Kertas Kerja Hari Mencintai Alam Sekitar

download Kertas Kerja Hari Mencintai Alam Sekitar

of 6

description

Kertas Kerja Hari Mencintai Alam Sekitar

Transcript of Kertas Kerja Hari Mencintai Alam Sekitar

KERTAS KERJA MINGGU MENCINTAI ALAM SEKITAR-Pameran Barangan Kitar Semula- Kutipan Barangan Kitar Semula

__________________________________________________________________________________1.0TUJUAN AM dan LATAR BELAKANG AKTIVITI DIADAKANDalam era moden ini, kesedaran kepentingan mencintai alam sekitar semakin mendapat perhatian ramai.Hal ini demikian kerana aktiviti-aktiviti bencana alam, pencemaran alam yang disebabkan oleh perbuatan manusia dan pembunuhan spesies haiwan-haiwan yang hampir pupus dengan berleluasa berlaku setiap hari.Justeru, anak-anak murid perlu diajar sejak kecil lagi tentang bagaimana caranya untuk berhubung sosial, mengurus, menghormati dan bertanggungjawab terhadap keharmonian kehidupan alam sekitar. Tujuan utama Hari Mencintai Alam Sekitar diadakan adalah untuk melatih para murid-murid membina rasa tanggungjawab terhadap alam persekitaran di kalangan seluruh rakyat sama ada individu ataupun masyarakat sejak kecil lagi.Pendidikan Alam Sekitar meliputi pemahaman konsep ekologi, pendidikan luar bilik darjah, sains alam sekitar serta isu-isu semasa yang berkaitan dengan persekitaran Sebagai permulaan pada peringkat sekolah rendah, adalah dicadangkan Hari mencintai alam sekitar diadakan di dalam kawasan sekolah. Pada hari tersebut, para pelajar akan didedahkan dengan kepentingan kitar semula kepada hidupan harian dengan mengadakan pameran baranagn kitar semula dan pengumpulan bahan kitar semula. Ini akan membuka minda para pelajar untuk menyedari sumbangan aktiviti kitar semula untuk melestarikan alam sekitar untuk tatapan generasi akan datang. Dengan aktiviti ini juga, para pelajar akan didedahkan dengan barangan yang dapat dihasilkan melalui proses kitar semula.Selain itu, melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, adalah diharapkan agar para murid-murid dapat memupuk kesedaran dan kefahaman serta menghargai dan mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan menjadikan mereka sebagai manusia yang lebih sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pengetahuan yang dipelajari akan diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.2.0PENGENALAN

a.LOKASI dan TEMPOH MASA AKTIVITI

-Pameran Barangan Kitar Semula akan diadakan di Pusat Sumber sekolah pada waktu persekolahan selama 2 hari iaitu 22 dan 23 September 2010 (Rabu dan Khamis)-Aktiviti Pengumpulan Bahan-bahan Kitar Semula akan diadakan pada 24 September 2010 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari. Kutipan dari kelas ke kelas akan dijalankan oleh para pengawas selolah. Makluman tentang kutipan barangan kitar semula akan diberikan semasa perhimpunan Rasmi hari Isnin.

b. KUMPULAN SASARAN

-Pameran Barangan Kitar Semula adalah terbuka kepada semua warga sekolah rendah tanpa mengira darjah murid tersebut.- Pengumpulan Barangan Kitar Semula juga terbuka kepada semua warga sekolah rendah, para guru dan kakitangan sekolah.c.RINGKASAN AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN-Pameran Barangan Kitar Semula akan mempamerkan barangan-barangan yang boleh dikitar semula mengikut kelas atau kategori. Pameran ini juga akan memperkenalkan para pelajar dengan produk-produk yang dapat dihasilkan daripada barangan buangan yang dikitar semula. Para pelajar juga dapat mempelajari teknik- teknik mudah untuk menghasilkan barangan kitar semula daripada bahan kitar semula.- Sebelum kutipan bahan-bahan kitar semula diadakan, satu pengumuman telah dibuat untuk meminta para pelajar untuk menyumbangkan barangan kitar semula seperti surat khabar, botol plastik, tin aluminium dan sebagainya. Kutipan akan dibuat oleh pengawas sekolah dari kelas ke kelas. Barangan yang dikumpul akan di bahagikan mengikut kategori. Setelah dibahagikan, barangan yang dikumpul akan di jual kepada pengusaha pemperosesan barangan kitar semula. Hasil pendapatan daripada program tersebut akan dimasukkan ke dalam dana sekolah.3.0OBJEKTIF

Dengan adanya Minggu Mencintai Alam Sekitar ini, ia dapat:

Mendedahkan para murid-murid tentang nama dan rupa barangan yang dihasilkan daripada barangan kitar semula. Memberitahu para murid-murid tentang kepentingan mengitar semula barangan buangan domestik mahupun komersial. Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menghasilkan barangan kitar semula daripada bahan buangan harian. Melatih para murid-murid untuk menghargai keindahan alam sekitar dan mencintainya.4.0TENAGA KERJA

-Semua Guru dan Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Bukit Kajang.

5.0SUMBER KEWANGAN

- Sumbangan bahan pameran daripada Syarikat Alam Flora SDN. BHD.

-Sumbangan PIBG

6.0AKTIVITI MINGGU MENCINTAI ALAM Pemeran Barangan Kitar Semula

Perasmian Minggu Mencintai Alam Kutipan Barangan Kitar SemulaDISEDIAKAN OLEH,

..

(KISHORE KUMAR A/L SUGUMARAN)

PENDAPATANBilPerkaraPendapatanJumlah

1.Sumbangan PIBGRM 100RM 100.00

JUMLAH BESARRM 100.00

ANGGARAN PERBELANJAANBilPerkaraPerbelanjaanJumlah

1.Printing (Brosur)10 keping x RM 1.00RM 10.00

2.Fotostat20 keping x RM 0.20 RM 4.00

3.Makanan VIP10 orang x RM 5.00 RM 50.00

3.Alatan Tulis

-Gam

-Gunting

-Kertas Warna

-Riben Hadiah1 x RM 1.00

1 bilahx RM 2.00

20 keping x RM 5.00

1 gulung x RM 2.00RM 10.00

4.Cenderamata VIP1 x RM 36.00RM 36.00

JUMLAH BESARRM 100.00

Aturcara Majlis Perasmian

8.00- Ketibaan para hadirin

9.00- Ketibaan VIP, Puan A. Mallega, Guru Besar, SJK (T) Ladang Bukit Kajang, Bemban.

Ucapan Alu- Aluan

Ucapan Pengarah Program Minggu Mencintai Alam

Ucapan Perasmian, Puan A. Mallega.

Penyampaian Cenderamata11.00-Jamuan AHLI JAWATAN KUASA MINGGU MENCINTAI ALAM SEKITAR.

CARTA ORGANISASIMINGGU MENCINTAI ALAM SEKITAR2010Penasihat

: Pn.A.Mallega

Pengerusi: En.S.Kishore KumarSetiausaha:En.S.Ganggatharan

Bendahari:Pn.VanithaAJK Peralatan:En.S.Ganggatharan / En.RavindranAJK Cenderamata:Pn.Parameswary / Pn.SanthiAJK Makanan &:Pn.Umapathy / Pn.LalitaJamuan

AJK Disiplin &:Pn.Ushadewi / Cik.Kalaivani

Keselamatan

AJK Aktiviti :En.Ganggatharan / Cik.Kalaivani