KUIS, KOPK2010: Tugas AJK Cabang & PBS BSMM

6
Disusun oleh Wahab Chik Kursus Organisasi, Pentadbiran & Kepimpinan (KOPK 2010) BSMM Cabang KUIS 14-16 Mei 2010 Kem Sri Raudah, Gombak TUGAS & TANGGUNGJAWAB AJK Cabang & PBS Bulan Sabit Merah Malaysia

description

Kursus Organisasi, Pentadbiran & Kepimpinan (KOPK) 2010;Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS);Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM);Tugas AJK peringkat Cabang & Pasukan Bantuan Sukarela BSMM

Transcript of KUIS, KOPK2010: Tugas AJK Cabang & PBS BSMM

Page 1: KUIS, KOPK2010: Tugas AJK Cabang & PBS BSMM

Disusun oleh Wahab Chik

Kursus Organisasi, Pentadbiran &Kepimpinan (KOPK 2010)

BSMM Cabang KUIS

14-16 Mei 2010Kem Sri Raudah, Gombak

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

AJK Cabang & PBSBulan Sabit Merah Malaysia

Page 2: KUIS, KOPK2010: Tugas AJK Cabang & PBS BSMM

1

ORGANISATION CHARTSTRUKTUR ORGANISASI

MAJLIS KEBANGSAAN

LEMBAGA EKSEKUTIFKEBANGSAAN

SEKRETARIATKEBANGSAAN

CAWANGAN SEKRETARIATCAWANGAN

CABANG SEKRETARIATCABANG

Units

VAD

PBS

YOUTH

BELIA

LINK

KANAK-KANAK

Page 3: KUIS, KOPK2010: Tugas AJK Cabang & PBS BSMM

2

SENARAI JAWATAN-JAWATAN DALAM BSMM

KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG• Penaung (DiRaja) Seri Paduka

Baginda Yang Dipertuan Agong• Presiden• Timbalan Presiden• Naib Presiden• Penasihat Kehormat• Pengerusi Kebangsaan• Timbalan Pengerusi Kebangsaan• Naib Pengerusi Kebangsaan• Bendahari Kehormat Kebangsaan• Pegawai Yang Di Pilih (Ahli NEB)• Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan

• Penaung (DiRaja)• Penaung• Pengerusi• Penasihat Kehormat• Timbalan Pengerusi• Naib Pengerusi (I & II)• Pengarah• Penolong Pengarah (Latihan, Belia

dan PBS)• Setiausaha Kehormat• Bendahari Kehormat• Pegawai Perubatan• Penguasa Rawatan MA/SRN• Kuartermaster• Pengerusi JKK• Duta Muhibbah

• Pengerusi• Penasihat Kehormat• Naib Pengerusi (I & II)• Setiausaha Kehormat• Bendahari Kehormat• Pegawai Perubatan• Penguasa Rawatan MA/SRN• Pegawai Penjaga (Latihan, Belia,

PBS dan Kanak-kanak)• Kuartermaster• Pengerusi JKK

STAF IBU PEJABATKEBANGSAAN STAF CAWANGAN STAF CABANG

• Setiausaha Agung• Pengarah• Ketua Bahagian• Pegawai Bahagian• Pegawai Perkhidmatan Kecemasan

(ESO)• Penolong Pegawai Tadbir

(Bahagian)• Pembantu Perubatan Ambulans

(AMA)

• Pegawai Tadbir • Pegawai Tadbir

PASUKAN BANTUAN SUKARELA BELIA KANAK-KANAK• Komandan• Penolong Komandan• Kuartermaster• Ketua Utama Seksyen• Ketua Seksyen• Penolong Ketua Seksyen

• Penaung (Pengetua)• Pegawai Pemimpin Belia (Guru)• Penolong Pegawai Pemimpin Belia

(Guru)• Ketua Utama Seksyen• Ketua Seksyen• Penolong Ketua Seksyen

• Penaung (Guru Besar)• Pegawai Pemimpin Kanak-kanak

(Guru)• Penolong Pegawai Pemimpin

Kanak-kanak (Guru)

SUSUNAN PANGKAT PEGAWAI DAN AJK BSMM PERINGKAT CABANG & PBS

PANGKAT CABANG PBS STAF CABANGMPP1 XMahkota2 X Pip

• Pengerusi

MP1 XMahkota1 X Pip

• Penasihat• Naib Pengerusi (1) & (2)

M1 XMahkota

• Setiausaha Kht.• Peg. Perubatan• Bendahari Kht.• Peg. Penjaga (Latihan, Belia,

PBS, Kanak-kanak)

