Konsep ketahanan dan pertahanan

7
1 notappismpsejarahgstt.blogspot.com Jelaskan konsep ketahanan dan pertahanan. Huraikan organisasi ketenteraan yang terdapat dalam Tamadun Yunani. Pengenalan : Tamadun Yunani bermula di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Sekitar tahun 1000 800 S.M., telah muncul banyak negara kota di dalam Tamadun Yunani. Negara kota yang paling menonjol adalah Athens, Sparta dan Corinth. Penduduk di setiap negara kota Tamadun Yunani hidup bersatu padu namun begitu peperangan antara negara kota sering berlaku. Terdapat juga peperangan yang melibatkan negara kota Yunani dengan kuasa-kuasa asing seperti peperangan yang berlaku antara Yunani dengan Parsi dalam Perang Pelophonesus. Peperangan telah menjadi elemen penting dalam Tamadun Yunani yang sering menghadapi ancaman dan pencerobohan. Konsep : Ketahanan merujuk kepada keupayaan dan kebolehan serta kekuatan menanggung sesuatu kesukaran atau penderitaan. Ketahanan seseorang dilihat dari sudut mental dan fizikal kerana kedua-dua unsur ini yang menjamin seseorang itu mempunyai ketahanan. Ketahanan ini menjadikan manusia kuat, berani, tahan lasak, tabah, cekal serta sabar apabila menghadapi kesukaran. Ketahanan juga menjadi unsur penting untuk menghadapi segala ancaman dan tentangan dengan berani dan rasional serta membela sesuatu contohnya kubu atau benteng daripada serangan dan ancaman musuh demi mempertahankan negara. Manakala pertahanan merupakan langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk menjamin keselamatan serta kepentingan. Pertahanan meliputi aspek ketenteraan seperti melatih anggota tentera, kelengkapan senjata, membina kubu pertahanan dan sebagainya. Isi-isi : Penggunaan Kereta Kuda : Kaedah peperangan pada zaman awal Yunani ialah penggunaan kereta kuda. Penunggang akan melemparkan lembing ke arah lawan dan andai kata lembing yang

Transcript of Konsep ketahanan dan pertahanan

Page 1: Konsep ketahanan dan pertahanan

1 notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Jelaskan konsep ketahanan dan pertahanan. Huraikan organisasi ketenteraan yang

terdapat dalam Tamadun Yunani.

Pengenalan :

Tamadun Yunani bermula di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang

dikelilingi Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Sekitar tahun 1000 – 800 S.M., telah

muncul banyak negara kota di dalam Tamadun Yunani. Negara kota yang paling

menonjol adalah Athens, Sparta dan Corinth. Penduduk di setiap negara kota Tamadun

Yunani hidup bersatu padu namun begitu peperangan antara negara kota sering berlaku.

Terdapat juga peperangan yang melibatkan negara kota Yunani dengan kuasa-kuasa asing

seperti peperangan yang berlaku antara Yunani dengan Parsi dalam Perang

Pelophonesus. Peperangan telah menjadi elemen penting dalam Tamadun Yunani yang

sering menghadapi ancaman dan pencerobohan.

Konsep :

Ketahanan merujuk kepada keupayaan dan kebolehan serta kekuatan menanggung

sesuatu kesukaran atau penderitaan. Ketahanan seseorang dilihat dari sudut mental dan

fizikal kerana kedua-dua unsur ini yang menjamin seseorang itu mempunyai ketahanan.

Ketahanan ini menjadikan manusia kuat, berani, tahan lasak, tabah, cekal serta sabar

apabila menghadapi kesukaran. Ketahanan juga menjadi unsur penting untuk

menghadapi segala ancaman dan tentangan dengan berani dan rasional serta membela

sesuatu contohnya kubu atau benteng daripada serangan dan ancaman musuh demi

mempertahankan negara.

Manakala pertahanan merupakan langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk

menjamin keselamatan serta kepentingan. Pertahanan meliputi aspek ketenteraan seperti

melatih anggota tentera, kelengkapan senjata, membina kubu pertahanan dan sebagainya.

Isi-isi :

Penggunaan Kereta Kuda :

Kaedah peperangan pada zaman awal Yunani ialah penggunaan kereta kuda.

Penunggang akan melemparkan lembing ke arah lawan dan andai kata lembing yang

Page 2: Konsep ketahanan dan pertahanan

2 notappismpsejarahgstt.blogspot.com

dilontar ke arah musuh tidak kena pada sasarannya, pahlawan akan turun dari kereta kuda

meneruskan peperangannya dengan berjalan kaki dan memegang lembing.

