MANUAL PENGGUNA BAGI PANEL PROGRAM SARINGAN … PENGGUNA BAGI PANEL SSP_v2.pdfMANUAL PENGGUNA BAGI...

14
MANUAL PENGGUNA BAGI PANEL PROGRAM SARINGAN COVID-19 PEKERJA ASING 1.0 Mendaftar sebagai panel Program Saringan COVID-19 Pekerja Asing 1. Layari portal SeHAT PERKESO di sehat.perkeso.gov.my dan log masuk. 2. Masukkan Username dan password yang telah didaftarkan sebagai panel HSP. Sekiranya belum berdaftar, sila layari https://sehat.perkeso.gov.my/v2/hsp-panel-clinic untuk pendaftaran sebagai panel HSP.

Transcript of MANUAL PENGGUNA BAGI PANEL PROGRAM SARINGAN … PENGGUNA BAGI PANEL SSP_v2.pdfMANUAL PENGGUNA BAGI...

  • MANUAL PENGGUNA BAGI PANEL

    PROGRAM SARINGAN COVID-19 PEKERJA ASING

    1.0 Mendaftar sebagai panel Program Saringan COVID-19 Pekerja Asing

    1. Layari portal SeHAT PERKESO di sehat.perkeso.gov.my dan log masuk.

    2. Masukkan Username dan password yang telah didaftarkan sebagai panel HSP. Sekiranya belum

    berdaftar, sila layari https://sehat.perkeso.gov.my/v2/hsp-panel-clinic untuk pendaftaran sebagai

    panel HSP.

    https://sehat.perkeso.gov.my/v2/hsp-panel-clinic

  • 3. Setelah log masuk, paparan persetujuan untuk melaksanakan saringan RTK-Ag kepada pekerja asing

    di bawah PERKESO adalah seperti di bawah.

    4. Klik ‘YES’ jika bersetuju.

    5. Paparan Access Key akan timbul setelah anda bersetuju.

    6. Klik pada pautan https://ssp.perkeso.gov.my untuk ke Portal Program Saringan Pekerja Asing.

    https://ssp.perkeso.gov.my/

  • 7. Pilih ‘Log Masuk’ dan kemudian klik pada ‘Klinik HSP’.

    8. Masukkan Nama Pengguna dan Kod Akses dan klik ‘Log masuk’.

  • 2.0 Permohonan RTK-Ag

    1. Klik pada ‘RTK-Ag’.

    2. Klik pada ‘Permohonan’

  • 3. Nyatakan kuantiti RTK-Ag yang ingin dimohon.

    4. Penjelasan diperlukan sekiranya kuantiti RTK-Ag dimohon melebihi 500 unit pada ruang ‘Catatan’.

    (sila rujuk Garis Panduan Bagi Fasiliti Kesihatan Swasta di https://psp.perkeso.gov.my/garis-panduan-

    fasiliti-kesihatan-swasta.html)

    5. Klik ‘Hantar Permohonan’.

    https://psp.perkeso.gov.my/garis-panduan-fasiliti-kesihatan-swasta.htmlhttps://psp.perkeso.gov.my/garis-panduan-fasiliti-kesihatan-swasta.html

  • 6. Paparan selepas permohonan RTK-Ag berjaya.

    3.0 Semakan Permohonan RTK-Ag

    1. Klik pada ‘RTK-Antigen’ dan kemudian klik ‘Semakan’ untuk melihat status permohonan.

    2. Bagi permohonan baru, status ‘Permohonan Baru’ akan dipaparkan.

  • 3. Setelah permohonan telah diluluskan, status akan bertukar kepada ‘Dalam Proses Penghantaran’.

    4. Sekiranya permohonan ditangguhkan, status ‘Tangguh’ akan dipaparkan

  • 5. Sekiranya panel telah menerima RTK-Ag daripada pembekal, klik ‘View’ bagi membuat pengesahan

    penerimaan.

