Kertas Kerja Permainan Tradisional Pt 1

26
 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM 3123 PENGURUSAN & PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN FEBRUARI 2012 PENYELARAS : PPG BAHASA MELAYU (BM 5) SEMESTER 6 UNTUK PERHATIAN : TUAN SYED KAMAL BIN SYED ABU BAKAR JABATAN PENDIDIKANJASMANI DAN KESIHATAN IPGKTI

description

contoh kertas kerja

Transcript of Kertas Kerja Permainan Tradisional Pt 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU,JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

PJM 3123PENGURUSAN & PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)AMBILAN FEBRUARI 2012

PENYELARAS :PPG BAHASA MELAYU (BM 5)SEMESTER 6

UNTUK PERHATIAN :TUAN SYED KAMAL BIN SYED ABU BAKARJABATAN PENDIDIKANJASMANI DAN KESIHATANIPGKTI

1.0 PENDAHULUAN

Permainan tradisional merupakan salah satu khazanah warisan negara yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita. la merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Sudah menjadi tanggungjawab kita memelihara warisan yang menjadi identiti kita. Namun setelah arus pemodenan mengubah zaman, permainan tradisional semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda kini. Mereka lebih berminat dengan permainan-permainan moden dan menganggap permainan tradisional sebagai ketinggalan zaman dan bersifat kekampungan. Negara kita, Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, didapati mempunyai pelbagai permainan tradisional yang diwarisi oleh nenek moyang tersendiri. Antara permainan tradisional yang terkenal ialah batu seremban, sepak raga, ketingting, galah panjang, selipar kaki tiga, dan sebagainya.

Tambahan pula, permainan tradisional ini mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Permainan tradisional merupakan salah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana menggunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Maka, penganjuran pertandingan ini dijadikan sebagai batu loncatan kepada bakal pendidik untuk mengenali dengan lebih mendalam permainan-permainan tradisional di negara kita. Di samping itu, aktiviti ini dapat mewujudkan nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama, bertanggungjawab, memupuk semangat internasional antara pelbagai kaum dan melahirkan generasi yang aktif.

Penganjuran Karnival Permainan Tradisional merupakan salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan sukatan PJM3123 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani. Diharap penganjuran karnival ini akan memberi pengetahuan serta kesedaran terhadap generasi muda tentang kewujudan permainan tradisional sekali gus memelihara warisan ini dari terus pupus.

2.0 RASIONALSiswa guru merupakan aset negara yang akan membimbing masyarakat pada masa hadapan. Kesinambungan profesionalisme keguruan adalah merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru untuk memastikannya terus berkembang sejajar dengan aspirasi negara. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, Karnival Permainan Tradisional ini amat sesuai sebagai satu medium untuk mencapai hasrat ini.Hal ini disebabkan Karnival Permainan Tradisional ini menerapkan pengalaman secara langsung tentang sahsiah bersepadu, interaksi sosial dan keprihatinan terhadap unsur-unsur peninggalan tradisional di samping menjana minda yang lebih efektif serta melahirkan insan yang sihat dan cergas.Dalam aktiviti kokurikulum aspek organisasi dan pertandingan sukan adalah satu perkara yang amat dititikberatkan untuk memastikan sesuatu sukan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Melalui pertandingan ini, diharapkan para siswa-siswi guru dapat menimba pengetahuan dan pengalaman dalam mengurus, mengendali dan mentadbir sesuatu kejohanan atau pertandingan dengan cemerlang. Dari psikologi pula, pengalaman yang serupa ini akan membina sifat yakin dan menyedari potensi dalam diri siswa-siswi.

3.0 MATLAMATMatlamat program ini adalah melahirkan siswa-siswi guru yang mampu menghayati dan mengangkat martabat warisan masyarakat ke mata generasi muda. Di samping itu juga program ini adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih meneroka dan mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan sukan sebagai satu pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebagai guru siswazah. Selain itu juga, menjadi satu medan untuk mencungkil bakat-bakat dan kemahiran siswa-siswi guru dalam permainan tradisional.

