Kepentingan Memahami Latar Belakang Dan Tahap Kecerdasan Murid Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran...

12
KEPENTINGAN MEMAHAMI LATAR BELAKANG DAN TAHAP KECERDASAN MURID ALIRAN VOKASIONAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH DAN CADANGAN MENGATASI. Oleh Zulkifli bin Md Razali Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 08000 Kedah Darul Aman 1.0 Pengenalan Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor- faktor yang mempengaruhi pencapaian murid aliran vokasional dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya bagi mata pelajaran sejarah. Pengalaman penulis mengajar selama 18 tahun di Sekolah Menengah Teknik (kini Sekolah Menengah Vokasional) di harap dapat membantu memberikan penulisan yang objektif dan memberi input dan pemahaman yang jelas khususnya kepada guru-guru sejarah. Pengalaman berhadapan dengan murid-murid aliran vokasional dalam jangka masa yang lama memahirkan penulis berkaitan tahap kecerdasan dan tingkahlaku murid aliran tersebut.

description

kajian tindakan

Transcript of Kepentingan Memahami Latar Belakang Dan Tahap Kecerdasan Murid Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran...

KEPENTINGAN MEMAHAMI LATAR BELAKANG DAN TAHAP KECERDASAN MURID DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH DAN CADANGAN MENGATASI

KEPENTINGAN MEMAHAMI LATAR BELAKANG DAN TAHAP KECERDASAN MURID ALIRAN VOKASIONAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH DAN CADANGAN MENGATASI.Oleh

Zulkifli bin Md Razali

Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1

08000 Kedah Darul Aman1.0 Pengenalan

Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid aliran vokasional dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya bagi mata pelajaran sejarah. Pengalaman penulis mengajar selama 18 tahun di Sekolah Menengah Teknik (kini Sekolah Menengah Vokasional) di harap dapat membantu memberikan penulisan yang objektif dan memberi input dan pemahaman yang jelas khususnya kepada guru-guru sejarah. Pengalaman berhadapan dengan murid-murid aliran vokasional dalam jangka masa yang lama memahirkan penulis berkaitan tahap kecerdasan dan tingkahlaku murid aliran tersebut.

Untuk tujuan penulisan ini, fokus akan diutamakan kepada aspek latar belakang sekolah,psikologi,motivasi dan tahap kecerdasan murid yang mempengaruhi dalam pencapaian keputusan mereka. Fokus juga akan diberikan terhadap pendekatan-pendekatan yang perlu untuk menangani persoalan yang wujud supaya prestasi mata pelajaran sejarah dapat ditingkatkan.

Penulisan ini juga dilakukan kerana menyedari betapa besarnya jurang pencapaian peratus kelulusan mata pelajaran sejarah antara aliran teknik dan vokasional khususnya di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1. Perbezaan yang ketara ini memerlukan satu kajian dan cadangan langkah-langkah perlu diambil untuk memastikan pencapaian murid aliran vokasional ditingkatkan apatah lagi pengambilan murid aliran teknik telah dimansuhkan.Penulisan ini juga adalah lanjutan perbualan guru-guru khususnya guru-guru sejarah terhadap kebimbangan mengajar murid aliran vokasional. Hasil perbualan tersebut membuka ruang kepada penulis untuk membincangkannya secara objektif.2.0 Isu dan fokus penulisan

Setiap kali keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan isu yang muncul dan merisaukan guru-guru sejarah ialah terdapatnya jurang yang besar dalam peratus kelulusan antara pelajar aliran teknik dan aliran vokasional. Untuk mata pelajaran sejarah khususnya jurang perbezaan peratus pelajar yang lulus antara murid aliran teknik dan vokasional sehingga menjangkau 50%. Wujud persoalan dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran sejarah mengapa wujudnya perbezaan yang begitu ketara dalam keputusan bagi kedua-dua aliran tersebut. Memang diakui tahap kelayakan untuk memasuki Sekolah Menengah Teknik bagi kedua-dua aliran tersebut adalah berbeza iaitu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi murid aliran teknik adalah lebih baik berbanding aliran vokasional. Namun selain daripada faktor keputusan PMR, penulis ingin membincangkan sama ada terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi pencapaian keputusan mereka dalam mata pelajaran sejarah dalam peperiksaan SPM. Adakah faktor perbezaan latar belakang murid, psikologi murid, motivasi diri dan tahap kecerdasan murid yang mempengaruhi pencapaian mereka dalam peperiksan SPM. Seterusnya yang lebih utama ialah apakah cadangan-cadangan atau langkah perlu yang sepatutnya dilakukan oleh guru-guru sejarah untuk menangani masalah yang wujud.2.0Objektif penulisan

