Kertas Konsep Bicara Berirama Sr 2015

26
136 BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP KERTAS KONSEP BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1.0 PENDAHULUAN Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor. Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo. 2.0 PENGENALAN Bicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Sub Unit Bahasa Melayu, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat menggalakkan dan meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam kalangan murid-murid sekolah menengah khasnya. 3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 3.1 Sasaran Pertandingan ini terbuka untuk murid Tahap Dua Sekolah Rendah (Tahun 4, 5 dan 6 sahaja). Setiap pasukan mestilah dari sekolah yang sama. Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan. 3.2 Masa Persembahan hanya dihadkan selama 12 hingga 15 minit. Loceng akan dibunyikan sekali pada minit yang ke-12 dan dua kali pada minit yang ke-15 menandakan masa telah tamat. Masa akan dikira mulai ujaran pertama para peserta ketika berada di atas pentas. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

description

er

Transcript of Kertas Konsep Bicara Berirama Sr 2015

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor.

Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo.

2.0PENGENALAN

Bicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Sub Unit Bahasa Melayu, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat menggalakkan dan meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam kalangan murid-murid sekolah menengah khasnya.

3.0SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Sasaran

Pertandingan ini terbuka untuk murid Tahap Dua Sekolah Rendah (Tahun 4, 5 dan 6 sahaja). Setiap pasukan mestilah dari sekolah yang sama. Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan.

3.2 Masa

Persembahan hanya dihadkan selama 12 hingga 15 minit. Loceng akan dibunyikan sekali pada minit yang ke-12 dan dua kali pada minit yang ke-15 menandakan masa telah tamat. Masa akan dikira mulai ujaran pertama para peserta ketika berada di atas pentas.

3.3 PasukanSetiap pasukan mesti berjumlah 30 orang termasuk seorang konduktor. Setiap pasukan mestilah diiringi oleh 3 orang guru pengiring.

3.4 Teks/Skrip

3.4.1. Skrip adalah bertema sama ada dalam puisi atau prosa yang

dikarang/reka sendiri dan autentik.

3.4.2. Skrip yang dikarang/reka mestilah tidak menyentuh isu-isu

sensitif seperti agama, kaum, politik, budaya masyarakat setempat dan peribadi seseorang.

3.4.3. Skrip yang dikarang hendaklah dihantar kepada penganjur

dalam lima salinan sebelum pertandingan/semasa pendaftaran.

3.4.4. Markah kreativiti dinilai berdasarkan persembahan fizikal buku

skrip dan isi kandungannya.

3.4.5. Skrip yang dikarang/reka hendaklah mempunyai sinopsis,

kerangka cerita, segmen dan nombor mengikut ujaran. (Sila rujuk rangka skrip yang telah disediakan).

3.4.6. Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk

nota/teks/bahan bercetak dan bertulis semasa membuat

persembahan.

3.5 Pakaian

Semua peserta diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah (pakaian pengawas/pengawas pusat sumber/uniform asrama dibenarkan) sahaja. Sebarang aksesori yang tidak menepati pakaian seragam sekolah tidak dibenarkan. Hanya konduktor dibenarkan memakai sarung tangan putih.

3.6 Alatan

Penggunaan mikrofon adalah dibenarkan. Mikrofon tersebut hendaklah diletakkan dua (2) meter daripada peserta.

3.7 Sokongan

Sebarang alatan/sokongan seperti lakonan, berdrama, prop, bahan latar yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak dibenarkan. Nyanyian hanya dibenarkan tidak melebihi 3 minit sepanjang persembahan. Rakaman muzik "minus one" (Muzik tanpa suara) sahaja dibenarkan pada segmen permulaan dan penutup persembahan tetapi tiada sebarang markah diberi.

3.8 Pentas

Susunan pasukan di pentas adalah bebas mengikut kreativiti pasukan masing-masing. Susunan yang dibenarkan tidak melebihi tiga baris. Pergerakan setempat sahaja dibenarkan.

