Kesediaan Guru Komputer

11
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023 Page 1 KOLEJ SASTERA DAN SAINS PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN SGDT 3023 PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER Kesediaan Guru Guru Dalam Mengint egrasikan Pengajaran Berasaskan Komputer /Laman Web Di Sekolah DISEDIAKAN UNTUK: PN.SITI NAZUAR BINTI SAILIN DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO.MATRIK NAZIRAH BINTI TIARDEK 212219

Transcript of Kesediaan Guru Komputer

Page 1: Kesediaan Guru Komputer

8/19/2019 Kesediaan Guru Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/kesediaan-guru-komputer 1/11

[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER]  SGDT3023

Page 1

KOLEJ SASTERA DAN SAINS

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN

SGDT 3023

PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER

Kesediaan Guru Guru Dalam Mengintegrasikan

Pengajaran Berasaskan Komputer/Laman Web Di

Sekolah

DISEDIAKAN UNTUK:

PN.SITI NAZUAR BINTI SAILIN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO.MATRIK

NAZIRAH BINTI TIARDEK 212219

Page 2: Kesediaan Guru Komputer

8/19/2019 Kesediaan Guru Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/kesediaan-guru-komputer 2/11

[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER]  SGDT3023

Page 2

KESEDIAAN GURU-GURU DALAM MENGINTEGRASIKAN PENGAJARAN

BERASASKAN KOMPUTER/LAMAN WEB DI SEKOLAH

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru,

malah telah lama diperkenalkan. Definisi pengajaran berintegrasikan komputer ialah

menggunakan perisian umum yang dibina khusus untuk mencapai objektif matapelajaran sebagai

alat pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penggunaan komputer dalam P&P mempunyai

hubungan secara langsung dengan konsep penggunaan teknologi maklumat yang dibawa ke

dalam dunia pendidikan. Penggunaan komputer di sekolah boleh dilihat daripada dua aspek,

iaitu penggunaan komputer dalam pentadbiran serta penggunaan komputer sebagai bahan bantu

mengajar.(Zamri & Mohamed Amin, 2008). 

Antara kelebihan pengajaran berintegrasikan komputer ialah ia dapat meningkatkan

kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran. Selain itu, ianya juga dapat meningkatkan

motivasi pelajar dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan

mencabar. Pelajar juga akan mendapat pengalaman sebenar yang dapat merangsang aktiviti

sendiri di kalangan pelajar dan membina pemikiran yang berterusan. Dengan pengajaran

 berasaskan komputer, kaedah pengajaran lebih kepada berpusatkan pelajar dimana pelajar dapat

melakukan sendiri perbincangan, pembelajaran menggunakan aplikasi internet iaitu laman sosial

yang menjadi penghubung antara pelajar untuk berinteraksi sesama mereka.  (Zaidatol Akmaliah

& Foo ,2003). Oleh itu, kesediaan guru merupakan salah satu elemen penting dalam membantu

 pelajar menyesuaikan diri dalam suasana dan kaedah pembelajaran yang baharu (Noraini Attan,

2002). Menurut Habib Mat Som (2005), kesediaan adalah aspek penting dalam menentukan

kejayaan dan kegagalan pelaksanaan perubahan kurikulum. Seharusnya, tahap kesediaan guru

 perlu diberi perhatian yang khusus. Justeru, guru hendaklah mempunyai tahap kesediaan yang

Page 3: Kesediaan Guru Komputer

8/19/2019 Kesediaan Guru Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/kesediaan-guru-komputer 3/11

[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER]  SGDT3023

Page 3

tinggi dalam proses menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan bermakna

kepada pelajar.

Untuk mengintegrasikan komputer dalam pengajaran , individu yang bertanggungjawab

adalah guru itu sendiri. Guru memainkan peranan yang penting dalam menyediakan persekitaran

 pembelajaran yang kondusif dalam kelas. Sebagai langkah mewujudkan pembelajaran yang

menarik mengikut peredaran teknologi masa kini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM)

telah melaksanakan pengintegrasian komputer di sekolah yang mana semua guru perlu

menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar. Sikap terhadap penggunaan komputer

membawa kepada kesediaan guru menerima komputer dan menggunakannya dalam tugas

 pengajaran hariannya. Namun begitu, bukan semua guru bersedia untuk menggunakan komputer

dalam pengajaran mereka. Hal ini kerana masalah kurang kemahiran menggunakan komputer.