PPP3 x Pip

• Kuartermaster• Pembantu Perubatan (MA/SRN)• PJKK

• Komandan • Peg. Tadbir

PP2 x Pip • Pen. Komandan

P1 x Pip • Kuartermaster

MVVV • Ketua Utama SeksyenVVV • Ketua SeksyenVV • Pen. Ketua Seksyen

NOTA :M = MahkotaP = PipV = Calit

Jurulatih = Memakai Lencana Jurulatih sahajaPensyarah Profesional dan Doktor dibenarkan menggunakan pangkat (M) apabila mereka menjadi ahlidiperingkat Cawangan atau Cabang.Pembantu Perubatan (MA/SRN) dibenarkan menggunakan (PPP) apabila mereka menjadi ahli diperingkatCawangan atau Cabang.Seseorang Pegawai itu boleh mengekalkan pangkat yang tertinggi yang pernah dicapainya dalam BSMM,dengan syarat mengambil kira jawatan yang disandang sekarang.

Page 4: KUIS, KOPK2010: Tugas AJK Cabang & PBS BSMM

3

TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI PERINGKAT CABANG

PENGERUSI1. Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti yang diadakan berhubung kait dengan pengurusan, pembangunan dan

pentadbiran Cabang seperti: i. Mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa Cabang ii. Menentukan Akaun Cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan. iii. Menyediakan tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Cabang.

2. Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan Kementerian, Jabatan Kerajaan dan BSMM.3. Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan BSMM tersusun rapi.

NAIB PENGERUSI I & II1. Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan beliau.2. Mengambil alih tugas Pengerusi sekiranya Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik.3. Membantu Pengerusi di dalam tugas pentadbiran dan kewangan Cabang.4. Membantu Pengerusi menyeliakan tugas Ahli-ahli Jawatankuasa peringkat Cabang.5. Naib Pengerusi I memantau dan membantu:

i. Setiausaha Kehormat ii. Bendahari Kehormat iii. JKK Kutipan Derma iv. JKK Informasi v. JKK Latihan vi. JKK Bantuan Bencana vii. JKK Bangunan viii. JKK Pentadbiran dan Perjawatan

6. Naib Pengerusi II memantau dan membantu: i. JKK Program Darah ii. JKK Belia iii. JKK Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat iv. JKK Hal Ehwal Undang-undang dan UUKA v. JKK Perhubungan Antarabangsa

7. Tanggungjawab dan tugas Naib Pengerusi I & II adalah tertakluk kepada keperluan Cabang.

SETIAUSAHA KEHORMAT1. Bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Untuk Cabang dan Unit.2. Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Cabang untuk tugas-tugas sekretariat.3. Berhubung rapat dengan Kerajaan Negeri, Sektor Swasta dan lain-lain organisasi di peringkat Cabang.4. Menyelaraskan semua aktiviti Cabang.5. Membantu Bendahari Kehormat menyediakan Bajet dan Penyata Kewangan Tahunan6. Bertanggungjawab untuk menyimpan semua dokumen, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan Cabang.

BENDAHARI KEHORMAT1. Bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan

Perbelanjaan dan Kunci Kira-Kira bulanan dan tahunan.2. Bertanggungjawab di atas semua penerimaan dan pembayaran di peringkat Cabang dan Unit.3. Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama seorang lagi pegawai seperti yang dilantik oleh Jawatankuasa

Cabang.4. Bertanggungjawab menyediakan Bajet Tahunan untuk di bentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan

mengemukakannya ke Cawangan.5. Memberi nasihat kepada Jawatankuasa Cabang di dalam perkara berhubung dengan Pengawasan dan Audit Kewangan.6. Bertanggungjawab untuk menyimpan dan merekodkan segala harta Cabang seperti tanah, bangunan, kenderaan,

peralatan dan perkakas pejabat dan lain-lain.7. Menyedia dan mengemukakan akaun yang disatukan ke Cawangan sebelum 30hb. Mac setiap tahun.

PEGAWAI PERUBATAN1. Bertanggungjawab ke atas beberapa aspek perubatan dan kesihatan di dalam program Cabang.2. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskini cara-cara latihan pertolongan cemas, rawatan rumah,

bantuan pernafasan dan lain-lain perkara yang ada hubung kait dengan kesihatan.

PENGUASA JURURAWAT1. Bertanggungjawab ke atas semua aspek kejururawatan di dalam aktiviti Cabang.2. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskini cara-cara rawatan.

