Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

20
SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 9(1), Maret 2021 © 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalam p-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur 55 NORAZAM HASHIMUDIN, ANDI SUWIRTA & MOHD MAHZAN AWANG Kronologi Perjuangan Kemerdekaan di Indonesia dan Malaysia: Menurut Buku Teks Sejarah SMA Kelas 11 dan Sekolah Menengah Tingkatan 4 IKHTISAR: Kajian ini bertujuan untuk mendalami perjalanan mendapatkan kemerdekaan di dua buah negara, iaitu Indonesia dan Malaysia, menurut sejarah yang dinukilkan di dalam buku teks, yang diperlajari di negara masing-masing. Perbandingan tentang bagaimana kemerdekaan dicapai, adakah benar seperti yang ditulis di dalam buku teks tersebut, dibincangkan dan diperhalusi sepanjang kajian bebas ini dilaksanakan. Umum mengetahui bahawa dua buah negara ini, Indonesia dan Malaysia, mempunyai persamaan sejarah yang begitu hampir antara satu sama lain. Justeru, kajian ini dengan menggunakan pendekatan kualitatif, kaedah analisis kandungan, dan sorotan literatur mahukan mengklasifikasikan persamaan dan perbezaan yang wujud secara lebih tepat dan terperinci mengenai kronologi perjuangan kemerdekaan. Melalui kajian ini juga, perbincangan tentang fakta yang wujud dalam kedua-dua buku teks boleh dibandingkan serta ditentukan kesahihannya dengan merujuk kepada sumber-sumber penulisan ilmiah yang lain. Indonesia menempuh jalan revolusi, manakala Malaysia memilih jalan diplomasi dalam memperjuangkan kemerdekaannya. KATA KUNCI: Buku Teks Sejarah; Perjuangan Kemerdekaan; Indonesia dan Malaysia. ABSTRACT: “Chronology of the Independence Struggle in Indonesia and Malaysia: According to the History Textbook of Grade 11 High School and Grade 4 Secondary School”. This study aims to delve into the journey of independence in two countries, namely Indonesia and Malaysia, based on the history quoted in textbooks studied in these respective countries. Comparisons of the various independents required are exactly as written in the textbook that be discussed and refined throughout this independent study. General knowledge of these two countries, Indonesia and Malaysia, have historical similarities that are very close to each other. Thus, this study using a qualitative approach, content analysis methods, and literature review wants to classify the similarities and differences that exist more accurately and in detail about the chronology of the independence struggle. Through this study as well, the discussion of the facts that exist in the two textbooks can be different as well as choose their validity by referring to other sources of scholarly writing. Indonesia took the path of revolution, while Malaysia chose the path of diplomacy in fighting for its independence. KEY WORD: History Textbook; Independence Struggle; Indonesia and Malaysia. Mengenai Penulis: Norazam Hashimudin ialah Pelajar Sarjana Pendidikan Sejarah, Fakulti Pendidikan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia; dan Guru SK (Sekolah Kebangsaan) Malalin, Pulau Jambongan, 90107 Beluran, Sabah, Malaysia. Andi Suwirta, M.Hum. ialah Pelajar Ph.D. by Research pada SPs UPI (Sekolah Pascasiswazah, Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Assoc. Prof. Dr. Mohd Mahzan Awang ialah Pensyarah Fakulti Pendidikan UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. E-mel: [email protected] Cara Mengutip: Hashimudin, Norazam, Andi Suwirta & Mohd Mahzan Awang. (2021). “Kronologi Perjuangan Kemerdekaan di Indonesia dan Malaysia: Menurut Buku Teks Sejarah SMA Kelas 11 dan Sekolah Menengah Tingkatan 4” dalam SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 9(1), Maret, hlm.55-74. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press dan UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808 (print) and ISSN 2684-7388 (online). Riwayat Artikel: Diterima (5 Januari 2021); Direvisi (9 Februari 2021); and Diterbitkan (30 Maret 2021).

Transcript of Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

Page 1: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 9(1), Maret 2021

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur 55

© 2020 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; and UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808 , e-ISSN 2684-7388, and www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur

i

SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 8(2), September 2020

© 2020 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; and UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808 , e-ISSN 2684-7388, and www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur

i

SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 8(1), Maret 2020

Volume 8(1), Maret 2020 p-ISSN 2302-5808 and e-ISSN 2684-7388

Contents

Foreword. [ii]

SIPOS XÉNIA ZSUZSANNA, A Case Study of Tunisia’s Path to Radicalization: A Lost Generation?. [1-26]

FARAHAINA BINTI ANCHONG & HAJI AWANG ASBOL BIN HAJI MAIL, Kesultanan Brunei dan Aceh Tradisional, Abad ke-14 hingga 19 Masihi: Satu Perbandingan Konsep Daulat dan Derhaka pada Era Pengaruh Islam. [27-42]

MALAI YUNUS MALAI YUSOF, Sejarah Kedatangan Masyarakat India dan Penglibatan Awal dalam Sosio-Ekonomi di Negara Brunei Darussalam. [43-62]

LATEEF OMOTOSHO ADEGBOYEGA, History and Placement of Guidance and Counselling in Contemporary World: Perspectives of Counsellors in Nigeria. [63-72]

HAJAH ROZIANA BINTI HAJI MAHMUD, Pendidikan Melayu Wanita Brunei, 1950-1985: Persekolahan Rendah dan Menengah. [73-86]

Info-susurgalur-edutainment. [87-98]

SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah (Journal of History Education & Historical Studies) will provide a peer-reviewed forum for the publication of thought-leadership articles, briefings, discussion, applied research, case and comparative studies, expert comment and analysis on the key issues surrounding the history education and historical studies in general and its various aspects. Analysis will be practical and rigorous in nature. The SUSURGALUR journal, with print ISSN 2302-5808 and online ISSN 2684-7388, was firstly published on March 24, 2013, in the context to commemorate the BLA (Bandung Lautan Api or Bandung a Sea of Flames)’s Day in Indonesia. Since issue of September 2013 to date, the SUSURGALUR journal has jointly been organized by the Lecturers of APB UBD (Academy of Brunei Studies, University of Brunei Darussalam) and the Lecturers of International and Historical Study Program FASS (Faculty of Arts and Social Sciences) UBD in Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam; and published by Minda Masagi Press owned by ASPENSI (the Association of Indonesian Scholars of History Education) in Bandung, West Java, Indonesia. This journal is published twice a year i.e. every March and September. Available online also at: www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur

Volume 8(2), September 2020 p-ISSN 2302-5808 and e-ISSN 2684-7388

Contents

Foreword. [ii]

RIZKI DARMAWAN & MUHAMMAD WASITH ALBAR, Punk Music Group Movement in Jakarta: Marjinal Band, 2001-2009. [99-118]

HAJI AWANG ASBOL BIN HAJI MAIL, Pendidikan dan Dasar-dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam, 1914-1962: Satu Kajian Transformasi. [119-136]

GINA SITI RAHMAH, ANDI SUWIRTA & MOCH ERYK KAMSORI, Kedudukan dan Peranan Politik Harmoko pada Masa Orde Baru, 1983-1999: Dari Menteri Penerangan hingga Ketua Parlemen di Indonesia. [137-158]

FLORENCE BOSEDE FAMOLU, Influence of Parents’ Socio-Economic Status on Career Choice of Undergraduatesin Kwara State, Nigeria: Implications for Counselling. [159-174]

ZULHILMI BIN HAJI JAIDIN, Kepentingan Sokongan Sosial dalam Mengukuhkan Kawalan Sosial terhadap Bekas Pengguna Dadah: Satu Kajian Sorotan Literatur. [175-188]

Info-susurgalur-edutainment. [189-202]

SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah (Journal of History Education & Historical Studies) will provide a peer-reviewed forum for the publication of thought-leadership articles, briefings, discussion, applied research, case and comparative studies, expert comment and analysis on the key issues surrounding the history education and historical studies in general and its various aspects. Analysis will be practical and rigorous in nature. The SUSURGALUR journal, with print ISSN 2302-5808 and online ISSN 2684-7388, was firstly published on March 24, 2013, in the context to commemorate the BLA (Bandung Lautan Api or Bandung a Sea of Flames)’s Day in Indonesia. Since issue of September 2013 to date, the SUSURGALUR journal has jointly been organized by the Lecturers of APB UBD (Academy of Brunei Studies, University of Brunei Darussalam) and the Lecturers of International and Historical Study Program FASS (Faculty of Arts and Social Sciences) UBD in Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam; and published by Minda Masagi Press owned by ASPENSI (the Association of Indonesian Scholars of History Education) in Bandung, West Java, Indonesia. This journal is published twice a year i.e. every March and September. Available online also at: www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur

NORAZAM HASHIMUDIN, ANDI SUWIRTA &MOHD MAHZAN AWANG

Kronologi Perjuangan Kemerdekaan di Indonesia dan Malaysia: Menurut

Buku Teks Sejarah SMA Kelas 11 dan Sekolah Menengah Tingkatan 4

IKHTISAR: Kajian ini bertujuan untuk mendalami perjalanan mendapatkan kemerdekaan di dua buah negara, iaitu Indonesia dan Malaysia, menurut sejarah yang dinukilkan di dalam buku teks, yang diperlajari di negara masing-masing. Perbandingan tentang bagaimana kemerdekaan dicapai, adakah benar seperti yang ditulis di dalam buku teks tersebut, dibincangkan dan diperhalusi sepanjang kajian bebas ini dilaksanakan. Umum mengetahui bahawa dua buah negara ini, Indonesia dan Malaysia, mempunyai persamaan sejarah yang begitu hampir antara satu sama lain. Justeru, kajian ini dengan menggunakan pendekatan kualitatif, kaedah analisis kandungan, dan sorotan literatur mahukan mengklasifikasikan persamaan dan perbezaan yang wujud secara lebih tepat dan terperinci mengenai kronologi perjuangan kemerdekaan. Melalui kajian ini juga, perbincangan tentang fakta yang wujud dalam kedua-dua buku teks boleh dibandingkan serta ditentukan kesahihannya dengan merujuk kepada sumber-sumber penulisan ilmiah yang lain. Indonesia menempuh jalan revolusi, manakala Malaysia memilih jalan diplomasi dalam memperjuangkan kemerdekaannya.KATA KUNCI: Buku Teks Sejarah; Perjuangan Kemerdekaan; Indonesia dan Malaysia.

ABSTRACT: “Chronology of the Independence Struggle in Indonesia and Malaysia: According to the History Textbook of Grade 11 High School and Grade 4 Secondary School”. This study aims to delve into the journey of independence in two countries, namely Indonesia and Malaysia, based on the history quoted in textbooks studied in these respective countries. Comparisons of the various independents required are exactly as written in the textbook that be discussed and refined throughout this independent study. General knowledge of these two countries, Indonesia and Malaysia, have historical similarities that are very close to each other. Thus, this study using a qualitative approach, content analysis methods, and literature review wants to classify the similarities and differences that exist more accurately and in detail about the chronology of the independence struggle. Through this study as well, the discussion of the facts that exist in the two textbooks can be different as well as choose their validity by referring to other sources of scholarly writing. Indonesia took the path of revolution, while Malaysia chose the path of diplomacy in fighting for its independence.KEY WORD: History Textbook; Independence Struggle; Indonesia and Malaysia.

Mengenai Penulis: Norazam Hashimudin ialah Pelajar Sarjana Pendidikan Sejarah, Fakulti Pendidikan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia; dan Guru SK (Sekolah Kebangsaan) Malalin, Pulau Jambongan, 90107 Beluran, Sabah, Malaysia. Andi Suwirta, M.Hum. ialah Pelajar Ph.D. by Research pada SPs UPI (Sekolah Pascasiswazah, Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Assoc. Prof. Dr. Mohd Mahzan Awang ialah Pensyarah Fakulti Pendidikan UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. E-mel: [email protected]

Cara Mengutip: Hashimudin, Norazam, Andi Suwirta & Mohd Mahzan Awang. (2021). “Kronologi Perjuangan Kemerdekaan di Indonesia dan Malaysia: Menurut Buku Teks Sejarah SMA Kelas 11 dan Sekolah Menengah Tingkatan 4” dalam SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 9(1), Maret, hlm.55-74. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press dan UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808 (print) and ISSN 2684-7388 (online).

Riwayat Artikel: Diterima (5 Januari 2021); Direvisi (9 Februari 2021); and Diterbitkan (30 Maret 2021).

Page 2: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur56

NORAZAM HASHIMUDIN, ANDI SUWIRTA & MOHD MAHZAN AWANG,Kronologi Perjuangan Kemerdekaan

PENDAHULUANSebagai salah seorang pelajar Pascasiswazah Jurusan

Pendidikan Sejarah di Fakulti Pendidikan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), sekaligus menggalas tanggungjawab seorang pendidik, Pengkaji I – dengan diselia oleh Pengkaji II dan Pengkaji III – merasa terpanggil untuk memilih tajuk berkenaan sebagai kajian yang ingin dilaksanakan, kerana ia berkait rapat dengan tugas hakiki sebagai guru yang mengajarkan sejarah. Pemilihan tajuk dibuat untuk menganalisis dan membuat perbandingan kandungan buku teks sejarah peringkat sekolah di kedua buah negara, iaitu: Indonesia dan Malaysia.

Dua buku teks yang sedang dipelajari dalam silibus pendidikan kebangsaan kedua-dua negara telah dipilih untuk menjayakan kajian ini, iaitu: Buku Teks Sejarah SMA (Sekolah Menengah Atas) Kelas 11 dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah Tingkatan 4. Pemilihan ini dibuat berdasarkan kandungan terperinci yang terdapat di dalam kedua naskah tersebut, yang mana ia merangkumi usaha perjuangan menuntut kemerdekaan, atau lebih dikenali dengan istilah perjuangan nasionalisma (Sardiman & Lestariningsih, 2017; dan Hasan et al., 2019).

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mendalami secara kritikal perjalanan mendapatkan kemerdekaan di kedua-dua buah negara. Perbandingan tentang bagaimana kemerdekaan dicapai; adakah benar seperti yang dinukilkan di dalam kedua buku teks tersebut akan dibincangkan dan diperhalusi sepanjang kajian bebas ini dilaksanakan.

Mengulang-kaji sejarah kemerdekaan dan perjuangan nasionalisma, semestinya, sangat penting dalam pembangunan jati diri bangsa. Kajian yang mana mengambil pendekatan analisis kandungan buku teks sejarah di sekolah seperti ini, jarang dilaksanakan dan ditulis, kerana lazimnya ia berhadapan dengan dua masalah sekaligus, iaitu: masalah ilmiah dan masalah campur tangan politik dalam pendidikan. Namun, kajian ini diteruskan memandangkan ia mempunyai banyak kepentingan yang bermakna dan sumbangan daripada kajian ini boleh dimanfaatkan oleh ramai pihak.

Kepentingan Buku Teks dalam Pendidikan di Sekolah. Buku teks telah menjadi suatu alat penting yang diperlukan untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain dari dimanfaatkan oleh guru sekolah untuk menyediakan

Page 3: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 9(1), Maret 2021

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur 57

bahan pembelajaran, buku teks merupakan bahan bantu yang memudahkan perkembangan pengetahuan pelajar, kerana ia mengandungi representasi yang berbeza yang menyumbang kepada proses pembelajaran pelajar. Idea buku teks asalnya diadakan supaya dapat meningkatkan prestasi dan mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Haifa Afifah (2014), dan sarjana lainnya, buku teks merupakan buku pelajaran dalam bidang tertentu, yang standardnya telah disusun oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut dengan tujuan-tujuan instruksional, yang dilengkapi dengan pelbagai cadangan pengajaran yang serasi dan mudah difahami oleh pelajar di sekolah-sekolah dan pengajian tinggi, sehingga dapat menunjang satu struktur pengajaran (Muslich, 2010; Sitepu, 2012; dan Afifah, 2014).

Mansur Muslich (2010), dan sarjana lainnya, pula berpendapat bahawa buku teks adalah sebuah buku yang berisi huraian bahan mata pelajaran atau bidang tertentu, yang disusun secara sistematik dan telah disunting berdasarkan tujuan tertentu, orientasi pembelajaran, dan perkembangan pelajar untuk diasimilasikan. Buku teks adalah perkara yang paling hampir dengan pelajar dari segi kurikulum; dan tujuan buku teks ini adalah untuk membantu pembelajaran pelajar. Walaupun terdapat hubungan yang jelas antara buku teks dan pelajar, bukti melalui kajian yang menggariskan bagaimana pelajar benar-benar menggunakan buku teks mereka masih lagi terhad (Muslich, 2010; Sitepu, 2012; dan Afifah, 2014).

Buku teks digubal untuk menterjemahkan dasar kurikulum kepada bentuk praktikal, yang dapat dijalankan oleh guru dan pelajar. Ia berfungsi sebagai perantara antara perancang dasar kurikulum dan guru yang memberikan arahan di bilik darjah. Peranan perantara ini mungkin berbeza-beza mengikut spesifikasi dari berbagai bangsa, sistem pendidikan, dan bilik darjah. Oleh itu tidak hairanlah jika buku teks berbeza-beza di setiap tempat dan negara (Valverde et al., 2002:2; Muslich, 2010; dan Awang, Ahmad & Samad, 2019).

