kolaboratif

7
PENGAJARAN KOLABORATIF Definisi- Pengajaran Kolaboratif 1. Satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yang bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran: merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran. (Sturman, 1992). 2. Pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh dua orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran seperti ini menekankan perkongsian bersama agihan kuasa dan membuat keputusan antara guru-guru tersebut. (Nunan, 1992) 3. Dalam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untuk memberi dan menerima idea/maklumat, sokongan moral dan galakan apabila menghadapi kesukaran samada secara peribadi atau professional. (Hargreaves, 1995). 4. Kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang digembelingkan. 5. Guru tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau penambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan kepakaran guru-guru yang dapat membantu mereka menghadapi cabaran pembaharuan atau arus perubahan dengan lebih baik. 7. Pengajaran Kolaboratif - satu sumber pembelajaran secara profesional melalui rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari rakan sejawat. 8. Kolaborasi antara guru merupakan satu mekanisme yang kuat untuk guru meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pembelajaran masing-masing (Bailey,1996). 9. Perancangan Kolaboratif menggalakkan percambahan pemikiran yang kreatif dan produk yang dihasilkan bersama lebih baik mutunya dari yang dihasilkan sendirian.

Transcript of kolaboratif

Page 1: kolaboratif

PENGAJARAN KOLABORATIF

Definisi- Pengajaran Kolaboratif

1. Satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yang bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran: merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran.

(Sturman, 1992).

2. Pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh dua orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran seperti ini menekankan perkongsian bersama agihan kuasa dan membuat keputusan antara guru-guru tersebut.

(Nunan, 1992)

3. Dalam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untuk memberi dan menerima idea/maklumat, sokongan moral dan galakan apabila menghadapi kesukaran samada secara peribadi atau professional.

(Hargreaves, 1995).

4. Kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang digembelingkan.

5. Guru tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau penambahbaikan.

6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan kepakaran guru-guru yang dapat membantu mereka menghadapi cabaran pembaharuan atau arus perubahan dengan lebih baik.

7. Pengajaran Kolaboratif - satu sumber pembelajaran secara profesional melalui rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari rakan sejawat.

8. Kolaborasi antara guru merupakan satu mekanisme yang kuat untuk guru meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pembelajaran masing-masing (Bailey,1996).

9. Perancangan Kolaboratif menggalakkan percambahan pemikiran yang kreatif dan produk yang dihasilkan bersama lebih baik mutunya dari yang dihasilkan sendirian.

10. Kolaborasi di dalam kelas memberi peluang untuk masing-masing memerhatikan ‘satu model’ yang sedang mengajar.

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif

Page 2: kolaboratif

1. Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah pendidikan yang sama untuk memudahkan mereka berkomunikasi dan bersetuju akan nilai asas yang menentukan prestasi murid.

2. Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/ahli yang sesuai untuk membentuk pakatan/pasukan bagi melaksanakan Pengajaran Kolaboratif.

3. Kejayaan sesuatu Pengajaran Kolaboratif bergantung kepada sejauhmana kesediaan setiap ahli memberi sumbangan kepada pasukan/pakatan tersebut.

4. Keperluan murid di sekolah merupakan asas utama untuk pembentukan pasukan Pengajaran Kolaboratif.

5. Penggemblingan sumber seperti kepakaran, minat, pengetahuan, kemahiran, pengalaman, personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan tenaga pengajar sangat penting khususnya dalam Pengajaran Kolaboratif pelbagai disiplin.

6. Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik yang tersedia ada, alat teknikal, bahan pengajaran dan pembantu yang boleh digunakan untuk Pengajaran Kolaboratif perlu dipertimbangkan untuk menentukan keberkesanannya.

7. Pakatan kolaboratif memberi peluang kepada guru untuk membuat refleksi demi menggalakkan penilaian yang kritis dan mendalam tentang pedagogi masing-masing.