Akan tetapi, pengintegrasian komputer dapat diteruskan dengan adanya guru yang bersedia

menggunakan komputer dalam pengajaran mereka walaupun mereka memerlukan pelbagai

kesediaan yang rapi. Antara kesediaan yang perlu ada pada seseorang guru ialah mempunyai

kemahiran yang tinggi dalam penggunaan komputer. Contohnya, guru-guru hendaklah

menghadiri bengkel dan kursus yang berkaitan dengan penggunaan komputer dan cara untuk

membina bahan pengajaran menggunakan perisian-perisian khusus seperti membina koswer,

 permainan pendidikan  dan banyak lagi. Dengan menghadiri kursus tersebut, guru dapat

meningkatkan kemahiran dan menjadi lebih profesional dalam menyediakan bahan pengajaran

yang menarik dan dapat mengaplikasikan komputer dalam pengajaran. Namun, bengkel yang

dianjurkan oleh pihak kementerian masih tidak mencukupi untuk para guru kerana melibatkan

kos yang tinggi. Selain itu, sesetengah guru pula tidak mempunyai masa yang banyak untuk

menghadiri bengkel tersebut. Jadi untuk tidak merugikan waktu, guru-guru juga boleh

Page 4: Kesediaan Guru Komputer

8/19/2019 Kesediaan Guru Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/kesediaan-guru-komputer 4/11

[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER]  SGDT3023

Page 4

mengambil inisiatif sendiri dengan mempelajari perisian-perisian melalui Youtube. Kita dapat

lihat pengajaran berasaskan komputer telah mengubah peranan seseorang guru daripada seorang

yang pemberi maklumat kepada seorang pemudah cara atau fasilitator untuk pelajar

mendapatkan maklumat dalam pembelajaran dan pengajaran seperti mencari maklumat menerusi

internet. (Noriati, et.al, (2009). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa amat penting kesediaan

 pengetahuan yang tinggi kepada seorang guru dalam menggunakan komputer agar dapat

memudah cara pelajar dan mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran yang diajar. 

(Zainuddin et.al., 2008).

Kesediaan kedua yang diperlukan oleh guru adalah menetapkan sikap positif terhadap

penggunaan komputer. Sikap yang positif terhadap sesuatu perkara adalah penting untuk

mendorong seseorang itu untuk mempelajari sesuatu yang diingini. Seperti kita lihat, guru masa

kini semakin berpengetahuan dan peka dengan persediaan menggunakan ICT dalam proses

 pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna penerimaan yang baik daripada guru-guru untuk

menggunakan komputer dalam pengajaran. Namun begitu, tidak dinafikan guru muda sahaja

yang memberikan sifat positif manakala guru berusia atau guru lama masih tidak mengorak

langkah perubahan kerana bagi mereka tidak perlu ada perubahan sekiranya keputusan yang

cemerlang masih diperolehi tanpa menggunakan komputer. Selain itu, kerisauan yang tinggi

dalam menggunakan komputer telah membantutkan perasaan ingin mencuba kepada guru-guru

 berusia. Terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapi oleh guru-guru dalam penggunaan komputer

iaitu takut sekiranya rosak apabila menggunakan peralatan, takut kerana mereka merasakan

tidak berupaya mempelajari teknologi pada tahap yang tinggi dan ada guru yang risau sekiranya

sekolah mengarahkan guru yang tahu dan mahir komputer membuat segala tugas yang

memerlukan penggunaan komputer. Oleh itu, daripada dibelenggu perasaan risau sebegini adalah

Page 5: Kesediaan Guru Komputer

8/19/2019 Kesediaan Guru Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/kesediaan-guru-komputer 5/11

[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER]  SGDT3023

Page 5

lebih mudah bagi mereka menolak terus perubahan pendidikan. Tetapi di hati mereka boleh juga

wujud rasa rendah diri apabila berada di kalangan individu yang celik komputer. Oleh itu, sikap

negatif kepada komputer ini perlu dibuang agar pengintegrasian komputer dalam pendidikan

dapat dijalankan dengan lancar dan dapat memenuhi dasar KPM yang berusaha melaksanakan

 pembestarian pendidikan di negara ini.(Zamri & Mohamed Amin, 2008).

