linguistic

11
1. Bahasa membezakan manusia dengan makhluk makhluk lain. 2. Menggunakan bahasa untuk: a. Berhubung b. Menyampaikan ilmu dan MENGAKUMULASIKAN c. Melahirkan pandangan, perasaan dan pendapat d. Mencipta keindahan melalui kesusasteraan dan menurunkan ilmu, kebudayaan, peradaban dari satu generasi kepada satu generasi. 3. Bahasa didefinisikan mengikut sifat semulajadinya, peranan dan fungsinya. a. Bahasa boleh diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada alat artikulasi yang ada pada mereka. b. Lambang yang diujarkan mempunyai maklna tertentu berdasarkan lingkungan masyarakat penutur. 4. Definisi bahasa a. Bahasa dikatakan merupakan satu sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan erti dengan bayangan bunyi. Makna dan bayangan bunyi tidak terpisah, tetapi digabungkan dengan rantaian ucapan mengikut hukum bahasa. 5. Bahasa merupakan sistem lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Proses komunikasi bahasa berlaku apabila adanya penutur dan pendengar. Penutur dan pendengar perlu mempunyai 2 kebolehan iaitu kecekapan bahasa dan pengucapan bahasa. Kecekapan bahasa dikatakan berada dalam otak manusia dan merupakan sistem rumus bahasa yang mampu menghasilkan kalimat yang tiada batasan. 6. Bahasa jika dilihat daripada sudut psikologi behaviourisme, merupakan tabiat yang rumit. 7. Bahasa juga didefinisikan sebagai satu sistem berstruktur daripada bunyi vokal dan urutan bunyi yang digunakan sewenang-wenang atau untuk tujuan komunikasi oleh sekumpulan manusia. 8. Bahasa dijelaskan sebagai satu sintesis daripada bunyi yang dibunyi oleh lauform (bentuk luaran) dan fikiran yang dibentuk oleh idenform (bentuk dalaman). Sintesis ini

description

linguistic

Transcript of linguistic

1. Bahasa membezakan manusia dengan makhluk makhluk lain.2. Menggunakan bahasa untuk:a. Berhubungb. Menyampaikan ilmu dan MENGAKUMULASIKANc. Melahirkan pandangan, perasaan dan pendapatd. Mencipta keindahan melalui kesusasteraan dan menurunkan ilmu, kebudayaan, peradaban dari satu generasi kepada satu generasi.3. Bahasa didefinisikan mengikut sifat semulajadinya, peranan dan fungsinya.a. Bahasa boleh diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada alat artikulasi yang ada pada mereka.b. Lambang yang diujarkan mempunyai maklna tertentu berdasarkan lingkungan masyarakat penutur.4. Definisi bahasaa. Bahasa dikatakan merupakan satu sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan erti dengan bayangan bunyi. Makna dan bayangan bunyi tidak terpisah, tetapi digabungkan dengan rantaian ucapan mengikut hukum bahasa.5. Bahasa merupakan sistem lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Proses komunikasi bahasa berlaku apabila adanya penutur dan pendengar. Penutur dan pendengar perlu mempunyai 2 kebolehan iaitu kecekapan bahasa dan pengucapan bahasa. Kecekapan bahasa dikatakan berada dalam otak manusia dan merupakan sistem rumus bahasa yang mampu menghasilkan kalimat yang tiada batasan.6. Bahasa jika dilihat daripada sudut psikologi behaviourisme, merupakan tabiat yang rumit.7. Bahasa juga didefinisikan sebagai satu sistem berstruktur daripada bunyi vokal dan urutan bunyi yang digunakan sewenang-wenang atau untuk tujuan komunikasi oleh sekumpulan manusia.8. Bahasa dijelaskan sebagai satu sintesis daripada bunyi yang dibunyi oleh lauform (bentuk luaran) dan fikiran yang dibentuk oleh idenform (bentuk dalaman). Sintesis ini melahirkan pelbagai ragam ujaran yang tidak terbatas jumlahnya.9. Bahasa juga diberi makna sebagai satu sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan erti dengan bayangan bunyi.10. Erti dan bayangan bunyi tidak terpisah tetapi merupakan gabungan rantaian ucapan menurut hukum bahasa.11. Untuk mengerti bahasa, perlu memahami tentang konsep bahasa, ciri-ciri bahasa dan peranan bahasa. 