4.0 OBJEKTIF

Objektif pertandingan permainan tradisional ini adalah:4.1 Mengkaji permainan tradisional dengan cara permainannya dengan terperinci dalam kalangan murid dan guru.4.2 Memupuk integrasi nasional dan kemahiran interpersonal dalam kalangan siswa-siswi guru dengan pihak-pihak tertentu dalam pelbagai situasi semasa mengelola penganjuran Karnival Permainan Tradisional.4.3 Meningkatkan kecergasan psikomotor, fizikal dan mental dalam kalangan peserta.4.4 Mendedahkan serta melatih siswa-siswi guru dengan pengalaman mengelola dan mengurus sesuatu pertandingan dengan baik dan sistematik.4.5 Mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran untuk penganjuran acara atau pertandingan.4.6 Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional yang dilaksanakan.4.7 Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturahim melalui penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai.4.8 Mempertingkatkan daya keyakinan diri dan percaya kepada kemampuan diri sendiri.4.9 Menyemai nilai-nilai patriotisme serta bangga dengan warisan negara untuk dipelihara.4.10 Memenuhi syarat di dalam Profoma PJM3123

5.0 TARIKH/ MASA Tarikh: 12 September 2014Hari: JumaatMasa: 8.30 pagi 12.00 tengah hari

6.0 TEMPATPadang SK Bandar Penawar, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

7.0 SASARAN/PENYERTAAN7.1. 20 orang siswa guru Program Pensiswazahan Guru Semester 5 IPGKTI7.2. 40 orang murid Tahap 2 , SK Bandar Penawar.

8.0 KEWANGAN : RM 720.008.1. SUMBER 8.1.1. Guru-guru PPG

8.2. ANGGARAN PERBELANJAANPerkaraKuantitiHarga/unitJumlah

Air Mineral48RM1.00

RM48.00

Makanan Pelajar VIP Guru40520RM 6.00RM 6.00RM 6.00RM 240.00 RM 30.00RM 120.00

Sijil-murid-guru4020RM1.00RM1.00RM40.00RM20.00

Hadiah/Cenderamata Hamper Cenderahati VIP55RM 20.00RM 20.00RM 100.00RM 100.00

Pengurusan RM 22.00

JumlahRM 720.00

9.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung Puan Hajjah Tamilah @ Jamilah binti IsmailGuru Besar SK Bandar Penawar

Penasihat IPuan Hajjah Rosnah binti Haji JupriGPK Pentadbiran SK Bandar Penawar

Penasihat IIEncik Mohamed Yatim bin OsmanGPK Hal Ehwal Murid

PengerusiEncik Baharudin bin AzizGPK KoKurikulum SK Bandar Penawar

PenyelarasEncik Rosman bin Edros

SetiausahaPuan Normah binti Sulaiman

BendahariPuan Riza binti Yunos

10.0 JAWATANKUASA KECIL

AHLI JAWATANKUASA KERJA

PengerusiRosman bin Edros

Naib PengerusiBaharudin bin Aziz

SetiausahaNormah binti Sulaiman

Naib SetiausahaRoina binti Abdullah

BendahariRiza binti Yunos

Naib BendahariSuriya binti Mohd Kasran

AHLI JAWATANKUASA

Buku ProgramRohana binti Abdul Rahman (K)Sarimah binti Kasman

PendaftaranNormah binti Sulaiman (K)Roina binti AbdullahPersediaan TempatBaharudin bin Aziz (K)Rosman bin Edros

Pembukaan dan Penutupan RasmiSarimah binti Kasman (K)Norsita binti Ibrahim

Pengacara MajlisRasman bin A.Karim (K)Nazliha binti Buang

PeralatanNooraini binti Haron (K)Salina binti AhmadNorlela Walaila binti SatarSuriya binti Mohd KasranRosli bin Borhan

Keselamatan dan KecemasanHaslin binti Bahkiar (K)Rasman bin A. Karim

Makanan dan Minuman (peserta/pegawai/VIP)Nazliha binti Buang (K)Rohana binti Abd RahmanP/A SistemZulkiflee bin Ashari (K)Baharudin bin Azizi

Fotografi / VideoRosli bin Borhan (K)Nooraini binti Haron

DokumentasiNorsita binti Ibrahim (K)Riza binti Yunos

Siaraya/ BannerMaziah bin Sampan (K)Sarimah binti Kasman

KebersihanShariah bt Jabar (K)Haslin binti Bahkiar

Kepegawaian dan PengadilanRosman bin Edros (K)Baharudin bin AzizRohana binti Abdul RahmanMaziah binti Sampam

