Kisah Fb 2012

107
" Bagaimana kita bisa mengulang kemenangan dan kemuliaan kita. Tanpa usaha dan karya yang nyata? Engkau melihat sekumpulan orang, namun tak mendapatkan satu pun. Terkadang engkau melihat seribu keinginan dalam diri satu orang ... " "Ikut urutan, peringkat, dengan betul... InsyaAllah akan gapai ia dengan keberkatan dan keredhaan Allah..." "Berat sungguh mujahadah... Aku tidak boleh tewas..." "Hendak laksanakan sesuatu mesti ikut peringkat- peringkatnya, bukan pakat main buat jer..." "Allahu Akbar!!! Hebat semangatnya... Mengalahkan orang muda... Walau hanya mampu ikuti melalui internet tapi cukup- cukup bermakna..." "Perjuangan tidak akan berharga dan tidak akan bernilai jika hubungan dengan Allah SWT tidak dijaga sebaiknya..." "Jikalau mereka kata bahawa rakyat Palestin perlu berhijrah keluar kerana diserang, ketahuilah bahawa dari dahulu lagi mereka telah berhijrah keluar kerana diusir... Cukuplah, berhentilah mengeluarkan kenyataan berbelit-belit sekalipun kamu tidak berkeinginan untuk mempertahankan Palestin..." "Ibrah futsal petang tadi, pertahankan Islam hingga ke akhirnya... Walau orang penting dalam perjuangan telah gugur syahid bukan bermakna perjuangan berakhir tetapi perjuangan perlu tetap diteruskan kerana kita adalah penggantinya..." "Musuh Islam lebih penakut dan pengecut dari apa yang kita tahu... Kerana Allah SWT mencampakkan rasa takut ke dalam diri mereka apabila berdepan Pejuang Islam..." "Biarpun kanak-kanak di Palestin, Syria, lebih muda dari kita, namun semangat mereka, yang tiada dalam diri kita, perlu kita pelajari dari mereka..." "Biarpun perkembangan perlahan, namun jangan putus asa... yang penting semangat terus... istiqamah... insyaAllah ia akan terus meningkat dari semasa ke semasa..."

description

kisah

Transcript of Kisah Fb 2012

Page 1: Kisah Fb 2012

"Bagaimana kita bisa mengulang kemenangan dan kemuliaan kita. Tanpa usaha dan karya yang nyata? Engkau melihat sekumpulan orang, namun tak mendapatkan satu pun. Terkadang engkau melihat seribu keinginan dalam diri

satu orang"...

"Ikut urutan, peringkat, dengan betul... InsyaAllah akan gapai ia dengan

keberkatan dan keredhaan Allah..."

"Berat sungguh mujahadah... Aku tidak boleh tewas..."

"Hendak laksanakan sesuatu mesti ikut peringkat-peringkatnya, bukan pakat

main buat jer..."

"Allahu Akbar!!! Hebat semangatnya... Mengalahkan orang muda... Walau hanya

mampu ikuti melalui internet tapi cukup-cukup bermakna..."

"Perjuangan tidak akan berharga dan tidak akan bernilai jika hubungan dengan

Allah SWT tidak dijaga sebaiknya..."

"Jikalau mereka kata bahawa rakyat Palestin perlu berhijrah keluar kerana

diserang, ketahuilah bahawa dari dahulu lagi mereka telah berhijrah keluar

kerana diusir... Cukuplah, berhentilah mengeluarkan kenyataan berbelit-belit

sekalipun kamu tidak berkeinginan untuk mempertahankan Palestin..."

"Ibrah futsal petang tadi, pertahankan Islam hingga ke akhirnya... Walau orang

penting dalam perjuangan telah gugur syahid bukan bermakna perjuangan

berakhir tetapi perjuangan perlu tetap diteruskan kerana kita adalah

penggantinya..."

"Musuh Islam lebih penakut dan pengecut dari apa yang kita tahu... Kerana Allah

SWT mencampakkan rasa takut ke dalam diri mereka apabila berdepan Pejuang

Islam..."

"Biarpun kanak-kanak di Palestin, Syria, lebih muda dari kita, namun semangat

mereka, yang tiada dalam diri kita, perlu kita pelajari dari mereka..."

"Biarpun perkembangan perlahan, namun jangan putus asa... yang penting

semangat terus... istiqamah... insyaAllah ia akan terus meningkat dari semasa ke

semasa..."

"Moga terus dapat mengisi masa dengan program kerohanian dan tarbiyah...

kerana sekuat mana pun kita, kita masih memerlukan pengisian rohani dan

tarbiyah dalam diri... supaya sentiasa sedar dengan realiti yang dihadapi..."

Kata orang yang berkualitas tinggi... "Krisis adalah peluang bagi kita untuk

mengevaluasi kekurangan yang ada. Dengan krisis, siapa tahu kita akan lebih

Page 2: Kisah Fb 2012

kreatif? Kita bisa mencari celah-celah peluang inovasi. Pokoknya jangan putus

asa, semangat terus!" - K.H. Abdullah Gymnastiar

"Kita harus merindui agar kita dijadikan Allah sebagai jalan bagi saudara-saudara

kita lainnya. Jalan ilmu bagi teman-teman kita yang merindukan ilmu, jalan rezeki

bagi yang masih fakir..." K.H. Abdullah Gymnastiar

"Sesungguhnya, berada di samping mu, membuatkan hatiku berasa tenang dan

sungguh gembira... Sedang bila berjauhan dengan mu, membuat hati ku merasa

kesepian serta sentiasa terkenang dan merindui untuk bersama mu lagi....."

"Kita coba merajut kebersamaan melalui suatu rumus sederhana, yakni 5M.

Menyadari, Memahami, Memaklumi, Memaafi, Memperbaiki...."

"Belajar adalah tugas seumur hidup. Kita harus berpikir keras mencari cara untuk

mengubah pandangan yang selama ini salah. Orang-orang merasa telah selesai

dari 'peperangan' ketika ujian akhir selesai. Padahal setelah selesai sekolah atau

kuliah soal-soal kehidupan akan terus muncul. Salah jika seseorang telah lulus

dari bangku sekolah lantas merasa tidak perlu lagi untuk belajar. Cara berpikir

semacam inilah yang perlu kita ubah. Yang kita butuhkan bukanlah orang-orang

yang hanya mengandalkan kertas ijazah. Kita butuh orang yang benar-benar

mengandalkan akhlak dan kemampuan diri..." - K.H Abdullah Gymnastiar

"Kini bukan lagi seperti zaman nakal-nakal dulu..."

"Barang bernilai yang paling mudah hilang tanpa kita sedari adalah masa kita..."

"Sebagai tiang penegak, umat Islam membutuhkan para profesional dari

berbagai disiplin ilmu. Oleh karena itu, bergiat di bangku pendidikan merupakan

langkah awal untuk mewujudkan hal tersebut. Namun sangat jelas, bahwa

profesional-profesional yang dibutuhkan adalah profesional yang berakhlak.

Apalah artinya mereka pintar kalau tidak berakhlak? Itu akan merusak..." - K.H

Abdullah Gymnastiar

"Pemimpin mana pun bakal jatuh terhina manakala tidak punya keberanian

mengubah dirinya. Orang sukses mana pun bakal rubuh kalau dia tidak punya

keberanian untuk mengubah dirinya. Kata kuncinya adalah keberanian. Berani

mengejek itu mudah, berani menghujat itu gampang, tapi, tidak sembarang orang

yang berani melihat kekurangan diri sendiri. Ini hanya milik orang-orang yang

sukses sejati.

Orang yang berani membuka kekurangan orang lain, itu biasa. Orang yang

berani membincangkan orang lain, itu tidak istimewa. Sebab itu bisa dilakukan

orang yang tidak punya apa-apa sekali pun. Tapi, kalau ada orang yang berani

Page 3: Kisah Fb 2012

melihat kekurangan diri sendiri, bertanya tentang kekurangan itu secara

sistematis, lalu dia buat sistem untuk melihat kekurangan dirinya, inilah calon

orang besar."

- K.H. Abdullah Gymnastiar dalam "Refleksi Aa Gym : Sebuah Nasihat Kecil"

dalam artikel bertajuk "Calon Orang Besar Memulai Perubahan"...

"Jadikan perjuangan menegak dan mempertahankan Islam sebagai keutamaan

bukan sekadar sampingan..."

"Mungkin dirimu merasakan bahawa diriku tidak diperlukanmu... Sedang diriku

terus merasakan bahawa diriku amat memerlukanmu..."

"Persediaan perlu kemas... baru kerja pun kemas..."

"Cabaran, ujian serta dugaan, semakin bertambah sehari demi sehari, seiring

dengan bertambahnya tanggungjawab..."

"Pengalaman-pengalaman mereka amat berguna untuk ku..."

"Sesungguhnya perjalanan ku masih jauh... Kerana aku masih muda..."

"Kita mungkin ada Sulthan, namun masih tidak ada Sulthoh..."

"Mereka berjuang di sana, kita berjuang di sini... Perjuangkanlah Islam walau di

mana anda berada..."

Tahukah anda?

Antara faktor perkembangan penulisan Ma'ajim al-'Arabiyyah (Kamus 'Arab)

adalah bertujuan untuk menjaga kesucian Kitab Allah, al-Quran al-Karim, dari

kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan sebutan-sebutan kalimah, serta

kesalahan-kesalahan dalam memahami ayat-ayat, yang terkandung di dalam al-

Quran...

"Semoga sempat untuk menyiapkan 'tulisan istimewa' itu, pada malam ini..."

"Semoga pengalaman hari ini dapat membantu memperkuat dan

memperkemaskan diri untuk menghadapi hari-hari yang akan datang...

AllahuAkbar!!! ..."

"Kena jadi lebih kuat lagi untuk mujahadah ini..."

"Walau berlakunya gencatan senjata, ingatlah bahawa mereka tetap tidak akan

redha terhadap kamu... dan gencatan ini, merupakan masa untuk kamu

perkemaskan diri kamu..."

Page 4: Kisah Fb 2012

"Wahai saudaraku! Janganlah engkau merasa lemah kerana banyaknya

kemungkaran, malah hendaklah engkau menggembelingkan segala keupayaan

dan kesanggupan engkau dalam menyerukan saudara-saudara yang lain,

sekalipun mereka jauh dari istiqamah, sekalipun mereka tidak menyahutnya di

permulaan, akan tetapi serulah mereka beberapa kali atau berulang-ulang, maka

engkau akan mendapati suatu masa nanti, bahawa di kalangan mereka akan ada

yang memperkenankan seruan engkau, dan jadilah mereka daripada kalangan

ahli istiqamah dan baik, dengan izin Allah..."

"Hakikat Iltizam...

ذكرنا أن الملتزم هو ذلك الشاب المستقيم على الشرع والعامل به, والمتبع لسنة نبيه

...صلى الله عليه وسلم, وهذه هي حقيقة االلتزام

Kami ingin menyebutkan bahawa orang yang beriltizam itu ialah pemuda yang

istiqamah di atas Syara', orang yang melaksanakan Syara', dan juga orang yang

mengikut Sunnah Nabi Nya ShallAllahu 'alaihi Wasallam, dan inilah dia hakikat

iltizam..."

"Kepimpinan Ummah hendaklah dirampas daripada tangan-tangan golongan

yang tidak menegakkan agama Allah supaya diganti dengan golongan yang

beriman kepada Allah dan tidak suka membuat kemungkaran dan kerosakan..."

"Hebatnya mereka kerana kualiti, bukan kuantiti..."

"Tidak kira di mana saja, bila masa saja, Umat Islam berjuang, di situlah kita

perlu nyatakan sokongan dan berikan dorongan..."

"Sungguh, aku hanyalah insan yang kerdil..."

Ciri-Ciri Tabi'ie Harakah Islamiyyah 

Pertama : Waqi'ieyyah Jiddiah, iaitu kesungguhan yang realistik.

Kedua : Waqi'ieyyah Harakiyyah, iaitu gerak kerja yang realistik.

Ketiga : Gerakan yang berterusan dengan wasilah yang berubah.

Keempat : Mempunyai sandaran syara' dalam siyasah luaran.

- Syed Qutub

"Keimanan kepada asas Qada' dan Qadar Allah SWT menuntut Harakah

Islamiyyah berusaha merancang, menyusun dan melaksanakan sebab-sebab

yang boleh menggerakkan perubahan masyarakat manusia. Oleh itu gerakan

Islam tidak boleh mengharapkan kemenangan tanpa berusaha dengan sepenuh

kemampuan yng ada selari dengan sunnah Allah yang telah ditentukan kepada

Page 5: Kisah Fb 2012

perubahan ini..." - Annuar Salleh, "Konsep Siyasah Syar'ieyah Dalam Harakah

Islamiah"

"Sebenarnya zionis laknatullah adalah lebih penakut dari apa yang kita tahu

selama ini, dan sesungguhnya Para Mujahidin adalah lebih berani dari apa yang

kita tahu selama ini..."

Gaza kembali bergegar... Semoga semangat dan sokongan kita untuk saudara

kita dan pejuang kita di sana sentiasa berkobar... Allahu Akbar!!!

"Dalam perjuangan, perlunya pengorbanan..."

"Bagiku pernikahan itu salah satu jalan perjuangan... namun bukan itu satu-

satunya jalan yang ada... jika tidak berkesempatan, perjuangan tetap

diteruskan..."

~Hebatnya Para 'Alim Ulama' serta Para Syuhada' yang tidak jemu berjuang

berhabis-habisan, walau ada diantara mereka yang tidak melalui jalan

pernikahan... kerana mereka begitu sibuk dengan perjuangan, bukan sibuk

dengan 'sebaik-baik perhiasan'...

"Cita-citaku takkan mahu ku ubah..."

"Bertuahnya kalian... sungguh aku cemburu... namun, aku juga bertuah..."

"Terima kasih atas ukhuwwah dan tarbiyyah selama ini... Semoga Allah

memberkati kalian semua..."

~untuk semua yang mengenali diri ini, samada di dunia yang nyata, mahupun di

dunia yang maya ini...

"Andai ku pergi dulu... Pasti kalian sentiasa ada untuk perjuangan ini kan? ...

Berjuanglah hingga ke akhirnya... :') ..."

"Perjalanan masih jauh... sedang baki umur pula tidak diketahui banyak mana

yang masih tinggal... semoga setiap usaha diberkati oleh NYA..."

"Semakin hari semakin mencabar... Bertahanlah..."

"Dengan usia yang singkat lagi terhad ini, ayuh berkhidmat untuk Allah dan Rasul

Nya, serta untuk Ummah yang tercinta ini..."

Berkhidmat sehabis baik hingga akhir waktu...

"Kerana perjuangan ini, bertahanlah..."

Page 6: Kisah Fb 2012

"Orang yang berpeluang, jangan lepaskan peluang... Orang yang tidak

berpeluang, usahalah untuk mendapatkan peluang..."

"Perlu semangat yang lebih kuat, usaha yang lebih keras... Semoga dapat

berikan sumbangan yang terbaik untuk Islam dan Ummah, sebelum

terhembusnya nafas yang terakhir...:

"Fahami Bola Sepak... Sesuatu perlawanan tidak akan menarik sekiranya

permainan yang ditunjukkan pemain tidak menarik... Bola sepak bukan bicara

pasal gol, tapi bicaranya mengenai macam mana membentuk kesefahaman,

kerjasama dan kerja berpasukan antara pemain... yang mana boleh lakukan itu

dengan baik dan jayanya, itulah yang terbaik..."

"Sesuatu kerja yang mudah bisa menjadi sukar jika tidak kena caranya..."

"Degil dalam perjuangan..."

“Kalau bukan karena dakwah dan perjuangan, kami mungkin tidak akan dapat

bertahan..." 

~ Dakwah dan perjuangan tidak mungkin dapat dipikul oleh orang yang manja...

"Jadilah kamu sentiasa berada di sisi Allah dan Rasul Nya sekalipun seluruh

manusia berada di sisi yang lain..."

"Aku perlu bertahan, kerana inilah takdir untuk ku... Semoga lebih baik..."

"Banyak berehat bisa banyak melekakan... Jadi sentiasalah sibukkan diri dengan

kebaikan..."

"Perlu sentiasa tingkatkan prestasi..."

إذا استغنى الناس بالدنيا استغن أنت بالله, وإذا فرحوا بالدنيا فافرح أنت بالله, وإذا أنسوا"

بأحبابهم فاجعل أنسك بالله, وإذا تعرفوا إلى ملوكهم وكبرائهم وتقربوا إليهم لينالوا بهم

نت إلى الله, وتودد إليه تنل بذلك غاية العز والرفعةالعزة والرفعة فتعرف أ ."

"Sekiranya manusia merasa cukup dengan harta dunia, maka

hendaklah kamu merasa cukup dengan Allah. Sekiranya mereka

merasa gembira dengan dunia, maka bergembiralah kamu dengan

Allah. Sekiranya mereka merasa senang bertemu dengan kekasih-

kekasih mereka, maka hendaklah kamu merasa senang untuk bertemu

dengan Allah. Sekiranya mereka memperkenalkan diri kepada para

raja dan para pembesar mereka, lalu mereka mendekatkan diri kepada

raja dan pembesar mereka itu untuk mendapatkan kemuliaan dan

Page 7: Kisah Fb 2012

darjat yang tinggi, maka hendaklah kamu mengenali Allah, lalu carilah

kesenangan Nya, maka kamu akan mendapat puncak kemuliaan dan

darjat yang tinggi..."

"Walau hanya kita yang ada, bukan beerti tidak boleh laksanakan... Kerana

bukannya tiada orang terus... Kita masih ada..."

"Tidak sepatutnya orang PAS hanya bergaul dengan orang PAS sahaja, orang

UMNO bergaul dengan orang UMNO sahaja, juga mana-mana parti orang Islam

yang ada, dan tidak terkecuali juga mana-mana NGO-NGO Islam... Selagi mana

ada kebaikan yang tidak terkeluar dari syari'at Islam, maka ambil lah kebaikan

tersebut walau di mana berada... Kerana bukan semua kebaikan ada di pihak

kita, dan bukan juga semua keburukan ada di pihak mereka, atau juga

sebaliknya..."

"Apabila sesama pejuang Islam bersangka buruk antara satu sama lain, mungkin

hanya kerana berbeza jalan dan kaedah yang diambil, sedang ianya masih tidak

terkeluar dari lingkungan syari'at, mampukah kemenangan yang dicari-cari

berjaya dikecapi? ..."

"Aku mungkin ditarbiyyah oleh NGO Islam, namun itu bukan bermakna aku orang

NGO semata... Bersikap terbuka dan fahamilah perjuangan, itulah yang kita

perlukan..."

"Semoga ujian ini mampu untuk aku tempuhi... Sesungguhnya yang terbaik

hanyalah dari Mu, Ya Allah..."

"Pertentangan antara perjuangan menegakkan yang haq dan yang yang batil merrupakan pertentangan yang kekal abadi hingga ke hari kiamat. Yang ada

hanyalah yang haq dan batil. Di dalam Islam tidak ada istilah duduk di atas pagar dalam memperjuangkan kebenaran..."

"Mata cuba memaksa untuk terlelap, sedang hati masih mahu bertahan...

Alhamdulillah... Gerak kerja untuk hari ini sudah selesai... Esok pula menanti...

Semoga sentiasa diberi kekuatan dan semangat oleh Nya..."

"Sekiranya perasaan itu menghalangku untuk berjuang, dan menyulitkan diriku

dari mengingati Allah, maka sesungguhnya perasaan itu langsung tidak layak

untuk ku simpan dan pendamnya dalam hatiku..."

"Kenali dan fahamilah perjuangan..."

"Oleh kerana kita hidup bermasyarakat, maka tidak adil sekiranya kita sibuk

memikirkan tentang hidup kita sahaja..."

"Sekiranya kita menolong agama Nya... InsyaAllah urusan kita akan

dipermudahkan Nya... Jangan bimbang... Dia pasti akan menolong kita..."

Page 8: Kisah Fb 2012

"Samada kita dapat merasai dan mengecapi kemenangan mahupun tidak, itu

tidak penting... yang paling penting, adakah kita istiqamah dalam perjuangan ini

hingga ke akhir hayat kita, ataupun tidak..."

"Manusia tidak bernilai kecuali jika ia beriman kepada Allah dan meyakini

kebenaran agama Nya... Imannya pun tidak akan bernilai kecuali jika demi

kebenaran Tuhannya, ia sanggup mengorbankan apa yang ada padanya..."

Walaupun sakit kepala... gerak kerja tetap perlu dilaksanakan...

"Perjuangan Islam, adakah ianya hanya sebagai sampingan atau ianya sebagai

keutamaan? ..."

"Sebelum nafas terakhir dihembus, harap dapat menyumbangkan sesuatu yang

berharga untuk Islam dan umat..."

"Tidak malukah kita, untuk ibadah korban sempena 'Aidil Adha ini pun dah berat

hendak laksanakan... sedang saudara-saudara kita di Palestin, Syria, dan lain-

lain, setiap hari mengorbankan diri untuk Islam..."

~Fahami Erti Pengorbanan, Jangan Hanya Tahu Daging Korban..

"Patutkah seorang pejuang takut dipenjara, sedang itu adalah kerehatan

untuknya... Patutkah seorang pejuang takut dibuang negeri, sedang itu adalah

peluang melancong untuknya... Patutkah seorang pejuang takut dibunuh, sedang

itu adalah syahid untuknya..."

"Tidak memadai kalau hanya berani terjun di medan perjuangan, tidak cukup

hanya bersemangat sahaja dalam menghadapi kesukaran besar, lebih-lebih lagi

kalau hanya dengan keberanian semata-mata. Perjuangan di jalan Allah adalah

perjuangan yang bersifat terus-menerus dan memerlukan kerelaan berkorban

yang berterusan. Semua itu tidak mampu dipikul oleh seseorang kecuali jika ia

bersifat tabah dan sabar..."

Telah berkata asy-Syahid Sayyid Qutb dalam kitab tafsirnya "Fi Zilalil

Quran", dalam penafsiran Surah Qaf :

"Kebenaran adalah suatu titik yang tetap tidak berubah. Di atas titik itu

orang yang meyakini sepenuhnya kebenaran berdiri tegak, tidak

goyang sejengkal pun kerana tanah tempat ia berpijak tidak goncang

dan tidak bergerak, tidak surut, dan tidak tenggelam. Segala sesuatu

yang berada di sekitarnya - selain kebenaran yang tetap - adalah

goyang, tidak tetap dan tidak menentu, tidak mantap, tidak keras dan

tidak tahan ujian. Sesiapa yang berubah daripada titik kebenaran pasti

Page 9: Kisah Fb 2012

tergelincir dalam kegoncangan yang tidak menentu. Ia kehilangan

kemantapan, ketenangan, dan ketenteramannya. Ia akan terus

menerus dalam keadaan kacau, tidak tetap, dan tidak menentu…"

Kata Dato' Dr Siddiq Fadzil... Sistem kini menggunakan mekanisme "enjet-enjet

semut"... Dimana orang yang sakit (bermasalah dan tidak layak) yang naik atas

(menjadi pemimpin).. Sedang yang tidak sakit (berkelayakan dan hebat) terus

berada di bawah (ditekan)...

"Ramai yang sedar bahawa perjuangan ini tidak akan mampu dimenangi

melainkan di tangan pejuang-pejuang yang benar-benar hebat... namun mungkin

ramai yang kurang sedar, bahawa pejuang-pejuang yang hebat bukan dapat

dilahirkan sekelip mata, malah terpaksa melalui pelbagai rintangan dan ujian

dalam proses menjadi yang hebat..."

"Pada setiap kita terdapat kelebihan dan kepandaian yang tidak terdapat pada

yang lainnya... oleh kerana itu, setiap kita memerlukan yang lainnya... jangan

sesekali ada sikap utamakan diri, kerana itulah punca kebinasaan..."

"Ingatlah, dunia ini merupakan tempat cubaan, dan kehidupan kita adalah

cubaan terhadap ada atau tidaknya cinta Allah di dalam hati kita..." - Syeikh

Muhammad Mutawalli Sya'rawi

"Jadilah kita ayah/suami seperti Nabi Ibrahim 'alaihissalam... Jadilah kita ibu/isteri

seperti Siti Hajar... Jadilah kita anak seperti Nabi Isma'il 'alaihissalam... di mana

keta'atan itu hanya kepada Allah SWT semata... dan Mardhotillah (keredhaan

Allah), itulah yang dicari..."

"Mahu terus belajar, dan belajar untuk memahami perjuangan ini..."

"Itu adalah tipudaya mereka. Tetapi mereka bukanlah sebagai kuasa pemutus di

bumi ini. Sesungguhnya bumi ini adalah milik Allah yang diwariskan kepada

hamba-hamba Nya yang dikehendaki Nya..."

"Berjuanglah mengikut kemampuan yang ada... disamping mempertingkatkan

keupayaan yang telah sedia ada..."

"Masa itu belum tiba kerana kita belum benar-benar cukup bersedia lagi... Bila

dah cukup bersedia, kita akan mengecapinya... InsyaAllah... Yang penting,

teruskan usaha..."

"Macam mana nak menang jikalau Sunnah Nabi SAW diremehkan..."

"Kemenangan tidak akan bisa dikecapi jika kita sendiri lalai dari Islam... Pesanan

buat semua pejuang Islam..."

Page 10: Kisah Fb 2012

"Kita berseru kepada Umat Islam seluruhnya agar mereka bangkit

menyelamatkan binaan keimanan dan menyegarkan kembali segala hati yang

telah terkena kesan-kesan 'dadah' yang merbahaya dengan memasukkan

semula ke dalamnya semangat keIslaman sejati sebagaimana yang dianjurkan

oleh al-Quran dan as-Sunnah..." - Muhammad al-Ghazali

"Putra-putri Islam saat ini sudah banyak sekali yang kehilangan identitas dirinya.

Kepribadian mereka telah hanyut dan ditelan oleh berbagai macam kesesatan

yang dipropagandakan oleh syaithan-syaithan dunia, baik dari golongan jin

mahupun manusia, dengan berbagai macam cara dan sarananya..."

ه-1426، 3ابن تيمية. تقي الدين أحمد، مجموعة الفتاوى، المنصورة: دار الوفاء، ط

236، ص3م،ج2005 ...

“Sesungguhnya agama Allah adalah pertengahan antara yang

melampau mengenainya dan yang meninggalkannya. Allah Taala tidak

memerintahkan hamba-hamba-Nya sesuatu perintah melainkan

syaitan akan mengganggunya dengan dua cara. Syaitan tidak kisah

yang mana satu dia berjaya. Iaitu samada secara ifrat إفراط

(melampaui batasan yang sepatutnya dalam beragama) atau tafrit

Justeru Islam adalah agama Allah yang .(cuai terhadap agama) تفريط

tidak boleh diambil ajarannya daripada sesiapapun selain-Nya, maka

syaitan mengganggu kebanyakan daripada mereka yang mengaku

mengikut ajaran sehingga syaitan berjaya mengeluarkan mereka

daripada banyak ajaran syariat. Bahkan syaitan berjaya mengeluarkan

banyak puak umat ini yang terdiri daripada mereka yang kuat

beribadah dan warak, sehingga menjadikan mereka keluar daripada

agama sepertimana melurunya anak panah daripada busurnya.”

"Manusia sering bersungguh dalam perihal dunia mereka... namun untuk Agama

dan Akhirat? ..."

"Jaga hubungan dengan Allah SWT... Jaga hubungan dengan manusia..."

"Hanya firman Nya sebenar-benar perkataan. Hanya hukum Nya sebenar-benar

hukum. Tiada seorang pun yang dapat menolak dan memprotes segala hukum-

hukum Nya. Dan begitu juga, tiada seorang pun yang bisa mengganti ketetapan

Nya."

"Maaf... tiada harta yang dapat aku janjikan... mungkin hanya sekadar

perjuangan yang perit dan pedih..."

Page 11: Kisah Fb 2012

"Ya Allah, berikanlah kepadaku kekuatan dan kesempatan untuk aku berkhidmat

kepada Islam dan Ummah... Sekiranya tidak, berikanlah aku kekuatan dan

kesempatan untuk berkhidmat kepada Islam dan Ummah..."

"Andai aku terlambat, andai aku tidak sempat, maafkanlah atas kelemahan

diriku..."

اللهم انفعني بما علمتني, وعلمني ما ينفعني, وزدني علما

"Ya Allah, jadikanlah bermanfaat bagiku apa yang Engkau ajarkan

kepadaku, dan ajarkanlah kepadaku apa yang bermanfaat bagiku, dan

tambahkanlah kepadaku ilmu."

