Kohesi (Complete)

download Kohesi (Complete)

of 21

Transcript of Kohesi (Complete)

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    1/21

    KOHESI DALAM TEKS DAN WACANA

    PENGENALAN

    Sebuah teks adalah terdiri dari unit-unit bahasa dalam penggunaannya. Unit bahasa itu adalah unit

    gramatikal seperti klausa atau kalimat namun tidak pula diertikan berdasarkan ukuran panjang

    kalimatnya. Adakalanya teks digambarkan sebagai sebuah unit gramatikal yang lebih panjang daripada

    sebuah kalimat yang saling berhubungan antara satu sama yang lain. Jadi sebuah teks terdiri daripada

    beberapa kalimat sehingga ia membezakan dengan definisi kalimat tunggal. Sebuah teks juga dianggap

    sebagai unit semantik, iaitu unit bahasa yang berhubungan dengan bentuk maknanya. Oleh yang

    demikian, teks itu berhubungan dengan klausa iaitu satuan bahasa yang terdiri daripada subjek dan

    predikat dan apabila diberi intonasi maka ia akan menjadi satu kalimat.

    Wacana adalah rentetan kalimat yang berhubung kait dan menghubungkan proposisi yang pertama

    dengan proposisi yang lainnya, membentuk satu kesatuan sehingga terbentuklah makna yang serasi di

    antara kalimat-kalimat itu. Wacana adalah satuan bahasa yang lengkap dan tertinggi atau terbesar di atas

    kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi yang tinggi dan berkesinambungan dan mampu

    mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tulisan.

    Dalam kamus Besar Bahasa Indonesia (1988), wacana ialah keseluruhan tutur yang merupakan satu

    kesatuan; satuan bahasa terlengkap, realisasinya tampak pada bentuk karangan seperti novel, buku atau

    artikel atau pidato, khutbah dan sebagainya. Dasar sebuah wacana ialah klausa atau kalimat yang

    menyatakan pemikiran. Wacana juga berupa unsur gramatikal tertinggi yang direalisasikan dalam bentuk

    karangan yang baik dengan amanat yang lengkap dengan kohesi yang tinggi. Sifat kohesi dalam wacana

    dipertimbangkan dari keruntutan unsur pendukungnya iaitu bentuk.

    Menurut Harimurti (1984: 2014), wacana ialah satuan bahasa yang lengkap, dari segi hierarki gramatikal

    yang merupakan satuan gramatikal yang tertinggi. Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan seperti

    novel dan sebagainya. Manakala, Asmah (1982:3), wacana tidak mempunyai satu-satu jenis kalimat yang

    berdiri dengan sempurna tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran kalimat. Kalimat itu didapati

    dalam struktur dan sistem yang teratur. Asmah telah membezakan kalimat sistem dari ayat wacana.

    Kalimat sistem adalah kalimat atau tutur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks wacana.

    Sedangkan kalimat wacana yang juga disebut kalimat teks adalah kalimat yang betul-betul terdapat dalam

    wacana teks dan wacana lisan.

    1

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    2/21

    KOHESI DALAM WACANA

    Kohesi merupakan aspek formal bahasa dalam wacana. Kohesi ialah organisasi sintaktik yang merupakan

    wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan padat bagi menghasilkan tuturan. Dengan erti kata yang

    lain, kohesi ialah hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana, sama ada dari segi gramatikal atau

    segi tingkat leksikal tertentu. Dengan penguasaan dan juga pengetahuan kohesi yang baik akan

    menghasilkan wacana yang baik. Dalam kohesi, kaedah-kaedah yang digunakan adalah berdasarkan

    penyampaian informasi yang lama dan informasi baru. Kaedah-kaedah itu ialah kaedah perujukan, kaedah

    penggantian, kaedah pengguguran, kaedah konjungsi dan kohesi leksikal. Wacana yang dicirikan sebagai

    kesatuan makna dapat dilihat melalui makna logik dan makna tautan (kohesi).

    Hubungan kesinambungan cerita itu dapat menunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan, konjungsi dan

    pengguguran. Kesatuan makna dalam wacana dilihat dari segi makna logik dan makna tautan. Makna

    tautan inilah yang merupakan konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati

    pada suatu ujaran yang membentuk wacana. iMenurut Halliday dan Hasan (1976:5), kohesi merupakan

    satu set kemungkinan yang terdapat dalam bahasa untuk menjadikan teks itu memiliki kesatuan. Halliday

    dan Hasan melihat kohesi makna itu dari dua sudut, iaitu kohesi gramatikal dan kohesi leksikal. Kedua-

    duanya terdapat dalam sesuatu kesatuan teks.

    Kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk kalimat untuk membentuk suatu teks atau

    konteks dengan cara menghubungkan makna yang terkandung dalam unsur. Kohesi merupakan konsep

    semantik yang juga merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati pada suatu bentuk ujaran yang

    membentuk wacana. Penanda kohesi merupakan salah satu alat penjalin keutuhan suatu wacana.

    Kehadirannya sangat membantu kelancaran penulisan dan pemahaman bacaan. Fungsi utama penanda

    kohesi adalah memadukan hubungan kalimat yang satu dengan kalimat yang lain. Ada 5 kohesi yang

    akan dipertonjolkan dalam kertas kerja ini, iaitu perujukan, penggantian, pengguguran, konjungsi dan

    kohesi leksikal.

    1) PERUJUKAN

    Perujukan ataupun rujukan ialah merujuk kepada unsur sebelum atau selepas yang berkaitan dengan

    hubungan semantik, yang dilihat dari dua sudut iaitu perujukan eksoforik dan perujukan endoforik (Efri

    Yoni Balkoeni, 2008). Perujukan membabitkan penggunaan sesuatu kata seperti ganti nama atau ganti

    nama penunjuk dalam sesuatu ayat yang merujuk kepada sesuatu entiti yang pernah disebut terdahulu.

