Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

68
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir) KONSEP AKHLAK Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga boleh dipisahkan daripada agama dankepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak atau moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang lain ataupun benda lain iaitu adakah baik atau tidak segala tindakan tersebut. Jika baik jawapannya perkara itu akan dilakukan tetapi jika jahat perkara itu akan ditinggalkan. Itulah akhlak

description

mengenai konsep dan moral para filosof muslim

Transcript of Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Page 1: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu

baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu

rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging

yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

KONSEP AKHLAK

Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan

juga boleh dipisahkan daripada agama dankepercayaan, tetapi tidak boleh

dipisahkan dengan akhlak atau moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau

tindakan yang diambil tidak terlepas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman

sama ada terhadap dirinya atau orang lain ataupun benda lain iaitu adakah baik atau

tidak segala tindakan tersebut. Jika baik jawapannya perkara itu akan dilakukan

tetapi jika jahat perkara itu akan ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika

sebaliknya yang dilakukan itulah akhlak yang buruk.

Dari sini ternyata kedudukan akhlak dalam kehidupan manusia sehingga di kalangan

orang yang tidak bermoral mereka merasakan perlu adanya suatu akhlak yang

diakui bersama oleh mereka supaya dapat mengatur kehidupan yang lebih baik

menurut pandangan mereka.

Page 2: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Islam merangkumi aqidah, dan syariat mengandungi roh akhlak. Islam tanpa akhlak

seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak bernyawa. Sabda

Rasulullah saw yang bermaksud : “Islam itu akhlak yang baik”. Begitu juga sabda

Baginda yang bermaksud : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain

daripada akhlak yang mulia.”

PENGERTIAN AKHLAK

Menurut bahasa: Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-khulq) bererti

tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama

itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua

tempat sahaja, antaranya ialah:

﴿ ٍم� ِظ�ي َع� ٍم ُل ُل� ٰى َع َع� َع� َع� �� َع ِظ�� ٤َع� ﴾

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang

amat mulia. (Al-Qalam:4)

Menurut istilah:

Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang

dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa

pemikiran, penelitian dan paksaan.Ibnu Miskawaih

ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan:

Akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan

perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan:

Akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan

perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan

penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara

dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila

terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

Menurut Islam:

Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi

Page 3: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber

itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu

akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat

neraca timbangannya.

Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu

berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya

seperti berikut:

Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu

bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan

mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi bagi mencapai keredhaan Allah .

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap

keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha

membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang

telah ditetapkan oleh Allah.

Dengan kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin

manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup

antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam

interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia

dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

Page 4: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DAN MORAL @ETIKA

1. Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia

manakala moral ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia

sahaja.

2. Akhlak mencakup pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam

hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia

dengan makhluk lain manakala moral mencakupi pemikiran, perasaan dan

niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja.

3. Nilai-nilai akhlak ditentukan oleh Allah swt melalui al-Quran dan tunjuk ajar

oleh Rasulullah saw manakala moral ditentukan oleh manusia.

4. Nilai-nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai

moral bersifat relatif, subjektif dan sementara.

ANTARA CONTOH PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DAN MORAL

1. Pakaian : Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup

aurat. Seandainya mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap

sebagai orang yang tidak berakhlak kerana telah melanggar peraturan yang

telah ditetapkan oleh Allah swt. Berbeza dengan moral, jika seseorang itu

mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, maka

mereka masih dianggap bermoral oleh sesetengah pihak.

2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini

sudah menjadi suatu lumrah bai masyarakat di Barat dan masyarakat kita.

Berdasarkan penilaian Barat perkara ini masih dianggap bermoral, sebaliknya

jika dilihat dari sudut akhlak Islam, perlakuan sedemikian sudah dianggap

tidak berakhlak.

3. Bersalaman : Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan

mahramnya adalah haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk

merapatkan hubungan. Tetapi perkara ini dibolehkan dalam sistem moral.

Page 5: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

SKOP AKHLAK ISLAM

Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan dengan

kehidupan manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia

dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain.

a)Akhlak dengan Allah: Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah swt

ialah :

Beriman kepada Allah : iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa

Allah itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan

tuntutan-tuntutan di samping meninggalkan sebarang sifat atau bentuk syirik

terhadapnya.

Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah : iaitu

melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya

dengan ikhlas semata-mata kerana Allah swt.

Sentiasa bertaubat dengan tuhannya : iaitu apabila seseorang mukmin itu

terlupa atau jatuh kepada kecuaian dan kesilapan yang tidak seharusnya

berlaku lalu ia segera sedar dan insaf lalu meminta taubat atas kecuaiannya.

Mencari keredhaan Tuhannya : iaitu sentiasa mengharapkan Allah dalam

segala usaha dan amalannya. Segala gerak geri hidupnya hanyalah untuk

mencapai keredhaan Allah dan bukannya mengharapkan keredhaan manusia

walaupun kadang kala terpaksa membuat sesuatu kerja yang menyebabkan

kemarahan manusia.

Melaksanakan perkara-perkara yang wajib, fardhu dan nawafil.

Redha menerima Qadha’ dan Qadar Allah : Sabda Rasulullah saw yang

bermaksud: “Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia

ditimpa kesusahan dia bersabar maka menjadilah baik baginya.”

b)Akhlak dengan manusia:

-Akhlak dengan Rasulullah: iaitu beriman dengan penuh keyakinan bahawa nabi

Muhammad saw adalah benar-benar nabi dan Rasul Allah yang menyampaikan

Page 6: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

risalah kepada seluruh manusia dan mengamalkan sunnah yang baik yang

berbentuk suruhan ataupun larangan.

-Akhlak dengan ibubapa: iaitu berbuat baik (berbakti) ke pada ibu bapa. Berbuat

baik di sini mengandungi erti meliputi dari segi perbuatan, perkataan dan tingkah

laku. Contohnya berkata dengan sopan dan hormat, merendahkan diri, berdoa untuk

keduanya dan menjaga keperluan hidupnya apabila mereka telah uzur dan

sebagainya. Firman Allah swt yang bermaksud: “Kami perintahkan manusia

berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”

-Akhlak dengan guru: Maksud dari sebuah hadith Nabi saw: “Muliakanlah orang

yang kamu belajar daripadanya.” Setiap murid dikehendaki memuliakan dan

menghormati gurunya kerana peranan guru mengajarkan sesuatu ilmu yang

merupakan perkara penting di mana dengan ilmu tersebut manusia dapat

menduduki tempat yang mulia dan terhormat dan dapat mengatasi berbagai

kesulitan hidup sama ada kehidupan di dunia ataupun di akhirat.

-Akhlak kepada jiran tetangga: Umat Islam dituntut supaya berbuat baik terhadap

jiran tetangga. Contohnya tidak menyusahkan atau mengganggu mereka seperti

membunyikan radio kuat-kuat, tidak membuang sampah di muka rumah jiran, tidak

menyakiti hati mereka dengan perkataan-perkataan kasar atau tidak sopan dan

sebagainya. Malah berbuat baik terhadap jiran tetangga dalam pengertiannya itu

dapat memberikan sesuatu pemberian kepada mereka sama ada sokongan moral

atau material.

Page 7: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

-Akhlak suami isteri: Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan gaulilah olehmu

isteri-isteri itu dengan baik.”

-Akhlak dengan anak-anak: Islam menetapkan peraturan terhadap anak-anak.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Kanak-kanak lelaki disembelih aqiqahnya

pada hari ketujuh dari kelahirannya dan diberi nama dengan baik-baik dan

dihindarkan ia daripada perkara-perkara yang memudharatkan. Apabila berusia

enam tahun hendaklah diberi pengajaran dan pendidikan akhlak yang baik.”

-Akhlak dengan kaum kerabat: Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya

Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan dan memberi kepada kaum

kerabat.”

c) Akhlak terhadap makhluk selain manusia :

-Malaikat: Akhlak Islam menuntut seseorang muslim supaya menghormati para

malaikat dengan menutup kemaluan walaupun bersendirian dan tidak ada orang lain

yang melihat.

-Jin: Adab terhadap golongan jin antaranya Rasulullah melarang membuang hadas

kecil di dalam lubang-lubang di bumi kerana ia adalah kediaman jin. Sabda

Rasulullah saw yang bermaksud : “Jangan kamu beristinjak dengan tahi kering dan

jangan pula dengan tulang-tulang kerana sesungguhnya tulang-tulang itu adalah

makanan saudara kamu dari kalangan jin.”

-Haiwan ternakan: Haiwan yang digunakan untuk membuat kerja, maka tidak boleh

mereka dibebani di luar kesanggupan mereka atau dianiaya atau disakiti. Malah

ketika hendak menyembelih untuk dimakan sekalipun, maka hendaklah

penyembelihan dilakukan dengan cara yang paling baik iaitu dengan menggunakan

pisau yang tajam, tidak mengasah pisau di hadapan haiwan tersebut atau

menyembelih haiwan di samping haiwan-haiwan yang lain.

-Haiwan bukan ternakan: tidak menganiayai haiwan-haiwan bukan ternakan seperti

mencederakannya dengan menggunakan batu dan sebagainya.

-Alam: Manusia diperintahkan untuk memakmurkan sumber-sumber alam demi

kebaikan bersama. Islam menetapkan bahawa alam ini tidak boleh dicemari dengan

kekotoran yang boleh merosakkan kehidupan manusia dan kehidupan lainnya.

