Konsep pendidikan

34
PENDIDIKAN: DEFINISI, KONSEP & PERSPEKTIF KULIAH

Transcript of Konsep pendidikan

Page 1: Konsep pendidikan

PENDIDIKAN: DEFINISI, KONSEP & PERSPEKTIF

KULIAH

Page 2: Konsep pendidikan

APA ITU PENDIDIKAN ???Tidak formalFormal informal

Page 3: Konsep pendidikan

Kewujudan pendidikan? Sejarah membuktikan pendidikan wujud dengan wujudnya manusia.

Setiap individu sejak lahir hingga ke akhir hayatnya mengalami atau melalui proses pendidikan sama ada disedari atau tidak disedarinya.

Pendidikan yang diterimanya mungkin secara langsung atau secara tidak langsung, secara formal atau tidak formal.

Page 4: Konsep pendidikan

Samb. Pendidikan tidak terpisah dari kehidupan manusia. Manusia perlukan pendidikan.

Manusia primitif sudah ada pendidikan.

Pendidikan ketika itu berupa satu sistem hidup untuk memenuhi keperluan dan matlamat hidup kaum mereka.

Pendidikan ketika itu sesuai untuk menjamin kemandrian mereka.

Page 5: Konsep pendidikan

Samb.Pada masa kini, akibat daripada perkembangan ilmu pengetahuan, teknologi,ekonomi, politik dan sosial, fungsi dan pengertiannya sudah berubah

Page 6: Konsep pendidikan

 Kamus DEWAN (1992)

Sebenarnya untuk mendapat satu definisi pendidikan yang sesuai begitu sukar sekali.

Ia bergantung kepada kaum, masyarakat dan tempat istilah atau perkataan pendidikan digunakan

Page 7: Konsep pendidikan

Apakah definisi pendidikan? Terdapat pelbagai definisi pendidikan

Darisegi etimologi: pendidikan @ (Education) sebenarnya berasal dari perkataan latin, EDUCERE/EDUCARE yang bermaksud mendidik,mengasuh, memelihara, membimbing atau latihan

Page 8: Konsep pendidikan

Beberapa tafsiran pendidikan Plato ( 427 SM) – mentafsirkan pendidikan sebagai satu proses mengenali kemampuan semulajadi individu dan mendidiknya supaya menjadi warganegara yang berguna terhadap masyarakat dan negara.

Socrates ( 470 SM) –Pendidikan sebagi usaha untuk merangsang pemikiran yang rasional dan mendisiplin mental untuk meningkatkan pengetahuan dan mendapatkan pengetahuan.

Page 9: Konsep pendidikan

Samb. John Locke (1623-1704M) – menolak pendapat Plato dan berpendapat pendidikan berlaku melalui kederiaan (sensation) dan pemikiran reflektif.

Mengikutnya kanak-kanak mempelajari sesuatu dengan menjalinkan idea yang diperoleh menggunakan pancaindera.

Pendidikan hendaklah juga membentuk pemikiran waras melalui badan yang sihat.

Page 10: Konsep pendidikan

Samb. Jean Jacques Rousseau (1711-1778) – berpendapat pendidikan hendaklah disesuaikan dengan sifat semulajadi dan keperluan individu.

Untuk itu faktor kesuburan fisikal, sosial dan mental kanak-kanak amat ditekankan.

Beliau membahagikan kesuburan kanak-kanak kepada peringkat – iaitu bayi, kanak-kanak, awalremaja, remaja dan belia.

Page 11: Konsep pendidikan

Samb. Peringkat bayi – dari lahir ke umur 5 tahun.

Perlukan kebebasan bergerak dan melatih anggotanya. Perlu perhubungan dengan benda-benda dipersekitarannya.

Peringkat 5 hingga 12 tahunKanak-kanak bertambah kuat. Mulai membentuk sahsiah sendiri, penuh dengan perasaan ingin tahu, egoistic dan mulai meneroka persekitarannya dan belajar melalui pancaindera secara terus dengan persekitaran.