    2

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    3/21

    Perujukan Eksoforik

    Perujukan eksoforik menurut Azmi Abdullah, adalah perujukan yang dibuat dengan cara merujukkan

    sesuatu entiti perujuk dalam teks kepada suatu entiti penganjur yang berada di luar daripada teks.

    Dalam erti kata yang lain, sesuatu perujuk tidak boleh diperolehi dengan hanya merujuk kepada sesuatuentiti yang terdapat dalam teks tetapi perujuk itu mungkin perlu merujuk kepada sesuatu entiti yang

    terdapat di luar teks.

    Menurut Halliday dan Hassan (1976), perujukan eksoforik ini menerangkan tentang situasi yang merujuk

    kepada sesuatu yang telah diidentifikasikan dalam sesuatu konteks bagi sebuah situasi. Oleh yang

    demikian dapatlah dirumuskan bahawa, perujukan eksoforik ini adalah merujuk kepada hal-hal yang

    berada di luar teks. Perujukan eksoforik ini terbahagi kepada tiga kaedah dalam menganalisis sesuatu

    konteks, teks, wacana mahupun ujaran, iaitu konteks segera ( immediate context), pengetahuan bersama

    (shared knowledge) dan pengetahuan dalam suatu dunia wacana.

    1. Konteks segera

    Dalam konteks segera, kita dapat memahami maksud dalam sesuatu perbualan berdasarkan pemahaman

    yang kita miliki. Konteks ini hadir ketika perbualan mengambil tempat.

    Contoh:

    Cerpen Ranjau Kehidupan (Shaza) Bahana Disember 2009

    Kakak bangga dengan pencapaian kau. Tak sia-sia kakak membimbing dan menasihati kau

    dahulu. Jadi, kau berikan trofi inipada kakak lah ya? Kak Suria begitu rancak berbual dengan

    Husna setelah selesai makan malam.

    merujuk kepada benda yang hadir ketika perbualan itu berlaku.

    2. Pengetahuan dikongsi bersama

    Pengetahuan dikongsi bersama berbentuk pengalaman yang diperolehi dan dirasai oleh pihak penutur

    yang dikongsikan dengan pihak pendengar. Antara penutur dan pendengar perlu dan mesti saling

    berkongsi pengetahuan dan berhubungkait antara satu dengan yang lain.

    3

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    4/21

    Contoh:

    Peratus pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan A Level semakin

    meningkat setiap tahun. Oleh itu, kerajaan perlu merancang beberapa strategi untuk

    memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat melahirkan lebih ramai lagi

    para cerdik pandai di negara ini.

    Cerpen Sebuah Perpisahan II (Tantari) Pelita Brunei, Rabu 29 Julai 2008

    Ma Manan jangan camani ani bawa basabar susah karang hatinya si Jamil atu maliat

    katani macam ani ani, katani menangis, mengeluh camani ani inda mendatangkan apa-apa,

    lagipun Jamil masih hidup lagi, baik pulang bazikir tu katani hadiahkan arahnya dapat jua ia

    keRahmatan dari Allah Taala, Rahmat memberi saranan.

    merujuk kepada entiti yang berada

    diluar teks di mana perbualan mengambil tempat. Antara penutur dan lawan penutur dalam contoh teks di

    atas memperlihatkan bahawa penutur dan pendengar berkongsi pengetahuan yang sama. Begitu juga

    dengan pembaca. Pembaca memahami apa yang ingin disampaikan dalam konteks itu. Walaupun

    pembaca tidak dapat melihat apa yang dirujuk tetapi pembaca tahu dan dapat

    membayangkan apa itu menangis dan mengeluh yang dimaksudkan. Perujukan sebeginilah yang

    dikatakan pengetahuan dikongsi bersama.

    3. Pengetahuan dalam suatu dunia wacana

    Perujukan eksoforik jenis pengetahuan dalam suatu wacana ialah satu wacana, teks ataupun kalimat yang

    tidak memberikan kefahaman dengan segera kepada pembaca dan pembaca harus merujuk kepada teks

    yang sebelumnya. Misalnya cerpen bersiri yang dipaparkan dalam setiap keluaran sesebuah majalah.

    Sekiranya cerpen yang dibaca adalah keluaran bulan Ogos, maka untuk memahami jalan cerita cerpen

    tersebut dengan baik, pembaca perlu merujuk kepada keluaran sebelumnya ataupun selepasnya untuk

    mengetahui dan memahami keseluruhan isi cerita.

    Contoh:

    Mingguan Wanita Bil: 1418 21 27 Januari 2011: Di bawah lembayung Kaabah

    Akan tetapi selepas sampai ke Tanah Suci Zainab yang menunaikan haji bersama suaminya ini

    mula memperlihatkan sikap itusepenuhnya.

    Mingguan Wanita Bil: 1417 6 13 Januari 2011: Di bawah lembayung Kaabah

    4

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    5/21

    Sejak awal kedatangan ke Makkah lagi, jemaah wanita yang bernama Zainab ini sudah

    mempamerkan sikap was-wasnya.

    Untuk mengetahui apa yang dirujuk tentang , maka kita perlu merujuk artikel sebelumnya

    yang merujuk kepada yang jelas perujuknya berada di luar teks tersebut.