4.0 LARANGAN

Peniruan bunyi dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan budaya masyarakat Malaysia secara langsung. Pergerakan kaki melangkah sama ada ke hadapan, ke belakang, ke kanan ataupun ke kiri DIBENARKAN hanya dengan melibatkan sebelah kaki sahaja.

5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN

5.1 PERSEMBAHAN (100 markah)5.1.1Persembahan Ujaran (30 markah)Idea cerita (idea berdasarkan isu semasa menjadi keutamaan), kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai.

5.1.2Keseragaman persembahan (20 markah)Formasi/gerakan badan berbentuk objek seperti bulatan, segi empat dan sebagainya serta pergerakan setempat yang sesuai dengan skrip. Walau bagaimanapun, pergerakan kaki melangkah sama ada ke hadapan, ke belakang, ke kanan ataupun ke kiri DIBENARKAN hanya dengan melibatkan sebelah kaki sahaja.

5.1.3Kreativiti (15 markah)Kepelbagaian dan keselarasan suara serta pergerakan yang sesuai dan bermakna.

5.1.4 Kesan bunyi (10 markah)Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki dan lain-lain lagi.

5.1.5Penghayatan (15 markah)

Ekspresi mimik muka (tanpa bantuan alat solek) dan bahasa tubuh.

5.1.6Tempo dan ritma (10 markah)

Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, Jeda antara segmen, ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA RAMAI.

5.1.7Penalti (Dilakukan oleh KETUA HAKIM Sahaja) (tolak 10 markah)

Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat

pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi had masa atau kurang 5 minit dan persembahan yang keterlaluan. Markah maksimum penalti (10 markah) hanya dikenakan berdasarkan pelanggaran keseluruhan aspek penghakiman yang telah disenaraikan. Walau bagaimanapun, hanya KETUA HAKIM yang berhak mengenakan markah penalti.

5.2 SKRIP (100 markah)

5.2.1 Gagasan idea/Tema/Mesej (10 markah)

Idea yang bernas dan terkini, sesuai dan jelas mengikut tema dan mencapai kehendak audiens.

5.2.2 Bahasa (40 markah)

Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan. Bahasa percakapan (dialog) yang digunakan sesuai. Penggunaan bahasa bombastik dan dialek tidak dibenarkan (kecuali mengikut tema dan jalan cerita yang sesuai).

5.2.3 Cerita (30 markah)

Ada kesinambungan cerita. Jalan cerita jelas dan menampakkan keaslian (original). Arahan dalam skrip dinyatakan dengan jelas dan difahami

5.2.4 Watak (10 markah)

Mempunyai watak SUARA SOLO dan SUARA RAMAI. Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran.

5.2.5 Kreativiti (5 markah)

Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita,

menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak dan sesuai dengan tema.

5.2.6 Markah Bonus (5 markah)

Memperaga dan mempersembahkan skrip untuk memperlihatkan kesungguhan pasukan. Menyediakan sinopsis atau kandungan dalam skrip.

5.3KONDUKTOR (100 Markah)

5.3.1Keselarasan Gerakan Tangan (20 markah)

Formasi/gerakan tangan dan tubuh badan selari dengan pasukan.

5.3.2Mimik Muka (20 markah)

Ekspresi mimik muka (tanpa bantuan alat solek) selari dengan

pasukan.

5.3.3Kawalan Tempo (20 markah)

Sela masa yang tetap dalam memberi arahan, jeda antara segmen, ad-lib (sahut menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA RAMAI.

5.3.4Bahasa Badan (20 markah)Bahasa badan sesuai dengan pergerakan dan arahan yang ditunjukkan.

5.3.5Kepimpinan (20 markah)Mampu memimpin pasukan dengan baik melalui arahan dan pergerakan.