12. Bahasa merupakan satu sistem ujaran dan tulisan konvensional yang digunakan oeh manusia untuk berkongsi budaya dan komunikasi antara satu sama lain.13. Bahasa menggambarkan dan mempengaruhi cara berfikir serta perubahan dan perkembangan sesuatu budaya.14. Bahasa akan berubah menjadi semakin berbeza apabila bahasa tidak dituturkan(menerima pengaruh bahasa yang sering dituturkan).15. Bahasa perlu sentiasa dikomunikasikan agar mempengaruhi pengguna bahasa yang lain.16. Kebanyakan bahasa berasal daripada satu rumpun yang lebih besar.17. Hubungan satu bahasa dengan bahasa yang lain ditentukan dengan membandingkan tatabahasa dan sintaksis, dari segi bentuk, sifat yang sama atau perkataan yang sama.18. Bahasa berstruktur kompleks tetapi boleh dianalisis dan diperlihatkan secara sistematik.19. Semua bahasa bermula dengan bahasa lisan diikuti dengan tulisan.20. Bahasa mengandungi struktur ayat yang berbeza untuk menyampaikan makna.21. Kandungan bahasa terdiri daripada bentuk dan susunan perkataan, struktur sintaksis dan intonasi ujaran.22. Konsep bahasa: bahasa terdiri daripada makna sistematik yang dikomunikasikan melalui penggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda konvensional (digunakan ramai).23. Bahasa terdiri daripada ujaran perkataan daripada mulut atau teks yang bertulis.24. Bahasa melibatkan proses kognitif dalam menghasilkan dan memahami bunyi dan sistem tanda linguistik.25. Bahasa merupakan sistem objek atau simbol seperti bunyi, huruf yang berurutan boleh digabungkan dengan berbagai-bagai cara dengan mematuhi peraturan tertentu bagi melahirkan pemikiran, perasaan dan memberikan arahan.26. Bahasa merupakan alat komunikasi bagi menyampaikan pemikiran dan perasaan melalui sistem tanda yang arbitrari seperti bunyi, gerak isyarat, atau simbol-simbol tulisan. 27. Bahasa merupakan sistem yang mengandungi peraturan tertentu yang menggabungkan komponen seperti perkataan. Sistem ini digunakan oleh masyarakat/ komuniti untuk berinteraksi.28. Bahasa boleh dilihat sebagai cara untuk mengklasifikasikan manusia kepada suku atau etnik tertentu. Kaedah ini digunakan untuk menentukan asal usul dan pengelompokan manusia kepada kaum-kaum tertentu.29. Sifat bahasa: bahasa-bahasa di dunia memiliki sifat dan ciri sepunya. 30. Sifat bahasa merangkumi cara menyampaikan perasaan, menanya soalan, mengemukakan permintaan, memberi perintah dan membuat kenyataan.31. Bahasa boleh berkembang dan berubah iaitu sentiasa terdapat penambahan istilah atau perkataan.32. Semua bahasa terdiri daripada konsonan dan vokal serta gabungan kedua-dua unsur tersebut untuk menghasilkan bunyi bermakna. set konsonan dan vokal akan menghasilkan ayat-ayat berbeza apabila bercantum.33. Antara sifat bahasa yang dikenalpasti terdapat dalam penggunaan bahasa di dunia ialaha. Mempunyai bunyib. Mempunyai sistemc. Mempunyai bentukd. Mempunyai maknae. Bersifat dinamisf. Bersifat arbitrarig. Bersifat linearh. Bersifat uniki. Bersifat sejagatj. Bersifat komunikatif34. Fungsi bahasa: bahasa merupakan alat untuk membantu manusia menyampaikan percakapan, buah fikiran dan maklumat kepada orang lain.35. Fungsi bahasa dapat diperlihat melalui aktiviti, peranan, aksi dan tindakan yang memerlukan aplikasi penggunaan bahasa.36. Bahasa melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan negara, bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa urusan perniagaan dan bahasa komunikasi.37. Bahasa melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan kerana majoriti masyarakat negara kita boleh berbahasa melayu. 38. Berfungsi sebagai alat perhubungan dan menghasilkan kumpulan masyarakat yang mempunyai pandangan hidup yang hampir sama (blending all the thoughts and ideas)39. Berfungsi sebagai alat perpaduan untuk masyarakat negara, menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa, mengeratkan hubungan antara penutur.40. Berperanan sebagai bahasa rasmi negara iaitu bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan , sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi. 41. Bahasa melayu berperanan sebagai bahasa pengantar di sekolah.42. Berfungsi sebagai bahasa ilmu, medium penyampaian ilmu pengetahuan.43. Alat komunikasi. Dalam bidang perniagaan, media dan sebagainya.44. Digunakan sebagai wahana komunikasi yang digunakan untuk memperkatakan pelbagai hal, aspek, bidang dan peristiwa.