Hadiah / Cenderamata/sijilSiti Anipah binti Basir (K)Roina binti Abdulah

Permainan :

CaptehRosli bin Borhan

Galah PanjangNorlela Walaila binti Satar

Baling SeliparSalinah binti Ahmad

Konda KondiSuriya binti Mohd Kasran

11.0 PERATURAN PERMAINANSila Rujuk Lampiran

12.0 TENTATIF PROGRAMMASAAGENDA

8.30 pagiPendaftaran peserta

8.45 pagiKetibaan tetamu kehormat

9.00 pagiUcapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Bandar Penawar

9.30 pagiPertandingan bermula

10.30 pagiRehat

10.45 pagiPertandingan bermula (sesi 2)

11.30 pagiUpacara penyampaian hadiah

11.50 pagiUpacara penutupan

12.00 t/hariSesi fotografi dan bersurai

13.0 PENUTUPSemoga setiap perancangan dan perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional 2014 ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya. Kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan dapat membantu guru bagi mempertingkatkan kemahiran dalam mengendalikan sesebuah program dengan cemerlang. Selain itu , diharapkan agar penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini dapat membantu serba sedikit dalam menaikkan semula keunggulan permainan tradisional dalam kalangan murid-murid generasi kini.

Disediakan oleh,Disemak oleh,Disahkan oleh, ................................................. ........................................(NORMAH BT SULAIMAN) (BAHARUDIN BIN AZIZ) (HJH TAMILAH @ JAMILAH BT ISMAIL)Setiausaha, GPK Kokurikulum,Guru Besar,Karnival Permainan Tradisional. SK Bandar Penawar. SK Bandar Penawar.

LAMPIRANPERATURAN UMUM PERMAINAN TRADISIONAL

1. Setiap kumpulan terdiri daripada 8 orang peserta.2. Setiap kumpulan akan bermain 4 permainan iaitu :a) Konda Kondib) Baling Seliparc) Galah Panjangd) Cap Teh3. Keputusan permainan adalah seperti berikut :a) Menang- 3 matab) Seri- 1 matac) Kalah- 0 mata4. Keputusan adalah muktamad.5. Sekiranya terdapat bantahan daripada mana-mana pasukan, sila sertakan borang bantahan dan wang tunai RM30.

PERATURAN PERMAINANPERMAINAN CAPTEHPERATURAN CAPTEH Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan 4 orang pemain. Kumpulan yang berjaya membuat timbangan yang banyak akan dikira sebagai pemenang. Bulu ayam perlu di sepak dengan tepi tumit atau sebelah dalam kaki. Dalam keadaan tertentu, pemain dibenarkan menyambut bulu ayam dengan kepala, dada atau lutut. Tidak dibenarkan menggunakan tangan kerana jika terkena tangan, pemain dikira "mati". Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ke tanah. Timbangan yang dibuat selain daripada kaki tidak dikira. Sebelum permainan dimulakan, hak memulakan permainan mesti ditentukan. Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Permainan dijalankan dalam 3 pusingan dan hak mutlak kemenangan diberikan apabila kumpulan berjaya memenangi 2 pusingan berturut-turut. CARA BERMAIN CAPTEH Permainan capteh boleh dimainkan secara perseorangan atau berkumpulan. Tetapi ianya lebih seronok dimainkan beramai-ramai atau berpasukan. Permainan ini lebih menekankan kemahiran menimbang bulu ayam dengan kaki. Memandangkan permainan ini merupakan perlumbaan mengutip mata, pemain akan menimbang bulu ayam sekerap yang mungkin tanpa menjatuhkannya ke tanah. Semakin tinggi jumlah timbangan, semakin terserlahlah kemahiran si pemain. Jadi, si pemain mesti pantas pergerakkan kakinya. Atas faktor inilah maka kaum perempuan tidak menggemari permainan ini.