(Hadits riwayat at-Tirmidzi 3599, hadits hasan, Ibnu Majah 251,3833,

dishahihkan oleh al-Albani, lihat Shahih Sunan Ibnu Majah, 1:47

"Semoga cuti ini bermanfaat untuk diri, keluarga, dan ummah... Sebut jer cuti tapi

kerja untuk ummah perlu dilaksanakan..."

"Ulama' merupakan pewaris para Nabi... Ulama' menjadi perantara dan

penghubung antara kita dengan Nabi SAW dalam memahami Islam... Maka,

jangan menidakkan usaha para Ulama'... Sesungguhnya jasa mereka terlalu

besar..."

"Kalau kita belajar bahasa Arab dan juga kesusasteraan Arab, tanpa kita

manfaatkannya untuk kita faham Islam, maka rasanya tiada beza kita dengan

non-muslim yang belajar bahasa Arab semata-mata untuk kuasai bahasa..."

"Bila baca karangan-karangan para Ulama', jelas kelihatan kekecewaan mereka

dengan sikap umat Islam pada zaman sekarang... Kalau kekecewaan Ulama'

sudah sampai tahap itu, apatah lagi dengan Baginda SAW yang kita cintai...

Kerana umat Islam sendiri telah merosakkan nilai-nilai Islam sebagaimana

mereka mendurhakai terhadap ajaran-ajarannya..."

Masuk jer bahagian pertama, ayat pertama, dah terus kena atas kepala... Kata

pengarang kitab "al-Islamu baina jahli abnaihi wa 'ajzi 'ulamaihi", Abdul Qadir

Audah,:

"Kita kaum Muslimin mudah untuk membanggakan dan bermegah-megah

dengan Islam, tapi sayangnya kita bodoh(dangkal) tentang hukum-hukum Islam

yang terpenting dan melalaikan sendi-sendinya yang terbesar..."

"Dilihat umat Islam itu berjalan dari kelemahan menuju kepada kelemahan.

Mereka keluar dari kebodohan menuju kepada kebodohan. Mereka tidak

Page 12: Kisah Fb 2012

mengerti tentang hakikat penyakit yang ada pada diri mereka. Sebenarnya

penyakit itu adalah kebodohan terhadap syariat Islam, lalai dalam menerapkan

kesempurnaan dan ketinggiannya dan mereka tidak mengetahui tentang

kelemahan hukum-hukum buatan manusia yang rosak. Itulah yang merosakkan

mereka dan mewariskan kelemahan dan kehinaan kepada mereka." - Abdul

Qadir Audah dalam muqaddimah kitabnya "al-Islamu baina jahli abnaihi wa 'ajzi

'ulama'ihi...

"Cuba muhasabah... Banyak manakah usaha dan khidmat yang telah kita

curahkan untuk Islam dan ummah..."

"Parah aqidah umat kini... Sebodoh-bodoh ajaran sesat pun ada pengikutnya..."

"Perkahwinan merupakan salah satu jalan perjuangan, bukan sekadar akad yang

menghalal antara suami dan isteri..."

"Apabila kita sudah menyerahkan urusan kita kepada Nya, tiada apa yang perlu

dirisaukan lagi..."

"Mengapa manusia masih berkira dalam urusan agama dan ilmu, tapi langsung

tak berkira dalam urusan dunia mereka? ..."

Berani itu perlu dengan strategi...

"Kenapa tak korban 'Aidhil Adha nie? Takde duit? Untuk 'Aidhil Fitri boleh

keluarkan banyak pulak duit... Beli itu, beli ini... Muhasabahlah..."

"Indah nikmat sihat itu... Adakah kita bersyukur?..."

"Sahabat, bantu aku gapai syahid... Sesungguhnya aku rindu..."

"Kalau panjang umur, insyaAllah kamu akan laluinya... dan pada masa itu kamu

akan mengerti..." - seorang hamba Allah

"Jangan biarkan kamu kekosongan waktu... jika tidak kamu pasti akan lalai dan

terleka..."

Agak terkesan dengan kata-kata ini...

"Jangan tunggu-tunggu untuk berjuang..."

Antara perkara yang perlu ada bagi setiap aktivis dakwah dan pejuang Islam...

1.Qowiyyul Iman

2.Wasi'ul Fahm

3.Khalishun Niat

Page 13: Kisah Fb 2012

4.Bazirul Juhdi

5.Fastabiqul Khairat

6.Ats-Tsabat 'ala Thoriqil Haq...

Perlukan keyakinan yang lebih mantap...

"Bila bicara mengenai komitmen... adakah kita sudah bahagikan ia dengan

sebaiknya? ... komitmen terhadap Allah SWT, komitmen terhadap Rasulullah

SAW, komitmen terhadap agama Islam dan umat Islam... komitmen terhadap

keluarga... komitmen terhadap ilmu... komitmen terhadap kerja... bagaimanakah

kita? ..."

"Hidup ini... adakah berkisarkan mengenai diri kita sahaja? ... kenapa begitu

ramai yang mementingkan diri, serta tidak mempedulikan akan nasib orang ramai

disekeliling? ..."

"Terus mencari semangat...."

"Wahai kaum remaja, para pemuda dan pemudi yang soleh solehah, ku

peringatkan kepada kalian, jangan sampai kalian dijangkiti penyakit ghurur...

Ingatlah, bahawa ghurur itu akan menampakkan sesuatu yang buruk seolah-olah

ianya nampak baik, yang hina seakan-akan mulia, di mata kalian... Maka

sekiranya kalian terpedaya, kalian akan kecundang ke lembah yang sangat hina

dan amat mengsengsarakan.... Oleh itu, ketahuilah di mana letaknya kalian,

sampai di batas mana kalian sudah kecapi untuk berdiri... Jangan kalian terkeliru

dalam memperkirakan martabat diri sendiri...."

"Buat para pembawa risalah Islam, persiapkanlah dirimu dengan bekal yang

secukupnya..."

"Dapatkan pengalaman dan pengetahuan yang secukupnya mengenai

perjalanan hidup ini... dan bertawakkal lah kepada Nya..."

Renungi kata2 Syeikh Mustapha al-Ghalayini...

"Aneh bin ajaib, anda dengan segera dapat mengesan adanya bahaya yang

menimpa diri anda, apabila ladang anda terbakar, atau apabila anda

menganggur tanpa mempunyai apa2 kerja, atau apabila salah satu dari harta

kekayaan anda dicuri, tetapi anda tidak menyedari sama sekali bahaya yang

menimpa diri anda jikalau anda tetap tinggal bodoh dan tidak mengerti tentang

agama Islam dan ke-Islaman..."

"Disembunyikan sebahagian hikmah itu adalah sebagai ujian, agar dapat

diketahui siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang berpura-pura dalam

keimanan..."

Page 14: Kisah Fb 2012

"Sebagai generasi baru, janganlah kamu semua menyerahkan urusan kehidupan

dan keduniaanmu kepada golongan yang bodoh, tetapi berlagak seperti seorang

yang pandai atau kepada penipu umat, pengeruk (pengikis) harta rakyat dan

negara, tetapi berlagak sebagai pahlawan bangsa. Kalau hal ini terjadi, maka

pasti buruklah keadaan tanah airmu dan selama masih berlaku yang sedemikian

itu, jangan kamu sekalian harapkan sesuatu kemanfaatan untuk rakyat jelata..." -

Syeikh Mustapha al-Ghalayini

"Setiap insan Allah SWT kurniakan suatu hal yang sukar untuk digambarkan,

iaitu harapan..."

"Tiada suatu umat pun yang dihinggapi oleh penyakit putus asa melainkan umat

itu pasti menjadi lumpuh dan tidak berdaya dan tiada suatu golongan pun yang

hati sanubarinya telah keracunan sifat putus asa, melainkan golongan itu pasti

menjadi lemah dan lenyap kekuatannya..." - Syeikh Mustapha al-Ghalayini

Suka menghabiskan duit untuk beli kitab...  sekiranya tidak sempat untuk

menghadami semua kitab-kitab yg ada, semoga generasi selepasku dapat

memanfaatkannya...

"Perindahkanlah jiwamu dengan sifat kejantanan yang sejati dan pantang

mundur bila merasa benar, dan sebaliknya, tidak merasa malu untuk berundur ke

belakang apabila merasa salah..." - Syeikh Mustapha al-Ghalayini

Ingat... Allah SWT sedang memberikan kepadamu peluang untuk berusaha

mencapai matlamatmu... Maka berusahalah dengan bersungguh-sungguh...

Masih ada urusan yang belum selesai... Ketahuilah, sesungguhnya urusan akan

sentiasa ada kerana dunia ini adalah tempat bekerja bukannya tempat berehat...

Membangkitkan semangat juang dengan menghayati nasyid jihad...

"Ingatlah, bahawasanya hanya Allah jualah yang akan memberikan pertolongan

dalam perjuanganmu. Dia pasti akan mengurniakan balasan yang baik dan

berlipat ganda kepada orang-orang yang suka maju ke depan, bahkan yang

berani melangkah ke depan demi kebahagiaan umat..." - Syeikh Mustapha al-

Ghalayini

"Marilah kita menghidupkan kembali kejayaan yang telah musnah dan lenyap

yang pernah diperoleh oleh nenek moyang kita dahulu. Marilah kita bergerak

sekuat tenaga, menyingsing lengan baju setinggi-tinggi untuk merebut sekali lagi

kemuliaan yang telah dirampas oleh umat lain. Marilah kita tegakkan lagi

ketinggian dan keluhuran yang telah terkubur itu. Jangan sekali-kali hal itu

dianggap sebagai sesuatu yang tidak perlu dicapai lagi atau sebagai suatu yang

Page 15: Kisah Fb 2012

telah hilang yang tidak mungkin dapat diperolehi sekali lagi...." - Syeikh Mustapha

al-Ghalayini

"Generasi kita yang ada sekarang ini benar-benar telah sampai ke tingkat

kerendahan akhlak, kemerosotan dan kehinaan, tiada lain sebabnya kerana

sudah malas dan bosan untuk mengusahakan amalan yang soleh dan baik yang

dapat dirasakan kemanfaatannya oleh setiap anggota keluarga. Mereka telah

jemu dan menjadi umat yang membeku. Mereka telah berhenti dan terus berdiam

diri untuk memulai berbagai macam usaha dengan mantap dan tekun.

Keteguhan hati sudah lenyap serta keyakinan yang teguh telah hilang. Inilah

keadaan umat kita sekarang yang jelas dan nyata..." - Syeikh Mustapha al-

Ghalayini

"Aku tahu aku ini tidak kuat, tidak hebat... Tapi aku akan usahakan yang terbaik

untuk Islam..."

Strategi itu penting...

Kerja kita bukan kutuk-mengutuk... Tapi kerja kita adalah berjuang dan

mempertahankan....

Harap sentiasa dapat kekuatan dan kesihatan yang baik dan secukupnya untuk

menghadapi hari yang mendatang....

Sesungguhnya beza antara nasihah dan taubikh adalah secara rahsia dan

terangan... Maka pastikan dahulu apa yang kamu ingin sampaikan agar

bersesuaian pada keadaan...

Ya Allah... Permudahkanlah urusan kami dalam mencari redha Mu... Jauhkanlah

kami dari sebarang maksiat terhadap Mu... Semoga perancangan ini, usaha ini,

kerana Mu, Ya Allah...

Gunakan sebaiknya sisa hidup yang ada ini... Berkhidmatlah untuk ummah...

"Apa yang lebih memalukan ialah ada golongan yang diistilahkan, sesat dalam

cahaya, iaitu golongan manusia yang hidup di dalam cara hidup Islam, keluarga

Islam, pengajian Islam dan universiti Islam tetapi sesat dari cahaya kebenaran

kerana terpengaruh dengan budaya barat seperti nasionalisme, pragmatisme,

sekularisme dan sebagainya..."

Kata Hukama' :

ما خرج من اللسان لم يجاوز األذان وما خرج من القلب دخل القلب بغير استئذان

Kata-kata yang keluar dari lidah hanya melepasi pendengaran di

Page 16: Kisah Fb 2012

telinga sahaja... Adapun kata-kata yang keluar dari hati akan masuk ke

hati walaupun tanpa meminta izin

Lidah ibarat senjata yang ampuh bagi setiap pendaie dan penasihat dan akan

menjadi senjata makan tuan apabila lidah tidak dapat dijaga dengan baik...

"Hikmah hanya boleh dicapai dengan mengambil perhatian dan belajar daripada

pengalaman samada pengalaman orang lain dan lebih utama pengalaman

sendiri... kerana hikmah itu amat ma'nawi dan cukup mendalam ertinya... kerana

hikmah perlu disesuaikan dengan suasana dan keadaan..."

"Bersemangatlah dalam menuntut ilmu... tidak kira samada di dalam kuliah

mahupun di luar kuliah..."

"Generasi yang memelihara undang-undang Allah Ta'ala pada makhluk Nya.

Seperti mana ia memelihara hukum-hakam Nya pada syariat Nya. Mengambil

berat penguasaan diri yang berpanjangan dan kesabaran yang hebat. Maka ia

sabar untuk sesuatu benih hinggalah ia bercambah dan daripada anak benih

yang tumbuh hinggalah berdaun, dan daripada berdaun hinggalah berbunga.

Dan daripada berbunga hinggalah berbuah, dan daripada berbuah hinggalah

masak buah itu, dan didatangkanlah dengan buah-buahan dengan makanannya

dengan izin Tuhan nya..." - Dr Yusuf al-Qardhawi

"Generasi waqi'e (relevan) tidak berenang di daratan, tidak membajak di lautan,

tidak memandang ringan perkara yang besar, dan tidak memintal benang-

benang khayalan dan tidak membina istana di atas pasir...

Dan tidak berputus asa daripada pertolongan Allah Ta'ala, tidak putus harapan

daripada rahmat Tuhannya, tetapi tahu had kudrat dan bidang kemampuannya.

Tidak mengharapkan hasil sebelum waktunya...

Tidak tergesa-gesa dalam sesuatu sebelum sampai ketikanya, tidak memaksa

diri pada perkara-perkara yang tidak mampu diselesaikannya. Dan tidak

menjerumuskan diri pada golongan lorong sempit yang tidak diketahui jalan

keluar daripadanya..." - Dr Yusuf al-Qardhawi

"Seruan kepada kebaikan tetapi mukhalafah (bertentangan) pada perbuatan

nasih (pemberi nasihat) atau daie akan mengakibatkan keraguan pada diri.

Bukan sahaja pada diri nasih atau daie akan tetapi kepada sasaran dakwah

seluruhnya..."

"Kita sering mahukan yang baru, dan yang lebih baik... namun sebelum itu,

adakah kita telah bersyukur dengan apa yang kita ada??? ..."

Page 17: Kisah Fb 2012

"Melihat semakin ramai yang menggunakan teknologi-teknologi terkini... seperti

tab dan sebagainya... menyebabkan timbul keinginan untuk memilikinya juga...

namun bila difikirkan semula... ada perkara yang lebih penting lagi untuk

difikirkan dari hal ini..."

Wahai para Ulama'...

Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yang dahagakan untuk kembali

kepada Tuhannya. Janganlah kalian terbelenggu atau cenderung kepada dunia...

Jauhilah janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan pemerintah, kerana

sesungguhnya ia menggelapkan hati dan mematikan fikiran serta menjadi

benteng (penghalang) hubungan kalian dengan masyarakat..

Telah berkata asy-Syahid Syed Qutb :

"Kemaksiatan dan permusuhan telah bertapak di setiap masyarakat, setiap inci

bumi tidak terlepas dari kejahatan dan masyarakat tidak dapat mengelak

daripada keraguan, akan tetapi menjadi tabiat masyarakat yang soleh tidak akan

membiarkan kejahatan dan kemungkaran terus berkembang dan akan lahirlah

orang yang akan memperjuangkan kebenaran..."

"Setiap yang kita usahakan, tidak semestinya kita akan dapat merasai hasilnya...

namun usaha itu pasti meninggalkan seribu satu makna dan kenangan buat

kita..."

"Hidup ini bukan hanya berkisarkan mengenai diri kita semata... justeru itu,

kadang kala kita kena korbankan diri kita demi kebahagiaan dan kesenangan

orang lain..."

"Jadilah sepertimana yang seharusnya kamu perlu jadi... umur bukanlah satu-

satunya pengukur..."

Salman al-Farisi r.a berkata : 

"...أبي اإلسالم ال أب لي سواه إذا افتخروا بقيس أو تميم"

"Asal usulku adalah Islam, tiadalah bagiku asal selain daripadanya, sekiranya

mereka mahu berbangga dengan keturunan Qais atau Tamim..."

"Islam pasti berjaya, namun dalam menuju kejayaan tersebut akan banyaklah

para syuhada yang gugur di jalan Allah SWT... Ujian, cubaan, dan rintangan

akan sentiasa menjadi 'batu ujian' untuk meningkatkan darjat dan semangat

perjuangan ummat, membersihkan hati mereka dari segala kekotoran nifak dan

Page 18: Kisah Fb 2012

keragu-raguan... Meskipun demikian, kafilah pejuang Islam terus maju dan mara

ke hadapan, terus bekerja, dan berusaha tanpa mengenal lelah, meskipun

malam terasa agak panjang dan kegelapan terasa amat pekat, namun sinaran

fajar akan terus terpancar di setiap pagi menjelang... Inilah Sunnah Allah SWT

yang tidak pernah akan berubah bagi para Nabi, Rasul Nya dan para pejuang

Islam di setiap tempat dan zaman..." - Dr Yusuf al-Qardhawi

"Jangan engkau mudah berputus asa wahai sahabatku... Sudah menjadi sunnah

(ketentuan) bagi Allah mendatangkan selepas malam yang paling gelap dengan

fajar yang terang benderang... Segelap-gelap dan sehitam-hitam waktu malam

adalah beberapa detik sebelum terbitnya fajar..."

"Kuatkan dirimu utk kuatkan org lain..." 

"Hanya kepada Allah lah, tempat untuk meluahkan segala perasaan..."

"Berjubahnya aku, berkopiahnya aku, bukan bermakna aku adalah orang yang

hebat dalam ilmu, dan bukan juga bermakna aku adalah orang yang kuat dalam

beribadah... namun, berjubah dan berkopiahnya aku adalah sebagai usahaku...

supaya aku dapat menyibukkan diriku dengan perkara-perkara yang ma'aruf...

untuk aku mencapai redha Tuhan Yang Maha Esa... dan agar aku dapat

mendekatkan diri kepada Nya..."

"Oleh sebab pemerintahan Islam belum tertegak hingga kini maka menjadi

kewajipan fardhu 'ain bagi setiap orang Islam berusaha untuk menegakkannya.

Kalaulah keadaan 'kucar-kacir' itu tidak dapat menegakkan pemerintahan maka

usaha mewujudkan 'sistematik' itu menjadi fardhu. Kalaulah 'perpecahan' itu tidak

dapat mewujudkan pemerintahan maka mewujukan 'kesatuan orang-orang Islam'

menjadi fardhu. Kalaulah di sana ada jalan untuk mencapai pemerintahan maka

mengharungi jalan itu menjadi fardhu dan kalaulah pemerintahan itu memerlukan

'persediaan dan agensi' maka mewujudkan 'persediaan dan agensi' itu menjadi

fardhu. Inilah apa yang dinamakan 'kerja politik' (al-'amal as-siyasi)..." - Sa'id

Hawwa

"Bagi seorang muslim, cinta adalah anugerah dan tujuannya untuk ibadah

(jenjang pernikahan), maka segala tingkah laku jangan terlepas dari tuntunan Al-

Quran dan As-Sunnah..." - Abu al-Ghifari, Bandung, Indonesia...

"Mengingati dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara-saudara

kita bukan terhad pada keadaan-keadaan yang tertentu sahaja... malah perlu ada

dalam setiap lafaz doa kita... dan perlu sentiasa ada dalam ingatan kita..."

"Jika kita tidak mampu berdakwah kepada orang, jangan pula kita menjadi

penghalang terhadap usaha dakwah..."

Page 19: Kisah Fb 2012

"Usahakan yang terbaik... dan bertawakkal lah kepada Nya..."

"Daie... menjemput atau dijemput... adakah daie yang mencari mad'u atau mad'u

yang mencari daie?... adakah seseorang daie itu hanya menunggu tawaran atau

jemputan dari mad'unya saja?... atau adakah seseorang daie itu yang

menawarkan dirinya kepada mad'unya?..."

"Sesuatu pendapat yang dianggap rajih merupakan hasil dari ijtihad ulama'... dan

ianya adalah pada pandangan sebahagian ulama' sahaja... bukan keseluruhan

ulama'... kerana pada pandangan ulama' yang lain pula, ada pendapat yang lain

yang lebih rajih lagi... dan perlu ingat juga bahawa ijtihad ulama' itu tidak terlepas

dari kesilapan... maka janganlah terlalu berkeras atasnya..."

"Walau kadang-kadang ada keperitan dan kesedihan melanda diri... namun aku

cuba juga untuk senyum...  ..."

"Walau di mana berada, walau pada bila-bila masa saja... jangan lepaskan

peluang untuk belajar..."

"Setiap individu generasi Islam itu, mesti menjalankan peranannya dalam

menegakkan Islam menurut keupayaan yang telah diberikan oleh Allah SWT

kepada diri masing-masing..."

"Saban hari... Aku terus belajar dan belajar..."

"Setiap orang Islam perlu melakukan kerja politik dalam apa keadaan jua pun

sama ada ketika wujud pemerintahan Islam atau tidak. Ketiadaan kesedaran

politik oleh orang-orang Islam mungkin menjadi salah satu faktor yang membawa

bencana kepada dunia Islam..." - Sa'id Hawwa

"Suatu kecintaan yang didasarkan kerana Allah, dan kebencian kerana Allah

adalah tali yang sangat kuat dalam keimanan..." - Syeikh Soleh bin Fauzan al-

Fauzan dalam "al-Wala' wal Bara' fil Islam"

"Biarkanlah ia mengalir mengikut aturan yang Allah redha... sepertimana

mengalirnya air sungai yang sentiasa mengikuti laluan yang telah ditetapkan ke

atasnya... tidaklah sesekali ia bersalahan dengan itu, melainkan ianya pasti

membawa kepada bencana..."

"Orang Mu'min perlu sentiasa maju kepada yang lebih baik dalam segala

sesuatu..."

"Bila tahu kelemahan... atasi dengan segera... jangan sampai melarat..."

"Ayuhlah generasi muda... bangkitlah... sedarlah... jangan sia-siakan hidup

kalian... kerna kalian adalah harapan Islam..."

Page 20: Kisah Fb 2012

"Tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin... dan jangan sesekali pun ada rasa

jemu dan putus asa dalam menuntut ilmu..."

Hukama' ada menyatakan :

"Jangan sekali-kali diberi hikmah (kebijaksanaan) kepada bukan ahlinya,

sekiranya ini berlaku maka kamu telah bersifat zalim, sebaliknya janganlah kamu

menghalang ahlinya dari menerimanya, kalau ini berlaku kamu juga bersifat

zalim..."

"Bukan mudah untuk Istiqamah atas jalan perjuangan ini... kerana Allah SWT

akan menguji mereka yang berada atas jalan ini... hanya yang benar-benar ikhlas

dan bersungguh yang mampu kekal berada di jalan ini... semoga Allah SWT

kuatkan kita atas jalan ini..."

"Tiada nasib atau kebetulan... kerana semuanya telah ditaqdirkan dan dibawah

perancangan Yang Maha Esa..."

"Prihatinlah kita terhadap saudara-saudara kita di seluruh dunia..."

"Antara nilai yang terdapat pada ibadat puasa adalah keprihatinan terhadap

saudara-saudara seIslam yang lain..."

"Kata-kata tarbiyyah itu lebih mahal dari seisi dunia kerana walau hanya dengan

satu lafaz sahaja, jika Allah mengkhendaki, ianya mampu mengeluarkan manusia

dari kegelapan kebatilan kepada cahaya kebenaran..."

"Perjalanan hidup kamu masih jauh lagi... dan kamu kena banyak bersabar,

kerana banyak dugaan dan cabaran yang menanti kamu selepas ini... dan

sekiranya tersilap langkah bimbang takkan mampu kembali ke jalan yang benar

lagi..."

"Alangkah banyaknya waham-waham yang mengarahkan haluan manusia dan

menggerakkan mereka menuju kepada sesuatu yang ternampak adanya dari

jauh tetapi bila dihampirinya tidak didapati apa-apa, atau hatinya terasa gerun

dan gentar terhadap sesuatu yang semata-mata terbit dari tahyul..." - Syeikh

Muhammad al-Ghazali

"Kita telah lihat ramai orang-orang dewasa dan muda-mudi kita yang telah

meniru banyak perkara dari barat yang merupakan benda-benda lahiriah yang

dikatakan moden, iaitu perkara yang tumbuh di zaman kemajuan barat ini

sebagaimana timbulnya cendawan di hari hujan padahal kemajuan barat yang

sebenarnya bukan terletak pada perkara-perkara yang ditiru oleh mereka itu.

Maka adakah tindakan yang bodoh seperti itu akan menaikkkan mutu bangsa

Page 21: Kisah Fb 2012

atau meneguhkan kedudukannya? Jauh sekali bahkan semuanya itu

menambahkan lagi kerosakan!..." - Syeikh Muhammad al-Ghazali

"Mengaji ini bukan soal sijil tapi soal 'ilmu..." - Dr Asri

"Jika kamu ajarkan apa yang kamu tahu, maka akan kekal apa yang kamu tahu

itu di samping orang lain dapat mengambil faedah darinya. Kaedah yang

dipegang oleh para ulama' kita ialah seseorang yang tidak mahu mengajar

sehingga dia sempurna ilmunya selamanya tidak akan dianggap belajar..." - Sa'id

Hawwa

"Ilmu itu tersimpan di dalam dada ahlinya, kemudian dipindahkan ke dalam kitab,

kuncinya tetap di tangan ahlinya..."

"Kata nak jadi pejuang, jadi kena bersifat dengan sifat pejuang lah..."

"Jangan fikir diri kita sudah matang, sedang perangai masih kebudak-budakan..."

"Kagum dengan perjuangan saudara-saudara di Palestin, Syria dan lain-lain

tempat lagi... SubhanAllah... Mampukah kita jadi sekuat mereka?"

"Jangan sesekali lari dari medan perjuangan..."

"Aku mahu cuba jadi yang kuat... kuat untuk hadapi apa-apa dugaan dan ujian

dari Nya..."

"Allah SWT pasti akan mencukupkan waktu para pendukung pejuangan Islam

yang benar-benar ikhlas dan bersemangat dalam perjuangan ini, hingga di kaca

mata orang lain kelihatan seperti mustahil untuk cukup masanya untuk

perjuangan itu... Namun, dengan kekuasaan Allah dan demi janji Nya, Dia pasti

bersama para pejuang dan pasti akan menolong mereka..." 

"Anak muda... jangan sibuk dengan ceramah-ceramah isu politik semasa, kalau

ceramah-ceramah agama pon tak hadir/dengar..."

"Menegakkan agama ini tidak ada kepentingan duniawi, harta atau pangkat,

semata-mata kerana Allah, jika yang ada kepentingan hidup sila keluar daripada

jemaah Islam..." - asy-Syahid Ustaz Ibrahim

"Tarbiyah lah yang memisahkan di antara pejuang Islam dengan bukan

pejuang..." - asy-Syahid Ustaz Ibrahim

"Anda perlu mengevaluasi tujuan-tujuan yang anda tetapkan selama ini, dalam

arti apakah tujuan tersebut sudah realistik atau tidak. Dengan menerapkan tujuan

yang lebih realistik, maka akan memudahkan anda dalam mencapai tujuan

tersebut. Dengan demikian anda akan menjadi lebih percaya diri dalam

Page 22: Kisah Fb 2012

mengambil langkah, tindakan dan keputusan dalam mencapai masa depan,

sambil mencegah terjadinya resiko yang tidak diinginkan...." - Abu al-Ghifari (H.

Toha Nasrudin S.Ag, Bandung)

"Pemuda adalah aset agama, dibahu mereka kita meletakkan harapan untuk

menjulang dan membentengi agama ini. Jika mereka, anak muda rosak,

diselimuti kebejatan maka agama ini akan kehilangan pembantu-pembantu yang

setia berdada dengan musuh. Sebab itulah musuh sentiasa mengintai peluang

untuk memukul mereka sehingga rebah tersungkur diulit dengan arus deras

hedonisme dan penyembahan ideologi manusia yang sesat..."

"Amatlah menyedihkan bila melihat beberapa orang dari golongan beragama

sangat elok mendirikan beberapa rukun wajib dan ibadat-ibadat sunat yang zahir

seraya menghitungkan penjelasan-penjelasan yang banyak tentang geraklaku

yang diperintah dan dilarang agama, namun kekuatan jiwa dan pemikirannya

lebih menyerupai lombong-lombong emas dan besi yang tidak diterokai manusia

sedang logam-logam itu terpendam di bawah timbunan kelalaian dan kesepian..."