Penggunaan Phalanx :

Selepas tahun 700 SM, tentera Yunani telah memperkenalkan formasi phalanx. Tunjang

kekuatan tentera Yunani adalah pasukan hoplite (tentera berjalan kaki berlembing,

bertopi dan berbaju besi) yang disusun dalam formasi phalanx. Melalui formasi phalanx

ini, tentera hoplite dengan lembing sepanjang hamper 3 meter akan berbaris rapat-rapat

dalam satu barisan sehingga lembing-lembing panjang mereka membentuk seperti duri

landak. Biasanya mereka menggunakan lapan hingga sepuluh lapis barisan phalanx.

Pihak musuh akan berfikir dahulu sebelum merempuh phalanx yang dilindungi oleh

lembing-lembing tajam itu.

Tentera Elit dan Bawahan :

Tentera Yunani yang bergabung dalam formasi phalanx adalah tentera-tentera elit yang

terlatih dan berdisiplin tinggi serta dilengkapi pakaian perang yang lengkap. Terdapat

juga kumpulan lain yang berpakaian mudah, tidak dilengkapkan dengan senjata yang

baik. Mereka ini dipanggil psiloi (golongan miskin).

Taktik Berperang :

Selari dengan pembentukan phalanx, strategi peperangan orang Yunani adalah bertempur

secara bersemuka (berdepan). Pasukan phalanx akan merempuh bahagian tengah musuh

manakala pasukan sayap akan melakukan pemusnahan yang seterusnya apabila barisan

musuh telah menjadi kucar-kacir. Dalam lain perkataan, sekiranya bahagian phalanx

gagal, maka lemahlah seluruh pasukan tentera.

Latihan Tentera Sparta :

Sistem politik dan kemasyarakatan Sparta adalah lebih berorientasikan ketenteraan.

Golongan peer diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan kerana mereka sering

menghadapi pemberontakan dari golongan helot. Hanya bayi golongan peer yang sihat

sahaja dibenarkan hidup. Ibunya memelihara anaknya selama 7 tahun dan selepas itu

kerajaan mengambilnya untuk diberi latihan ketenteraan. Setiap lelaki harus berkorban

untuk negaranya. Anak perempuan diberi latihan gimnastik dan ditanamkan dengan

fahaman bahawa mereka mesti berkhidmat untuk negara dengan menjadi isteri yang setia.

Page 3: Konsep ketahanan dan pertahanan

3 notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Organisasi Tentera Graeco-Roman :

Raja Philip II dari Makedonia telah mengubah suai struktur tentera phalanx. Jumlah

anggota tentera dalam barisan phalanx telah ditambah menjadi 16 orang manakala

panjang lembing ditambah menjadi 4 meter. Peralatan tentera Yunani yang ringan

diubah menjadi berat. Ketahanan tambahan dititikberatkan pada baju besi yang dipakai

oleh askarnya. Latihan-latihan khusus telah disediakan supaya tentera Makedonia

mampu memikul beban tambahan tanpa menjejaskan kecekapan gerakan (mobiliti).

Bincangkan organisasi ketenteraan di Alam Melayu dengan merujuk kepada kerajaan

Serivijaya, Majapahit dan Melaka.

Pendahuluan :

Kerajaan Melayu awal seperti Srivijaya, Majapahit dan Melaka berjaya meluaskan kuasa

kerana mempunyai organisasi ketenteraan yang teratur dan sistematik. Kekuatan

ketenteraan menyebabkan mereka meluaskan wilayah dan meramaikan pengikut.

Isi :

Kategori Tentera :

Tentera Majapahit dibahagikan kepada 3 kategori iaitu

Sapta Dharmaputra

Bhayangkari

Tentera Biasa

Sapta Dharmaputra ialah pasukan tentera elit yang terdiri daripada putera raja yang

mempunyai kekuatan fizikal dan mental.

Bhayangkari terdiri daripada 15 orang anggota bersenjata yang bertanggungjawab

menjaga kawasan istana secara bergilir-gilir.

Tentera Biasa terdiri daripada tentera tetap dan sukarela yang berkhidmat di pusat dan

daerah jajahan takluk.

Tentera Laut :

Kerajaan Majapahit dan Srivijaya mempunyai tentera laut yang kuat.

Angkatan laut berperanan menjaga kawasan perairan daripada serangan musuh dan

mengawal aktiviti perlanunan.

Orang Laut merupakan tulang belakang pahlawan tentera laut. Mereka berperanan

mengawal jalan laut daripada ancaman lanun dan menguasai perairan di Selat Melaka.