6.0HADIAH PERTANDINGAN

6.1Bahagian Skrip

Pertama : Piala Iringan dan Sijil

Kedua : Piala Iringan dan Sijil

Ketiga

: Piala Iringan dan Sijil

6.2Bahagian Konduktor

Pertama : Piala Iringan dan Sijil

Kedua : Piala Iringan dan Sijil

Ketiga

: Piala Iringan dan Sijil

6.3Bahagian Persembahan

Johan : Piala Pusingan, Piala Iringan, Sijil dan Cenderamata

Naib Johan: Piala Iringan, Sijil dan Cenderamata

Ketiga

: Piala Iringan, Sijil dan Cenderamata7.0KEPUTUSAN PERTANDINGAN

Pertandingan akan dijalankan menerusi sistem juri. Pemarkahan persembahan, skrip dan konduktor adalah tiga kategori berbeza dan tidak boleh dicampurkan untuk menentukan pemenang. Pemenang keseluruhan adalah berdasarkan pasukan yang mendapat markah BAHAGIAN PERSEMBAHAN yang paling tinggi. Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan keputusan HAKIM adalah muktamad.

8.00 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.BORANG PENGHAKIMAN (MARKAH PERSEMBAHAN)

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAANPasukan : ............................................................ Giliran :..................... Tema/Tajuk Bicara Berirama: ...........................................................

KRITERIA1Lemah2Sederhana3Baik4Amat Baik5 CemerlangUlasan

PERSEMBAHAN UJARANIdea cerita (berdasarkan isu semasa menjadi keutamaan),kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai.1-67-1213-1819-2425-30

KESERAGAMAN PERSEMBAHANFormasi/gerakan badan berbentuk objek bulatan, segi empat dan sebagainya serta pergerakan setempat.1-45-89-1213 -1617-20

KREATIVITIKesesuaian kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang bermakna serta rakaman muzik minus one yang sesuai.1-34-67-910-1213-15

KESAN BUNYIBunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki dan lain-lain lagi.1-23-45-67-89-10

PENGHAYATANEkspresi mimik muka (tanpa bantuan alat solek) dan bahasa tubuh.1-34-67-910-1213-15

TEMPO DAN RITMASela masa yang tetap dalam bentuk kumpulan, Jeda antara segmen, Ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA RAMAI.1-23-45-67-89-10

MARKAH PENALTI (Maksimum -10/ Ketua Hakim Sahaja)

TANDATANGAN : ................................................

Untuk Tindakan Urus Setia

Jumlah markah keseluruhan

NAMA HAKIM: ................................................

BORANG PENGHAKIMAN (MARKAH SKRIP)

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAANPasukan : ........................................................... Giliran :.....................Tema/Tajuk Bicara Berirama: .............................................................

KRITERIA1Lemah2Sederhana3Baik4Amat Baik5 CemerlangUlasan

TEMA/MESEJIsi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema dan mencapai kehendak audiens.1-23-45-67-89-10

BAHASABaku dan gramatis, penggunaan kata, frasa dan ungkapan bahasa percakapan (dialog) yang digunakan sesuai. Penggunaan bahasa bombastik dan dialek tidak dibenarkan.1-89-1617-2425-3233-40

CERITAAda kesinambungan cerita. Jalan cerita jelas dan menampakkan keaslian. Arahan dalam skrip dinyatakan dengan jelas dan difahami.1-67-1213-1819-2424-30

WATAKMempunyai watak SUARA SOLO dan SUARA RAMAI . Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran.1-23-45-67-89-10

KREATIVITIMempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita, menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak dan sesuai dengan tema.12345

MARKAH BONUSMemperaga dan mempersembahkan skrip untuk memperlihatkan kesungguhan pasukan. Menyediakan sinopsis atau kandungan dalam skrip.12345

TANDATANGAN : ................................................

Untuk Tindakan Urus Setia

NAMA HAKIM: ................................................

Jumlah markah keseluruhan

BORANG PENGHAKIMAN ( MARKAH KONDUKTOR)

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAANPasukan : ............................................................ Giliran :..................... Tema/Tajuk Bicara Berirama: ...........................................................