- Syeikh Muhammad al-Ghazali

"Kami menjangkakan kebangkitan di Syria hanya beberapa minggu tetapi

berlanjutan hingga lebih setahun, Allah ingin mengangkat darjat rakyat Syria

dengan kurniaan syahid dan pahala kesabaran yang tinggi..." - Syeikh Dr Ali

Shoubuni

"Jangan meremehkan suatu kebaikan walaupun hanya dengan senyuman..."

"Sukses sudah barang tentu jadi impian semua orang. Namun tidak semua orang

mendapatkannya karena untuk sukses perlu perjuangan keras dan tidak semua

orang mampu menempuhnya. Adakalanya sukses itu hanya di atas kertas atau

hanya mimpi belaka..." - Abu al-Ghifari (H. Toha Nasrudin S.Ag, Bandung)

"Sesiapa juga yang membaca ayat-ayat suci al-Quran nescaya ia akan sedari

betapa Allah SWT telah membangkitkan semangat yang sedalam-dalamnya

yang terdapat pada manusia dan menuntut daripadanya supaya mengekalkan

langkah antara pelosok-pelosok dunia dengan penjuru-penjuru langit sedang

matanya terbuka, dan penglihatannya cergas serta perasaannya peka...

hendaklah ia menjadi tuan (khalifah) bagi seluruh makhluk Tuhan yang

ditundukkan dan dimudahkan bagi kegunaannya..." - Syeikh Muhammad al-

Ghazali

Bangga aku kerna punyai rakan-rakan yang memahami perjuangan ini

"Tenaga terbesar yang terdapat pada para pemuda dan pemudi yang melangkaui

tingkatan umur belasan tahun adalah dalam keadaan yang menyedihkan juga.

Page 23: Kisah Fb 2012

Keadaan mereka tiada semangat dan lemah cita-cita.

Mereka kehendaki kehidupan yang segala-galanya senang, berkehendak makan

tetapi tidak mahu bekerja, berkehendak bahagia tetapi sepanjang hari

berdengkur di tempat tidur. Semuanya dikehendaki datang menggolek tanpa

mengalami sebarang kesukaran atau kesakitan..." - Muhammad al-Ghazali dalam

kitabnya 'Islam dan Tenaga-Tenaga yang Terbiar (Dipersia-Siakan)'

"Alangkah indahnya suatu kehidupan yang menemukan langit dengan bumi

dalam suatu pertemuan yang mengasyik dan menaikkan semangat seperti

pahlawan dengan medan perjuangan..." - Muhammad al-Ghazali

"Mampukah kita tidur lena, sedang umat dalam kesusahan..."

"Aku mencintai orang yang mencintai saudara-saudara seIslamku... Aku

menyayangi orang yang menyayangi saudara-saudara seIslamku... Terima kasih

kerana mengambil berat terhadap saudara-saudaraku... semoga Allah

merahmatimu..."

"Walau kulitnya lusuh... kertasnya kekuningan... harganya pun murah... namun

nilainya amatlah tinggi... hargailah kitab-kitab lama..."

"Kami menyeru kepada Islam yang jelas batas batasannya, terang usul-usulnya,

tinggi kedudukannya, teguh akar-akarnya, inilah Islam yang kami seru

kepadanya, dan Islam ini ialah satu-satunya jalan yang mampu menyelamatkan

umat ini pada apa yang sedang menimpanya dari krisis ekonomi, ketenteraan,

politik, sosial dan krisis akhlak, serta semua yang dikeluhkan dari perpecahan,

kerosakan dan keruntuhan dalam berbagai aspek, tidak dapat menyelamatkan

kami daripadanya kecuali dengan Islam, kecuali kembali kepada agama ini,

tanpa berbuat demikian kita sentiasa mencuba dan mencuba, dan berpusing

seperti berpusingnya keldai dalam kandang, atau lembu yang tertutup kedua

matanya, berjalan dan berjalan, dan tempat yang ia berakhir padanya ialah

tempat yang ia bermula daripadanya..." - Dr Yusuf al-Qardhawi

"Pimpinlah umat ini dengan kalimah La Ilaha IllAllah, pimpinlah dengan impian-

impian syurga, pimpinlah dengan, AllahuAkbar, engkau akan mencipta

keajaiban-keajaiban..." - Dr Yusuf al-Qardhawi

"Sukses perlu keseriusan. Serius berarti tekun dan pantang menyerah. Mereka

yang tekun dan pantang menyerah berarti konsentrasi penuh dalam belajar.

Gangguan saat belajar sangatlah banyak, namun bagi mereka yang semangat

dan tekun, berbagai godaan itu tidak akan terlalu mengganggu karena

konsentrasi pikirannya hanya belajar..." - Abu al-Ghifari (H. Toha Nasrudin S.Ag,

Bandung)

Page 24: Kisah Fb 2012

"Generasi muda di kalangan pelajar dan mahasiswa yang tetap konsisten pada

misinya yaitu belajar, dapat dihitung dengan jari. Walau sedikit, mereka adalah

aset berharga. Mereka adalah generasi unggul yang harus disokong. Mereka

adalah generasi yang menggunakan akal sehatnya bahwa hidup tidak bisa

dijalani dengan hura-hura, masa depan ditentukan kualitas hari ini. Jika tidak

sekarang, kapan lagi?..." - Abu al-Ghifari (H. Toha Nasrudin S.Ag, Bandung)

"Kami menyeru kepada Islam yang memperbaharui padanya pemahaman dan

ijtihad terhadap masalah-masalah masa kini, kami tidak menyeru kepada

kejumudan, ketutupan dan fanatik mazhab, kami mengambil seluruh mazhab,

dan ini tidak terbatas pada mazhab-mazhab yang empat, bahkan di sana

terdapat mazhab-mazhab sahabat dan tabi'in, puluhan dan ratusan fuqaha',

mereka ini meninggalkan kepada kita, kekayaan yang subur dan melimpah, yang

kita dapat menceduk dan mengambil daripadanya untuk menghadapi kehidupan

kita dan menghadapi perkembangan. Syariat Islam tidak sempit dengan salah

satu kejadian, syariat Islam menghukum bangsa-bangsa berkebudayaan yang

berbeza-beza, ia keluar dari kepulauan Arab untuk memerintah negeri-negeri

yang dikuasai Parsi dan Rom, kebudayaan kuno, kebudayaan Parsi, kebudayaan

Rom Byzantine, kebudayaan Hindu, kebudayaan China, dan kebudayaan Firaun

di Mesir. Syariat Islam memerintah semua negeri-negeri ini dan ia tidak sempit

dengan perkara-perkara baru, ia mempunyai perkataan bagi semua kejadian,

penyelesaian bagi semua kemusykilan, dan mempunyai jalan keluar bagi semua

masalah, syariat ini wujud dan alhamdulillah..." - Dr Yusuf al-Qardhawi

"Senjata tidak dapat memberikan sesuatu kepada kita kerana senjata-senjata

tidak akan berperang dengan sendirinya, namun yang berperang ialah orang

yang membawanya..." - Dr Yusuf al-Qardhawi

"Kebangkitan ini menghimpunkan antara akal dan perasaan, perasaan-perasaan

Islam, perasaan-perasaan untuk menegakkan Islam, kecintaan kepada Allah dan

Rasul Nya, membenci kekufuran, kefasikan dan kederhakaan lalu meneguhkan

ikatan iman, kecintaan kepada Allah dan kebencian kerana Allah..."

"Kebangkitan Islam ialah yang lebih agung daripada apa yang kita kaum

muslimin miliki hari ini. Sesuatu yang lebih agung dimiliki dunia Islam bukanlah

petrol, kapas, emas, atau perak, namun sesuatu yang lebih agung yang

dimilikinya ialah generasi muda ini kekayaan kemanusiaan khasnya generasi

muda yang komitmen dengan Islam..." - Dr Yusuf al-Qardhawi

"Sebenarnya usaha dan kesungguhan kita bukanlah sesuatu yang menyusahkan

kita... yang menyusahkan kita adalah apabila kita tidak mahu berusaha ataupun

putus asa serta ingin berpatah balik apabila sudah berada di pertengahan

jalan..."

Page 25: Kisah Fb 2012

"Walaupun jurusan ku, khusus kepada Bahasa Arab, namun, itu bukan target

utama ku... sebenarnya ianya adalah salah satu usaha untuk ku mencapai target

utamaku iaitu untuk mendalami al-Quran dan as-Sunnah..."

"Seharusnya para remaja dapat memanfaatkan waktu muda untuk bekerja keras.

Kesampingankan segala hal yang mengganggu kerja keras dan kreativitas,

termasuk urusan yang berkait dengan lawan jenis. Biasakan memiliki target yang

jelas, kapan harus belajar, mencari penghidupan atau lahan pekerjaan yang

tetap, dan kapan harus menikah. Jangan sampai berpikir nikah di waktu yang

seharusnya digunakan untuk belajar dan kerja keras..." - Abu al-Ghifari (H. Toha

Nasrudin S.Ag, Bandung)

"Bayarlah mahar itu walaupun dgn ayat suci al-Quran yg engkau hafal atau dgn

ilmu-ilmu yg bermanfaat, yg boleh engkau ajarkan kpd isteri kamu..."

"Kenapa anak muda banyak bergelak ketawa, dan hanya ingin berseronok

sahaja?... Sedang mereka tidak memahami bahawa mereka mempunyai tugas

yang amat penting dan berat, yang pastinya jika mereka memahami, pasti

mereka akan kurang bergelak ketawa, dan lebih banyak mengeluarkan air

mata..."

"Kerja kita bukan menjatuh dan mencaci maki orang... tapi kerja kita adalah

menyampaikan kebenaran..."

"Keberanian akan lahir apabila kita berjaya memahami hakikat kebenaran..."

Cabang-Cabang Pembahasan yang Terkait dengan Marfu’ Hukman

Terdapat gambaran mengenai hadits mauquf, baik pada lafadh maupun

bentuknya. Akan tetapi penelitian cermat yang dilakukan terhadap hakikatnya

(oleh para ulama hadits) menunjukkan bahwa hadits mauquf tersebut

mempunyai makna hadits marfu’. Oleh karena itu, para ulama memutlakkan

hadits semacam itu dengan nama marfu’ hukman (marfu’ secara hukum); yaitu

bahwasannya hadits tersebut secara lafadh memang mauquf, namun secara

hukum adalah marfu’.

Beberapa gambaran jenis hadits ini :

a) Seorang shahabat yang berkata - yang tidak diketahui bahwa hal tersebut

diambil dari ahli kitab – sebuah perkataan yang tidak terdapat ruang ijtihad di

dalamnya, tidak terkait dengan penjelasan bahasa atau penjelasan mengenai

keterasingannya; misalnya :

1. Khabar mengenai perkara-perkara yang telah lalu seperti awal mula

Page 26: Kisah Fb 2012

penciptaan.

2. Khabar mengenai perkara-perkara yang akan datang seperti peperangan (di

akhir jaman), fitnah (di akhir jaman), atau hal-hal yang berkaitan dengan hari

kiamat.

3. Khabar mengenai tetapnya pahala atau dosa/siksa tertentu atas satu amalan,

seperti perkataan : ”Barangsiapa yang mengerjakan begini maka baginya

balasan begini”.

b) Seorang shahabat yang melakukan suatu perbuatan yang tidak ada ruang

ijtihad di dalamnya seperti shalat kusuf yang dilakukan oleh para shahabat yang

setiap raka’atnya lebih dari dua ruku’.

c) Seorang shahabat yang mengkhabarkan bahwasannya mereka (para

shahabat) telah mengatakan atau melakukan satu perbuatan atau memandang

tentang satu hal bahwa hal itu tidak mengapa. Maka ini harus dirinci :

1. Jika disandarkan pada masa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam, maka yang

benar hadits tersebut adalah marfu’. Seperti perkataan Jabir :

�ع�زل� على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم كنا ن

”Bahwasannya kami melakukan ’azl pada masa Rasulullah shallallaahu ’alaihi

wasallam”.

2. Jika tidak disandarkan pada masa Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam, maka

hadits tersebut tetap hadits mauquf. Seperti perkataan Jabir :

كنا إذا صعدنا كبرنا، وإذا نزلنا سبحنا

”Apabila kami naik (dalam satu perjalanan) maka kami bertakbir, dan apabila

kami turun maka bertasbih”.

d) Seorang shahabat berkata : Umirnaa bikadzaa (kami diperintahkan begini),

nuhiina bikadzaa (kami dilarang untuk begini), atau minas-sunnati kadzaa

(termasuk sunnah adalah begini). Seperti perkataan sebagian shahabat :

�ر� اإلقامة �و�ت فع اآلذان ، وي �ش� �م�ر� بالل أن ي أ

“Bilal diperintahkan agar menggenapkan adzan dan mengganjilkan iqamat”.

Page 27: Kisah Fb 2012

Seperti perkataan Ummu ’Athiyyah :

م علينا �ع�ز� �هينا عن إتباع الجنائز ، ولم ي ن

”Kami dilarang untuk mengiringi jenazah, akan tetapi (larangan tersebut) tidak

disangatkan terhadap kami”.

Juga seperti perkataan Abu Qilabah dari Anas :

من السنة إذا تزوج البكر على الثيب أقام عندها سبعا

”Termasuk sunnah adalah apabila engkau menikah dengan seorang

gadis/perawan dibanding dengan seorang janda adalah tinggal bersama gadis

tersebut selama enam hari”.

e) Seorang rawi mengatakan dalam haditsnya ketika menyebutkan seorang

shahabat dengan salah satu dari empat kata berikut : yarfa’uhu, yanmiihi,

yablughu bihi, atau riwaayatan. Seperti hadits Al-A’raj dari Abu Hurairah secara

riwayat (riwaayatan) :

�ن� � ص�غار� األع�ي تقاتلون قوما

“Kalian akan memerangi satu kaum yang perawakannya kerdil”

f) Seorang shahabat menafsirkan sebuah ayat yang berkaitan dengan sebab

turunnya ayat (sababun-nuzul). Seperti perkataan Jabir :

�ح�و�ل� ، فأنزل الله تعالى �ها جاء الولد أ �ل كانت اليهود تقول: من أتي امرأته من دبرها في ق�ب

نساؤكم حرث لكم ........ اآلية

Orang-orang Yahudi berkata : ”Barangsiapa yang mendatangi istrinya dari arah

belakangnya pada farjinya, maka anak yang lahir nanti akan juling matanya”.

Maka Allah ta’ala menurunkan ayat : ” Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah

tempat kamu bercocok tanam.... [QS. Al-Baqarah : 223].

Apakah Hadits Mauquf dapat Dipakai Sebagai Hujjah ?

Hadits mauquf – sebagaimana yang telah diketahui – bisa shahih, hasan, atau

dla’if. Akan tetapi, meskipun telah tetap keshahihannya, apakah dapat berhujjah

dengannya ? Jawaban atas hal tersebut adalah bahwasannya asal dari hadits

Page 28: Kisah Fb 2012

mauquf adalah tidak bisa dipakai sebagai hujjah. Hal itu disebabkan karena

hadits mauquf hanyalah merupakan perkataan atau perbuatan dari shahabat

saja. Namun jika hadits tersebut telah tetap, maka hal itu bisa memperkuat

sebagian hadits dla’if – sebagaimana telah dibahas pada hadits mursal – karena

yang dilakukan oleh shahabat adalah amalan sunnah. Ini jika tidak termasuk

hadits mauquf yang dihukumi marfu’ (marfu’ hukman). Adapun jika hadits mauquf

tersebut dihukumi marfu’ (marfu’ hukman), maka ia adalah hujjah sebagaimana

hadits marfu’.

"Wahai muslimat, jagalah tingkah laku kalian di hadapan orang yang bukan

mahram... tunjukkanlah tingkah laku kalian sebagaimana tingkah laku muslimat

yang sebenar... dan jangan sampai hilang sifat kewanitaan yang ada pada diri

kalian..."

"Islam mendidik fitrah manusia ke arah keta'atan dan kepatuhan dengan

membuka pintu-pintu harapan agar ia bersedia mengorbankan sekurang-kurang

pengorbanan untuk jalan Allah yang lebih baik, dan agar ia merasa dengan belas

kasihan Ilahi yang memang mengetahui titik-titik kelemahannya dan mengetahui

kesulitan kewajipan yang difardhukan ke atasnya. Allah memahami keuzurannya

dan menghargainya, tetapi Allah menggalakkannya supaya berusaha

meningkatkan diri dan meletakkan harapan pada Allah..." - Sayyid Qutb

"Ada masanya ku bangkit, ada masanya ku tersungkur... kerna ku hanyalah

insan yang lemah... ku mohon kepada Mu, ya Allah... Ampunilah segala dosa-

dosaku..."

"Merupakan suatu kezaliman, jika dalam berinteraksi dengan orang yang

bersalah atau ijtihad yang salah, kita melupakan jasanya terhadap Islam,

keberaniannya dalam amar makruf dan nahi mungkar, karya-karyanya yang

bermanfaat, serta murid-muridnya yang tersebar di penjuru dunia sebagai daie

dan para pengajar...." - Dr Yusuf al-Qardhawi

Hubungan seorang dai'e dengan rumahnya mestilah berlaku dalam batas yang

dapat mengawalnya dari terlalu terikat dengan tempat tinggal dan kehidupannya

hingga mengabaikan jihad pada jalan Allah, menyebabkan dia terjerumus ke

dalam amaran yang dinyatakan oleh Allah SWT :

�ج�ار �م�وه�ا و�ت ف�ت �ر� م�و�ال� اق�ت� �م� و�أ �ك ت ير� �م� و�ع�ش� و�اج�ك �ز� �م� و�أ �ك �خ�و�ان �م� و�إ �اؤ�ك �ن �ب �م� و�أ �اؤ�ك �ان� آب �ن� ك �ة� ق�ل� إ

�ص�وا ب �ر� �ه� ف�ت �يل ب �ه� و�ج�ه�اد� ف�ي س� ول س� �ه� و�ر� �م� م�ن� الل �ك �ي �ل �ح�ب� إ �ه�ا أ َض�و�ن �ر� اك�ن� ت اد�ه�ا و�م�س� �س� و�ن� ك �خ�ش� ت

ق�ين� �ف�اس� �ق�و�م� ال �ه�د�ي ال �ه� ال ي م�ر�ه� و�الل� �أ �ه� ب �ي� الل �ت �أ �ى ي ت ح�

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, anak-anak, saudara-

saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta benda yang kamu usahakan,

Page 29: Kisah Fb 2012

perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal

yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan

(dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan

keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. -

Surah at-Taubah ayat 24

~Baitud Dakwah, Dirasatul Ijtima'yyah Min Waqi'il Taharukkil Islami

(RumahTangga Dakwah, Satu Kajian Kemasyarakatan Dari Sudut Realiti

Pergerakan Islam), Rafa'i Sirur...

"Walaupun belum tiba waktunya, usaha perlu bermula sekarang... kerana usaha

itu dituntut sebelum tiba waktunya, bukan selepasnya... yang selepasnya itu

dikira sebagai usaha untuk urusan yang seterusnya pula..."

Keluarga Yasir... Inspirasi Baitul Jihad...

"Manusia bukan ditimbang atas satu amalan saja..."

"Ada subjek di mana manusia sering gagal untuk memahaminya... iaitu dalam

memahami bahawa tiada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan dalam

dunia ini... dan tiada manusia yang sempurna walau sehebat mana pun dia...

kerana tidak ada ishmah pada seseorang selain para Nabi dan Rasul... jadi,

manusia sering gagal dalam menghukum seseorang... kadang-kadang ia

menghukum seseorang yang melakukan kebaikan hingga ia menidakkan

sebarang kesilapan orang tersebut... dan kadang-kadang ia menghukum

seseorang yang melakukan kesilapan hingga ia menidakkan sebarang kebaikan

orang tersebut..."

"Kesalahan orang 'alim tidak ditiru... tetapi kebaikannya yang banyak jangan

dilupakan..."

"Sudah 19 tahun Allah SWT memberi pinjaman kehidupan kepada ku di atas

muka bumi ini... namun sudah berapa tahun atau berapa bulan atau berapa

minggu atau berapa hari atau berapa jam atau berapa minit atau berapa saat kah

yang telah aku lalui pada jalan Nya? Astaghfirullahal 'adzim..."

"Yang sangat menghairankan, orang-orang yang berani melecehkan dan

merendahkan para ulama', adalah orang-orang yang mengaku bahawa mereka

termasuk para ulama'. Mereka juga mengaku bahawa tujuan mereka adalah

membela kebenaran. Akan tetapi, jika mereka memang benar-benar termasuk

para ulama', tentunya mereka mengetahui kedudukan para ulama', kemudian

memenuhi hak mereka sebagai ulama'..." - Dr Yusuf al-Qardhawi

Page 30: Kisah Fb 2012

"Mengikut peredaran zaman, kemungkinan pada hari ini, anak-anak lebih

mengetahui akan kriteria-kriteria calon pasangan hidup pilihan masing-masing...

kerana pada hari ini, kehidupan anak-anak lebih terdedah kepada dunia luar

berbanding zaman dahulu... oleh kerana itu, wali kepada anak-anak tersebut,

perlu bertolak ansur dengan anak-anak... dan anak-anak pula perlu hormati

pandangan wali mereka... tidak salah jika seorang anak mempunyai calon

pilihannya tersendiri, dan pada masa yang sama, walinya juga mempunyai calon

pilihan yang tersendiri untuknya... dan untuk membuat kata putus, musyawarah

lah dengan sebaiknya... wAllahu'alam..."

"Setiap dari kita, pasti tidak terlepas dari melakukan kesilapan, kerana fitrah kita

adalah lemah... dan kadang-kadang kelemahan setiap dari kita adalah berbeza...

jadi, maaf itu adalah jalan yang baik dan murni..."

"Jadilah seorang mukmin pada seluruh aspek..."

"Alangkah baiknya orang yang memulai segala sesuatunya dengan memperbaiki

dirinya sendiri, kemudian menyerukan kepada orang lain, menggandingkan

tangannya ke tangan orang-orang soleh yang bekerja menurut keadaannya, tidak

pernah jemu dengan kegiatan sehari-harinya, tidak pernah putus asa dengan hari

esoknya, percaya pada kemampuan dirinya, mulia dengan agamanya dan

beriman kepada Rabb nya, serta senantiasa bercita-cita memenangkan Islam

yang telah dijanjikan untuk orang-orang mukmin..."

"Kelemahan terdapat di dalam setiap diri kita yang sentiasa beriman kepada

Allah SWT, tetapi tidak melakukan perintah Nya. Ia sangat mencintai Rasulullah

SAW, akan tetapi tidak mengikuti jejaknya, serta menginginkan syurga, akan

tetapi tidak berusaha ke arah itu. Ia sangat takut kepada neraka, akan tetapi ia

menempuh jalan yang ditempuh oleh ahlinya..."

"Kelemahan itu terdapat di dalam setiap diri kita sendiri... Ia menuntut agar

seluruh kaum muslimin bekerja dengan keras, sementara dirinya sendiri

menganggur, agar semua berjihad, sementara dirinya duduk, agar semua

berderma, sementara dirinya sendiri kikir, dan agar mereka semua terkorban,

sementara dirinya sendiri hanya menjadi penonton..."

"Antara jihad yang paling besar adalah menyuarakan kebenaran meskipun

menghadapi risiko tinggi, misalnya mengatakan sesuatu yang hak (benar) di

hadapan seorang yang bengis..."

Nak tahu pemimpin atau kerajaan yang prihatin atau tidak kepada rakyat... Cuba

lihat pada bangunannya...

"Terus terang itu lebih baik...."

Page 31: Kisah Fb 2012

"Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran,

dan anugerahilah kami kemampuan untuk mengikuti kebenaran itu.

Dan perlihatkanlah kepada kami bahawa kebatilan itu adalah kebatilan,

dan anugerahilah kami kemampuan untuk menjauhinya.

"Mengkritik pendapat tidak bererti mencela orang yang mengeluarkan pendapat

tersebut...."

"Patutkah pelajar mengeluh kerana banyaknya belajar? ... Patutkah pelajar

gembira bila kelas tiada? ... Sebenarnya pelajar datang ke sini untuk apa yer? ...

Nak belajar atau ada niat lain? ... Pelik sungguh..."

"Jadilah yang lebih matang dalam berfikir, dan bertindak..."

"Apabila melihat mereka-mereka yang sibuk berbicara mengenai pembinaan

baitul muslim, nampak macam sedikit Islami kan, tak mahu couple apa... tapi

syaitan itu bijak... tak dapat mempengaruhi manusia dengan hal-hal yang jelas

haram, maka syaitan mempengaruhi manusia dengan melalaikan manusia

dengan perkara yang tidak layak lagi bagi manusia, atau dalam erti kata lain,

melalaikan manusia dengan perkara yang kurang penting dari perkara yang lebih

penting... nampak macam Islami sudah, namun tetap di bawah godaan syaitan...

itulah talbis dari syaitan..."

"Sesiapa saja yang menyukai, mencintai, serta menyayangi ku, ku harap, nilailah

dahulu perasaan itu, pastikan perasaan itu adalah kerana Allah SWT, dan jangan

sesekali melebihkan dalam mencintaiku dari mencintai Nya... jika tidak, ku

mohon, lenyapkan lah perasaan itu, dan jangan sesekali menghadirkannya

dalam hati kamu... dan juga sesiapa saja yang tidak menyukai ku, rasa marah

dan kecewa dengan ku, ku harap, nilailah dahulu perasaan itu, pastikan

perasaan itu adalah kerana Allah SWT, dan jangan kerana kamu tidak menyukai

ku, kamu juga tidak menyukai Allah SWT... jika tidak, ku mohon, lenyapkan lah

perasaan itu, dan jangan sesekali menghadirkannya dalam hati kamu..."

"Mungkin kaedah belajar kita berbeza... mungkin kamu lebih suka menghafaz

dahulu ilmu yang baru kamu pelajari, manakala aku lebih suka memahaminya

terlebih dahulu... jadi tidak hairanlah kamu kuat mengingat dan menghafaz,

sedang aku lemah sedikit dalam hal itu... namun kita boleh saling membantu

kan?...  dan yang paling penting, semangat belajar tu perlu sentiasa ada... walau

jalan berbeza yang kita ambil, namun kita tetap belajar dan kita tetap pelajar

kan?... "

Page 32: Kisah Fb 2012

"Jadilah kamu seorang penyampai yang baik... dan jadilah kamu seorang

pendengar yang baik..."

"Kelemahan insan bukanlah suatu kecacatan dan celaan, bahkan ia merupakan

suatu bukti bahawa tiada insan yang sempurna... sifat kesempurnaan hanyalah

milik Allah SWT semata..."

"Semoga setiap perbincangan dan perkongsian dapat memberi manfaat buat

kepentingan Islam... dan semoga dengannya dapat kita lebih memahami amal-

amal Islam, dan perjuangan menegakkannya... Sentiasalah berdoa semoga Allah

SWT sentiasa menunjukkan kita arah yang benar dan menetapkan kita atas jalan

perjuangan ini... demi mencari redha Nya..."

"Mungkin sukar bagi sesetengah kita menghafaz keseluruhan al-Quran,

mahupun al-Hadits seperti Shahih Bukhari, Shahih Muslim dan lain-lain... jika

benar sukar, dan rasa tidak mampu nak menghafaz, bacalah ianya sentiasa...

insyaAllah, manfaatnya amat besar sekali..."

"Andai diri ku pergi dulu... ku harap dikau dapat meneruskan perjuangan ini...

teman seperjuanganku..."

"Di sini ana ingin tegaskan... usaha kita adalah untuk wala' kepada Islam... bukan

khusus pada mana-mana gerakan Islam... ana berharap sangat kita dapat

bekerjasama dengan mana-mana saja gerakan Islam yang ikhlas berjuang demi

menegakkan Islam... tidak kira mana-mana gerakan Islam asalkan ianya adalah

gerakan Islam yang shahih... kerana khidmat ini bukan untuk gerakan tetapi

untuk Islam, dan untuk Ummah... gerakan hanyalah sebagai wasilah dan wadah

perjuangan... kerana apa yang ana telah lihat dan perhati, apabila berkhidmat

untuk gerakan semata-mata, hati mudah menjadi ta'asub kepada gerakan...

hinggakan ada sebilangan yang lebih mempertahankan gerakan, berbanding

mempertahankan Islam... ada juga yang terlalu ta'asub terhadap gerakan

hinggakan memburukkan gerakan-gerakan Islam yang lain...

