koMSaS (tgktn 4 : manusia dan kesejahteraan)
Transcript of koMSaS (tgktn 4 : manusia dan kesejahteraan)
Pembentangan komsasKumpulan 1HidayahHusnaAtiqah
DarwalisMariah
Manusia dan Kesejahteraan
Kelelahan kita semakin parah tenatnyaberserta kekejaman mengatasi kedamaian
titik pertemuan menjadi tentangan tak siapa mau beralah.
Saat ini siapa lagi sanggup bersemboyanjanjikan harapan semanis janji orang bercinta
setiap perbicaraan tanpa persatuankejujuran mati di hati.
Hari ini tak payah parau bertanyaketuaan dunia akan tenggelam juga
dalam kebodohan manusiayang kian bermuka dua.
Demi kelak dewasanya anakkuKau bikinlah perhitungan sendiri
untuk menjengah neraka kecintaan manusiamencucuri bahan api neraka.
Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD!tambah mengimbau sorotan kitab ESA!hanya kesejahteraan membunga api.
Salmi ManjaUtusan zaman , 1 Jan 1961
Maksud rangkap (*_^/”)
Rangkap pertama Kedamaian hidup amat sukar dinikmati ini kerana kezaliman sentiasa mengatasi kedamaian.
Rangkap keduaTiada sesiapa yang berani berjanji untuk mewujudkan keamanan dan kebahagiaan hidup.
Rangkap ketigaDunia menuju kehancuran kerana sikap manusia yang suka berpura-pura.
Rangkap keempatGenerasi muda harus membuat keputusan sendiri. Keputusan itu akan mendedahkan manusia yang suka akan kekejaman dan penderitaan hidup.
Rangkap kelimaApabila kita merujuk kepada hadis dan Al-quran , hidup kita akan sejahtera.
[T][E][M][A]
Kekejaman menyukarkan manusia untuk
menikmati kebahagiaan dan
kehidupan yang aman damai.
[P][E][R][S][O][A][L][A][N]
Konflik sesama manusia kerana mereka enggan mengalah
Kehancuran dunia disebabkan oleh kebodohan manusia sendiri
Kesejahteraan hidup dapat dinikmati jika agama dijadikan pegangan hidup.