KRITERIA1Lemah2Sederhana3Baik4Amat Baik5 CemerlangUlasan

KESELARASAN GERAKAN TANGANFormasi/ gerakan tangan dan tubuh badan selari dengan pasukan.1-45-89 - 1213 -1617 - 20

MIMIK MUKAEkspresi mimik muka ( tanpa bantuan alat solek) selari dengan pasukan.1-45-89 - 1213 -1617 - 20

KAWALAN TEMPOSela masa yang tetap dalam memberi arahan, jeda antara segmen, Ad-lib (sahut menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA RAMAI.1-45-89 - 1213 -1617 - 20

BAHASA BADANBahasa badan sesuai dengan pergerakan dan arahan yang ditunjukkan.1-45-89 - 1213 -1617 - 20

KEPIMPINANMampu memimpin pasukan dengan baik melalui arahan dan pergerakan.1-45-89 - 1213 -1617 - 20

TANDATANGAN : ................................................

Untuk Tindakan Urus Setia

Jumlah markah keseluruhan

NAMA HAKIM: ................................................

BORANG CATATAN MASA

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAHPERINGKAT KEBANGSAANPASUKANMASA DIAMBIL

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

NAMA PENJAGA MASA : ____________________ TARIKH : _____________

TANDATANGAN :________________________

BORANG PENJURIAN KEDUDUKAN (PERSEMBAHAN)

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAHKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERINGKAT : ________________

GILIRANKETUAHAKIMHAKIM 2HAKIM 3HAKIM 4HAKIM 5JUMLAHKEDUDUKAN

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

*Jumlah yang paling sedikit dikira sebagai pemenang.

NAMA KETUA HAKIM: _______________________ TANDATANGAN:__________

NAMA DAN TANDATANGAN HAKIM

HAKIM 2 : __________________________ TANDATANGAN : _________

HAKIM 3 : __________________________ TANDATANGAN : _________

HAKIM 4 : __________________________ TANDATANGAN : _________

HAKIM 5 : __________________________ TANDATANGAN : _________

KIRAAN KEDUDUKAN (SKRIP TERBAIK)

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAHKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERINGKAT : ________________

KEDUDUKANMASAKETUAHAKIMHAKIM 2HAKIM 3HAKIM 4HAKIM 5KEDUDUKAN TEMPAT

1

2

3

4

5

6

7

NAMA KETUA HAKIM: _______________________ TANDATANGAN:__________

NAMA DAN TANDATANGAN HAKIM

HAKIM 1 : __________________________ TANDATANGAN : _________

HAKIM 2 : __________________________ TANDATANGAN : _________

HAKIM 3 : __________________________ TANDATANGAN : _________

HAKIM 4 : __________________________ TANDATANGAN : _________

TARIKH : ________________

KIRAAN KEDUDUKAN (KONDUKTOR TERBAIK)

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERINGKAT : ________________

KEDUDUKANMASAKETUAHAKIMHAKIM 1HAKIM 2HAKIM 3HAKIM 4KEDUDUKAN TEMPAT

1

2

3

4

5

6

7

NAMA KETUA HAKIM: _______________________ TANDATANGAN:__________

NAMA DAN TANDATANGAN HAKIM

HAKIM 1 : __________________________ TANDATANGAN : _________

HAKIM 2 : __________________________ TANDATANGAN : _________

HAKIM 3 : __________________________ TANDATANGAN : _________

HAKIM 4 : __________________________ TANDATANGAN : _________

TARIKH : ________________

BICARA BERIRAMA

BILSUKATAN PEMBELAJARAN

3.1Konsep Tema cerita

Isu semasa, persekitaran, kemasyarakatan, sains, dll

Unsur bahasa / seni yang digabungkan

Berdialog, menyusun kata/frasa, bertutur dengan betul, menyampaikan mesej dan menghafal skrip

Seni bercerita, seni muzik, seni suara, seni peniruan suara, seni lakon, seni dramatisasi (dramatik), seni pergerakan kreatif

3.2Cerita/Skrip Kerangka cerita / jalan cerita /masa

Mengingati cerita/jalan cerita

Kesinambungan / pertautan idea

Jalinan antara idea mengikut segmen

Ketepatan dialog / bermakna

Berdasarkan tema, suara solo dan suara beramai-ramai

Bahasa (ringkas, padat, bermesej)