Ingatlah tugas kita dalam gerakan adalah untuk memperjuangkan Islam, bukan

memperjuangkan gerakan... jangan kita ta'asub memperjuangkan gerakan

hinggakan ukhuwwah Islamiyyah dengan gerakan-gerakan Islam yang lain

musnah... jika itu yang berlaku, itu bermakna kita telah memecahbelahkan

Ummah dan dalam masa yang sama juga kita telah menjatuhkan Islam... jadi

adakah benar slogan-slogan atau kata-kata semangat yang sering kita laungkan

selama ini untuk memperjuangkan Islam sedangkan kita sendiri yang

menjatuhkan Islam? Adakah benar slogan untuk menyatupadukan Ummah,

sedang kita sendiri yang memutuskan ikatan ukhuwwah Islamiyyah itu?

Page 33: Kisah Fb 2012

Sedarlah wahai saudara-saudaraku... tindakan kalian yang terlalu ta'asub dengan

gerakan telah menyebabkan musuh tersenyum dan gembira... kerana mereka

tidak perlu bersusah-payah mengeluarkan keringat untuk memecahbelahkan

umat Islam, sedang kita, umat Islam sendiri yang berpecah antara satu sama

lain... renungkanlah, fikirkanlah, dan lakukanlah tindakan yang sewajarnya

dengan segera... demi Islam..."

~dari seorang hamba Allah yang dhoif...

"Kefahaman dalam agama... itulah yang paling bernilai..."

"al-Quran al-Karim dijamin kandungannya kekal terpelihara dari sebarang

penyelewengan... manakala al-Hadith pula, walaupun ada musuh yang cuba

untuk menokok-tambah, atau mengurangkan atau memalsukannya, namun

ulama'-ulama' Hadith telah menyusun suatu bidang ilmu serta kaedah untuk

mengenali yang mana riwayat yang benar-benar shahih daripada baginda Nabi

SAW dan yang mana riwayat yang dhoif atau palsu... ini membuktikan bahawa

kesucian Islam akan sentiasa dijaga dan dipelihara oleh Allah SWT hingga hari

kiamat..."

"Apabila kita memahami, maka kita akan sedar bahawa para Ulama' juga ada

kelemahan dan kesilapannya...

Kadang-kadang, ada golongan yang tertaqlid kepada Ulama'-Ulama' tertentu,

hinggakan mereka mempertahankan Ulama' itu bermati-matian, kerana yang

mereka nampak pada Ulama' itu semuanya tepat dan benar, sedang pandangan

Ulama'-Ulama' lain yang berbeza dengan pandangan Ulama' yang mereka

taqlidkan kepadanya itu, adalah salah dan batil semata-mata..."

"Ianya bukan mudah... namun ianya bukan alasan..."

"Apalh ertinya bg seseorg yg hafal al-Quran n blh mmbcnya dgn 7 qiraat, namun

cara brfkir, gaya hdup n akhlaknya x mncerminkn ajaran n nilai2 al-Quran...?"

"Aku melihat manusia sering terpedaya dengan kesenangan dalam urusan

mereka di dunia ini... mereka fikir bahawa kesenangan itu lebih banyak memberi

manfaat kepada mereka... sedangkan kesenangan itulah yang sering

membuatkan mereka leka dan alpa... hatta dalam menuntut ilmu sekalipun...

jangan hanya minta yang mudah-mudah... kerana aku tidak melihat ulama'-

ulama' dahulu menuntut ilmu melainkan dengan kepayahan yang bersangatan...

dan ketahuilah dengan kepayahan itulah sebenarnya bisa membuatkan dirimu

menjadi lebih bersemangat dan ikhlas dalam berjuang..."

Page 34: Kisah Fb 2012

"Kita mungkin masih tidak mempunyai isteri lagi untuk menemani kita... namun

kita masih mempunyai kitab-kitab yang sentiasa setia menemani kita..." -

Penuntut 'Ilmu

Pengajaran utama kuliah malam nie... "Bersihkan hati sebelum menghadap Ilahi..

Pengajaran kuliah malam nie... "Jangan menyakiti hati orang dan jangan sakit

hati dengan orang...

Kenikmatan sebuah ikatan ukhuwwah terpancar apabila ujian menimpa.

"Jaminan jemaah Islam terhadap sebuah keluarga mujahid bukan semata-mata

berbentuk kejiwaan tenang terhadap masa depan supaya mujahid itu merasa

terhadap keluarganya, tetapi ia menjurus ke arah bentuk haraki, iaitu untuk

mengarahkan tenaga yang terkandung dalam perasaan tanggungjawabnya

terhadap keluarga kepada satu tenaga yang dapat merasakan

tanggungjawabnya terhadap dakwah. Dengan itu seorang individu yang merasa

tenang terhadap keluarganya dengan tenaganya yang sempurna akan bergerak

maju ke matlamat syahid. Namun, seorang suami mestilah beriman bahawa

beliau dan isterinya adalah berada di dalam perlindungan Allah, qada' dan qudrat

Nya. Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam doanya :

اللهم أنت الصاحب في السفر والخليفة في األهل. رواه مسلم

"Ya Allah, Engkau lah yang menguasai perjalanan dan Engkaulah Khalifah dalam

sesebuah keluarga." - Diriwayatkan oleh Muslim

Di samping itu, mereka suami isteri mestilah beriman bahawa mereka sama-

sama mempunyai tanggungjawab untuk memikul bebanan dakwah. Demikianlah

kita dapati Yasir dan Sumaiyyah menemui kesyahidan bersama-sama dan janji

syurga menunggu mereka berdua..." 

- Terjemahan Bait al Dakwah Dirasatan Ijtima'iyyatan Min Waqi'i at Taharruki al

Islami oleh Rafa'i Sirur dengan judul 'Rumahtangga Dakwah - Satu Kajian

Kemasyarakatan Dari Sudut Realiti Pergerakan Islam', diterjemah oleh Zakiah

Binti Yob, terbitan Pustaka Aman Press Sdn Bhd, Cetakan kedua 1992...

"Kita (umat Islam sekarang) tidak pernah saling melengkapi, tidak pernah saling

memberi pertolongan dan tidak pernah saling mendekati..." - luahan Dr. Yusuf al-

Qardhawi dalam 'Ainal Khalal...

"Pada dasarnya sistem pengajaran yang diterapkan di tengah-tengah

masyarakat kita hanya mampu melahirkan pegawai dan tidak pernah mampu

melahirkan para pendidik. Hingga untuk membaca saja, kita tidak senang.

Page 35: Kisah Fb 2012

Kerana kegiatan membaca bagi kita memerlukan energi dan pemikiran. Tidak

hairan bila kita tidak dapat memahami dan mengikutinya. Seakan-akan

kemalasan bagi kita lebih manis daripada madu..." - Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam

'Ainal Khalal...

"Pergi ke masjid bukanlah semata-mata untuk solat dan apabila selesai solat

terus pulang... malah ianya lebih daripada itu... kerana ianya juga berkaitan

dengan ukhuwah antara sesama muslim... adalah suatu kesilapan apabila ada

jemaah masjid yang tidak menghirau dan mempedulikan jemaah yang lain...

sepatutnya di masjid lah tempat untuk kita berkenalan dan merapatkan ukhuwah

antara satu sama lain... dan jemaah masjid perlu lah lebih mesra dan rapat

dengan jemaah yang lain... barulah ukhuwah Islamiyyah itu terbina..."

"Kalaulah ada seorang wanita yang berusia 30-an... yang telah bekerjaya...

bukan kerja biasa, tapi sebagai doktor pakar... dan wanita tersebut oleh kerana

belum bersuami, maka dia menawarkan kepada kamu untuk kamu (muslimin

BAHTERA) menjadi suaminya... kamu terima? ... Pasti kamu katakan bahawa

kamu ini masih belajar dan taraf kamu dengan dia tak sama... Namun yang

manakah yang lebih elok, baik dan utama, antara wanita yang bekerjaya yang

hebat dan bijak macam wanita tersebut dibiarkan hidup membujang, tanpa ada

zuriat keturunan, ibarat mensia-siakan dan membiarkan golongan yang cerdik

pandai macam wanita tersebut... ataupun kamu menerima wanita tersebut

sebagai isteri kamu... dan kamu dapat melahirkan zuriat yang insyaAllah cerdik

pandai juga, serta dapat berkhidmat untuk ummah pula..." - Dr Shaharuddin,

Pensyarah UniSZA

"Kita tidak syak lagi sekarang, bahawa ajakan dan anjuran untuk menggunakan

dan mempopularkan Bahasa 'Arab 'Amiyah (bahasa pasaran/slang) adalah salah

satu usaha musuh-musuh Islam dari kalangan orientalis, penginjil, dan

penyokong kebudayaan barat dengan satu tujuan, iaitu untuk mengalihkan

perhatian dan memperbodoh ummat Islam daripada Bahasa 'Arab Fusha

(sempurna) yang menjadi bahasa 'standard' bagi al-Quranul Karim, Sunnah Nabi

Muhammad SAW dan Kitab-kitab Warisan para Ulama' Islam yang begitu banyak

bilangannya..."

~Terjemahan at-Tsaqofah al-'Arabiyyah al-Islamiyyah baina al-Asholati wal

Ma'ashirah karangan Dr Yusuf al-Qardhawi dengan judul 'Wawasan Islam antara

Keaslian dan Kemodenan'... diterjemah oleh Ahmad Nuryadi Asmawi... Terbitan

Thinker's Library... Cetakan keempat 2003...

"Satu penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan wanita melayu adalah menolak

poligami..." - Ustaz Shaharuddin, Pensyarah UniSZA

Page 36: Kisah Fb 2012

"Perceraian... kajian menunjukkan bahawa peratusan tertinggi kes perceraian

yang berlaku adalah terhadap rumahtangga yang baru berusia antara 1-5

tahun...

Pada peringkat perkenalan antara seorang lelaki dan perempuan yang ingin

melangsungkan perkahwinan tidak dapat menggambarkan sepenuhnya sifat dan

perangai sebenar bakal pasangan masing-masing... namun apabila sudah

melalui proses berumahtangga itu, maka dapat diketahuilah sifat dan perangai

sebenar pasangan masing-masing itu... dan kajian telah menunjukkan bahawa

terdapat sebahagian suami mahupun isteri, dikalangan mereka ada yang tidak

berpuas hati dan tidak dapat menerima kelemahan mahupun kekurangan

pasangan masing-masing setelah berumahtangga... dan itu antara penyebab

berlakunya perceraian di peringkat awal usia rumahtangga..." - Ustaz

Shaharuddin, Pensyarah UniSZA

Kalau ada keinginan... Buatlah perancangan... dan... Hasilkan tindakan...

"Peringatan supaya sentiasa bersedia walau di mana saja..."

"Pada dasarnya, kemampuan akal kita juga tidak berfungsi dengan sempurna,

kerana kita cuma cenderung mentaklid dan tidak pernah berijtihad. Kita hanya

mengikuti dan tidak pernah berkreasi. Kita hanya menghafal dan tidak pernah

berfikir. Yakni, kita hanya menggunakan pemikiran orang lain dan tidak pernah

berfikir sendiri. Baik itu pemikiran para ulama' salaf kita yang terdahulu ataupun

pemikiran orang-orang selain golongan kita (non-muslim) pada zaman moden

ini...

Kondisi semacam ini tidak cuma terjadi pada ilmu-ilmu warisan (turaatsiyah) saja,

sebagaimana yang selama ini sering diduga, tetapi juga terjadi pada ilmu-ilmu

fizik dan matematik. Kita menghafalkan sebagai disiplin keilmuannya, namun

tidak dapat menggunakannya dengan baik. Seakan kita berkata bahawa cukup

orang Barat saja yang berfikir dan melahirkan berbagai penemuan untuk kita.

Sehingga merekalah yang menjadi peneliti, penemu, dan pelopor segala

sesuatu, sedangkan kita tidak lebih dari penerjemah semata..."

~Dr Yusuf al-Qardhawi dalam 'Ainal Khalal, versi terjemahan indonesia 'Titik

Lemah Umat Islam', terbitan Penebar Salam, diterjemah oleh Rusydi Helmi,

Cetakan Pertama, Syawal 1421 Hijrah/Januari 2001...

Ada orang kata... "Aku bukan saja nak bina baitul muslim tapi baitud dakwah..."

apabila melihat kepada kesungguhannya, Alhamdulillah... amat bagus dan baik

sekali... namun bila melihat kepada keadaan dan persediaannya... herm...

langsung tiada yang dapat dibanggakan... kerana... usaha dakwah pun tak

Page 37: Kisah Fb 2012

gerak... persediaan langsung tak dibuat... dan masih lagi mengharapkan duit mak

bapak... aduhai...

"Kekurangan kita, tanda kesempurnaan dan keagungan Allah SWT..." 

"Bagaimana mungkin aku mampu bersyukur atas segala nikmat Mu, Ya Allah,

sedangkan syukur itu juga nikmat dari Mu..." Allahu Rabbi... Tidak terhitung

nikmat dari Mu, Ya Allah.."

"Tiada sesiapa yang mampu menghalang usaha menegakkan kalimah La Ilaha

IllAllah pada puncak yang tertinggi..."

"Tiada apa yang mampu aku lakukan melainkan bersabar atas ujian ini... kerna

aku tahu untuk menggerakkan Islam bukan suatu kerja yang mudah..."

"Tanggungjawab, semakin lama, semakin banyak dan besar... Jadi jangan putus

asa dari sekarang... Kalau sekarang sudah mengalah, macam mana nak hadapi

hari yang mendatang, yang pastinya menjanjikan lebih cabaran... Teruskan

usaha.."

"Sesiapa yang sibuk dengan dirinya, akan tidak memerhatikan kepada

Tuhannya... Sesiapa yang sibuk dengan Tuhannya, maka akan tidak sibuk

mengurusi dirinya..."

Terdapat empat kewajipan yang telah dipikulkan atas bahu generasi muda Islam

pada zaman kini...

i. Wajib memahami Islam secara shahih...

ii. Wajib beramal dengan Islam...

iii. Wajib berdakwah kepada Islam..

iv. Wajib mengikat hubungan atas Islam...

"Fiqh Wanita... juga merupakan suatu keperluan untuk mempelajari dan

memahaminya..."

"Kalau berpeluang memiliki kitab, milikilah ianya dahulu... kerna mungkin suatu

hari nanti kamu memerlukannya..."

"Nikmat juga adalah suatu ujian..."

"Syaitan itu memang pandai mempedayakan manusia... dalam melakukan

sesuatu ma'aruf pun, niat kita yang pada awalnya baik, mungkin boleh berubah

menjadi buruk dan jahat sekiranya terpedaya dengan bisikannya..."

"Kehidupan di peringkat muda, memang amat mencabar... Jika tersalah

bimbingan buruk akibatnya...

Page 38: Kisah Fb 2012

"Cukup-cukuplah wahai anak muda... kalian sepatutnya tahu apa yang lebih

utama untuk kalian laksanakan... jika tidak tahu, itu bermakna kalian sendiri tidak

mengenali siapa diri kalian yang sebenarnya... wahai anak muda, kenalilah diri

kalian, supaya kalian dapat mengetahui apa tanggungjawab yang perlu kalian

laksanakan dengan sebaik-baiknya..."

~ ingat, kita ada urusan yang amat penting untuk diselesaikan, wahai anak

muda...

"Wahai sang daie muda... jangan tertipu dengan nafsu... jangan terpedaya

dengan syaitan..."

"Sekiranya kamu tahu betapa beratnya tanggungjawab itu, pasti kamu tidak

memintai untuknya... namun aku tahu manusia itu sering memikirkan

kepentingan diri dari kepentingan yang lebih utama, dan mereka sering

melupainya..."

"Cinta juga diistilahkan sebagai at-ta'abbud (د¡ iaitu penghambaan... Ia (التعب

merupakan puncak cinta dan ketundukan... keadaan seperti ini tidak layak

ditujukan kepada seseorang pun melainkan hanya kepada Allah SWT semata-

mata... Cinta yang disertai penghambaan diri merupakan cinta yang paling

mulia... dan ini merupakan haq Allah dalam beribadahnya kita kepada Nya..."

"Amat beruntungnya kita kerana pada zaman kita ini terkumpulnya pelbagai

khazanah 'ilmu yang berharga, yang terdiri daripada tulisan-tulisan dan

karangan-karangan ulama' terdahulu dalam pelbagai bidang dan cabang 'ilmu...

teramat beruntunglah bagi sesiapa yang memanfaatkannya... dan teramat rugilah

bagi sesiapa yang membiarkannya..."

"Manusia itu mempunyai pelbagai nilaian yang tersendiri pada pandangan

mereka... jika nilaian itu didasari nafsu, maka nilaian itu suatu kebohongan...

namun jika ianya didasari iman dan taqwa, itulah hakikat dan kebenaran..."

"Menanti detik waktu dengan penuh kesabaran..."

"Bagaimana mungkin engkau akan merasa puas jika engkau hanya menguasai

ilmu yang berkaitan dengan urusan dunia, tetapi engkau tidak tahu urusan

akhirat? Bagaimana mungkin engkau berusaha untuk mendapatkan ilmu dunia,

sementara engkau juga melakukan hal-hal yang membuat Allah murka, serta

melalaikan engkau dari hal-hal yang memasukkan engkau ke syurga dan

menjauhkan engkau dari neraka?..."

"Kerjakanlah 'amal yang ma'aruf itu selagimana tidak bercanggah dengan syari'at

Islam... cuma sekiranya ianya tidak tsabit daripada Rasulullah SAW, janganlah

Page 39: Kisah Fb 2012

kita melakukan pendustaan terhadap Baginda SAW dengan mengatakan bahawa

ianya adalah daripada Baginda SAW... selamat ber'amal..."

"Walaupun jurusan bahasa dan sastera arab yang aku pelajari... namun bukan

tujuan utamaku untuk menjadi pakar bahasa... tumpuan utamaku hanyalah pada

al-Quran dan al-Hadith... aku tidak mahu sibuk mendalami bahasa dan sastera

arab hinggakan aku leka, lalu meninggalkan asas yang terpenting iaitu al-Quran

dan al-Hadith... cukuplah pelajaranku dalam bahasa arab untuk kegunaanku

dalam memahami al-Quran dan al-Hadith..."

"Mengapa masih mengejar dunia padahal sudah mengetahui dunia pasti akan

musnah? ..."

"Aku tak mahu diajar hidup bermewah-mewahan dengan harta dunia, kerna

bimbang aku kan terlupa bahawa aku hanyalah seorang hamba..."

"Masjid yang jemaahnya baik adalah masjid yang jemaahnya mesra dengan

jemaah-jemaah yang lain... wAllahu'alam..." 

"Kerana harta dunia, manusia sanggup menggadaikan agamanya..."

"Muhasabah diri kita... Berapa banyak masa yang telah kita habiskan untuk Allah

SWT dan Rasul-Nya? Dan berapa banyak kah masa yang telah kita habiskan

untuk dunia? ..."

"Hendaklah engkau mendalami hukum-hakam agamamu dan janganlah engkau

memandang segala urusan hanya dengan kekuatan akalmu sahaja..."

"Dahsyatnya tipu daya iblis..."

"Jangan sampai ada satu kitab pun yang dipegangi sungguh-sungguh selain al-

Quran dan al-hadith..." - Syeikh 'Abd ar-Razzaq 'Afifi

"Berapa ramai orang yang tidak mempunyai pangkat dan harta, tetapi menjadi

mulia kerana 'ilmunya..."

"Orang yang besar (seperti ulama'), tidak pernah selamat dari seksaan (ujian dan

rintangan), kecuali pada sekujur tubuhnya sudah basah dengan darah..." - kata-

kata seorang penya'ir...

"Tulisan yang baik adalah tulisan yang mampu membawa perasaan pembaca,

yang mempunyai ruh... namun tulisan yang sebaliknya adalah tulisan yang kaku,

tidak ada ruh... ianya ibarat benda mati yang tidak bergerak sama sekali... Ia

ibarat perkataan yang menjadi bangkai... Bukankah memakan bangkai itu

haram? ..."

Page 40: Kisah Fb 2012

"Para 'ulama telah bersusah payah dan bertungkus lumus mengarang dan

menyusun kitab-kitab untuk kita... Namun, ada kita hargainya? ..." 

"Bertoleransi lah dalam perbezaan pendapat... Utamakan gerakan menyedarkan

umat..."

"Selagi mana masih ada kesempatan ini... akan ku cuba yang terbaik..."

~Bimbinglah daku Ya Rabbi... Bimbinglah daku dengan Kitab-Mu yang agung

dan Sunnah Rasul-Mu yang tercinta...

"Sesungguhnya ruang melakukan rekaan dan membuat perkara baru bukannya

dalam agama. Agama hanya berdasarkan apa yang diturunkan ALLAH. Wajib

kekal terpelihara lagi bersih dari mainan golongan yang sia-sia, penyelewengan

golongan melampau, dakwaan golongan sesat dan tafsiran golongan yang jahil.

Adapun ruang untuk melakukan rekaan sebenar ialah dalam urusan dunia. Ianya

sangat luas dan banyak. Memerlukan keupayaan seni dan rekaan. Namun

apabila kaum muslimin mundur, keadaan mereka buruk, urusan mereka rosak,

pecah masyarakat mereka maka tetap bagi mereka menjadi terbalik dan

keadaan menjadi sebaliknya..." -Dr Yusuf al-Qaradhawi

هجرة - في كتابه "مجمع 728قال شيخ اإلسالم اإلمام ابن تيمية رحمه الله - متوفى سنة

)99 ص.19الفتاوى (ج. :

وليست حاجة أهل األرض إلى الرسول كحاجتهم إلى الشمس والقمر، والرياح والمطر، وال

إلى الطعام والشراب؛ بل كحاجة اإلنسان إلى حياته، وال كحاجة العين إلى َضوئها، والجسم

أعظم من ذلك، وأشد حاجة من كل ما يقدر ويخطر بالبال، فالرسل وسائط بين الله وبين

...خلقه في أمره ونهيه، وهم السفراء بينه وبين عباده

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (w.728H) dalam Majmu' Fatawa, :

"Bukanlah keperluan penduduk bumi kepada Rasulullah S.A.W seperti

keperluan mereka kepada matahari, bulan, angin dan hujan. Bukan

juga seperti keperluan insan kepada kehidupannya. Bukan seperti

keperluan mata kepada cahayanya. Bukan seperti keperluan jasad

kepada makanan dan minuman. Bahkan lebih besar daripada itu

semua. Lebih dahsyat daripada segala keperluan yang diandai dan

dibayangkan. Para Rasul adalah penghubung antara ALLAH dan

makhluk-NYA dalam menyampaikan suruhan dan larangan-NYA.

Mereka adalah duta antara ALLAH dan hamba-hamba-NYA..

Page 41: Kisah Fb 2012

"Tahniah dan terima kasih atas sokongan padu semua terhadap saudara-

saudara kita di Palestin... Semoga istiqamah..."

"Put them in your heart, not only on your talks..."

"Istiqamahlah atas jalan ini... perjuangan bukannya bermusim... ianya adalah

pada setiap detik waktu yang berjalan..."

"Ilmu sebagai penjaga agar jangan sampai menetapkan hukum atas dasar

kebodohan...

Wara' (kesolehan) sebagai penjaga agar jangan sampai menetapkan hukum atas

dasar hawa nafsu...

I'tidal (bersikap lurus) sebagai penjaga yang melindungi dari sikap ekstrim dan

berlebih-lebihan..."

"Suatu realiti yang tidak boleh diingkari, Ghazwatul Fikri ketika pertama kali

melangkah tidaklah memulainya dengan menghembuskan keraguan dalam

bidang aqidah, sebab hal ini akan langsung ditentang oleh setiap Muslim. Kerana

kejelasan aqidah Islam, keharmoniannya, kesederhanaannya dan kelogikannya.

Oleh sebab itu Ghazwatul Fikri memulai langkahnya dengan menghembuskan

keraguan dalam sistem Islam dan syariatnya. Keraguan dalam sistem ini boleh

mengakibatkan timbulnya keraguan dalam aqidah Islam. Hal demikian adalah

logik sebab sistem adalah cabang dari aqidah tersebut..." - Dr.Yusuf al-

Qaradhawi

"Kita nie manusia yang ego, kan? Hanya pentingkan diri dan hanya tahu

mengejar dunia semata, kan? Hinggakan terabainya Haq Allah, terbiarnya

Hukum Allah, dan tiada dipedulikan lagi akan Perintah dan Larangan Allah

SWT... Ego kan kita nie? Bila Allah uji dan tarik sedikit nikmat dari kita, kita dah

pun mula merungut dan tak berpuas hati... Kita nak Allah jaga benda yang kita

anggap 'kepunyaan' kita tu... Sedang Haq Allah kita tak jaga, Hukum Allah kita

abaikan malah mempermainkan pula, dan juga Perintah dan Larangan Allah

SWT langsung tidak kita ambil peduli... Ego sangat kan kita nie..."

"Jangan sesekali tunduk kepada musuh..."

"Kenali lah siapa diri kita... maka dengan itu kita akan tahu apa yang perlu kita

lakukan dan apa yang perlu kita laksanakan dalam hidup kita..."

"Jika anda telah menyediakan makanan untuk perut anda, kini tiba pula masanya

anda menyediakan makanan untuk nurani anda..."

Page 42: Kisah Fb 2012

"Alangkah besarnya darjat orang yang bertaqwa. Meskipun bukan seorang

sultan, ia selalu disegani dan dihormati..." - kata Penya'ir

"Demi menggapai redha-Mu, Ya Allah..."

مختصر زاد المعاد لإلمام ابن قيم الجوزية تأليف إمام الدعوة اإلسالمية الشيخ محمد بن

عبد الوهاب

“Allah S.W.T menjadikan hal-hal yang baik itu berikut aneka jenis

kebahagiaan yang mengikutinya berada di dalam syurga, dan

menjadikan yang keji itu berikut aneka ragam kesengsaraannya ada di

dalam neraka. Maka ada negeri yang dikhususkan hanya bagi yang

baik (syurga) dan ada negeri yang dikhususkan bagi yang keji sahaja

(neraka). Di luar itu ada negeri yang di dalamnya bercampur antara

yang baik dan keji, itulah kehidupan di dunia ini. Pada hari pembalasan

kelak, Allah akan memilih antara yang keji dari yang baik, sehingga

nanti hanya ada dua negeri sahaja di akhirat.

Jadi, Allah menjadikan kesengsaraan dan kebahagiaan itu sebagai

tanda pengenal bagi hamba-Nya. Boleh jadi pada diri seseorang

terdapat dua unsur itu, maka unsur yang paling dominan padanya

yang dilihat sebagai tanda bagi orang itu. Dan jika Allah menghendaki

kebaikan untuknya, maka Allah akan membersihkannya lebih dahulu

sebelum ia diberi balasan, sehingga ia tidak perlu dibersihkan di dalam

api neraka.

Hikmah dari ini adalah, bahawa Allah tidak mahu menerima seseorang

yang masih berlumur kekejian untuk berdampingan dengan-Nya di

negeri-Nya (syurga). Maka bagi seorang muslim yang berlumur

kekejian itu, Allah akan memasukkannya lebih dahulu ke dalam neraka

untuk membersihkan kekotorannya. Lama seksa di neraka itu

bergantung pada cepat dan lambatnya kotoran-kotoran tersebut

menghilang darinya.

Sementara bagi seorang musyrik yang memang zatnya kotor, maka

tidak dapat dibersihkan dengan api neraka. Sama halnya dengan

anjing yang tetap sahaja najis meskipun sudah dimasukkan ke dalam

laut.

Sebaliknya, kerana seorang mukmin itu baik dan bersih dari kotoran

keji, maka neraka pun haram baginya. Sebab tidak ada yang mesti

dibersihkan dalam dirinya. Maka Maha Suci Allah, yang hikmah-Nya

Page 43: Kisah Fb 2012

mengagumkan akal….”