Page 8: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

SUMBER AKHLAK ISLAM

Dalam Islam akhlak adalah bersumber dari dua sumber yang utama iaitu al-Quran

dan al-Sunnah. Ini ditegaskan leh Rasulullah saw dalam sepotong hadith yang

bermaksud : “Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk

menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Allah swt telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat

dalam al-Quran, firman Allah swt yang bermaksud: “Sesungguhnya engkau

seorang memiliki peribadi yang agung (mulia).”

KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM

Akhlak mempunyai kedudukan yang paling penting dalam agama Islam. Antaranya :

-Akhlak dihubungkan dengan tujuan risalah Islam atau antara perutusan utama

Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya aku

diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Pernyataan Rasulullah

itu menunjukkan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam.

-Akhlak menentukan kedudukan seseorang di akhirat nanti yang mana akhlak yang

baik dapat memberatkan timbangan amalan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Page 9: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Tiada sesuatu yang lebih berat dalam

daun timbangan melainkan akhlak yang baik.”

-Akhlak dapat menyempurnakan keimanan seseorang mukmin. Sabda Rasulullah

saw yang bermaksud :“Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya

adalah yang paling baik akhlaknya.”

-Akhlak yang baik dapat menghapuskan dosa manakala akhlak yang buruk boleh

merosakkan pahala. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Akhlak yang baik

mencairkan dosa seperti air mencairkan ais (salji) dan akhlak merosakkan

amalan seperti cuka merosakkan madu.”

-Akhlak merupakan sifat Rasulullah saw di mana Allah swt telah memuji Rasulullah

kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran, firman Allah swt

yang bermaksud : “Sesungguhnya engkau seorang yang memiliki peribadi yang

agung (mulia).” Pujian Allah swt terhadap RasulNya dengan akhlak yang mulia

menunjukkan betapa besar dan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam.

Banyak lagi ayat-ayat dan hadith-hadith Rasulullah saw yang menunjukkan

ketinggian kedudukan akhlak dan menggalakkan kita supaya berusaha menghiasi

jiwa kita dengan akhlak yang mulia.

-Akhlak tidak dapat dipisahkan dari Islam, sebagaimana dalam sebuah hadith

diterangkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw : “Wahai

Rasulullah, apakah itu agama?” Rasulullah menjawab : “Akhlak yang baik.“

-Akhlak yang baik dapat menghindarkan seseorang itu daripada neraka sebaliknya

akhlak yang buruk menyebabkan seseorang itu jauh dari syurga. Sebuah hadith

menerangkan bahawa, “Si fulan pada siang harinya berpuasa dan pada

malamnya bersembahyang sedangkan akhlaknya buruk, menganggu jiran

tetangganya dengan perkataannya. Baginda bersabda : “Tidak ada kebaikan

dalam ibadahnya, dia adalah ahli neraka.”

-Salah satu rukun agama Islam ialah Ihsan, iaitu merupakan asas akhlak seseorang

muslim. Ihsan iaitu beribadat kepada Allah seolah-olah kita melihatNya kerana

walauun kita tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kita.

Page 10: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

KEPENTINGAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak

berakhlak. Akhlak juga merupakan roh Islam yang mana agama tanpa akhlak

samalah seperti jasad yang tidak bernyawa. Oleh itu salah satu misi yang dibawa

oleh Rasulullah saw ialah membina kembali akhlak manusia yang telah runtuh sejak

zaman para nabi yang terdahulu ekoran penyembahan berhala oleh pengikutnya

yang telah menyeleweng.

Hal ini juga berlaku pada zaman jahiliyyah yang mana akhlak manusia telah runtuh

berpunca daripada mewarisi perangai umat yang terdahulu dengan tradisi meminum

arak, membuang anak, membunuh, melakukan kezaliman sesuka hati, menindas,

suka memulau kaum yang rendah martabatnya dan sebagainya. Dengan itu mereka

sebenarnya tidak berakhlak dan tidak ada bezanya dengan manusia yang tidak

beragama.

Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. Islam

menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dia dalam neraka.

Umpamanya seseorang itu melakukan maksiat, menderhaka kepada ibu bapa,

melakukan kezaliman dan sebagainya, sudah pasti Allah akan menolak mereka

daripada menjadi ahli syurga.

Selain itu, akhlak juga

merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ianya lambang

kesempurnaan iman, ketinggian taqwa dan kealiman seseorang manusia yang

berakal. Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Orang yang

sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya.”

Page 11: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan begitulah juga

runtuhnya sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya. Hakikat kenyataan di

atas dijelaskan dalam kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia melalui al-Quran

seperti kisah kaum Lut, Samud, kaum nabi Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain. Ummah

yang berakhlak tinggi dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan perlindungan

Allah ialah ummah yang seperti di Madinah pada zaman Rasulullah saw.

Ketiadaan akhlak yang baik pada diri individu atau masyarakat akan menyebabkan

berlaku pelbagai krisis dalaman dan luaran seperti krisis nilai diri, keruntuhan

rumahtangga, masyarakat belia yang mundur dan boleh membawa kepada

kehancuran sesebuah negara. Presiden Perancis ketika memerintah Perancis dulu

pernah berkata : “Kekalahan Perancis di tangan tentera Jerman disebabkan

tenteranya runtuh moral dan akhlak.”

Pencerminan diri seseorang sering digambarkan melalui tingkah laku atau akhlak

yang ditunjukkan. Malahan akhlak merupakan perhiasan diri bagi seseorang

sebagaimana aqidah merupakan tunjang agama, syariat merupakan cabang dan

rantingnya manakala akhlak adalah yang mewarnai seperti bunga-bungaan yang

menyerikan hiasan pokok tersebut.

Akhlak tidak dapat dibeli atau dinilai dengan wang ringgit Ia wujud di dalam diri

seseorang hasil daripada didikan kedua ibu bapa atau penjaga serta pengaruh dari

masyarakat sekeliling mereka. Jika sejak kecil kita didedahkan dengan akhlak yang

mulia, maka secara tidak langsung ia akan mempengaruhi tingkah laku dalam

kehidupan sehari-hari hinggalah seterusnya.

Proses pembentukan sesebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah

bangunan. Kalau dalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu,

begitu juga dengan membentuk masyarakat mesti dimulakan dengan pembinaan

asasnya terlebih dahulu. Jika kukuh asas yang dibina maka tegaklah masyarakat itu.

Jika lemah maka robohlah apa-apa sahaja yang dibina di atasnya.

Akhlak amat penting kerana merupakan asas yang dilakukan oleh Rasulullah saw

ketika memulakan pembentukan masyarakat Islam. Sheikh Mohamad Abu Zahrah

dalam kitabnya Tanzim al-Islam Li al-Mujtama’ menyatakan bahawa budi pekerti

atau moral yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan

Page 12: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

manusia yang berhati bersih, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta kepada

kebaikan dan benci kepada kejahatan.

CIRI-CIRI AKHLAK ISLAM

Islam menyeru agar manusia menghiasi jiwa dengan akhlak yang baik dan

menjauhkan diri dari akhlak yang buruk. Yang menjadi ukuran baik dan

burukna adalah syarak, iaitu apa yang diperintahkan oleh syarak, itulah yang

baik dan apa yang dilarang oleh syarak itulah yang buruk.

Lingkungan skop akhlak Islam adalah luas meliputi segala perbuatan manusia

dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk selain

manusia. -Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan. Orang yang

paling sempurna keimanannya ialah orang yang paling baik akhlaknya.

Adanya konsep balasan dan ganjaran pahala atau syurga oleh Allah dan

sebaliknya orang yang berakhlak buruk akan mendapat dosa atau disiksa

dalam neraka.

PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA

Akhlak adalah sesuatu perilaku yang boleh diubah dan dibentuk, contohnya Saidina

Umar al-Khattab, sebagaimana keadaan beliau semasa berada di zaman jahiliyyah

berbanding keadaannya sesudah memeluk agama Islam. Dari sini dapat

disimpulkan bahawa akhlak merupakan sesuatu yang semulajadi tetapi ianya perlu

dibentuk. Terdapat beberapa cara untuk membentuk dan membina akhlak mulia.

Antara cara-cara itu ialah melalui :

a) Pendidikan Iman sebagai Asas Akhlak

Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorak manusia menjadi seseorang

yang beriman. Iman adalah asas kepada akhlak Islam. Tidak akan sempurna iman

seseorang jika tidak disertai oleh akhlak yang baik. Contohnya dengan

melaksanakan segala perintah Allah yang berupa ibadah kerana kesemua perintah

Allah tersebut bertujuan untuk membersihkan diri dan menyuburkan jiwa manusia

dengan sifat-sifat terpuji.

Page 13: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Lantaran itu setiap ayat al-Quran menyeru manusia berbuat baik dan mencegah

manusia daripada melakukan perbuatan mungkar. Biasanya didahului dengan

panggilan “Wahai orang-orang yang beriman” kemudian barulah diikuti dengan

perintah atau larangan. Iman yang teguh tetap memerlukan akhlak yang teguh. Jika

berlaku kemerosotan akhlak di kalangan manusia, puncanya adalah kelemahan

iman dan tertakluk kepada kefasikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seseorang.