PEGAWAI PENJAGA LATIHAN / PENGERUSI JKK LATIHAN1. Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kecil Cabang dan Penolong Pengarah Latihan Cawangan di dalam semua

perkara mengenai latihan.2. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Latihan peringkat Cabang.3. Bekerjasama dengan penolong Pengarah Latihan Cawangan di dalam menyelaras, merancang dan mengimplimentasi

program latihan untuk Cabang dan Unit.

PEGAWAI PENJAGA PBS1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang di dalam semua perkara berhubung kait dengan PBS

(VAD).2. Bertanggungjawab di atas penubuhan dan pembangunan PBS (VAD).3. Bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana untuk memobilisasikan ahli-ahli apabila diperlukan.4. Bertanggungjawab ke atas kebajikan am, pengurusan dan aktiviti ahli-ahli PBS (VAD).5. Bertanggungjawab menyediakan dan mengemukakan laporan aktiviti PBS (VAD), kenaikkan pangkat Pegawai-Pegawai

PBS (VAD), pertukaran pemimpin atau pertukaran alamat dan lain-lain.6. Mempengerusikan dan menyelaras semua mesyuarat Pegawai-Pegawai PBS (VAD).

Page 5: KUIS, KOPK2010: Tugas AJK Cabang & PBS BSMM

4

7. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari pasukan PBS yang mana di dalam bidang dan tugas beliau.Disyorkan jika terdapat masalah atau keraguan, hendaklah merujuk kepada Pengerusi Cabang atau Penolong PengarahPBS.

8. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan dalam menentukan pasukan PBS mendapat latihan yang sewajarnya.

PEGAWAI PENJAGA BELIA1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi Cabang di atas semua perkara berhubung kait dengan ahli-ahli belia dan link.2. Bertanggungjawab di atas penubuhan dan pembangunan unit baru.3. Bertanggungjawab menyediakan dan mengemukakan laporan aktiviti Belia dan Link, kenaikkan pangkat Pegawai-Pegawai

Belia, pertukaran atau pertukaran alamat dan lain-lain.4. Bertanggungjawab ke atas kebajikan am, pengurusan dan aktiviti ahli-ahli Belia dan Link.5. Mempengerusikan dan menyelaras semua mesyuarat Pegawai-Pegawai Belia dan Link.6. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari unit Belia dan Link yang mana di dalam bidang dan tugas

beliau. Disyorkan jika terdapat masalah atau keraguan, hendaklah merujuk kepada Pengerusi Cabang atau PenolongPengarah Belia.

9. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan dalam menentukan unit Belia dan Link mendapat latihan yang sewajarnya.

PEGAWAI SERANTA / PERHUBUNGAN AWAM / INFORMASI1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi untuk memberi informasi berhubung dengan aktiviti Cabang.2. Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat untuk mengeluarkan bahan berita berhubung dengan semua aktiviti Cabang

dan Unit.3. Bekerjasama dengan Setiausaha untuk hubungan yang baik dengan lain-lain Jawatankuasa di peringkat Cabang dan Unit.

KUARTERMASTER1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang ke atas semua ‘stock items’, peralatan dan bekalan

kepunyaan Cabang untuk kegunaan bantuan bencana.2. Menyimpan rekod stor dan inventori di peringkat Cabang.

PENGERUSI JKK ANTI DADAH1. Merancang serta mengimplimentasikan aktiviti anti dadah di peringkat Cabang dan Unit.2. Berhubung dengan Jawatankuasa Program Anti Dadah peringkat Cawangan untuk mengendalikan kempen anti dadah

serta menarik perhatian ahli terhadap penyalahgunaan dadah.

PENGERUSI JKK ANUGERAH1. Mengemukakan pencalonan yang telah disokong untuk Anugerah PBSMM dengan menggunakan borang yang telah

disediakan ke peringkat Cawangan.

PENGERUSI JKK PROGRAM DARAH1. Menyelaraskan Program Pendermaan Darah di peringkat Cabang dan Unit.2. Mengatur sessi menderma darah dengan kerjasama Tabung Darah Negeri.

PENGERUSI JKK BANGUNAN1. Mengatur serta mendapat kelulusan yang diperlukan untuk pembinaan bangunan PBSMM di peringkat Cabang dan Unit.2. Mengendalikan kutipan derma bagi tujuan pembangunan tersebut dengan kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Kecil

Kutipan Derma.