Terjemahan dari Mukhtasar Zaadul Ma'ad - (Bekalan Hari Akhirat) Bekal

Hidup Muslim , Terbitan Jasmin/Berlian Publication

مختصر زاد المعاد لإلمام ابن قيم الجوزية تأليف إمام الدعوة اإلسالمية الشيخ محمد بن

عبد الوهاب

“Orang yang baik itu tidak patut baginya kecuali yang baik-baik, dan ia

tidak rela melainkan dengan yang baik itu. Ia tidak akan tenang dan

tenteram melainkan dengan sesuatu yang baik. Maka perkataannya

adalah perkataan yang baik, yang tidak akan naik kepada Allah kecuali

yang baik pula. Dan ia adalah orang yang ketat menjaga diri dari tutur

kata yang keji, dusta, ghibah, fitnah, tidak jujur, dan semua bentuk

perkataan keji lainnya. Ia juga tidak sesuai kecuali terhadap perbuatan

yang baik, yang sama diakui baik oleh fitrah dan syariat para Nabi,

serta diterima oleh akal sihat. Misalnya, ia melakukan ibadah kepada

Allah semata-mata, tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain. Ia

lebih mengutamakan keredhaan Allah dari hawa nafsunya sendiri,

berusaha meraih cinta-Nya dengan sekuat tenaga, serta berbuat baik

terhadap makhluk Allah seperti yang ia sukai mereka lakukan

kepadanya. Akhlaknya juga terjaga baik. Ia santun dan tenang, sabar

dan penyayang, memenuhi janji dan jujur, lapang dada dan rendah

hati, menjaga wajahnya tidak tunduk atau merendahkannya kepada

selain Allah. Demikian pula ia hanya memilih makanan yang terbaik

bagi badan dan jiwanya, iaitu dengan makanan yang halal, nikmat, dan

tidak membahayakan. Sedang dalam soal pasangan hidup, ia juga

hanya memilih pasangan yang terbaik untuk dinikahinya. Dan para

sahabatnya juga terdiri dari orang-orang yang baik pula..."

Terjemahan dari Mukhtasar Zaadul Ma'ad - Bekal Hidup Muslim ,

Terbitan Jasmin/Berlian Publications

¡ه قال: ترُك� العمل ألجل وروينا عن السيد الجليل أبي علي¡ الف�ضيل بن ع�ياض رحمه الل

¡ه منهما �ك الل �خالص� أن يعافي ، واإل ...الناس رياء�، والعمل ألجل الناس شرُك�

"Meninggalkan 'amal kerana manusia adalah riya', ber'amal kerana

manusia adalah syirik, dan keikhlasan menjadikan Allah menyelamatkan

kamu daripada kedua-duanya..."

...في األذكار النووية

Page 44: Kisah Fb 2012

"Bacalah buku sebanyak tiga kali. Bacaan pertama, mengetahuinya secara

sekilas. Bacaan kedua, merenungi dan memikirkannya. Bacaan ketiga, analisis

dan kritikan..."

Di dalam kitab al-Funun, ada pula riwayat tentang Ibn 'Aqil yang dinukil oleh Ibn

Rajab. Ibn 'Aqil bercerita :

"Aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain. Demi

menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak. Aku rela meninggalkan roti

dan hanya makan manisan dengan segelas air, kerana bila aku makan roti, maka

banyaklah masaku yang terbuang..."

"Satu ayat yang anda baca mungkin akan merubah jalan anda daripada

kesesatan menuju gerbang hidayah...

Satu patah perkataan yang ada di dalam kertas mungkin menjadi penyebab

kebahagiaan anda..."

"Selagi kita layak untuk hidup, selagi itulah kita masih layak untuk belajar, belajar

dan belajar..."

"Harta yang menguntungkan, terdapat pada lembaran hikmah yang ada dalam

buku. Simpanlah huruf-huruf yang mengandungi ilmu itu di dalam hatimu.

Tulislah kalimat-kalimat yang penuh keutamaan itu di dalam jiwamu. Hiasi dirimu

dengan kata-kata pengetahuan untuk dapat melihat kebesaran kekuasaan Allah

di langit dan di bumi...

"Ilmu dan bacaan dapat mengalahkan musuh..."

"Maaf... aku bukanlah seorang yang hebat... aku hanyalah seorang insan yang

baru saja ingin pulih dari kehidupan gelapku... maaf atas segala kekurangan dan

kelemahanku..."

"Wahai orang yang hanya memiliki makanan yang cukup untuk hari ini saja,

wahai orang yang di tangannya hanya ada mushaf, Riyadh as-Shalihin, dan kitab

Bulugh al-Maram. Engkau telah mengetahui keutamaannya. Maka, tekunilah dan

kerjakanlah apa yang telah engkau ketahui, kerana sungguh engkau berada

dalam kejayaan yang abadi dan kehidupan yang menyenangkan..." - Dr 'Aidh bin

'Abdullah al-Qarni

"Bagaimana mungkin orang kaya yang bodoh boleh bahagia sedangkan

kebodohannya membuatkannya rendah di mata orang lain? Dan bagaimana

mungkin orang pintar yang miskin boleh menderita sedangkan ilmu yang ia miliki

selalu mengangkat martabatnya? ..."

Page 45: Kisah Fb 2012

Orang bijak pandai pernah berkata : 

"Pilihlah ilmu yang lebih menarik dan lebih sesuai dengan hatimu, kerana

kejayaanmu dalam belajar bergantung kepada keinginanmu dan kemudahan ilmu

itu..."

"Kita tidak mengkhendaki orang berbakat namun berhati jahat, tidak jua

menginginkan orang cerdas namun derhaka, tidak juga orang yang berotak

cemerlang namun berjiwa kotor. Apa yang kita inginkan adalah satu generasi

rabbani yang suci, beriman, mampu mewarnai umat dan dirinya dengan cahaya

dan petunjuk dari Allah SWT..." - Dr 'Aidh bin 'Abdullah al-Qarni

"Selamat berjuang dan meneruskan perjuangan kepada semua sahabat-sahabat

seperjuangan Islam di seluruh dunia... tidak kira dari mana-mana jemaah

sekalipun, dari negara mana sekalipun, dari bangsa mana sekalipun...

selagimana aqidah kita benar dan sama, kita semua adalah satu jemaah...

Jemaah Islam... mungkin kita boleh berbeza fikrah dalam beberapa perkara

furu'iyyah tapi jangan biarkan kita berbeza aqidah... ikhtilaf antara kita adalah

suatu fitrah... bertoleransilah sesama kita... jangan ta'asub dan jangan bersangka

buruk atau mencela antara satu sama lain... jauhi permusuhan dan perpecahan...

dekati kesatuan dan persefahaman... insyaAllah, kemenangan pasti milik kita...

AllahuAkbar!!!"

"Pabila dosa terus menghantui diri... Astaghfirullahal 'adzim... Jika Tuhan tidak

maafkan aku, pasti aku termasuk dalam kalangan orang yang rugi..."

"Kewajipan memastikan kesahihan maklumat yang diterima..."

"Kerna kita semua saling memerlukan..."

"Tunjuki aku kebenaran itu... kerna aku juga ingin berjuang atas kebenaran

seperti kalian..."

Ikhtilaf yang disebabkan oleh faktor akhlaq...

Di antara sebab-sebabnya :

1. Membanggakan diri dan mengkagumi pendapat sendiri.

2. Buruk sangka dan mudah menuduh orang lain tanpa bukti.

3. Ego dan mengikut hawa nafsu. Di antara akibatnya ialah mengejar kepimpinan

dan kedudukan.

4. Ta'asub kepada pendapat orang, mazhab, dan golongan tertentu.

5. Ta'asub kepada negeri, daerah, parti, jamaah atau pemimpin.

Page 46: Kisah Fb 2012

"Di samping kitab Fiqh Awlawiyyat, Fiqh Ikhtilaf, Fiqhud Dalil dan lain-lain, terselit

juga buku saku 'Bekal-Bekal Menuju Pernikahan' yang mengandungi ayat-ayat

al-Quran dan hadith-hadith Nabi SAW (beserta takhrijnya) mengenai Pernikahan

serta penerangannya yang ringkas dan menarik... Ayuh teladani Sunnah

Rasulullah SAW..."

"Ujian sihat tu ujian skit jer... tidak seberat ujian dan cabaran dalam berdakwah..."

"Ikhtilaf boleh berlaku samada disebabkan oleh akhlak seseorang itu, ataupun

kerana pemikirannya yang berbeza dengan yang lain..."

"Jangan kau ganggu dia yang sedang bermujahadah itu... kerna dia sedang

membaiki dirinya ke arah yang lebih baik... jangan kau ganggu dia yang sedang

bermujahadah itu... kerna dia sedang istiqamah mengumpulkan kekuatan untuk

melalui cabaran yang mendatang... jangan kau ganggu dia yang sedang

bermujahadah itu... kerna dia ingin menjadi yang terbaik buat dirinya dan jua buat

dirimu dan untuk semua yang lain... jika dia terganggu, mungkin dia akan tewas

di tengah jalan... jika dia terganggu, mungkin dia akan lemah menghadapi

rintangan yang menanti di hadapan... jika dia terganggu, mungkin kau sendiri

akan kecewa nanti... lebih baik kamu ikuti jejaknya... bermujahadahlah..."

"Berbekalkan saki baki umur dan kehidupan yang masih ada, berusahalah untuk

mencapai keredhaan Nya... usahakanlah untuk mencapai yang terbaik buat diri...

insyaAllah..."

"Kesilapan kita pada masa lalu tidak akan melemahkan kita... Justeru, ia akan

menyedarkan kita dan memberi kekuatan kepada kita untuk melalui hari yang

mendatang..."

"Ancaman fitnah dalam internet, terutamanya dalam laman-laman sosial seperti

Facebook, Twitter dan lain-lain, ada kita ambil berat? atau kita hanya

memandang ringan dan buat-buat tak tahu saja? atau kita gembira pula

dengannya? Allahu Rabbi, berhati-hatilah wahai anak muda..."

"Setiap keperitan, kesakitan, dan kepedihan, yang dialami, semoga menjadi

penawar dosa..."

"Kerna Engkau lah Yang Maha Mengetahui Segala-galanya, hanya Engkau yang

memahami diriku..."

"Kita akan sentiasa diuji dan diuji... Bersiaplah untuk ujian seterusnya... Semoga

kuat..."

"Apabila Allah SWT mula menguji tahap keimanan kita, semoga kita dapat

melaluinya dengan jayanya... kadang-kadang kita mudah tewas dan gagal dalam

Page 47: Kisah Fb 2012

ujian itu, kerna syaitan dan nafsu tidak pernah berhenti untuk menguasai diri

kita... Semoga kita memperoleh kekuatan serta keimanan yang mantap hingga

ke akhir hayat kita di dunia, untuk menjadi bekalan kita di akhirat kelak..."

"Berhati-hati lah dengan fitnah... mungkin kita tidak menyedari akan

kehadirannya... pastikan setiap gerak-geri kita sentiasa berada di landasan

syari'at yang benar... walau di mana jua, di setiap masa..."

"Bina kekuatan Ummah dengan solat berjemaah... Ayuh anak muda... Jangan

terleka lagi..."

"Sekiranya tiada kejujuran, bagaimana persefahaman itu bisa dibentuk? ..."

"Bagaimana kita boleh tidur nenyak sedang Ummah dalam keperitan dan

kepayahan? ..."

Telah berkata Muhammad bin Sirin rahimahullah, ابن سيرين (wafat 110H) :

"إن هذا العلم دين فالنظروا عمن تأخذون دينكم"

"Sesungguhnya ilmu ini (mengenai al-Quran dan as-Sunnah) adalah din

(agama). Oleh itu perhatilah daripada siapa kamu semua mengambil agama

kamu..."

-Riwayat Muslim dalam muqaddimah Shahihnya...

"Jangan ghuluw (terlalu keras berpegang dan melampaui batas) dalam

beragama..."

"Aku rindukan tarbiyah darimu, aku teringinkan nasihat darimu, aku perlukan

tunjuk ajar darimu, kerna kaulah Murobbiku..."

"Jika benar yakin terhadap Allah SWT dan Rasul Nya, mengapa masih meragui

serta teragak-agak? ..."

"Biar orang kata jalan ini payah... sedang mereka tidak memahami dan tidak

mampu merasai kenikmatan dalam perjuangan..."

"Perlukan kekuatan untuk mempertahankan..."

"Mencari kefahaman yang benar supaya tidak tergelincir dari landasan yang

benar..."

"Kita takut kehilangan harta yang kita ada, namun takutkah kita jika iman hilang

dari diri kita? ..."

Page 48: Kisah Fb 2012

"Kita tidak tahu apa perancangan dan ketetapan Allah SWT selepas nie... namun

sedarilah, bahawa itulah yang terbaik buat kita..."

"Bila Allah tarik nikmat sihat itu, bersabarlah duhai hati..."

"Jadilah kita golongan Muhajir... yakni mereka yang meninggalkan apa yang

dilarang dan diharamkan Allah 'Azza wa Jalla..."

"Menurut maklumat terkini, amaran tsunami ditarik balik... Alhamdulillah...

Namun, bagaimana dengan manusia? Adakah ingin kembali hidup macam biasa,

hanyut dengan dunia, atau mereka ingin mengambil pengajaran dari peringatan,

untuk kembali kepada fitrah asal sebagai hamba kepada Yang Maha Berkuasa?

Ingatlah, amaran bencana mungkin boleh ditarik balik, namun amaran Allah tidak

pernah ditarik balik..."

"Mengumpul dan mencari kekuatan... Bukan mudah... Kena berusaha sehabis

daya... Namun andai kegagalan yang ditemui... Semoga ia diampuni Nya...

"Jangan kalian hina Gerakan Islam!!! Jangan kalian tuduh Gerakan Islam itu

sesat!!! Kembalilah kalian ke pangkal jalan... Jika tidak kalian pasti dihancurkan!!

"Ya Rabbi... Engkau telah tetapkan segala-galanya... Perancangan Mu adalah

yang terbaik buat ku... Terima kasih, Tuhanku..."

"Pentingnya ketegasan dalam kebenaran sebagai bimbingan dalam kehidupan..."

Sebenarnya, tujuan sanad sudah tertunai dengan terkumpulnya hadis dalam

kitab-kitab hadis seperti yang dilakukan al-Bukhari (meninggal 256H), Ahmad bin

Hanbal (meninggal 241H), Muslim (meninggal 261H), al-Nasai (meninggal 303H),

al-Tirmizi (meninggal 279H), Abu Daud (meninggal 275), Ibn Majah (meninggal

273H), Ibn Hibban (meninggal 354H), Ibn Abi ‘Asim (meninggal 287H) dan lain-

lain. Mereka telah memberitahu sanad bagi setiap hadis yang mereka

riwayatkan. Maka yang perlu dikaji ialah sanad antara mereka kepada Nabi

s.a.w. Adapun antara kita kepada mereka, tidak diperlukan kerana kitab-kitab itu

telah pasti yakin dari mereka disebabkan tersebar dengan begitu luas diakui milik

mereka secara sepakat.

Jika ada pihak yang inginkan sanad sekarang ini, mungkin sekadar satu tradisi

yang tidak lagi mempunyai tujuan asal sanad iaitu memastikan kesahihan

riwayat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn al-Solah (meninggal 643H):

“Sesungguhnya riwayat dengan sanad yang bersambung pada zaman kita ini

dan beberapa zaman sebelum ini bukanlah bertujuan untuk membuktikan

kesabitan apa yang diriwayatkan. Ini kerana tidak terlepas sanad-sanad tersebut

Page 49: Kisah Fb 2012

(zaman beliau dan beberapa zaman sebelum itu) dari perawi yang tidak tahu apa

dia diriwayatkan, atau tidak dabit (memelihara tulisan dan ingatan) apa yang dia

catatkan dengan satu dabit yang layak untuk dipegang kesabitannya…” (Ibn al-

Salah, Siyanah Sahih Muslim, 115, Beirut: Dar al-Gharb al-Islami).

Jika ini yang diucapkan oleh al-Hafizd Ibn al-Salah 800 tahun lepas, bagaimana

mungkin ada puak yang menyatakan sesiapa tiada sanad di zaman ini tidak

boleh dipegang pengajian hadisnya? Ibn al-Salah pada zaman itu telah

memaklum bahawa sanad sudah hilang fungsi asalnya disebabkan perawi yang

tidak lagi boleh dipegang. Maka memadailah dengan sanad yang ada dalam

kitab-kitab hadis.

"Kenalkah kita, siapa diri kita? ..."

"Apabila pada hari ini kita belum memiliki kemampuan yang mencukupi untuk

mempersatukan Umat Islam yang berada di seberang samudera ke seberang

yang lain, maka paling kurang kita mesti berjuang untuk mempersatukan

kelompok-kelompok besar pejuang kebangkitan Islam yang masih membuka

pintu untuk menjalinkan hubungan persefahaman dalam kerja-kerja Islam,

dengan cara mengikis sikap-sikap ekstrim dan sangka buruk, selanjutnya mereka

mesti berdiri pada satu saf yang sama dalam menghadapi masalah-masalah

yang akan menentukan hari depan Islam dan Umatnya di pentas dunia ini...

Usaha-usaha menjalin persefahaman, kerjasama dan persatuan adalah

merupakan satu tuntutan dan kemestian yang tidak dapat ditangguhkan lagi

mengikut pandangan agama dan kehidupan kita, kaum Muslimin. Apabila

penyatuan pemikiran belum dapat disatukan, kita semestinya sudah bersatu

kerana menghadapi penderitaan yang sama...! iaitu sama-sama dimusuhi,

diperangi dan diasingkan orang, seperti kata Ahmad Syawqi dalam syairnya :

"Wahai saudara, apabila perbezaan bangsa telah memisahkan kita,

sesungguhnya musibah yang menimpa telah menyatukan kita..."

~ Dr. Yusuf al-Qardhawi 

Rujukan : Terjemahan kitab Fi Fiqh al-Awlawiyyat, Dirasah Jadidah fi Daw'i al-

Quran wa as-Sunnah, (Fiqh Keutamaan, Satu Kajian Baru Dari Perspektif Al-

Quran Dan As-Sunnah. Keutamaan Tugas-Tugas Kaum Muslimin) Diterjemah

oleh Ahmad Nuryadi Asmawi

"Mencari kekuatan diri yang kerap kali menghilangkan diri... Semoga selepas ini, dapat

merantainya kukuh dalam jiwa..."

Page 50: Kisah Fb 2012

"Sekalipun kamu bukan penggerak bagi Islam, jangan sesekali kamu menjadi

penghalang terhadap agama ini..."

"Mulakan langkah dari sekarang..."

"Insan yang tidak melaluinya mungkin mengetahui, namun dia tidak akan mampu

memahaminya..."

"Jom mencari redha Ilahi..."

"Dulu zaman Jahiliyyah, banyak main-main... dah terlalu banyak mensia-siakan

hidup... sekarang, Allah bagi peluang kembali, jangan sia-siakan sekali lagi..."

"Pendidikan bukan Perniagaan..."

"Ampuni segala salah, silap, mahupun khilaf dari ku selama ini... Aku tidak tahu

masihkah aku dapat lagi bernafas walau sesaat selepas ini, apatah lagi esok

hari... kerna aku sedar hidup aku di dunia ini akan berakhir tidak lama lagi...

Maaf..."

"Dulu, aku juga pernah melalui zaman jahiliyyah seperti mana sebahagian dari

kalian lalui... namun, aku tekad untuk berubah ke arah yang baik... kini,

alhamdulillah... dan aku percaya kalian juga boleh berubah menjadi baik, malah

boleh jadi lebih baik dari aku... kalian boleh lakukan... percayalah... letakkan

keyakinan dan kepercayaan kalian kepada Allah SWT dan mintalah petunjuk dari

Nya... insyaAllah, Dia akan membantu kalian... Bangkitlah generasiku!!! ..."

"Jangan khianati Islam, jika benar kamu Umat Islam..."

"Kembalilah kepada fitrah kita sebagai hamba kepada Nya... Patuhilah segala

suruhan dan larangan Nya... Semoga hidup kita diberkati dan diredhai Nya..."

"Bulat tekad kami demi Islam..."

Berkata Imam Ibn Qayyim r.h. : 

"Perkara yang perlu difahami ialah, dosa besar apabila terpaksa dilakukan dan

menimbulkan rasa takut, penyesalan, malu dan taubat, maka boleh

dikelompokkan ke dalam dosa kecil, sedangkan maksiat kecil, apabila dilakukan

dengan berterus terang, tanpa rasa malu dan tidak takut serta tidak menyesal,

maka boleh dimasukkan ke dalam kategori dosa besar, bahkan boleh berada di

peringkat paling atas..."

~ Madarij as-Salikin Baina Manazil Iyyaka Na'budu Wa Iyyaka Nasta'in...

Page 51: Kisah Fb 2012

"Hafazan itu merupakan jalan atau perantaraan untuk mencapai kefahaman dan

pengertian..."

"Insan sering menzalimi diri sendiri, kerana insan sering mengabaikan

kedudukannya yang sebenar, iaitu sebagai hamba kepada al-Khaliq..."

"Tiba masanya bagi Ummah untuk melepaskan semua bentuk perselisihan

pinggiran di antara sesama sendiri. Sebaliknya berganding bahu dan

bekerjasama menyambut era kebangkitan dan kegemilangan Islam sebagai satu-

satunya 'Ad-Din' (cara hidup) yang paling sesuai untuk kebaikan dan

kebahagiaan seluruh insan di bumi ini..."

Berkata Umar Ibn Abdul 'Aziz :

"Sesiapa yang berbuat sesuatu tanpa memiliki persiapan ilmu, maka ia akan

lebih banyak menyebabkan kerosakan, daripada menimbulkan kebaikan..."

Rujukan : Kitab Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadhlihi karangan Ibn Abdul Barr ditahqiq

oleh Abu al-Ashbal az-Zuhairi, Juz 1 hlm 131, cetakan pertama Dar Ibnul Jauzi,

Saudi Arabia, 1414 Hijrah bersamaan 1994 Masihi..

Berkata seorang pujangga 'Arab :

"Kamu mengejek kami kerana bilangan yang sedikit. Cubalah kamu lihat, orang

yang mulia itu tidak banyak. Apalah salahnya bila jumlah kami sedikit namun

mulia, tetapi bilangan yang banyak ada dalam kehinaan...

Di manakah kita sebagai manusia ber'ilmu?

Telah berkata Abu Hayyan at-Timmi (Yahya bin Sa'id bin Hayyan al-Kufi) dalam

kitab Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadhlihi (Jilid 2, m/s 822) :

بأمر الله، وعالم بأمر الله  لعلماء ثالثة، عالم بالله وبأمر الله، وعالم بالله وليس بعالم

وليس بعالم بالله، فأما العالم بالله وبأمر الله فذلك الخائف لله العالم بسنته وحدوده

وفرائضه، وأما العالم بالله وليس بعالم بأمر الله فذلك الخائف لله وليس بعالم بسنته وال

حدوده وال فرائضه، وأما العالم بأمر الله وليس بعالم بالله فذلك العالم بسنته وحدوده

وفرائضه وليس بخائف له

’Ulama itu ada tiga: 

(1) ‘alim terhadap Allah dan perintah-Nya, 

(2) ‘alim terhadap Allah tapi tidak ‘alim terhadap perintah-Nya, 

Page 52: Kisah Fb 2012

(3) ‘alim terhadap perintah Allah tapi tidak ‘alim terhadap-Nya.

‘Alim terhadap Allah dan perintah-Nya adalah orang yang takut kepada Allah

serta mengetahui sunnah, hudud, dan segala kewajiban yang ditetapkan-Nya.

‘Alim terhadap Allah tapi tidak ‘alim terhadap perintah-Nya adalah orang yang

takut kepada Allah, namun tidak mengetahui sunnah, hudud, dan kewajiban-

kewajiban yang ditetapkan-Nya.

‘Alim terhadap perintah Allah tapi tidak ‘alim terhadap-Nya adalah orang yang

mengetahui sunnah, hudud, dan kewajiban-kewajiban yang ditetapkan Allah,

namun tidak takut kepada-Nya.

"Mungkinkah jodoh kita dengan kematian dahulu? ... Hanya Allah yang Maha

Mengetahui segala-galanya..."

"Nikmat belajar hanya dapat dirasai oleh orang yang ikhlas sahaja..."

"Perjuangan ini menuntut kepada pengorbanan... yang kamu dapat hanyalah

kepayahan dan keperitan saja, bukan kesenangan, kemewahan, mahupun

keseronokan dalam hidup... kamu sanggup? ..."

"Sebelum memprogramkan orang... kita programkan diri kita dulu..."

"Kita mahukan rijal yang faham erti perjuangan yang sebenar..."

"Keutamaan sekarang adalah tarbiyah..."

"Kalian berbangga dengan firman Allah SWT dalam al-Quran al-Karim (ayat 110

surah Ali Imran) yang menyatakan bahawa kalian adalah sebaik-baik Ummah... 

�اس� �لن �خ�ر�ج�ت� ل م�ة� أ� �ر� أ ي �م� خ� �ت �ن ك

"Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,..."

Namun kalian lupa bahawa ciri-ciri mereka yang sebaik-baik Ummah itu adalah

mereka yang menyuruh kepada kebaikan serta mencegah dari hal-hal yang

mungkar... dan mereka beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar

iman)...

�ه� �الل �ون� ب �ْؤ�م�ن �ر� و�ت �ك �م�ن �ه�و�ن� ع�ن� ال �ن وف� و�ت �م�ع�ر� �ال ون� ب م�ر�� �أ  ت

"...menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan

Page 53: Kisah Fb 2012

beriman kepada Allah..."

Jadi apa yang kalian banggakan dengan gelaran 'sebaik-baik Ummah' itu,

sekiranya kalian tidak ada ciri-ciri golongan sebegitu..."

"Apabila setiap individu Muslim meninggalkan tugas dan kewajipan yang mesti

dilakukannya, lantas kepada siapa lagi kepentingan kaum Muslimin hendak

diserahkan? ..."

"Mereka lebih mengutamakan pembangunan batu daripada usaha-usaha

pembangunan manusia..." - Dr.Yusuf al-Qaradhawi

"Ianya suatu kepastian dan ketetapan dari Tuhan..."

"Maaf... ana tak terima orang yang tak suka dan tak nak ber'madu'... pilihan hati

ana hanya pada yang sanggup ber'madu' sahaja..."

"Aku memiliki dua isteri. Isteri pertamaku adalah dakwah. Isteri keduaku adalah

isteriku sekarang. Jika bertembung antara keduanya, akan aku utamakan isteri

pertamaku." - Syeikh Mustafa Masyhur

~ Peringatan bahawa aku sudah mempunyai 'isteri'...

"Aku tidak menjanjikan sejuta kemewahan dan kesenangan... cuma keperitan

dan kepayahan dalam perjuangan suci demi menggapai redha Ilahi... kamu

mahu? ..."

"Hidup... Hidup... Hidup Islam..."

Sering leka, lalai dan terlupa akan kaedah fiqh ini :

"من استعجل قبل أوانه عقب بحرمانه"

"Barangsiapa memetik hasil sebelum tiba masanya (tergesa-gesa mencapai

sesuatu sebelum masanya), maka dia terhalang (haram baginya) untuk

mendapatkannya..."

"Kalau sedar bahawa perjalanan itu masih jauh, jangan sesekali tergesa-gesa..."

Fiqh al-Awlawiyyat :

"Meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar

dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-

hakam dan nilai-nilai akhlak mulia. Perkara yang paling penting mesti

didahulukan dan diutamakan, kemudian yang penting, kurang penting dan

Page 54: Kisah Fb 2012

selanjutnya, mengikut pandangan Syariat Islam yang bersumber daripada Wahyu

Ilahi dan berfungsi sebagai petunjuk kepada aqal fikiran insan. Wahyu tersebut

adalah merupakan cahaya yang menerangi jalan aqal fikiran manusia..."

~ Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam "Fi Fiqh al-Awlawiyyat, Dirasah Jadidah fi Daw'i

al-Quran wa as-Sunnah"...

"Ku ingin mohon maaf atas segala salah dan silap yang pernah aku buat

sebelum ini... dan terima kasih kerana mengenali diri ini... Jika aku tidak dapat

lagi bernafas di dunia ini pada pagi nanti, jangan lupakan aku dan sentiasalah

doakan untukku agar ku berjaya di alam sana..."

"Sukarnya nak membentuk kehidupan dengan acuan al-Quran dan as-Sunnah

dengan keadaan sekitar sebegini... banyak cabarannya... Ya Allah, ku mohon

kekuatan untuk ku kekal istiqamah atas jalan Mu, walau apa pun yang terjadi

selepas ini..."

Al-Fudhail bin Iyadh berkata :

"Sesungguhnya jika amal itu ikhlas namun tidak benar, maka dia tidak diterima,

sehingga ia ikhlas dan benar. Ikhlas ertinya amal itu dikerjakan kerana Allah, dan

yang benar jika amal itu dilakukan berdasarkan Sunnah..."

Diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud : 

"Perkataan tidak bermanfaat kecuali dengan amal. Perkataan dan amal tidak

bermanfaat kecuali dengan niat. Perkataan, amal dan niat tidak bermanfaat

kecuali sesuai dengan Sunnah..."

"Tiada daya atau kuasa bagi ku untuk mempertahankan apa yang tiada hak

untuk ku atas nya..."

"Cinta, Nikah... Apa kau tahu apakah ia dan apa kau memahami hakikatnya?

Yang kau sibuk-sibuk bicara dan katakan tu? ..."

"Ya Allah, bimbingilah kami, jangan Engkau biarkan kami mengurus urusan kami

walau sekelip mata..."