Pendidikan iman bolehlah disimpulkan sebagai suatu pemulihan tenaga keimanan

seseorang supaya dapat mempertahankan diri manusia daripada segala

kerendahan dan keburukan serta dapat mendorong manusia ke arah kemuliaan.

b) Melalui Latihan dan Bimbingan Pendidik Berkualiti

Pendidikan yang diberikan itu hendaklah bermula dari rumah yang ditangani oleh ibu

bapa. Selepas itu barulah berpindah ke peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian

tinggi bagi pendidikan berbentuk formal. Ibu bapa seharusnya mempunyai

keperibadian dan akhlak yang mantap sebagai pendidik dan pembinbing seperti

lemah lembut dalam pertuturan, pergaulan, sabar, lapang dada, istiqamah,

berwawasan dan seumpamanya.

c) Mengambil Rasulullah saw Sebagai Contoh

Rasulullah adalah contoh teladan dan ikutan yang paling tepat bagi semua peringkat

kehidupan. Bersesuaian dengan itu, Allah swt telah berfirman bahawa Nabi

Muhammad saw diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak di

kalangan mereka. Firman Allah yang bermaksud : “Demi sesungguhnya bagi kamu

pada diri Rasulullah saw itu contoh ikutan yang baik bagi orang-orang yang sentiasa

mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di hari akhirat serta sentiasa

menyebut dan memperingati Allah dalam masa senang dan susah.” Contoh-contoh

akhlak Rasulullah saw :

1. Akhlak Rasulullah saw dengan Allah swt

Mengabdikan diri setiap detik dan masa kepada Allah dengan penuh

kepatuhan, ketaatan, kecintaan dan kesyukuran yang tidak berbelah bagi

terhadap Allah di samping redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah

kepadanya.

Page 14: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

-Melaksanakan kewajipan yang wajib atau difardhukan serta amalan-amalan

sunat seperti bangun malam mengadakan Qiyamullail, berpuasa sunat, zikir,

istighfar, doa, tasbih, tahmid dan sebagainya.

2. Akhlak Rasulullah saw dengan sesama manusia

Akhlak Rasulullah saw meliputi aspek kekeluargaan, soaial, ekonomi, politik

dan sebagainya. Dari aspek kekeluargaan, Rasulullah saw berjaya

mewujudkan suasana yang harmoni dan Rasulullah saw pernah bersabda :

“Rumahku adalah syurgaku.”

Rasulullah saw merupakan seorang yang bertanggungjawab, sentiasa

memberi kasih sayang, berlemah lembut dan bertolak ansur terhadap semua

ahli keluarganya.

Rasulullah saw juga selalu berbincang dengan para sahabat dan menghargai

pandangan yang diberikan oleh mereka. -Begitu juga akhlak dan sikap

Rasulullah saw terhadap orang bukan Islam iaitu menghormati mereka,

bersopan santun dan memberi haknya kepada mereka terutama dari segi

kejiranan. Contohnya kisah baginda dengan seorang wanita Yahudi (jirannya)

yang akhirnya wanita Yahudi tersebut telah memeluk Islam atas keprihatinan,

kesabaran dan kemuliaan akhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah saw.

Page 15: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

3. Akhlak Rasulullah saw dengan makhluk lain.

Rasulullah saw begitu peka dan prihatin terhadap makhluk yang lain seperti

haiwan, tumbuha-tumbuhan dan alam sekitar.

Rasulullah saw menasihati umatnya supaya berlaku ihsan kepada haiwan

dan binatang ternakan serta tidak menzalimi atau menyiksa mereka.

Demikian juga tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar.

FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK

a) Persekitaran

Faktor persekitaran banyak mempengaruhi pembentukan peribadi seseorang.

Antaranya ialah:

Individu yang hidup dalam keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup yang

berakhlak, maka jiwanya akan terdidik dengan tingkah laku, tutur kata dan

gaya hidup yang tidak baik.

Page 16: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Kehadiran teknologi canggih dalam media massa sama ada bercetak atau

elektronik juga sedikit sebanyak memberi kesan dalam pembentukan akhlak

seseorang iaitu melalui adegan-adegan ganas dan berunsur seks yang boleh

merosakkan jiwa mereka.

Pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling juga merupakan faktor

yang membentuk keperibadian dan akhlak seperti tingkah laku, tutur kata dan

cara bertindak.

Permasalahan keluarga yang melibatkan ibu bapa contohnya pergaduhan

dan perceraian boleh membawa kepada permasalahan sosial seperti lari dari

rumah, menyertai rakan sebaya mahupun kumpulan yang rosak akhlaknya

sehingga membawa kepada pergaulan bebas, perzinaan, pengambilan

dadah, pelacuran (bohsia) dan seumpamanya.

Budaya masyarakat yang cenderung ke arah liberalisme juga membawa

masyarakat kini mudah terjeba dengan budaya rock, rap, lepak dan

seumpamanya.

b) Nafsu

Nafsu adalah anugerah Allah swt kepada manusia dan nafsu juga adalah musuh

sebati dengan diri manusia yang melaksanakan hasrat nafsu manusia. Manusia

yang terlalu menurut kehendak nafsunya akan terdorong untuk melakukan

keburukan. Seandainya nafsu tidak dapat dikawal, sudah asti boleh menghilangkan

maruah diri, agama dan nilai budaya sesebuah masyarakat dan membawa kepada

kemungkaran sebagaimana berlaku dalam masyarakat kini.

c) Syaitan

Satu lagi musuh ghaib yang sentiasa mendampingi manusia dengan memperalatkan

nafsu manusia iaitu syaitan. Fungsi syaitan adalah sebagai agen perosak akhlak

manusia berlaku sejak Nabi Adam a.s. dan berterusan hingga ke hari kiamat.

Kesimpulannya setiap manusia yang hidup terpaksa menghadapi ujian dan cubaan

hidup dalam usaha melatih diri menjadi manusia yang berakhlak dan bersedia

menghadapi segala rintangan.

Page 17: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Cara-cara mengatasi dan memperbaiki akhlak :

Menguatkan nilai-nilai aqidah dan keimanan dalam jiwa.

Mengawal pancaindera daripada melihat atau mendengar perkara-perkara

yang membangkitkan atau menguatkan syahwat dan hawa nafsu yang

menjadi punca segala sifat buruk dan keji.

Mempelajari huraian atau penjelasan al-Quran dan Hadith serta

penafsirannya oleh para ulama mengenai akhlak terpuji untuk membersihkan

jiwa.

Melatih diri membiasakan perbuatan-perbuatan baik seperti ibadah berupa

solat, puasa dan lain-lain dan menjauhkan diri daripada segala perbuatan

buruk dan keji.

Berkawan dan berjiran dengan orang-orang yang berakhlak mulia kerana

kawan atau jiran memberi kesan atau pengaruh dalam pembinaan akhlak

seseorang.

Mempelajari kehidupan para nabi, sahabat, ulama atau auliya dan

menjadikan kehidupan mereka sebagai contoh teladan dalam kehidupan kita.

Dalam segala tindak tanduk kita hendaklah sentiasa mengikuti dan

menggunakan akal fikiran dan janganlah mengikut perut dan hawa nafsu kita.

Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah swt agar dilengkapkan diri dengan

akhlak yang mulia dan mendapatkan perlindungan daripada perkara-perkara

yang tidak diingini.

Page 18: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim

kata-kata seperti “etika”, “etis”,dan “moral” tidak terdengar dalam ruang kuliah saja

dan tidak menjadi monopoli kaum cendekiawan. Diluar kalangan intelektual pun

sering disinggung hal-hal seperti itu. Memang benar, dalam obrolan dipasar atau

ditengah penumpang-penumpang opelet kata-kata itu jarang sekali muncul. Tapi jika

membuka surat kabar atau majalah, hampir setiap hari kita menemui kata-kata

tersebut. Apalagi bila dikaitkan dengan penegasan Rasulullah SAW; bahwa

kehadirannya dimuka bumi ini missi utamanya adalah menyempurnakan akhlak

yang mulia.

Perkembangan pemikiran manusia selalu menarik untuk dikaji. Manusia yang berfikir

adalah manusia yang dinamis. Karena determinasi naturalistic yang membawa

manusia kepada puncak posisi sebagai makhluk Tuhan adalah kemampuannya

untuk berfikir itu.

Berfikir adalah sebuah aktivitas awal yang menggerakkan seluruh aktivitas

kemanusiaan. Para filosof adalah manusia-manusia pilihan yang mengabdikan

dirinya pada pergulatan keilmuan dan pemikiran yang tiada henti. Walaupun

pandangan sinis sering diarahkan kepada kaum filosof sebagai kelompok yang

hanya duduk dikursi dan menteorikan dunia hayalan, tetapi kehadiran para filosof

telah memberikan warna tersendiri bagi kehidupan didunia ini. Setidaknya mereka

mampu mengabstraksikan realitas yang dia lihat utamanya dalam konsep-

konsepnya tentang etika.

A. Pengertian Etika dan Etika Islam

Etika adalah suatu cabang filsafat yang membicarakan tentang perilaku manusia.

Atau dengan kata lain, cabang filsafat yang mempelajari tentang baik dan

buruk.Untuk menyebut etika, biasanya ditemukan banyak istilah lain : moral, norma

dan etiket.[1] Seperti halnya dengan banyak istilah yang menyangkut konteks ilmiah,

istilah “etika” pun bersal dari Yunani kuno. Kata Yunani ethos merupakan bentuk

tunggal yang bisa memiliki banyak arti: tempat tinggal yang biasa; padang rumput,

Page 19: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

kandang; kebiasaan, adat; akhlak, watak; perasaan, sikap dan cara berpikir. Bentuk

jamaknya adalah ta etha yang berarti: adat kebiasaan. Dan arti terakhir inilah

menjadi latar belakang bagi terbentuknya istilah “etika” dalam filsafat. Dalam

sejarahnya, Aristoteles (384-322 SM) sudah menggunakan istilah ini yang dirujuk

kepada filsafat moral.