    Perujukan Endoforik

    Harimurti Kridalaksana (1982:46) mendefinisikan endoforik atau endofora sebagai hal atau fungsi yang

    merujuk pada hal-hal yang terdapat dalam sesebuah wacana mahupun teks. Manakala Halliday dan Hasan

    (1976:9) pula mengatakan bahawa perujukan endoforik ini hanya merujuk sesuatu yang terdapat dalam

    teks atau wacana. Dalam erti kata yang lain, perujukan endoforik ini ialah merujuk sesuatu yang hanya

    terdapat dalam lingkungan teks tersebut.

    Menurut Azmi Abdullah, ada dua cara perujukan yang dapat dilakukan untuk melakukan perujukan di

    dalam suatu teks itu sendiri iaitu perujukan anaforik dan perujukan kataforik.

    1. Perujukan Anaforik

    Perujukan anaforik adalah hal atau fungsi menunjuk kembali sesuatu yang telah disebutkan sebelumnya

    dalam wacana dengan pengulangan atau dengan substitusi (Harimurti Kridalaksana, 1984:11). Perujuk

    anaforik juga boleh dikatakan sebagai perujukan yang dilakukan dengan merujuk sesuatu yang lebih

    khusus (penganjur) terlebih dahulu daripada yang umum (perujuknya).

    Contoh:

    Dania pulang lewat petang kemarin. Dia perlu menyelesaikan beberapa tugas yang diberikan

    kepadanya.

    Berdasarkan ayat di atas, merujuk kepada . Oleh yang demikian, adalah perujuk,

    manakala kata merupakan penganjur.

    Contoh berdasarkan Cerpen Sebuah Perpisahan II (CSP2) dan Cerpen Ranjau Kehidupan (CRK):

    5

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    6/21

    Perujukan Anaforik

    Persona:

    Perujukan biasa iaitu kata

    ganti nama orang.

    Hajah Kiah dan Manan terus berhenti menangis namun masih

    kedengaran sedikit esakan mereka. Mungkin mereka terfikir bahawa

    ada benarnya kata-kata Rahmat itu tadi, namun mereka masih juga tak

    dapat menahan kepiluan di hati. (CSP2)

    Penganjur:

    Perujuk:

    Demonstratif:

    Perujukan ganti nama

    perujuk untuk merujuk

    benda. Melibatkan

    penggunaan istilah itu dan

    ini.

    Lai Wang Mil bawa mengucap, ingat lai bezikir, sabut nama

    Allah banyak-banyak bawa basalawat. Inilah ungkapan yang

    sering kali diucapkan oleh Samad kepada adiknya Jamil yang sedang

    nazak. (CSP2)

    Penganjur:

    Perujuk: < Inilah >

    Komparatif:

    Perujuk yang merujuk

    sekaligus membandingkan

    satu ujaran dengan ujaran

    yang lain.

    Edry carilah yang lain. Yani ke, Ifah ke, Amy ke. Mereka tu semua

    cantik-cantik dan lebih baik daripada Husna (CRK)

    Pengajur: < Yani ke, Ifah ke, Amy ke >

    Perujuk: < Mereka>

    2. Perujukan kataforik

    Perujukan ini merupakan perujukan yang dikatakan merujuk kepada unsur selepas iaitu perujuk

    mendahului penganjur. Perujukan ini merujuk kepada yang umum dahulu kemudian merujuk kepada yang

    khusus.

    Sebagai contoh: Dia seorang budak berani, cergas dan cerdik. Oleh sebab kehidupan Omarsusah, lalu

    berhenti bersekolah.

    Diapada ungkapan di atas disebut sebagai perujuk manakala Omardisebut penganjur.

    Ungkapan yang ditemui pada cerpen Ranjau Kehidupan seperti berikut:

    6

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    7/21

    1.Dia tertidur dalam masa sepuluh minit tanpa menukar pakaiannya atau menanggalkan mekap.

    Secara tiba-tibaHusna meronta-ronta.

    Kata Dia pada kalimat pertama ini merujuk kepada Husna. Kata Dia disebut sebagai perujuk

    sedangkan kata Husna disebut penganjur.

    2.Beliau cuba untuk merujuk kerana pelanggan yang lain memerhatikan mereka berdua.Husna

    tidak mahu berkahwin dengan Edry tetapi mencintainya sepenuhnya. Kak Suria akhirnya

    terpaksa mengalah.

    Beliau pada kalimat ini adalah sebagai perujuk dan Kak Suria adalah sebagai penganjur manakala

    kata bagi mereka berdua juga merupakan perujuk. Husna dan Kak Suria iaitu disebut penganjur.

    Jika diamati pada dua kalimat di atas ini jelas melihatkan bahawa kata yang berfungsi sebagai

    penganjur ada di belakang, sedangkan kata yang berfungsi sebagai perujuk ada di depan. Begitu

    juga bagi kalimat-kalimat seterusnya di bawah ini telah ditemui pada cerpenRanjau Kehidupan ini. iaitu:-

    3. Beliau mencarikan Husna dan Edry rumah tetapi Husna harus berehat daripada melakukan

    pementasan. Kak Husna mengerti mengapa Husna tidak mahu berkahwin.

    4. Beliau menonton video pementasannya yang menjadikannya pelakon terbaik. Husna

    terkenang saat itu, lalu mengikut segala gerak geri di video itu.

    5. Kita mesti nikah dulu. Lagipun Husna kan tahu Edry sibuk waktu ini.

    6. Ambil kau! Lelaki jahanam! Sial!! Arghhhh!!. Husna mencuba lagi untuk menikam Edry

    seperti yang dilakukan terhadap ayah tirinya lima tahun dahulu. Berani kau menipu aku! Semua

    lelaki sama. Jahanam kau!.

    Pada kalimat ini Kau, lelaki jahanam, sial pada kalimat pertama merujuk kepada Edry. Pada

    kalimat seterusnya bagi kata semua lelaki sama disebut sebagai perujuk bagi Edry dan ayah tirinya

    disebut penganjur.

