEBENAR PRODUKBAHAN YANG DIGUNAKAN TIDAK SEMESTINYA BAHAN SEBENARMODEL BERFUNGSIADALAH MODEL SEBENARDIBINA DARIPADA BAHAN SEBENAR DAN BERFUNGSIKEMASANTUJUAN KEMESANMENAMBAH NILAI ESTETIKA DAN KOMESIAL DARI SEGI WARNA DAN TEKSTURNYAMELINDUNGI BAHAN DARI MUDAH ROSAKMENAMBAH KEMAMPUAN BAHAN DARI SEGI MENAHAN KEHAUSANCONTOH BAHAN KEMASANKERTAS LASWAXVARNISLEKARSYELEKCATPEWARNAPENGUJIAN DAN PENILAIANUJIAN MAKMALUJIAN YANG DILAKUKAN DIDALAM MAKMAL ATAU BENGKELUJIAN DILAKUKAN DALAM KEADAAN TERKAWAL TERHADAP UNSUR-UNSUR SEPERTI:-CAHAYADAYASUHUANGINKELAJUANUJIAN PARAMETERUJIAN YANG DILAKUKAN PADA TEMPAT SEBENAR

Proses penghasilan model dari styrofoam dan polyester puttyBerikut ialah kaedah untuk membina model daripada bahan styrofoam. Proses dibawah menunjukkan proses dan contoh bahan.Bahan-bahan yang diperlukan:-1. Styrofoam (Span mencucukbunga kering, berwarna hijau muda) Kuantiti styrofoam bergantung kepada saiz model yang ingin di bina. Berdasarkan saiz kereta konsep KRSV 2010 saya anggarkan 8 ketul styrofoam diperlukan.2. Polyester Putty (Bahasa pasarnya simen kereta) dijual bersama dengan setiub hardener. Putty ini perlu digaul sebati dengan sedikit hardener, dianggarkan 20 putty :1 hardener, atau sepiring putty digaulkan dengan 2 cm hardener. AWAS!!!Setelah digaul dengan hardener putty akan mengeras dengan cepat dalam masa 5 minit bergantung kepada kuantiti hardener yang digunakan, semakin banyak hardener digunakan maka semakin cepat ia mengeras.3. Cat emulsi (Cat untuk dinding batu) 1 liter4. Scrapper besar dan kecil. (Jika boleh dapatkan jenis plastik dan logam) Jenis logam memudahkan proses menggaul putty, manakala jenis plastik memudahkan sapuan pada permukaan yang melengkung kerana sifat mudah lenturnya,5. Berus cat 2 (untuk menyapu cat emulsi)6. Kertas pasir untuk logam no. 80(paling kasar), 200, 600 dan 1000 (paling halus)7. Penyembur cat antirust (lapisan pertama) dan warna-warna yang diperlukan.8. Cutter9. Masking tape10. Kayu 1X2X4 (untuk melapik kertas pasir ketika menggosok)11. Lukisan model berskala sebenar pandangan dari sisi, hadapan, belakang dan plan.12. Mounting board (1 keping untuk membuat panduan rekabentuk)13. Mata gergaji besi.14. Gam PVA

Contoh styrofoam, cantumkan styrofoam menggunakan gam PVA, mengikut saiz yang dikehendaki dan tindih atau kepitkan selama sehari semalam supaya cantuman rapat dan melekat dengan sempurna.

Sediakan lukisan panduan saiz sebenar, terutama pandangan sisi, tekapkan pada mounting board dan potong mengikut rupanya untuk dijadikan kertas panduan atau jig. Kertas panduan ini digunakan untuk mendapatkan bentuk asas model. Letakkan kertas panduan pada cantuman styrofoam dan potong mengikut bentuknya menggunakan mata gergaji besi dan pisau nt. Dapatkan bentuk asas model menggunakan kertas panduan pandangan hadapan, belakang dan plan.

Menggunakan kertas pasir yang kasar, gosokkan permukaan styrofoam sehingga mendapat bentuk model yang dikehendaki.

Gosokkan permukaan model sehingga benar-benar sempurna dan buangkan lebihan gam yang bakal mengganggu sapuan putty.Untuk model yang memerlukan tayar, anda juga boleh membuatnya secara berasingan menggunakan kayu jelutong dan mesin larik.Cat emulsi disapukan pada model dan tunggu sehingga benarbenar kering iaitu lebih kurang 1-2 hari.Cat emulsi perlu disapu supaya mudah untuk menyapu putty pada model. Kerana permukaan styrofoam adalah bersifat poros dan berdebu. Kelihatan didalam gambar adalah kertas panduan sisi yang telah dipotong dan contoh setin polyester putty.

Beginilah keadaan model yang telah disapu dengan polyester putty menggunakan set scrapper. Elakkan sapuan yang berbonggol dan kasar. Pastikan sapuan yang licin dan rata mengikut bentuk asas model dan segera memotong atau membuang lebihan yang berketul sebelum putty benar-benar mengeras, tugas membuang lebihan boleh dilakukan ketika putty baru mula mengeras menggunakan pisau atau kertas pasir kasar mengikut kesesuaian.Langkah seterusnya ialah menggosok sehingga semua permukaan licin bermula dengan kertas pasir yang paling kasar sehingga yang paling halus, sebelum lapisan asas cat disemburkan. Setelah itu cat warna pilihan di semburkan, sekiranya perlu bahagian yang berbeza warna perlu di tutup menggunakan kertas dan masking tape. Biasakan menyembur warna untuk bahagian yang paling kecil terlebih dahulu sebelum masking dan menyembur warna pada bahagian yang lebih luas. Contohnya jika ingin mengecat hitam pada cermin model kereta konsep, semburlah cat hitam terlebih dahulu kemudian lindungi bahagian cermin dengan sempurna sebelum menyembur warna putih (flat white) sebagai asas warna dan seterusnya cat warna pilihan disemburkan. Setiap lapisan cat perlu dibiarkan kering sekurang-kurangnya2-3 jam untuk mengelakkan cat melekit dan tertanggal.

Sekiranya perlu stiker dan lain lain kemasan boleh digunakan untuk menonjolkan rekabentuk anda. Setelah segalanya telah sempurna,semburkan cat laker tanpa warnaclear spray untuk mendapatkan permukaan yang lebih licin dan berkilat. Selamat mencuba!!!