Istilah lainya yang memiliki konotasi makna dengan etika adalah moral. Kata moral

dalam bahasa Indonesia berasal dari kata bahasa Latin mores yang berarti adat

kebiasaan. Kata mores ini mempunyai sinonim; mos, moris, manner mores, atau

manners, morals. Kata moral berarti akhlak atau kesusilaan yang mengandung

makna tata tertib batin atau tata tertib hatinurani yang menjadi pembimbing tingkah

laku batin dalam hidup. Kata moral ini dalam bahasa Yunani sama dengan ethos

yang menjadi etika.[2]

Secara etimologis, etika adalah ajaran tentang baik buruk, yang diterima umum

tentang sikap, perbuatan, kewajiban dan sebagainya. Pada hakikatnya moral

menunjuk pada ukuran-ukuran yang telah diterima oleh suatu komunitas, sementara

etika umumnya lebih dikaitkan dengan prinsip-prinsip yang dikembangkan di

pelbagai wacana etika. Akhir-akhir ini istilah etika mulai digunakan secara bergantian

dengan filsafat moral sebab dalam banyak hal, filsafat moral juga mengkaji secara

cermat prinsip-prinsip etika.[3]

Ketika dihubungkan dengan Islam, selalu muncul pertanyaan mendasar, adakah

sesungguhnya yang disebut sebagai etika Islam itu?. Menurut abdul Haq Anshari

dalam Islamic Ethics: Concepts and Prospects meyakini bahwa sesungguhnya Etika

Islam sebagai sebuah disiplin ilmu atau subyek keilmuan yang mandiri tidak pernah

ada pada hari ini. Menurutnya kita tidak pernah menjumpai karya-karya yang

mendefinisikan konsepnya, menggambarkan isu-isunya dan mendiskusikan

pemaslahannya. Apa yang kita temukan justru diskusi yang dilakukan oleh berbagai

kalangan penulis, dari kelompok filosof, teolog, ahli hukum Islam, sufi dan teoretesi

ekonomi dan politik dibidang mereka masing-masing tentang berbagai isu, baik yang

merupakan bagian dari keilmuan mereka atau relevan dengan etika Islam.[4]

Page 20: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Konsep Etika Menurut Para Filosof Muslim

Pendapat Al-Kindi

Dalam hal ini etika Al-Kindi berhubungan erat dengan definisi mengenai filsafat atau

cita filsafat.[5] Filsafat adalah upaya meneladani perbuatan-perbuatan Tuhan sejauh

dapat dijangkau oleh kemampuan manusia[6]. Yang dimaksud dengan definisi ini

ialah agar manusia memiliki keutamaan yang sempurna, juga diberi definisi yaitu

sebagai latihan untuk mati. Yang dimaksud ialah mematikan hawa nafsu, dengan

jalan mematikan hawa nafsu itu untuk memperoleh keutamaan.[7] Kenikmatan hidup

lahiriah adalah keburukan. Bekerja untuk memperoleh kenikmatan lahiriah berarti

meningggalkan penggunaan akal.

Pertanyaan yang dapat diajukan ialah bagaimana cara untuk menjadi manusia yang

memiliki keutamaan yang sempurna itu. Bagaimana cara untuk mematikan hawa

nafsu agar dapat mencapai keutamaan itu. Jawaban pertanyaan ini ialah : keahuilah

keutamaan itu dan bertingkah lakulah sesuai tuntutan keutamaan itu. Al-Kindi

berpendapat bahwa keutamaan manusia tidak lain adalah budi pekerti manusiawi

yang terpuji. Keutamaan ini kemudian dibagi menjadi tiga bagian. Pertama

merupakan asas dalam jiwa, tetapai bukan asas yang negatif, yaitu pengetahuan

dan perbuatan (ilmu dan amal). Hal ini dibagi lagi menjadi tiga :

Kebijaksanaan (hikmah) yaitu keutamaan daya fikir; bersifat teoritik yaitu mengetahu

segala sesuatu yang bersifat universal secara hakiki; bersifat praktis yaitu

menggunakan kenyataan yang wajib dipergunakan.

Keberanian (nadjah) ialah keutamaan daya gairah (ghadabiyah; passiote), yang

merupakan sifat yang tertanam dalam jiwa yang memandang ringan kepada

kematian untuk mencapai sesuatu yang harus dicapai dan menolak yang harus

ditolak.

Kesucian (iffah) adalah memperoleh sesuatu yang memang harus diperoleh guna

mendidik dan memelihara badan serta menahan diri yang tidak diperlukan untuk

itu.Kedua keutamaan-keutamaan manusia tidak terdapat dalam jiwa, tetapai

Page 21: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

erupakan hasil dan buah dari tiga macam keutamaan tersebut. Dan ketiga hasil

keadaan lurus tiga macam keutamaan itu tercermin dalam keadilan. Penistaan yang

merupakn padanannya adalah penganiayaan.[8]

Al-Razi

Filsafat etika Al-Razi terdapat hanya dalam karyanya :

a. Al-tibb al-ruhani

b. Al- Shirat al-Falsafiyyah

Al-Razi berpendapat bahwa :

Seorang dalam hidup ini harus moderat, maksudnya dalam hidup ini kita jangan

terlalu zuhud tetapi jangan pula terlalu tamak[9]

Tidak terlalu menyendiri

Tidak terlalu mengumbar hawa nafsu tetapi jangan pula membunuh nafsu.

Untuk mencapai tujuan tersebut ia membuat dua buah batas dalam hidup ini :

a. Batas tertinggi

Batas tertinggi ialah menjauhi kesenangan yang hanya dapat diperoleh dengan jalan

menyakiti orang lain ataupun bertentangan dengan rasio.

b. Batas terendah

Batas terendah ialah menemukan atau memakan sesuatu yang tidak

membahayakan atau menyebabkan penyakit dan memakai pakaian sekedar untuk

menutup tubuh, dan diantara batas itu orang dapat hidup tanpa keterlayakan.[10]

Filsafat etika al-Razi yang lain adalah :

Page 22: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

a. Al-Razi juga berkata bahwa manusia harus mengendalikan hawa nafsunya; ia

mengemukakan perbedaan-perbedaan yang dikemukakan perbedaan-perbedaan

yang dikemukakan oleh Plato tentang-tentang aspek jiwa :

b. Al-Razi juga berkata bahwa manusia harus mengendalikan hawa nafsunya; ia

mengemukakan perbedaan yang dikemukakan oleh tentang-tentang aspek jiwa :

1. Nalar

2. Lingkungan

3. Hasrat dan menunjukkan bagaimana keadilan mesti mengatasi semua itu.

c. Al-Razi mengenali dusta, dusta adalah hal yang buruk

d. Tamak adalah suatu keadaan yang sangat buruk yang dapat menimbulkan rasa

saki dan bencana. Mabuk menyebabkan malapetaka dan sakitnya jiwa dan raga dan

sebagainya.[11]

Dan keempat pendapat tersebut tercakup dalam Risalah etika Al-Razi yang cukup

terkenal, Obat Pencahar Rohani (Spiritual Phisic).[12]

Al-Farabi

Konsep etika yang ditawarkan Al-Farabi dan menjadi salah satu hal penting dalam

karya-karyanya, berkaitan erat dengan pembicaraan tentang jiwa dan politik.[13]

Begitu juga erat kaitanya dengan persoalan etika ini adalah persoalan kebahagiaan.

Didalam kitab At-tanbih fi sabili al-Sa’adah dan Tanshil al-Sa’adah, Al-Farabi

menyebutkan bahwa kebahagiaan adalah pencapaian kesempurnaan akhir bagi

manusia,[14] al-Farabi juga menekankan empat jenis sifat utama yang harus

menjadi perhatian untuk mencapai kebahagiaan didunia dan diahirat bagi bangsa-

bangsa dan setiap warga negara, yakni :

Keutamaan teoritis, yaitu prinsip-prinsip pengetahuan yang diperoleh sejak awal

tanpa diketahui cara dan asalnya, juga yang diperleh dengan kontemplasi, penelitian

dan melalui belajar.

Page 23: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Keutamaan pemikiran, adalah yang memungkinkan orang mengetahui hal-hal yang

bermanfaat dalam tujuan. Termasuk dalm hal ini, kemampuan membuat aturan-

aturan, karena itu disebut keutamaan pemikiran budaya (fadhail fikriyah

madaniyyah).

Keutamaan akhlak, bertujuan mencari kebaikan. Jenis keutamaan ini berada

dibawah dan menjadi syarat keutamaan pemikiran, kedua jenis keutamaan tersebut,

terjadi dengan tabiatnya dan bisa juga terjadi dengan kehendak sebagai

penyemprna tabiat atau watak manusia.

Keytamaan amalia, diperoleh dengan dua cara yaitu pernyataan-pernyataan yang

memuaskan dan merangsang.[15]

Pendapat Ikhwan al-Safa`

Adapun tentang moral etika, ikhwan al-Safa’ bersifat rasionalistis. Untuk itu suatu

tindakan harus berlangsung bebas merdeka. Dalam mencapai tingkat moral

dimaksud, seseorang harus melepaskan diri dari ketergantungan kepada materi.

Harus memupuk rasa cinta untuk bisa sampai pada eksatase. Percaya tanpa usaha,

mengetahui tanpa berbuat adalah sia-sia. Kesabaran dan ketabahan, kelembutan,

kasih saying dan keadilan. Rasa syukur, mengutamakan kebajikan, gemar

berkorban untuk orang lain kesemuanya harus menjadi karakteristik pribadi.

Sebaliknya, bahasa kasar, kemunafikan, penipuan, kezaliman dan kepalsuan harus

dikikis habis sehingga timbul kesucian perasaan, kecintaan yangmembara sesama

manusia, dan keramahan terhadap alam dan binatang liar sekalipun.

Jiwa yang telah dibersihkan akan mampu menerima bentuk-bentuk cahaya spiritual

dan entitas-entitas yang bercahaya. Semakin suci jiwa dan tidak terbelenggu oleh

ikatan jasmani, semakin dapat memahami makna dasar yang tersembunyi dalam

kitab suci dan kessuainya dengan data pengetahuan rasional dalm filsafat.

