Kertas_kerja Perkhemahan Ppki Skpa3

8
KERTAS CADANGAN PERKHEMAHAN PENGAKAP KANAK-KANAK PPKI SK PUNCAK ALAM 3 ANJURAN BADAN BERUNIFORM PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS

description

Contoh kertas kerja perkhemahan pengakap

Transcript of Kertas_kerja Perkhemahan Ppki Skpa3

PERSATUAN MAHASISWA

KERTAS CADANGAN

PERKHEMAHAN PENGAKAPKANAK-KANAK PPKISK PUNCAK ALAM 3

ANJURAN

BADAN BERUNIFORM PENGAKAP PENDIDIKAN KHASPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN SK PUNCAK ALAM 3

1.0Pengenalan

Sekolah telah terpilih mengadakan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dari tahun 2014 hingga kini. Pada tahun 2015 seramai 14 orang murid telah didaftarkan bersama 4 orang guru. Seperti pelajar aliran perdana, pelajar PPKI juga terlibat dalam aktiviti Ko-kurikulum Badan Beruniform Pengakap. Kertas kerja ini disediakan untuk merancang mengadakan Program Perkhemahan Pengakap dan Kem Motivasi peringkat sekolah. Program ini diharapkan dapat memberikan pengalaman bererti kepada pelajar PPKI sementara mereka masih berada di bangku sekolah.2.0Objektif

2.1 Mengembangkan potensi pelajar khas dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga Falsafah Pendidikan Khas.2.2 Memberi peluang pelajar khas mendapat peluang pendedahan yang luas tentang hubungan yang terjalin antara manusia dengan alam sekitar.2.3 Memupuk semangat jati diri dan usahasama dalam diri setiap individu di samping memberi kesedaran tentang kebesaran dan ketinggian Pencipta-Nya.2.4 Menggalakkan sikap positif dalam diri pelajar di samping memastikan komunikasi antara pelajar dan masyarakat berjalan dengan lancar dan berkesan.2.5 Memupuk dan menjalinkan hubungan silaturrahim yang berkekalan antara pelajar dan guru pendidikan khas.3.0Anjuran

Badan Beruniform Pengakap Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SMK Sultan Ibrahim Dua.4.0Tarikh

Program ini akan diadakan pada 27 Mei 2015 ( Rabu ) .

5.0Tempat

Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam36.0Sasaran

Program ini mensasarkan pelajar-pelajar PPKI Sek. Keb. Puncak Alam3

7.0 Jawatankuasa Program

JAWATANKUASA INDUK.Pengerusi: Tuan Hj.Ismail bin Dawani Guru BesarTimbalan Pengerusi : En Rosli PK Ko-kurikulumNaib Pengerusi: En. Azhar Azlan bin AriffinPK Pentadbiran Tuan Hj.Isnu bin SururiPK HEM Tuan haj Rosli bin ZainiPK Kokurikulum Pn. Suhaini binti Hamat PK Petang Pn Rahmah bt. MokhtarPenyelarasPend. KhasAJK: Pn Rohana binti Abd.JalilGuruPendidikan Khas En. Tuan Azhan bin Tuan Aziz Guru Pendidikan Khas Pn. Nor Naimah bt. AliGuru Pendidikan KhasJAWATANKUASA PERLAKSANAAN

Pengarah ProgramRahmah binti Mokhtar

PenyelarasProgram& Kewangan1. Rohana binti Abd.Jalil

Setiausaha Program Pn.Rohana binti Abd.Jalil

Ajk Fotografi dan Dokumentasi -En.Tuan Azhan bin Tuan Aziz

Ajk Perlaksanaan Aktiviti Program-Pn.Nor Naimah binti Ali.

Ajk Makanan Pn.Rohana binti Abd.Jalil

Ajk Sijil & Hadiah1. Pn.Rahmah binti Mokhtar

8.0Tentatif Program

MasaAktivitiTindakan

7.30 pagi- Murid berkumpul di SKPA3 Murid dan semua guru

8.00 pagi- Pendaftaran Murid dan aktiviti Pengenalan ( senam robik)Pn.Nor Naimah dan semua guru(Dataran Dewan Terbuka)

9.00 pagiTunjuk cara memasang khemahTuan Azhan & semua guru

9.30 pagi- Rehat Pn.Rohana dan semua guru

10.00 pagi- TazkirahPn Maizatul dan semua guru

10.30 pagi- Explorace ( dua kumpulan) Stesen cari harta karun Stesen mengupas buah Stesen membuat dadih Stesen mewarna Stesen mereka ciptaPn Nor Naimah dan semua guru

12.00tgh Makan tengahari, rehat dan solatJumaat Pn.Rohana & Semua guru

2.00 ptg- Pertandingan masakan( burger) Pn. Rahmah& semua guru

3.00-Nyanyian lagu pengakap dan Persetiaan Pengakap-Pertandingan persembahan antara ahli-Perasmian penutup

-Penyampaian sijil dan hadiah Tuan Azhan dan semua guru

Tn Haji Ismail bin Dawani

Pn.Rahmah binti Mokhtar

5.00-Bersurai Murid dan semua guru

9.0Anggaran Belanjawan

BilPERKARAKOS JUMLAH

1.Fail murid dan bahan12X RM1= RM12.00

2.Bahan masakan1. Buah2. Burger dan bahan3. DadihRM 20.00RM10.00RM 12.00

3.Makanan tengah hariRM 5.00 X 12=RM 60.00

4.HadiahRM3.00X 12= RM 36.00

5.SijilRM1.00X 3 = RM3

JUMLAH KESELUHURAN*Sumber kewangan daripada sumbangan murid dan individu

10.0Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga program dapat ini dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang seiring dengan Falsafah Pendidikan Khas. Selain dari itu, program ini juga diharapkan akan menjadi titik tolak kepada peningkatan integriti pelajar PPKI dan memberikan pengalaman yang berguna kepada guru-guru PPKI.

Disediakan oleh,

...........................................Rohana Binti Abd.JalilSetiausaha Perkhemahan Pengakap Peringkat SekolahPPKI SKPA 3

Disemak oleh,

..........................................Rahmah binti MokhtarPenyelaras Pendidikan KhasSK Puncak Alam 3

Diluluskan oleh,

TUan Hj.Ismail bin DawaniGuru Besar SK. Puncak Alam 3