1. Bahasa dari perspektif Islam ialah wahana tamadun dan mengungkapkan segala aspek ketamadunan.2. Bahasa Arab telah banayk membatu menyumbang kepada kelahiran dan pemantapan bahasa-bahasa lain yang menyumbang peranan besar dan penting bahasa melayu3. Perkembangan bahasa melayu berkaitan dengan kedatangan Islam bermula dengan zaman kesultanan melayu.4. Era bahasa melayu klasik: menjadi lingua franca di seluruh alam melayu, mengandungi pinjaman sanskrit, kata asing seperti arab, parsi, tamil, cina dan nusantara.5. Antara hasil-hasil karya bm klasik ialah karya2 sejarah seperti hikayat raja2 pasai, sejarah melayu, hikayat iskandar zulkarnain dsb. 6. Tulisan bm klasik ialah tulisan jawi, aksara arab yang disesuaikan dengan pembunyian bahasa melayu dengan ditambahkan beberapa huruf baharu.7. Terdapat empat pusat kegiatan dan kebudayaan bahasa melyu klasik, iaitu kesultanan palembang, kesultanan banjar, kerajaan patani, kerajaan goa.8. Pusat kegiatan dan kebudayaan bm klasik terbahagi kepada empat: kesultanan palembang, kesultanan banjar, kerajaan patani, kerajaan goa.9. Ciri-ciri era bahasa melayu klasik: penggunaan tulisan jawi, tulisan atau aksara dipinjam daripada bahasa Arab, ditambah dengan huruf-huruf baharu seperti pa nga nya dan ca.10. Bm klasik turut menerima beberapa fonem arab seperti kh, z, sy dsb.11. Bmk menerima juga pelbagai kosa kata arab dan parsi dalam bidang bahasa seperti bidang ilmu, bidang undang-undang, bidang pemerintahan dan pentadbiran dan kata-kata umum. 12. pengaruh penggunaan frasa dan ayat daripada bahasa Arab seperti maka kemudian daripada itu,... wujud hasil daripada terjemahan harfiah teks bahasa Arab.13. Unsur falsafah Uslam didapati wujud dalam tulisan bahasa Melayu, contohnya bidang ilmu kalam, tasawuf dsb.14. Genre sastera islam turut diserap dalam bm seperti nazam, rubaI dsb.15. Pengaruh kesusasteraan islam terutama dari arab dan parsi banyak didapati khususnya dalam bentuk cerita nabi, sastera agama, sastera sejarah dan lain-lain.16. Penggunaan bahasa sebagai syiar agama, kekuatan bahasa melambangkan kekuatan tamadun sendiri.17. Kekuatan bahasa menjadi kekuatan kepada aspek-aspek lain dan seterusnya membawa kepada kekuatan ketamadunan. 18. Definisi bahasa melalui Islam: bahasa dapat diertikan dengan sistem komunikasi manusia yang terdiri daripada bunyi (atau tulisan) berstruktur kepada unit yang lebih besar spt morfem, perkataan dan ayat yang dihasilkan untuk tujuan berinteraksi.19. Tidak ada definisi yang khusus untuk bahasa kerana wujudnya perkaitan yang luas antara bidang bahasa dengan bidang-bidang yang lain. Setiap bidang seperti bidang psikologi, bidang biologi dan bidang sosiologi melihat bahasa daripada perspektif dan metodologi yang berbeza.20. Secara amnya, bahasa ditakrifkan sebagai sistem komunikasi manusia yang terdiri daripada bunyi-bunyi berstruktur kepada unti yang lebih besar seperti morfem, perkataan atau ayat yang dihasilkan oleh organ pertuturan untuk membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain.21. Bahasa menurut Islam merupakan medium yang perlu digunakan untuk tujuan ketentuan aqidah, syarak dan akhlak yang bersumberkan al Quran dan al Sunnah. 