Sebaliknya, selama jiwa terperosok dalam daya pikat tubuh dan oleh keinginan-

keinginan dan kesenangan-kesenanganya, ia tidak dapt mengetahui makna kitab

Page 24: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

suci dan ia tidak akan dapat beranjak kepad bola-bolalangit dan secara

langsungmerenungkan apa yang ada disana.[16]

Pendapat Ibnu Maskawaih

Ibnu maskawai adalah seorang moralis yang terkenal. Sehingga dia mendapat

julukan sebagai bapak etika Islam, Maskawaih dikenakl juga sebgai guru ketiga (Al-

Mutaalim al-Tsalis), setelah al-Farabi yang digelari guru kedua. Sedangkan yang

dipandang sebagai guru pertama adalah aristoteles.

Teorinya tentang etika secara rinci ditulis dalam kitab Tahdzb al-Akhlaq wa al-‘Araq

(pendidikan budi dan pembersihan watak). Maskawai membagi kitabnya itu menjadi

tujuh bagian. Bagian pertama membicaraka perihal jiwa yang merupakan dasar

pembahasan akhlaq. Bagian kedua membicarakan manusia dalam hubunganya

dengan akhlak. Bagian ketiga membicarakan perihal kebajikan dan kebahagiaan

yang merupakan inti pembahasan tentang akhlak. Bagian keempat membicarakan

perihal keadilan. Bagian kelima membicarakan perihal cinta dan persahabatan.

Bagian keenam dan ketujuh membicarakan perihal pengobatan penyakit-penyakit

jiwa.

Teori etika Maskawaih bersumber pada filsafat Yunani, peradaban Persia, ajaran

dyari’at Islam, dan pengalaman pribadi.[17] Filsafat etika Maskawaih ini selalu

mendapat perhatian utama. Keistimewaan yang menarik dalam tulisanya ialah

pembahasan yang didasarkan pada ajaran Islam (Al-Qur’an dan Hadits) dan

dikombinasikan dengan pemikiran yang lain sebagai pelengkap, seperti filsafat

Yunani Kuno dan pemikiran Persia. Dimaksud dengan pelengkap ialah sumber lain

baru diambilnya apabila sejalan dengan ajaran Islam dan sebaliknya ia tolak, jika

tidak demikian.[18]

Page 25: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Akhlak, menurut Maskawaih, ialah suatu sikap mental atau keadaan jiwa yang

mendorongnya untuk berbuat tanpa piker dan pertimbangan. Sementara tingkah

laku manusia terbagi menjadi dua unsure, yakni unsure watak naluriah dan unsure

lewat kebiasaan dan latihan.[19]

Berdasarkan ide diatas, secara tidak langsung Ibnu Maskawaih menolak pandangan

orang-orang Yunani yang mengatakan bahwa akhlak manusia tidak dapat berubah.

Bagi Ibnu Maskawaih akhlak yang tercela bisa berubah menjadi akhlak yang terpuji

dengan jalan pendidikan (Tarbiyah al-Akhlak) dan latihan-latihan. Pemikiran seperti

ini jelas sejalan dengan ajaran Islam karena kandungan ajaran Islam secara

eksplisittelah mengisyaratkan kearah ini dan pada hakikatnya syariat agama

bertujuan untuk mengokohkan dan memperbaiki akhlak manusia. Kebenaran ini

jelas tidak dapat dibantah, sedangkan akhlak atau sifat binatang saja bisa berubah

dariliar menjadi jinak, apalagi akhlak manusia.[20]

Masalah pokok yang dibicarakan dalam kajian tentang akhlak adalah kebaikan (al-

khair), kebahagiaan (al-sa’adah) dan keutamaan (al-fadhilah). Menurut Ibnu

Maskawaih, kebaikan adalah suatu keadaan dimana kita sampai kepada batas akhir

dan kesempurnaan wujud. Kebaikan adakalanya umum dan adakalanya khusus.

Diatas semua kebaikan itu terdapat kebaikan mutlak yang identik dengan wujud

tertinggi.

Mengenai pengertian kebahagiaan telah dibicarakan oleh pemikir-pemikir Yunani

yang pokoknya terdapat dua versi, pandangan pertama dari Plato dan yang kedua

oleh Aristoteles. Ibnu Maskawaih tampil diantaara dua pendapat tersebut.

Menurutnya, karena pada diri manusia ada dua unsure, yaitu jiwa dan badan, maka

kebahagiaan itu meliputi keduanya. Kebahagiaan itu ada dua tingkat. Pertama ada

manusia yang terikat dengan hal-hal yang bersifat benda dan mendapat

kebahagiaan dengannya, namun ia tetap rindu akan kebahagiaan jiwa, lalu

berusaha memperolehnya. Kedua, manusia yang melepaskan diri dari keterikatanya

kepada benda dan memperoleh kebahagiaannya lewat jiwa.

Page 26: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Tentang keutamaan, Ibnu Maskawaih berpendapat bhwa asas semua keutamaan

adalah cinta kepada semua manusia. Tanpa cinta yang demikian, suatu masyarakat

tidak mungkin ditegakkan.[21]

Pendapat Al-Ghozali

Filsafat etika al-Ghozali secara sekaligus dapat kita lihat pada teori tasawufnya

dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin. Dengan kata lain, filsafat etika al-Ghazali adalah

teori tasawufnya. Mengenai tujuan pkok dari etika al-Ghazali kita temukan pada

semboyan tasawuf yang terkenal : al-Takhalluq bi-Akhlaqillah ‘ala taqothil

Basyathiyyah, atau pada semboyannya yang lain, al-Shifatir-Rahman ‘ala Taqhathil

Basyathiyah.

Maksud semboyan itu adalh agar manusia sejauh kesanggupannya meniru-niru

perangai dan sifat-sifat ketuhanan seperti pengasih, penyayang, pengampun dan

sifat-sifat yang disukai Tuhan,sabar jujur, takwa, zuhud, ihlas beragama dan

sebagainya.

Dalam Ihya’ Ulmuddin itu, al-Ghazali mengupas rahasia-rahasia ibadat dari tasawuf

dengan mendalam sekali. Misalnyadalam mengupas soal at-thaharah ia tidak hanya

mengupas soal kebersihan badan lahir saja, tetapi juga kebersihan rohani.

Al-Ghazali melihat sumber kebaikan manusia itu terletak pada kebersihan rohaninya

dan rasa akrabnya terhadap Tuhan. Sesuai dengan prinsip Islam, al-Ghazali

menganggap Tuhan sebagai pencipta yang aktif berkuasa, yang sangat memelihara

dan menyebarkan rahmat (kebaikan) bagi sekalian alam. Al-ghazali juga mengakui

Page 27: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

bahwa kebaikan tersebur dimana-mana, juga dalam materi. Hanya pemakaiannya

yang disedeeer hanakan, yaitu kurangi nafsu dan jangan berlebihan.

Bagaimana cara bertaqarrub kepada Allh itu, al-Ghazali memberikan beberapa cara

latihan yang langsung mempengaruhi rohani. Diantaranya yang terpenting ialah

muraqabah, yakni merasa diawasi terus oleh Tuhan, dan al-mahasabah, yakni

senantiasa mengoreksi diri sendiri.

Menurut al-Ghazali, kesenangan itu ada dua tingkatan, yaitu kepuasan dan

kebahagiaan. Kepuasan adalah apabila kita mengetahui kebenaran sesuatu.

Bertambah banyak mengetahui kebenaran itu, bertambah banyak orang merasakan

kebahagiaan.

Akhirnya, kebahagiaan yang tertinggi itu ialah bila mengetahui kebenaran dari

sumber segala kebahagiaan itu sendiri. Itulah yang dinamakan ma’rifatullah, yaitu

mengenal adanya Allah tanpa syak sedikit juga dan dengan penyaksian hati yang

sangat yakin.[22]

Pendapat Ibnu Bajjah

Ibnu Bajjah membagi perbuatan manusia menjadi perbuatan hewani dan manusiawi.

perbuatan hewani didasarkan atas dorongan naluri untuk memenuhi kebutuhan-

kebutuhan dan keinginan hawa nafsu. Sementara itu, perbuatan manusiawi adalah

perbuatan yang didasrkan atas petimbangan rasio dan kemauan yang bersih lagi

luhur.

Page 28: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Sebagi contoh, perbuatan makan bisa dikategorikan perbuatan hewani dan bisa pula

menjadi perbuatan manusiawi. Apabila perbuatan makan tersebut dilakukan untuk

memenuhhi keinginan hawa nafsu, perbuatan ini jatuh pada perbuatan hewani.

Namun, apabila perbuatan makan dilakukan bertujuan untuk memelihara kehidupan

dalam dalam mencapai keutamaan hidup, perbuatan tersebut jatuh pada perbuatan

manusiawi.

Perbedaan antara kedua perbuatan ini tergantung pada motivasi pelakunya, bukan

pada perbuatannya. Perbuatan yang bermotifkan hawa nafsu tergolong pada jenis

perbuatan hewani dan perbuatan bermotifkan rasio maka dinamakan perbuatan

manusiawi.

Pandangan Ibnu Bajjah diatas sejalan dengan ajaran Islam. Lebih lanjut ia

menjelaskan bahwa manusia yang mendasarkan perbuatanya atas iradah yang

merdeka dan akal budi akan dapat mencapai kebahagiaan. Menurut Ibnu Bajjah,

apabila perbuatan dilakukan demi memuaskan akal semata, perbuatan ini mirip

dengan perbuatan ilahy dari pada perbuatan manusiawi.