PENGERUSI JKK PERKHIDMATAN MASYARAKAT1. Merancang, mengimplimentasi dan menyelaraskan perkhidmatan masyarakat di peringkat Cabang dan Unit.2. Mengendalikan projek bantuan sendiri dan kampong angkat.

PENGERUSI JKK BANTUAN BENCANA1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang di dalam aktiviti Bantuan Bencana.2. Bertanggungjawab untuk mengeluarkan Perintah Pergerakkan dan Arahan Pentadbiran semasa berlaku bencana.3. Bertanggungjawab mengendalikan Bilik Kawalan Bantuan Bencana BSMM Peringkat Cabang dan bekerjasama dengan

Pegawai Penjaga PBS / Belia untuk pengerahan ahli-ahli dan bantuan semasa bencana.4. Berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah untuk barang-barang dan peralatan bantuan semasa bencana.5. Bekerjasama dengan Kuartermaster dalam mengganti kembali bekalan barang-barang bantuan bencana.6. Bertanggungjawab untuk merangka dan mengemaskini Rancangan Sebelum Bencana di peringkat Cabang dan Unit.7. Mewakili Cabang di dalam Jawatankuasa Bencana Kerajaan di peringkat Daerah.

PENGERUSI JKK KUTIPAN DERMA1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang di dalam merangka, mengimplimentasi dan mentaksirkan

aktiviti Kutipan Derma.2. Berhubung dengan Cawangan untuk merangka projek kutipan derma.3. Berhubung dengan Pegawai Penjaga Latihan / PBS / Belia untuk keperluan ahli dan bantuan.

PENGERUSI JKK UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA1. Mengembang serta menyemai Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa di peringkat Cabang dan Unit.2. Menganjur kursus dan seminar dengan kerjasama Jawatankuasa Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa Peringkat

Cawangan / Kebangsaan.

Page 6: KUIS, KOPK2010: Tugas AJK Cabang & PBS BSMM

5

TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI & AJK PERINGKAT UNIT PBS

KOMANDAN1. Mempastikan disiplin, latihan, kecekapan, pakaian seragam, rekod dan kewangan pasukan di dalam keadaan baik.2. Menerima dan melaksana arahan yang diterima daripada BSMM Cabang / Cawangan dari semasa ke semasa.3. Mengatur kursus dan latihan untuk ahli-ahli di bawah jagaannya sepertimana yang diperuntukkan di dalam Buku Panduan

Latihan.4. Mengatur program aktiviti tahunan pasukan.5. Mengagihkan-agihkan tugas rasmi BSMM di kalangan ahli-ahlinya dan mempastikan kehadiran ahli-ahlinya dalam setiap

tugas yang telah diberikan.6. Bertanggungjawab menghantar laporan pasukan kepada BSMM Cabang setiap tahun.

PENOLONG KOMANDAN1. Semasa ketiadaan Komandan, Penolong Komandan akan memikul tanggungjawab Komandan Pasukan.

KUARTERMASTER1. Mengendalikan penerimaan peralatan-peralatan pasukan atau peralatan yang dipinjam daripada Cabang / Cawangan atau

IPK agar sentiasa terpelihara.2. Mengadakan rekod-rekod mengenai alatan serta harta pasukan dan mempastikan boleh digunakan pada bila-bila masa

diperlukan.3. Semasa ketiadaan Komandan dan Penolong Komandan, Kuartermaster akan mengetuai pasukannya.

KETUA UTAMA SEKSYEN1. Melatih dan menjaga disiplin ahli-ahli seksyen di bawah jagaannya.2. Bertanggungjawab mengetuai dua orang Ketua Seksyen.3. Bertindak sebagai Setiausaha di dalam mesyuarat pasukannya.4. Semasa ketiadaan kuartermaster dan lain-lain pegawai atasannya, Ketua Utama Seksyen akan akan mengetuai

pasukannya.

KETUA SEKSYEN1. Menjaga seksyen dan membantu Ketua Utama Seksyen di dalam memantau disiplin ahli di bawah jagaannya.2. Bertanggungjawab mengetuai tiga orang Penolong Ketua Seksyen.3. Semasa ketiadaan semua Pegawai atasan pasukannya, tugas dan tanggungjawab pasukannya akan dipikul olehnya.

PENOLONG KETUA SEKSYEN1. Bertanggungjawab mengetuai empat orang ahli.2. Bertanggungjawab menjaga serta melatih ahli-ahlinya. Sekiranya PBS mempunyai bilangan ahli yang besar, beliau boleh

memberi tunjuk ajar sekurang-kurangnya 15 orang ahli-ahli di dalam pasukannya.