2.1 Mengenal pasti aspek latar belakang murid yang

mempengaruhi pencapaian mereka dalam peperiksaan

SPM

2.2 Menyenaraikan faktor-faktor tahap kecerdasan murid

yang mempengaruhi pencapaian mereka dalam

peperiksaan SPM

2.3 Memberi kefahaman yang jelas kepada guru-guru

sejarah senario murid aliran vokasional di dalam bilik

darjah

2.4 Membincangkan langkah-langkah perlu untuk

mengatasi kelemahan pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

3.0 Kepentingan memahami latar belakang murid dan cadangan mengatasi3.1 Kepentingan memahami latar belakang sekolah murid

sebelum mereka memasuki Sekolah Menengah Vokasional dan cadangan mengatasinya. Memahami latar belakang sekolah terdahulu murid sebenarnya amat penting dan membantu guru-guru sejarah menggunakan pendekatan yang betul dan tepat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Majoriti murid yang memasuki aliran vokasional di Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani 1 adalah daripada sekolah berhampiran. Sekolah yang berbeza sudah pasti menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang berbeza. Apabila murid-murid dihimpunkan dalam satu kelas di Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani 1, sudah tentu mereka membawa amalan yang berbeza. Cuba kita bayangkan terdapatnya murid lebih daripada sepuluh sekolah yang berbeza dihimpunkan dalam satu kelas. Hal ini tentunya membawa perbezaan ketara sama ada dari segi kaedah pengajaran mahupun tahap sukatan pelajaran yang dipelajari. Memahami keadaan ini akan membantu guru-guru sejarah menetapkan satu set prosedur yang seragam kepada murid-murid. Keadaan ini tentunya berbeza bagi murid yang memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh dan sekolah terpilih. Walaupun mereka dihimpunkan dari sekolah yang berbeza namun mereka mempunyai keupayaan yang pantas menyerap gaya dan stail pengajaran guru baru mereka.Cadangan mengatasi masalah

Guru-guru sejarah di Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani 1 dicadangkan supaya menetapkan satu set prosedur yang seragam dan tepat bagi mengatasi masalah yang wujud akibat latar belakang sekolah murid yang berbeza. Contohnya ialah keseragaman dari segi memulakan sukatan pelajaran. Walaupun kita memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dari sukatan pelajaran atau bab yang paling awal namun perbezaan yang wujud dalam kalangan murid akibat sekolah yang berbeza memerlukan kita mempunyai kemahiran yang tinggi untuk menyesuaikan perbezaan tersebut. Kebijaksanaan guru sejarah mengawal murid daripada latar belakang sekolah yang berbeza ini akan membantu proses pengajaran yang lancar dan berkesan. Terdapat juga kecenderungan murid-murid ini memperlihatkan tingkahlaku mereka yang terbawa-bawa dari sekolah terdahulu. Mereka yang sudah terbiasa dengan corak pembelajaran di sekolah terdahulu akan menunjukkan belang di sekolah baru termasuklah menunjuk-nunjuk kepada rakan baru mereka. Guru memainkan peranan penting untuk mengawal tingkahlaku ini kerana sekiranya tingkahlaku yang negatif ini, contohnya tidak membawa buku nota dan buku teks, sekiranya tidak dibendung akan mewujudkan masalah kepada guru sepanjang murid-murid ini berada di sekolah. Sekiranya guru sejarah dapat menekankan prosedur dan memastikan ianya diikuti, masalah kesukaran pengawalan kelas dapat dikurangkan ke peringkat minimum.3.2 Kepentingan memahami psikologi murid aliran vokasional yang berbeza dan cadangan mengatasi.Kepentingan guru sejarah memahami perkembangan psikologi murid terutamanya murid aliran vokasional amat membantu dalam mencapai matlamat pengajaran yang berkesan. Ini adalah kerana sekiranya apa yang dirancang tidak selaras dengan tahap psikologi murid, proses pengajaran tentunya tidak benar-benar berkesan. Kebanyakan murid aliran vokasional mempunyai pandangan yang rendah terhadap diri dan keupayaan mereka apatah lagi terhadap mata pelajaran sejarah yang bukan sahaja memerlukan pembacaan yang terancang, tetapi juga memerlukan tahap pentaksiran yang tinggi untuk menjawab soalan peperiksan dengan baik. Kemahiran guru-guru sejarah memahami tahap psikologi murid akan membantu guru menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap mereka. Contohnya sekiranya pengajaran yang dirancang melibatkan kemahiran membuat analisis dan penilaian dilaksanakan kepada mereka, sudah pasti mereka akan sukar mengikutinya dan menghilangkan minat mereka daripada terus mempelajari sejarah.Cadangan mengatasi