Secara ringkas Ibbnu Bajjah membagi tujuan perbuatan manusia menjadi tiga

tingkat sebagai berikut :

Tujuan jasmaniah, dilakukan atas dasar kepuasan rohaniah. Pada tujuan ini

manusia sama derajatnya dengan hewan.

Tujuanrohaniah husus, dilakukan atas dasar kepuasan rohaniah. Tujuan ini akan

melahirkan keutamaan akhlaqiyyah dan aqliyyah.

Tujuan rohaniah umum (rasio), dilakukan atas dasar kepuasan pemikiran untuk

dapat berhubungan dengan Allah. Inilah tingkat manusia yang sempurnadan taraf

inilah yang ingin dicapai manusia penyendiri Ibnu Bajjah.[23]

Page 29: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Pendapat Ibnu Thufail

Menurutnya, manusia merupkan suatu perpaduan tubuh, jiwa hewani dan esesnsi

non-bendawi, dan dengan demikian menggambarkan binatang, benda angkasa dan

Tuhan. Karena itu pendakian jiwanya terletak pada pemuasan ketiga aspek sifatnya,

dengan cara meniru tindakan-tindakan hewan, benda-benda angkasa dan Tuhan.

Mengenai peniruanya, pertamaterikat untuk memenuhi kebutuhan tubuhnya akan

kebutuhan-kebutuhan pokok serta menjaganya dari cuaca burukdan binatang buas,

dengan satu tujuan yaitu mempertahankan jiwa hewani. Peniruan yang kedua

menuntut darinya kebersihan pakaian dan tubuh, kebaikan terhadap obyek-obyek

hidup dan tak hidup, pereungan atas esensi Tuhan dan perputaran atas esesnsi

Tuhan dan perputaran esensi orang dalam ekstase.

Ibnu Thufail tampaknya percaya bahwa benda-benda angkasa memiliki jiwa hewani

dan tenggelam dalam perenungan yang tak habis-habisnya tentang Tuhan. Terahir

dia harus melengkapi dirinya dengan sifat-sifat Tuhan, yaitu pengetahuan,

kekuasaan, kebijaksanaan, kebebasan dari keinginan jasmaniah dan sebagainya.

Melaksanakan kewajiban demi diri sendiri, demi yang lain-lain dan demi Tuhan,

secara ringkas merupakan salah satu disiplin jiwa yang esensial. Kewajiban yang

terahir adalah suatu ahir diri, dua yang disebut sebelumnya membawa kepada

perwujudanya dalam visi akan rahmat Tuhan. Dan visi sekaligus menjadi identik

dengan esensi Tuhan.[24]

Pendapat Ibnu Rusyd

Mengenai etika Ibnu Rusyd membenarkan teori Plato yang mengatakan bahwa

manusia adalah makhluk social yang membutuhkan kerja sama untuk memenuhi

keperluan hidup dan mencapai kebahagiaan. Dalam merealisasikan kebahagiaan

Page 30: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

yang merupakan tujuan ahir bagi manusia, diperlukan bantuan agama yang akan

meletakkan dasar-dasarkeuamaan akhlak secara praktis, juga bantuan filsafat yang

mengajarkan keutamaan teoritis, untuk itu diperlukan kemampuan perhubungan

dengan akal aktif.[25]

Pendapat Nashiruddin At-Thusi

Nasir al-Din Abd al-Rahman, gubernur Ismailiyah dan Quhistan, memerintahkan al-

Thusi menerjemahkan kitab al-Thaharah (Tahdzib al-Ahlaq) dari bahasa Arab

kedalam bahasa Pesia. Namun al-Thusi melihat karya Maskawaih tersebut terbatas

pada penggambaran disiplin moral, hal yang berhubungan dengan rumah tangga

dan politik tidak disinggung dalam buku tersebut. Padahal, keduanya merupakan

aspek yang sangat penting dari “Filsafat Praktis”, dan karena itu tidak boleh

diabaikan. Atas dasar itulah al-Thusi memasukkan persoalan rumah tangga dan

politik dalam karyanya, Akhlaq-I Nasiri, dengan menyetir pemikiran al-Farabi dan

Ibnu Sina. Jadi karya tersebut tidak semata-mata terjemahan dari Tahdzib al-Ahlaq

sebagaimana diutarakan dalam encyclopedia of Islam, tetapi lebih bersifat ringkasan

dari buku Tahdzib al-Akkhlaq dengan format dan klasifikasi masalah sepenuhnya

merupakan karya al-Thusi.

Bukunya Akhlaq-I Nashiri mengklasifikasikan pengetahuan kedalam spekulasi dan

praktek. Pengetahuan speklatif dibaginya dalam (a) metafisika dan theology, (b)

matematika, (c) ilmu-lmu alam, termasuk elemen, ilmu-ilmu transportasi,

meteorology, minerologi, botani, zoology, psikogi, pengobatan, astrologi dan

agrikultur. Pengetahuan praktis termasuk (a) etika, (b) ekonomi domestik dan (c)

politik.

Page 31: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Baik dan buruk tidak luput dari perhatian Thusi. Kebaikan datang dari Tuhan,

sedangkan yang buruk lahir secara kebetulan dalam perjalanan yang baik.

Menurut al-Thusi bahwa kebahagiaan utama adalah tujuan moral utama, yang

ditentukan oleh tempat dan kedudukan manusia didalam evolusi kosmik dan

diwuudkan lewat kesediannya untuk berdisiplin dan patuh. Al-Thusi juga

menempatkan kebajikan (tafadhol) diatas keadilan dan cinta (mahabbah) sebagai

sumber alami kesatuan, diatas kebajikan.

Bagi al-Thusi, penyakit moral bisa disebabkan oleh salah satu dari tiga sebab, yaitu

(1) keberlebihan, (2) keberkurangan dan (3) ketakwajaran akal, kemarahan atau

hasrat. Bagi al-Thusi masyarakat berperan. Bagi al-Thusi, masyarakat juga berperan

menentukan kehidupan moral, sebab pada dasarnya manusia adalah makhluk

social, bahkan kesmpurnaannya terletak pada tindakannya yang bersifat social

kepad sesamanya. Dengan kata lain, ia mendukung konsep cinta dan persahabatan.

Lebih luas permasalahan moral, Thusi memasukkan urusan rumah tangga

kedalamnya. Thusi mendefinisikan rumah (manzil) sebagai hubungan istimewa

antara suami dan istri, orang tua dan anak, tuan dan hamba serta kekayaan dan

pemiliknya. Tujuan ilmu rumah tangga adalah mengembangkan system disiplin yang

mendorong terciptanya kesejahteraan fisik,social dan mental kelompok. Mengenai

disiplin anak-anak, Thusi mengikuti pendapat Maskawaih memulai dengan

penanaman moral yang baik lewat pujian, hadiah dan celaan yang halus.[26]

Pendapat Mulla Shadra

Agama Islam diturunkan oleh Allh kepada manusia dengan tujuan untuk

membimbing meereka memperoleh kebahagiaan tertinggi dengan jalan menciptakan

keseimbangan, baik pada tingkat individu maupun social. Hal ini mengandung arti

Page 32: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

bahwa substansi manusia yan diciptakan oleh dzat Yang Maha Sempurna, harus

mengetahuui cara mengaktualisasikan seluruh kemampuannya.

Berkaitan dengan kebahagiaan ini, Mulla Shadra menyatakan sangat bergantung

kepada kesempurnaan jiwa dalam proses inteleksi (taaqqul). Lebih lanjut Shadra

mengatakan bahwa pengetahuan dapat mengalih bentuk orang yang tahu dalam

proses trans-subtansi (harka jauhariya)nya menuju kesempurnaan.

Menurut prinsip harka jauhariya, substansi wujud didunia inni mengalami

transformasi terus menerus dengan menempatkan manusia sebagai pusat domain

dunia yang menghubungkan seluruh skala wujud.

Berkaitan dengan keadilan (‘adalah), tidak dapat dipisahkan dengan konsep

keseimbangan (I’tidal) yang memiliki akar kata yang sama. Bagi Mulla Shadra,

kedua konsep itu dikaitkan dengan pucuk kesempurnaan jiwa manusia dan

persoalan-persoalan etika didalam filsafat, tasawuf dan syariah[27].

Pendapat Iqbal

Filsafat Iqbql adalah filsafat yang meletakkan kepercayaan kepada manusia yang

dilihatnya mempunyai kemungkinan yang tak terbatas, mempunyai kemampuan

untuk mengubah dunia dan dirinya sendiri, serta mempunyai kemampuan untuk ikut

memperindah dunia. Hal ini dimungkinkan karena manusia merupakan wujud

penampakan diri dari Aku Yang Akbar.

Manusialah yan dapat mengambil inisiatif menyiapkan diri dalam menghadapi

tantangan alam dan mengerahkan seluruh kekuatannya supaya dapat

mempergunakan tenaga-tenaga alam untuk tujuan sendiri. Dengan bersenjatakan

Page 33: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

pengetahuan, manusia berkenalan dengan aspek kebenaran yang dapat diselidiki.

Usaha pikiran mengatasi yang disebabkan oleh alam. Manusia bertahan dengan

alam, dan pertalian ini memungkinkan manusia mengawasi tenaga-tenaga alam

yang dikerahkan untuk mengambil manfaatnya, bukan dengan nafsu jahathendak

menguasainya, melainkan mendatangkan keunugan yang lebih mulia dalam

perkembangan rohaniahnya.

Untuk tujuan ini, Iqbql berpendapat bahwa persepsi indrawi saja tidak cukup, tetapi

harus dilengkapi dengan persepsi lain, yang oleh al-Qur’an disebut fuad dan qalb.