~ Insan apabila mengurus dirinya sendiri pastinya dia akan menuruti kehendak

diri dan keinginan hawa nafsunya, yang mana kelak akan menjerumuskan dirinya

ke dalam kebinasaan...

"Ya Allah, permudahkanlah bagi kami, kebaikan, walau di mana kami berada..."

Page 55: Kisah Fb 2012

"Kalau pun keadaan sekeliling tidak berlandaskan syariat Islam, jangan sesekali

kita terjebak, terpedaya dengannya... tetapkan diri kita dengan berpandukan

syariat Islam..."

"Ada orang kata, lambat nak habis belajar, lamanya belajar... itu sudah

semestinya... nak menuntut 'ilmu bukan mudah-mudah dan boleh nak cepat-

cepat habis..."

"Aku mahu terus ditarbiyah dan ditarbiyah..."

"Memohon ketenangan hati..."

"Ingat... Hanya kepada Allah SWT, kita berserah diri... Lam tattakil illa 'ala

Allah..."

"Setiap urusan perlukan persediaan... Persediaan yang baik, insyaAllah akan

terasa keindahan dan kenikmatannya nanti..."

"Fahami hakikat kehidupan, didik diri hadapi cabaran, baru kau tahu indahnya

perjuangan..."

"Apabila keluarga tidak memahami hakikat perjuangan dalam kehidupan... Apa

yang perlu dilakukan? ..."

"Tanpa pengorbanan... Tercetuskah perjuangan? ..."

"Kalau bukan kita, siapa lagi ?... Bangkitlah Generasi Islam..."

"...اإلبتالء سنة الله تعالى وهو السبيل إلى التمثل الدعوة وصياغة النفس وفق العقيدة"

Ujian adalah Sunnatullahi Ta'ala. Ia adalah jalan untuk menjelaskan

hakikat dakwah dan membentuk jiwa selari dengan aqidah...

"Aku akui bahawa cinta itu fitrah bagi setiap insan... tapi insan jangan sesekali

akur dengan cinta sehingga mengabaikan syariat yang ditetapkan Nya... ingat,

hidup kita ini bersyariat... syariat Islam, panduan hidup kita..."

~ Bukan dari apa yang aku redhai dan sukai, sesuatu yang bertentangan dengan

syariat Islam... Ya Allah, ampunilah setiap keterlanjuranku melanggar syariat Mu

sepanjang hidupku ini...

"Didiklah hati supaya tidak lupakan Tuhan... La Tansa Zikrullah..."

"Biarkan ianya mengalir mengikut syariat yang benar..."

"Bimbingilah serta ajarilah kebaikan dan kebenaran kepada ku... Nasihatilah

serta perbetulkanlah kesalahan dan kesilapan ku..."

Page 56: Kisah Fb 2012

Kata 'Abdullah ibnu Mas'ud radiyAllahu'anhu :

كيف بكم إذا لبستكم فتنة يربو فيها الصغير و يهرم فيها الكبير وتتخذ سنة فإن غيرت يوما"

قيل هذا منكر قيل : ومتى ذلك؟ قال إذا قلت أمناؤكم وكثرت أمراؤكم وقلت فقهاؤكم

وكثرت قراؤكم وتفقه لغير الدين والتمست الدنيا بعمل اآلخرة

Apa akan terjadi kepada kamu nanti apabila fitnah (penyelewengan) membaluti

kamu. Anak kecil membesar dalamnya, yang dewasa pula telah tu bersamanya,

lalu fitnah dijadikan sunah (kebiasaan) sehingga jika ia diubah, maka dikatakan

ini tindakan yang mungkar. Ditanya beliau : Bilakah hal itu akan terjadi.

Jawabnya : Apabila kurangnya mereka yang amanah dalam kalangan kamu

tetapi ramainya pemimpin (orang politik) kamu, kurangnya orang yang faqeh

(memahami hakikat Islam) dalam kalangan kamu tetapi ramainya pembaca al-

Quran, dan dipelajari ilmu bukan kerana agama (Allah) serta dicari dunia dengan

amalan akhirat..."

Riwayat Abd ar-Razzaq - lihat: al-Albani Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, 1/26

"Ramai yang mempunyai 'ilmu... tapi berapa ramaikah yang faqeh terhadap

'ilmu? Dan berapa ramaikah yang beradab dengan 'ilmu yang dimiliki?..."

"Jika bukan kerana ketetapan dari Allah SWT, aku mungkin tidak dapat merasai

nikmat dan indahnya Perjuangan ini..."

~Perjuangan masih jauh... terlalu jauh lagi... mampukah aku sampai ke sana?

"Ajari aku Kalam itu kerna aku juga ingin dekat dengan Tuhan..."

~ Mahu lebih ditarbiyah... :')

"Tegakkan kebenaran... Tumbangkan kebatilan..."

"Kerap kali sudah tergelincir, namun kau tetap bisa bangun... kau tahu tak

mengapa kau tetap bisa bangun kembali? Kerna Allah menyayangi mu...

hargailah dirimu itu..."

"Setialah kamu kepada Islam..."

"Jangan menghalalkan yang haram... Jangan mengharamkan yang halal..."

Bernilai dan berharganya manusia di sisi Allah SWT... sebab itu Dia menyuruhmu

menjaga dirimu, menyuruhmu menutup 'aurat dan menjaga kehormatan dirimu

sebagai seorang Muslim... tapi kenapa kamu terlalu degil ingin membantah dan

melawan perintah Nya???

Page 57: Kisah Fb 2012

"Jangan tewas dengan masa lalu... Bangkit semula wahai saudaraku..." 

"Ramai yang mampu bertegas... Tapi berapa ramaikah yang mampu bertegas

atas kebenaran?..." 

"Bilamana kita faqqeh dalam Agama, terhadap Agama, kita akan merasai

keindahan dalam Agama... Percayalah..."

"Jadilah anda sebagai sebenar-benar penuntut 'ilmu..."

Jangan jadi pengkhianat Agama!!!

"Agama adalah perjuangan bukan pendapatan..." 

"Kenali jati diri anda, wahai Umat Islam... Jati diri anda sebagai hamba Allah...

Jati diri anda sebagai Khalifah di muka bumi ini..."

"Keupayaan Umat Islam untuk bangkit dan memimpin dunia amat bergantung

kepada peranan pelajar Muslim kini..." - Dr.Mohd Radhi Ibrahim dalam

'Pembangunan Insaniah Pelajar Muslim' cetakan 2010, terbitan Universiti Sains

Islam Malaysia (USIM)

"Seseorang Muslim akan sentiasa aktif dalam melaksanakan tuntutan-tuntutan

agama, begitu juga terhadap keluarganya, dan dia perlu berusaha untuk

menjauhkan dirinya dan keluarganya dari hal-hal yang dilarang oleh agama..."

"Pengaturan hal-hal yang berkaitan dengan ilmu dan ibadah... Adanya tarbiyah

dan ta'lim... Merupakan satu tatanan dalam Baitul Muslim...

"Belajar biar faham dan hadam... jangan beristi'jal nak habiskan sukatan..."

Kefardhuan solat pada malam Isra' dan Mi'raj menunjukkan hikmah kenapa solat

disyariatkan. Allah seolah-olah berfirman kepada hamba-hamba-Nya yang

beriman: 

"Sekiranya Mi'raj Rasul kamu dengan jasad dan roh ke langit merupakan

mukjizat, kamu pula diperuntukkan solat lima waktu setiap hari, sebagai mi'raj

(anak tangga) untuk kamu naik menemui-Ku dengan roh dan hati kamu. Jadikan

solat lima kali sehari sebagai peningkatan roh yang boleh mengangkat kamu

daripada tenggelam dalam hawa dan syahwat kamu, serta memperlihatkan kamu

kebesaran, kekuasaan dan keesaan Aku. Ini mendorong kamu untuk memimpin

muka bumi ini, bukan dengan cara memperhamba, menguasai dan menakluki

(orang lain). Bahkan melalui jalan kebaikan dan ketinggian, juga dengan cara

kesucian dan peningkatan roh menerusi jalan solat..."

Page 58: Kisah Fb 2012

~Dr.Mustapha as-Siba'ie dalam kitabnya as-Sirah an-Nabawiyyah, Durus wa

'Ibr...

BismillahirRahmanirRahim... Aku ingin mulakan coretanku pada hari ini dengan

mengajak insan (termasuk diriku) supaya bertaqwa kepada Allah SWT...

sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 102 :

�م�ون� ل �م� م�س� �ت �ن �ال و�أ �ن� إ �م�وت �ه� و�ال ت �ق�ات �ه� ح�ق� ت �ق�وا الل �وا ات �ذ�ين� آم�ن ½ه�ا ال ي� �ا أ ي

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-

benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam

keadaan Islam...

"Peringatan buat Muslimin dan Muslimat... dalam bertutur kata (samada secara

tulisan mahupun lisan), biarlah berhikmah... maksudnya, sesuaikan dengan

situasi... ada keadaan kita perlu tegas, ada keadaan kita perlu berlembut (bukan

lembut yang boleh menarik minat bukan mahram)... dan jangan biarkan kata-kata

kita membuatkan orang lain membenci kita... dan jangan pula kata-kata kita bisa

senang-senang membuatkan adanya insan yang bukan mahram tertarik, minat

(jatuh cinta) kepada kita... Jagalah kata-kata kalian..."

"Jom bentuk Keluarga Islami..."

"Sebenarnya kesusahanlah yang banyak mengajar kita erti kehidupan... sedang

kesenangan banyak menyebabkan kita leka dan lalai..."

"Walaupun kau sering terjatuh... walaupun kau sering tersungkur... walaupun kau

sering terlanjur... tapi kau tetap dapat bangun dan bangkit semula...

kenapa? ......................... kerna Tuhan menyayangimu..."

"Katakanlah yang benar, walaupun ianya pahit untuk ku menerimanya... kerna

yang benar itu tetap benar..."

"Kata-kata yang benar, yang penuh bermakna dan bermanfaat, bila diungkapkan

dengan suatu ketegasan, pasti memberi kesan pada hati..."

"Hayatilah Sirah Rasulullah SAW dan perjuangan para Sahabat

RadiyAllahu'anhum... Pasti anda akan menangis..."

"Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang

menimpa)..."

"Ya Allah, aku mengadu kepada Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya

kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia..."

"Ikhtilat... Penyakit kronik Ummah... Senjata ampuh musuh..."

Page 59: Kisah Fb 2012

Biarkan saja aku di daerah ini,

Sekalipun ada yang tak gemari,

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang,

Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai,

Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya,

Mereka kata: kau akan sayu di daerah itu,

Jawab: aku selalu bersama Tuhanku,

Kupasrah padaNya sehening tiupan salju,

KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu,

Kata mereka: daerah mu itu jauh,

Jawabku: pada Tuhan aku bersauh kukuh,

Yang jauh itu jiwa yang mungkir,

Padaku daerah ini amat hampir,

Kata mereka daerah kau itu sepi,

Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni,

Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian,

Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan,

Daerahku ini daerah berpendirian,

Berpaksikan firman Tuhan,

Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan,

Daerah ini tak pernah peduli,

Apa kata abdi atau pembesar negeri,

Daerah ini berpasakkan Nabi,

Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan aku di daerah ini,

Sendiri, membawa diri dan sanubari,

Kerna aku mengerti,

Ia amat suci dan abadi.

Mudah-mudahan kita akan terus di daerah ini.

"Aku bukanlah seorang Hafiz al-Quran, juga bukan Pakar Ulum al-Quran... juga

bukan seorang Penghafaz Hadith dan bukan juga Pakar Ulum al-Hadith... juga

bukan seorang Pakar Fiqh dan Usul-usulnya... juga bukan seorang yang mahir

dalam Usuluddin dan cabang-cabangnya... juga bukan seorang yang hebat

Page 60: Kisah Fb 2012

dalam Tarikh Islami dan Sirah Nabawiyyah... dan juga bukanlah seorang Pakar

Bahasa Arab...

"Berkhidmat untuk Allah SWT, berkhidmat untuk Rasulullah SAW, berkhidmat

untuk Islam, berkhidmat untuk Ummah... itulah kehidupanku..."

~ Di dunia ini, berusaha dan bersusah-payah itu lebih nikmat dari hasilnya...

kerna hasil yang sebenar tiada di sini... kamu tahu kan di mana hasilnya yang

sebenar? ... :')

"Jom kembali ke medan perjuangan..."

"Hebatkan? Kalau bukan kerana ujian dan cubaan yang datang bertalu-talu itu,

aku mungkin takkan sampai pada tahap ini... Allahu Rabbi... :') ...

Alhamdulillah..."

"Hebat generasi Ghuraba'... di kala keramaian, merekalah yang Teristimewa..."

"Ayuh tempuhi ranjau kehidupan..."

~ Jalan ini bukan mudah... Kalau mudah pasti ramai yang berjaya...

Alhamdulillah... Aku bangga sama kamu..."

~ Bangga dengan Islam yang ada pada dirimu...

"Allahu Rabbi... Hebat mereka itu... Malu aku bila bersama mereka..."

~ Muhasabah semula diri... Allahu Rabbi... Tiada apa pada diriku...

"Jom degil (istiqamah) atas kebenaran, nak?... :') .... "

"Mungkin ada yang akan kata... 'Sebelum ini kamu bersungguh untuk memiliki

apa yang kamu sukai, tapi mengapa hari ini kamu melepaskan peluang itu pergi?

...

Jawapanku adalah 'Kerna tugasku sudah selesai... Apa yang aku sukai bukan

bermakna aku mampu mendapatkannya... Apa yang aku sukai, akan ku

usahakan yang terbaik untuknya... itu saja..."

~ Penuh bermakna...

"Kasih, cinta, suka, sayang, bukan tujuan untuk memiliki, kerna tiada suatu pun di

dunia ini milik kita, yang ada hanyalah pinjaman dan amanah... bahkan kasih,

cinta, suka, sayang, itu adalah satu perjuangan dan pengorbanan untuk

Page 61: Kisah Fb 2012

mencapai apa yang terbaik... Apa yang terbaik untuk Islam, adalah yang terbaik

untukku..."

~Mau saja aku lepaskan segala yang aku cintai kerana Islam... :')

"Gerak tenaga negatif selalu menghancurkan. Ia mirip sebuah bom dan ranjau

jiwa. Perasaan yang muncul akibat bom jiwa selalu terarah kepada

kesengsaraan, walaupun kesengsaraan itu dimulakan dengan kesenangan.

Sedang gerak tenaga positif pula akan selalu mengarah kepada kebaikan, meski

terkadang permulaan kebahagiaan itu dimulai dengan kesulitan dan kesedihan..."

حدثنا إبراهيم بن دينار حدثنا أبو قطن عمرو بن الهيثم القطعي عن عبد العزيز بن عبد الله

بن أبي سلمة الماجشون عن قدامة بن موسى عن أبي صالح السمان عن أبي هريرة قال

: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول

اللهم أصلح لي ديني الذي هو عصمة أمري وأصلح لي دنياي التي فيها معاشي وأصلح لي"

آخرتي التي فيها معادى وأجعل الحياة زيادة لي في كل خير وأجعل الموت راحة لي من

"كل شر

"Ya Allah, perbaikkanlah Agamaku, yang akan menjaga urusanku, dan

perbaikkanlah duniaku, yang menjadi perjalanan hidupku, dan

perbaikkanlah Akhiratku, yang akan menjadi tempat kembaliku, dan

jadikanlah kehidupan itu, pertambahan bagiku dalam segala kebaikan,

dan jadikanlah kematian itu, sebagai kerehatan buatku dari segala

kesusahan..."

صحيح اإلمام مسلم

"Dalam menghadapi orang yang berkata : "Saya tidak mampu", boleh dijawab,

"Berusahalah!"

"Dalam menghadapi orang yang berkata : "Saya tidak tahu", boleh dijawab,

"Belajarlah!"

Dalam menghadapi orang yang berkata : "Mustahil", boleh dijawab, "Cubalah!"

- Dr Yusuf al-Qardhawi dalam Fi at-Tariq IlAllah, an-Niyyah wal-Ikhlas

~ Apa yang penting, jangan sesekali berputus asa...

"Jangan menyangka mewujudkan ikhlas dalam hati itu suatu pekerjaan yang

mudah..."

Page 62: Kisah Fb 2012

"Aku tidak suka sekiranya dunia menjadi tujuan, kerna bukan untuk itu aku hidup

di atas muka bumi ini... Jadi jangan paksa aku melakukan sesuatu perkara yang

kepentingannya duniawi semata-mata..."

"Mulakan dari sekarang, jangan tangguh wahai anak muda..."

"Perselisihan pendapat dalam masalah cabang hukum fikah tidaklah

menjadi sebab perpecahan dalam agama. Ia sepatutnya tidak menjadi sebab

perbalahan dan permusuhan, kerana setiap orang yang berijtihad diganjari

pahala. Tidaklah dilarang melakukan penyelidikan (melalui perbincangan) dalam

masalah khilafiah jika bertujuan mencapai hakikat, dengan syarat perbincangan

itu hendakiah di atas dasar mahabbah dan kasih sayang kerana Allah, serta

bekerjasama untuk mencari kebenaran dan hakikat dengan tidak membawa

kepada pertengkaran yang tercela dan ta'asub...."

Usul 'Isyrin (As-Syahid Imam Hassan Al-Banna) - Usul ke-Lapan

"Allah SWT dah sediakan dan tetapkan yang terbaik buat diriku dan dirimu...

Tunggu masa jer... kan? Kerna semuanya telah dicatatkan untuk diriku dan

dirimu sejak kita dalam kandungan ibu kita lagi... dan segalanya di bawah

pengetahuan Nya..."

"Post, like, share, comment... gunakan sebaiknya... jangan jadikan ianya sesuatu

yang sia-sia dan melalaikan, yang bisa menjauhkan dirimu dari Tuhan..."

"Tidak mengapalah sekiranya insan tidak memahami diriku... kerna aku tahu

hanya Dia yang memahami diriku sebenar-benarnya..."

"Kadang-kadang kita terlalu asyik dengan dunia, leka, berseronok, bersuka-suka,

sehingga kita tidak menyedari bahawa tindakan kita itu telah mencalar dan

menggadaikan agama..."

"Mengislah, mentarbiyah ahli keluarga sendiri memang satu cabaran... lebih-lebih

lagi bila fikrah tidak sehaluan..."

"Bila ku terperangkap di lorong yang sempit dan gelap... Ku pohon kepada Tuhan

agar memberiku cahaya, sebagai penyuluh jalan agar ku dapat menyelusurinya

dengan selamat..."

"Jangan kembali pulang...

Sebelum kita menang...

Walau terkapar di medan juang...

Itulah mujahid berjuang..."

Page 63: Kisah Fb 2012

ويصيحون بهْؤالء الجامدين دونكم النبع الصافى, والهدى الكريم, لنبع الكتاب وهدى السنة,

خذوا منهما دينكم, وبشروا بهما غيركم فعند ذلك تهتدى بكم هذه الدنيا الحائرة, وتسعد

بكم هذه اإلنسانية المعذبية

Tokoh-tokoh Islam, Pejuang-pejuang Islam, menyerukan kepada

golongan yang memilih jalan kemunduran,kesempitan dan

terkebelakang (jumud) :

"Carilah sumber yang murni dan petunjuk yang mulia, iaitu sumber

dari al-Quran dan petunjuk dari as-Sunnah! Jadikanlah kedua-duanya

itu sebagai sumber agamamu dan sampaikanlah kepada orang lain.

Ketika itu barulah dunia yang sedang dalam kebingungan ini

memperoleh petunjuk dan barulah manusia yang sedang menderita ini

dapat mencapai kebahagiaan..."

الكتاب: فقه السنة - في تمهيده

المْؤلف: السيد سابق

"Sesungguhnya kebangkitan Deen itu dengan kebangkitan umatnya, kebangkitan

umat pula dengan kebangkitan rijalnya, dan sesungguhnya kebangkitan rijal-

rijalnya dengan kebangkitan (baik) aqidah, fikrah dan akhlaknya..."

As-Syahid Imam Hasan Al-Banna mengungkapkan :

"دعوتنا حب وبها نفتح القلوب"

"Landasan dakwah kita adalah cinta dan dengannya kita membuka pintu hati

manusia..."

"Inilah hakikat kehidupan... Ada kesedihan, kegembiraan dan kekecewaan... Bila

terkenang perkara yang dah berlalu, terkadang ku rasa ingin ketawa, berasa lucu

dan ada kalanya ku merasa sedih dan pilu... Ku tahu tiada apa pada diriku...

kerna itu aku mengharap dan serahkan hatiku kepada Mu, Ya Allah... Ya Allah,

bimbingiku ke jalan Mu..."

"Ujian yang pelbagai, yang menimpa diriku ini, amat ku syukurinya... kerana

ianya banyak mengajarku erti kehidupan..."

"Carilah sebanyak mungkin wang, berjuta-juta, berbilion-bilion... bukan untuk

dimiliki kerana tiada apa-apa pun di dunia ini milik kita... tapi untuk diinfaqkan

buat gerakan Islam di Jalan Allah..."

Said Qutb telah berkata :

Page 64: Kisah Fb 2012

"Sesungguhnya manusia yang paling bersemangat, segera dan tergesa-gesa

boleh jadi merekalah juga orang yang paling takut, lemah dan kalah ketika mana

berhadapan dengan alam realiti. Bahkan kadang-kadang ia berlaku pada

kelompok teras (Qaedah Sulbah)! Yang demikian itu kerana sifat terburu-buru,

gelojoh dan semangat tinggi kebiasaannya terserlah ketikamana tidak dapat

menentukan hakikat taklif yang dipertanggungjawabkan. Bukan kerana

disebabkan faktor keberanian, kemampuan memikul beban atau sebarang

desakan.

Ia juga terserlah disebabkan sedikit kemampuan mereka menanggung beban,

sedikit kemampuan menahan kesusahan dan menanggung kekalahan dan

ketewasan. Dengan sedikit kemampuan dan keupayaan mereka memikul beban

ini, maka ia menuntut kepada harakah (gerakan), tolakan menuju ke arah

kemenangan dengan apa cara sekalipun tanpa melihat kepada taklif (beban)

tersebut. Sehingga apabila mereka berdepan dengan bebanan tersebut, ia

menjadi amat berat dari apa yang mereka mampu memikulnya atau menjadi

amat sukar dan payah dari apa yang mereka gambarkan. Maka jadilah mereka

barisan pertama yang takut, mundur ke belakang dan tewas. Pada masa yang

sama, ada yang teguh pendirian (tsabat), tahan menghadapi ujian, sanggup

memikul kepayahan dan kesusahan, menanggung penderitaan beberapa ketika

dan bersiap siaga dalam perjuangan dengan segala persiapan..."

"Politik Malaysia... Ibarat pendulum... tapi dikhabarkan pendulum mula hendak

berhenti bergerak..."

~Mendalam maksudnya...

"Bila Allah menguji kita dengan sesuatu ujian, janganlah kita melihat pada

penderitaan dan kesusahan yang kita alami dari ujian itu, tapi lihatlah pada

hikmah di sebalik ujian tersebut..."

"Berhati-hatilah kalian wahai Ummah, terutamanya generasi-generasi muda...

ketahuilah dan sedarilah kalian bahawa kita sekarang berada di dalam

Ghazwatul Fikr... yang mana ianya lebih merbahaya dari Ghazwatul Qital...

bahayanya bukan sahaja boleh merosakkan pemikiran Ummah, bahkan boleh

menjejaskan aqidah Ummah... Kaedah Ghazwah ini diambil dan digunapakai

oleh musuh yang dilaknati kerana mereka sedar bahawa mereka tidak akan

mampu untuk memenangi Ghazwatul Qital terhadap kita... Oleh itu mereka

merancang dengan teliti untuk menjatuhkan kalian menerusi dalaman kalian,

dengan kaedah Ghazwaul Fikr... di mana kalian mungkin tidak menyedarinya...

Contoh medan Ghazwatul Fikr adalah di laman sosial ini sendiri... Jangan kalian

mudah terleka dan bersuka-suka menggunakan laman sosial sebegini...

Page 65: Kisah Fb 2012

Ketahuilah bahawa di medan inilah musuh-musuh yang dilaknati membuat

perancangan untuk merosakkan dan menjatuhkan nilai Islam dalam diri kalian...

Pastikan setiap gerak-geri dan langkah kalian dituntuni oleh Syariat Islam yang

benar... Jangan terleka wahai Ummah... Jika kalian terleka, pasti musuh akan

bergembira... Bangkitlah... Bangkitlah wahai Ummah..."

Berbicaralah dengan manusia berdasarkan kemampuan akal mereka.

"Ajari aku kalam itu... Ajari aku langkah itu... Ajarilah aku, kerna aku jua ingin

dekat dengan Tuhan..."

"Seringkali kita hanya belajar dengan menerima pandangan dari para Ulama' dan

para Fuqaha' dalam bab Fiqh... ayuh kita pelajari pula Fiqhud Dalil... untuk kita

kuasai dan memahami apakah dalil-dalil dan nas-nas yang digunapakai oleh

para Ulama' dan para Fuqaha' dalam menentukan dan meletakkan sesuatu

hukum bagi sesuatu perkara dalam Fiqh..."

"Apakah sumbangan kita kepada Islam? Apakah yang telah kita usahakan untuk

Islam?"

"Mungkin dari kaca mata manusia, insan boleh sembunyikan sesuatu... namun

ketahuilah bahawa setiap insan pasti berada di bawah pemerhatian Yang Maha

Esa... dan sudah pasti insan tidak mampu untuk menyembunyikan apa-apa dari

Nya... di setiap detik, di mana jua..."

"Kita sering tersilap langkah dalam kehidupan ini... namun belum terlambat lagi

buat kita untuk kembali memperbetulkan langkah itu..."

"Janganlah dirimu hanyut dibawa arus dunia, wahai anak muda... tinggalkanlah

apa yang tidak berguna buat dirimu dari apa-apa yang ada di dunia ini..."

"Kehebatan seorang Naqib bukan pada pengulangan kalimat-kalimat tarbiyah,

teori-teori tarbiyah, bahasa-bahasa tanzim, dan kelicikan berstrategi dan

berencana, tetapi pada implementasi dan menterjemahkannya ke alam realiti

yang memberi saham kepada dorongan secara langsung, pengembangan yang

praktis kepada organ jamaah..."

"Dalam berFB, janganlah terlalu bebas, bergaul dan bercampur terutama dengan

yang bukan Mahram, melainkan dalam urusan yang penting sahaja... Raikan

juga FB dengan perkara yang bermanfaat dan berilmu, bukan dengan perkara

yang melalaikan dan sia-sia..."

"Jadilah kalian pencetus, penegak dan penggerak perjuangan gerakan Islam...

Jika tidak mampu, jadilah kalian penyokongnya... Jangan sesekali kalian menjadi

Page 66: Kisah Fb 2012

penghalang, pengongkong mahupun penentang bagi perjuangan gerakan

Islam... Jika benar kalian adalah Umat Islam..."

"Berhati-hatilah wahai anak-anak muda... ketahuilah bahawa salah satu dari tipu

daya iblis terhadap kalian adalah melekakan kalian dengan perihal cinta... perihal

cinta yang bisa menyebabkan kalian leka dengan tugas sebenar kalian...

menyebabkan kalian semakin jauh dari Tuhan... juga bisa menyebabkan kalian

menangis berpanjangan kerana cinta, dan juga bisa menyebabkan kalian jatuh

sakit kerana cinta... berhati-hatilah kerana kalian mungkin bisa terjatuh ke dalam

kancah fitnah dan kemaksiatan... berhati-hatilah, kerana itulah tipu daya iblis..."

"Aku tidak mengharapkan dari mana-mana aktiviti dan program untuk

berseronok, bersuka ria, dan gembira semata-mata... tapi yang aku harapkan

adalah semoga ianya dapat membuka mindaku, menyedarkan aku serta

memberi pencerahan kepadaku... Untuk aku mengingati Penciptaku... Untuk aku

mengingati Murabbiku... Untuk aku mengingati saudara-saudaraku..."

"Aku tidak menjumpai sebarang cinta dan kasih sayang melainkan dalam

perjuangan dan pengorbanan..."

"Dengan keperitan dan kepayahan lah yang mendokong untuk aku tetap berada

di jalan ini... kerana jika bukan kerana dakwah dan perjuangan, aku mungkin

tidak dapat bertahan..."

"Setiap insan pasti ada impian dan harapan... namun berapa ramai dari kalangan

insan yang menilai dan muhasabah terhadap impian dan harapannya?"

"Aku ingin menjadi insan yang tidak dikenali ramai..."

"Tiada apa-apa pada diriku... kerana aku hanyalah seorang hamba..."