    7. Kakak sangka dia sudah menemui kebahagiaan hidupnya dan berjaya melupakan sejarah hitam

    dalam hidupnya setelah bertemu dengan Edry. Tetapi Husna masih masih menghantui kisah

    silam.

    7

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    8/21

    Hasil analisis dapatan perujukan katafiorik ini banyak digunakan pada cerpen Ranjau Kehidupan dan

    perujukan kataforik ini tidak digunakan pula pada cerpen Sebuah Perpisahan. Begitu juga bagi perujukan

    demonstratif dan komparatif tidak ditemui pada kedua-dua cerpen.

    2) PENGGANTIAN (substitution)

    Penggantian ini dikenali sebagai substitution. Penggantian adalah alihan atau pertukaran bagi sesuatu

    segmen kata, frasa atau klausa oleh kata ganti yang lainnya. Penggantian ini melibatkan penggantian

    nomina, penggantian verba dan penggantian klausa.

    Penggantian nomina

    Penggantian nomina atau penggantian yang bersifat kata nama, frasa nama atau pelengkap frasa nama

    sebagai contoh, Jiran kami membeli sebuah kereta baru. Kami juga membeli sebuah

    Penggantian ini ditemui pada kutipan cerpen keratan pelita Brunei edisi 30 Julai 2008 halaman 11

    bertajukSebuah Perpisahan IIiaitu:

    1a. Wang..Milbawa mengucap..

    1b. Ingat Lai bezikir, sabut nama Allah banyak-banyak, bawa basalawat

    2a. ..begitu juga bagi keluarga Jamil, keluarga Samad, keluarga Haji Salleh..

    2b. Hajah Aisah terus menangis dan ahli keluarga lainjuga turut..

    Antara ungkapan lain yang ditemui pada penggantian nomina ini ialah:

    3a. Ya Allah selamatkan anakku Ya Allah

    3b. ma.. jangan miatu ma, basarah kitani kepadaNya..

    Ungkapan Nya bagi contoh 3b di atas itu sebenarnya adalah penggantian bagi kata Allah. Walaupun

    Nya adalah kata ganti nama tetapi ia bukan dianggap nomina kerana Nya tidak boleh berdiri sebagai

    subjek ayat. Ini berdasarkan dari kata nya tersebut tidak boleh dipasifkan. Sebagai contoh

    4a. Dia sayang padanya, tidak boleh dipasifkan menjadi

    4b. Nya disayangi oleh dia.

    Penggantian nomina ini juga ditemui pada cerpenRanjau Kehidupan:

    8

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    9/21

    5a. Temannya hanyalah radio, televesyen, majalah, surat khabar dan Komputer. Benda-

    benda itu menjadikannya bosan lalu keluar

    Penggantian verba

    Penggantian ini bersifat kata kerja: sebagai contoh, pelajar itu sering melakukan kegiatan samsengdi

    sekolah.Perbuatan seperti itu menyebabkan dia diberhentikan sekolah.

    Penggantian kata kerja atau frasa nama ini ada ditemui pada cerpen dalam Bahana edisi Disember 2009

    bertajukRanjau Kehidupan dilampirkan pada lampiran kedua,

    6a. Husna tidak bergaul dengan teman-temannya yang sama bergiatperbuatan seperti itu

    Husna dikatakan seorang yang anti-sosial

    7a. Husna telah memenangi gelaran Anugerah Pelakon Teater Wanita Terbaik. Pencapaiantersebut menjadi kebanggaan kakaknya.

    8a. Husna kan tahu Edry sibukwaktu ini

    8b. Husna sendiri juga bertugas tidak mengira waktu

    Penggantian klausa

    Contohnya Oh, saya berhutang dengan awak

    Saya pun begitu.

    Penggantian klausa ini diperolehi pada lampiran dua bertajukRanjau Kehidupan

    9a. Husna tahu tak kau memang sebenarnya cantik bagaikan bidadari?

    9b. Dari dulu lagi saya memangjambu gila.

    Manakala ungkapan atau ayat penggantian klausa yang diperolehi dari cerpen bertajuk Sebuah

    Perpisahanlampiran satu pula ialah,

    10a. mereka bersetuju membiarkan Jamil berada di hospital sehingga dia menghembuskan

    nafasnya yang terakhir. Rina, isteri Jamil juga bersetuju dengan keputusan itu.

    9

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    10/21

    Analisis dapatan, penggantian nomina dan penggantian klausa ada ditemui pada kedua buah cerpen

    Sebuah Perpisahan IIdan Ranjau Kehidupan tetapi bagi penggantian verba hanya ditemui pada cerpen

    bertajukRanjau Kehidupan.

    3) PENGGUGURAN ATAU ELIPSIS

    Pengguguran juga dikenali dengan elipsis, adalah omisi dari satu atau lebih perkataan dari satu ayat,

    digugurkan kerana ia tidak begitu penting, jika pun perkataan tersebut tidak digugurkan maka redundent

    atau pembaziran bahasa akan berlaku, kata tersebut tidak perlu diulangi bagi mengelakkan pengulangan

    dan kerana ia sudah pun dikatakan sebelumnya, makna yang akan disampaikan juga difahami tanpa

    kehadiran kata tersebut. Pengguguran adalah salah satu daripada aspek-aspek bahasa yang memberi

    kohesi kepada teks (Raphael Salkie, 1995:56-59).

    Pengguguran boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu

    1)Pengguguran nomina

    2)Pengguguran verba

    3)Pengguguran klausa

    Setiap jenis pengguguran ini menggugurkan kata dari jenis-jenis unsur yang tertentu seperti :

    Pengguguran nomina yang menggugurkan unsur nomina (kata nama) dalam ayat yang baru kerana ayat

    yang sebelumnya sudah terdapat unsur nomina yang dikatakan tersebut.