Dalam hal mencari kebenaran dari suatu pengalaman, Iqbal membagi dua macam

cara pembuktian ; pertama, pembbuktian secara akal dan cara kedua pembuktian

secara pragmatis. Yang dimaksud pembuktian secara akal adalah penafsiran yang

kritis tanpa prasangka tentang pengalaman manusia. Pembuktian secara pragmatis

adalah pembbuktian kebenaran dari suatu pengalaman dengan melihat hasilnya.

Dalam hal ini pengalaman religius dilihat dari hasilnnya.

Analisis Tentang Konsep Etika Para Filosof Muslim

Dari sini saya dapat menganalisis bahwa, beberapa konsep-konsep etika filosofis

muslim mencerminkan pengaruh aliran-aliran filsafat Yunani. Karya-karya tentang

moral yang mula-mula ditulis oleh al-Kindi sebagai filosof Muslim pertama, sanagat

dipengaruhi oleh Socrates. Pengaruh klasik lainnya bisa juga dilihat dalam karya-

karya filosof beraliran Platonis seperti Abu Bakar al-Razi, yang mengikuti pembagian

Plato tentang pembagian-pembagian jiwa, dan kalangan Neoplatonis seperti al-

Farabi. Sementara pengaruh Aristotelian bisa juga dilihat dari al-Farabi, yang

mendiskusikan tentang kejahatan.

Page 34: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Didalam karya etika Maskawaih pengaruh Platonis menerima konfirmasi dan

dimensi politiknya lebih jauh dimana sebelumnya tak ada, maka pada saat ini mulai

tampak. Didalam karya etika Maskawaih, ia mencabangkan tiga bagian kebajikan

menjadi kebijaksanaan keberanian, keberanian dan kesederhanaan. Dimensi politik

muncul secara penuh dalam tulisan-tulisan Nasir al-Din al-Tusi yang

menggambarkan jauh lebih baik mengenai kesatuan organis antara politik dan etila

dari pada pendahulunya.

Al-ghazali, yang system etikanya mencangkup moralitas filosofis, teologis dan sufi,

adalah contoh yang paing representatif dari tipe etika religius. Terahir Mulla Shadra,

yang pemikirannya dipenuhi oleh elemen-elemen Ibnu Sna dan al-Ghazali,dapat

dianggap sebagai wakil penting pada periode klasik dalam tulisan tentang etika,

filsafat dan teologi.

Dalam beberapa konsep etika ini banyak para filosof yang menghubungkan etika ini

dengan tujuan pencapaian kebahagiaan manusia didunia dan diahirat diantaranya

adalah, ada juga yang menghubungkan etika dengan jiwa, baik itu merupakan jiwa

hewani, esensi non-bendawi, diantaranya maupun manusiawi. Selain itu masih ada

juga yang menghubungkan moral atau etika dengan politik, rumah tangga dan

menghubungkannya dengan keutamaan-keutamaan dengan mengerjakan

perbuatan yang baik dan terpuji.

SIFAT MAHMUDAH(TERPUJI) DAN SIFAT MAZMUMAH

Mahmudah adalah sifat HATI Terpuji, daripadanya terpancar kelakuan dan

tingkahlaku yang mulia seperti suka menderma. 

Mazmumah adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan dan tingkahlaku

yang hina seperti suka makan rasuah.

Page 35: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Tingkah laku yang mulia ialah seperti suka beribadat, rajin bersedekah, suka

membantu orang ramai, merendah diri dan lain-lain.

Tingkahlaku yang hina seperti malas beribadat, kedekut bakhil, berat tulang,

sombong diri dan lain-lain.

Kedua-duanya berpunca dari dua sifat di atas iaitu Mahmudah dan Mazmumah. 

Tempatnya Hati

Mahmudah dan Mazmumah berpunca dan bersarang di hati. Benarlah kata Nabi

saw,

ا ل ��ن أ� �  ة الجسد ف غ ض حت إذا م ه الجسد صلح ص القلب �ه  أال كله الجسد فسد فسدت وإذا ك

“Tidakkah dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila baik ia maka baiklah

jasad seluruhnya. Dan apabila rosak ia maka rosaklah jasad seluruhnya, ia adalah

hati” 

Punca Penyakit dan Punca Maksiat

Penyakit hati atau maksiat hati atau maksiat batin sangatlah banyak. Ianya berhajat

kepada usaha yang berterusan dan cara mengubatinya sangatlah susah.

Segala jenis maksiat yang berlaku hari ini bunuh, rogol, curi, rasuah, kezaliman,

penindasan, penolakan terhadap hukum ALLAH …. adalah berpunca dari dalaman

diri manusia(rohani).

Di antara penyakit itu ialah riya’, takabbur, ‘ujub, sum’ah, gila harta, gila pangkat dan

lain-lain.

Punca Penyakit dan Punca Maksiat

Penyakit hati atau maksiat hati atau maksiat batin sangatlah banyak. Ianya berhajat

kepada usaha yang berterusan dan cara mengubatinya sangatlah susah.

Page 36: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Segala jenis maksiat yang berlaku hari ini bunuh, rogol, curi, rasuah, kezaliman,

penindasan, penolakan terhadap hukum ALLAH …. adalah berpunca dari dalaman

diri manusia(rohani).

Di antara penyakit itu ialah riya’, takabbur, ‘ujub, sum’ah, gila harta, gila pangkat dan

lain-lain.

SIFAT MAZMUMAH

1. Ghadab - marah

2. Hasad Dengki

3. Bakhil - kedekut

4. Syarhu Ta'am - "Buruk Makan"

5. Syarhu Kalam - "Buruk Cakap"

6. Hubb al-Jah - Gila Kuasa

7. Hubb al-Dunya - Gila Dunia

8. 'Ujub - Hairan Diri - Syok sendiri

9. Takabbur - Sombong

10. Riya' - menunjuk-nunjuk.

SIFAT MAHMUDAH

1. Taubat

2. Khauf - takut

3. Zikr al-Maut - Ingat Mati

Page 37: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

4. Mahabbah - kasih sayang

5. Zuhud

6. Tawakkal

7. Ikhlas

8. Syukur

9. Redha

10. Sabar.

1. Pengertian Ilmu Tasawwuf :

Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam

membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan

menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan

tercela .

2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di

dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga

mencapai taraf nafsu mutmainnah .

3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:

a) Banyak bersabar .

b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .

4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di

dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :

1) Taubat .

2) Khauf ( Takut )

Page 38: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

3) Zuhud

4) Sabar.

5) Syukur.

6) Ikhlas.

7) Tawakkal.

8) Mahabbah ( Kasih Sayang )

9) Redha.

10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )

5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela /

sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :

1) Banyak Makan

2) Banyak bercakap.

3) Marah.

4) Hasad.

5) Bakhil.

6) Cintakan kemegahan.

7) Cintakan dunia .

8) Bangga Diri.

9) Ujub ( Hairan Diri ).

10) Riya’ ( Menunjuk-nunjuk ).

Page 39: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

SIFAT-SIFAT MAHMUDAH

A. Taubat

1. Iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang

tertentu.

2. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha

Pengampun lagi Maha Mengasihani ”.

( Surah Al – Muzammil – Ayat 20 )

3. Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut :

• Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.

• Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.

• Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi.

• Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.

• Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput.

4. Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada tersalah dan terlupa,

melainkan manusia yang Ma’asum ( terpelihara daripada dosa ) seperti rasul-rasul

dan nabi-nabi.

5. Seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa

iaitu dengan memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang

ditegah oleh agama.

6. Beberapa faedah dan hikmah taubat iaitu:

• Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.

• Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T .

Page 40: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

• Meningkatkan ketaqwaan diri.

• Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia

dengan berbuat dosa dan maksiat.

Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup di dunia dan

akhirat

B. Khauf

1. Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan

kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan

mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

2. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja

hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain”.

( Surah Al-Baqarah – Ayat 40 )

3. Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak

mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat

ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zatNya.

4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan

segala perkara yang ditegah oleh agama.

5. Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan laranganNya,

maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada Allah s.w.t.

6. Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu

daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh

dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan

ikhlas.

Rujukan : Tasauf di Dalam Islam – Datuk Hj.Md.Yunus bin Hj. Md. Yatim.

( Bekas Mufti Negeri Melaka )

Page 41: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

C,Zuhud

Dunia ini Allah punya segala-segala yang ada di dalam dunia ini pun Allah punya.

Bahkan kita manusia ini pun Allah yang punya. Justeru itu pada hakikatnya, kita

tidak memiliki apa-apa sebaliknya kita dimiliki. Kalaupun kita ada mempunyai harta

kekayaan, wang ringgit yang menimbun-nimbun, kekayaan itu bukan kita punya. Itu

milik Tuhan. Kekayaan itu termasuk diri kita sendiri, ia juga adalah milik Tuhan.

Kita sebagai manusia dalam keadaan apa sekalipun adalah miskin. Kita bila-bila pun

miskin. Kita tetap miskin. Kalau kita kaya dan mempunyai harta, kita hanya tukang

jaga kekayaan Tuhan. Kita hanya tukang tadbir kekayaan Tuhan. Kita boleh ambil

sekadar yang kita perlu dari kekayaan kita tetapi yang selebihnya mesti digunakan

untuk manusia lain yang memerlukan dan untuk masyarakat.

Allah jadikan harta dan kekayaan itu untuk manusia seluruhnya, untuk keperluan

semua hamba-hambanya. Segala rezeki dan kekayaan yang Allah kurniakan itu

cukup untuk hamba-hambaNya di muka bumi ini. Hanya rezeki, harta dan kekayaan

itu tidak diberi sama banyak dan sama rata. Ada yang dapat lebih. Ada yang dapat

kurang. Supaya ada manusia yang kaya dan ada manusia yang miskin.

