Konsep Asas HE

download Konsep Asas HE

of 40

description

Hubungan Etnik

Transcript of Konsep Asas HE

  • KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

  • SSX 0022*

  • SSX 0022*

  • SSX 0022*MASYARAKATMasyarakat :Masyarakat : kumpulan manusia yang hidup bersama-sama (dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu ) atau pergaulan hidup. Bangsa : jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.

    Malaysia terdiri daripada masyarakat multiracial dan multiculture

    Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu aspek kenegaraanaspek kewarganegaraan aspek kebangsaan.

  • SSX 0022* sambungan..Salah satu konsep pentingMasyarakat juga merujuk kepada sekumpulan manusia yang berkongsi budaya yang sama, menduduki satu kawasan yang khas dan merasai kewujudan mereka sebagai satu entiti yang bersatu padu dan berbeza dengan yang lain.Satu institusi yang kompleksInstitusi - Praktis yg mantap untuk mengawal pelbagai aktiviti sosial dan membentuk kehidupan sosialCth - Perkahwinan, agama, kerajaan dan sebagainyaBermakna institusi dalam masyarakat adalah saling berkait dan bergantung antara satu sama lain

  • SSX 0022*Tahap-tahap Masyarakat

    Unit famili atau rumahtangga yang terdiri daripada sekumpulan orang dalam bilangan yang kecil dan berhubung dengan satu sama lain.Komuniti- majoriti orang berhubungan dengan unit sosial yang besarNegara bangsa - wujud tanpa mengira sama ada seseorang merasakan dirinya sebagai ahli dalam sesebuah komuniti dan tidak dapat mengelak diri daripada menjadi ahli dalam satu unit yang lebih besar yang muncul pada abad ke-19 dan ke-20Negara bangsa tidak boleh wujud tanpa berhubung dengan aspek lain seperti proses perindustrian, pertanian dan sebagainyaGlobalisasi- integrasi antara masyarakat nasional contohnya dalam bidang teknologi yang membolehkan manusia mendapat maklumat dalam sekelip mata.

  • SSX 0022*Keperluan Mengkaji Masyarakat Manusia Hidup Bermasyarakat

    Memahami Cara Hidup Bermasyarakat

    Memahami Budaya dan Masyarakat Lain

    Memupuk Kerjasama di Antara Masyarakat

  • SSX 0022*Ciri-Ciri Masyarakat Manusia Yang Hidup Berkelompok Melahirkan Kebudayaan Mengalami PerubahanTerdapat Kepimpinan Stratifikasi Sosial

  • SSX 0022*MASYARAKAT MAJMUK DAN PURALITI BAHARUKonsep masyarakat majmuk mula dikemukakan oleh J.S Furnival ( 1948 )Campuran pelbagai kelompok manusiaTimbul akibat dominasi penjajah (Politik)Tiada/Lemah azam sosial bersama (Common social will)Konsep merujuk kepada masyarakat yang dicirikan oleh perpecahan dan konflik antara kumpulan manusia yang bernaung di bawah satu sistem politik.Smith(1945) menganggap masyarakat majmukmasyarakat yang mempunyai kepelbagaian budaya, perpecahan sosial dan perselisihan.Dikuasai minoriti yg punya budaya tersendiriWujud atas dasar konflik

  • SSX 0022*Ciri-Ciri Masyarakat Pluraliti Baharu1. Pemerintah dan yang diperintah ada yang berlainan bangsa dan hidup dalam komuniti yang berasingan.

    2.Satu set nilai budaya dan politik yang dikongsi oleh komuniti yang berbeza melalui persetujuan kebangsaan.

    3. Kecenderungan untuk meramal konflik ekonomi dalam konteks bangsa.

    4. Bangsa-bangsa berbeza dengan keinginan yang sama.

    Sedikit campur tangan pihak luar kadang-kala mungkin diperlukan bagi meleraikan konflik yang mungkin wujud di antara masyarakat pluraliti baru ini. Kepelbagaian budaya yang terdapat dalam satu kelompok besar manusia.

    Kewujudan unit politik yang dibentuk oleh budaya masyarakat.

    Lebih banyak keutamaan bangsa dalam politik.

  • SSX 0022*BUDAYABudayabudhi (Sanskrit)kecergasan fikiran dan akal daya (Melayu Polynesia)kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh

    Budaya tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa

  • SSX 0022*KEBUDAYAANDidefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang wujud dalam sesuatu masyarakatBoleh dipelajari dan dikongsi dalam masyarakat4 cara penggunaan konsep kebudyaan :- Dilihat sebagai satu pemikiran - Kualiti Individu- Dikaitkan dengan tamadun - Kualiti Masyarakat- Sebagai satu badan kolektif tentang seni dan kerja intelektual - Drama, Seni tarian etc.- Keseluruhan cara hidup manusiaSosiologi - Kebudayaan = kepercayaan sesuatu masyarakat dan perlambangan simbolik kepercayaan dalam aktiviti kreatif.Kebudayaan terbahagai kpd KEPERCAYAAN & AKTIVITI KREATIF