Nilai pendidikan di dalam sesebuah buku teks sangat penting. Menurut J. Mikk (2000), dan sarjana lainnya, bahawa analisis buku teks bermula pada tahun 900 Masihi, ketika Talmudist menghitung kata-kata dan idea dalam teks. Buku teks adalah sesuatu yang akan dibaca oleh pelajar setiap hari dan mereka mengahadam apa sahaja mesej, tidak kira

Page 4: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur58

NORAZAM HASHIMUDIN, ANDI SUWIRTA & MOHD MAHZAN AWANG,Kronologi Perjuangan Kemerdekaan

seberapa kecil, ianya bersifat terbuka untuk ditafsirkan oleh minda muda mereka yang mudah dipengaruhi. Oleh itu, proses pengembangan, penyuntingan, dan penerbitan buku teks harus merangkumi sebilangan orang, bukan hanya golongan tertentu sahaja. Dalam konteks ini, J. Mikk (2000), dan sarjana lainnya, juga menunjukkan bahawa “pasukan kerja” ini haruslah terdiri daripada pakar mata pelajaran, seorang guru, ahli psikologi pendidikan, illustrator, dan pakar teks agar semua pertimbangan dapat diterima (Mikk, 2000:77; Ravitch, 2003; dan Shak, 2020).

Buku teks yang baik perlu mempertimbangkan kandungan, aspek pembentukan nilai, elemen motivasi, aksesibilitasi, ilustrasi, panduan belajar, dan lain-lain, yang mana mesti mendorong kepada keperluan pengetahuan. Hal ini kerana kandungan buku teks akan mempengaruhi pemilihan dan penekanan yang diterapkan oleh guru dan pelajar, seterusnya mempengaruhi hasil pembelajaran. Hal yang demikian menjadikan kandungan sesebuah buku teks itu sangat penting dan perlu selalu disemak dan dibetulkan, sekiranya terdapat ralat dari segi penyampaian fakta, kerana kesannya kepada masa depan pendidikan negara begitu ketara (Mulryan, 1984; Graves, 2000; dan Rahmawati, 2015).

Bukan itu sahaja, buku teks sejarah merupakan alat penting dalam pembinaan bangsa. Hal ini kerana sejarah merupakan faktor terpenting dalam menilai sifat sesebuah bangsa. Bangsa yang hebat pasti mempunyai narasi perjuangan yang gah. Tidak terkecuali bangsa Malaysia dan Indonesia, yang mana sejarah perjuangan kemerdekaan di kedua-dua buah negara itu mempunyai keunikannya yang tersendiri. Buku teks sejarah memainkan peranan yang paling penting dalam menjadi medium penyampaian narasi perjuangan kepada pelajar yang bakal menjadi tonggak bangsa dan negara. Oleh itu, amatlah penting untuk memastikan fakta yang terkandung di dalam buku teks yang dipelajari di sekolah tepat, benar, dan boleh ditentukan kesahihannya, bukan hanya dongengan satria semata-mata (Suwirta, 2010; Susanto, 2014; dan Marta, 2015).

Menyoroti sejarah kemerdekaan rakyat Indonesia, mereka telah bermandikan darah demi membebaskan negara tercinta dari cengkaman penjajah Belanda. Hal ini jelas mempengaruhi minda rakyat Indonesia bahawa nilai kemerdekaan yang sebenar diperolehi melalui pengorbanan nenek-moyang yang

Page 5: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 9(1), Maret 2021

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur 59

terdahulu. Jati diri rakyat Indonesia yang jitu dilahirkan melalui keberanian yang ditonjolkan dalam sejarah negara, yang mereka pelajari sejak dari sekolah (Siboro, 1988; Sjamsuddin et al., 2012; Naredi, 2019).

Berbeza dengan sejarah Malaysia, perjuangan mendapatkan kemerdekaan di negara ini adalah melalui kebijaksanaan pemimpin dalam membina hubungan untuk mendapatkan toleransi British. Penyampaian yang berkesan melalui buku teks mampu memahamkan pelajar bahawa kemerdekaan tanpa pertumpahan darah bukan bermakna perjuangan yang mudah, bahkan sebaliknya rakyat akan sedar keamanan bukan hanya boleh didapati melalui peperangan semata-mata. Tuntasnya, umum mengetahui bahawa kedua buah negara ini mempunyai persamaan dan perbezaan sejarah antara satu sama lain (Ahmad & Suwirta, 2007; Ayudin, 2011; dan Awang, Ahmad & Samad, 2019).

Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengklasifikasikan persamaan dan perbezaan fakta yang wujud dalam kedua-dua buku teks, sehingga boleh dibandingkan dan ditentukan kesahihannya dengan merujuk kepada sumber-sumber penulisan ilmiah yang lain.

Semarak Perjuangan Kemerdekaan Indonesia. Sepanjang perjalanannya, negara Indonesia telah mengalami beberapa pencerobohan dan pengambilalihan selama ratusan tahun, sebelum akhirnya diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka sepenuhnya pada tarikh 17hb Ogos 1945. Menurut Encyclopedia of Western Colonialism since 1450, armada Belanda dan Inggeris tiba sejurus selepas Portugis dalam perlumbaan untuk menguasai pulau rempah yang kaya dengan pelbagai sumber mentah. Rombongan Belanda pertama berlayar dari Belanda pada tahun 1595 dan pada tahun 1605, Belanda telah menguasai pulau-pulau rempah (Ricklefs, 2007; Hapsari, 2012; dan Prawira & Maryati, 2019).1

Kekuasaan Belanda di Nusantara berkembang secara beransur-ansur, dan pemerintahan kolonial bukanlah tujuan asal Syarikat Hindia Timur Belanda atau VOC (Vereenidge Oost-Indische Compagnie), tetapi lebih kepada menguasai

1Lihat pula, contohnya, “Indonesian Independence Struggle” in Encyclopedia of Western Colonialism since 1450. Available online also at: https://www.encyclopedia.com/history/encyclopedias-almanacs-transcripts-and-maps/indonesian-independence-struggle [accessed in Beluran, Sabah, Malaysia: March 2, 2020]; dan “Independence for Indonesia” in History Today. Available online also at: https://www.historytoday.com/archive/independence-indonesia [accessed in Beluran, Sabah, Malaysia: March 2, 2020].

Page 6: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur60

NORAZAM HASHIMUDIN, ANDI SUWIRTA & MOHD MAHZAN AWANG,Kronologi Perjuangan Kemerdekaan

perdagangan dari Amsterdam. Setelah awal abad ke-17, sebuah pelabuhan telah diperkuatkan dan dinamakan “Batavia”, yang dikenali sekarang sebagai “Jakarta” di Barat Jawa. Terdapat banyak kenyataan tempatan Jawa yang dihasilkan. Pada pertengahan abad ke-18, hubungan simbiosis Belanda-Jawa yang bertahan dari kebangkrutan VOC pada tahun 1799, dan segera mengambil bentuk pemerintahan kolonial, yang berkembang dan disatukan pada akhir tahun 1800-an (Makmur et al., 1993; Ricklefs, 2007; dan Suwirta, 2009).

Selama beberapa dekad berikutnya, Belanda memperluas kekuasaan mereka, menjajah pulau-pulau dan memperbudak- budakkan penduduk tempatan. Belanda memerintah Indonesia selama 350 tahun ke depan. Semasa pemerintahan Belanda, orang Indonesia dipaksa untuk menanam tanaman yang diperdagangkan di Eropah dan penduduk tempatan menjadi miskin. Tidak sampai abad ke-20, pemerintah Belanda telah membangunkan sekolah dan mengeluarkan wang untuk rawatan kesihatan, sanitasi, dan sistem pengairan (Resink, 1987 dan 2013; Ricklefs, 2007; Herdiansyah, 2010; dan Absiroh, Isjoni & Bunari, 2019).

Pada tahun 1942, semasa Perang Dunia II (1939-1945), Jepun pula menyerang Indonesia. Pada mulanya, orang Indonesia menyambut orang Jepun sebagai pembebas dari penjajahan Belanda. Namun sebaliknya berlaku, apabila menyedari orang Jepun adalah penguasa yang kejam dan mengeksploitasi rakyat Indonesia dan sumber kekayaan mereka. Semasa Perang Dunia II, masa Indonesia dijajah oleh Jepun, gerakan nasionalis tempatan dapat berkembang. Penjajahan Jepun telah mendorong gerakan kemerdekaan Indonesia, yang menuntut kebebasan sejak bertahun-tahun pemerintahan kolonial Belanda (Benda, 1980; Suwirta, 1989; Mahayana, 2007; Kahin, 2013; dan Prawira & Maryati, 2019).

Pada tahun 1945, Jepun kalah dalam perang. Pada 17 Ogos 1945, Indonesia diisytiharkan merdeka oleh Soekarno, Presiden pertama negara Indonesia, yang dikongsi oleh Mohamad Hatta, Naib Presiden pertama negara Indonesia. Namun, di sebalik pengisytiharan itu, Belanda enggan mengakui kemerdekaan Indonesia, dan perang gerilya berdarah pun berlaku. Akhirnya, pada 27 Disember 1949, setelah empat tahun berperang, Belanda akhirnya mengiktiraf kemerdekaan Indonesia (Kahin, 2013; Mahayana, 2007; dan Reid, 2018).