8. Wawasan yang terhasil dari refleksi dan penilaian yang berterusan menggalakkan perkembangan profesional diri.

9. Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang cukup kuat untuk meluahkan pendapat, fikiran atau perasaan agar dapat berbincang dengan pasangannya.

10. Kekuatan ego membolehkan seseorang mengenalpasti kelebihan, kemahiran dan kepakaran rakan sejawat tanpa rasa tergugat

(Shannon and Meath-Lang, 1992).

11. Setiap ahli hendaklah berkongsi pendapat bahawa Pengajaran Kolaboratif boleh dilihat sama ada sebagai satu hubungan persahabatan atau satu perkahwinan yang saling melengkapkan.

Model Pengajaran Kolaboratif - Freudenstein (1991)

Ada tiga bahagian utama dalam latihan pengajaran:

1. Pra-pengajaran – peringkat perancangan dan persediaan.2. Pengajaran – peringkat persembahan dan pelaksanaan.3. Pasca-pengajaran – peringkat penilaian dan pengubahsuaian

Diadaptasi dr Model Peng. Kolaboratif Freudenstein (1991)

Page 3: kolaboratif

PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan mengajar di mana murid bekerja bersama dalam kumpulan belajar yang kecil, membantu di antara satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan. Teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai dalam kelas dengan pelbagai kebolehan kerana ia menggalakkan perasaan positif dengan saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama murid. Beberapa orang sarjana terkemuka yang banyak menyumbangkan tenaga mereka terhadap pembelajaran koperatif ada Robert E. Slavin, Spencer Kagan dan Miguel Kagan, David W. Johnson dan Roger T. Johnson.

 Prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif ialah:

 Saling kebergantungan positif

1. Kebertanggungjawaban individu2. Interaksi serentak3. Penglibatan saksama4. Interaksi bersemuka5. Kemahiran sosial6. Pemprosesan kumpulan. 

1. Saling kebergantungan positif  

Bila terdapatnya saling bergantungan secara positif, ahli-ahli di dalam sesuatu kumpulan akan bekerjasama dalam cara yang dapat menyokong pembelajaran setiap ahli kumpulan. Ahli-ahli kumpulan juga akan merasa bahawa mereka memerlukan satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Lantas, setiap individu akan memastikan kumpulan mereka berjaya. Ada banyak cara seseorang guru dapat menstrukturkan

Page 4: kolaboratif

pembelajaran yang berteraskan unsur saling bergantungan secara positif. Misalnya, penggunaan resos seperti lembaran kerja di mana 2 orang berkongsi untuk menyelesaikannya. Dalam kes ini, ia dikenali sebagai saling bergantungan resos secara positif. Di samping itu, bekerjasama untuk mencapai sesuatu sasaran yang merupakan suatu ganjaran seperti hadiah, sijil kejayaan, atau pun pujian guru. Saling bergantungan peranan secara positif pula merupakan situasi di mana setiap ahli dipertanggungjawabkan satu peranan dan mereka perlu sandar menyandar pada peranan setiap ahli untuk berjaya. Ini seterusnya membawa mesej bahawa kepimpinan dalam sesuatu kumpulan adalah dikongsi berdasarkan peranan masing-masing.

2. Kebertanggungjawaban individu  

Setiap ahli di dalam kumpulan bertanggungjawab untuk belajar dan menyumbang kepada tugasan/aktiviti kumpulan demi kejayaan kumpulan masing-masing. Setiap ahli disedarkan bahawa kejayaan diri mereka bergantung kepada ahli-ahli kumpulan yang lain dan dengan itu, akan memotivasikan mereka untuk memastikan setiap ahli mencapai prestasi yang baik. Ahli-ahli dalam kumpulan akan dipilih secara rawak untuk menjawab, menerang atau menghujah. Masing-masing dikehendaki untuk menduduki ujian perseorangan tanpa bantuan rakan-rakan sekumpulan dan markahnya akan diambilkira untuk menentukan kejayaan kumpulannya. Interaksi serentak berlaku bila mana murid bekerja atau terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka. Dalam kelas tradisional, interaksi seperti perbincangan atau persembahan berlaku secara tersusun. Dalam kelas koperatif, perbincangan boleh berlaku di dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. Interaksi serentak mempertingkatkan penglibatan aktif setiap murid dan mempertingkatkan potensi belajar setiap murid. 