    Sebagai contoh,

    Soalan: Bilik mana yang kamu hendak pilih?

    Soalan: Yang luas. Ayat yang membazir (saya mahu bilik yang luas).

    Kemudian pengguguran verba adalah pengguguran yang menggugurkan unsur jenis kata kerja atau

    perbuatan dalam sebuah ayat baru atau susulan, kerana perbuatan tersebut sudah dinyatakan di dalam ayat

    yang sesudahnya.

    Sebagai contoh:

    10

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    11/21

    Zaleha membersihkan bilik mandi, abangnya kawasan dapur dan kakaknya kawasan halaman

    rumah.

    Ayat yang membazir (Zaleha membersihkan bilik mandi, abangnya membersihkan kawasan dapur dan

    kakaknya membersihkan halaman rumah).

    Manakala pengguguran klausa adalah pengguguran yang menggugurkan unsur jenis klausa atau satu

    ayat dalam ayat susulan kerana pernyataan ayat tadi sudah dinyatakan dalam ayat yang sebelumnya.

    Sebagai contoh:

    Sebenarnya Permaisuri agung mesir itu mati kerana dipatuk ular.

    Tetapi para bangsawan menafikannya.

    Ayat membazir (tetapi para bangsawan menafikan bahawa permaisuri agung mesir itu mati kerana

    dipatuk ular).

    Dalam kajian ini pengkaji menggunakan dua buah cerpen untuk menganalisa jenis-jenis penggguguran

    yang terdapat di dalamnya yang digunakan dalam pengkohesian teks di dalamnya. Cerpen-cerpen yang

    digunakan bagi menganalisis keberadaan kohesi jenis pengguguran itu adalah Sebuah Perpisahan dan

    Ranjau Kehidupan. Cerpen Sebuah Perpisahan dipetik dari pelita brunei keluaran 30 Julai 2008 ditulis

    oleh Tantari, manakala Ranjau Kehidupan pula dipetik dari majalah Bahana keluaran Disember 2009

    ditulis oleh Shaza.

    Analisis dimulai dengan Cerpen Sebuah Perpisahan. Berikut adalah ayat yang mengandungi proses

    pengguguran:

    Pengguguran unsur klausa

    Lai wang.. mil bawa mengucap , ingat lai bazikir, sabut nama Allah banyak-banyak

    bawa basalawat. kata samad.

    Inilah ungkapan yang sering kali diucapkan oleh samad kepada adiknya Jamil yang sedang nazak.

    11

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    12/21

    Jenis pengguguran dalam teks ini adalah pengguguran jenis klausa, kerana perkataan inilah ungkapan

    telah digunakan untuk mewakili ayat Lai wang.. mil bawa mengucap , ingat lai bazikir, sabut

    nama allah banyak-banyak bawa basalawat.

    Ayat sebelum dari ayat yang berikutnya ini tidak perlu diulangi lagi. Jika sekiranya diulangi maka ayat

    kurang ekonomis, dan membawa kepada pengulangan yang tidak perlu begitu juga di dalam ayat yang

    seterusnya,

    Ma. Manan.. jangan camani ani bawa basabar susah karang hatinya si Jamil atu maliat

    katani macam ani ani, katani manangis, mengeluh camani ani inda mendatangkan apa-apa,

    lagipun Jamil masih hidup lagi, baik pulang bazikir tu katani hadiahkan arahnya dapat jua

    ia keRahmatan dari Allah Taala, Rahmat memberikan saranan. Kata samad

    Kemudian diikuti oleh ayat yang seterusnya,

    Mungkin mereka berfikir bahawa ada benarnya kata-kata Rahmat itu tadi .

    Di sini kata-kata Rahmat itu tadi, merujuk kepada ayat yang ditandakan di atas, yang membawa maksud

    daripada menangis lebih baik membacakan sesuatu untuk si Jamil.

    Petikan berikutnya mengapakah semua ini terjadi? ini merujuk kepada pertanyaan Samad

    tentang mengapakah segala dugaan ini berlaku, kata ini hanya akan diketahui fungsi

    penggantiannya kepada apa yang digugurkan jika pembaca membaca keseluruhan teks sebelum

    perkataan tersebut. Perkara yang terjadi atau peristiwa tragik dalam cerpen ini adalah apa yang

    dirujukkan bagi perkataan semua ini terjadi.

    12

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    13/21

    Pengguguran unsur verba

    Seterusnya adalah analisis bagi penguguran unsur verba,

    Contoh ayat di dalam cerpen:

    Tiba-tiba Jamil menggerakkan tangannya dan mulutnya seperti mahu menyampaikan

    sesuatu.

    Disusuli oleh ayat namun tidak seorang pun memahaminya, perkataan memahaminya menggantikan

    unsur verba yang dikatakan pada ayat yang sebelumnya iaitu menggerakkan tangannya dan mulutnya

    seperti mahu menyampaikan sesuatu. Ayat itu digugurkan dan memahaminya mengambil tempat untuk

    menerangkan perbuatan sebelumnya iaitu perbuatan menggerakkan tangannya dan mulutnya.

    Contoh penguguran dalam cerpen Ranjau Kehidupan

    Penguguran unsur klausa

    Kakak sangka dia sudah menemui kebahagiaan hidupnya dan berjaya melupakan sejarah

    hitam dalam hidupnya setelah bertemu dengan Edry. Kata kakak.

    Ayat yang menyusul selepasnya adalah Ternyata kakak silap.