Page 7: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 9(1), Maret 2021

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur 61

Pada awal abad ke-20, lahirnya gerakan nasionalis di Indonesia dalam kalangan elit pribumi yang berpendidikan Barat. Pertubuhan BO (Boedi Oetomo), yang didirikan pada tahun 1908, memfokuskan kepada merangsang budaya Jawa tempatan. Empat tahun kemudian, sebuah organisasi yang lebih meluas, iaitu SI (Sarekat Islam), menuntut penglibatan demokratik. Satu kejayaan besar datang dengan penubuhan PNI (Parti Nasional Indonesia), parti nasionalis yang ditubuhkan oleh Soekarno pada tahun 1927 di Bandung. Pemberontakan PKI (Parti Komunis Indonesia) dicuba pada tahun 1926/1927, tetapi gagal; yang diikuti dengan penindasan keras dari pihak penjajah Belanda kepada kumpulan nasionalis radikal ini. Pada tahun 1930-an, Soekarno dan pemimpin radikal lainnya mendapati dirinya berada di penjara (Ingleson, 1983; McVey, 2010; dan Kahin, 2013).

Pada 17 Ogos 1945, Republik Indonesia merdeka dengan Soekarno sebagai Presiden dan Mohamad Hatta sebagai Naib Presiden. Pasukan bersekutu, yang mana kebanyakan tentera India dan Britain, ketibaan di Indonesia. Tidak sampai enam minggu kemudian, pada masa itu negara Republik Indonesia mula bertapak dan kebanggaan nasionalis daripada para warga negaranya telah meningkat. Tempoh Oktober-Disember 1945 dipenuhi dengan konflik ganas, di mana orang Indonesia menjelaskan bahawa mereka akan mempertahankan kemerdekaan mereka dengan cogan kata “Merdeka atau Mati” (Kahin, 2013; Suwirta, 2015; Anderson, 2018; dan Pardi, 2019).

Perkara ini memaksa Belanda berunding dengan pihak Republik Indonesia untuk menghentikan permusuhan, ekoran pihak British menarik diri pada akhir tahun 1946. Republik Indonesia kemudiannya bertahan dari dua tindakan pencerobohan Belanda (Julai 1947 dan Disember 1948) serta pemberontakan pihak Komunis dalaman (September 1948), yang natijahnya, pada 27 Disember 1949, Den Haag secara rasmi mengakui kedaulatan Republik Indonesia Syarikat, yang setahun kemudian dibentuk menjadi Republik Indonesia Bersatu atau Negara Kesatuan Republik Indonesia (Ricklefs, 2007; Kahin, 2013; Reid, 2018; dan Nugraha & Setiawan, 2019).

Perjuangan Kemerdekaan di Malaysia. Sepertimana Indonesia, cabaran yang dilalui Malaysia untuk mencapai kemerdekaan tidak kurang hebatnya. Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis; dan itulah permulaan era

Page 8: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur62

NORAZAM HASHIMUDIN, ANDI SUWIRTA & MOHD MAHZAN AWANG,Kronologi Perjuangan Kemerdekaan

penjajahan di Tanah Melayu. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641; dan British pada tahun 1824, melalui Perjanjian Anglo-Belanda. Penjajahan Inggeris adalah yang paling lama berbanding yang lain. British telah menggabungkan semua pentadbiran Tanah Melayu yang sebelumnya dikendalikan oleh Raja-raja Melayu dengan bantuan orang-orang kenamaan negara. Campur tangan Inggeris telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Sebilangan individu bangkit menentang penjajah, namun ia mudah dikalahkan oleh Inggeris, kerana usaha mereka lebih kepada keperibadian. Antara pahlawan yang menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Dato Maharajalela, Rosli Dobi, dan beberapa yang lain (Andaya & Andaya, 1983; Zakaria, 2015; dan Rahim et al., 2018).

Bermula pada tahun 1920-an sehingga 1930-an, banyak penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, baik dari British, Timur Tengah, atau pendidikan tempatan. Akibatnya, kumpulan berpendidikan ini nampaknya berperan atas nama nasionalisme. Mereka menggunakan media, seperti surat khabar dan majalah, untuk menyebarkan ideologi mereka. Ada juga di antara mereka yang telah membentuk persatuan, seperti KMM (Kesatuan Melayu Muda) dan KMS (Kesatuan Melayu Singapura), yang bertujuan mengusir penjajah dan membentuk kerajaan mereka sendiri (Andaya & Andaya, 1983; Roff, 1994; dan Schauer, 2012).

Dalam pada itu, dengan usaha menuntut kemerdekaan maka wujudlah gerakan nasionalisma di Tanah Melayu. Pendudukan Jepun dari tahun 1941 sehingga 1945 pula telah menyumbang kepada pertumbuhan nasionalisma Melayu, dengan menghancurkan mitos keunggulan Eropah dan dengan mempromosikan tema anti-kolonial “Asia untuk Orang Asia”, yang mendapat rentak penerimaan dalam kalangan orang Melayu (Andaya & Andaya, 1983; Abdullah, 2011; dan Ghani & Paidi, 2019).

Ini juga mempunyai kesan buruknya hubungan etnik. Sebilangan besar orang Melayu bekerjasama secara pasif dengan PKM (Parti Komunis Malaya). Kerjasama ini, pada asalnya, adalah untuk menentang Jepun. Namun, akhirnya, kekerasan secara rawak meninggalkan warisan ketakutan dan ketidakpercayaan ramai orang (Andaya & Andaya, 1983; Abdullah, 2011; dan Tiew, 2019).

Page 9: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 9(1), Maret 2021

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur 63

Tetapi keputusan British pada tahun 1946, tanpa perundingan, untuk menerapkan sistem politik yang baru di Tanah Melayu telah menggalakkan nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Malayan Union meminta syarat kewarganegaraan liberal untuk orang bukan Melayu, penghentian “hak istimewa” Melayu, serta penghapusan kuasa dan status penguasa. Hal ini menjadi faktor penyebab utama, yang menjadi pemangkin, kepada gerakan nasionalisma Melayu, yang tidak dapat dirangsang oleh penjajahan sebelum perang, reformasi Pan-Islam, ideologi Melayu/Indonesia Raya, dan Perang Dunia (Andaya & Andaya, 1983; Abdullah, 2011; dan Ghani & Paidi, 2019).

Golongan elit Melayu percaya bahawa sistem politik yang menawarkan kewarganegaraan bersama dan hak politik yang sama untuk semua orang akan memusnahkan bangsa Melayu. Mungkin reaksi popular terhadap Malayan Union mengejutkan, bahawa orang Melayu ada hak mereka yang wujud sebagai komuniti sejarah. Kongres Melayu yang diadakan pada tahun 1946, untuk menangkis prospek “kepupusan kaum”, membawa kepada penubuhan organisasi pusat, iaitu UMNO (United Malays National Organisation), yang menjadi organisasi utama untuk melindungi dan mempromosikan kepentingan Melayu. Pemimpin tradisional yang konservatif berbahasa Inggeris, yang sebelumnya menyokong pemerintahan Inggeris, kini memimpin perjuangan menentang Malayan Union (Andaya & Andaya, 1983; Abdullah & Pedersen, 2003; dan Abdullah, 2011).

Balik semula kepada zaman Jepun, ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk mengakhiri pencerobohan penjajah British, mereka tersentak dengan pendaratan Jepun pada akhir tahun 1941, yang membawa Tanah Melayu ke era penjajahan yang lain. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945, sebelum menyerah akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada PKM (Parti Komunis Malaya) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu melalui kekerasan, mereka telah membunuh tiga pengurus ladang getah Eropah di Sungai Siput, Perak (Kheng, 1982; Andaya & Andaya, 1983; dan Tiew, 2019).

Oleh itu, pada bulan Jun 1948, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat ke atas Tanah Melayu. PKM tidak berjaya menawan Tanah Melayu dan Inggeris kembali

Page 10: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur64

NORAZAM HASHIMUDIN, ANDI SUWIRTA & MOHD MAHZAN AWANG,Kronologi Perjuangan Kemerdekaan

berkuasa. Pentadbiran Tentera British atau BMA (British Military Administration) adalah antara berakhirnya Perang Dunia II dan penubuhan Malayan Union. Pada 1 April 1946, British menubuhkan Malayan Union. Namun, idea ini mendapat pertarungan dari orang Melayu untuk menghapuskan institusi Raja dan hak istimewa orang Melayu (Andaya & Andaya, 1983; Adam, 2009; dan Abdullah, 2011).

Kemunculan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah memberi lapisan perak kepada perjuangan nasionalis Tanah Melayu, ketika tindakannya membentuk Parti Perikatan telah mula membuka mata orang Inggeris untuk membiarkan orang Melayu memerintah negara mereka sendiri. Perpaduan antara tiga kumpulan etnik utama, iaitu Melayu, Cina, dan India, telah membawa kepada Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956; dan telah memberi tanda-tanda bahawa Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Setelah kembali dari London, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah membuat pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka, pada 20 Februari 1956 (Andaya & Andaya, 1983; Embong, 2006; dan Adam, 2009).