Page 12: Konsep pendidikan

Samb. Peringkat awal remaja ( 12 tahun hingga 15 tahun )Kekuatan fizikalnya semakin kuat. Sudah boleh belajar sains dan geografi dengan menerokai alam sekitar disekelilingnya.

Peringkat remaja (15 tahun hingga 18 tahun)Sahsiahya lebih terbuka.Sudah bersedia dan ingin tahu serta bersedia menghadapi dunia luar.Ingin mengetahui dan mengenal masyarakat, kerajaan ,ekonomi dan sebagainya.

Page 13: Konsep pendidikan

Samb. John Dewey (1859-1952) – mengatakan pendidikan itu

adalah kerja mengaturkan pengetahuan untuk menolong dan mengeluar dan menambahkan lagi akan pengetahuan yang ada padanya, iaitu pengetahuan semulajadi agar dengan pendidikan itu akan dapat hidup lebih selamat lagi, berguna dan bertambah tambah tinggi lagi akan darjat pengetahuannya.

Beliau berpendapat bahawa pendidikan sebagai satu aktiviti sosial.Sekolah baginya perlu mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat bagi memudahkan kanak-kanak menerokai alam sekelilinyanya dan menerusi proses sosaialisasi, kanak-kanak belajar menghadapi masalah kendiri dan masalah sosial melalui pemikiran bagi mengatasi atau penyelesaian.

Page 14: Konsep pendidikan

3 peringkat aktiviti Dewey; Peringkat pertama: Aktiviti peringkat kanak-

kanak prasekolah yang melibatkan latihan berasakan pancaindera dan pembentukan koordinasi fizikal.

  Peringkat kedua: Penggunaan bahan-bahan dan

alatan sekeliling sekolah yang dapat menarik perhatian kanak-kanak serta merangsang aktiviti percubaan dan eksperimen.

Peringkat ketiga: Kanak-kanak dapat membentuk idea-idea mereka sendiri, menguji dan menggunakan idea tersebut secara pemikiran yang reflektif.

Page 15: Konsep pendidikan

Samb. Proffesor Gurrey – berpendapat bahawa pendidikan adalah proses mengeluarkan manusia-manusia yang mempunyai kebudayaan dan pengetahuan yang luas. Pendidikan adalah menggali dan mengambil segala seni dan pengetahuan yang amat luas.

James Mill – Pendidikan ialah satu proses memberi pertolongan sedaya upaya untuk anggota sesuatu masyarakat supaya satu-satu masyarakat itu hidup dengan penuh kegembiraan.

Page 16: Konsep pendidikan

Mengapa perbezaan tafsiran?? 1.Pandangan dan pendapat pemikir-pemikir dulu dan sekarang sudah berbeza akibat pengaruh zaman masing-masing

2.Tujuan dan fungsi pendidikan mengikut kaum,budaya,sosial dan politik masing-masing.

3.Pengaruh aliran dan situasi yang berlaku.

4.Perkembangan ilmu dan amalan pendidikan yang turut mempengaruhi interpretasi dan proses pendidikan.

Page 17: Konsep pendidikan

 Agensi Pendidikan: Merujuk kepada tempat mengendalikan sesuatu

pendidikan secara formal dan secara tidak formal.

Pendidikan formal sepeti di universiti, kolej dan sekolah. Di institusi ini segala perancangan dari segi kurikulum, kursus, para tenaga pengajar disediakan bagi menyampaikan ilmu-ilmu pengetahuan yang tertentu sahaja.

Pendidikan tidak formal mengambil kira segala pengaruh yang terdapat di rumah, di sekolah atau tempat-tempat lain. Selain itu saluran dari media massa, perpustakaan,filem adalah menjadi sumber pendidikan tidak formal.