    Di sini silap dimaksudkan dengan anggapan kakaknya tersilap, kakak beranggapan orang yang

    dimaksudkan sudah menemui kebahagiaan hidupnya dan berjaya melupakan sejarah hitam dalam

    hidupnya setelah bertemu dengan Edry. Formasi ayat ini dalam bentuk yang redundent akan

    berbentuk, Ternyata kakak silap bila mengatakan dia sudah menemui kebahagiaan hidupnya dan

    berjaya melupakan sejarah hitam dalam hidupnya setelah bertemu dengan Edry.

    13

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    14/21

    Apabila diperhatikan penulis mengelakkan melakukan pembaziran kata, beliau hanya menuliskan

    ternyata kakak silap dan mengugurakan penjelasan yang meleret-leret kerana penjelasan tersebut sudah

    diceritakann pada ayat yang sebelumnya.

    Pengguguran unsur verba

    Kak, Husna dah dua bulan mengandung. anak Edry. Husna cuba berbual dengan kak

    Suria dengan nada yang perlahan di Erdayu Caf .

    Disusuli dengan ayat yang berikut Ya Allah betulkah Husna ? kata kakak,

    Betulkah merujuk kepada kata kerja mengandung, yang hanya cukup diungkapkan dengan pertanyaan

    betulkah, ayat ini boleh bermaksud Ya Allah, awak mengandungkah Husna jika dalam bentuk ayatyang redundant atau membazir.

    Edry berjaya mengelak dirinya daripada terus ditikam bertubi-tubi.

    Ayat yang berikutnya Berhenti, Husna ingat pada Tuhan dik .

    Ayat yang berikutnya bermaksud kakak menyuruh Husna berhenti dari melakukan perbuatan menikam

    Edry secara bertubi tubi tanpa menyebut kembali perbuatan menikam dalam teks ini.

    Pengkaji mendapati pengguguran sesuatu unsur itu adalah bertujuan untuk tidak membazirkan kata didalam sesebuah ayat, ayat yang mengalami proses pengguguran sudah dapat membawakan maksud atau

    idea yang hendak disampaikan secara berurutan dari ayat satu ke ayat dua, dalam pengguguran unsur

    klausa pengguguran terjadi ke atas ayat yang panjang yang tidak lagi releven untuk diulang tulis di dalam

    ayat yang seterusnya, sebagai contoh:

    Kakak sangka dia sudah menemui kebahagiaan hidupnya dan berjaya melupakan sejarah

    hitam dalam hidupnya setelah bertemu dengan Edry. Kata kakak

    Ayat yang menyusul selepas adalah Ternyata kakak silap,

    Ayat yang seterusnya hanya dituliskan ternyata kakak silap. Walaupun mengalami pengguguran unsur

    klausa ia difahami kerana ayat ini merujuk kepada pertautannya dengan idea pada ayat sebelumnya.

    14

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    15/21

    Didapati pengguguran verba berlaku apabila kata kerja pada ayat awal itu, atau di dalam ayat bersamaan

    dengan kata kerja yang ada di dalam ayat seterusnya atau menyusul kemudian di dalam ayat yang sama,

    contohnya:

    Kak, Husna dah dua bulan mengandung. anak Edry. Husna cuba berbual dengan kak

    Suria dengan nada yang perlahan di Erdayu Caf.

    Disusuli dengan ayat yang berikut Ya Allah betulkah (betulkah merujuk kepada mengandung).

    4) KONJUNGSI

    Konjungsi atau lebih dikenali dengan conjunctionitu ialah kata yang menghubungkan beberapa kalimat

    menjadi satu kalimat besar. Konjungsi adalah kata yang menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan

    frasa, ataupun kalimat dengan kalimat.

    Contoh :

    1. Penghubung kata dengan kata: menyanyi dan menari

    2. Penghubung frasa dengan frasa: Dia tidak datang kerana ayahnya sakit.

    3. Penghubung kalimat dengan kalimat: Sewaktu dia pergi, saya datang .

    Konjungsi itu terdiri daripada kebalikan, tambahan, temporal dan sebab. Konjungsi kebalikan ialah

    konjungsi yang menentang dan bervariasi. Konjungsi ini menghubungkan ayat tetapi terbalik dari segi

    makna ayat pertama. Konjungsi terbahagi kepada dua, iaitu konjungsi kebalikan total dan konjungsi

    kebalikan tidak total. Antara ayat-ayat yang memiliki konjungsi kebalikan dalam cerpen-cerpen seperti:

    Konjungsi kebalikan total

    1. Husna dikatakan seorang yang antisosial, namun dia tidak mahu hidup bagaikan katak di

    bawah tempurung. (Ranjau Kehidupan, 2009)

    Konjungsi kebalikan tidak total

    1. Hajah Kiah dan Manan terus berhenti menangis namun masih kedengaran sedikit esakan.

    (Sebuah Perpisahan II, 2008)

    Konjungsi tambahan ialah konjungsi yang memberi informasi tambahan. Kata tambahan itu adalah dan

    atau malahan. Penggunaan kata konjungsi ini digunakan di awal ayat sebagai informasi tambahan bagi

    ayat yang sebelumnya. Namun konjungsi ini tidak ditemui dalam cerpen-cerpen yang dikaji.

    15

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    16/21

    1. Keletihan Rosman nyata dapat dilihat daripada wajahnya yang pucat lesu dan langkahnya yang

    longlai serta daripada baju dan tubuhnya yang basah oleh peluh itu. Dan daripada mukanya yang

    berpipi cengkung itu terbayang sifat-sifat keseriusannya. (Tangisan Seorang Pelajar, 2005)

    Konjungsi temporal pula ialah konjungsi yang menghubungkan ayat secara urutan dan cara memaparkan

    teks. Ia juga berupa senarai yang panjang yang disusun secara kronologi. Konjungsi temporal (waktu)

    menjelaskan hubungan waktu antara dua hal atau peristiwa.

