“Kerja adalah satu beban yang perlu dilakukan...
Transcript of “Kerja adalah satu beban yang perlu dilakukan...
KANDUNGAN
Muka surat
1 Pendahuluan 2
2 Definisi Keseronokan dan Kerja 3
3 Bekerja Sebagai Suatu Ibadah 4
4 Bekerja Sebagai Suatu Daya Usaha
Pemikiran dan Kreativiti 5
5 Bekerja Menjadikan Kita Sebagai Pakar Yang Diiktiraf 10
6 Keseronokan Bekerja Melalui Pengurusan Berkesan 11
7 Keseronokan Bekerja Melalui Kerja Berpasukan 14
8 Keseronokan Bekerja Melalui Muhasabah
Cermin Diri dan Pertingkatkan Kualiti Pekerjaan 18
9 Penutup 20
10 Bibliografi 22
11 Borang Pengakuan Penyediaan Tugasan Individu 23
1
“Kerja adalah satu beban yang perlu dilakukan untuk hidup. Ia bukanlah
sesuatu yang ringan malah merupakan perlakuan yang tiada hujungnya.
Namun begitu ia boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang
menyeronokkan.”
(Tonggak 12)
1. Pendahuluan
. Manusia telah dilantik sebagai khalifah di muka bumi dan berperanan
untuk memakmurkan bumi ini. Kelebihan manusia dari makhluk lain adalah akal.
Dengan akal, manusia boleh berfikir dan bertindak untuk meneruskan hidup ini.
Manusia perlu mencari nafkah dengan bekerja samada menggunakan
tulang empat kerat ataupun memeras otak untuk diri sendiri serta
tanggungannya. Kerja yang dilakukan itu perlu bersungguh-sungguh supaya ia
boleh mencapai sesuatu matlamat yang jelas dan menyeronokkan .
Sikap kesungguhan, ikhlas dan bertanggungjawab semasa bekerja akan
menjadikan tugas ini sebagai ibadat dan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.
Ganjaran dalam bentuk gaji atau upah ke atas kerja dan tanggungjawab
yang telah dilaksanakan sering diberi perhatian .Ia merupakan faktor
2
penyelenggara terhadap dorongan serta mempunyai pengaruh ke atas
keseluruhan pekerja. Pada umumnya pemberian gaji atau upah adalah
berdasarkan kepada keperluan asas kehidupan semasa dan setimpal dengan
tugas dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan .
Pembahagian tugas dan tanggungjawab di sesebuah organisasi,
kemudahan-kemudahan yang mencukupi semasa melaksanakan tugas serta
persekitaran kerja yang menarik dapat membantu pekerja melaksanakan tugas
dengan penuh tanggungjawab dan cemerlang.
Kerja yang terjamin juga adalah faktor penting untuk memastikan pekerja
tidak kerap bertukar bidang kerjaya dan seterusnya dapat mempertingkatkan
kepakaran yang dimiliki. Jaminan terhadap pekerjaan sebenarnya merupakan
satu elemen penting dalam menentukan keseronokan bekerja, malah ia akan
menjadi faktor pelemah sekiranya tidak dikawal selia oleh ketua atau majikan
dengan betul. Namun, jika kita mengambil pendirian yang opmistik kita boleh
menjadikan kerja itu sesuatu yang menyeronokkan.
2. Definisi Keseronokan dan Kerja
Definisi keseronokan dan kerja dapat dinyatakan seperti berikut:
Haji Zainal Abidin Safarwan (1995:1725) mendefinisikan keseronokan iaitu:
“Kegembiraan, keriaan, kegirangan, kesukaan, keenakan, kesedapan,
kesenangan, kelazatan dan kemanisan.”
Kamus Dewan (2005:1474) memberikan makna keseronokan iaitu:
3
“Perihal (keadaan,rasa) seronok (perasaan yang menyenangkan atau
menyedapkan hati)”
Manakala kerja pula boleh didefinisikan seperti berikut:
Kamus Dewan (2005:761) memberikan makna kerja iaitu:
“Kerja iaitu usaha (kegiatan, urusan) yang bertujuan untuk menghasilkan
(menyelesaikan, menyediakan) sesuatu. Kerja juga adalah segala tugas atau
urusan yang telah ditentukan sebagai tanggungjawab, kewajiban dan peranan.”