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah mencadangkan penggabungan lima jajahan, iaitu Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei untuk dibentuk negara baru. Pada 9 Julai 1963, wakil kerajaan Britain, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura, kecuali Brunei, menyebabkan perkara itu tidak dapat dielakkan. Hasrat untuk membentuk sebuah negara bernama Malaysia tercapai pada 16 September 1963 (Andaya & Andaya, 1983; Adam, 2009; dan Hasan et al., 2019).

KAEDAH KAJIANKaedah yang digunakan adalah kajian kandungan yang

menggunakan pendekatan kajian literatur dari beberapa sumber dengan meneliti sejumlah penemuan dalam bentuk pengumpulan buku sebagai sumber rujukan serta membandingkan sumber dalam perbincangan ini. Kajian penyelidikan mengaplikasikan pendekatan kualitatif, dengan menggunakan kaedah interpretif, penghuraian, dan kajian sejarah melalui beberapa bahan bertulis, seperti buku teks, yang merupakan sumber rujukan utama, serta beberapa lagi rujukan tambahan yang diambil melalui jurnal dan thesis

Page 11: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 9(1), Maret 2021

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur 65

kajian-kajian yang terdahulu. Kajian ini juga mengamalkan konsep memahami makna, esei, pemahaman, dan bagaimana pembentukan sesuatu fenomena (Creswell, 1998; Sjamsuddin, 2007; dan Zed, 2008).

Menurut Helius Sjamsuddin (2007), kaedah sejarah dimulai dengan tahap pengumpulan data, kritikan atau verifikasi, penafsiran, dan penulisan sejarah sebagai kerangka pemikiran dalam kajian sejarah. Klaus Kripendoff (1991) pula, sepertimana dipetik oleh M.D. Kurniawan & A. Suwirta (2016), berpendapat bahawa analisis kandungan tidak hanya menjadikan isi kandungan sebagai objeknya, tetapi juga mempunyai kaitan dengan konsep simbolik fenomena yang lebih baru dalam dunia komunikasi. Analisis kandungan adalah teknik penyelidikan untuk membuat kesimpulan atau maklumat yang dapat ditiru dan valid data dengan memperhatikan konteks (Kripendoff, 1991; Suprayogo, 2001; Sjamsuddin, 2007; dan Kurniawan & Suwirta, 2016).

Kaedah pengumpulan data kajian ini adalah meneliti dua buah buku teks Sejarah yang diterbitkan dan digunakan dalam pembelajaran kurikulum kebangsaan, masing-masing di Malaysia dan Indonesia. Tumpuan kajian diberikan pada subjek yang membincangkan, iaitu: gerakan nasionalisma dan perjuangan kemerdekaan, kerana kedua-dua topik tersebut menjadi perkara tunjang yang ingin diterokai secara relatif oleh pengkaji. Manakala, analisis data kajian menjurus ke arah penghuraian deskriptif dan pandangan terhadap fakta yang tercatat dalam kedua-dua buku teks tersebut. Pengkaji juga menggunakan kaedah sejarah untuk melihat perkembangan pembelajaran sejarah di Indonesia dan Malaysia, dengan melihat peristiwa sejarah di kedua-dua buah negara berkenaan (Suprayogo, 2001; Sjamsuddin, 2007; dan Zed, 2008).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN Adakah yang direkodkan di dalam naskah buku teks

dan dipelajari di sekolah boleh dipercayai aturan dan penyusunannya? Kita sedia maklum bahawa buku teks menjadi panduan dan rujukan utama hampir sebilangan besar rakyat, baik golongan guru, pelajar, mahupun orang awam. Namun, adakah kesahihannya boleh dinilai sebagai benar keseluruhannya, tanpa perubahan yang dipengaruhi oleh sebarang faktor? Berikut nak disentuh dan dikupas, iaitu: (1)

Page 12: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur66

NORAZAM HASHIMUDIN, ANDI SUWIRTA & MOHD MAHZAN AWANG,Kronologi Perjuangan Kemerdekaan

Sejarah Kemerdekaan Indonesia; dan (2) Sejarah Kemerdekaan Malaysia.

Sejarah Kemerdekaan Indonesia. Mengikut buku teks, kononnya “Indonesia dijajah oleh Belanda selama tiga setengah abad”. Daripada pernyataan ini, timbul beberapa persoalan. Persoalannya, adakah benar Belanda menguasai Indonesia selama tempoh itu? Menurut pernyataan tersebut, ia mengandaikan bahawa Indonesia sudah menjadi negara yang bersatu pada akhir 1500-an atau awal 1600-an. Hakikatnya, seluruh wilayah yang sekarang kita kenal sebagai “Indonesia” tidak ditakluki oleh Belanda pada waktu yang sama dan kemudian dimiliki selama setengah abad. Sebaliknya, berabad-abad waktu diperlukan untuk pengembangan politik secara beransur-ansur sebelum wilayah itu berada di bawah penguasaan Belanda. Wilayah Aceh antara contoh bahagian penguasaan Belanda yang sangat dangkal (cf Resink, 1987 dan 2013; Ricklefs, 2007; Sardiman & Lestariningsih, 2017; Jamil, Sumarjono & Soepeno, 2017; dan Absiroh, Isjoni & Bunari, 2019).

Kebenarannya, Belanda menguasai seluruh kawasan yang sekarang kita kenal sebagai “Indonesia” hanya sekitar tahun 1930-an. Beberapa bahagian sememangnya dijajah selama tiga setengah abad, sebagai contoh Batavia yang dikenali sebagai “Jakarta” dan bahagian Maluku, manakala bahagian lain dikuasai oleh Belanda hanya selama dua abad, contohnya seperti di kepulauan Jawa. Namun begitu, kebanyakan bahagian lain di kepulauan besar ini secara beransur-ansur ditakluki sepanjang abad ke-19 dan awal abad ke-20 (Resink, 1987 dan 2013; Ricklefs, 2007; Sardiman & Lestariningsih, 2017; Limah et al., 2018; dan Absiroh, Isjoni & Bunari, 2019).

Realitinya, masih ramai daripada wilayah orang asli Indonesia, tidak pernah melihat orang Belanda. Namun mengapa narasi buku teks Sejarah untuk SMA (Sekolah Menengah Atas) di Indonesia mencatatkan sejarah sedemikian? Kebanyakan sejarah, terutamanya, yang direkodkan dalam buku teks menceritakan bahawa seluruh Indonesia dijajah oleh Belanda selama tiga setengah abad, pasal dipengaruhi oleh suatu faktor utama, yakni politik (Resink, 1987 dan 2013; Ricklefs, 2007; Kurniawan & Suwirta, 2016; Sardiman & Lestariningsih, 2017; dan Absiroh, Isjoni & Bunari, 2019).

Kita sedia maklum bahawa nasionalisma Indonesia didorong oleh kesedaran dalam kalangan orang muda di Nusantara,

Page 13: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 9(1), Maret 2021

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur 67

tanpa mengira apapun latar belakang etnik, budaya, atau agama. Mereka mempunyai satu musuh dan tujuan bersama, iaitu menentang kolonial Belanda. Memiliki musuh inilah pada dasarnya yang menyatukan penduduk asli Indonesia. Ini juga menjelaskan mengapa setelah musuh benar-benar hilang pada tahun 1949, mulanya muncul huru-hara berpanjangan dalam politik dan masyarakat Indonesia antara tahun 1949 dan 1967. Boleh dikatakan semasa hilangnya musuh ini, semua perbezaan yang mendasari antara rakyat Indonesia muncul ke permukaan yang mengakibatkan dalam pemberontakan, bangkitnya seruan untuk memisahkan diri, dan membuat keputusan yang mustahil di peringkat politik. Namun, kekacauan dapat ditamatkan semasa Presiden Soeharto (1966-1998) melaksanakan rejim otoriter yang baharu (Resink, 1987 dan 2013; Ricklefs, 2007; Kurniawan & Suwirta, 2016; Sardiman & Lestariningsih, 2017; dan Absiroh, Isjoni & Bunari, 2019).

Penyeragaman sejarah merupakan tindakan bijak pemimpin dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Perjuangan mendapatkan kemerdekaan dari Belanda bukanlah suatu perkara yang mudah. Justeru, amatlah penting bagi pemerintah Indonesia untuk menjaga bangsa Indonesia supaya dapat bersatu. Salah satu strategi pintar adalah dengan mencipta “sejarah penjajahan selama tiga setengah abad”, supaya dikongsi oleh semua orang di Indonesia. Sekiranya rakyat Indonesia menyedari bahawa mereka tidak mempunyai sejarah yang sama, ia akan membahayakan perpaduan Indonesia, terutama pada tahun 1940-an dan 1950-an, yang mana ianya dilihat begitu rapuh (Resink, 1987 dan 2013; Ricklefs, 2007; Jamil, Sumarjono & Soepeno, 2017; Sardiman & Lestariningsih, 2017; dan Absiroh, Isjoni & Bunari, 2019).