    1. Tiba-tiba Manan, adik kepada Jamil, meluru ke tempat Jamil sambil membacakan selawat ke

    telinga Jamil. Selang beberapa saat kemudian Manan bangun dan memandang ke arah Samad

    dan ibunya sambil menitiskan airmata. (Sebuah Perpisahan II, 2008)

    2. Husna terkenang saat itu, lalu mengikut segala gerak di video itu. (Ranjau Kehidupan, 2009)

    3. Husna menuju ke dapur untuk mengambil pencuci mulut,. Sekembalinya dari dapur, Husna

    menikam di bahagian belakang badan Edry dengan pisau. (Ranjau Kehidupan, 2009)

    Konjungsi sebab ialah konjungsi yang berfungsi sebagai penyebab. Konjungsi sebab menjelaskan bahawa

    suatu peristiwa yang terjadi kerana suatu sebab tertentu. Ia adalah makna hubungan sebab (alasan)

    ditandai dengan penggunaan konjungsi sebab, iaitu sebab dan kerana.

    1. Baginya adalah lebih baik Jamil terus berada di hospital kerana segala kelengkapan perubatan

    semua ada walaupun dia tahu suaminya sudah tidak ada harapan lagi. (Sebuah Perpisahan II,

    2008)

    2. Ternyata Edry dapat memahami perasaan Husna. Oleh kerana itulah mereka selalu berdua.

    (Ranjau Kehidupan, 2009)

    3. Perkembangannya di hospital sakit jiwa semakin baik, lalu pihak hospital membenarkan Husna

    hidup di dunia luar tetapi tidak boleh kecewa. Sebab itulah kakak selalu mengikut kehendak

    Husna tetapi harus berpatutan perangainya. (Ranjau Kehidupan, 2009)

    Dalam kedua-dua cerpen ini, penulis sering menggunakan tiga jenis konjungsi, iaitu konjungsi kebalikan,

    konjungsi temporal dan konjungsi sebab. Konjungsi tambahan tidak dijumpai di mana-mana dalam

    kedua-kedua cerpen. Namun dalam cerpen Sebuah Perpisahan II telah menggunakan dua atau tiga

    konjungsi dalam satu ayat tetapi ianya adalah sejenis bentuk sintaksis. Di antara ayat-ayatnya ialah:

    16

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    17/21

    1. Dalam kekhusyukan ahli keluarga Haji Salleh membaca dan berzikir, tiba-tiba Jamil

    menggerakkan tangannya dan mulutnya seperti mahu menyampaikan sesuatu, namun tak seorang

    pun memahaminya kerana suaranya tidak keluar.

    2. Ya Allah walaupun aku merasakan ianya terlalu awal bagiku untuk menghadapi Sebuah

    Perpisahan, namun aku pasrah dan redha atas kehendak-Mu kerana aku tahu ini adalah

    ketentuan-Mu dan ada Rahmat di sebalik semua yang terjadi bisik hati Samad.

    5) KOHESI LEKSIKAL

    Kohesi leksikal adalah salah satu dari cabang komponen kohesi wacana. Kohesi Leksikal diperoleh

    dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Ada dua cara bagi mencapai aspek leksikal kohesi ini, iaitu

    reiterasi dan kolokasi seperti yang dikatakan oleh Efri Yoni Baikoeni (2008).

    Reiterasi menurut beliau merupakan pernyataan semula yang berlaku dalam empat bentuk iaitu

    pengulangan kata, sinonim, superordinat dan kata-kata umum. Manakala, kolokasi pula dapat diperolehi

    melalui dua sudut iaitu sintaksis dan semantik.

    Kohesi Leksikal:

    Reiterasi Kolokasi

    Pengulangan kata

    Sinonim

    Superordinat

    Kata-kata umum

    Sintaksis

    Semantik

    Reiterasi.

    1) Pengulangan kata

    Pengulangan kata atau dalam bahasa Inggerisnya word repetitionadalah salah satu alat-alat kohesi yang

    menjadikan sesebuah wacana atau teks tersebut berhubungan dari segi semantiknya. Menurut Efri Yoni

    Baikoeni (2008) kata yang sering kali diulang ini adalah dari 'kata isi' (content word). Ini bermakna kata

    itu adalah kata yang amat penting bagi sesuatu ayat yang dibentuk dan dibina bagi teks ataupun wacana.

    Kata isi ini boleh dikenal pasti melalui dua cara. Cara yang pertama ialah kata itu atau 'kata isi' tersebut

    akan dijadikan sebagai unsur yang tidak boleh ditinggalkan ataupun tidak digunakan jika diperkatakan di

    dalam intipati teks. Manakala cara yang kedua ialah jika kata tersebut tidak diulang maka

    berkemungkinan teks itu akan terganggu sifat kesatuannya.

    17

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    18/21

    Pada aspek pengulangan kata, ternyata di dalam cerpen Sebuah Perpisahan II (2008) kata-kata yang

    banyak diulang adalah misalnya kata nama Jamil dan hospital. Kemudian dalam cerpen Ranjau

    Kehidupan (2009) pula, contohnya pengulangan kata nama Husna.

    2) Sinonim

    Sinonim adalah kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud. Sinonim ini juga hadir dalam

    sesebuah wacana sebagai salah satu elemen yang menghubungkan sesuatu ayat atau teks.