  • SSX 0022*Sambungan..Nilai- menentukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seseorangNorma- peraturan kelakukan yang mengawal cara seseorang bertindakmores wujud dalam bentuk Undang2 (biasanya norma yang kuat dan masyarakat dijangka mematuhinya)Folkway - Lemah (penentuan jangkaan kita pd kelakuan seseorang )Kebudayaan juga boleh wujud dalam bentuk aktiviti kreatif untuk menyampaiakan idea dan perasaan.Dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu kebudayaan tinggi, kebudayaan rakyat, kebudayaan massa, kebudaan popular dan subkebudayaan

  • SSX 0022*Terdapat dua peranan utama budaya:membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental

    Manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri

  • SSX 0022*Ciri-Ciri BudayaDipelajari PerkongsianKesejagatanDiwarisiBerubahPerlambanganPandangan Semesta

  • SSX 0022*Fungsi Budaya Dalam KehidupanMemenuhi dan Menyediakan KeperluanSebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam BertingkahlakuMengatur Hubungan Sesama ManusiaSebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk MenciptaSebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti

  • SSX 0022*ETNIK, RAS DAN IDENTITI ETNIKScupin (2003)- istilah etnik(ethnic) atau etnisiti(ethnicity) berasal daripada perkataan Yunani ethnos ( berasal drpd perkataan etnikos)Pada abad ke-19 dalam pelbagai bahasa Eropah, perkataan seperti etnik, etnikal, etnisiti, ethnique dan ethnie pula dilihat sebagai sama dengan istilah ras yang mengasingkan manusia berdasarkan perbezaan ciri fizikal badan seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala dan tekstur rambut. Menurut Banton(1987)- mengklafikasikan manusia berdasarkan perbezaan biologi seperti berikut : Ras sebagai keturunan - 1 keturunanRas sebagai jenis - sejak dari mula (bertentangan dgn atas)Ras sebagai subspesis - teori evolusi

  • SSX 0022*Ras dan EtnikRas : perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal

    Etnik : ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya

    Etnik dapat dikelaskan melalui :perbezaan budayademografi

  • SSX 0022*Konsep Ras dan Rasisme

    Ras:Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal (warna kulit dll). Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi cth: Mongoloid, Negroid dan Austroloid.Pd dasarnya, ras boleh dikatakan sbg kelompok sosial yg mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yg nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dsbnya. Ciri yg paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yg menganggap diri dan / atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza drp kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yg tidak dpt diubah dan sifat2 ini berkaitan dgn sifat2 atau kebolehan moral & intelek mereka.

  • SSX 0022*Rasisme

    -Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata yg dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan.

    -Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya.

    -Fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yg paling unggul.

    -Rasisme wujud pd 2 tahap:1.Tahap Individu kepercayaan & sikap individu2.Tahap Institusi melibatkan dasar & pelaksanaan yang bersifat diskriminasi

  • SSX 0022*MINORITIIstilah minoriti digunakan untuk merujuk kepada kumpulan sosial yang tertindas disebabkan ciri etnik, ras, biologikal dsb.Louis Wirth mendefinisikan sebagai kelompok manusia yang disebabkan ciri fizikal dan kebudayaan yang diasingkan daripada orang lain dalam masyarakat, menerima layanan yang tidak sama rata dan dilihat sebagi objek untuk didiskriminasi secara kolektif.

  • SSX 0022*PREJUDIS DAN STEREOTAIPPrejudis

    -Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yg tersemat dlm hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yg jelas, tepat atau mencukupi.

    -Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kpd generasi yg lain. Kesannya semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yg terhad sama ada dlm aspek politik, ekonomi atau sosial.

    -Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip

  • SSX 0022*Stereotaip

    -merupakan kenyataan-kenyataan umum yg negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti semua orang X bersifat kasar dsbnya.

    -Stereotaip ialah gambaran yg berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yg ditujukan kpd sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yg lain. Hal ini terhasil drp pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.

    -Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yg negatif dlm kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia kerana fahaman ini mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik yg lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yg menebal.

  • SSX 0022*PRASANGKA DAN DISKRIMINASIPrasangka merupakan sikap atau tanggapan yang lazimnya bersifat negatif terhadap sesuatu kumpulan manusia atau ras yang lain atau sikap yang dibentuk berdasarkan generalisasi yang tidak rasional dan tegar kerana kumpulan tersebut mempunyai ciri dan kualiti tertentu.Dari aspek etnik dan ras, prasangka terdiri daripada 3 kompenan iaitu :Kompenan kognatif - deskripsi pd ahli kump. - malasKompenan afektif - reaksi negatif / emosionalKompenan kelakuan - keinginan utk diskriminasi dsb

  • SSX 0022*SambunganDiskriminasi merupakan sesuatu aksi atau kelakuan. Diskriminasi juga merupakan satu proses apabila ahli sesuatu kumpulan atau kategori dalam masyarakat dinafikan hak untuk mendapat layanan yang sama dari segi undang-undang dan hak untuk menikmati manfaat sosial yang lain.Hubungan kedua-dua konsep prasangka dan diskriminasi diterangkan berdasarkan penyataan berikut : Prasangka boleh wujud tanpa diskriminasiDiskriminasi boleh wujud tanpa prasangkaDiskriminasi boleh menjadi salah satu sebab wujudnya prasangkaPrasangka dan diskriminasi lazimnya saling menguatkan antara satu sama lain.