"Astaghfirullahal 'azim... Kembalilah kepada syariat wahai insan-insan yang

mengaku diri tu Islam... Jangan sampai datang murka dari Allah baru nak

tersedar..."

"My dear brothers and sisters, don't be shame, don't be scare to struggle for our

Ummah..."

"Kita sekarang berada di dalam medan perjuangan yang besar dalam

mengembalikan dan menegakkan semula kalimah 'Lailaha illAllah, Muhammad

Rasulullah'..."

"Ku ingin pohon restu darimu, ayah dan ibu... izinkanlah aku... redhailah aku..."

Page 67: Kisah Fb 2012

"Di manakah kalian semua tatkala Ummah memerlukan kalian? Di manakah

kalian? Jangan berani menutur kata, mengaku diri Islam, jika urusan Ummah,

urusan Saudara-Saudara kalian sendiri, kalian abaikan..."

"Sesetengah orang Islam memahami bahawa ikut serta bekerja untuk

menegakkan kerajaan Islam di setiap negeri adalah fardhu kifayah dengan erti

bahawa jika sebahagian daripada orang Islam telah melakukan usaha itu maka

dosa orang lain turut terhapus. Fahaman ini sememangnya betul jika jumlah

orang yang mengambil bahagian sudah mencukupi. Kalimah fardhu kifayah

memberi penjelasan bahawa kalau sebahagian orang-orang Islam dalam kadar

yang mencukupi telah melakukannya maka kewajipan oran lain tergugur.

Sebaliknya jika pengambilan bahagian daripada orang-orang Islam itu tidak

mencukupi maka kewajipan itu tetap dipikul oleh setiap orang. Oleh sebab

pemerintahan Islam belum tertegak hingga kini maka menjadi kewajipan fardhu

'ain bagi setiap orang Islam berusaha untuk menegakkannya. Kalaulah keadaan

'kucar-kacir' itu tidak dapat menegakkan pemerintahan maka usaha mewujudkan

'sistematik' itu menjadi fardhu. Kalaulah 'perpecahan' itu tidak dapat mewujudkan

pemerintahan maka wujudkan 'kesatuan orang-orang Islam' menjadi fardhu.

Kalaulah di sana ada jalan untuk mencapai pemerintahan maka mengharungi

jalan itu menjadi fardhu dan kalaulah pemerintahan itu memerlukan 'persediaan

dan agensi' maka mewujudkan 'persediaan dan agensi' itu menjadi fardhu. Inilah

apa yang dinamakan al-'Amal as-Siyasi..." - Syeikh Sa'id Hawwa

"Setiap daripada kita hendaklah mengenepikan keinginan masing-masing, dan hendaklah memberi bantuan kepada orang-orang Islam untuk meletakkan asas

yang betul bagi melaksanakan kewajipan ini serta meninggalkan pertikaian mulut dalam perkara agama yang telah diketahui umum. Cukuplah kita merasa hina akibat meninggalkan jihad dalam waktu kita diwajibkan berjihad. Barangsiapa yang berjuang kerana Allah maka dia pasti tidak akan diharamkan daripada

pahala atau kemenangan..." - Syeikh Sa'id Hawwa dalam "Jundullah : Tsaqafan wa Akhlaqan"

"Bagaimana pendapat kalian berkenaan dengan kedudukan seseorang Muslim;

apakah negara menjadi matlamatnya atau 'aqidah negara itu? Mengapakah

Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah dan apakah seseorang Muslim tidak

mengambil Dar al-Harb sebagai negara mereka?"- Syeikh Sa'id Hawwa dalam

"Jundullah : Tsaqafan wa Akhlaqan"

"Sesungguhnya setiap generasi Islam bertanggungjawab menegakkan Islam...

Generasi itu bertanggungjawab berjihad hingga Kalimah Allah menjadi tertinggi di

dunia ini... Generasi itu berkewajipan melaksanakan Islam dengan sempurna

pada dirinya... Setiap generasi mesti menyediakan cara-cara yang membantu ke

arah itu... Setiap individu generasi itu pula mesti menjalankan peranannya

menurut keupayaan yang telah diberikan oleh Allah kepada diri masing-

masing..." - Syeikh Sa'id Hawwa dalam "Jundullah : Tsaqafan wa Akhlaqan"

Page 68: Kisah Fb 2012

"Berikan keizinan kepadaku untuk aku bersama dengan ummah, berjuang

bersama ummah..."

"Keutamaan sekarang ialah menzahirkan kekuatan saf ummah dan menyatukan

suara ummah menjadi satu suara yang kuat, digeruni, berwibawa, dan mampu

menggugah kekuatan musuh-musuh Islam..."

"Ini bukan perjuangan ku... tapi ini adalah perjuangan kita..."

"Bangkitlah Generasiku...!!!"

"Tarbiyah untuk menjadi insan 'solih li nafsihi nafi'an lighairihi'..."

"Bila menapaki dari satu level ke satu level, nilai semula sudut-sudut kelemahan

dan kekurangan, bugarkan ukhuwwah yang gersang, bangunkan potensi yang

hilang, mengukuhkan yang goyang dan membetulkan yang tidak seimbang...

Begitulah dakwah dan tarbiyah..."

"Setiap saat masa berlalu, cabaran hidup kian membebani diri... Allahu Rabbi,

kuatkanlah hamba Mu ini..."

"Berapa banyakkah lagi sisa hidup kita yang tinggal setelah bertahun-tahun,

berbulan-bulan, berminggu-minggu, berhari-hari, berjam-jam, berminit-minit,

bersaat-saat kita bernafas di atas muka bumi ini ?"

"Amat malu aku rasakan untuk mengaku yang aku dan Ummat Islam seluruhnya

adalah bersaudara sekiranya aku langsung tidak mempedulikan mereka...."

"Walau warna kulit kita berbeza, bahasa kita berbeza, bangsa kita berbeza,

budaya kita berbeza... kita tetap bersaudara... inilah keindahan Islam... :')"

Kenapa memilih jalan Tarbiyah ini?

1. Sukar tapi Kukuh...

Tarbiyah ibarat menanam sepohon pokok. Pokok tersebut harus dijaga,

dipelihara, dibajai, disirami, dikawal dari diceroboh binatang-binatang buas, juga

terpaksa menghadapi ribut taufan, angin kencang, panas terik sehingga ia

tumbuh membesar, kuat dan utuh, menghasilkan buah-buah ranum dan berkualiti

yang boleh dimakan oleh orang lain... 

2. Panjang tapi Asli...

Jalan ini diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Ia merupakan siri mata

rantai perjuangan yang saling berkesinambungan untuk mencapai sasaran dan

Page 69: Kisah Fb 2012

matlamat dakwah. Betapa panjangnya perjalanan dakwah ini dilalui, berapa

banyak generasi dilewati, berapa banyak kader bersilih ganti, berapa banyak rijal

dijual beli fi sabilillah tetapi keasholahan (keaslian dan ketulenan) dakwah dan

tarbiyah tetap dijaga. Asas dan pasak yang telah dimulakan oleh Rasulullah SAW

dan kemudian dilanjutkan oleh para sahabat RadiyAllahu'anhum, sehinggalah

sampai kepada kita pada hari ini...

3. Lambat tapi Terjamin...

Dakwah ini ibarat larian marathon bukan larian sprint. Biarpun lambat tetapi akan

sampai ke garisannya jua. Lihatlah anologi berbeza antara karektor kura-kura

dan arnab. Sifat ghurur dan takjub pada diri serta berasa selesa akan membawa

padah dalam perjalanan berbeza dengan kura-kura yang menyedari hakikat

dirinya walaupun lambat namun kesabaran, kesungguhan mengusungnya

sampai ke garisan penamat dan dia menjadi pemenang. Satu perjuangan yang

memerlukan nafas panjang...

~ Inilah jalan yang kita warisi dari Rasulullah SAW, jalan yang diperakui oleh para

mujtahid dakwah dan harakah, hasil penelaahan dan pengkajian mendalam

terhadap perjalanan sirah Baginda SAW dan terbukti berjaya...

"Melangkah bersamaku tidak menjanjikan kesenangan dan kemewahan... Tetapi

melangkah bersamaku menjanjikan perjuangan dan pengorbanan... InsyaAllah..."

[via Celcom SMS]

"Aku tidak mahu hidup dalam kemewahan... aku tidak mahu hidup dengan harta

kekayaan yang melimpah ruah... sedang ummat hidup dalam kesusahan dan

kesengsaraan di luar sana... jika aku mencapai taraf kekayaan pun, langsung

harta itu tidak layak untuk ku... harta itu layak untuk ummat... harta itu untuk

agama ini... ianya bukan milik ku.... aku hanya dipertanggungjawabkan untuk

menguruskannya sebaik mungkin sahaja... biarlah hidup ini susah asalkan ada

keberkatan dan keredhaan dari NYA... biarlah tempat tinggalku hanya sebuah

pondok buruk... biarlah tempat tidurku hanyalah beralaskan lantai.... kerana aku

tahu masih ada saudara-saudaraku yang hidup lebih susah dariku... dan dikala

mereka dalam kesusahan itu, aku tidak boleh sekali-kali bersenang-lenang... :')"

~ Peringatan buat diri dan insan yang bakal hidup bersamaku nanti (jikalau ada

dan berkesempatan)... mungkin hidup kita nanti akan dihiasi dengan kepayahan

dan pengorbanan... bukan aku tidak mahu sediakan yang terbaik buat kita nanti...

tapi aku mahu kita merasai apa yang saudara-saudara kita rasai di luar sana

walaupun aku sedar mungkin tidak sama tapi sekurang-kurangnya kita berkorban

untuk mereka kan? :') ... tidak mungkin kita hidup senang lenang dan bergembira

Page 70: Kisah Fb 2012

sedangkan ummat dalam kesengsaraan dan kesempitan... hidup ini perjuangan

kan? dan perjuangan memerlukan pengorbanan kan? Jadi kita mesti cuba

berjuang dan berkorban untuk agama dan ummat... :') Ku harap dikau dapat

memahaminya... dan ketahuilah bahawa Allah akan sediakan yang terbaik buat

kita nanti di syurga sana jika jalan perjuangan Fi Sabilillah yang kita pilih... :')

insyaAllah... ~

"Biarlah tempat tidurku beralaskan papan... kepalaku beralaskan baju

menggantikan bantal... walaupun mungkin nampak macam teruk, tapi aku tahu

yang nikmat tidur yang Allah berikan kepadaku ini, masih ada saudara-saudaraku

yang tidak dapat merasainya pun... beruntungnya kamu wahai diri... syukurilah

pemberian ini... :')"

"Tahu tak yang dirimu begitu berharga?" [via Celcom SMS]

"Aku tidak mahu orang ramai mengenaliku sebagai seorang yang hebat...

cukuplah mereka mengenaliku sebagai hamba Allah..."

"Jangan hanya menyampaikan tapi berikanlah juga didikan..."

"Tarbiyahlah yang mampu membentuk insan Zero menjadi HERO dan dari insan

HERO menjadi SUPERHERO..." - Mohd Azizee b. Hasan dalam "Tarbiyah dari

Zero ke Hero"

"Ketika diri sedang sibuk dan leka dengan dunia... bergembira dan ketawa... diri

sering lupa akan penderitaan dan kesengsaraan yang dialami ummat di luar

sana... Allahu Rabbi... Aku tidak ingin menjadi ummat yang leka... Aku tidak ingin

menjadi ummat yang derhaka dan berpaling dari saudara-saudaraku sendiri...

Allahu Rabbi... Ingatkanlah aku kepada mereka... Ingatkan aku bahawa aku

mempunyai saudara-saudara yang berada dalam kesusahan dan kesempitan di

luar sana..."

"Bila tiadanya kepentingan untuk Islam di dalamnya, malah jika sekiranya ia

mampu meracuni pemikiran dan membinasakan Ummat, jangan sesekali

menyuruh atau mengarahkan aku untuk buat...Kerana hatiku tidak akan sesekali

redha dengan itu... dan aku akan mula memberontak..."

"Kuatkan aku... lindungiku dari putus asa..."

"Ku harap diriku sempat untuk meninggalkan sesuatu yang berguna dan

bermanfaat untuk agama ini sebelum terhembusnya nafasku yang terakhir..."

"Diri ini merasa ingin memberontak dengan keadaan sekeliling... Di mana ketika

kebanyakan Umat sedang leka dan lalai dengan mainan dunia, diri ingin bangkit

memberontak... Risikonya memang berat... Tunjukilah daku..." [via Celcom SMS]

Page 71: Kisah Fb 2012

"Dikala aku meluahkan perasaan terhadapmu, kau sudi mendengar dan

menerimanya... Dikala ku membuat sesuatu kata putus, kau selalu menyatakan

sokonganmu terhadapku... Terima kasih, Permataku... :'-)" [via Celcom SMS]

"Aku tidak ingin belajar, membuat keputusan berpandukan emosi dan perasaan...

tapi aku ingin belajar, membuat keputusan berpandukan dasar yang Haq

menerusi Syariat yang Benar... aku ingin belajar membuat keputusan yang

terbaik demi Islam tercinta..."

"Beratkan nak buat... tapi lebih berat lagi jika aku menghalang peluang untuk

kebangkitan Islam..."

~ Demi Islam, risikonya sanggup ku redah... perjuangan itu satu pengorbanan...

jangan jadi pejuang, jika takut terkorban... :'-) ... Allahu Rabbi...

"Ku sedari risikonya... tapi jika itu yang terbaik, maka ku sanggup cuba

meredahnya..."

"Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat buat hamba-hamba Nya yang pernah

melakukan kesalahan dan kesilapan..."

"Allahu Rabbi... dosa terus menghimpit hati... walaupun sudah ku tinggal di

tepian jalan... namun sering ku patah kembali... di manakah dia kekuatan yang

ku cari? Untuk ku cegah maksiat di hati... Agar ku terus maju tanpa berpatah

kembali..."

"Apa perasaan insan bila diberitahu oleh doktor bahawa hidupnya sudah tidak

lama lagi? Mungkin insan berasa sangat sedih, gementar dan akan bersedia

untuk menghadapi kematian itu... tapi adakah setiap insan mengalami keadaan

sebegitu? Jika setiap insan mengalaminya, nescaya mungkin setiap insan akan

sibuk untuk mempersiapkan diri mereka sebaiknya sebelum maut datang

menjemput... namun hakikat sebenar adalah, kebanyakan insan tidak mengalami

hal sebegitu... maka kebanyakan insan langsung melupakan perihal kematian...

mereka menjadi gembira, bersorak, berhibur dengan dunia... mereka tidak

menyedari bahawa kematian boleh datang bila-bila masa... sehinggalah datang

kematian kepada mereka, barulah mereka menyedari... maka pada masa itu,

tiada guna lagi air mata penyesalan..."

"Manusia sebagaimana yang mengikut sifat mereka yang diberikan Penciptanya

adalah makhluk yang suka membuat aniaya dan bodoh... Maka tidak selayaknya

dia membuat pertimbangan tentang perkara yang bermanfaat dan mudarat

berdasarkan kecenderungan, kesukaan, kebencian dan kemarahannya.

Pertimbangan atas semua itu harus berdasarkan pilihan Allah yang

bersandarkan perintah dan laranganNya. Sesuatu yang paling bermanfaat

Page 72: Kisah Fb 2012

baginya untuk bersifat mutlak adalah ketaatan kepada Rabb secara lahir dan

batin. Jika dia taat dan beribadah kepadaNya secara ikhlas, maka apa pun yang

tidak disukai pada dirinya akan menjadi kebaikan baginya. Jika dia tidak taat dan

tidak beribadah kepadaNya, maka apa pun yang dia cintai pada dirinya

merupakan keburukan baginya..."

"Allahu Rabbi... Padahal Engkau sentiasa ada untuk kami... dikala kami suka

mahupun kami berduka... tika kami susah mahupun senang... tidak terlepas pun

kami dari jagaan dan perhatian dari Mu... namun.... kami sering mengabaikan

Mu... kami sering melupakan Mu... tidak dapat dibayangkan sekiranya Engkau

mengabaikan kami... Allah..."

"Hidup insan tidak akan sunyi dari ujian... Ujian hidup ini akan sentiasa datang,

tiap-tiap detik dan saat... Oleh itu, insan sentiasa perlu bersedia untuk

menghadapi ujian ini... 

Ingatlah firman Allah SWT :

�ون� �ن �ف�ت �ا و�ه�م� ال ي �وا آم�ن �ق�ول �ن� ي �وا أ ك �ر� �ت ن� ي� �اس� أ �ح�س�ب� الن أ

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami

telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Surah al-Ankabut ayat 2

ج�ع�ون� �ر� �ا ت �ن �ي �ل �ة� و�إ �ن �ر� ف�ت ي �خ� رÁ و�ال �الش� �م� ب �وك �ل �ب �م�و�ت� و�ن �ق�ة� ال �ف�س� ذ�ائ �ل½ ن ك

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan

keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya

kepada Kami lah kamu dikembalikan.

Surah al-Anbiya' ayat 35

Bersedialah wahai insan... Janganlah kalian menjadi sepertimana yang

difirmankan Allah SWT :

اء� �ن� ج� �ئ �ه� و�ل �ع�ذ�اب� الل �اس� ك �ة� الن �ن �ه� ج�ع�ل� ف�ت �وذ�ي� ف�ي الل �ذ�ا أ �ه� ف�إ �الل �ا ب �ق�ول� آم�ن �اس� م�ن� ي و�م�ن� الن

�م�ين� �ع�ال �م�ا ف�ي ص�د�ور� ال �م� ب �ع�ل �أ �ه� ب �س� الل �ي و�ل� �م� أ �ا م�ع�ك �ن �ا ك �ن �ن� إ �ق�ول �ي Áك� ل ب �ص�ر� م�ن� ر� ن

Dan di antara manusia ada orang yang berkata: "Kami beriman kepada Allah",

maka apabila ia disakiti (karena ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah

manusia itu sebagai azab Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dari

Page 73: Kisah Fb 2012

Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah besertamu."

Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia?

�اف�ق�ين� �م�ن �م�ن� ال �ع�ل �ي �وا و�ل �ذ�ين� آم�ن �ه� ال �م�ن� الل �ع�ل �ي و�ل

Dan sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang beriman:

dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang munafik.

Surah al-Ankabut ayat 10-11

Maka janganlah takut, kecewa dan bersedih hati dengan ujian Allah terhadap

kalian... ingatlah kalian terhadap Hadith Nabi SAW :

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata: 

Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada seorang muslim pun yang

tertusuk duri atau tertimpa bencana yang lebih besar dari itu kecuali akan tercatat

baginya dengan bencana itu satu peningkatan derajat serta akan dihapuskan dari

dirinya satu dosa kesalahan. (Shahih Muslim)

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.: 

Bahwasanya ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada satu

kepedihan pun atau keletihan atau penyakit atau kesedihan sampai perasaan

keluh-kesah yang menimpa seorang muslim kecuali akan dihapuskan dengan

penderitaannya itu sebagian dari dosa kesalahannya. (Shahih Muslim)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: 

Ketika turun ayat: Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan

diberi pembalasan dengan kejahatan itu, kaum muslimin merasa sangat sedih

sekali, lalu Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kamu sekalian terlalu bersedih

dan tetaplah berbuat kebaikan karena dalam setiap musibah yang menimpa

seorang muslim terdapat penghapusan dosa bahkan dalam bencana kecil yang

menimpanya atau karena sebuah duri yang menusuknya. (Shahih Muslim)

Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah

mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa. (Shahih Bukhari)

Jika kalian bersabar maka kalian amatlah menakjubkan...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Alangkah menakjubkan halnya

orang yang beriman. Kerana seluruh perkaranya adalah baik. Dan hal itu hanya

terjadi bagi orang yang beriman, yaitu jika ia mendapatkan kesenangan maka ia

Page 74: Kisah Fb 2012

bersyukur dan itu menjadi kebaikan baginya; dan jika ia tertimpa kesulitan dia

pun bersabar, maka hal itu menjadi kebaikan baginya" (Shahih Muslim)

~ Allahu Rabbi... :'

"Ilmu bahasa 'Arab merupakan salah satu tunjang dalam memahami 'ilmu

Agama... jadi gunakanlah kesempatan dengan mempelajari ilmu bahasa 'Arab

untuk memahami 'ilmu Agama... gunakan sebaiknya (dengan hikmah dan

bijaksana) peluang yang ada kerana telah diberi amaran oleh Ibnul Jauzi dalam

kitab "Talbis Iblis" bahawa tipu daya iblis ke atas ahli bahasa adalah dengan

melekakan ahli bahasa dalam usaha dan kesungguhan mereka menguasai

bahasa, dengan mempelajari 'ilmu nahu dan sarf, 'ilmu sya'ir dan lain-lain,

sehinggakan terabainya kewajipan dalam mempelajari dan memahami 'ilmu

Agama, sehinggakan terabainya perkara yang lebih utama dan penting untuk

dikuasai... Iblis la'natullah melekakan ahli bahasa dengan menjauhkan mereka

dari 'Agama sedangkan ahli bahasa merupakan salah satu kunci dalam

memahami 'ilmu Agama..."

"Tidak cukup hanya dengan mengetahui, tapi perlu memahami..."

"Walau seberat mana ujian yang melanda, walau sebesar mana ancaman yang

diterima, tetaplah istiqamah..." [via Celcom SMS]

"Insan mungkin boleh menipu dan memperdayakan insan yang lain, namun insan

tidak akan mampu untuk melakukan hal yang sama terhadap Allah 'Azza wa Jalla

dan juga terhadap Kebenaran..." [via Celcom SMS]

"Sepertimana tiada kelelahan bagi pihak musuh untuk terus memerangi kita,

seperti itu jualah kita perlu berusaha untuk menentang mereka, malah lebih

lagi..." [via Celcom SMS]

"Setiap insan mempunyai tanggungjawab dan amanah yang mereka pikuli...

Namun terdapat segelintir dari insan tidak menyedari akan hakikat ini, malah ada

juga kebanyakan insan yang menyedari tetapi meremehkan hal ini... ketahuilah

bahawa tanggungjawab dan amanah itu bukan sesuatu yang ringan dan mudah

untuk dipikuli... malah ia berupa keberatan yang terpaksa digalas di atas bahu

yang mana insan terpaksa memikulnya ke sana ke mari setiap masa... dan

ketahuilah bahawa setiap tanggungjawab dan amanah akan dipersoalkan

terhadap setiap insan di Hari Pengadilan tanpa ada satupun yang boleh terlepas

darinya... sekiranya insan memahami akan hakikat ini, tentulah hidup mereka

akan kurang dengan gelak ketawa, berhibur, dan berseronok... bahkan hidup

mereka akan dipenuhi dengan linangan air mata keinsafan, jiwa mereka akan

dikobari semangat dan pengorbanan untuk berjuang di medan dunia yang

sementara ini..."

Page 75: Kisah Fb 2012

Bernilainya kasih sayang dan cinta itu kerana ianya tidak dapat dibeli dengan

wang dan untuk mendapatkannya mestilah menerusi jalan pengorbanan dan

perjuangan... [via Celcom SMS]

"Kenalilah diri ini ibarat seorang budak yang baru mula belajar, kerana

hakikatnya memang sebegitu... diri ini perlukan banyak bimbingan dan tunjuk

ajar... diri ini masih mentah lagi... bantulah diri yang lemah ini... kerana bimbang

diri ini boleh kembali terjerumus ke dalam kegelapan sekali lagi..."

~ Allahu Rabbi... tunjukkan daku jalan yang lurus, dan tetapkanlah daku di

atasnya... janganlah Engkau menarik kembali cahaya petunjuk-Mu yang dapat

daku nikmati kini, setelah Engkau berikan kepada hamba-Mu ini...

Fikirkan perkara yang boleh meningkatkan prestasi dan keyakinan diri... Jangan

fikirkan perkara yang boleh menjatuhkan diri..." [via Celcom SMS]

Bernafasnya diriku pada detik ini, tidak sesekali mampu memastikan bahawa

diriku masih mampu bernafas walau hanya sesaat lagi selepas ini... sekiranya

diriku tidak bernafas lagi sesaat selepas ini, maka inilah kalam taujihah terakhir

dariku, dari insan yang kerdil, dan lemah... "Buat insan-insan yang ku sayangi

dan ku kasihi, teruskanlah perjuangan ini... berjuanglah menegakkan kebenaran

dan tumbangkanlah kebatilan... ikhlaskan diri dan istiqamahlah dalam perjuangan

ini... insyaAllah, Allah bersama kalian... dan diri ini ingin memohon maaf, atas

segala salah, silap, khilaf mahupun sesuatu yang telah mengecewakan kalian,

dari apa yang diri ini telah lakukan... maaf kerana diri ini tidak mampu menjadi

seperti mana yang kalian harapkan... terima kasih atas penerimaan kalian

terhadap diri yang lemah ini... terima kasih atas kesudian berjuang bersama diri

ini... semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik balasan...

semoga Allah merahmati dan memberkati kalian... dan semoga Allah bersama

kalian dalam setiap detik perjuangan... Assalamu'alaikum...."

"Atas hubungan jiwa yang teguh dengan wahyu, seorang pejuang kebenaran

yang membawa arahan Islam akan terus memapah risalah kebenaran itu dikala

senang atau susah, di saat dijulang atau dibuang, sama ada dikeji atau dipuji,

sama ada dipuja atau dihina, sama ada ketika di atas atau ketika ditindas. Kalah

atau menang adalah adat perjuangan, namun kebenaran adalah kebenaran..."

"Ketahuilah bahawa hati itu bagaikan benteng. Di sekelilingnya ada pagar dan

pagar itu mempunyai beberapa pintu. Sekalipun begitu, di sana masih ada celah-

celah yang dapat dimasuki. Yang menjaga celah-celah ini adalah akal dan para

malaikat. Ada beberapa satuan pasukan penyerang yang sentiasa mendatangi

benteng itu, pasukan hawa nafsu dan syaitan. Pasukan penyerang ini sentiasa

datang dari waktu ke lain waktu dan tidak mungkin dapat dihentikan, sehingga

Page 76: Kisah Fb 2012

peperangan terus berkecamuk antara penghuni benteng dan pasukan

penyerang. Pasukan syaitan berputar-putar mengelilingi benteng mencari

kelengahan penjaga untuk dapat melalui celah. Beerti, penjaga harus

mengetahui seluruh pintu benteng dan celah-celah yang ada di bawah

tanggungjawabnya, tidak boleh lengah walau sekejap pun. Sebab musuh juga

tidak pernah lengah walau sekejap pun." - Ibnul Jauzi, Talbis Iblis

"Perumpamaan orang yang bertindak secara berhati-hati dan orang yang santai

kerana mengandalkan angan-angannya, seperti sekumpulan orang yang hendak

berpergian jauh. Orang yang bertindak secara hati-hati mencari bekal untuk

perjalanannya, lalu duduk untuk mempersiapkan diri. Tetapi orang yang

sombong dan bertindak berdasarkan angan-angannya, terus sahaja

mengarahkan haiwan tunggangannya."

~Ibnul Jauzi, Talbis Iblis

"Iblis memperdayakan orang-orang yang menekuni ilmu, sehingga mereka

sentiasa berjaga pada malam hari dan tekun pada siang hari, dalam menyusun

kitab. Iblis membisikkan kepada mereka bahawa maksud perbuatan ini ialah

menyebarkan agama. Padahal maksud mereka yang sesungguhnya adalah agar

namanya terkenal dan statusnya sebagai penulis menjadi masyhur. Muslihat iblis

ini tersingkap tatkala orang-orang memanfaatkan karangannya dan

membacanya, sementara karangan orang lain tidak dibaca, maka dia merasa

senang, sekalipun memang tujuannya untuk menyebarkan ilmu..."

~ Terjemahan Talbis Iblis, Ibnul Jauzi

"Ayuh, tingkatkan kualiti dan semangat dalam diri... jangan jadi orang yang

lemah..."

Kata Sayyidina Umar ibn al-Khattab : "Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi

suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang." (Ibn Qayyim,

Tahzib Madarij as-Salikin, 2/528, Beirut : Muassasah Fuad)

~Kebenaran tidak boleh dijual beli... Beristiqamah dalam mempertahankan

kebenaran bererti seseorang bersedia untuk menanggung risiko meskipun pahit

dan getir... Hidup untuk kebenaran dan atas kebenaran...

"Kebenaran adalah kebenaran, ia tiada kaitan dengan kehendak diri sendiri atau

kehendak orang lain. Insan yang jujur akan membela dan memperjuangkan

kebenaran serta prinsip yang benar meskipun terpaksa bercanggahan dengan

kehendak dirinya, ataupun kehendak orang lain. Walaupun dia menanggung rugi

atau dia ditentang oleh dunia sekelilingnya..."