Kesediaan ketiga yang perlu diambil oleh guru-guru iaitu bersedia dengan kekurangan

kelengkapan kemudahan komputer di sekolah. Proses pengintegrasian teknologi maklumat

dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan

makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, penyediaan dan

 penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar sangat mempengaruhi aras penggunaan

komputer di kalangan guru. Peralatan teknologi komputer yang kurang diselenggarakan

menyebabkan banyak peralatan komputer dan ICT yang dibekalkan ke sekolah tidak dapat

dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Untuk memastikan penggunaan komputer di dalam kelas,

 pihak kementerian dan sekolah juga perlu menyediakan dan melengkapkan peralatan teknologi

seperti komputer, LCD dan peralatan suara di dalam kelas. Kewujudan makmal komputer di

sekolah dirasakan sesuatu perkara yang wajib. Seperti yang kita ketahui, pihak kementerian telah

membina makmal komputer di setiap sekolah. Tujuannya untuk membolehkan pelajar dan juga

guru menggunakan alatan yang disediakan sepenuhnya. Pelajar dan guru bebas belajar

menggunakannya untuk mengakses maklumat, mencari data, meneroka ilmu baru dan

sebagainya. Malangnya, hal ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Untuk melengkapkan

kemudahan semua sekolah memerlukan kos yang banyak, komitmen yang tinggi serta

memerlukan masa yang lama untuk melengkapkan segala peralatan. Namun, guru sendiri juga

hendaklah mempunyai peranan dan rasa bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan ini

Page 6: Kesediaan Guru Komputer

8/19/2019 Kesediaan Guru Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/kesediaan-guru-komputer 6/11

[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER]  SGDT3023

Page 6

tanpa menunggu bantuan daripada pihak lain. Contohnya, membeli sendiri komputer riba dan

melanggan jalur lebar untuk digunakan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Dengan

adanya komputer sendiri guru boleh mencari maklumat pengajaran dengan cepat dan lancar

dengan bantuan internet yang laju walau dimana guru tersebut berada.

Kesediaan yang keempat iaitu  bersedia menanggung beban tugas yang banyak dan

masa yang terhad. Untuk mewujudkan kepelbagaian kaedah pengajaran dengan menggunakan

komputer, tugas guru bertambah dengan menyediakan bahan pengajaraan yang menggunakan

 perisian-perisian yang khusus seperti slaid Powerpoint, Prezi, Camtasia dan banyak lagi.

Tambahan lagi beban tugas guru yang banyak di sekolah iaitu memegang jawatan-jawatan

seperti guru kelas, guru disiplin dan sebagainya. Hal ini yang memberi halangan kepada guru

untuk mengintegrasikan komputer dalam pengajaran. Memang diakui dengan menggunakan

teknologi komputer dalam kelas dapat memudahkan pengajaran dengan hanya memaparkan

 bahan ke LCD, namun sebaliknya persediaan bahan dan peralatan itu mengambil masa yang

lama untuk disiapkan. Namun, beban ini akan berkurang sekiranya guru mempunyai

 pengetahuan yang tinggi kepada sesuatu bahan atau peralatan tersebut dan dapat memudahkan

 proses penyediaan bahan pengajaran. Di samping itu, guru perlu bijak dalam menguruskan masa.