PERMAINAN BALING SELIPAR

PERATURAN BALING SELIPAR Setiap pasukan dikehendaki menyediakan 5 orang pemain. Masa bermain adalah selama 15 minit di mana setiap pasukan diberi masa 3 minit untuk menyusun semula selipar yang dijatuhkan. Sekiranya dalam masa 3 minit tersebut selipar tidak dapat disusun, pusingan dikira tamat dan pihak lawan akan memulakan pusingan yang baru. Peralatan yang diperlukan adalah 3 belah selipar dan sebelah selipar untuk balingan. Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling selipar ke arah selipar yang telah disusun. Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua selipar. Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan dengan membaling selipar bagi menjatuhkan baki selipar yang ada. Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan bola dan disasarkan ke arah anggota badan kumpulan utama. ( kesemua anggota kumpulan utama akan dikira kalah sehingga semua ahli sudah berjaya dikalahkan) Satu mata diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula kesemua selipar tersebut. Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah mata yang dikumpul dalam permainan tersebut.

PERMAINAN KONDA KONDI

CARA BERMAIN KONDA KONDI Sediakan dua batang kayu iaitu kayu pendek dan kayu panjang. Sebuah lubang dikorek di tempat permainan. Kayu pendek diletakkan secara melintang di atas lubang. Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai ahli yang sama banyak . Undian dibuat bagi menentukan kumpulan mana yang perlu main dahulu. Pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat lubang tempat permainan . Pasukan lawan pula akan berdiri di hadapan serata tempat . Permainan dimulakan dengan pemain menguis kayu pendek ke hadapan dengan menggunakan kayu panjang . Ukur jarak kayu pendek itu dari lubang dengan kayu panjang. Apabila pihak lawan dapat menangkap kayu pendek,pasukan yang bermain dikira mati . Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang dibuat . Permainan diteruskan apabila pemain berjaya melaksanakan langkah 1 Mata yang dikumpulkan oleh pemain dalam pasukan itu dicampurkan bagi mendapat mata keseluruhan. Kumpulan yang mengumpul bilangan mata terbanyak akan memenangi permainan itu .

PERATURAN PERMAINAN KONDA KONDI

Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan 5 orang pemain yang akan bermain. Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang, pemain yang menguis kayu pendek dikira mati dan terpaksa memberhentikan permainan . Pemain lain dari kumpulan yang sama akan meneruskan permainan. Sepanjang permainan, sekiranya kayu pendek dapat ditangkap oleh pihak lawan, maka pemain yang menguis kayu pendek dikira mati . Jika pihak lawan berjaya menangkap kayu pendek dengan menggunakan sebelah tangan sahaja, maka semua pemain dalam kumpulan yang menguis kayu tersebut dikira mati . Permainan diteruskan dengan cara menukar peranan. Mata diberikan berdasarkan jarak kayu yang diukur dari lubang kuis selepas dilempar oleh pihak lawan sekiranya mereka tidak berjaya menyambut kayu tersebut. Bagi menentukan pemenang permainan, mata setiap ahli kumpulan dicampurkan.

PERMAINAN GALAH PANJANG

PERMAINAN GALAH PANJANG

Galah panjangadalah sejenispermainantradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah panjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

CARA BERMAIN Permainan ini melibatkan dua kumpulan, iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B yang mewakili kumpulan penyerang dan pertahanan. Setiap kumpulan akan diperuntukkan masa sebanyak 7 minit. Setelah masa tamat, wisel akan dibunyikan dan kumpulan pertahanan pula akan mengambil giliran sebagai penyerang selama 7 minit. Giliran untuk memulakan permainan ditentukan melalui lambungan syiling oleh pihak pengadil. Sistem yang digunakan ialah sistem kalah mati. Pasukan pertahanan akan bertahan di atas garisan pertahanan masing-masing. Ketua pasukan pertahanan akan menjaga garisan yang membentuk huruf T iaitu garisan tengah dan juga garisan lebar pertama. Pasukan penyerang akan cuba menembusi pertahanan pihak lawan. Pasukan penyerang yang berjaya melepasi halangan akan diberi satu mata untuk setiap halangan. Penyerang perlu melepasi setiap halangan bermula dari tapak permulaan ke garisan X kemudian, mereka perlu melepasi halangan sekali lagi untuk kembali semula ke tapak permulaan / penamat. Jumlah mata untuk penyerang yang melepasi semua halangan adalah sebanyak lapan mata.