22. Bahasa sepatutnya berfungsi untuk membantu penganut meningkatkan keimanan, ketakwaan dan amal saleh.23. Bahasa yang baik dan bernilai dipercayai terhasil dariipada budi dan sopan santun serta bertitik tolak daripada keimanan ketaqwaan dan amal saleh yang akan seterusnya membawa keamanan dan menghasilkan kesejahteraan kepada kehidupan manusia di dunia dan akhirat.24. Dalam perspektif islam, al-Quran merupakan sumber bahasa.25. Al-Quran (bermakna bacaan) disifatkan sebagai bahasa kerana ia memenuhi ciri-ciri bahasa. sebagai sesuatu bahan bacaan, ia terdapat sistem bahasa yang difahami oleh pembacanya. Dengan ini, al-Quran mempunyai keupayaan dan kekuatan untuk meralisasikan sesuatu sistem bahasa yang mantap, saintifik lagi rasional. 26. Kepelbagaian unsur bahasa yang dikemukakan al-Quran telah melahirkan pelbagai tasawwur tentang bahasa sepertimana yang dibincangkan dalam bahagian definisi.27. Antara unsur bahasa yang diketengahkan oleh al-Quran ialah:a. Alat yang digunakan untuk mengenal tuhanb. Ilmu yang diajar oleh Allah swtc. Lambang kesempurnaan kejadian manusia.d. Alat untuk manusia beribadat kepada Allah.e. Alat interaksi manusia.f. Alat manusia berfikir.g. Bukti kekuasaan tuhan dalam mencipta organ pertuturan manusia.h. Media kehidupan bersosial oleh manusia.i. Media dakwah28. Bahasa arab dilihat dominan menurut perspektif Islam dalam kedudukan dan keupayaan bahasa, namun bahasa-bahasa lain tidak dinafikan keupayaannya.29. Al Quran telah menerapkan sistem nilai atau aksiologi bahasa yang tidak terdapat dalam bahasa-bahasa lain. (menerapkan banyak pengaruh estetik dan metos, metafizik serta falsafah agama dalam bahasa Arab.)

1. Bahasa mempunyai sifat tersendiri.2. Sifat bahasa menjadikan bahasa itu berbeza daripada segi aspek dalaman.3. Sifat bahasa berkaian dengan bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan artikulator yang lain.4. Bentuk-bentuk bahasa:a. Perkataanb. Frasac. Klausad. Ayat 5. Setiap pertuturan dalam bahasa mempunyai makna bagi penutur dan pendengar.6. Bahasa berubah dan berkembang selagi wujud interaksi antara penutur.7. Bunyi bahasa dihasilkan oleh pergerakan alat sebutan secara linear dalam bentuk lambang makna.8. Bahasa yang baik mempunyai sifat dan ciri positif yang memanfaatkan penuturnya.9. Ciri-ciri bahasa:a. Mempunyai bunyi.b. Mempunyai sistemc. Mempunyai maknad. Bersifat dinamise. Bersifat arbitrarif. Bersifat linearg. Bersifat unikh. Bersifat sejagati. Bersifat komunikatif. 10. Bahasa mempunyai bunyi. Semua bunyi bahasa dihasilkan oleh alat sebutan manusia. Bunyi bahasa dihasilkan daripada bahasa lain yang tidak faham daripada organ artikulasi atau alat penghasilan bunyi iaitu rongga mulut, hidung dan paru-paru.11. Bahasa mempunyai sistem susunan yang tertentu dari segi struktur, cara penggunaan dan unitnya.12. Sistem ejaan bahasa Melayu a. dimulakan pada tahun 1904 dan dirasmikan penggunaannya pada 1972 telah dilakukan hasil kesepatan majlis bahasa indonesia dan malaysia.b. Antara sistem ejaan tersebut meliputi penggunaan huruf vokal aeiou, diftong au ai oi dan huruf konsonan iaitu huruf selain huruf vokal, huruf konsonan gabungan kh gh ny ng sy.c. Terdapat enam fonem atau bunyi vokal standard, iaitu a,e,,i,o,ud. Terdapat 25 lambang fonem konsonan. 