Kerja bukanlah sesuatu yang ringan malah merupakan beban yang perlu
dilakukan untuk hidup, samada dengan membanting tulang ataupun memeras
otak. Namun jika kita mengambil pendirian optimistik ,kerja sebagai beban boleh
bertukar menjadi sesuatu yang menyeronokkan.
Menjadikan kerja sesuatu yang menyeronokkan memerlukan suatu
dorongan dari dalaman dan luaran. Kerja yang dianggap sebagai beban yang
perlu ditanggung boleh bertukar menjadi sesuatu yang menyeronokkan
sekiranya faktor dorongan ini diberi perhatian yang sewajarnya.
3. Bekerja Sebagai Suatu Ibadah
Dalam Islam bekerja adalah suatu tuntutan, keperluan dan merupakan
ibadat yang dituntut oleh Allah S.W.T. Ia seharusnya dilaksanakan dengan
penuh amanah dan bertanggungjawab supaya mendapat balasan baik di hari
akhirat nanti.
4
Kerja adalah termasuk dalam jenis ibadah umum kerana ia mempunyai
maslahat yang unggul dan tinggi, mengatasi maslahat peribadi yang sempit dan
terhad. Oleh yang demikian, bekerja adalah tuntutan agama dan ia boleh
ditunjukkan dengan kesungguhan kerja yang dilaksanakan untuk kepentingan
diri dan masyarakatnya.
Komitmen pekerja kepada tugasnya boleh dicapai bilamana mereka
mematuhi disiplin, nilai dan etika kerja serta memiliki sikap dan penilaian positif
dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Penentuan objektif diantara
mencapai hasil kebendaan dalam bentuk rezeki untuk diri sendiri serta
sumbangan tertentu untuk masyarakat mestilah jelas.
Ciri-ciri bekerja dari segi konsep, sistem, nilai, etika dan cara bekerja yang
produktif melalui sikap, komitmen, dan niat bekerja ,bolehlah dirumus dan
dijadikan formula konkrit bahawa bekerja adalah tugas ketuhanan dan sistem
nilai kerja adalah berasaskan sistem nilai moral kerohanian .
Manakala budaya kerja dalam Islam haruslah bermotivasikan dinamisme
serta memupuk sifat dinamik untuk memimpin, bukan selamanya dipimpin .
4. Bekerja Sebagai Suatu Daya Usaha Pemikiran dan Kreativiti.
Keseronokan bekerja mampu dicapai, bilamana kerja dijadikan cabaran
yang memerlukan bukan sahaja daya usaha malah pemikiran dan kreativiti
individu . Di sinilah letaknya profesionalisme individu.
5
Profesionalisme mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan daya usaha
kepimpinan di dalam sesuatu organisasi. Ciri-ciri seperti keupayaan menentukan
hala tuju,keupayaan menyelesaikan masalah dengan cepat, sistematik dan tidak
diragui serta keupayaan melaksanakan sesuatu tugasan dengan jayanya adalah
merupakan sifat kepimpinan yang baik. Dalam konteks kepimpinan berkesan,
menzahirkan visi dan misi yang jelas akan meletakkan kepentingan nilai dan
etika individu didalam landasan yang betul.
Penarafan individu bagi mencapai profesionalisme juga bergantung
kepada sikap, pengalaman kerja dan pendedahan kepada pengalaman baru
seseorang pekerja dan faktor dorongan yang menggerakkan lagi individu itu
bermotivasi untuk bekerja dan seronok bekerja.
Sikap seseorang pekerja merupakan faktor penting dalam menentukan
kecekapan. Setiap pekerja bukan sahaja mempunyai tekad untuk memberi
perkhidmatan yang jujur dan cemerlang, tetapi mereka harus menanam sikap
ingin memperbaiki kerja-kerja pengurusan dengan meningkatkan kemahiran
melalui latihan, bacaan, mencuba idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah-
masalah di tempat kerjanya. Mereka juga harus bersedia untuk berunding
dengan kakitangan lain mengenai aspek pekerjaan yang disandangnya.