3. Penglibatan saksama  

Dalam pembelajaran koperatif, mestilah ada penglibatan saksama, di mana semua murid mesti melibatkan diri secara saksama dan oleh itu setiap murid akan menjadi ahli kumpulan yang aktif dalam proses pembelajaran. Dalam kerja kumpulan yang lain, tidak ada cara untuk memastikan yang setiap murid mendapat peluang yang saksama untuk belajar. 

4. Interaksi bersemuka  

Ahli-ahli kumpulan dapat berdialog atau berbincang dalam kedudukan yang berhampiran di antara satu sama lain dan menunjukkan persefahaman serta kemajuan. Kedudukan mata-bertentang-mata dapat memberangsangkan perkongsian idea, resos ataupun jawapan. Di samping itu, ia dapat juga memupuk semangat kekitaan dan seterusnya menggalakkan penglibatan aktif setiap ahli. Menurut Johnson, Johnson dan Holubec (1986) salah satu disiplin dalam kumpulan koperatif adalah memastikan ahli kumpulan berjumpa secara bersekemuka semasa bekerja untuk menyempurnakan tugasan dan meraikan kejayaan masing-masing.

 

5. Kemahiran Sosial  

Page 5: kolaboratif

Kemahiran-kemahiran yang terlibat di dalam pembelajaran koperatif seperti mengikut giliran, memberi galakan. mendengar, memberikan pertolongan dan meminta pertolongan dan pengelasan ataupun meminta penjelasan dalam nada serta intonasi yang menurut norma-norma masyarakat, dan menyemak pemahaman bagi membolehkan kumpulan berfungsi secara efektif. Kemahiran ini akan memupuk ciri-ciri kepimpinan, kepercayaan, membuat keputusan dan lain-lain. Pelajar-pelajar pendiam juga bermanfaat kerana mereka juga akan terus berusaha untuk mempelajari kemahiran sosial. Pemerolehan kemahiran sosial adalah penting dalam kejayaan hidup. Pelajar bukan sahaja perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di mana saling bergantungan dan kerja berpasukan adalah amalan biasa.

 

6. Pemprosesan Kumpulan  

Ahli-ahli kumpulan akan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari segi pencapaian matlamat. Di samping itu, mereka juga akan membuat refleksi tentang kumpulan masing-masing telah berfungsi dengan baik. Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan supaya kumpulan tersebut akan berfungsi dengan lebih efektif lagi. Semasa pemerosesan kumpulan, ahli-ahli boleh mereflek secara individu tentang cara perfungsian atau perjalanan kumpulan meraka pada hari tersebut atau selepas mengakhiri sesuatu unit. Borang Penilaian Kendiri boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Di samping itu, ahli-ahli juga harus digalakkan untuk mereflek secara berkumpulan.

 

7. Implikasi Pembelajaran Koperatif  

Antara implikasi utama pembelajaran koperatif boleh disenaraikan seperti berikut:

a. Meningkatkan prestasi akademik murid.b. Meningkatkan kemampuan pemikiran kritikal murid.c. Mengeratkan persahabatan yang positif.d. Meningkatkan kemahiran bergaul antara guru dan murid.e. Meningkatkan penyertaan murid dalam menyiapkan tugas.f. Meningkatkan motivasi murid untuk mencari ilmu pengetahuan.g. Mewujudkan semangat tolong menolong dan menghargai pendapat sesama murid.h. Memperbaiki kefahaman dan sikap murid terhadap pembelajaran dan cara belajar

yang berkesan. 

Pembelajaran Koperatif harus diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kecemerlangan. Keberkesanannya memang tidak dapat dipertikaikan. Ia bukan sahaja membentuk kerjasama di kalangan kumpulan malah memberi peluang menjernihkan proses pemikiran mereka.