Page 77: Kisah Fb 2012

"Bernafasnya diriku pada detik ini, tidak sesekali mampu memastikan bahawa

diriku masih mampu bernafas walau hanya sesaat lagi selepas ini..."

Mulakan langkahmu... Berjuanglah wahai saudaraku... [via Celcom SMS]

"Setiap masa, setiap saat kita berada dalam ujian Allah..." [via Celcom SMS]

"'Ilmu dan kefahaman itu merupakan anugerah Allah yang amat berharga

buatmu..." [via Celcom SMS]

Sibukkan diri kita dengan 'ilmu dan 'amal yang soleh, untuk menjauhkan diri dari

perkara maksiat... [via Celcom SMS]

Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) telah berkata :

"Sesungguhnya Syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah

dan kebaikan untuk manusia di dunia dan di akhirat. Syariah Islam itu segalanya

keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar daripada

keadilan kepada kezaliman, daripada rahmat kepada yang berlawanan

dengannya, daripada kebaikan kepada kerosakan, daripada hikmat kepada sia-

sia, maka ia bukan Syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya..."

(Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I'lam al-Muwaqqi'in, 3/3, Beirut : Dar al-Jail)

Berkata Rib'i ibn Amir di hadapan panglima angkatan tentera Parsi :

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن َضيق الدنيا إلى سعتها, "

"ومن جور األديان إلى عدل اإلسالم

"Allah yang membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang

dikehendaki-Nya daripada pengabdian sesama hamba menuju pengabdian

kepada Allah, daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat,

daripada kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam..."

(Ibn Kathir, al-Bidayah wa an-Nihayah, 7/48, Beirut : Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah)

"Bukan kerja Ulama' menjadi pembela setia sesebuah kerajaan, ataupun parti,

ataupun individu. Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan Rasul-Nya. Tiada

kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekalipun terpaksa

menghadapi teman yang rapat atau pihak berjasa lagi dikasihi..." - Dr Mohd Asri

Zainul Abidin

Al-Junaid rahimahullah berkata : Orang yang berilmu tidak layak disebut orang

yang berilmu, sehingga dia mampu menempatkan dirinya seperti tanah yang

Page 78: Kisah Fb 2012

sedia dipijak orang yang baik dan buruk, atau seperti hujan yang turun ke atas

orang yang suka ataupun tidak suka...

Berkata sebahagian Ulama' : Orang berilmu tidak layak disebut orang berilmu

kecuali andaikan dia dianugerahi kerajaan Sulaiman, maka hal itu tidak

mengalihkan pandangannya terhadap Allah sedikitpun...

Setiap yg dipost, bukan utk di like atau dipuji... Tp utk belajar dr kenalan semua...

Jika benar perkemaskan, jika salah perbetulkan... [via Celcom SMS]

"Hidup ini sementara wahai sahabat, namun kesan amalan kekal selamanya.

Sama ada ia menjadi kebaikan yang memberikan kesejahteraan yang berkekalan

pada kehidupan di alam Sana, atau dosa yang menempa bencana dan seksa...

"Andai keredhaan Allah yang kalian utamakan, fikir-fikirkanlah mengapa Allah

meletakkan jarak pemisah antara kita dan zina seperti Timur dijauhkan dari

Barat..." - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

"Janganlah biarkan diri kita dipandu oleh keputusan-keputusan emosi semata-

mata. Jika pasangan lelaki atau perempuan sudah baik agamanya, atau yang

paling utama, sedia dididik dan mahu belajar, maka terimalah seadanya..." -

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

"Berikan ilmu kepada aqal supaya tahu... Suntikkan iman ke hati supaya mahu...

Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu..."

"Tidak mungkin syurga di akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut

neraka..." - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

"Wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu.

Apakah ia sebuah taqwa, atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi nyata?

Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan taqwa adalah cinta yang berakhir

dengn permusuhan. Jika tidak di neraka dunia, pastinya neraka abadi di alam

Sana..." - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

"Jalan untuk cinta dosa dan zina terbentang luas, berbanding jalan taat yang sulit

dan penuh liku..." - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil [via Celcom SMS]

"Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat

meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini,

esok dan selamanya..." - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

"Terimalah seseorang, seadanya... Kebaikannya disyukuri, kekurangannya

diredhai..." - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Page 79: Kisah Fb 2012

Lima jenis jihad :

1.Jihad dengan lisan

2.Jihad pendidikan (ta'lim)

3.Jihad dengan tangan dan diri

4.Jihad politik

5.Jihad harta

-Kitab Jundullah : Tsaqafan wa Akhlaqan di bawah bab Al-Jihad Fi Sabilillah

Duna Khaufin Min Laumi al-Laimina karya Al-Ustadz Sa'id Hawwa

Kembali ke medan jihad...

"Tiada ertinya kenikmatan jika disusuli dengan api neraka..."

"Kau durhakai Allah dan kau katakan mencintai-Nya...

yang demikian itu mustahil mampu diqiaskan dengan usaha...

Andaikan cintamu tulus tentu kau kan patuh pada-Nya...

Orang yang mencinta itu tentu patuh kepada yang dicinta..."

"Jihad yang sebenar tidak dapat dilakukan kecuali oleh orang yang dapat

membebaskan dirinya dari mencintai kehidupan dunia dan orang yang berilmu..."

"Seseorang itu mungkin tidak dapat meneruskan jihad kecuali orang-orang yang

tidak mengambil hirau celaan-celaan, berjuang kerana Allah dan berjuang pada

jalan Allah..."

"Selangkah kakiku berada di jalan ini... ku tidak akan berundur lagi..."

"Masalah umat Islam... Masalah kita bersama..." Ramai yang melaungkan kata-

kata seumpama ini... Namun berapa ramai yang betul-betul menghayati dan

melaksanakan dalam kehidupan mereka???

"Kadang-kadang diri ini terleka dengan kesenangan dunia... hinggakan masalah

Ummah terbang melayang, hilang dari fikiran... Umat Islam sedang ditindas,

umat Islam sedang dizalimi... Allahu Rabbi... Maafkan daku... Maafkan daku

wahai Umat Islam... Maafkan daku kerana melupakanmu... Maafkan daku kerana

tidak mengambil berat tentangmu... Sedangkan dirimu lebih berharga dari

diriku... Maafkan daku Umat Islam... Maafkan daku... Diri ini terlalu

mementingkan diri... Hingga mengabaikan urusan yang lebih utama, urusan yang

lebih berharga dan lebih penting dari nyawaku sendiri..."

Masalah Ummah... Mengapa kita masih mampu ketawa, bersorak, riang gembira,

di atas muka bumi ini sedangkan saudara kita hidup merana, sengsara, ditindas,

dizalimi??? Jawablah wahai Umat Islam, mengapa???

Page 80: Kisah Fb 2012

"The road is still long... This journey is still far... Get ready..."

"Ya Allah, ambillah darahku hari ini sampai Engkau redha... Ya Allah

sesungguhnya aku merindukan pertemuan dengan-Mu, maka janganlah Engkau

menolak aku dari pertemuan kita pada hari ini...

"Siapakah lagi jika bukan kalian, wahai para Ikhwan dan Akhawat... 

Siapakah lagi jika bukan kalian yang akan mempertahankan dan meninggikan

syiar Islam?

Siapakah lagi jika bukan kalian yang akan menghayati Al-Quran dan

menghidupkan As-Sunnah?

Siapakah lagi jika bukan kalian yang akan melindungi umat ini dari ancaman

musuh durjana?

Siapakah lagi jika bukan kalian yang akan menyalakan semula obor kebangkitan

Islam?

Siapakah lagi jika bukan kalian? Jawab!!! Jawablah jika kalian orang yang

benar..."

"Wahai pemuda yang benar! Kembalilah kepada Islam...

Kamu adalah cahaya dan tampuk kepimpinan Islam...

Kamu adalah rahsia kebangkitan...

Kamu adalah sinar fajar yang cerah..."

"Maha Suci Allah yang sentiasa memberi maaf...

Selalu memberi maaf kepada hambaa-Nya yang bersalah...

Selalu memberi nikmat kepada hamba-Nya yang bersalah...

Dengan kemuliaan dan keagungan-Nya...

Tidak ada yang dapat menghalangi-nya...

Untuk memberi kepada hamba-Nya yang bersalah..."

"Keinginan insan terhadap sesuatu kadang-kadang melebihi kemampuan dan

keupayaan mereka terhadap apa yang diingini..." [via Celcom SMS]

Al-Andalusi berkata :

"Jika engkau sendirian dalam kegelapan ingin melakukan dosa...

Sedangkan nafsu mengajak untuk berbuat maksiat...

Maka merasa malulah terhadap pengawasan Allah...

Dan katakanlah kepada nafsumu...

Bahawa yang menciptakan kegelapan selalu melihatku..."

"Ketika hatiku mengeras dan jalanku sempit... Aku harapkan keselamatan dari

Tuhan untuk mengampuniku..."

Page 81: Kisah Fb 2012

"Kamilah yang menjual jiwa...

Tanpa ada khiyar dalam jual beli ini...

Kami menjualnya kepada Tuhan dengan maghfirah...

Lantas Tuhan memberikan harga yang lebih baik...

Daripada dunia... Syurga tempat yang abadi...

Yang dikelilingi oleh kebaikan..."

"Apabila kegelapan malam telah gelap gempita...

Menyelimuti para hamba malam...

Betapa banyak air mata mereka yang mengalir di pipi...

Apabila seruan jihad datang...

Menggema pada telinga singa-singa siang...

Maka mereka langsung berlari berhamburan...

Demi memperoleh dan meraih yang mereka cita-citakan..."

"Orang yang bertaubat menemukan manisnya ketaatan, menemukan keindahan

dalam ibadat, menemukan makanan dalam iman, dan menemukan kelazatan

dalam menghadap kepada Allah..."

"Orang yang bertaubat dalam hatinya ada kobaran (semangat), dalam jiwanya

ada kecamuk, pada wajahnya ada kesedihan, dalam air matanya ada rahsia..."

"Kamilah orang-orang yang membangunkan manusia...

Melalui seruan azan dari kelelapan tidurnya...

Kamilah orang-orang yang menjual hidup ini...

Dengan harga yang sangat murah...

Kami melihat redha-Mu suatu yang paling berharga...

Lalu kami membelinya...

Adakah yang dapat melempar api Majusi hingga padam...

Dan memberikan kecerahan pagi hari yang sejuk..."

~Muhammad Iqbal, penyair dari Pakistan.

Abu Dujanah berkata :

"Akulah orang yang mengambil perjanjian...

Dari seorang kekasihku, untuk maju ke medan tempur...

Aku tidak akan berada selamanya di barisan belakang...

Aku akan bertempur dengan pedang Allah dan rasul-Nya..."

"Wahai pemuda Islam, wahai harapan masa depan! Kembalilah pada detik-detik,

minit-minit, kemudian hitung dan pergunakan dengan baik...!"

Page 82: Kisah Fb 2012

"Wahai pemuda, kamu adalah cucu Mus'ab ibn Umair r.a yang tidak pernah

bermain-main dalam hidup... Dia adalah seorang muslim yang benar dan bukan

orang musyrik... Tubuhnya terpotong-potong di jalan Allah, untuk menunjukkan

bahawa dia mencintai Allah dan Rasul-Nya..."

"Sekiranya hubungan dengan-Mu manis dan indah...

Meskipun hidup ini terasa pahit dan pilu...

Sekiranya Engkau redha dan senang...

Meskipun semua manusia marah durjana...

Sekiranya hubungan antara aku dan Engkau...

Terpelihara dengan baik...

Meskipun hubungan antara aku dengan semua manusia...

Hancur berantakan...

Apabila cinta kasih dari-Mu menjadi nyata...

Maka segalanya akan terasa mudah...

kerana semua yang ada di atas tanah ini...

Akan kembali menjadi tanah pula..."

Golongan muda sekarang nampaknya tidak dapat lari dari membahaskan perihal

nikah... Pergi sana cerita pasal nikah, sini pun cerita pasal nikah jgk... Sebelum

bicara mengenai hal ni, tanyalah diri dulu... Adakah aku benar2 sdh bersedia???

Adakah aku benar2 sdh layak??? Adakah aku sdh mampu utk

laksanakannya??? 

Ingatlah, pernikahan itu bukan sesuatu yang boleh buat main2... Ia melibatkan

tanggungjawab, amanah, perasaan dan bnyk perkara lg... Jika belum bersedia,

belum mampu utk laksanakan Sunnah yang mulia itu, cubalah utk tidak

membicarakan mengenainya (melainkan jika belajar subjek fiqh munakahat) ...

kerana ia berupaya menghilangkan ketenangan dalam diri seseorang... berupaya

menggangu hati, perasaan dan keinginan seseorang... boleh mengganggu

kitaran hidup seseorang... 

Sabarlah... insyaAllah masa kalian akan tiba... jika kalian belum mampu, itu

mungkin bermakna ada perkara lain yang lebih utama untuk kalian laksanakan

dahulu... Utamakanlah perkara yang lebih utama...

~ Soalan buat diri - Bersediakah aku??? Layakkah aku??? Mampukah aku???

"Luka lama masih ada... Namun takkan ku biarkan ianya melemahkan

semangatku..."

"Tunjukkan ku jalan... Tunjukkan ku jalan yang boleh membawaku kepada cinta

dan redha Mu, Ya Allah..." :')

Page 83: Kisah Fb 2012

Sesuatu penyakit mungkin boleh melemahkan badan kita... Namun, belum tentu

penyakit itu dapat melemahkan semangat kita... [via Celcom SMS]

Jujurlah dalam menyampaikan ilmu sepertimana kejujuran Ibnu Hurmus

menyampaikan ilmu ... Para penyampai ilmu Allah perlu mengelak dari

menyampaikan sesuatu yang boleh menyebabkan orang bertaqlid buta dengan

ilmu yang diperolehnya... Jika ilmu yang kita sampaikan itu benar, tidak mengapa

sekurang-kurangnya... Namun, jika ilmu yang disampaikan itu salah, buruk

akibatnya...

حدثنا يحيى بن حبيب الحارثي حدثنا خالد بن الحارث حدثنا بن جريج حدثني يونس بن

يوسف عن سليمان بن يسار قال تفرق الناس عن أبي هريرة فقال له ناتل أهل الشام

أيها الشيخ حدثنا حديثا سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم قال نعم سمعت

رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل

استشهد فأتي به فعرفه نعمه فعرفها قال فما عملت فيها قال قاتلت فيك حتى استشهدت

قال جريء فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقيقال كذبت ولكنك قاتلت ألن ي

في النار ورجل تعلم العلم وعلمه وقرأ القرآن فأتي به فعرفه نعمه فعرفها قال فما عملت

فيها قال تعلمت العلم وعلمته وقرأت فيك القرآن قال كذبت ولكنك تعلمت العلم ليقال

عالم وقرأت القرآن ليقال هو قارئ فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في

النار ورجل وسع الله عليه وأعطاه من أصناف المال كله فأتي به فعرفه نعمه فعرفها قال

فما عملت فيها قال ما تركت من سبيل تحب أن ينفق فيها إال أنفقت فيها لك قال كذبت

ولكنك فعلت ليقال هو جواد فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه ثم ألقي في النار -

رواه مسلم

3137حديث رقم - - 

أخبرنا محمد بن عبد األعلى قال حدثنا خالد قال حدثنا بن جريج قال حدثنا يونس بن

يوسف عن سليمان بن يسار قال تفرق الناس عن أبي هريرة فقال له قائل من أهل

الشام أيها الشيخ حدثني حديثا سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم قال نعم

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم : يقول أول الناس يقضى لهم يوم القيامة ثالثة

رجل استشهد فأتي به فعرفه نعمه فعرفها قال فما عملت فيها قال قاتلت فيك حتى

استشهدت قال كذبت ولكنك قاتلت ليقال فالن جريء فقد قيل ثم أمر به فسحب على

وجهه حتى ألقي في النار ورجل تعلم العلم وعلمه وقرأ القرآن فأتي به فعرفه نعمه

فعرفها قال فما عملت فيها قال تعلمت العلم وعلمته وقرأت فيك القرآن قال كذبت

ولكنك تعلمت العلم ليقال عالم وقرأت القرآن ليقال قارئ فقد قيل ثم أمر به فسحب

على وجهه حتى ألقي في النار ورجل وسع الله عليه وأعطاه من أصناف المال كله فأتي

به فعرفه نعمه فعرفها فقال ما عملت فيها قال ما تركت من سبيل تحب قال أبو عبد

الرحمن ولم أفهم تحب كما أردت أن ينفق فيها إال أنفقت فيها لك قال كذبت ولكن ليقال

إنه جواد فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه فألقي في النار - رواه النسائي

قال الشيخ األلباني : صحيح

Sabda Nabi s.a.w:

Page 84: Kisah Fb 2012

“Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati

syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah

yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah

berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau

bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan

berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar

dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam

neraka.

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya

dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah

bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia

menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca

al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya

engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca

al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan

padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya

sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan

pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya:

“Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku

tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan

melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah

berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau

dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu

diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan

ke dalam neraka

Bila adanya anggota samada yang zahir mahupun yang batin dari diri kamu,

yang dah mula bekerja atas jalan Nya, maka relakanlah... redhakanlah ia... dan

tetaplah kamu di atas jalan Nya... istiqamahlah...

Dengan ujianlah kekuatan itu boleh terbina... [via Celcom SMS]

Kekuatan itu perlu dibina... Kesakitan itu perlu dilupakan...

Jika di medan jihad, para pejuang masih lagi bertahan dan tabah berjuang

walaupun dalam keperitan dan kesakitan... aku yang hanya diuji sedikit...

mampukah aku menjadi setabah mereka???

Page 85: Kisah Fb 2012

Benar itu bukanlah diukur pada pandangan insan... tapi benar itu adalah pada

Syariat yang ditetapkan Nya... Bila sesuatu perkara itu menepati Syariat, maka

itulah Kebenaran...

Ku masih di peringkat rendah... amat rendah... semangatku mudah luntur... ku

perlukan semangat... semangat yang lebih...

‘Abdullah bin Abu Qatadah meriwayatkan daripada bapanya, katanya :

Rasulullah SAW bersabda :

خيرما يخلف الرجل من بعده ثالث : ولد صالح يدعوله وصدقة تجرى يبلغه أجرها وعلم

.يعمل به من بعده

“Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seorang lelaki sesudahnya ialah tiga

perkara : Anak yang soleh yang berdoa untuknya, sedekah jariah yang

pahalanya sampai kepadanya, dan ilmu yang diamalkan sesudahnya.”

Hadits Shahih. HR. Ibnu Majah 241-197, Ibnu Hibban dalam Shahihnya 84, 85,

Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jamush-Shaghir hal.99, Ibnu Abdil-Barri dalam Jamiu’

Bayanil-Ilmi 1/15. At-Ta’liq Ar-Raghib 1/85, Al-Ahkam 176, Ar-Raudhun-Nadhir

1013.

InsyaAllah… Akan ku cuba dan berusaha untuk meninggalkan sebaik-baik

perkara yang disebut di dalam hadits di atas sebelum ku pergi meninggalkan

dunia ini… Jika tidak mampu ketiga-tiganya, dua pun tidak mengapa… Jika tidak

mampu dua, satu pun tidak mengapa… setakat yang ku termampu… asalkan

paling kurang perlu ada salah satu yang ku tinggalkan buat generasi selepasku

dan buat bekalanku untuk menemui Sang Pencipta…

Sebagai insan, untuk mengenali dan memahami seseorang insan yang lain

adalah hanya dengan menilai pada zahir seseorang itu… kerana hakikat insan

tidak dapat mencapai apa yang tersirat dan tersembunyi dalam hati seseorang…

Hanya Allah SWT sahaja yang mampu memahami apa yang tersirat dan yang

tersurat seseorang… Hanya Sang Pencipta, Al-Khaliq yang benar-benar

memahami makhluk ciptaan Nya… Hanya Dia… Dia lah Yang Maha Mengetahui

dan Maha Melihat apa yang tersirat dan apa yang tersurat… Oleh itu, kembalilah

kepada Tuhan mu, yang juga Tuhan ku… Tuhan yang menciptakan diriku dan

jua dirimu… Tuhan Yang Maha Esa… Tiada Tuhan melainkan Dia, Allah ‘Azza

Wa Jalla… Berharaplah kepada cinta Nya… Berusahalah meraih cinta Nya…

Jangan sesekali berputus asa terhadap Nya… Jagalah dirimu dan sentiasalah

pastikan dirimu berada dalam naungan Nya , di bawah bimbingan Al-Quran dan

As-Sunnah… Jangan lupa untuk bersyukur kepada Nya atas setiap perkara…

Page 86: Kisah Fb 2012

tidak kira perkara itu adalah baik atau buruk di mata insan… kerana hakikat

sebenar hanya Dia Yang Maha Mengetahui… Jangan bersangka buruk kepada

Nya… dan maafkan diriku sekiranya tidak mampu memahami dirimu

sepenuhnya… mungkin sedikit sahaja diriku dapat memahami dirimu, iaitu apa

yang terzahir dari dirimu sahaja… maafkan diriku… kerana diriku hanyalah

seorang yang bernama insan… :')

Di tengah keramaian, aku ingin menjadi yang asing... [via Celcom SMS]

Berpegang dengan prinsip Islam, bimbingan dari Al-Quran dan As-Sunnah...

Perjuangan di universiti, bukan hanya perjuangan menuntut 'ilmu dalam kuliah

saja, tetapi juga perjuangan menjalani kehidupan berdikari... [via Celcom SMS]

Jaga pemakanan... Antara perkara yang perlu diambil berat oleh pelajar... [via

Celcom SMS]

Dulu ku hanya mengharapkan cinta dari insan, kini, ku harapkan cintaMu Ya

Rabbi, dan buat selamanya berharap cintaMu... dan cinta dari insan itu ku harap

dapat membawaku kepada cintaMu... [via Celcom SMS]

Terima kasih Ya Allah, kerana menguji dan menarik sedikit nikmat dari diriku...

Sekurang-kurangnya ini membuatkan diriku teringat kepada-Mu... [via Celcom

SMS]

Mulakan pagi anda dengan mengingati Allah... [via Celcom SMS]

"Berbagai tempoh dan detik akan kita tempuhi, namun tiada yang lebih indah

daripada perasaan bergantung harap kepada Allah..." [via Celcom SMS]

"Kita mencela maksiat secara umum, tetapi kita tidak disuruh mencela pelaku

maksiat secara khusus..." [via Celcom SMS]

"Apa yang penting adalah prinsip yang dipegang, bukan jenama yang dipakai..." -

DrMAZA [via Celcom SMS]

Status : Masih lemah... perlu lebih struggle untuk perjuangan ini... kena lebih

bersemangat...

Salam Perjuangan buat semua... keep istiqamah... bersama laungkan "Allahu

Akbar!!!"...

Kekuatan... itulah yang ku perlukan... untuk ku terus setia, istiqamah dengan

perjuangan ini...

Ya Allah... Jauhkanlah daku dari cinta yang HARAM...

Page 87: Kisah Fb 2012

Janganlah kita sentiasa melihat akan keburukan seseorang itu, hinggakan

kebaikan padanya langsung tak nampak... yang buruk bukan untuk dicaci atau

dikeji tapi untuk dibaiki...

Gunakan kelebihan masing-masing dalam penyebaran RISALAH yang BENAR

dan SUCI ini kerana setiap orang mempunyai kelebihan yang tersendiri...

"Tiada beza antara rakyat, raja, menteri ataupun bangsawan di hadapan

KEADILAN. HAQ ..."

"Suara majoriti ramai tidak perlu dipenuhi sekiranya ianya bercanggah dengan

Syariat Allah... yang perlu adalah berpegang kepada Syariat Allah... tidak boleh

menghalalkan yang haram atas nama 'suara ramai'..."

Jangan dustai takdir yang telah ditetapkanNya terhadap kita, kerana itulah yang

terbaik buat kita... [via Celcom SMS]

Janji Allah itu adalah suatu Kepastian... [via Celcom SMS]

Mencintai dan dicintai adalah fitrah insan, salurkan pada yang HAQ... [via

Celcom SMS]

"Adalah beza antara Islam sebagai prinsip dengan Islam sebagai alat..."

"Jangan tafsirkan nas-nas Al-Quran dan Sunnah secara salah hanya kerana

hendak memenuhi perjuangan yang kabur ataupun tuntutan yang tersilap..." -

DrMAZA

"Hukum-hakam Islam dapat diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan

pelbagai jenis ubat untuk sema jenis penyakit. Apabila ada ubat yang tidak

sesuai dengan penyakit, maka jangan menganggap ubat itu salah lalu perlu

dihapuskan..." - DrMAZA

"Mengingati syurga menjadikan luka dan parah yang terkena dalam perjalanan

ini, kecil dan sedikit. Mengingati neraka menjadikan penderitaan ataupun susah

payah dalam mematuhi prinsip yang Allah dan RasulNya perintahkan itu, menjadi

ringan..." - DrMAZA

"Membaca kisah syurga dalam Al-Quran dan As-Sunnah, menjadikan jiwa kita

rindu dan syahdu. Mendidik jiwa upaya beriman dengan syurga dan neraka,

adalah ubat kepada kegawatan dan kerakusan hidup..." - DrMAZA

Ramai yang melihat sesuatu peristiwa pahit tanpa menilai sebab berlakunya...

Mereka hanya tahu mencemuh... Sedangkan ada pengajaran di sebalik sebab

berlakunya... [via Celcom SMS]

Page 88: Kisah Fb 2012

Asif Jiddan ana pinta kepada semua sahabat dan kenalan atas segala salah,

silap dan khilaf selama nie... Ana akui kelemahan diri ana... Asif kerana setakat

hari nie, nie saja yang mampu ana capai... Asif kerana setakat hari nie, hanya nie

tahap perangai ana, akhlaq ana yang dapat ana kecapi... Asif jika ana tidak dapat

capai apa yang antum harapkan terhadap ana... Syukron Jazilan kerana sudi

terima ana sebagai sahabat dan kenalan antum... Semoga Allah memberkati

antum...

"Gagal mengingati asas menyebabkan kita kehilangan kompas dalam kembara

hidup..." - DrMAZA

Islam sama sekali tidak dapat menerima pegangan agama yang dibuat atas

dasar ikut-ikutan tanpa memahami dalil ataupun alasan. Tiada taqlid buta dalam

agama ini. - DrMAZA

Apa2 pun, aku perlu kuat utk hadapi masa akan dtg, masa skrg dan masa silam

yg menghantui... [via Celcom SMS]

Bila teringatkan zaman2 kenakalan dulu, kadang2 rasa mcm nak tergelak sendiri,

di samping rasa sedih dan kecewa... [via Celcom SMS]

Sampainya Islam kepada kita hari ini bukan sesuatu yang dilalui dengan mudah,

tetapi dengan titisan darah para syuhada'...

"Cabaran paling besar dalam kalangan sesetengah agamawan ataupun tokoh

agama adalah ketiadaan manhaj ataupun metode yang betul dalam memahami

sesuatu fakta yang dikaitkan dengan Islam. Lalu, atas kurang teliti ataupun

'kurang fikir' ataupun 'memang tidak fikir', mereka menelan semua perkara yang

dikaitkan dengan agama sama ada hasil percakapan orang ataupun bahan

bacaan. Daripada situ, lahirnya khurafat, karut-marut, tokok tambah, dan

pemikiran 'kartun' yang diberikan label agama..." -Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Kekejaman dan kezaliman WAJIB dihentikan!!! Sedarlah wahai manusia yang

mempunyai akal yang waras... Masihkah kalian ingin berada di bawah naungan

kezaliman dan kekejaman??? Masihkah kalian ingin melihat generasi-generasi

kalian ditindas, dizalimi??? Sedarlah!!! Ayuh kita bangkit bersama menentang

kezaliman itu!!!

Kita bukan menentang PDRM , Kita bukan menentang Federal Reserve Unit ,

Kita bukan menentang KERAJAAN sekarang, tapi Kita menentang KEZALIMAN

dan PENINDASAN yang mereka lakukan !!!

"Sikap yang jumud dan memusuhi pandangan tanpa alasan hanya membawa

agama kepada kancah kebencian dan menjadikan ada pihak yang berfikir seperti

Page 89: Kisah Fb 2012

Barat, agama patut diasingkan daripada campur tangan dalam urusan

kehidupan..." - Dr.MAZA

"Sesiapa ada fakta dan dalil yang menuruti disiplin keilmuan, maka agama

memberi ruang kepadanya memberikan pandangannya..."

"Menghalang orang lain berfikir selain menurut fikiran kita adalah permulaan jalan

menuju masyarakat jumud atau kejumudan 'ilmu..." - DrMAZA