  • SSX 0022*PERPADUAN DAN INTEGRASIPerpaduan-sbg satu proses yg menyatupadukan seluruh masyarakat & negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air.

  • SSX 0022*IntegrasiSatu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua kelompok etnik dlm negara. Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. -Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dlm kalangan kumpulan yg terpisah dari segi kebudayaan, sosial & lokasi dalam sesebuah unit politik.

  • SSX 0022*Unsur-unsur integrasi:

    Integrasi wilayah mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi & sosial antara wilayah2.Integrasi ekonomi mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik3.Integrasi kebudayaan pembentukan satu kebudayaan kebangsaan4.Integrasi sosial usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial (sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dll)5.Integrasi pendidikan mewujudkan sistem pendidikan yg bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani & sosial6.Integrasi politik kerjasama & pembahagian kuasa politik

  • SSX 0022*TAHAP-TAHAP HUBUNGAN ETNIKSegregasi-merupakan pemisahan & pengasingan antara satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yg lain dlm sesebuah negara. Pemisahan berlaku dlm beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan & kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya.

  • SSX 0022*Akomodasi-merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.Formula: A + B + C = A + B + CA, B & C merujuk kepada budaya

    -Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau untuk selama-lamanya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yg berasingan.-Pd peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dlm bidang ekonomi & pendidikan & mereka saling bergantung.

  • SSX 0022*sambungan..Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama & kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik).

    Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik. Kejayaan atau berkesannya penyesuaian sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.

  • SSX 0022*Asimilasi

    Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di antara kelompok / individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yg sama. Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu / kelompok ke dalam kelompok lain. Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identitiFormula: A + B + C = A A mewakili golongan dominan, B & C mewakili kumpulan etnik minoriti.

  • SSX 0022*

    -Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yg erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi suatu tempoh yg lama.-Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting:1.Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka.2.Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain.3.Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik.Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.

    sambungan

  • SSX 0022*SambunganUmumnya - kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya besar. Minoriti yg mempunyai kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan.

    Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami proses asimilasi yg menyebabkan nama, bahasa, cara hidup (kecuali agama) disatukan dgn amalan & cara hidup org Thai.

    -Di Malaysia proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba & Nyonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba & Nyonya berlaku dlm konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

  • SSX 0022*AkulturasiSatu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yg berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yg berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut.Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yg bakal terjadi terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal.Akulturasi lebih mudah dicapai dlm budaya yg bersifat kebendaan.

  • SSX 0022*AmalgamasiSatu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.

    Formula: A + B + C = D. A,B dan C mewakili kumpulan etnik yg berlainan dan D mewakili kumpulan baharu yg terhasil drp penyatuan A, B dan C.

    Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).

  • SSX 0022*PROSES INTEGRASI RendahTinggi

  • SSX 0022*PLURALISME KEBUDAYAANPluralisme kebudayaan sentiasa dilihat sebagai tindakan hidup bersama secara aman damai dalam kalangan pelbagai kumpulan.Menurut Haroce Kallen, berkisar di sekitar proposisi utama seperti berikut :Proposisi pertama hak manusia terhadap warisan psikofizikalnya.Proposisi kedua setiap kebudayaan boleh memberi sumbangan yang positif dan bernilai terhadap kebudayaan masyarakatProposisi Ketiga idea demokrasi dalam erti kata semua manusia dilahirkan sama rata membawa implikasi bahawa perbezaan nyata wujud dalam kalangan manusia

  • SSX 0022*Pengalaman MalaysiaKomposisi Penduduk Malaysia, 2000-2010 (Juta orang) Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010

    Jumlah Penduduk (Juta)Tahun 2000Tahun 2005Tahun 2010Bumiputera14.56 66.1%16.0665.9%17.9567%Cina5.58 25.3%6.1525.3%6.5224.3%India1.63 7.4%1.837.5%1.977.4%Etnik lain0.27 1.2%0.321.3%0.351.3%Jumlah Penduduk22.04100%24.36100%26.79100%

  • SSX 0022*PENUTUP Hubungan etnik tidak wajar dilihat dari sudut luaran sahaja tetapi yang lebih pentingnya ialah sudut spiritual.

    Aspek-aspek yang menjadi teras kebudayaan kebangsaan sewajarnya dipelihara kebudayaan kebangsaan haruslah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

    ***nnnnn