PERATURAN PERMAINAN Pasukan pertahanan dibenarkan menggunakan system KACIP yang menyebabkan seluruh ahli pasukan pihak lawan mati sekaligus dengan cara, tiga orang dari pasukan pertahanan mengacip / mengepung tiga orang ahli pihak lawan dalam satu kotak. Jika pasukan pertahanan dapat menyentuh anak buah pihak lawan, maka anak buah tersebut akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.

PENENTUAN KEMENANGAN Kemenangan ditentukan dengan kiraan markah yang diperolehi oleh setiap pasukan atau kumpulan. Pasukan atau kumpulan yang memperolehi nilai markah yang lebih tinggi akan menang perlawanan dan layak ke peringkat seterusnya.

BORANG PENYERTAAN PERMAINAN GALAH PANJANGBILNAMA PESERTANAMA KUMPULAN

1.

2.

3.

4.

BORANG PEMARKAHAN PERMAINAN GALAH PANJANGBILNAMA KUMPULANMARKAH YANG DIPEROLEHIKEDUDUKAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Pengadil 1 : ............................................. Pengadil 2 : ........................................ ( ) ( )

JADUAL PERLAWANAN DAN SENARAI KUMPULAN

PUNGUTAN MATA MENGIKUT PERMAINAN

PERMAINAN

KUMPULANGALAH PANJANGCAP THEBALING SELIPARKONDA KONDIMATA

1

2

3

4

JADUAL PERLAWANAN :BILMASAKUMPULANPERMAINANCATATAN

1 9.20-9.30GALAH PANJANGCAP TEH

29.30-9.40CAP TEH BALING SELIPAR

39.40 -9.50BALING SELIPARKONDA KONDI

49.50 10.00KONDA KONDIGALAH PANJANG

510.30 10.45GALAH PANJANGCAP TEH

610.45 -11.00CAP TEH BALING SELIPAR

710.50 11.00BALING SELIPARKONDA KONDI

8 11.00-11.10KONDA KONDIGALAH PANJANG

911.10 11.20GALAH PANJANGCAP TEH

1011.20 11.30CAP TEH BALING SELIPAR

1111.30 11.40BALING SELIPARKONDA KONDI

12THARI TRB3N4R KONDA KONDIGALAH PANJANG

BORANG PENDAFTARAN PESERTA MENGIKUT KUMPULAN

NAMA KUMPULAN : _______________________________________BILNAMAPERMAINANCATATAN

GALAH PANJANGCAP TEHBALING SELIPARKONDA KONDI

1

2

3

4

5

6

7

8

Disediakan oleh :

.....()

BORANG PENDAFTARAN PESERTA MENGIKUT KUMPULAN

NAMA KUMPULAN : BILNAMAPERMAINANCATATAN

GALAH PANJANGCAP TEHBALING SELIPARKONDA KONDI

1

2

3

4

5

6

7

8

Disediakan oleh

.....()

BORANG PENDAFTARAN PESERTA MENGIKUT KUMPULAN

NAMA KUMPULAN :___________________BILNAMAPERMAINANCATATAN

GALAH PANJANGCAP TEHBALING SELIPARKONDA KONDI

1

2

3

4

5

6

7

8

Disediakan oleh

.....()

BORANG PENDAFTARAN PESERTA MENGIKUT KUMPULAN

NAMA KUMPULAN : BILNAMAPERMAINANCATATAN

GALAH PANJANGCAP TEHBALING SELIPARKONDA KONDI

1

2

3

4

5

6

7

8

Disediakan oleh

.....()

KEPUTUSAN RASMIKARNIVAL PERMAINAN TRADISIONALANJURAN :PELAJAR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN FEB 2012 2016IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU

PERMAINAN : GALAH PANJANGPERMAINAN : BALING SELIPAR

Johan: ____________________Naib Johan: ____________________Ke-3: ____________________Ke-4: ____________________

Johan: ___________________Naib Johan: ___________________Ke-3: ___________________Ke-4: ___________________

PERMAINAN : KONDA KONDIPERMAINAN : CAP TEH

Johan: ____________________Naib Johan: ____________________Ke-3: ____________________Ke-4: ____________________

Johan: ___________________Naib Johan: ___________________Ke-3: ___________________Ke-4: ___________________