Armada laut ditempatkan di kawasan strategik di seluruh empayar. Laksamana mengetuai

armada laut.

Peralatan Perang :

Page 4: Konsep ketahanan dan pertahanan

4 notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Peralatan perang yang digunakan dalam peperangan terdiri daripada senjata tradisional

seperti keris, parang, badik, tombak, lembing, sumpitan dan sebagainya.

Mereka juga mahir menggunakan alatan-alatan letupan seperti meriam besi dan tembaga,

rentaka, terkul, pemuras dan lotang.

Alat-alat semboyan seperti gong, tambu dan gendang perang digunakan dalam medan

peperangan.

Jenis Tentera :

Tentera di Alam Melayu terdiri daripada tentera kerahan dan tentera upahan.

Tentera kerahan tidak dibayar upah dan berkhidmat atas dasar taat setia kepada raja yang

berdaulat.

Raja dan pembesar mempunyai kuasa untuk mengerah rakyat berkhidmat sebagai tentera.

Tentera upahan berkhidmat mengikut perjanjian.

Orang Laut dijadikan tentera upahan. Mereka tinggal di persisiran laut di sepanjang Selat

Melaka.

Terdapat juga tentera terlatih yang berkhidmat di istana dan rumah pembesar.

Pentadbiran Tentera :

Terdapat organisasi pentadbiran tentera yang mantap.

Tentera Srivijaya di ketuai oleh Raja dan dibantu oleh Parvanda , Senapati (Hulubalang),

Pratisara (Komander Tentera) dan Syahbandar.

Tentera Majapahit diketuai oleh Raja dan dibantu oleh Mangkabumi.

Mangkabumi merupakan pegawai kanan tentera yang berperanan memberi arahan kepada

tentera.

Pasukan tentera dalam Kesultanan Melayu Melaka diterajui oleh Raja dan dibantu oleh

Laksamana, Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung.

Jelaskan struktur organisasi ketenteraan dalam tamadun India pada zaman klasik.

Pendahuluan :

Tamadun India mempunyai organisasi ketenteraan yang sistematik dan teratur pada

zaman klasik. Peperangan dianggap sebagai peristiwa bersifat keagamaan. Ketenteraan

yang cekap mewujudkan empayar besar seperti empayar Maurya dan Gupta di India.

Isi :

Kategori Tentera

Tentera terbahagi kepada 4 kategori iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera

berkereta kuda dan tentera infantri. Kategori lain ialah tentera laut, pengintip, kumpulan

perantis dan komisariat ( pegawai perbekalan tentera ).

Komposisi Tentera :

Page 5: Konsep ketahanan dan pertahanan

5 notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Unit asas tentera India ialah Patti. Angkatan tentera yang lengkap dikenali sebagai

aksauhiri yang terdiri daripada 21,870 Patti.

Bilangan Tentera :

Pemerintah di India pada zaman klasik mempunyai bala tentera yang besar. Contoh, Raja

Nanda mempunyai 20,000 kavalri, 2000 kereta kuda, 200,000 tentera infantri dan jumlah

gajah yang berbeza iaitu sama ada 1000, 4000 atau 6000 ekor gajah.

Struktur Pentadbiran Tentera :

Raja dibantu oleh Panglima Agung yang dikenali sebagai Mahasenapati. Panglima

tentera dibantu oleh kapten yang dikenali sebagai Nayaka atau Pandanayaka.

Perkhidmatan Logistik :

Terdapat perkhidmatan perubatan, jurutera dan tukang-tukang masak dalam tentera.

Teknologi Ketenteraan :

Alatan yang digunakan ialah meriam, kayu pelantak, busur, panah beracun, pedang,

tombak dan lembing

Kubu dan Tembok Pertahanan

Bandar Rajagraha iaitu ibukota Magadha mempunyai tembok yang panjang.

Jelaskan organisasi ketenteraan dalam Tamadun Mesopotamia pada tamadun awal

manusia.

Pendahuluan :

Tamadun Mesopotamia mempunyai organisasi ketenteraan yang sistematik dan

terancang. Organisasi ketenteraan merujuk kepada pengendalian atau penyusunan

pasukan tentera. Masyarakat Mesopotamia mempunyai kemahiran mengatur strategi serta

mengkordinasikan pelbagai unit tentera secara terancang. Perkembangan ini meletakkan

asas bagi kejayaan orang Mesopotamia membina empayar.

Isi :

Matlamat Utama Peperangan :

Mempertahankan negara kota daripada serangan orang gasar, merebut tanah pertanian

yang subur dan meluaskan kuasa dan empayar.