Allah jadikan miskin kaya bukan secara kebetulan. Kalau dalam masyarakat

manusia semuanya miskin, make tidak akan ada penggerak ekonomi, tidak akan

ada pencetus industri, perniagaan dan perdagangan. Tidak akan ada pembela bagi

orang yang fakir dan miskin. Ekonomi masyarakat tidak akan ujud dan berkembang.

Manusia hanya akan sibuk mencari makanan sehari-hari untuk diri dan keluarga

masing-masing. Semua manusia akan hidup kais pagi makan pagi, kais petang

makan petang. Tidak akan berlaku interaksi, usahasama, kerjasama, khidmat dan

saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Tidak akan ada kemajuan. Tidak

Page 42: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

akan terbangun masyarakat, tamadun dan peradaban. Semua manusia akan hidup

macam orang asli atau kaum aborigin yang semuanya sama-sama miskin.

Sebaliknya kalau dalam masyarakat manusia semuanya kaya-kaya belaka, maka

kekayaan itu tidak ada apa-apa makna. Orang kaya akan menjadi susah juga. Siapa

yang akan menanam padi. Siapa yang akan ke laut menangkap ikan. Siapa yang

akan menternak lembu, kambing dan ayam. Siapa yang akan menanam sayur dan

pokok buah-buahan. Bukankah ini semua kerja orang miskin. Apa yang orang kaya

hendak makan. Takkan hendak makan duit, emas, perak, intan dan berlian. Siapa

yang akan bina rumah, buat jalan, angkut sampah, potong rumput, menjadi pekerja

bekalan air dan elektrik dan beribu-ribu macam khidmat lagi.

Kalau hendak gerakkan industri dan ekonomi pula siapa yang akan jadi buruh. Siapa

yang akan jadi pekerja. Siapa yang akan jadi penyelia. Akhirnya siapa yang akan

jadi pembeli atau pengguna bagi barangan dan khidmat yang dikeluarkan. Adanya

miskin dan kaya itu adalah rahmat dari Tuhan supaya manusia boleh mencipta

kehidupan, membina masyarakat dan menggerakkan tamadun. Supaya manusia

kenal-mengenal, bantu-membantu, saling perlu-memerlukan dan berkasih sayang di

antara satu sama lain. Tanpa adanya miskin dan kaya di kalangan manusia, maka

tidak akan ada interaksi. Tidak akan ada masyarakat.

Namun begitu, rezeki dan kekayaan yang Allah limpahkan ke bumi ini adalah untuk

semua manusia walaupun pembahagiannya tidak sama banyak dan tidak sama rata.

Justeru itu apabila ada orang atau pihak yang tidak menjaga dan tidak mentadbir

harta dan kekayaan yang Allah amanahkan kepada mereka dengan baik, maka akan

berlakulah bencana. Apabila orang kaya tidak menyama ratakan harta kekayaan

mereka kepada fakir miskin dan yang memerlukan, maka akan datanglah

malapetaka. Apabila orang kaya mula merasakan kekayaan mereka adalah hak

mereka sendiri dan bukan hak Allah yang perlu diagih-agihkan, maka akan turunlah

laknat dan bala.

Page 43: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

Rezeki, harta dan kekayaan Allah itu adalah untuk semua manusia dan masyarakat

bukan untuk manusia yang tertentu sahaja. la mesti disama ratakan. Kalau tidak

akan timbul kelas dan kasta kaya miskin dalam masyarakat yang satu sama lain

benci-membenci, curiga-mencurigai, hina-menghina dan dengki mendengki.

Masyarakat akan menjadi kucar- kacir, kacau-bilau, bergaduh dan berkelahi. Akan

belaku berbagai bentuk jenayah dan penindasan. Hilang ukhwah dan kasih sayang.

Manusia tidak kira kaya atau miskin akan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan.

Oleh itu, semua manusia terutama yang kaya, perlu memiskinkan diri. Memiskinkan

diri ini bukan bererti kita mesti jatuh miskin. Memiskinkan diri ialah menyedari dan

merasakan bahawa kita sebagai manusia, hakikatnya adalah miskin dan tidak

punyai apa-apa. Kesemua kekayaan adalah hak Allah semata-mata. Kalau pun kita

kaya dan berharta, kita tahu dan kita sedar bahawa kita sebenarnya miskin.

Kekayaan yang ada itu adalah amanah dari Allah yang wajib kita jaga dan tadbirkan

mengikut kehendak-Nya. Kita boleh ambil setakat mana yang perlu sahaja dan

menggunakan yang selebihnya untuk golongan fakir miskin dan masyarakat.

Memiskin diri ertinya merasakan kekayaan kita bukanlah hak kita tetapi hak Allah

untuk diagih-agihkan kepada golongan miskin dan masyarakat.

Inilah sebenarnya erti zuhud. Zuhud bukan bermaksud tidak kaya atau tidak

berharta. Zuhud ertinya tidak merasakan kekayaan dan harta ini kita punya. Zuhud

ertinya merasakan harta dan kekayaan itu kepunyaan Allah yang perlu diagihkan

kepada yang berhak. Zuhud ertinya mempunyai kekayaan di tangan tapi tidak di

hati. Orang yang zuhud ialah orang yang telah memiskin dirinya hingga mudah

baginya menggunakan kekayaannya untuk masyarakat dan golongan yang

memerlukan.

Page 44: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

D. Sabar

• Iaitu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.

• Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada

yang lain daripada Allah subhanahu wata‘ala ketika berlaku sesuatu bala atau

bencana.

2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.

3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.

• Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar

menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat

dan menjunjung segala perintah agama.

• Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang

berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah

juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah

Allah dan meninggalkan laranganNya.

E. Syukur

• Iaitu mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan

segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah subhanahu wata‘ala.

• Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada

makhlukNya adalah dengan limpah kurniaNya semata-mata, seperti nikmat

kesihatan, kekayaan, kepandaian dan sebagainya. Oleh yang demikian, bersyukur

dan berterima kasih atas nikmat-nikmat tersebut merupakan suatu kewajipan

kepada Allah subhanahu wata‘ala.

• Setiap nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima

kasih adalah orang yang tidak mengenang budi. Oleh itu, hendaklah digunakan

Page 45: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

nikmat-nikmat Allah itu untuk menambahkan ibadah kepada Allah dan sangatlah keji

dan hina menggunakan nikmat-nikmat itu untuk menderhakai Tuhan yang memberi

nikmat.

F. Ikhlas

1. Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan

semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah

semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian

manusia.

2. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t.

dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan

supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian

itulah agama yang benar “.

( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )

3. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan

yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t.

4. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang

keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi.

5. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-

mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.

Page 46: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

G. Tawakkal

• Iaitu menetapkan hati dan berserah kepada Allah pada segala perkara yang

berlaku serta jazam (putus) pada i`tiqad bahawa Allah subhanahu wata‘ala yang

mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu.

• Berserah kepada Allah pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan

ikhtiar dan usaha kerana Allah menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya,

seperti dijadikan pandai kerana belajar, dijadikan kaya kerana rajin berusaha atau

berjimat cermat dan sebagainya.

H. Mahabbah

• Iaitu kasihkan Allah subhanahu wata‘ala dengan mengingatiNya pada setiap

masa dan keadaan.

• Kasihkan Allah ialah dengan segera melakukan segala perintahNya dan

berusaha mendampingkan diri kepada Allah dengan ibadah-ibadah sunat dan

bersungguh-sungguh menghindari maksiat serta perkara-perkara yang membawa

kemarahanNya.

merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka

menyerah dengan bersungguh – sungguh “. ( Surah An-Nisaa’ : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :

” Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya

berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ‘ Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan

Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami

menuju “.

Page 47: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang

Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga

dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan

sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya

menerima hukum-hukum Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

” Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada

orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. ‘Kami

akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ‘,Tetapi Allah mengetahui rahsia

mereka “. ( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Sifat-sifat Mazmumah

1. Syarrut ta‘am (banyak makan)

• Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau

minum.

• Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu

malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai

daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.

• Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak

membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam

amalan membazir.

Page 48: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

2. Syarrul kalam (banyak bercakap)

• Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap.

• Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak

salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang

mendengar itu mudah merasa jemu.

3. Ghadhab (pemarah)

• Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau

menegah daripada kejahatan.

• Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana

itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan

dicerobohi hak-haknya.

• Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak

dengan sesuatu sebab yang benar.

4. Hasad (dengki)

• Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau

berpindah kepadanya.

• Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat

nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam

sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah

membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu

nikmat kepada orang lain.

• Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita

dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang

membawa kepada bencana dan kerosakan.

5. Bakhil (kedekut)

• Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan

yang dituntut oleh agama.

Page 49: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

• Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu

merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain.

Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak

digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu

wata‘ala.

• Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti

zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan

hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.

6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)

• Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.

• Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan

seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.

• Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama

manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran

kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

7. Hubbud dunya (kasihkan dunia)

• Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk

keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.

• Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan

dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak

dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.

• Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-

perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan

kewajipan-kewajipan kepada Allah.

• Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah

bukanlah suatu kesalahan.

8. Takabbur (sombong)

• Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.

Page 50: Konsep Etika dan Moral Menurut Para Filosof Muslim.docx

• Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi

pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah

pangkat.

• Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian

Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama

kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

9. ‘Ujub (bangga diri)

• Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.

• Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya

sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya,

amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain

tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.

• Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan

orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

10. Riya’ (menunjuk-nunjuk)

• Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.

• Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah

keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-

mata.

• Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah

menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.