Menyedari timbulnya persoalan sedemikian, ramai berpendapat bahawa tanpa narasi zaman penjajahan yang diseragamkan ini, kemungkinan besar tidak akan dapat membangunkan satu bangsa Indonesia, tetapi besar kemungkinan kerajaan hari ini akan menjadi pelbagai negara bangsa yang terpisah dengan pembahagian, sepertimana kerajaan asli yang lama di Nusantara (Resink, 1987 dan 2013; Ricklefs, 2007; Kahin, 2015; Sardiman & Lestariningsih, 2017; Limah et al., 2018; dan Absiroh, Isjoni & Bunari, 2019).

Sejarah Kemerdekaan Malaysia. Buku teks untuk Sekolah Menengah di Malaysia pun, kononnya, menyatakan

Page 14: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur68

NORAZAM HASHIMUDIN, ANDI SUWIRTA & MOHD MAHZAN AWANG,Kronologi Perjuangan Kemerdekaan

bahwa “Malaysia mencapai kemerdekaan tanpa berlakunya pertumpahan darah”. Ini merupakan persoalan mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia yang menjadi kontroversi banyak pihak, terutama pengkaji sejarah di negara luar. Mereka berpendapat bahwa perjuangan kemerdekaan yang sebenar memerlukan pengorbanan yang lebih daripada sebuah rundingan meja bulat, sepertimana yang direkodkan dalam sejarah kemerdekaan Malaysia (Andaya & Andaya, 1983; Ahmad & Suwirta, 2007; Suwirta, 2010; Ghani & Paidi, 2019; dan Hasan et al., 2019).

Hal yang demikian perlu diperbahaskan lebih lanjut dalam perbincangan ini. Hakikatnya, kita perlu melihat perkara ini dari segenap sudut. Adakah benar bahawa perjuangan kemerdekaan Malaysia hanya sekadar itu, tanpa mengambil kira peristiwa-peristiwa yang terjadi sebelumnya?

Buku teks untuk Sekolah Menengah di Malaysia pula menyatakan bahwa “Nikmat kebebasan daripada cengkaman penjajah yang dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia hari ini bukanlah didapati dalam masa yang singkat”. Berpuluh tahun sebelumnya, perjuangan membebaskan negara dari penguasaan kuasa asing telah lama berlaku. Hal ini, tentunya, telah melibatkan korban nyawa dan harta yang terlalu banyak. Namun, bertuahnya, negara berdaulat ini kerana dikurniakan pemimpin yang bijak dalam diplomasi, yang mana akhirnya jalan menuntut kemerdekaan dimudahkan, sekaligus menyelamatkan ramai nyawa daripada terkorban. Perjalanan menuntut kemerdekaan negara Malaysia dipimpin oleh seorang tokoh yang berwibawa dan dikenali sebagai “Bapa Kemerdekaan Malaysia”, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, yang juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama (Andaya & Andaya, 1983; Adam, 2009; dan Hasan et al., 2019).

Tunku lahir daripada golongan bangsawan, anglofil, dan popular dalam kalangan orang bukan Melayu. Beliau dianggap ideal untuk pengawasan bangsa baru, dan dialah yang memimpin orang-orang Malaya dan Borneo menuju Malaysia sekarang. Maka tidaklah melampau jika buku-buku teks Sejarah di Malaysia menyatakan bahwa: Faktor pemilihan pemimpin yang berkredibliti, seperti Tunku inilah, yang dilihat mempengaruhi pihak British dalam memberikan kemerdekaan kepada Malaysia (Adam, 2009; Zakaria, 2015; dan Hasan et al., 2019).

Page 15: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 9(1), Maret 2021

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur 69

Kebijaksanaan diplomasi yang dimainkan oleh Tunku membuahkan hasil, apabila beliau pulang dari London bukan dengan tangan kosong; sebaliknya, membawa berita baik bahawa kemerdekaan akhirnya akan tiba di Tanah Melayu (Andaya & Andaya, 1983; Adam, 2009; dan Hasan et al., 2019).

Di antara tahun 1955 sehingga 1957, Tunku dan kabinetnya menyiapkan Perlembagaan Tanah Melayu, membincangkan pentadbiran keadilan, memperkukuhkan keharmonian kaum di negara Malaysia, dan memutuskan untuk menewaskan Komunis. Tunku memimpin negara, ketika dia melaungkan Merdeka sebanyak tujuh kali di Stadium Merdeka, yang baru dibina, pada 31 Ogos 1957 (Adam, 2009; Zakaria, 2015; dan Hasan et al., 2019).2

Benar seperti yang dikatakan ramai pihak bahawa kemerdekaan Malaysia begitu berbeza dengan kemerdekaan negara lain. Perbezaan ini merujuk kepada memperoleh kemerdekaan secara rundingan damai antara Malaysia dan pihak British. Belum pernah negara lain melakukan cara sedemikian sebelum Malaysia. Sejak dari itu, rakyat Malaysia berjanji untuk memperbaharui struktur politik, ekonomi, dan sosial untuk mengurangkan jurang di antara masyarakat. Ini bukan pekerjaan yang mudah, kerana terdapat banyak cabaran yang akan datang (Andaya & Andaya, 1983; UKEs, 2018; dan Hasan et al., 2019).

Sepertimana Indonesia, kemerdekaan Malaysia juga pernah digugat oleh ketidak-stabilan politik ketika berlakunya tragedi 13 Mei 1969, yang berpunca dari konflik antara kaum. Namun masalah itu dapat diatasi dengan segera, juga ekoran hasil bijaknya pemimpin dalam percaturan politik (cf Andaya & Andaya, 1983; Suwirta, 2010; Ghani & Paidi, 2019; dan Hasan et al., 2019).

Masalah mendapatkan kerjasama politik di antara kumpulan etnik utama di negara Malaysia untuk memperjuangkan kemerdekaan diselesaikan dengan kejayaan menjalin pakatan antara UMNO (United Malays National Organisation) dan MCA (Malayan Chinese Association), dua parti komunal utama, dan kemudian disertai oleh MIC (Malayan Indian Congres). Ketika pilihan raya persekutuan pertama diadakan pada tahun 1955, Perikatan UMNO-MCA-MIC, yang diketuai oleh Tunku Abdul

2Lihat pula, contohnya, “After Independence: Making and Protecting the Nation in Post-Colonial and Post-Communist”. Unpublished Paper by States Lowell W. Barrington, University of Michian Press, in 2010.

Page 16: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur70

NORAZAM HASHIMUDIN, ANDI SUWIRTA & MOHD MAHZAN AWANG,Kronologi Perjuangan Kemerdekaan

Rahman Putra al-Haj, memperoleh kemenangan luar biasa. YTM (Yang Teramat Mulia) Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dilantik sebagai Ketua Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu, yang membawa kepada perundingan Perjanjian Kemerdekaan London (Andaya & Andaya, 1983; Adam, 2009; dan Hasan et al., 2019).

Setelah beberapa minggu dan pusingan rundingan, Perjanjian Kemerdekaan London akhirnya ditandatangani bersama sembilan anggota delegasi yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, ketika mereka berangkat ke London. Rombongan itu dianggotai oleh empat anggota Gabungan Perikatan dan empat Raja-raja. Gabungan Perikatan terdiri daripada UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, MCA atau Persatuan Cina Malaysia, dan MIC atau Kongres India Malaysia (Andaya & Andaya, 1983; Abdullah & Pedersen, 2003; Embong, 2006; Adam, 2009; dan Hasan et al., 2019).

KESIMPULANSeiring berjalannya waktu, bahaya sepertinya telah punah,

tetapi ia bersembunyi di luar mata kasar. Generasi muda cenderung untuk tidak lagi mementingkan kemerdekaan, bukan sahaja di Malaysia, bahkan sama juga di Indonesia dan negara lain. Hal ini menyebabkan mereka menjadi mangsa kuasa besar. Penjajahan boleh berlaku secara ekonomi dan juga sosial di beberapa bahagian dunia. Kemerdekaan harus dijaga, bukan hanya secara luaran, tetapi juga secara dalaman ke dalam pemikiran rakyat.

Kesan dari agenda ini yang boleh membahayakan kemerdekaan ialah kurangnya pembelajaran, egoisme, pengasingan, dan perjuangan politik. Sekiranya fenomena ini bertambah buruk, kemerdekaan akan pupus. Kedua-dua negara ini, Indonesia dan Malaysia, telah dijajah selama berabad-abad sebelum mencapai kemerdekaan; dan berakhirnya Perang Dunia II (1939-1945) menyaksikan kebangkitan nasionalisme dalam kalangan rakyatnya. Bagaimanapun, jalan menuju kemerdekaan bagi kedua-dua negara ini jauh dari perjalanan yang lancar. Justeru, pihak guru sewajarnya mendalami dan menguasai ilmu pengetahuan sejarah, khususnya sejarah kemerdekaan sesebuah negara, tidak hanya tertumpu pada maklumat kandungan sejarah yang ada pada buku teks di sekolah.