    6. Klik ‘Download File’ bagi semakan Pesanan Penghantaran.

    7. Semak bilangan RTK-Ag yang diterima dan masukkan di ruangan ‘Bilangan Terima’.

    8. Masukkan sebarang maklumat yang berkaitan di ruangan ‘Catatan Terima’ e.g. bilangan yang

    diterima kurang daripada yang telah diluluskan etc.

    9. Klik ‘Hantar’.

    *Panel perlu membuat pengesahan penerimaan RTK-Ag sebelum permohonan baru boleh dilakukan.

  • 10. Status ‘Telah Terima’ akan dipaparkan bagi permohonan yang telah telah dibekalkan RTK-Ag.

    4.0 Merekod keputusan Saringan RTK-Ag

    1. Klik pada ‘Keputusan Saringan’ dan klik ‘Rekod Keputusan Pekerja’.

  • 2. Masukkan No. KSPA pekerja dan klik ‘Cari’.

    *Bagi pekerja asing yang mencarum dengan PERKESO, rujuk perkara 3 atau 4. Bagi pekerja asing yang

    tidak mencarum dengan PERKESO, rujuk terus ke perkara 6.

    3. Klik pada ‘Tambah ke Draf’ bagi pekerja yang disaring tetapi belum ada keputusan saringan. (Terus ke

    perkara 5)

    4. Sekiranya pekerja telah disaring dan keputusan saringan telah ada, klik pada ‘Rekod Keputusan’. (Terus

    ke perkara 11)

  • 5. Klik pada ‘Yes’ untuk masukkan pekerja ke Draf. (terus kepada perkara 8)

    6. Sekiranya pekerja tidak mencarum dengan PERKESO, klik pada ‘Tambah Pekerja’.

  • 7. Lengkapkan maklumat pekerja dan klik ‘Simpan Draf’.

    8. Klik pada ‘Rekod Draf’ untuk melihat senarai draf pekerja asing.

    9. Klik pada ‘Buang dari Draf’ untuk keluarkan nama pekerja dari Rekod Draf (jika perlu).

    10. Klik pada ‘Rekod Keputusan’ untuk masukkan keputusan saringan.

  • 11. Sekiranya Alamat Operasi berbeza daripada Alamat Perusahan Majikan, klik pada checkbox

    dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.

    12. Masukkan butiran seperti panduan berikut:

    • Sample Type: Pilih Naso Pharyngeal Swab untuk Ujian RTK-Ag PERKESO.

    • Sample Taken Date: Tarikh sampel diambil.

    • Sample Received Date: Tarikh Sample diterima di fasiliti kesihatan swasta atau Onsite.

    • Result RTK Antigen: Pilih Positive / Negative sahaja.

    • Simtom: Pilih symptomatic / asymptomatic / no information.

    • Risk: Pilih mana-mana yang berkenaan. Jika tiada di dalam pilihan sila pilih ‘Others’.

    • Jenama RTK-Ag: Pilih SD Biosensor / Ecotest bagi kit yang digunakan ke atas pesakit

    tersebut.

    • Sample Taken By: Masukkan nama pegawai terlatih yang mengambil sampel.

    • Result Verifier: Masukkan nama Doktor yang mengesahkan keputusan.

    • Date Verifier: Tarikh keputusan sampel disahkan oleh Doktor.

    • Risk Country: Jika terdapat sejarah kembara ke negeri / negara yang berisiko.

    • Risk Remark: Penerangan lanjut kepada ‘Risk’ dan ‘Risk Country’ jika berkenaan.

    13. Masukkan maklumat-maklumat berkaitan keputusan saringan dan klik ‘Hantar’.

    11. 12.

    13.

  • 14. Untuk menyemak rekod saringan pekerja asing yang telah selesai, klik pada ‘Rekod Selesai’.

    15. Klik pada ‘Export’ dan pilih format untuk menjana laporan senarai pekerja asing yang telah

    disaring.