Daya kreatif dan adanya keinginan mencuba idea atau cara baru akan
menimbulkan keseronokan bekerja. Untuk memupuk daya kreatif, seseorang itu
perlulah sentiasa didedah dengan perkembangan baru dalam bidang kerjanya.
Sifat kreatif bukan sahaja dapat meninggikan mutu perkhidmatannya
sendiri malah membantu meningkatkan mutu perkhidmatan jabatannya. Sifat
6
kreatif ini tidak semestinya ada pada golongan kakitangan atasan sahaja. Ia
hendaklah meresap kepada semua golongan kakitangan di dalam semua
peringkat di jabatan. Apabila terbina sifat kreatif ini, maka wujudlah pelbagai idea
baru yang boleh disalurkan bagi meninggikan lagi mutu perkhidmatan dan
melebarkan lagi suasana dan keseronokan bekerja
Pengalaman dan pendedahan seseorang pekerja kepada pengalaman
baru akan memudahkan lagi pengendalian masalah-masalah baru yang
merupakan cabaran kepada mereka. Pengetahuan melalui perjalanan sesuatu
kerja memberi peluang kepada mereka untuk memahami aspek-aspek
pengurusan dan masalah yang wujud di dalam sesuatu pengurusan.
Keseronokan bekerja boleh dicapai sekiranya pekerja diberitahu tentang
kepentingan kerja didalam membantu organisasi , dan kerja yang bermutu akan
diberi pengiktirafan, sebaliknya sebarang kekurangan dari segi kemahiran akan
dibaiki dengan latihan dari semasa ke semasa.
Prestasi kerja seseorang indiividu juga adalah bergantung kepada
kehendak-kehendak diri yang berkait rapat dengan sistem nilai atau falsafah
hidup seseorang. Kehendak-kehendak inilah yang akan menggerakkan
kecekapan ke arah mencapai matlamat pengurusan.
Keseronokan bekerja juga boleh dicapai sekiranya kehendak dirinya selari
dengan kehendak pengurusan dan ketika itu, dia mempunyai komitmen yang
tinggi terhadap kerjanya serta mampu bekerja tanpa batasan waktu, melahirkan
produktiviti yang luar biasa dan menghasilkan sesuatu yang berfaedah seperti
7
inovasi untuk diri, kumpulan, organisasi, jabatan yang diwakilinya, demi
kepentingan bersama, masyarakat dan negaranya.
Kesungguhan bekerja juga boleh lahir dari sikap positif terhadap sesuatu
tugas yang dihasilkan daripada inisiatif sendiri. Dia berasa bangga dengan hasil
kerjanya. Tugasnya dilakukan dengan penuh keseronokan dan penzahiran
‘wajah’ kerjanya adalah melambangkan sikap positif terhadap kerja tersebut.
Konsep kerja sebegini akan menjadi ibadah, menimbulkan dedikasi, ketekunan,
amanah, bertanggungjawab, iklhlas dan redha untuk bekerja.
Kerja tidak akan membosankan sekiranya pekerja diberi peluang
mendapatkan ganjaran yang setimpal dengan kerjanya. Kerja akan menjadi
menyeronokan sekiranya hasil kerja diberi pengiktirafan, sama ada dalam bentuk
surat pujian, hadiah atau pemberian cuti khas serta lain-lain yang bersesuaian.
Faktor dorongan adalah faktor penting ke arah mewujudkan perkhidmatan
yang cekap dan cemerlang. Di antara faktor-faktor dorongan yang boleh
membantu serta mendorong keseronokan bekerja adalah seperti:
a. Keperluan dan Keinginan Untuk Mencapai Sesuatu
Salah satu faktor dalaman yang boleh mendorong pekerja menjalankan
tugas dengan cekap ialah keperluan untuk mencapai sesuatu. Faktor ini amat
penting bagi seseorang personel untuk mengambil daya usaha dan menempuh
segala dugaan serta cabaran untuk mencapai sesuatu tujuan. Penggembelingan
keperluan-keperluan yang sempurna boleh membawa kepada pencapaian tujuan
yang jitu dalam sesebuah organisasi.