Tema yang jelas

3.3Melodi Kesesuaian

Pelbagai jenis nada dalam penceritaan dan penyampaian

Suara / suara latar

Kawalan suara, lontaran suara, kejelasan sebutan, suara dalam atau suara luaran

Sebutan / nada / intonasi (BERIRAMA) Korus = sekumpulan peserta yang menyanyi bersama-sama dalam sesuatu persembahan

ditekankan keseragaman persembahan

ad lib (sahut-menyahut) suara solo (soloist)

nada suara yang lantang

Kepelbagaian irama

Tempo muzik berentak perlahan atau cepat

Kata dan frasa yang puitis

Tempo / jeda

Berdasarkan ujaran kata atau dialog serta ekspresi emosi

3.4Teknik Penyampaian Susunan cerita

Berplot (pengenalan, perkembangan, klimaks dan kesudahan cerita)

Kesatuan dan harmoni

Keseragaman korus, melodi dan irama

Keseragaman keseluruhan

Suara ramai, suara solo dan konduktor

Kreativiti

Bahasa badan dan bergantung pada arahan konduktor

Ekspresi

Mimik muka terhad kepada ujaran kata atau frasa

Sorotan mata dan lirikan mata

Suara tinggi, rendah dan lantang

Bunyi selingan muzik atau kesan bunyi

Penghayatan watak

Unsur kecindanan (kata-kata atau perlakuan yang berunsur jenaka yang tidak keterlaluan)

Rujuk situasi dalam cerita, dialek, peniruan bunyi atau suara watak tertentu

3.5Gerak Kreatif Kesesuaian gerak

Disiplin bahasa badan (dari paras pinggang ke kepala)

Gerak yang bermakna (fungsi)

Memberi kesan kepada mesej menggunakan kata dan frasa

Keseragaman gerak

Arahan daripada konduktor menggunakan isyarat tangan dan mimik muka

Bentuk-bentuk gerak (formasi)

Gerakan statik, gerakan memukau, gerakan bermakna serta kreatif

Kesinambungan dan keselarasan

Menyesuaikan lirik

3.6Teknikal Peserta

Suara solo dan suara beramai-ramai

Muzik

Muzik latar

Kesan bunyi

Terhad dan disesuaikan mengikut situasi yang diwujudkan

Alat / props

CD, DVD, buku rujukan, rakaman video, dll

Pencahayaan

Lampu sorot dan lampu limpah jika diadakan di dalam dewan

Konduktor

Memahami kerangka cerita

Mencipta gerak tangan dan mimik muka mengikut situasi serta segmen

Mengawal tempo, ad lib, melodi dan ujaran frasa

Berdiri tegak di hadapan kumpulan

Memilih bahan berdasarkan tema persembahan Bicara Berirama

Pastikan tema untuk bahan sesuai berdasarkan khalayak

Contoh isu dasar-dasar negara; alam sekitar, cerita binatang; dll

Menyaring isi melalui pemetaan cerita

Melakar plot cerita berdasarkan pengenalan, perkembangan (isi) cerita, klimaks dan kesudahan (isi) cerita

Menentukan plot cerita berdasarkan sub isi (SB)

Menulis ujaran kata, frasa dan ayat berserta watak

Penentuan watak individu (solo) dan suara ramai

Menentukan isi berdasarkan segmen

Menetapkan tempoh masa penyampaian isi

Menentukan aksi, pergerakan badan (gesture), mimik muka

Memasukkan kesan visual, elemen nyanyian berirama dan selingan muzik

Mengedit isi

Menentukan istilah, kata seru

Pemilihan ayat mudah, ringkas dan bermakna

Pemilihan frasa dan ungkapan yang menarik

Memetik ujaran tertentu yang biasa didengar oleh khalayak

Menghafal skrip

Menghafal berdasarkan segmen skrip, nombor ujaran/arahan cerita/pergerakan tubuh

Tema

: ................................................

Tajuk

: ................................................