Page 18: Konsep pendidikan

Metaphors in /of education SCHOOLS ARE PRISONS, GARDENS,

FACTORIES, SOCIETIES, FAMILIES TEACHERS ARE PARENTS, GUIDES,

DIRECTORS, ACTORS, ANIMAL TRAINERS STUDENTS ARE CONTAINERS, PLANTS,

ANIMALS TO BE CONTROLLED LEARNING IS GROWTH, FILLING UP,

ACQUISITION OF GOODS, BUILDING A PORTFOLIO, BUILDING A STRUCTURE

Page 19: Konsep pendidikan

Konsep-Konsep Pendidikan: 1.Konsep luas pendidikan:

Dalam konteks ini pendidikan dianggap sebagai kehidupan ( education is life) dan kehidupan itu sendiri adalah pendidikan ( life is education).Ini bermaksud semua aspek kehidupan misalnya sosial, budaya,politik, ekonomi berkaitan pendidikan.Ia merangkumi segala pengalaman, pemikiran,perbuatan,senang susah kita dan sebagainya.Konsep luas pendidikan merangkumi apa yang dikatakan sebagai Pendidikan seumur hidup, pendidikan formal dan tidak formal dan termasuklah pendikan yang berlaku tanpa kita sedari atau tidak sengaja.

Page 20: Konsep pendidikan

 2.Konsep sempit pendidikan: Merujuk kepada situasi-situasi seperti:a.pengetahuan atau pengalaman terhad yang dirancang secara spesifik untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku, sikap atau sesuatu kemahiran.

b.pengetahuan yang tersedia dalam sesuatu bahan dan terhad.

c.pendidikan yangh diperolehi melalui penerangan atau dalam sesi pengajaran sahaja.

Page 21: Konsep pendidikan

 Beberapa persepsi berkaitan pendidikan 1. Sebagai satu penjelmaan potensi dalaman individu (Aristotle,Plato, Tagore,Pestalozzi dll.)

Pendidikan membantu menjelmakan diri dalam roh yang sedang berkembang.

Rasionalnya: Manusia dikatakan mempunyai kuasa semulajadi yang terpendam yang dapat disuburkan dan dperkembangkan melalui pendidikan.

Page 22: Konsep pendidikan

Samb.2.Sebagai perkembangan dan penyuburan segala kemampuan yang ada pada individu bagi memungkinkannya mengawal persekitaran dan melaksanakan tanggungjawabnya.

Aliran Dewey ini menekankan potensi yang melibatkan tiga sifat iaitu fisikal, mental dan rohani.

Page 23: Konsep pendidikan

Samb.

3.Sebagai satu proses integrasi aktiviti dan pengalaman.

Pendidikan mengabungkan pengetahuan yang lama dengan yang baru (konservatif + progresif). Gabungan ini dapat menjadi agen perubahan untuk membaiki dan menyempurnakan keadaan masyarakat.

Page 24: Konsep pendidikan

Samb.4.Sebagai satu proses realisasi diri(self-realization)

Proses pendidikan dapat menjelmakan dan membentuk kuasa dan potensi sedia ada individu.Realisasi diri adalah inti pendidikan.Dengan ini sesorang dapat memberi sumbangan semaksimumnya mengikut kemampuan dirinya.

Page 25: Konsep pendidikan

Samb.

5.Sebagai satu proses interaksi Merujuk kepada pengajaran guru selaku pendidik mempengaruhi pelajar di sekolah yang menyebabkan berlakunya perubahan tingkahlaku murid.Pendidikan adalah satu proses tindakan yang dijalankan secara sedar dan disengajakan.

Page 26: Konsep pendidikan

Persoalan berkaitan pendidikan??? R.W Tyler (1969) dalam bukunya, Basics

Principles of Curriculum and Instruction, mengariskan empat persoalan khusus dalam penyediaan sesuatu kurikulum pendidikan iaitu:

1.Apakah matlamat pendidikan yang hendak dicapai di sekolah ?

2. Apakah pengalaman-pengalaman pendidikan yang dapat dikelolakan bagi mencapai matlamat ini?

3. Bagaimanakah pengalaman-pengalaman pendidikan ini dapat dikelolakan secara efektif?

4. Bagaimanakah kita dapat menentukan sama ada matlamat-matlamat ini telah tercapai?

Page 27: Konsep pendidikan

Samb. 1.Mengapakah pendidikan itu perlu?