Page 17: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 9(1), Maret 2021

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur 71

Malaysia dan Indonesia mempuanyai narasi kemerdekaan yang unik dalam caranya masing-masing. Sejarah Malaysia unik berbanding negara-negara lain, kerana perjuangannya untuk kemerdekaan tidak melibatkan pertumpahan darah atau pertengkaran. Kemerdekaan direalisasikan oleh perjuangan diplomasi dan usaha perpaduan yang murni dari pelbagai etnik yang berbilang budaya dan berbilang agama juga. Manakala di Indonesia, perjuangan menumpahkan darah demi sebuah harga kemerdekaan menjadikan rakyatnya begitu ampuh, walaupun berlatarbelakangkan pelbagai agama dan keturunan, lantas menjadikan mereka satu bangsa yang dikenali sebagai “bangsa Indonesia” yang kukuh sehingga ke hari ini. Walaupun satu hakikat bahwa perjuangan revolusi melalui “darah dan buluh runcing” itu untuk membangkitkan semangat patriotisme rakyat, sebab dalam perjuangan kemerdekaan Indonesia pun wujud satu siri rundingan atau perjuangan diplomasi, sehingga kemerdekaan Indonesia boleh berjaya dalam masa lima tahun sahaja, 1945-1950.3

ReferensiAbdullah, Muhammad Ramadhan Subky bin. (2011). “Kajian terhadap Faham

Nasionalisme Melayu (UMNO)”. Skripsi Sarjana Tidak Diterbitkan. Jakarta: Fakultas Syariah dan Hukum UIN [Universitas Islam Negeri] Syarif Hidayatullah.

Abdullah, Asma & Paul B. Pedersen. (2003). Understanding Multicultural Malaysia. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia.

Absiroh, Ulil, Isjoni & Bunari. (2019). “Sejarah Pemahaman 350 Tahun Indonesia Dijajah Belanda”. Wujud secara online di: https://media.neliti.com/media/publications/205480-sejarah-pemahaman-350-tahun-indonesia-di.pdf [diakses di Beluran, Sabah, Malaysia: 24 Mac 2020].

Adam, Ramlah. (2009). Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Afifah, Haifa. (2014). “Pengertian Buku Teks dan Kaitannya dengan Kurikulum”. Wujud secara online di: http://haifa-afifah.blogspot.co.id/2014/01/pengertian-buku-teks-dan kaitannya.html [diakses di Beluran, Sabah, Malaysia: 1 Mac 2020].

“After Independence: Making and Protecting the Nation in Post-Colonial and Post-Communist”. Unpublished Paper by States Lowell W. Barrington, University of Michian Press, in 2010.

Ahmad, Abdul Razaq & Andi Suwirta. (2007). Sejarah dan Pendidikan Sejarah: Perspektif Malaysia dan Indonesia. Bandung: Historia Utama Press.

3Kenyataan: Kami, yang bertanda tangan di bawah ini, membuat kenyataan dengan sebenar bahawa kertas kerja ini adalah karya akademik kami bertiga; dan jelas ianya bukan dapatan plagiat, memandangkan semua sumber yang dipetik dan disentuh, sama ada terus mahupun tak terus, wujud secara penuh dalam Senarai Rujukan atau Referensi. Kertas kerja ini juga belum pernah dihantar kepada mana-mana jurnal akademik untuk diwasit dan diterbit, sama ada di Malaysia mahupun di luar negara. Kami, selaku Pengarang, bersedia menerima hukuman akademik, sekirana mana-mana yang dinyatakan ini tidak selari dengan hakikat sebenar, atau bercanggah mengikut undang-undang dan peraturan akademik yang sedia ada.

Page 18: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur72

NORAZAM HASHIMUDIN, ANDI SUWIRTA & MOHD MAHZAN AWANG,Kronologi Perjuangan Kemerdekaan

Andaya, Barbara W. & Leonard Y. Andaya. (1983). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publisher (M) Sdn Bhd., Terjemahan.

Anderson, Benedict R.O’G. (2018). Revoloesi Pemoeda: Pendudukan Jepang dan Perlawanan di Jawa, 1944-1946. Tangerang Selatan: Marjin Kiri, penerjemah Jiman Rumbo.

Awang, Mohd Mahzan, Abdul Razaq Ahmad & Maizun Samad. (2019). “Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pendidikan Sejarah”. Wujud secara online di: http://eprints.ulm.ac.id/5478/1/2.%20Pendidikan%20Sejarah [diakses di Beluran, Sabah, Malaysia: 18 Mac 2020].

Ayudin, Ahmad Rafaai. (2011). “Keberkesanan Pengajaran Sejarah terhadap Matlamat Pembelajaran, Kesediaan Belajar, Kefahaman Konsep, dan Pemikiran Sejarah”. Tesis Ph.D. Tidak Diterbitkan. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].

Benda, Harry J. (1980). Bulan Sabit dan Matahari Terbit: Islam Indonesia pada Masa Pendudukan Jepang, 1942-1945. Jakarta: Pustaka Jaya, Terjemahan, cetakan ke-1.

Creswell, John W. (1998). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing among Five Traditions. London: SAGE Publications.

Embong, Abdul Rahman. (2006). Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi, Selangor: Penerbit UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia], edisi kedua.

Ghani, Rohani Haji Ab & Zulhilmi Paidi. (2019). ”Malaysia-Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun” dalam Political Managements and Policies in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Graves, K. (2000). Designing Language Courses: A Guide for Teachers. Boston: Heinle Cengage Learning, edited by D. Freeman.

Hapsari, Ratna. (2012). Sejarah Indonesia Jilid 2 untuk SMA/MA Kelas XI: Kelompok Wajib. Jakarta: Penerbit Erlangga.

Hasan, Ridzuan bin et al. (2019). Sejarah Tingkatan 4: Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Penerbit DBP [Dewan Bahasa dan Pustaka] dan KPM [Kementerian Pendidikan Malaysia], cetakan pertama.

Herdiansyah, Wildan. (2010). VOC: Negara dalam Negara. Bogor: PT Regina Eka Utama.“Independence for Indonesia” in History Today. Available online also at: https://www.

historytoday.com/archive/independence-indonesia [accessed in Beluran, Sabah, Malaysia: March 2, 2020].

“Indonesian Independence Struggle” in Encyclopedia of Western Colonialism since 1450. Available online also at: https://www.encyclopedia.com/history/encyclopedias-almanacs-transcripts-and-maps/indonesian-independence-struggle [accessed in Beluran, Sabah, Malaysia: March 2, 2020].

Ingleson, John. (1983). Jalan ke Pengasingan: Pergerakan Nasionalis Indonesia Tahun 1927-1934. Jakarta: Penerbit LP3ES, terjemahan Zamakhsyari Dhofier.

Jamil, Robit Nurul, Sumarjono & Bambang Soepeno. (2017). “Soekarno’s Idea about Indonesian Revolution in 1945-1957” in AGASTYA: urnal Sejarah dan Pembelajarannya, Vol.1, Iss.1.

Kahin, G.M.T. (2013). Nasionalisme dan Revolusi Indonesia. Depok: Komunitas Bambu, edisi ke-2.

Kahin, A.R. (2015). “Indonesia’s Mid-Life Crisis, 1978-1995” in Indonesia, Volume 100, pp.19-24. Available online also at: https://doi.org/10.5728/indonesia.100.0019 [accessed in Beluran, Sabah, Malaysia: March 11, 2020].

Kheng, Cheah Boon. (1982). Komrad Bertopeng: Suatu Kajian mengenai Barisan Bersatu Komunis di Tanah Melayu, 1945-1948. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, terjemahan Haji Zubir Ismail.

Kripendoff, Klaus. (1991). Analisis Isi: Pengantar Teori dan Metodologi. Jakarta: Rajawali Press, Terjemahan.

Kurniawan, M.D. & A. Suwirta. (2016). “Ideologisasi Konsep Reformasi dalam Historiografi Buku Teks Pelajaran Sejarah di Sekolah” dalam MIMBAR PENDIDIKAN: Jurnal Indonesia untuk Kajian Pendidikan, Volume 1(1). Wujud secara online pula di: https://doi.org/10.17509/mimbardik.v1i1.1753 [diakses di Beluran, Sabah,

Page 19: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 9(1), Maret 2021

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur 73

Malaysia: 11 Mac 2020]. Limah, Hutri et al. (2018). “Poster dan Upaya Mempertahankan Kemerdekaan Indonesia

di Yogyakarta Tahun 1945-1949” dalam Journal of Indonesian History, Volume 7(1).Mahayana, Maman S. (2007). “Gerakan Budaya Menjelang Kemerdekaan Indonesia-

Malaysia” dalam MAKARA: Sosial Humaniora, Vol.11, No.2 [Desember], ms.48-57. Makmur, Djohan et al. (1993). Sejarah Pendidikan di Indonesia Zaman Penjajahan.