    Menerusi aspek sinonim, kata-kata yang bersinonim dalam cerpen Sebuah Perpisahan adalah

    menitiskan air mata dan menangis dan dari cerpen Ranjau Kehidupan pula adalah perkataan tidak

    bergaul dengan antisosial. Perkataan-perkataan tersebut mempunyai maksud dan makna yang hanya

    hampir-hampir serupa tetapi tidak sama secara seratus-peratus kerana jika diaplikasikan dalam konteks

    yang tertentu maka maknanya akan berubah, contohnya perkataan tidak bergaul dengan antisosial, jika

    seseorang itu tidak suka bergaul dengan seseorang yang lain, bukanlah dikatakan seorang yang antisosial

    kerana mereka yang antisosial ini adalah orang-orang yang sememangnya tidak gemar beramah-mesra

    dengan sesiapapun manakala tidak bergaul pula adalah kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

    3) Superordinat

    Superordinat ialah penggunaan kata yang lebih khusus atau 'hiponim' kepada kata yang lebih umum atau

    dikenali sebagai 'hiperonim'. Misalnya melalui cerpen Kahwin Muda (2009:21):-

    Sekolah ini mempunyai ramai guru dan murid. Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa. iaitu

    Cina, India, Melayu, Filipina dan banyak lagi.

    4) Kata-kata umum

    Kata-kata umum merupakan kata-kata yang penggunaannya dan maknanya bersifat umum dan luas.

    Bidang objek yang dicakupi oleh kata umum itu tidak khusus atau dalam erti kata lain, tidak spesifik

    misalnya melalui cerpen Ranjau Kehidupan, kata-kata umum adalah seperti lauk-pauk iaitu tidak

    menyatakan secara lanjut makanan-makanan yang dikatakan sebagai lauk-pauk itu dengan lebih

    terperinci.

    Kata-kata umum yang ditemui daripada cerpen Sebuah Perpisahan adalah memeriksa dan memberikan

    suntikan yang ternyata tidak dijelaskan secara terperinci apa yang diperiksa oleh doktor tersebut dan

    suntikan apa yang diberikannya. Begitu juga halnya pada cerpen Ranjau Kehidupan yang mengandungi

    18

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    19/21

    kata-kata umum lauk-pauk tanpa menjelaskan jenis-jenis makanan yang dikatakan sebagai lauk-pauk

    itu.

    Kolokasi

    Kolokasi secara umumnya merupakan dua perkataan atau lebih yang masing-masing merupakan

    perkataan tersendiri tetapi kebiasaannya dikaitkan antara satu sama lain .

    Contoh: Pembalakan haram itu menggugat habitat flora dan fauna. Banyakhaiwan liar seperti harimau,

    gajah, badak sumbu, dan lain-lain kehilangan tempat tinggal.

    Manakala menurut Saifullah Kamalie (2007) yang memetik definisi kolokasi dari salah seorang sarjana

    barat, Meaning by collocation is an abstraction at the syntagmatic level and is not directly concerned

    with the conceptual or idea approach to the meaning of words. One of the meanings of night is its

    collocability with dark, and of dark, of course, collocation with night (Firth, 1957:196). Beliau

    menterjemahkannya sebagai pemaknaan dengan kolokasi adalah suatu abstraksi pada tingkatan

    sintagmatik dan tidaklah secara langsung terkait dengan pendekatan konseptual atau gagasan terhadap arti

    kata. Salah satu makna night adalah dapat berkolokasinya kata tersebut dengan dark, dan tentu saja,

    makna dark dapat diketahui dengan mudah bila berkolokasi dengan night).

    1) Kolokasi Sintaksis

    Menerusi definisi kolokasi di atas, kolokasi secara sintaksis dapat dikenalpasti menerusi kedua-dua

    cerpen tersebut. Misalnya di dalam cerpen Sebuah Perpisahan II kolokasi sintaksisnya adalah

    menghambuskan nafasnya, menitiskan air mata dan senyum tawa.

    2) Kolokasi Semantik

    Kolokasi Semantik bermaksud kata-kata yang memasuki bidang yang sama seperti yang didapati dalam

    cerpen Sebuah Perpisahan iaitu hospital, doktor dan rumah sakit yang tergolong dalam satu bidang

    perubatan.

    Menyelusuri cerpen Ranjau Kehidupan pula, kata-kata yang berkolokasi semantik tersebut semuanya

    adalah merangkumi bidang seni lakonan teater iaitu:-

    o Pementasan

    19

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    20/21

    o Dunia pementasan

    o Trofi Anugerah Pelakon Teater Wanita Terbaik 1999.

    o Pelakon Teater Wanita Terbaik

    o kumpulan teater Srikandi Negara

    o Teater

    o Berlakon

    o Pelakon pentas.

    KESIMPULAN

    Keseluruhan kajian ini menumpukan penelitian terhadap tiga buah cerpen Melayu un tuk melihat

    bagaimana paduan wacana hadir di dalamnya. Ternyata begitu banyak alat-alat wacana hadir iaitu dari

    segi perujukan, penggantian, pengguguran, konjungsi dan kohesi leksikal. Alat-alat tersebut menunjukkan

    bahawa adanya kesatuan atau perhubung-kaitan antara satu teks dengan teks yang berikutnya sehingga

    menjadi satu bentuk tulisan yang utuh. Perkaitan tersebut terjalin dari segi hubungan secara gramatikal

    mahu pun leksikal dan kehadiran penghubung ini menjadikan teks tersebut jelas dan mampu difahami

    oleh pembaca.

    20

  • 7/27/2019 Kohesi (Complete)

    21/21

    iEfri Yoni Baikoeni. Kohesi dalam teks dan wacana. Dimuat turun pada 12hb Mac 2011 melaluiwww.baikoeni.multiply.com/journal/item/135

    http://www.baikoeni.multiply.com/journal/item/135http://www.baikoeni.multiply.com/journal/item/135http://www.baikoeni.multiply.com/journal/item/135