2.Siapakah yang hendak dididik? 3.Siapakah yang menjadi pendidik? 4.Di manakah pendidikan berlaku? 5.Apakah pengalaman-pengalaman yang hendak diajar kepada murid?

6.Bagaimanakah hendak mendidik? 7.Bilakah kanak-kanak dididik?

Page 28: Konsep pendidikan

Pengertian sekolah??? Sekolah bukan semata-mata satu tempat belajar

tetapi sebagai satu unit sosial atau komuniti di mana berlaku interaksi di antara guru (tua) dan murid (muda). Mereka hidup bersama mengikut peraturan yang ada secara bersefahaman, bekerjasama dengan penuh persetujuan demi mencapai matlamat pendidikan.

Sekolah sebagai institusi pendidikan formal berperanan membentuk pemikiran, tingkahlaku dan sahsiah murid-murid yang seimbang dari segi

fizikal, mental, emosi dan sosial.

Page 29: Konsep pendidikan

Samb. Sekolah adalah sebahagian masyarakat. Dengan itu fungsinya adalah mengatur dan melancarkan program-program pendidikan yang dapat membantu murid-murid menggunakan segala potensi dari segi ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk menjadi generasi muda yang dapat menghadapi masa depan dengan cemerlang sesuai dengan aspirasi masyarakat dan negara.

Page 30: Konsep pendidikan

Apa itu persekolahan ??Segala pengalaman yang dialami oleh seseorang dalam usahanya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran fisikal dan sosial. Ia merupakan proses yang berterusan seumur hidup yang melibatkan manusia dan institusi pendidikan.

Page 31: Konsep pendidikan

Ciri-ciri sekolah: Ada infrstrukur fizikal : pejabat, kelas,

kantin, padang, perpustakaan, tandas, koperasi sekolah dll.

Pendidikan secara formal Ada sistem pentadbiran dan pengurusan:-

pengetua/guru besar,penolong kanan akademik,penolong kanan hem, penolong kanan kokurikulum, guru-guru kanan, guru-guru dan pekerja.

Ada kurikulum mengikut umur dan tahap dari segi sukatan pelajaran.

Jadual waktu P&P PIBG dsbnya.

Page 32: Konsep pendidikan

Apakah Sosialisasi ??? Pendidikan adalah sebagai daripada proses sosialisasi yang menyampaikan pengetahuan dan budaya dari satu generasi ke satu generasi.

Pemindahan budaya dan ilmu pengetahuan berlaku dalam lingkungan keluarga, sekolah, rakan sebaya dan antara ahli masyarakat.Tiap-tiap satu komponen ini saling mempengaruhi antara satu sama lain dan dapat membantu proses sosialisasi murid-murid.

Page 33: Konsep pendidikan

Berlakunya proses sosialisasi? Di rumah misalnya, keluarga dianggap sebagai agen

sosialisasi pertama dan penting dalam pendidikan anak-anak.Di rumahlah keluarga menyediakan mereka dengan nilai,adab, tingkah laku, budaya yang sesuai mengikut kaum dan agama masing-masing.

Di sekolah pula terdapat sub-budaya dari segi nilai,cara berfikir, bertingkahlaku yang kebanyakannya bersifat formal

Misalnya semasa di bilik darjah, berjumpa guru dan semasa peperiksaan. Aktiviti-aktiviti tidak formal berlaku semasa murid-murid berada di kantin, dalam kumpulan sebaya dan sebagainya.Sekolah jelas mempunyai peraturan dan tradisi tersendiri, misalnya semasa di perhimpunan, hari sukan,hari anugerah cemerlang yang diterima sebagai budaya sekolah.

Page 34: Konsep pendidikan

Pembuka minda Berikan definisi-definisi pendidikan mengikut:

Plato John Dewey

Mengapakah terdapat pelbagai definisi berkaitan pendidikan?

Huraikan konsep pendidikan berikut: Konsep luas Konsep sempit Sekolah sebagai agen sosialisasi