Sinopsis Skrip :

Watak:

Watak Solo 1:

Watak Solo 2 :

Watak Ramai:

Rangka Skrip: SEGMEN 1

KEYNOSKRIP

SR1

SR2

SO13

SO24

SR5

SR6

SO37

SO48

SR9

SR10

Petunjuk :SO Suara Solo

SR Suara Ramai

Disediakan oleh:

.

(

)

SKRIP TERBAIK PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA

SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

SINOPSIS BICARA BERIRAMA

TEMA : GAYA HIDUP SIHAT

Bicara berirama ini bertemakan gaya hidup sihat. Namun demikian, gaya hidup sihat kurang diutamakan oleh masyarakat kini kerana kesibukan dalam menjalani kehidupan zaman serba maju ini. Seorang yang sihat akan kelihatan ceria dan pandai mengawal emosinya.

Cara menjaga kesihatan yang baik ialah amalan pemakan yang seimbang. Pemakanan seimbang akan membantu meningkatkan kesihatan tubuh dan mengurangkan obesiti yang menyebabkan risiko mendapat pelbagai penyakit. Makanan seimbang perlu berpandukan piramid makanan supaya mendapat zat-zat makanan yang diperlukan oleh badan secukupnya.

Bersenam dan beriadah adalah antara cara menjaga kesihatan. Untuk meningkatkan tahap kesihatan setiap orang perlu meluangkan masa untuk bersenam. Dengan bersenam badan akan sihat dan cergas. Namun demikian, ramai yang kurang mengambil berat tentang aktiviti bersenam dalam kehidupan seharian.

Selain itu, amalan menjaga kebersihan dalam kehidupan seharian antar gaya hidup sihat. Kebersihan diri perlu diutamakan selain kebersihan tempat kediaman dan persekitaran. Menjaga kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab kita bersama. Amalan bergotong-royong adalah antara amalan yang baik diamalkan untuk menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal.

Cara hidup sihat juga dapat membantu menjaga kesihatan. Amalan menjauhi kegiatan tidak bermoral, seperti menjauhi najis dadah, minuman keras, pergaulan bebas, dan sebagainya menjadikan kehidupan lebih ceria dan bebas daripada ancaman penyakit. Kehidupan berlandaskan agama dalam kehidupan menjadi benteng kepada gejala yang tidak sihat. Oleh hal yang demikian, amalan gaya hidup sihat perlu diamalkan agar kehidupan lebih bermakna.

TEMA : GAYA HIDUP SIHAT

(Murid masuk dengan iringan muzik)

Segmen 1

1. (SRP) Dari Melaka ke negeri Pahang, Singgah di Johor beli berangan;(Nyanyian lagu Joget Pahang)2. (SRL) (Kumpulan murid mengulang nyanyian di atas)3. (SR) Kami dagang datanglah bertandang, Apa yang kurang dicaci jangan. (Nyanyian lagu Joget Pahang ; 2x )4. (SR) Salam sejahtera, salam perpaduan, salam satu Malaysia

5. (SR) Sebagai pembuka bicara, dengarlah pantun ini.

6. (SP) Duduk memancing di atas titi, Dapat siakap buat hidangan;(Gaya pengucapan pantun)

7. (SP) Ramai runsing gejala obesiti, mungkin silap cara pemakanan. (Gaya pengucapan pantun)

8. (SL) Oooo Makanan tak seimbanglah tu!

9. (SL) Pandainya. (Memuji)

10. (SP) Hayati pantun ini pula.

11. (SL) Pagi hari menganyam tikar, Tikar dilipat bawa ke surau; (Gaya pengucapan pantun)

12. (SL) Zaman beralih musim bertukar, Amalan sihat kurang dihirau. (Gaya pengucapan pantun)

13. (SR) Itulah fenomena masyarakat kini.

14. (SR) Hadirin sekalian

15. (SR) Sudah terang lagi bersuluh, bicara kami adalah tentang gaya hidup sihat

16. (SR) Marilah kita hayati,

17. (SR) Bicara ini pasti berinformasi.

Segmen 2

18. (SL) Apakah petunjuk gaya hidup sihat?

19. (SL) Cuba cerita! Cuba cerita!