Jenis Tentera :

Page 6: Konsep ketahanan dan pertahanan

6 notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Pasukan tentera di Mesopotamia diketuai oleh raja dan dibantu oleh dua jenis tentera iaitu

tentera professional (Agaush) dan tentera kerahan (Eren). Unit tentera wanita yang

ditugaskan menyediakan makanan. Pasukan tentera di peringkat wilayah yang diketuai

oleh Gabenor bagi mengawal ibu kota negara, istana dan kawasan luar bandar.

Komposisi Tentera :

Pasukan tentera Mesopotamia terdiri daripada ramai askar. Kemampuan para pemerintah

merekrut askar yang ramai serta mengawal mereka jelas memperlihatkan keunggulan.

Contoh, pada zaman pemerintahan Sargon terdapat 5400 tentera raja. Pada zaman

pemerintahan Tiglathpeleser terdapat 50,000 askar dan pasukan tentera.

Pelbagai Kategori :

Pada zaman pemerintahan Tiglathpeleser, pasukan tentera tetap terbahagi kepada tiga

kategori iaitu tentera infantri, tentera kavalri dan tentera kereta kuda. Pada zaman

pemerintahan Ashurnasirpal, tentera infantri dibahagikan kepada infantri berat dan

infantri ringan.

Strategi dan Taktik Peperangan :

Tentera Assyria terkenal kerana kemahiran mereka dalam menghasilkan taktik dan

strategi peperangan iaitu membina terowong, kubu dan tembok pertahanan. Selain itu

mereka juga memiliki kemahiran merobohkan kubu dan tembok pertahanan musuh.

Taktik seterusnya ialah menakutkan musuh dengan jeritan perang, membakar kubu dan

membunuh tawanan perang. Mereka mempunyai kebolehan mewujudkan koordinasi

tentera yang cekap melibatkan pelbagai unit tentera.

Jenis Peralatan Perang :

Pada zaman awal, peralatan seperti busur, panah, perisai dan kereta kuda digunakan.

Pemerintahan Sargon menggunakan peralatan seperti lembing dan panah. Pada zaman

Tiglathpeleser, peralatan seperti tombak panjang, panah, pedang kecil, pisau cokmar,

kasut bot bertali, perisai, busur dan topi.

Dengan merujuk tamadun-tamadun awal, jelaskan strategi dan taktik yang digunakan

dalam peperangan.

Pendahuluan :

Strategi peperangan asas kepada corak pengendalian peperangan. Objektif atau sasaran

dapat digunakan dengan berkesan melalui penggunaan kuasa tentera, alat-alat senjata

serta pergerakan logistik tentera. Perubahan strategi penting dalam menentukan

keputusan peperangan (keputusan boleh berubah disebabkan faktor geografi, keluasan,

saiz tentera, saiz tentera musuh, iklim, objektif, jangka panjang dan jangka pendek).

Kejayaan sesuatu strategi bergantung kepada sokongan logistik.

Page 7: Konsep ketahanan dan pertahanan

7 notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Isi :

Strategi Pertahanan :

Bertujuan mengekalkan status quo. Strategi pertahanan diperlihatkan melalui proses

pembinaan kubu untuk mempertahankan sesuatu tempat strategik. Contoh, strategi dalam

tamadun India pada zaman Maurya ialah terdapat tembok panjang yang dibina di kota

Rajagraha, ibu kota Magadha.

Strategi Menjalani Perikatan Tentera :

Strategi ini merupakan jalinan perikatan tentera dengan kuasa atau negara jiran serta

negara-negara lain untuk membendung ancaman dan cabaran musuh. Contohnya, pada

zaman Dinasti Han, tenteranya menjalin hubungan rapat dengan Yueh-Chi untuk

membendung musuh Hsiung-Nu.

Strategi Penyerangan Secara Langsung :

Terdapat dua perkara penting dalam menjalankan strategi penyerangan secara langsung

iaitu memilih masa yang sesuai untuk penyerangan dan kedua pemilihan tempat. Penting

dalam usaha meluaskan sempadan empayar mereka atau menjalankan penaklukan demi

kepentingan melindungi sempadan. Contohnya, penyerangan membawa kepada peluasan

empayar Graeco-Rom ke Semenanjung Itali dan laut Mediterranean.

Strategi Pengepungan :

Bertujuan menghancurkan semangat dan kekuatan pertahanan musuh di sesuatu tempat

yang strategik. Contoh, strategi pengepungan Troy, pengepungan Avaricum dan Alesia

pada zaman Julius Caesar dan pengepungan Konstantinople semasa Perang Salib.