13. Bahasa mempunyai bentuk seperti ayat atau rangkai kata, perkataan dan imbuhan yang tersendiri. Oleh sebab setiap bahasa terdapat bentuk huraian sendiri, maka tatabahasa sejagat tidak mungkin diwujudkan.14. Bahasa mempunyai makna. Bahasa merupakan lambang tulisan atau bunyi kepada sesuatu perkara, perkara tersebut boleh jadi pengertian, konsep idea atau fikiran.a. Biasanya bahasa berhubung kait dengan bentuk atau rupa benda konkrit. Namun terdapat juga perkataan dengan makna yang abstrak seperti bahagia.b. Lambang bunyi bermakna merupakan merupakan satuan bahasa yang membentuk dan mewujudkan morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana.c. Makna yang dilambangkan berbeza pada tingkat bahasa yang berbeza, misalnya morfem membawa makna leksikal manakala frasa, klausa dan ayat membawa makna gramatikal, manakala wacana membawa makna pragmatik atau makna konteks.d. Bentuk bunyi yang tidak bermakna tidak dianggap sebagai bahasa kerana bahasa mempunyai ciri terpenting iaitu menyampaikan maklumat, konsep, idea atau pemikiran.15. Bahasa bersifat dinamis.a. Bahasa bersifat berubah dan berkembang selagi dituturkan.b. Terdapat pertembungan kebudayaan, pertempuran antara manusia yang menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa. c. Walaubagaimanapun, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.16. Bahasa bersifat arbitrari (anjal)a. Arbitrari bermaksud simbol yang sama dengan bunyi bahasa berbeza akibat daripada budaya yang berbeza. b. Bunyi bahasa tidak persisten dari satu bahasa ke bahasa yang lain.c. Lambang berubah tetapi makna tidak berubah, atau bunyi sama tetapi makna berbeza.17. Bahasa bersifat linear. a. Bunyi bahasa yang dihasilkan satu per satu. (lantaran daripada pergerakan alat-alat sebutan satu diikuti dengan yang lain.)18. Bahasa bersifat unika. Bahasa mempunyai ciri-ciri khusus yang spesifik yang tiada pada bahasa lain.b. Ciri khusus ini merangkumi sistem bunyi, pembentukan kata, pembentukan ayat dan sistem-sistem yang lain.c. Antara keunikan bahasa Melayu ialah tidak bersifat morfemis tetapi bersifat sintaksis, tekanan pada perkataan tidak mengubah makna pada perkataan tetapi mengubah makna ayat.d. Bahasa mempunyai bentuk dan struktur yang unik. Hal ini menjadikan bahasa sesuatu yang boleh dipelajari dan bukan warisi.19. Bahasa bersifat sejagat. Bahasa boleh dituturkan oleh semua orang di dunia. a. Secara umum, bunyi bahasa dan gabungan perkataan dalam ayat dapat menghasilkan makna.b. Dengan makna ini, manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.20. Bahasa bersifat komunikatif.a. Bahasa merupakan alat komunikasi dalam bentuk lisan dan tulisan.b. Penutur dan pendengar perlu kemahiran berbahasa yang jelas dengan sebutan yang betul, kemas dan teratur. Penutur perlu berupaya untuk menggunakan jeda, tekanan dan gaya yang tepat.c. Pendengar pula perlu mendiskriminasikan bunyi ujaran, mendengar dengan teliti, faham dan seterusnya bertindakbalas ke atas bunyi yang didengarinya itu.21. Bahasa yang dituturkan mempunyai ciri dan sifat yang sama. Dengan ciri dan sifat inilah, bahasa menjadi wadah yang digunakan untuk menyampaikan idea atau perasaan, menanya soalan dan membuat kenyataan.22. Walaubagaimanapun, sifat bahasa yang dinamis menyebabkan perubahan struktur berlaku dalam bahasa dan menyebabkan lahirnya istilah baharu.23. Sifat-sifat bahasa penting dalam memainkan peranan untuk memartabatkan penggunaan bahasa yang dituturkan oleh manusia.