20. (SRP) Tubuh yang sihat, tidak mudah berasa letih.

21. (SRP) Sentiasa cergas dan tidak mudah sakit.

22. (SRP) Ini menunjukkan organ-organ dalam badan berfungsi dengan baik

23. (SL) Apa lagi ya?

24. (SRL) Kesihatan mental juga satu kayu pengukur kepada gaya hidup sihat.

25. (SRL) Jika mental kita sihat, jiwa kita akan tenang, dan kita akan bertindak dengan matang.

26. (SRP) Pandai menguasai emosi juga merupakan orang yang sihat.

27. (SRP) Jika emosi kita sihat, kita tidak akan naik darah tiba-tiba.

28. (SRP) Kalau naik darah, jantung kita akan terganggu.

29. (SR) Bahaya tu

30. (SR) Jantungku Nyawaku.

Segman 3

31. (SL) Bagaimana menjaga kesihatan tubuh?

32. (SL) Sorong papan tarik papan, Buah keranji dalam perahu, Jangan makan sebarang makan; makanan bergizi perlulah tahu.(Gaya pengucapan pantun)33. (SR) (Suara ramai mengulang pantun di atas)

34. (SRP) Kita perlu mengambil berat terhadap pemakanan.

35. (SRP) Utamakan makanan seimbang dalam menu seharian.

36. (SRP) Amalkan pemakanan berpandukan piramid makanan seimbang.

37. (SRP) Piramid makanan umpama disiplin dalam pemakanan.

38. (SL) Disiplin? Tak fahamlah.(Menggaru-garu kepala)39. (SRL) Makanan seimbang mengandungi semua zat yang diperlukan oleh badan.

40. (SRL) Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mendapatkan vitamin.

41. (SRL) Kurangkan lemak dan minyak untuk mengurangkan kolesterol

42. (SRL) Dan cara memasak makanan yang baik ialah

43. (SRP) Kukus, gril, panggang. Kukus, gril, panggang. Kukus!(Gerakan kepala menoleh ke kanan ke kiri)44. (SL) Boleh makan makanan segera.

45. (SRP) Walaupun semua makanan nampak enak jangan ikut selera, nanti badan terseksa. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak makan badan terlebih subur.

46. (SP) Natijahnya?

47. (SL) Opps! Obesiti. Penyakit menanti

48. (SRL) Pil kurus, silih berganti. Silap makan, ICU

49. (SL) ICU? Saya lihat awak? (Dua orang murid melafazkan dialog sambil berpandangan antara satu sama lain)

50. (SRP) Bukan. Unit rawatan rapi!

51. (SRP) Masuk sekali, hidup tak pasti.

52. (SRL) Jadi

53. (SR) Makanlah makanan seimbang, badan sihat, hati tak bimbang.

Segmen 4

54. (SL) Apa lagi amalan gaya hidup sihat?

55. (SRP) Jalan-jalan dalam taman, badan sihat kalau senaman.

56. (SL) Betul! Betul! Betul!

57. (SL) Kita ni, bila nak bersenam?

58. (SP) Sekarang pun boleh.

59. (SL) PrittPrittPritttt. (Membuat bunyi wisel)

60. (SRP) Satu dua, satu dua, tiga, empat. Lepas lari, lepas lari, kita lompat (Pengucapan berlagu sambil bersenam 2x)

61. (SRL) Lima enam, lima enam, tujuh lapan. Rajin senam, rajin senam, sihat badan.(Pengucapan berlagu sambil bersenam 2x)

62. (SL) Pritt Pritt (membuat bunyi wisel)

63. (SL) Baik. Tarik nafas(Semua murid menarik nafas mengikut arahan) Hembus

64. (SL) Huuuhh! (Aksi menghembus nafas seperti keletihan)

65. (SL) Tak bersemangatlah. Sekali lagi.

66. (SL) Tarik nafas (Semua murid menarik nafas mengikut arahan) Hembus

67. (SR) Huhh! (Menghembus nafas dengan bunyi hembusan yang kuat)

68. (SL) Ha, macam itulah!