Mengurus masa yang dimaksudkan adalah dari segi masa yang diperlukan untuk persediaan

sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran. Apabila guru sudah mahir dalam penyediaan

 peralatan, guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan dan

 perkakasan komputer seperti pemasangan LCD. Segelintir guru boleh menerima pengintegrasian

ini, namun dalam masa yang sama ianya juga membuatkan guru tidak bersemangat

melaksanakan penggunaan komputer dalam kelas. Selain itu, guru juga hendaklah bijak

menguruskan masa dalam penyediaan bahan P&P. Hal ini kerana, jika bahan P&P yang dibuat

Page 7: Kesediaan Guru Komputer

8/19/2019 Kesediaan Guru Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/kesediaan-guru-komputer 7/11

[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER]  SGDT3023

Page 7

oleh guru menggunakan perisian yang menarik ianya dapat menghilangkan bosan pelajar dan

menimbulkan minat pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar. Lebih-lebih lagi jika guru

menggunakan pengajaran berasaskan laman web, dimana guru hendaklah memuat naik nota dan

latihan ke laman web tersebut. Oleh itu, guru memerlukan masa yang lebih terhadap pengajaran

 berasaskan laman web kerana setiap perbincangan sesuatu topik yang diberikan oleh pelajar

semasa luar daripada P&P, guru hendaklah memberi maklum balas secara terus dan secepat yang

mungkin. Hal ini kerana, penglibatan pelajar secara aktif merupakan salah satu komponen

 penting dalam kejayaan sesuatu proses pembelajaran melalui laman web. Menurut (Baharudin,

2001), pembelajaran melalui laman web seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti pelajar

 bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif belajar secara kendiri dalam membentuk sesuatu

kemahiran. Oleh itu, pengurusan masa guru amatlah penting dalam mencapai objektif

 pembelajaran. Segalanya tidak mustahil, setiap orang akan menerima masa yang sama dalam

sehari iaitu 24 jam. Oleh itu dari kita sahaja yang boleh mengurus masa dengan baik atau tidak.

Selain itu, kesediaan guru seterusnya ialah guru-guru perlu memahami nilai

penggunaan teknologi maklumat. Sekiranya, guru-guru yang tidak memahami nilai

 penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami

ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan

kepada mereka ketika sesi pembelajaran dan pengajaran. Kualiti pencapaian pelajar sangat

 bergantung kepada pengajaran guru di dalam kelas. Pelajar sukar untuk memberikan tumpuan

dan minat dalam mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah terutamanya

 pengajaran yang yang melibatkan kaedah berpusatkan guru semata-mata. (Norazura, et.al, 2010).

Oleh itu, guru-guru boleh menjadikan pengajaran berasaskan laman web sebagai satu platform

dalam pengajaran di dalam kelas kerana laman web boleh melibatkan pelajar secara aktif. Tetapi

Page 8: Kesediaan Guru Komputer

8/19/2019 Kesediaan Guru Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/kesediaan-guru-komputer 8/11

[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER]  SGDT3023

Page 8

tidak semua guru yang ingin menggunakan laman web sebagai satu nilai tambah dalam

 pengajaran mereka. Menurut (Khan, 1999) pengajaran berasaskan laman web dilihat sebagai

medium perantaraan dalam menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Para guru dan pelajar

 boleh memperolehi maklumat dengan penggunaan laman web ini khususnya untuk tujuan

 pengajaran dan pembelajaran seperti melalui kuiz, nota tambahan, perbincangan dan sebagainya.

Terdapat beberapa ciri utama yang membezakan laman web dengan media lain iaitu kebolehan

menyediakan persekitaran yang membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru, pelajar

 berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain atau pelajar berinteraksi dengan persekitaran laman web

itu sendiri. Oleh itu, pengajaran berasaskan web boleh dilakukan oleh semua guru sebagai

tambahan kepada pengajaran di dalam kelas. Guru boleh menggunakan laman-laman web

 percuma yang sedia ada atau membinanya sendiri. Contohnya, guru-guru boleh menggunakan

 perisian Weebly, Webs, Blog, Joomla dan sebagainya. Kebiasaanya guru yang pertama kali

ingin membangunkan laman web, mereka masih tiada kemahiran dalam merekabentuk

antaramuka laman web tersebut. Tetapi perisian laman web percuma ini menyediakan pilihan

rekabentuk web tersebut dan guru hanya perlu menukar ilustrasi, tajuk dan kandungan yang

sesuai dengan topik pembelajaran.

Kesimpulannya, pengintegrasian komputer dalam pengajaran berasaskan komputer di

sekolah dapat dijalankan dengan lancar dengan mendapat kerjasama daripada pihak-pihak yang

wajib. Para pendidik khususnya perlu meningkatkan mutu pengajaran selaras dengan

 perkembangan teknologi dalam pendidikan. Ini bermakna guru-guru bukan sahaja perlu

menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak KPM ataupun sekolah, malah guru dengan

sendirinya perlu meningkatkan kebolehan dan pengetahuannya dalam pelbagai bidang supaya

tidak akan hanyut oleh arus teknologi. Hal ini kerana, guru adalah agen yang penting dalam

Page 9: Kesediaan Guru Komputer

8/19/2019 Kesediaan Guru Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/kesediaan-guru-komputer 9/11

[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER]  SGDT3023

Page 9

melahirkan generasi pelajar yang celik komputer dan teknologi maklumat. Selain itu, perubahan

 pemikiran yang negatif terhadap penggunaan komputer perlulah dibuang kerana terdapat banyak

kelebihan yang diperolehi sekiranya menggunakan komputer antaranya dapat meningkatkan

minat pelajar terhadap mata pelajaran tertentu. Tambahan lagi, pelajar pada zaman ini

merupakan generasi Y yang lebih tertumpu kepada pembelajaran maya seperti menggunakan

telefon pintar dan menerusi laman sosial. Oleh itu, guru-guru perlu bersedia menerima

 penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat melahirkan

generasi yang celik komputer. Dengan itu, lebih tinggi pengetahuan seseorang, lebih tinggi

 penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, untuk mengatasi masalah

kurang kelengkapan dan peralatan komputer di sekolah, pihak kerajaan perlu memberikan

 peruntukan yang secukupnya untuk melengkapkan sekolah dengan kemudahan dan kelengkapan

yang mencukupi untuk semua pelajar dan guru demi melahirkan pelajar yang cemerlang dan

guru yang gemilang.

Page 10: Kesediaan Guru Komputer

8/19/2019 Kesediaan Guru Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/kesediaan-guru-komputer 10/11

[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER]  SGDT3023

Page 10

Rujukan

Baharudin Sidki & Nik Rahimi Nik Yusoff. (2008 ). Cabaran penggunaan ICT dalam P&P

 Pendidikan Islam. Dalam Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul & Roseamnah Abd. Rauf.

 Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

 Pendidikan Islam .Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Habib Mat Som. (2005).  Profil Kesediaan Guru Sekolah Menengah Terhadap Pelaksanaan

 Perubahan Kurikulum. Universiti Malaya.

Khan, B.H. (1999). Web- Based Instruction. Dalam Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul &

Roseamnah Abd. Rauf.  Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran

 Dan Pembelajaran Pendidikan Islam .Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Maizura Yasin (2010). Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pengetahuan Kandungan Pedagogi

 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Satu.Universiti Putra Malaysia. Diakses

 pada 21 Oktober 2014 daripada http://psasir.upm.edu.my/11069/1/FPP_2010_1_A.pdf  

 Noraini Attan.(2002).Tahap Kesediaan Guru Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat

 Berasaskan Komputer Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Sains . Dalam Zainuddin Abu

Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohd Ali Ibrahim & Rahmad Sukor Ab Samad. (2008).

 Kemahiran ICT Dikalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia. Selangor: Arah Pendidikan

Sdn.Bhd.

 Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin & Siti Hazwani Mohamed Rozi. (2010). Teori

 Kecerdasan Pelbagai Untuk Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Di Dalam Kelas. Dalam

 Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul & Roseamnah Abd. Rauf.  Penggunaan Laman Web

Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam  .Selangor:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 11: Kesediaan Guru Komputer

8/19/2019 Kesediaan Guru Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/kesediaan-guru-komputer 11/11

[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER]  SGDT3023

Page 11

 Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan

Hassan. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn.

Bhd.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Foo Say Fooi . (2003).  Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan. 

Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Zamri & Mohamed Amin. (2008). Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan

 Pembelajaran Bahasa Melayu:Teori dan Praktis. Selangor: Karisma Publications Sdn.Bhd.

Zainuddin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohd Ali Ibrahim & Rahmad Sukor Ab

Samad. (2008).  Kemahiran ICT Dikalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia.  Selangor: Arah

Pendidikan Sdn.Bhd.