Jakarta: Proyek IDSN [Inventarisasi dan Dokumentasi Sejarah Nasional], Direktorat Sejarah dan Nilai Tradisional, Direktorat Jenderal Kebudayaan, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.

Marta, Nur’aeni. (2015). “Kurikulum Pendidikan Sejarah di Malaysia: Sebagai Bahan Refleksi Perkembangan Kurikulum Sejarah di Indonesia” dalam Jurnal Pendidikan Sejarah, Vol.4, No.1 [Januari], ms.52-67. Wujud secara online pula di: https://media.neliti.com/media/publications/209846-sistem-pendidikan-dan-pendidikan-sejarah.pdf [diakses di Beluran, Sabah, Malaysia: 24 Mac 2020].

McVey, Ruth. (2010). Kemunculan Komunisme di Indonesia. Depok: Komunitas Bambu, Terjemahan.

Mikk, J. (2000). Textbook: Research and Writing. Oxford: Lang. Mulryan, C. (1984). “Effective Communication of Mathematics at Primary Level: Focus

on the Textbooks” in Irish Educational Studies, Volume 20(4).Muslich, Mansur. (2010). Text Book Writing: Dasar-dasar Pemahaman, Penulisan, dan

Pemakaian Buku Teks. Jakarta: Ar-Ruzz Media.Naredi, H. (2019). “Pendidikan Sejarah Perjuangan Bangsa (PSPB) dan Dekonstruksi

Sejarah Indonesia pada Masa Orde Baru” dalam HISTORIA: Jurnal Pendidik dan Peneliti Sejarah, Volume 3(1), ms.33-43, DOI:10.17509/historia. v3i1.20731.

Nugraha, W. & A. Setiawan. (2019). “Sukarno’s Ideas in Indonesian Foreign Policy”. Paper for the 1st JICoSSH (Jakarta International Conference on Social Sciences and Humanities), pp.1-19. Available online also at: https://doi.org/10.33822/jicossh.v1i1.2 [accessed in Beluran, Sabah, Malaysia: March 2, 2020].

Pardi, Wayan. (2019). “Kembali kepada Undang-Undang Dasar 1945: Diskursus Pembukaan UUD 1945 dalam Perspektif Sejarah” dalam HISTORIA: Jurnal Pendidik dan Peneliti Sejarah, Vol.II, No.2 [April].

Prawira, Aditya & Isa Maryati. (2019). “Analisis Buku Teks Sejarah SMA Kelas XI dengan Pendekatan Teori Nasionalisme Ernest Renan” dalam HISTORIKA, Vol.22, No.2 [Oktober], ms.1-17.

Rahim, Rahimin Affandi Abdul et al. (2018). “Perbandingan Pendekatan Penjajahan British dan Belanda” dalam Socio-Politica, Vol.8, No.1 [Januari], ms.111-126.

Rahmawati, Gustini. (2015). “Buku Teks Pelajaran sebagai Sumber Belajar Siswa di Perpustakaan Sekolah di SMAN 3 Bandung” dalam EduLib, Volume 5(1), Mei, ms.102-113.

Ravitch, D. (2003). The Language Police: How Pressure Groups Restrict What Students Learn. New York: Alfred A. Knopf.

Reid, Anthony. (2018). Indonesia, Revolusi & Sejumlah Isu Penting. Jakarta: Prenadamedia Group, penerjemah Tri B.S. Wibowo.

Resink, G.J. (1987). Raja dan Kerajaan yang Merdeka di Indonesia, 1850-1910. Jakarta: Penerbit Djambatan, Terjemahan.

Resink, G.J. (2013). Bukan 350 Tahun Dijajah. Depok: Komunitas Bambu, Terjemahan. Ricklefs, M.C. (2007). Sejarah Indonesia Modern, 1200-2004. Jakarta: PT Serambi Ilmu

Semesta, Terjemahan, cetakan ke-3. Roff, W.R. (1994). The Origins of Malay Nationalism. USA [United States of America]:

Oxford University Press, revised edition. Sardiman, A.M. & Amurwani Dwi Lestariningsih. (2017). Sejarah Indonesia: SMA/MA/

SMK/MAK Kelas XI, Semester 2. Jakarta: Puskurbuk Balitbang Kemendikbud RI [Pusat Kurikulum dan Pembukuan, Badan Penelitian dan Pengembangan, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia], cetakan ke-2, edisi revisi.

Schauer, Matthew. (2012). “Custodians of Malay Heritage: Anthropology, Education, and Imperialism in British Malaya and the Netherlands Indies, 1890-1939”. Unpublished

Page 20: Kronologi Perjuangan Kemerdekaan Contents di Indonesia dan ...

© 2021 Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; dan UBD, BS Begawan, Brunei Darussalamp-ISSN 2302-5808, e-ISSN 2684-7388, dan www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur74

NORAZAM HASHIMUDIN, ANDI SUWIRTA & MOHD MAHZAN AWANG,Kronologi Perjuangan Kemerdekaan

Ph.D. Thesis. USA [United States of America]: University of Pennsylvania.Shak, Mohamad Syafiq Ya. (2020). “Masa Sesuai Kembali ke Buku Teks” dalam BH

Online, pada 24 Oktober. Wujud secara online pula di: https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2020/10/745551/masa-sesuai-kembali-ke-buku-teks [diakses di Beluran, Sabah, Malaysia: 15 Januari 2021].

Siboro, J. (1988). Dinamika Perjuangan Kemerdekaan Indonesia: Buku Penunjang Sejarah Nasional Indonesia dan Pendidikan Sejarah Perjuangan Bangsa (PSPB) untuk Siswa SMA dan Mahasiswa. Bandung: Penerbit Tarsito.

Sitepu, B.P. (2012). Penulisan Buku Teks Pelajaran. Bandung: PT Remaja Rosdakarya. Sjamsuddin, Helius. (2007). Metodologi Sejarah. Yogyakarta: Penerbit Ombak. Sjamsuddin, Helius et al. (2012). “Model Pendekatan Pembelajaran Sejarah: Dari Isu-

isu Kontroversial, Sejarah Komparatif ke Analisis Tekstual” dalam AGASTYA: Jurnal Sejarah dan Pembelajarannya, Volume 2(1). Wujud secara online pula di: https://doi.org/10.25273/ajsp.v2i1.764 [diakses di Beluran, Sabah, Malaysia: 17 Mac 2020].

Suprayogo, Imam. (2001). Metode Penelitian Sosial Agama. Bandung: Remaja Rosda Karya.Susanto, Heri. (2014). Seputar Pembelajaran Sejarah: Isu, Gagasan, dan Strategi

Pembelajaran. Sleman, Yogyakarta: Aswaja Pressindo.Suwirta, Andi. (1989). “Ketika Saudara Tua Disambut oleh Saudara Muda: Sikap Politik

Pemerintah Pendudukan Jepang terhadap Umat Islam di Indonesia, 1942-1945”. Skripsi Sarjana Tidak Diterbitkan. Bandung: Jurusan Pendidikan Sejarah FPIPS IKIP [Fakultas Pendidikan Ilmu Pengetahuan Sosial, Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan] Bandung.

Suwirta, Andi. (2009). “The History of Education in West Java, Indonesia: From Traditional Era toward Modern Era” in EDUCARE: International Journal for Educational Studies, Volume 1(2), pp.129-140. Available online also at: http://www.journals.mindamas.com/index.php/educare/article/view/197/196 [accessed in Beluran, Sabah, Malaysia: March 17, 2020].

Suwirta, Andi. (2010). “Dua Negara-Bangsa Melihat Masa Lalunya: Konfrontasi Indonesia–Malaysia (1963-1966) sebagaimana Dikisahkan dalam Buku-buku Teks Sejarahnya di Sekolah” dalam SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Volume 3(2).

Suwirta, Andi. (2015). Revolusi Indonesia dalam News & Views: Sebuah Antologi Sejarah. Yogyakarta: Penerbit Ombak.

Tiew, Wai Sin. (2019). “Sejarah Zaman Darurat, 1948-1960: Satu Kajian Bibliografi Beranotasi”. Wujud secara online di: http://eprints.rclis.org/9181/1/3A0320B9.pdf [diakses di Beluran, Sabah, Malaysia: 24 Mac 2020].

UKEs (United Kingdom Essays). (2018). “Road of the Independent Malaysia: History Essay”. Available online at: https://www.ukessays.com/essays/history/road-of-the-independent-malaysia-history-essay.php?vref=1 [accessed in Beluran, Sabah, Malaysia: March 17, 2020].

Valverde, G. et al. (2002). According to the Book: Using TIMSS to Investigate the Translation of Policy into Practice through the World of Textbooks. London: Kluwer Academic Publishers.

Zakaria, Muhamad al-Hafis. (2015). Detik ke Arah Penubuhan Malaysia: Penerbitan Latar Ilmu.

Zed, Mestika. (2008). Metode Penelitian Kepustakaan. Jakarta: Penerbit YOI [Yayasan Obor Indonesia].