Bagi menghadapi halangan disebabkan faktor psikologi murid memerlukan satu pendekatan yang bersepadu. Guru-guru sejarah perlu mengetahui dan mengambil berat tingkahlaku-tingkahlaku keterlaluan yang ditimbulkan oleh murid. Wujud persoalan sama ada pendekatan mendenda dengan keras termasuk merotan atau pendekatan dendaan memukul hati yang lebih praktikal. Kajian selanjutnya daripada pihak-pihak terlibat amat diperlukan untuk mencari pendekatan yang sesuai untuk mengawal tingkahlaku murid-murid yang wujud akibat psikologi yang berbeza ini.Bagi penulis, guru-guru sejarah dicadangkan mengambil pendekatan yang tegas dan berhemah. Kebanyakan murid-murid ini sudah biasa dan lali dengan dendaan berbentuk fizikal dan tidak menimbulkan kesan yang berpanjangan kepada mereka. Dendaan dengan merekodkan tingkahlaku mereka dan mengenakan mata demerit adalah lebih sesuai. Sekiranya berlaku kesalahan pelajar, terus mendekati pelajar tersebut dan menerangkan kesalahan mereka dan memastikan kesalahan tersebut tidak berulang. Perkara tersebut tidak dibiarkan berpanjangan.

Satu lagi aspek yang perlu diberi penekanan ialah memberikan pujian kepada perubahan tingkahlaku murid yang positif. Mjurid- murid sebegini kekurangan perhatian dan sekiranya pujian diberikan tepat pada situasi, ia akan menimbulkan kesan positif kepada murid dan boleh mengubah tingkahlaku mereka kepada yang lebih baik. Sikap yang perlu dijauhkan oleh guru ialah memerikan leteran yang berpanjangan kepada murid-murid ini. Bagi mereka leteran akan merendahkan lagi kepercayaan kepada diri mereka sendiri.3.3 Kepentingan memahami tahap kecerdasan murid aliran vokasional yang berbeza dan cara mengatasinya.

Murid aliran vokasional yang di terima masuk ke sekolah menengah vokasional rata-rata mempunyai keputusan yang sederhana bagi mata pelajaran sejarah. Melalui kajian yang di buat hampir keseluruhan murid mencapai keputusan D dan C bagi mata pelajaran sejarah dalam peperiksaan PMR. Pencapaian sebegini dianggap pencapaian yang sangat minimum. Terdapat juga pelajar yang mempunyai tahap penguasaan membaca yang agak lemah.

Namun itu adalah kenyataan yang perlu diterima oleh guru-guru sejarah. Tahap kecerdasan yang berbeza ini memang memberi cabaran yang lebih kepada guru-guru sejarah. Walaupun demikian menerima sahaja keadaan tidak akan membantu meningkatkan tahap kelulusan murid dalam peperiksaan. Keadaan ini perlu di ambil sebagai cabaran oleh guru-guru sejarah. Memberi pendapat dan komen berkaitan tahap kecerdasan murid adalah sesuatu yang boleh diterima. Perbincangan berkaitan dugaan mengajar mereka juga boleh diterima. Namun yang lebih bermakna ialah mencuba sedaya upaya membantu murid-murid mencapai keputusan yang terbaik bagi mereka dan juga kepuasan guru sejarah itu sendiri.

Cadangan mengatasi

Untuk menghadapi murid yang mempunyai tahap pencapaian yang berbeza dan sederhana, teknik dan pendekatan yang sesuai dan tepat adalah amat penting. Contohnya kaedah pengajaran seperti kaedah sumbang saran dan perbincangan sukar diaplikasikan dalam bilik darjah. Guru-guru sejarah perlu memahami dengan jelas tahap kecerdasan murid. Perancangan pengajaran juga hendaklah sesuai dengan tahap kecerdasan murid. Kaedah murid menyediakan soalan mengikut keupayaan mereka adalah disarankan. Pembinaan soalan mengikut tahap pengetahuan murid perlu diperbanyakkan. Ini selaras dengan tahap peperiksaan SPM iaitu sebahagian besar soalan adalah berpaksikan aras pengetahuan yang mudah.

Penumpuan terhadap topik-topik yang penting dan sesuai dengan tahap kecerdasan murid juga membantu mereka mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan. Ini bukan bermakna guru sejarah mengajar tanpa menghabiskan sukatan pelajaran. Apa yang penting ialah memberikan fokus kepada bab-bab atau topik yang popular dan sering keluar dalam peperiksaan. Contoh yang paling jelas ialah terdapatnya satu bab yang sememangnya terdapat soalan SPM pada setiap tahun. Mahu ataupun tidak bukan hanya kepuasan kita menghabiskan sukatan yang perlu diberi keutamaan, namun keputusan pelajar yang menjadi ukuran.

3.4 Kepentingan memahami tahap motivasi murid aliran vokasional dan cara mengatasinya.

Kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid sederhana disebabkan ketidakupayaan mereka memeberikan perhatian terhadap pengajaran guru