8
b. Penghargaan
Perhargaan adalah satu cara untuk meningkatkan moral pekerja yang
bekerja dengan penuh ketekunan dan menzahirkan sumbangan, berkhidmat
dengan penuh cemerlang dan berdedikasi. Penghargaan ini diberi oleh pihak
pengurusan melalui penganugerahan bintang-bintang, sijil atau kenaikan
pangkat. Penghargaan ini juga boleh diberi dalam beberapa bentuk seperti wang
tunai, sijil kepujian, cuti tanpa rekod dan sebagainya.
c. Sifat-Sifat Kerja
Di dalam pencapaian mutu kerja, sesuatu kerja itu harus mempunyai
sekurang-kurangnya empat ciri penting untuk memenuhi kehendak diri supaya
dapat memenuhi satu suasana kerja seterusnya mereka dapat menyumbang
seluruh tenaganya untuk mencapai matlamat organisasi.
Ciri-ciri berikut perlu diberi pertimbangan:
1. Seseorang pekerja harus menerima maklum balas mengenai kerja-
kerja yang telah dilaksanakannya.
2. Kerja yang hendak dilaksanakan adalah selari dengan kebolehan
yang ada padanya supaya kerja tersebut boleh dilaksanakan
dengan cekap.
3. Seseorang pekerja perlu merasa bahawa beliau mempunyai sedikit
sebanyak hak dalam menentukan matlamatnya sendiri dan
menentukan cara-cara untuk mencapainya.
9
4. Seseorang pekerja perlu merasakan bahawa sumbangan beliau
terhadap pencapaian objektifnya adalah penting.
d. Kemajuan Kerjaya
Prospek kerjaya bagi seseorang pekerja akan mempengaruhi dirinya
terutamanya jika peluang untuk kenaikan pangkat, pemberian latihan dan
pengkhususan kerja dikaitkan dengan kecekapan. Seseorang yang dapat
melihat perhubungan di antara daya pengeluaran dengan pencapaian matlamat
persendiriannya akan menumpukan seluruh tenaganya untuk mencapai
matlamat itu.
5. Bekerja Menjadikan Kita Sebagai Pakar Yang Diiktiraf
Seseorang pekerja perlu memperbaiki mutu perkhidmatan dengan
meningkatkan kemahiran menerusi latihan, pembacaan dan perbincangan
mengenai aspek-aspek pekerjaan di antara rakan-rakan sejawat. Mereka perlu
bersedia untuk mengatasi segala kelemahan yang ada pada dirinya tanpa
diperingatkan oleh ketuanya.
Seseorang yang cekap adalah seseorang yang mengetahui dan faham
akan tugas-tugasnya. Mereka mempunyai kemahiran dalam menjalankan dan
melaksanakan kerja-kerjanya serta mempunyai sikap yang baik. Apabila seluruh
anggota sesebuah organisasi mempunyai ketiga-tiga ciri di atas, maka
10
organisasi itu akan dapat mencapai mutu perkhidmatan yang cemerlang dan
menyeronokkan untuk bekerja.
Oleh itu, adalah penting bagi seseorang pekerja menanam azam bagi
mempertingkatkan mutu perkhidmatannya, serta menjadi pekerja mahir dan
boleh menjadi tempat rujukan oleh rakan-rakan sejawat.
Sebagai contoh, pekerja digalakkan untuk membantu meninggikan mutu
perkhidmatan jabatannya menerusi usaha-usaha yang positif. Seseorang
kakitangan sama ada dari peringkat atasan mahupun dari peringkat bawahan,
boleh mengemukakan buah fikiran atau idea-idea baru untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang dihadapi oleh organisasi masing-masing.
Mahatma Gandhi menggambarkan suasana dan keseronokan bekerja:
“Work done spontaneously and joyfully is never oppressive.”
Melakukan inovasi di dalam kaedah bekerja serta memodenkan
pentadbiran hendaklah diusahakan bersama oleh majikan dan pekerja. Usaha-
usaha boleh membantu meningkatkan mutu perkhidmatan serta boleh
menjadikan kita pakar yang diiktiraf. Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk
meningkatkan keseronokan sewaktu bekerja .
6. Keseronokan Bekerja Melalui Pengurusan Berkesan
Pengurusan berkesan membabitkan penyelenggaraan iaitu melakukan
pemantauan, meninjau, melihat, memerhati, memberi tunjuk ajar dan berbual-
11
bual dengan pekerja mampu meningkatkan tahap keseronokan bekerja.
Pemantauan kerja boleh mengambil langkah-langkah berikut bagi mendekatkan
diri di antara pihak atasan dengan pihak bawahan supaya kedua-dua pihak
mempunyai motivasi kerja yang tinggi.
a. Polisi dan Prosedur Pentadbiran Yang Sempurna
Polisi dan prosedur yang dikeluarkan oleh Kerajaan juga mempengaruhi
mutu perkhidmatan Dasar Negara, Perintah-Perintah Am, Arahan
Perbendaharaan dan arahan serta surat pekeliling yang dikeluarkan oleh agensi-
agensi pusat menentukan amalan-amalan yang patut diikuti di dalam
menjalankan tugas yang harus difahami, dipatuhi dan diamalkan dengan baik.
b. Penyeliaan
Daya pengeluaran boleh ditingkatkan jika pihak pengurusan memberikan
perhatian dan lebihan masa diperuntukkan kepada kerja-kerja penyeliaan.
Wujudnya penyeliaan yang sempurna akan memberi kesan yang terbaik
terhadap tahap dan mutu kerja yang dilaksanakan oleh seseorang pekerja.
Suasana ini boleh membantu meningkatkan keseronokan bekerja.
c. Suasana Kerja
Suasana dan persekitaran kerja juga mampu mempengaruhi semangat
dan daya pengeluaran seseorang pekerja . Wujudnya suasana kerja yang baik
seharusnya mengambil kira kesesuaian faktor-faktor seperti kemudahan yang
12
terdapat di pejabat, susun atur pejabat, keselesaan udara, peralatan pejabat dan
sebagainya. Kemudahan yang disediakan tampak kecil dan tidak mempunyai
kos yang besar tetapi mampu memberi impak kepada kepuasan dan
keseronokan bekerja individu terbabit.
Manakala hubungan baik antara pekerja-pekerja juga mampu membina suasana
persekitaran kerja yang menyenangkan lagi harmoni.
d. Gaji
Aspek gaji dan upah sememangnya tidak disangkal menjadi rangsangan
dan dorongan untuk bekerja lebih kuat. Gaji adalah ganjaran ke atas kerja dan
tanggungjawab yang telah dijalankan oleh setiap personel yang bekerja dan
sebagai satu faktor penyelenggaraan kepada dorongan, ia mempunyai pengaruh
terhadap keseluruhan pekerja-pekerja sama ada di sektor awam ataupun
swasta. Pemberian gaji berdasarkan kepada keperluan asas hidup semasa dan
setimpal dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Pemberian gaji juga harus
mengikut kadar tertentu setimpal dengan tugas dan tanggungjawab seseorang
kakitangan awam.
e. Kemudahan Yang Sesuai Dengan Kedudukan
Pembahagian tugas dan tanggungjawab dalam sesebuah organisasi
melibatkan pembahagian kedudukan pekerja awam dalam beberapa peringkat.
Oleh itu, wujudlah jawatan-jawatan ketua pengarah, timbalan-timbalan, pegawai
kerani dan lain-lain jawatan. Sesuai dengan kedudukan dan tugas yang dipikul
13
oleh mereka, pekerja-pekerja awam perlu disediakan dengan kemudahan yang
sewajarnya supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan licin dan
sempurna. Contohnya, kemudahan setiausaha adalah perlu bagi seseorang
ketua pengarah untuk menolong beliau menguruskan tugas-tugasnya. Ini boleh
membantu beliau meninggikan mutu kerjanya. Keperluan seorang kerani
mungkin penting kepada pekerja bawahan dalam menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan pekerjaannya.
f. Kerja Yang Terjamin
Kerja yang terjamin adalah penting dalam menentukan supaya pegawai
awam tidak sentiasa mencari kerja lain yang lebih terjamin. Kerja yang stabil
atau terjamin boleh membawa kesan yang negatif sekiranya tidak diawasi.
Pekerja awam mungkin mempunyai sikap acuh tak acuh terhadap kerja jika
beliau tahu bahawa kedudukan kerjayanya terjamin. Faktor ini perlu diawasi.
7. Keseronokan Bekerja Melalui Kerja Berpasukan
Satu aspek yang sangat rapat dengan cara hidup masyarakat dan budaya
orang Timur ialah kerjasama dan muafakat. Dalam konteks masyarakat Melayu
misalnya, budaya kerja kolektif telah menjadi identiti dan warisan kehidupan, iaitu
seperti yang digambarkan menerusi pantun berikut:
14
Hendak belayar ke Teluk Betung,
Sambil cuba labuhkan pukat;
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Tidak cukup dengan itu, kerjasama dan hubungan erat dalam kehidupan
anggota masyarakat ini terlihat menerusi perbilangan adat berikut::
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Yang tiada sama dicari
Sama sakit sama senang
Ke bukit sama mendaki
Ke lembah sama menuruni
Sama menghayun sama melangkah
Jika khabar baik diberitahu
Jika khabar buruk serentak didatangi
Jika jauh ingat mengingati
Jika dekat temu menemui
Dapat sama laba
Hilang sama rugi
Masyarakat Melayu tradisi sememang kuat berpegang kepada amalan
gotong-royong, tolong-menolong, bekerjasama dan bermuafakat dalam
15
menyempurnakan keperluan hidup serta sesuatu pekerjaan. Misalnya, mereka
bekerjasama untuk membina rumah, membersihkan perkuburan,
melangsungkan kenduri-kendara, menyempurnakan jenazah dan segala aspek
berkaitan dengan tanam-tanam di sawah padi.
Menerusi hubungan baik dan harmoni, permuafakatan mudah diperolehi
untuk melaksanakan amalan kebajikan dan mencegah kebatilan. Oleh itu
sentimen kepunyaan, semangat berkumpulan, kerja bersama-sama, gelak
ketawa bersama, dan obligasi kerja secara kolektif adalah amalan warisan dalam
organisasi masyarakat Melayu.
Pasukan merupakan satu kelompok atau kumpulan pekerja yang bekerja
bersama-sama untuk mencapai sesuatu matlamat spesifik dalam organisasi.
Anggota pasukan adalah terdiri daripada dua atau lebih pekerja yang saling
bersandaran, berinteraksi dan bersepakat untuk melaksanakan strategi tertentu
ke arah pencapaian matlamat secara bersama.
Secara mudahnya kerja berpasukan merujuk kepada sekumpulan pekerja
dalam organisasi yang melaksanakan tugas secara berganding bahu antara satu
sama lain dalam kumpulan tersebut dan sama-sama bergabung bagi mencapai
matlamat kumpulan. Ahli-ahli pasukan akan berinteraksi rapat, berkongsi
maklumat, membuat keputusan dan memikul tanggungjawab bersama bagi
melakukan tugas yang ditetapkan dalam ruang lingkup tugas dan kuasa yang
diperturunkan.
Justeru, kerja berpasukan adalah gabungan kebolehan, kemahiran dan
pengalaman serta melahirkan keseronokan bekerja individu dalam pasukan,
16
yang dilakukan secara bersepadu untuk menghasilkan output kerja yang lebih
tinggi dari segi kuantiti dan kualiti berbanding usaha yang dilakukan secara
perseorangan. Oleh itu menerusi kerja berpasukan, organisasi dapat
mengharapkan berlakunya peningkatan hasil yang maksimum berbanding
dengan pertambahan kos dan sumber yang minimum.
Melalui kerjasama secara berkumpulan membolehkan produktiviti dan
kualiti ditingkatkan iaitu hasil penggabungan kepakaran, pengetahuan dan
komitmen semua ahli. Masa dan tenaga untuk menghasilkan sesuatu kerja dapat
diminimumkan. Manakala kos operasi juga akan dapat menjimatkan.
Oleh kerana setiap anggota berpeluang untuk berkongsi kebolehan dan
bakat, mereka boleh menjadi lebih bijak dan kreatif dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Malah proses membuat keputusan berdasarkan pergaulan dan
pengalaman kerja secara berkumpulan, akan mematangkan mereka,
menyeronokkan dan meluaskan pengalaman dan kemahiran.
Dengan adanya kumpulan membolehkan maklumat dan idea terkumpul.
Sekiranya sepuluh orang menganggotai satukumpulan dan setiap orang
memberi satu idea, kumpulan akan mempunyai 10 jenis idea. Lebih banyak
pandangan adalah lebih baik kerana kumpulan berpeluang untuk menapis dan
memilih idea yang terbaik untuk dilaksanakan. Akhirnya organisasi akan menjadi
lebih cekap dan mampu berdaya saing.
Apabila pekerja diberi kepercayaan untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan sesuatu masalah, ia adalah satu bentuk empowerment. Pekerja
akan memperolehi dorongan berikutan kepercayaan dan penghargaan yang
17
diberi oleh majikan. Anggota kumpulan akan merasa puas apabila mereka
terlibat sama dalam proses membuat keputusan. Dengan itu, cadangan dan
strategi yang dihasilkan secara berpasukan adalah lebih mudah dilaksanakan.
8. Keseronokan Bekerja Melalui Muhasabah Cermin Diri dan Pertingkat
Kualiti Pekerjaan.
Amalan bermuhasabah atau menilai diri amat dituntut oleh agama dan
Islam. Sikap menilai, menginsafi kesalahan dan kekurangan diri boleh membantu
mengubah perlakuan pekerja daripada menjadi seorang yang ego dan sombong
serta tidak pernah mengakui kesilapan kepada yang lebih berfikiran terbuka.
Menurut perspektif Islam, muhasabah adalah jalan untuk menyelamatkan
seseorang daripada ditimpa bencana dan kesusahan hidup di dunia, demi
keselamatan hidup dan kesejahteraan di hari kemudian nanti
Amalan pekerjaan yang dilakukan pada hari ini, bukan sahaja untuk
kesenangan di dunia sebaliknya pada hari Akhirat nanti. Justeru, melakukan
kerja-kerja untuk kepentingan majikan, masyarakat dan negara, yang faedahnya
untuk semua, akan melahirkan personel yang bersyukur tentang tugas yang
telah dilakukannya.
Apabila pekerja itu bermuhasabah, dia dapat merasakan betapa kurang
dan lemah dirinya melayan kerenah kerjanya, masyarakat yang menjadi
fokusnya, visi dan misi pengurusan yang hendak dicapai, serta betapa lemah
18
dirinya di hadapan Allah S.W.T. Maka, dia akan sentiasa meningkatkan
amalannya dan pekerjaannya untuk lebih berjaya.
Konsep ‘hisbah’ pula bermaksud mencongak, menyemak dan menilai
pencapaian tugas dan tanggungjawab didalam organisasi dan boleh
diaplikasikan kepada pencapaian individu sebagai pekerja.
Beberapa prinsip boleh diamalkan antaranya:
1. Menilai pencapaian prestasi pekerjaan supaya kelemahan,
kekurangan dan kesilapan diri dapat diatasi dan dibaiki.
2. Mengukur kejayaan diri yang dicapai supaya pelaksanaan
perancangan menepati kehendak sasaran dan memenuhi matlamat
yang diinginkan.
3. Mengesan serta mengenal pasti masalah dan kesulitan yang
menyebabkan kegagalan. Merancang tindakan dan mengatur
strategi bagi mencari penyelesaian untuk mencapai kejayaan.
4. Mengetahui kesilapan dan kesalahan diri supaya dapat dilakukan
pembetulan dan memastikan pemasalahan yang sama tidak akan
berulang.
Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah disertakan dengan
muhasabah dan tidak sewajarnya berpuas hati begitu sahaja. Apabila
muhasabah dijadikan cermin diri, kualiti amal, kerja dan kualiti bekerja akan
dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Justeru itu, ia akan dapat
melahirkan amalan bekerja yang lebih baik.
19
9. Penutup
Bekerja untuk menampung keperluan diri dan keluarga tidak harus
memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal, minat dan hasrat
seseorang. Bagaimanapun kegagalan mewujudkan suasana seimbang dalam
kehidupan seharian boleh menyebabkan seseorang berasa tertekan apatah lagi
dalam memenuhi tuntutan hidup yang semakin kompleks.
Sekiranya, kita beranggapan bekerja itu adalah merupakan sumbangan
terhadap rakan sejawat, majikan, tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
kepada masyarakat dan negara, ia merupakan satu tanggungjawab berterusan
yang dilakukan tanpa batasan dan tiada hujungnya, optimistik bahawa kerja itu
adalah sesuatu yang mendatangkan keseronokan, maka kerja itu adalah satu
ibadah yang diberi ganjaran.
Selain dari gaji, keredhaan dan rahmat Allah S.W.T. diharapkan di atas
sumbangan pekerjaannya supaya rezekinya berkat dan mampu menampung diri
dan keluarga. Ini beerti pekerja telah berjaya meletakkan integriti yang tinggi
dalam dirinya.
Suasana keseronokan bekerja juga mampu dimiliki oleh individu atau
kumpulan dengan melahirkan kreativiti dan inovasi serta mengenepikan sikap-
sikap negatif, keadaan yang melemahkan dan menolak ketidakbijaksanaan yang
boleh mengekang kemajuan.
Keseronokan bekerja mampu meletakkan pekerja maju dalam pelbagai
bidang, tetapi caranya haruslah betul yang dihalalkan oleh Islam (bagi yang
20
beragama Islam). Tiada jalan singkat hendak maju dalam hidup, kecuali dengan
tekad dan azam, ilmu dan pengalaman, serta kekuatan mental dan fizikal yang
tidak bertebing.
Semangat juang yang tinggi, kegigihan menggerak langkah ke depan
tanpa berputus asa di tengah jalan dan menjadikan kejayaan sebagai jambatan
untuk mengejar impian boleh dijadikan iktibar kepada kita semua untuk
melaksanakan keseronokan bekerja.
Kita tidak mahu lagi mendengar pelbagai hipotesis tentang kemalasan
bekerja, lebih banyak bercakap daripada bekerja dan suka menuding jari kepada
orang lain apabila berlaku kepincangan, kesilapan dan musibah dalam
melaksanakan kerja.
21
10. BIBLIOGRAFI
Bernama, Kerap Tukar Kerja Gagalkan “Jenama Malaysia” dalam Berita Harian.
29.7.2005. Muka surat: 15.
Haji Zainal Abidin Safarwan, 1995. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Hamzaid Yahya, 1985. Ekonomi Mikro. Kajang: B & H Enterprise.
Mohd Kamel Mat Salleh. Muhasabah Cermin Diri Pertingkat Kualiti Pekerjaan
dalam Berita Harian. 10.3.2005. Khamis.Muka surat: 9
Sidang Editor, 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sidang Pengarang ILBS, 2003. Soal Jawab Untuk Peperiksaan Am Kerajaan.
Petaling Jaya: International Law Book Services.
____________________, 2003. Malaysia Kita Panduan Dan Rujukan Untuk
Peperiksaan Am Kerajaan. Petaling Jaya: International Law Book Services.
Institut Tadbiran Awam Malaysia, 1992. Tonggak Dua Belas: Penerapan Nilai,
Norma dan Etika Perkhidmatan. Kuala Lumpur: INTAN.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2005. Konsep Islam Hadhari: Satu
Penjelasan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Jurnal Pengurusan Awam, Jilid 2 Bilangan 1 Januari 2003. Kuala Lumpur:
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Dato’ Dr. Mohd.Fadzilah Kamsah . 55 Petua Keseronokan Bekerja. Shah Alam:
PTS Millennnia
22
BORANG PENGAKUANPENYEDIAAN TUGASAN INDIVIDU
Adalah dengan ini, saya mengaku bahawa Tugasan Individu yang bertajuk :
”Kerja ialah satu beban yang perlu dilakukan untuk hidup. Ia bukanlah sesuatu
yang ringan malah merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu ia
boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang menyeronokkan”
adalah hasil penyelidikan dan karya saya sendiri kecuali senarai rujukan yang
dinyatakan sumbernya.
Oleh: MD NASIR BIN MUDA
23