69. (SRP) Joging, aerobik, barulah keluar peluh.

70. (SR) Tetapi fenomena kini

71. (SL) Saya malaslah nak bersenam, nak tengok tv(Suara mengeluh)

72. (SL) Saya tiada masa.

73. (SL) Saya sibuk bekerja.

74. (SL) Saya nak tambah pendapatan.

75. (SRP) Itulah alasan yang selalu kita dengar.

76. (SRP) Kesihatan lebih penting. Luangkanlah kira-kira 10 minit sahaja sehari untuk bersenam.

77. (SRL) Hasilnya

78. (SR) Badan sihat otak cerdas, hidup bahagia gerak cergas.

79. (SRL) Nilai tambahnya, kerja bertenaga, ekonomi berganda.

Segmen 5

80. (SL) Dan jangan lupa

81. (SR) Amalan menjaga kebersihan penting untuk kesihatan.

82. (SP) Kebersihan diri

83. (SP) Tempat kediaman

84. (SP) Persekitaran juga..

85. (SRL) Bersih jangan tak bersih.

86. (SRP) Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama.

87. (SP) Amalkan gotong-royong

88. (SRP) Biar bersih satu kampung.

89. (SRP) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

90. (SRP) Kudrat sama dikumpul, beban sama dirunding.

91. (SP) Utamakan kebersihan diri

92. (SRP) Wajah ceria nampak berseri.

93. (SL) Jangan biarkan rumah kotor

94. (SRL) Lalat, nyamuk, datang bertelur.

95. Aedes, denggi, perlu dijauhi.

96. (SRP) Jika terkena, merana diri.

97. (SR) Amalkan kebersihan, dalam kehidupan seharian

98. (SRL) Negara bersih, rakyat sihat!

99. (SRO) Penyakit tersisih, jiwa selamat!

Segmen 6

100. (SL) Adat hidup banyak diuji, usah kita turutkan hati, Buat baik berpada-pada, buat jahat, jangan sekali. (Pengucapan seloka)

101. (SR) (Suara ramai mengulang seloka di atas)

102. (SRL) Marilah kita amalkan gaya hidup sihat.

103. (SP) Seperti

104. (SP) Menjauhi kegiatan tidak bermoral.

105. (SL) Elakkan najis dadah, minuman keras, pergaulan bebas kalau tidak

106. (SRL) Mudah terdedah kepada HIV, AIDS dan

107. (SRL) Penyakit ini sukar diubati, boleh membawa maut.

108. (SR) Uuuu. Takutnya!

109. (SRP) Kalian renungkanlah

110. (SRP) Amalan hidup sihat yang paling penting

111. (SP) Landasan agama harus diikuti,

112. (SRP) Nescaya petaka dapat dijauhi.

113. (SL) Betapa hebat dan maju sekalipun,

114. (SRL) Pegangan agama jangan diabaikan.

115. (SL) Kesimplannya

116. (SP) Kesihatan hak milik setiap insan.

117. (SR) Amalkan gaya hidup sihat,

118. (SR) Pasti bahagia dunia akhirat.

Segmen 7

(Nyanyian irama lagu Jong Jong Inai)119. (SR) Mari kita menjaga pemakanan,

120. (SR) Mari kita menjaga kebersihan,

121. (SR) Mari kita menjaga kesihatan,

122. (SR) Gaya hidup sihat, jadikanlah amalan.

123. (SR) Sekian sahaja bicara kami, tentu bermakna kalau dihayati.

124. (SR) Sekian sahaja bicara kami, salah dan silap harap dimaafi

125. (SR) Terima kasih, kami mohon diri. (mengulang)

Petunjuk:

SR Suara ramai lelaki dan perempuan

SL Solo lelaki

SP Solo perempuan

SRP Suara ramai perempuan

SRL Suara ramai lelaki

Disediakan oleh:

Raja Nur SHafieza Bt Raja Mohamad

100

100

100

KERANGKA CERITA/ISI SKRIP BICARA BERIRAMA

CONTOH KERANGKA SKRIP

PAGE KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA