Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah...

100
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih lidah Kejahatan C M Y CM MY CY CMY K KejahatanLidahBook_FA.pdf 1 12/9/13 8:31 PM

Transcript of Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah...

Page 1: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

lidah Kejahatan

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

KejahatanLidahBook_FA.pdf 1 12/9/13 8:31 PM

Page 2: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha
Page 3: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

Diterjemah oleh: Nor Aini IsmamDisunting oleh: Ishak Ibrahim

lidah Kejahatan

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

KejahatanLidahBook_FA.pdf 1 12/9/13 8:33 PM

Page 4: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

Diterbitkan Oleh : Dakwah Corner Publications Sdn. Bhd.Hak Cipta Terpelihara © 2014 Dakwah Corner Publications Sdn BhdHak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa cara selakipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Dakwah Corner Publications Sdn. Bhd.

Terbitan Pertama: 2014Kejahatan Lidah ISBN: 978-967-5699-50-4

Alamat Penerbit dan Kedai Cawangan:

Dakwah Corner Bookstore (M) Sdn BhdNo. 34-1, Jalan 14/22, Section 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor D.E. Tel: +603-7956 4664 Website: www.dakwahbookstore.com.my

One Stop Dakwah StoreLot No. 2-65 E&F, 1st FloorAmpang Park Shopping Centre, Kuala Lumpur Tel: +603-2181 2692

Dakwah Corner Bookstore (Bangi)Unit B5, Ground Floor, Bangi Gateway Mall, Persiaran Pekeliling, Section 15, 43000 Bandar Baru Bangi. Tel : +6013 325 4532

Diedarkan Oleh:

Ilustrasi Muka Taip Teks dan Pereka Bentuk Kulit: Risaalah Media

Hantarkan komen tentang buku ini ke: [email protected]

Dicetak Oleh:Colour Retail Sdn Bhd

SAUDI ARABIA:Dawah Corner BookstoreHilton Tower, Holy MakkahTel: +966 2 5311895

NIGERIA:Dawah Corner BookstoreKaduna Tel: +08056037779

PHILIPPINES:Dawah Corner BookstoreZamboanga CityTel: +63 926-5284

Perniagaan JahabersaJohor, MalaysiaTel: +607-2351602

Salaam Media InternationalVictoria Street, SingaporeTel: +63 964121

Goodword BooksNew Delhi, IndiaTel: +91114652 1511

Page 5: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

v

Isi KandunganNOTA PENERBIT VII

PENGHARGAAN VIII

PENGENALAN X

BERBICARA TENTANG ALLAH TANPA PENGETAHUAN 1

1. Berdusta terhadap Allah S.W.T. dan Rasul-Nya s.a.w. 4

Pelbagai Cara Bagaimana Berdusta Terhadap Allah Yang Maha Tinggi dan Rasul-Nya s.a.w. Timbul. 5

Menggambarkan Allah tanpa bukti dari Al-Quran atau Sunah yang sahih. 5

Menerangkan Ayat Al-Quran atau Hadis Rasulullah s.a.w. dengan maksud selain daripada yang sebenarnya. 8

Mengharamkan perkara yang Halal 8

Menghalalkan perkara yang Haram 9

Menggunakan hadis Rasulullah s.a.w. yang direka dan tidak sahih. 11

2. Membuat Keputusan Perundangan atau Hukum (Fatwa) tentang agama Allah Tanpa Pengetahuan. 11

3. Menghukum berpandukan selain daripada yang diturunkan atau diwahyukan oleh Allah 13

4. Bida’ah 15

MELAKUKAN SYIRIK MELALUI LIDAH 21

* Syirik yang Dilakukan Oleh Lidah 24

1. Berdoa kepada Selain Dari Allah. 24

2. Kufur Nikmat: Kufur jelas dilihat di dalam ketidak

Page 6: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

vi

syukuran terhadap nikmat atau pertolongan Allah. 25

3. Berjumpa Penilik nasib, Bomoh, orang berkuasa psikik dan lain-lain. 26

4. Bersumpah dengan yang lain daripada Allah 26

5. Menafikan Nama atau sifat-sifat Allah atau Menukar Maksudnya yang Jelas. 27

6. Mengkufuri Allah, Quran-Nya atau Rasul-Nya. 28

7. Menafikan Qadar 29

8. Dilarang duduk bersama dengan mereka yang memberi tafsiran yang melencong atau salah tentang Al-Quran atau Islam. 29

MENGANIAYA SEORANG MUSLIM DENGAN LIDAH 31

1. Mengumpat 31

2. Fitnah dan Tuduhan Palsu. 39

3. Memberi testimoni palsu atau menjadi saksi palsu. 42

4. Menuduh atau Memfitnah wanita mulia (melakukan zina). 43

5.Menipu ialah satu lagi kejahatan lidah. 44

6. Penyebar cerita (Skandal) atau memulakan persengketaan. 48

7. Bagaimana untuk menyembuhkan Si Penyebar cerita. 49

8. Dilarang memperdaya seorang Muslim yang meminta nasihat ikhlas. 50

9. Larangan melamar wanita yang telah bertunang. 51

10. Turut serta dalam memfitnah seorang Muslim. 52

11. Orang yang bermuka-muka. 52

Page 7: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

vii

12. Ejekan, sindiran dan merendah-rendahkan orang Islam. 53

13. Mendedahkan dan menyebarkan rahsia. 55

14. Dilarang untuk mengungkit kebaikan diri seseorang. 55

BEBERAPA PENGGUNAAN LIDAH YANG NAMPAK PADA LAHIRNYA TIDAK MUDARAT TETAPI MENGAKIBATKAN MALAPETAKA 57

1. Mengemis. 58

2. Memuji orang lain. 55

3. Menyanyi. 62

4. Senda gurau dan jenaka. 63

5. Perbalahan dan pertengkaran. 65

KEJAHATAN UMUM DARI LIDAH 67

1. Bercakap tentang sesuatu yang tidak perlu dan tiada kaitan dengan seseorang itu. 67

2. Bercakap berlebih-lebihan 68

3. Bercakap yang sia-sia 69

4.Lidah yang tidak tahu malu, biadap dan cabul (tidak senonoh) 70

5. Gosip (Mengumpat) 71

6. Dilarang bagi seorang wanita menggambarkan wanita lain kepada suaminya 71

7. Larangan daripada menggunakan perkataan ‘kalau’ terhadap Qadr Allah (takdir Allah) 71

8. Dilarang bagi seseorang mengatakan “sianu” itu akan masuk ke Syurga atau masuk ke

Page 8: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

viii

Api Neraka atau mengatakan dia itu seorang Kafir 72

9. Larangan memfitnah dan memburuk-burukkan kaum keluarga seseorang 73

10. Dilarang bermegah-megah 73

11. Larangan bercakap semasa Khatib menyampaikan khutbah solat Jumaat 74

12. Larangan memberi pangkat yang tinggi kepada orang munafik dan pengamal bida’ah 74

13. Mengkufuri, menghina, mencemuh dan mencaci 75

(a) Dilarang menghina, mencaci atau mengkufuri Allah, Rasul-Nya, Agama-Nya dan Kitab-Nya. 75

(b) Dilarang mencaci dan mengkufurkan Para Sahabat r.a. 77

(c) Dilarang mencaci dan mengkufurkan saudara Muslim yang lain. 78

(d) Dilarang menghina orang yang telah mati 78

(e) Dilarang menghina apa yang disembah oleh orang kafir selain daripada Allah 78

(f) Larangan mengutuk angin 79

(g) Larangan memaki ayam jantan 79

(h) Larangan mengutuk masa (As-Dahr) 79

(i) Jangan mengutuk sakit 79

KESIMPULAN 80

Page 9: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

ix

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

Nota Penerbit

Segala puji untuk Allah, Tuhan yang mencipta sekelian Alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.

Saya bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnianya dapatlah kami menerbitkan sebuah terjemahan Bahasa Melayu bagi buku asal yang bertajuk “Evil of the Tongue” yang kami terjemahkan menjadi “Bencana Kejahatan Lidah”. Buku ini disusun rapi oleh pengarang asalnya dengan disertai ayat-ayat Al-Quran dan hadis sahih yang menguatkan dan menjelaskan lagi segala huraian yang diberikan. Adalah diharapkan segala isi kandungan buku terjemahan ini yang mengandungi segala bahaya dan keburukan yang diakibatkan oleh salah satu anggota manusia yang paling penting iaitu lidah, yang kebanyakannya tanpa disedari diamalkan oleh ramai umat Islam dalam kehidupan mereka sehari-hari. Semoga apa yang ingin disampaikan oleh pengarang asalnya dapat sampai kepada para pembaca dalam keadaan yang sesempurna mungkin dan selengkap mungkin agar tiada sebarang perkara yang tertinggal dan disalah ertikan oleh semua.

Sudah tentu buku ini mengandungi kelemahan dan kekurangan. Justeru itu saya bersedia menerima sebarang teguran bagi kebaikan kita bersama. Akhirnya saya berdoa kepada Allah mudah-mudahan buku ini dapat memberi faedah kepada kita semua.

Dakwah Corner Publications

Page 10: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

x

Page 11: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

xi

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

Penghargaan

Segala puji untuk Allah. Didahului dengan saya bersyukur kepada Allah, Yang Maha Pemurah, kerana akhirnya telah merealisasikan usaha yang tidak seberapanya ini. Kami

memuji-Nya kerana jika tidak kerana sifat PenyayangNya,Allah tidak mungkin terlaksana, kerana Dia telah mengingatkan kita di dalam Hadis Qudsi:

“..Ketahuilah bahawa jika semua manusia berkumpul untuk memberi manfaat kepada mu dengan sesuatu, mereka tidak akan mampu memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu kecuali yang sudah Allah tetapkan untukmu."

(At-Tirmidhi)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri nikmat Allah”.

(Abu Dawud, Ahmad & lain-lain)

Oleh itu, saya ingin melahirkan ucap terima kasih saya kepada semua yang telah menyumbang secara langsung dan juga secara tidak langsung bagi menjadikan penerbitan ini terlaksana sebegini, kerana saya tidak mungkin berdaya untuk melakukannya seorang diri.

Terdapat beberapa orang yang sepatutnya disebutkan secara khusus disebabkan pengorbanan dan pertolongan mereka yang amat banyak dalam merealisasikan projek ini menjadi kenyataan, mereka ialah:

Saudara ‘Imra Ferouz Raghubar kerana menyemak dan mengesahkan sepenuhnya kesahihan isi kandungannya.

Page 12: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

xii

Saudara-saudara: Bilaal Nantambu, Azam Muhammad, Shaheed Ahamad, Haseeb Yusuf dan Nasir Jabar kerana telah membaca pruf dan membuat banyak cadangan yang sangat berharga.

Saudara Fatal Bacchus yang sentiasa mahu membantu.

Dan yang paling penting, Saudara Haseeb Khan dan staf beliau yang sentiasa bersedia memberi saya menggunakan komputer mereka dan khususnya buat Saudara Haseeb Khan kerana cadangannya yang berharga dalam penyediaan susun atur dan lain-lain susunan teknikal buku ini dan reka bentuk kulitnya.

Semoga Allah Yang Maha Besar merahmati kami semua dan semoga segala usaha kami yang terlibat ini hanyalah kerana Allah. Amin.

Page 13: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

xiii

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

Pengenalan

Segala puji bagi Allah, Yang Maha Tinggi, dan selawat dan salam bagi Rasul-Nya s.a.w. dan keluarganya, dan seluruh umatnya yang mentaati ajarannya sehingga ke Hari Akhirat.

Kejayaan merupakan matlamat bagi setiap orang. Setiap lelaki dan wanita akan sentiasa dengan caranya tersendiri berharap untuk mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan umat manusia, kejayaan dilihat dalam konteks kejayaan duniawi dan justeru itu, dalam mengejar perkara yang berbentuk materialistik, manusia pada dasarnya berhasrat untuk mendapat ketenangan, kepuasan hati, kegembiraan, dan kemudahan dalam kehidupan mereka.

Namun, kenyataannya, ramai daripada mereka yang mementingkan kebendaan ini tidak berjaya mencapai apa yang diimpikan, ini kerana harga untuk mendapatkan kebendaan ini melibatkan juga kepenatan, kegagalan, kegelisahan, sakit hati, kesedihan, tidak yakin pada diri sendiri dan segala macam perasaan dan akibat yang negatif.

Walaupun mereka mengalami akibat yang negatif ini, namun kebanyakan daripada mereka tetap terus tenggelam di dalam dunia kebendaan menyebabkan mereka kurang mengambil perhatian terhadap penyucian jiwa dan rohani mereka. Punca utamanya ialah kerana moto bagi kehidupan mereka ialah dunia materialistik: ‘Matlamat menghalalkan sebarang cara.” Memang benarlah, apabila dilihat mereka yang cenderung beragama (mereka yang mencuba untuk menyucikan jiwa mereka), mereka ini sendiri bagaikan masih keliru, mereka melupakan kenikmatan materialistik dengan pencarian materialistik mereka itu.

Sebaliknya, hanya seorang yang benar-benar beriman akan tetap yakin kepada siapa sebenarnya dirinya. Ini kerana

Page 14: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

xiv

jelas keyakinannya dan pegangannya lahir daripada panduan Allah Yang Maha Agung. Maka, dia akan bermula daripada asas yang paling kuat, yang tiada lagi keraguan baginya. Dia akan sentiasa berpaling kepada Allah, untuk memberinya panduan apa sebenarnya kejayaan, kerana dia sedar bahawa Allahlah yang mencipta dirinya, dan Allah sahajalah yang mengetahui di mana letaknya kejayaan bagi dirinya. Maka dia akan mendengar apa yang diperintahkan Allah kepadanya, percaya dengannya, menilainya, melakukannya, kerana Allah tidak akan berbohong atau menipu tetapi Dia mengetahui segala-galanya dan Allah itu sempurna. Ketahuilah apa yang dikatakan kejayaan itu oleh Allah (S.W.T.):

“Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan Sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).”

(Ash-Shams 91:7-10)

Di dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menyatakan kepada kita tanpa sebarang keraguan, bahawa kejayaan hanya boleh tercapai dengan jiwa yang bersih dan suci. Telah ditekankan juga di dalam ayat di bawah ini , Allah S.W.T. berfirman:

“Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh).”

(Al-A’laa 87:14)

Disebabkan Allah mengetahui segala-galanya, apa yang Dia katakan apa sebenarnya kejayaan itu, maka telah menjadi kewajipan ke atas kita untuk memahaminya dengan jelas, dan kemudian berusaha bersunguh-sungguh supaya kita tidak

Page 15: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

xv

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

terpesong arah mengejar kegagalan dengan tanggapan bahawa ia merupakan kejayaan yang sebenar, sebagaimana Allah telah memberi amaran:

“ Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan."

(Al-Kahf 18:103-104)

Justeru, akhirnya jika kita tidak benar-benar faham apa itu kejayaan, kita akan hampa kerana semasa di Akhirat nantilah baharu kita tahu bahawa usaha kita itu sebenarnya menghasilkan kegagalan bukannya kejayaan. Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha Agung, juga memberitahu bahawa kita akan diuji di dalam diri kita, harta kita, dan agama kita, dan memberi amaran kepada kita bahawa yang terbaik hanyalah dengan bersabar dan insaf akan kebesaran-Nya. Allah S.W.T. berfirman:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. dan Demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada

Page 16: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

xvi

perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).”

(Ali ‘Imran 3:185-186)

Banyak perkara penting yang ditonjolkan di dalam dua ayat Al-Quran ini tetapi apa yang lebih penting ialah, Allah, Yang Maha Tinggi, menerangkan bahawa kejayaan sebenarnya ialah dengan dimasukkan ke Syurga Jannah dan selamat dari Neraka Jahanam. Ini hanya boleh dicapai jika seseorang itu, semasa hayatnya di dunia mempunyai sifat sabar dan bertakwa dan mempunyai kesedaran dan keinsafan sepenuhnya dalam semua hal yang menyebabkan seseorang itu taat kepada perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Ia juga membawa maksud bahawa untuk selamat daripada neraka Jahanam dan masuk ke syurga Jannah, seseorang itu perlulah membersihkan jiwanya.

Salah satu faktor utama yang boleh mensia-siakan pencarian kepada kejayaan yang dikejar oleh orang yang beriman, walaupun mungkin mereka memahaminya dengan jelas, dan bersungguh-sungguh untuk mengecapnya ialah penyalahgunaan lidah mereka.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tahukah engkau siapa si muflis itu?" Para sahabat berkata, "lalah orang yang tidak punya dirham, dinar atau harta. "

Nabi s.a.w. bersabda:

"Umatku yang muflis itu orang yang datang pada hari Kiamat membawa solat, puasa dan zakat namun dia membawa dosanya kerana dia pernah memaki, menuduh, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul (si anu). Maka kebaikannya diberikan kepada si anu dan si anu. Jika habis kebaikannya sebelum selesai hutangnya kepada mereka yang dizaliminya, maka diambil dosa-dosa mereka diberikan kepadanya lalu dia dilemparkan ke Neraka."

(Muslim)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

Page 17: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

xvii

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

"Seorang hamba (manusia) yang berbicara dengan pembicaraan yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), maka dia akan terlempar ke neraka sejauh antara timur dan barat."

(Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

"Siapa yang menjamin kepada ku apa yang di antara dua kakinya (anggota kelamin) dan apa yang di antara dua tulang rahangnya (lidahnya), nescaya aku menjamin syurga kepadanya. "

(al-Bukhari)

Dan Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

“Siapa yang percaya kepada Tuhan dan hari akhirat: hendaklah berbicara yang baik-baik, atau diam saja!"

(Bukhari dan Muslim)

Telah diriwayatkan oleh Mu’adz Ibnu Jabal r.a., bahawa dia bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:

Wahai Rasulullah beritahukanlah kepada ku tentang perbuatan yang dapat memasukkan aku ke syurga dan menjauhkan aku dari api neraka”. Baginda bersabda :”Sungguh kamu telah bertanya kepada ku tentang sesuatu yang besar dan sesungguhnya hal itu mudah bagi orang yang diberi kemudahan oleh Allah iaitu : kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan, dan menunaikan ibadah haji”, kemudian baginda bersabda :”Mahukah aku menunjukkan kepada mu terhadap pintu-pintu kebaikan ? iaitu : puasa ialah perisai, sedekah dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air dapat memadamkan api, dan solat seseorang pada larut malam”. Kemudian baginda membaca:

“Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang

Page 18: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

xviii

tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperoleh lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada mereka….”

(32:16)

Kemudian baginda bersabda: “Mahukah aku memberitahukan kepada mu tentang kepala segala urusan, tiang dan puncaknya.”. Aku menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Baginda bersabda :”Kepala segala urusan ialah Islam (dua syahadat), tiangnya itu solat, dan puncaknya itu jihad”. Kemudian baginda bersabda: “Mahukah aku memberitahukan kepada mu dengan kekuatan semua itu ?”. Aku menjawab :”Ya, wahai Rasulullah”. Lalu baginda memegang mulut baginda dan bersabda : “Tahanlah mulutmu ini !”, kemudian aku bertanya: “Wahai Nabiyullah, apakah kita sungguh dituntut dengan apa yang kita ucapkan ? Baginda bersabda: “Celaka kamu hai Mu’adz. Tidaklah orang-orang dibenamkan muka mereka atau hidung mereka di neraka melainkan akibat dari mulut mereka”.

(At-Tirmidhi)

Jika direnung hadis dari Rasulullah s.a.w. ini kita boleh simpulkan bahawa salah satu daripada punca utama seseorang dicampak ke dalam api neraka merupakan kejahatan dari lidah mereka, kerana disebabkan oleh satu bahagian tubuh yang kecil ini (lidah) seseorang boleh terjebak dengan dosa yang lebih banyak lagi dibandingkan dengan bahagian tubuh yang lain. Dengannya segala perbuatan baik kita boleh terpadam dan hilang. Maka, jika kita dapat menahan lidah kita, kita akan berjaya (Insya Allah). Semoga Maha Suci Allah dapat menolong kita memahami kepentingan menahan lidah kita dan kemudian menolong kita melakukannya. Amin.

Dengan sebab banyaknya bahaya yang berasal dari lidah ini maka kami membuat keputusan melakukan kajian yang terperinci tentang kejahatan yang utama yang berkaitan dengannya, supaya kami dapat membantu diri kami, saudara-saudara kami, dan untuk mendapat syurga Allah (Al-Jannah) dengan menahannya.

Page 19: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

xix

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

Saya, akan mencuba dengan sedaya upaya saya untuk hanya menggunakan hadis yang sahih sahaja.

Apa sahaja kesalahan di dalam buku ini merupakan daripada saya dan syaitan. Semoga Allah mengampunkan saya dan semoga Dia Yang Maha Agung membuatkan usaha ini dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dan semoga Dia menerimanya.

Page 20: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

xx

Page 21: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

1

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

B erbicara tentang Allah tanpa pengetahuan, merupakan aspek syirik yang paling utama yang mengakibatkan balasan yang paling dahsyat dari Allah. Atas sebab ini,

maka ia tidak dibenarkan walau dalam sebarang keadaan. Ini sangat jelas diterangkan di dalam Surah A’raaf, yang mana ia menunjukkan bagaimana teruknya dosa ini dibandingkan dengan dosa-dosa besar yang lain. Allah S.W.T. berfirman:

“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhan ku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi;....”

Kemudian Allah menyebut tentang dosa yang lebih besar:

BAB 1Berbicara Tentang Allah Tanpa Pengetahuan

Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan

perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada

yang nyata atau yang tersembunyi

Page 22: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

2

“...dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar;...”

Dan kemudian yang lebih besar lagi:

“...dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya);.. ”

Kemudian Dia, Yang Maha Mengetahui menekankan dosa yang paling besar:

“... dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.”

(Al-A’raaf 7:33).

Di dalam Tafsir tentang ayat ini, ulama-ulama terkenal menerangkan:

“Jika bercakap tentang hal agama Islam (Allah yang Maha Besar) bukan suatu dosa yang besar, maka sudah tentu Allah akan menekankannya dengan cara yang

sebegitu. Zina, ialah dosa yang pertama yang disebut (di dalam ayat ini) dan ia merupakan dosa yang dilakukan seseorang terhadap jiwanya sendiri. Yang kedua: (Allah menyebut) menceroboh atau menindas dan menzalimi, ialah dosa yang dilakukan terhadap orang lain. Ini sememangnya dosa yang lebih besar. Selepas itu Allah menyebut tentang syirik (menyekutukan Allah dengan yang lain), dan jelas ini ialah dosa yang lebih besar lagi dibandingkan dengan kedua-dua yang disebut terdahulu, dan akhir

sekali, Dia menyebut tentang berbicara tentang Islam tanpa cukup pengetahuan. Jika diperhatikan setiap dosa yang disebut kemudian merupakan yang lebih

...dan (diharamkanNya)

kamu memperkatakan terhadap Allah

sesuatu yang kamu tidak

mengetahuinya.

Page 23: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

3

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

besar daripada yang disebut sebelumnya. Justeru, jika ia (bercakap tentang Allah tanpa cukup pengetahuan) bukan dosa yang terbesar,mengapakah ia disebut yang terakhir sekali? Maka ia sudah tentu bertujuan (oleh Allah) untuk difahami sebegitu.”

Ia haruslah diambil perhatian dengan serius bahawa dosa yang sangat berat ini ialah kerana desakan syaitan kepada mereka yang jahil dan mereka yang jahil yang hanya mengejar nama dan kemasyhuran.

Allah S.W.T. berfirman:

“Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).”

(Al-Baqarah 2:169)

Dengan demikian, berdasarkan kepada ayat di atas, kita telah faham bahawa ini merupakan larangan Allah yang paling serius. Berikut ialah kategori dosa yang berkaitan dengan “Berbicara tentang Allah tanpa pengetahuan”:

a. Berdusta terhadap Allah Yang Maha Besar.

b. Menganggap atau menyifatkan Allah Yang Maha Tinggi itu dengan sifat yang tidak sesuai buat-Nya.

c. Bida’ah (pembaharuan) atau mengubah suai dan merubah agama Allah.

d. Menidakkan apa yang Allah telah tegaskan dan benarkan.

e. Mengiakan apa yang Allah telah sangkal dan larang.

Page 24: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

4

f. Menentang atau memusuhi mereka yang menegakkan perjuangan agama.

g. Menyokong musuh Allah.

h. Menyayangi mereka yang Allah benci dan membenci mereka yang Allah sayang.

i. Menggambarkan Allah dengan apa yang tidak wajar tentang-Nya berkaitan dengan zat-Nya, sifat-sifat-Nya, firman-Nya atau tindakan-Nya.

Maka, oleh sebab banyaknya dosa yang termasuk di dalam kategori ini, tiada yang lebih besar dosanya lagi dibandingkan dengannya. Daripada kemungkaran inilah timbulnya syirik dan segala jenis kekufuran. Semua jenis bida’ah juga berasal dari “berbicara tentang Allah tanpa pengetahuan”.

Beberapa aspek “berbicara tentang Allah tanpa pengetahuan” diterangkan secara terperinci, seperti berikut:

1. Berdusta terhadap Allah S.W.T. dan Rasul-Nya s.a.w.

Allah melarang kita mengikut atau mentaati apa sahaja tanpa pengetahuan (memahami apa sebenarnya), Allah berfirman:

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”

(Al-Israa 17:36)

Dan Dia Yang Maha Kuasa juga memberi amaran supaya tidak bercakap tentang-Nya tanpa pengetahuan:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan:... dan (diharamkanNya)

Page 25: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

5

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.”

(Al-A’araaf 7:33)

Di dalam ayat Al-Quran di atas, Allah memberitahu bahawa Dia telah melarang orang Muslim berbicara tentang Allah tanpa pengetahuan, dan berbohong terhadap Allah merupakan satu cara melakukannya. Orang yang berbohong tentang Allah bukan sahaja bersalah berbicara tentang dia tanpa pengetahuan, malah dia juga di antara mereka yang paling zalim sebagaimana Allah berfirman:

“Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya...”

(Al-A’raaf 7:37)

Selain daripada itu, Dia Yang Maha Bijaksana, juga menceritakan seksaan pada hari akhirat bagi sesiapa yang melibatkan diri dengan amalan yang membahayakan ini, justeru:

“Dan pada hari kiamat, Engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan Yang menyatakan kesedihan itu) - muka mereka hitam legam; ”

(Az-Zumar 39:60)

Ibnu Al-Jazwee, di dalam Tafsirnya berkata:

“Ramai ulama-ulama Islam bersependapat, bahawa berdusta terhadap Allah dan Rasul-Nya s.a.w. adalah kafir, dan ia menyebabkan seseorang itu keluar dari Islam (menjadikan dia seorang kafir). Berdusta terhadap Rasulullah (s.a.w.) pula sama keseriusannya, kerana secara tidak langsung seperti ia berdusta terhadap Allah.”

Rasulullah s.a.w. menekankan betapa teruknya berbohong terhadap dirinya (Rasulullah s.a.w.), baginda bersabda:

“Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api Neraka.”

(Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Page 26: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

6

Ramai orang Muslim akan memberitahu bahawa mencuri, rasuah, membunuh, berzina dan lain-lain semuanya merupakan perbuatan yang dilarang (haram). Namun begitu, berdusta terhadap Allah dan Rasul-Nya s.a.w. pula mereka langsung tidak sedar bahawa dosa ini wujud, maka mereka akan sesuka hati melakukannya tanpa bimbang sedikit pun. Sikap tidak acuh dikalangan orang Islam berkaitan dengan dosa ini wujud kerana kejahilan melampau terhadap (i) Hak Allah dan Rasulullah (ii) Seksaan yang berat sebagai balasan melakukan dosa ini.

Sikap sambil lewa ini ditambah pula dengan kejahilan, menjadikan ia faktor utama mengapa kebanyakan percanggahan dan perbezaan wujud di dalam agama Islam.

Pelbagai Cara Bagaimana Berdusta Terhadap Allah Yang Maha Tinggi dan Rasul-Nya s.a.w. Timbul.

•Menggambarkan Allah tanpa bukti dari Al-QuranatauSunahyangsahih.

Sebagai contoh, menggambarkan Allah sebagai berada di serata tempat merupakan tanggapan salah yang sangat serius oleh ramai orang Islam. Al-Quran dan Sunah yang sahih telah menerangkan dengan lengkap serta bukti yang menunjukkan bahawa Allah, Yang Maha Agung, itu melebihi dan mengatasi segala ciptaan-Nya, dan bukan sebahagian daripadanya, sebagaimana kenyataan mengatakan “Dia berada di mana-mana”. Hadis berikut jelas membuktikan ini. Mu’awiyah Ibnu Al-Hakim berkata:

"Aku mempunyai seorang hamba yang mengembala kambing untukku di bahagian Uhud dan Al-Jawariyah. Pada satu hari dia telah melepaskan kambing-kambing gembalaannya dan tiba-tiba datang seekor serigala lalu membawa pergi seekor kambing daripada kambing itu. Dan aku sebagai seorang lelaki daripada kalangan Bani Adam, aku marah sepertimana mereka juga marah, lalu aku telah memukulnya. Kemudian aku telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan baginda telah memandang berat

Page 27: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

7

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

hal itu ke atasku. Maka aku berkata: Wahai Rasulullah! Tidaklah aku membebaskannya? Baginda berkata: ‘Datangkan dia kepadaku’. Lalu aku mendatangkannya kepada baginda. Maka Rasulullah berkata kepadanya: ‘Di manakah Allah?’ Dia berkata: ‘Di langit’. Baginda berkata, ‘Siapakah Aku?’ Dia berkata: ‘Kamu Rasulullah’. Baginda berkata: ‘Bebaskan dia, sesungguhnya dia seorang yang beriman’" .

(Muslim)

Haruslah difahami bahawa salah satu tanggungjawab Rasulullah s.a.w. ialah untuk menegur sebarang kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa di dalam agama ini. Diam baginda selepas baginda bertanyakan kepada hamba itu, “Di manakah Allah?” dan dia menjawab, “Di langit”, menunjukkan bahawa jawapan hamba itu betul. Baginda mengesahkan bahawa dia itu seorang yang beriman di penghujung hadis tersebut, merupakan bukti yang secara langsung menunjukkan jawapannya itu betul, jika tidak maka baginda s.a.w. itu berbohong, dan sesungguhnya kita memohon keampunan dari Allah kerana telah terdetik di hati bahawa berbohong itu boleh berlaku dari Rasulullah s.a.w.

Apa yang harus kita ambil perhatian di sini ialah soalan yang pertama yang ditanya oleh Rasulullah s.a.w. ialah: Di manakah Allah? Dan bukannya sama ada dia percaya akan Allah Yang Maha Agung. Disebabkan soalannya ‘Di manakah Allah?’, maka sangatlah penting perhatian diberikan kepada fakta bahawa, baginda s.a.w. telah menerima bahawa Allah itu di atas langit sebagai jawapan yang betul, oleh itu ia merupakan bukti jelas bahawa ini ialah pandangan yang benar bagi persoalan tersebut.

Di samping itu, ia juga menunjukkan betapa pentingnya isu ini di dalam Islam,

Salah satu Tanggungjawab Rasulullah s.a.w.

ialah untuk menegur sebarang

kesalahan yang dilakukan oleh

sesiapa di dalam agama ini

Page 28: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

8

walaupun kebanyakan orang Islam (termasuk orang bijak pandai) percaya dan menganggap bahawa isu ini sangat mengelirukan ataupun terlalu tinggi pemahamannya. Namun kesimpulannya, ini merupakan soalan yang pertama yang ditanya oleh Rasulullah s.a.w. untuk menguji sama ada hamba perempuan tersebut seorang Muslim ataupun tidak!

•Menerangkan Ayat Al-Quran atau HadisRasulullah s.a.w. dengan maksud selaindaripadayangsebenarnya.

Firman Allah S.W.T.:

“Hai lblis! Apakah yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kedua-dua tangan-Ku? ...”

(Saad 38:75)

Di dalam ayat Al-Quran di atas, Allah Yang Maha Tinggi berfirman bahawa Dia telah mencipta Adam dengan kedua-dua tangan-Nya. Namun sesetengah orang Islam cuba untuk menerangkan “kedua-dua tangan Allah” dengan maksud ‘kekuasaan-Nya’, siapa yang lebih mengetahui Allah, Allah sendiri atau mereka-mereka ini? Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah percaya dengan Allah sebagaimana Dia menggambarkan tentang Dia atau sebagaimana Rasulullah s.a.w. menggambarkan-Nya. Oleh sebab itu, jika Dia, Yang Maha Besar, menyatakan Dia mempunyai Dua Tangan, kita mestilah mempercayainya. Namun begitu, kita juga wajib percaya, bahawa Tangan-tangan ini bukanlah sama seperti tangan kita (atau tangan makhluk ciptaan-Nya): Dia Yang Maha Agung berfirman:

“ ... Tiada sesuatupun yang sebanding dengan-Nya (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”

(Asy-Syuura 42:11)

•MengharamkanperkarayangHalal

Page 29: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

9

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

Ini merupakan satu lagi bentuk dusta terhadap Allah. Satu contohnya ialah menyuruh orang Islam supaya keluar dari masjid. Disebabkan sesetengah daripada saudara kita

solat mengikut cara Rasulullah s.a.w. , iaitu menurut Sunah, ada terdapat sesetengah ahli jawatankuasa surau atau masjid memerintahkan mereka supaya keluar dari masjid tersebut hanya disebabkan oleh perkara ini. Ketua-ketua yang sombong ini harus ingat, bahawa penindas yang paling zalim, ialah mereka yang menghalang umat Islam dari bersembahyang di dalam Masjid Allah. Ini kerana mereka mengharamkan perbuatan yang paling dihalalkan, hanya disebabkan sifat diktator mereka yang tidak menurut undang-undang. Allah berfirman:

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (solat dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? ....”

(Al-Baqarah 2:114)

•MenghalalkanperkarayangHaram

Ini juga ialah satu bentuk orang Muslim berdusta terhadap Allah S.W.T. Satu contoh tentang perkara ini ialah, Allah membenarkan seorang Islam itu berkahwin sehingga

mempunyai empat orang isteri, di dalam satu-satu masa. Walau bagaimanapun, jika seseorang mengenakan sebarang syarat, dan mempunyai keraguan ke atasnya, maka sebenarnya dia telah membuatkan sesuatu yang Halal itu Haram. Ini telah dilakukan oleh mereka yang mengatakan bahawa seorang lelaki hanya boleh berkahwin sekali, dan hanya jika keadaan memerlukannya melakukan itu, maka dengan itu barulah undang-undang berpoligami (seorang lelaki mengahwini lebih dari seorang isteri) boleh digunakan. Allah Yang Maha Mengetahui berfirman:

“... maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka

Page 30: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

10

(berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki...”

(An-Nisa’ 4:3)

Di dalam ayat Al-Quran di atas, Allah telah menggubal bahawa seorang lelaki harus berkahwin 2,3, atau 4 orang isteri, tetapi jika dia bimbang dia akan berlaku tidak adil, sebagai contoh, dia tidak boleh mengekalkan timbangan pada tahap yang seimbang iaitu berlaku adil, maka pilihannya ialah berkahwin hanya satu. Ini sahajalah syarat (satu syarat sahaja) yang dikenakan oleh syariah. Sesiapa sahaja yang cuba mengatakan ada terdapat syarat-syarat lain, telah mereka undang-undangnya sendiri. Mereka yang menyebarluaskan syarat bahawa isteri yang pertama mestilah mandul atau sakit, atau dia mesti memberi persetujuan kepada perkahwinan yang kedua, dan lain-lain lagi, sebenarnya tidak mempunyai bukti langsung yang boleh menyokong dakwaan palsu mereka itu.

Apa yang lebih teruk ialah mereka yang telah menerima pendapat pihak orientalis, bahawa poligami ini ialah tindakan yang berdosa. Justeru, sesiapa yang mempunyai seorang isteri yang sempurna, tetapi dia masih berkahwin untuk kali kedua, maka bagi pendapat orientalis orang ini berkahwin hanya kerana nafsu jahat dan keinginan syahwatnya. Kategori ini ialah yang paling parah kerana kenyataan mereka ini merupakan kata-kata yang bercanggah dengan Al-Quran, kerana Allah telah membenarkan dan menggalakkan tindakan ini, iaitu seorang lelaki boleh berkahwin lebih dari seorang isteri dalam satu-satu masa. Ia juga bercanggah dengan Rasulullah s.a.w., para sahabat, dan ulama-ulama Islam, kerana mereka telah mengamalkannya semasa hayat mereka.

Namun begitu, walaupun ia dilakukan hanya untuk nafsu berahinya, ia masih lagi menurut Sunah , kerana Rasulullah s.a.w. memberitahu kita bahawa apabila seseorang memenuhi keinginan seksnya atau nafsu berahinya dengan cara yang halal, dia akan diberkati kerananya. Baginda s.a.w. bersabda:

“ ...dan apabila seseorang mengadakan persetubuhan dengan isterinya, dia juga mendapat pahala”. Tanya

Page 31: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

11

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

mereka (para sahabat), "Kalau begitu ya Rasulullah, dapat pahalakah kami bila kami memuaskan nafsu syahwat kami?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Kalau kamu melakukannya dengan yang haram, tentu kamu berdosa.” Mereka menjawab, “Memang benar.” Baginda menyambung, “Sebaliknya bila kamu lakukan dengan yang halal, kamu dapat pahala."

•Menggunakan hadis Rasulullah s.a.w. yangdirekadantidaksahih.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api Neraka.”

(Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

"Barangsiapa yang meriwayatkan hadis daripadaku, sedangkan dia menganggapnya sebagai perkara dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta."

(Ibnu Majah)

2. Membuat Keputusan Perundangan atau Hukum (Fatwa) tentang agama Allah Tanpa Pengetahuan.

Allah Berfirman:

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan:... dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.”

(Al-A’araaf 7:33)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati sanubari manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan (ulama). Apabila orang berpengetahuan telah punah, maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh

Page 32: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

12

menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka itu sesat dan menyesatkan."

(Bukhari dan Muslim)

Berapa ramaikah orang Muslim yang tidak berada di dalam keadaan yang menyedihkan ini pada hari ini? Selanjutnya, berapa banyakkah hukum-hukum dan keputusan perundangan dibuat tanpa pengetahuan? Semoga Allah melindungi kita daripada situasi dan keadaan berbahaya yang telah wujud ini.

Tidakkah pelik apabila berhadapan dengan ilmu sekular , kita amat menghormatinya. Berapa ramaikah daripada kita yang berani bercakap tentang perubatan di hadapan seorang doktor, atau bercakap tentang pergigian di hadapan seorang doktor gigi? Namun ramai di antara kita yang bercakap tentang undang-undang Allah, dan membuat hukum di dalam agama-Nya secara

membuta-tuli (dengan kejahilan masing-masing). Tidakkah kita sedar bahawa Allah itu mendengar kita?

Apa yang sepatutnya digeruni oleh mereka yang bergelumang dengan dosa yang besar ini ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang berikut ini:

“Dikalangan orang yang menerima seburuk-buruk seksaan di Hari Kiamat nanti ialah orang yang pernah membunuh nabi, atau orang yang dibunuh oleh nabi, atau orang yang kerana kejahilannya, menyesatkan orang lain dan mengajak mereka kepada kesesatan...”

(Ahmad dan At-Tabarani)

Apa yang lebih dahsyat dan seharusnya boleh menghalang mereka daripada melibatkan diri ialah kenyataan bahawa mereka harus menanggung beban setiap orang yang telah disesatkan oleh mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ramai di antara kita

yang bercakap tentang undang-

undang Allah, dan membuat

hukum di dalam agama-Nya secara

membuta-tuli

Page 33: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

13

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

“...barang siapa memulakan suatu keburukan kemudian diikuti perbuatannya oleh orang lain, maka baginya memperoleh dosa-dosa orang yang melakukannya, tanpa terkurang sedikitpun dosa-dosa yang melakukannya sama sekali..."

(Sahih At-Targhib wat Tarhib, Al Mundhiri)

3. Menghukum berpandukan selain daripada yang diturunkan atau diwahyukan oleh Allah

Allah berfirman:

“.. dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.”

(Al-Ma’idah 5:44)

Allah Yang Maha Besar berfirman lagi:

“Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”

(An-Nisa’ 4:65)

Allah S.W.T. menyebut lagi di dalam Al-Quran:

“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.”

(An-Nur 24:51)

Menghukum dengan berpandukan selain dari apa yang Allah telah turunkan merupakan satu bentuk kekufuran yang paling buruk yang diakibatkan oleh lidah (yang gagal bermanfaat).

Page 34: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

14

Oleh itu, kita harus berwaspada tentangnya. Sedarlah bahawa menghukum dengan berpandukan selain daripada undang-undang Allah bukan sahaja untuk mereka yang memegang jawatan di dalam kerajaan (walaupun merekalah orang yang paling mudah terperangkap dengannya), tetapi juga dipertanggungjawabkan kepada setiap manusia, berdasarkan tanggungjawab masing-masing, sebagaimana diterangkan di dalam hadis berikut:

"Ketahuilah! Setiap kamu ialah penggembala (pemimpin), dan setiap kamu akan ditanya tentang gembalaanmu (kepemimpinan mu). Seorang Amir (raja, penguasa, pembesar atau pemimpin) yang berkuasa terhadap rakyat, akan ditanya tentang kepemimpinannya. Seorang lelaki ialah pemimpin atas keluarganya. Dia akan ditanya tentang kepemimpinannya. Seorang wanita ialah pemimpin di rumah tangga suami dan anak-anaknya. Dia akan ditanya tentang kepemimpinannya. Seorang hamba sahaya ialah pemimpin atas harta kekayaan majikannya yang dipercayakan kepadanya. Dia juga akan ditanya tentang kepemimpinannya. Ketahuilah setiap kamu ialah pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya tentang kepemimpinannya."

(Bukhari dan Muslim)

Disebabkan kebanyakan keputusan dan hukuman biasanya dikomunikasikan melalui pertuturan, maka membuat hukuman yang haram merupakan satu daripada penyalahgunaan lidah.

Maka ketahuilah, bahawa menghalalkan apa yang telah Allah Haramkan dan mengharamkan apa yang telah Allah Halalkan, atau menerima hukuman dan mengikut seseorang yang terlibat dengannya, merupakan satu bentuk kekufuran. Ini jelas difahami daripada hadis berikut:

Adi Ibnu Hatim datang kepada Nabi s.a.w. dan mendengar baginda membaca ayat di dalam surah Baraah : ‘Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah’. Nabi bersabda: "Sesungguhnya mereka tidak menyembahnya, tetapi

Page 35: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

15

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

kalau orang alim atau rahib mereka mengatakan halal kepada mereka (meskipun haram bagi Allah) dan kalau orang alim atau rahib mengatakan haram untuk mereka (meskipun halal bagi Allah) maka orang-orang Yahudi menganggapnya haram. Maka itulah caranya mereka menyembah mereka itu (rahib dan orang alim)".

(At-Tirmidhi)

Hadis ini juga boleh dikaitkan dengan negara yang dikatakan negara Islam; setiap perlembagaan atau undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh Organisasi dan Badan-badan Kerajaan dan lain-lain, yang mana ia menggubal undang-undang yang tidak selaras dengan apa yang diturunkan oleh Allah.

4. Bida’ah

Bida’ah bermaksud menukar sebarang aspek ibadah di dalam agama Allah dengan cara menambah, mengurangkan daripadanya atau mengubahsuai dalam apa cara sekalipun.

Disebabkan oleh isu inilah alim ulama menghabiskan banyak masa untuk memberi amaran kepada sekalian ummah tentang fitnah (pembaharuan) yang paling besar ini. Ini kerana bahaya bida’ah, dan akibatnya yang memusnahkan agama ini, adalah lebih besar berbanding dengan lain-lain dosa besar, sebagaimana diterangkan di dalam ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.:

Allah S.W.T. berfirman:

“ Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Ali ‘Imran 3:31)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Siapa yang mengada-ada urusan agama kami (Islam) yang kami tidak pernah mengadakannya, maka hal itu ditolak."

(Bukhari dan Muslim)

Page 36: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

16

Dan baginda s.a.w. juga bersabda:

“Barang siapa di antara kamu menjumpai hal itu, maka ia harus berpegang kepada sunnah ku dan sunnah para khalifah yang lurus yang diberi petunjuk, peganglah sunnah itu dengan kuat-kuat . Dan jauhilah perkara-perkara yang baru kerana sesungguhnya perkara-perkara yang baru (bidaah) itu sesat yang membawa kepada api neraka. "

(Ahmad, Abu Daud, Tirmidhi dan lain-lain)

Oleh itu, berdasarkan daripada hadis di atas orang Islam harus berhati-hati terhadap segala hal yang tidak terbit daripada Syariat.

Apa yang diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w berikut ini lebih menakutkan. Baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah tidak menerima Taubat kepada sesiapa yg melakukan bid'ah, sehingga ia meninggalkan bid'ah"

(Sahih dari At-Tabarani)

Wahai saudara-saudaraku sekelian, janganlah kita menutup pintu Taubat dengan tangan kita sendiri, dengan melibatkan diri dengan Bida’ah. Kita juga harus tahu bahawa mereka yang mengamalkan Bida’ah ini lebih menyedihkan kerana sabda Rasulullah s.a.w.:

"Allah enggan (tidak mahu) menerima amalan pelaku bidaah hingga orang tersebut meninggalkan bidaahnya."

(Ibnu Majah dan Ibnu Abi Asim)

Bida’ah merupakan dosa yang paling berbahaya yang menghantar orang yang mengamalkannya terus ke neraka. Tindakan sebeginilah dari seorang Muslim yang paling disukai oleh syaitan. Ini kerana mereka yang terlibat di dalam Bida’ah menganggap perbuatan mereka ini sesuatu yang baik, tetapi sebenarnya ia membawa kepada kemurkaan Allah ke atas mereka. Beberapa contoh Pembaharuan (Bida’ah) dari lidah ialah seperti berikut:

Page 37: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

17

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

a. Bida’ah di dalam Kepercayaan.

Kenyataan bahawa Allah Yang Maha Tinggi itu berada di mana-mana, sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini.

b. Bida’ah di dalam zikir.

Melakukan zikir secara berjemaah di belakang seseorang, yang mana biasa diamalkan oleh para Sufi. Riwayat berikut ini dengan jelas menerangkan tentang amalan yang salah ini:

‘Amr bin Salamah berkata: “Aku mendengar bapaku meriwayatkan dari bapanya yang berkata: ‘Kami berada di pintu Abdullah bin Mas’ud sebelum solat subuh. Jika beliau keluar, kami akan berjalan bersama dengannya menuju ke masjid. Sebelum itu Abu Musa al-Ashaari datang kepada kami dan berkata, ‘Sudahkah Abu Abdul Rahman (Ibnu Mas’ud) keluar kepada kamu?’ Kami menjawab, ‘Tidak’. Beliau duduk bersama kami menunggu sehingga Abu Abdul Rahman keluar. Apabila beliau keluar kamipun bangun untuk menyambut beliau, dan Abu Musa berkata kepada beliau: ‘Oh Abu Abdul Rahman, tadi aku nampak di masjid sesuatu yang belum pernah aku lihat, tetapi ia sesuatu yang baik. Alhamdulillah.’ Beliau bertanya, ‘Apakah dia perkara itu?’ Abu Musa berkata, ‘Jika umur kamu panjang, kamu akan lihat. Aku melihat orang di masjid duduk dalam sebuah bulatan menunggu untuk solat. Di tengah setiap bulatan ada seorang ketua, dan dia ada batu-batu di tangannya. Berkata, ‘Katakan Allahu Akbar seratus kali,’ dan mereka berkata Allahu Akbar seratus kali. Kemudian dia akan berkata, ‘Katakan La ilaha illa Allah seratus kali,’ dan mereka berkata La ilaha illa Allah seratus kali; kemudian dia akan berkata, ‘Katakan Subhan Allah seratus kali,’ dan mereka berkata Subhan Allah seratus kali.’ Beliau bertanya, ‘Apakah yang kamu katakan kepada mereka?’ Abu Musa menjawab, ‘Aku tidak berkata apa-apa; Aku mahu menunggu apa pendapat kamu dan apa yang kamu mahu aku buat.’

Abu Abdul Rahman berkata, ‘Mengapakah kamu tidak memberitahu mereka supaya mengira dosa mereka dan memberi jaminan kepada mereka bahawasanya Allah tidak akan silap dalam perkiraan pahala mereka?’ Kemudian Abu Abdul

Page 38: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

18

Rahman pergi, dan kami mengikutnya, sehingga beliau sampai ke salah sebuah bulatan itu. Beliau berdiri di hadapan mereka dan berkata, ‘Apakah ini yang aku lihat kamu semua lakukan?’ Mereka berkata, ‘Oh Abu Abdul Rahman, ini semua batu yang kami gunakan untuk mengira takbir, tahlil dan tasbih kami.’ Beliau berkata lagi, ‘Kira dosa kamu, dan aku jamin bahawasanya pahala kamu tidak akan hilang. Celaka kamu wahai umat Muhammad, betapa cepatnya kamu hancur! Para Sahabat Rasul kamu masih lagi hidup, jubah bagindapun masih belum buruk, bekas minuman baginda belum lagi pecah. Demi Allah yang jiwaku berada ditangan-Nya. Apakah kamu berada diatas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad atau kamu telah membuka pintu kesesatan?!’ Mereka berkata, ‘Demi Allah, wahai Abu Abdul Rahman, kami hanya mahu melakukan kebaikan.’ Beliau berkata, ‘Berapa ramai yang mahu melakukan kebaikan tetapi gagal menepatinya! Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca Al-Qur’an namun tidak lebih dari kerongkong mereka. Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka daripada kalangan kamu.’ Kemudian beliau pergi.

Berkata ‘Amr bin Salamah: ‘Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij (terpisah dari pengikut Imam Ali) memerangi kami pada hari Nahrawan.’” (Ad-Darimi Vol. 1#79)

Perhatikan daripada kejadian di atas yang melibatkan Ibnu Mas’ud dan mereka yang melakukan zikir secara beramai-ramai, bahawa mereka:

i. Di tempat yang betul (Masjid),

ii. Menyebut zikir yang betul dan yang telah disyariatkan – Tasbih, Takbir dan lain-lain,

iii. Melakukan pada waktu yang betul, iaitu sebelum (atau bagi sesetengah riwayat) selepas Solat.

Page 39: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

19

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

Namun begitu, hanya satu sahaja perbezaannya yang menyebabkan Ibnu Mas’ud menolak dan mencela apa yang sedang mereka lakukan – Bagaimana mereka melakukannya, iaitu secara berjemaah. Ia juga menegaskan betapa pentingnya mengikut Sunah dengan tepat dalam setiap sudut.

Contoh yang berikut ini seterusnya menekankan kepentingan melakukan sebarang ibadah, terutamanya zikir dan doa secara tepat dan betul sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Sunah-sunah Nabi s.a.w.

Kedua-dua Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan Hadis di mana Rasulullah s.a.w. mengajar Al-Bara’ bin ‘Azib doa sebelum tidur, yang sebahagiannya berbunyi, “...Aamantu bi kitaabi-kal ladzi anzalta. wa bi nabiyyikal ladzi arsalta ...” Tetapi, apabila Al-Bara’ mengulanginya kepada Rasulullah s.a.w., beliau berkata, “...wa bi rasoolikal ladzi arsalt...” Rasulullah s.a.w. terus membetulkannya dengan bersabda, “Bukan! bi nabiyyikal ladzi arsalt.”

Ini menunjukkan betapa pentingnya berpegang teguh kepada Sunah, dan tidak menukarkan walau satu perkataan pun, yang mana walaupun pada dasarnya ia mempunyai maksud yang sama dengan perkataan yang diganti itu (Nabi dan Rasul ialah gelaran yang diberi kepada Rasulullah s.a.w. oleh Allah S.W.T.)

c. Bida’ah di dalam berdoa secara berjemaah.

Amalan yang telah tersebar meluas di kalangan Muslim ialah berdoa secara berjemaah selepas menunaikan Solat Fardu. Amalan ini walau bagaimanapun tidak mempunyai bukti dari Sunah Rasulullah s.a.w. atau daripada para sahabat yang mengimami solat sepanjang hayat mereka tetapi tidak pernah berdoa secara berjemaah selepas solat.

Banyak lagi pembaharuan dari lidah yang telah wujud tetapi contoh-contoh ini kiranya sudah memadai.

Majoriti orang Islam telah terjerumus secara fanatik dalam banyak bentuk pembaharuan. Namun, kita harus sedar bahawa Allah hanya boleh disembah dengan apa yang Dia telah

Page 40: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

20

perintahkan, dan ia juga mesti dilaksanakan setepat yang mungkin seperti yang telah diterangkan atau ditunjukkan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w. dan sebagaimana yang telah difahami oleh para sahabat. Justeru itu, sebelum melakukan apa-apa di dalam agama Islam, seorang Muslim mestilah mencari bukti terhadap tindakan itu daripada Al-Quran dan Sunah yang sahih, ataupun ia diamalkan oleh alim ulama di kalangan para sahabat, Taabi’in dan Tabi Taabi’in . Jika ia tidak diwujudkan dahulu oleh mereka, maka wajiblah kita meninggalkannya. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dalam mengamalkan Islam dengan cara yang benar dan suci. Amin.

Page 41: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

21

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

Syirik merujuk kepada menyekutukan Allah dengan sesuatu atau lebih dalam apa juga bentuk, dan ia berlawanan dengan menyembah hanya Allah yang satu. Perbuatan mengadakan

sekutu bagi Allah ialah salah satu dosa besar yang berbahaya bagi seorang Islam itu melibatkan dirinya. Malah jika seseorang itu mati di dalam keadaan begini, maka dia tidak akan diampunkan oleh Allah. Ya Allah, lindungilah kami dari segala jenis syirik. Amin.

Mengenai syirik Allah S.W.T. berfirman:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”

(An-Nisa’ 4:48)

BAB 2Melakukan Syirik Melalui Lidah

Page 42: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

22

Dia juga berfirman:

“... Sesungguhnya perbuatan syirik itu ialah satu kezaliman yang besar".

(Luqman 31:13)

Firman-Nya lagi:

“...bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka..”

(Al-Ma’idah 5:72)

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidakkah pernah aku nyatakan kepada kamu mengenai dosa yang paling besar?” Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sahabat menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Sabda baginda: “Syirik kepada Allah dan...”

(Bukhari dan Muslim)

Bukti menunjukkan bahaya syirik daripada ayat Al-Quran dan Sunah yang sahih terlalu banyak, tetapi rujukan di atas sudah memadai. Syirik merupakan subjek yang luas yang mana orang Islam masih jahil mengenainya. Namun begitu, dosa besar yang Allah tidak akan ampuni ini harus diambil perhatian serius, kerana syaitan akan bekerja keras supaya kita hanya mempedulikan perkara-perkara kecil, sambil menganggap bahawa diri kita selamat, tetapi sebenarnya ia menyebabkan kita mengamalkan syirik.

Dengarlah apa yang Allah firmankan:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

(Al-Kahf 18:103-104)

Page 43: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

23

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

Allah S.W.T. berfirman lagi:

....."Demi sesungguhnya! jika Engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.”

(Az-Zumar 39:65)

Munasabah jika kita simpulkan di sini bahawa melainkan kita sebagai seorang Muslim tahu dengan sejelas-jelasnya apa itu syirik, selagi itulah kita sangat mudah untuk menjadi mangsanya. Dan sekiranya kita telah melakukan syirik (semoga Allah melindungi kita darinya), maka berdasarkan kepada firman Allah di atas, yang sememangnya tidak ada lagi keraguan ke atasnya, segala amalan dan pekerjaan baik akan musnah dan kita terdiri daripada orang yang rugi, walaupun kita masih memikirkan bahawa kita tidak melakukan apa-apa kesalahan pun. Wahai saudara-saudara ku, marilah kita memulakan lebih banyak usaha yang lebih ikhlas dan jujur untuk mendalami dan memahami agama kita, dan bukan hanya membuat andaian bahawa, kerana Allah itu Maha Pengampun, kita akan mendapat pengampunan-Nya. Kita juga mesti ingat bahawa Dia cepat dalam membuat pembalasan. Keampunan haruslah diusahakan untuk mendapatkannya, dan ia tidak diberi kepada seseorang hanya kerana dia mempunyai nama seorang Muslim, atau mengatakan bahawa dia seorang Muslim. Ia didapati melalui usaha.

Allah Yang Maha Besar berfirman:

“ dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, ...”

(Ali ‘Imran 3:133)

Segala amalan dan pekerjaan

baik akan musnah dan kita terdiri daripada orang

yang rugi

Page 44: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

24

Syirik, dosa yang sangat berat ini, seperti pekerjaan ibadah, boleh dilakukan di dalam hati, dengan lidah atau anggota badan. Namun, kita akan membicarakan hanya aspek syirik yang melibatkan lidah sahaja.

Syirik yang Dilakukan Oleh Lidah

1. Berdoa kepada Selain Dari Allah.

Allah berfirman:

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu..”

(Al-Mu’min 40:60)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Doa itu ibadah..” (Abu Dawud)

Disebabkan doa itu merupakan teras dan elemen utama ibadah, dan ia merupakan tindakan meminta pertolongan daripada kuasa ghaib, makaia mestilah secara langsung terus kepada Pencipta dan Penjaga, iaitu Allah S.W.T. Dan disebabkan ini jugalah, Allah memberi amaran:

“Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).”

(Yunus 10:106)

Tetapi sebaliknya, kita biasa menjumpai umat Islam pergi mendapatkan orang yang kononnya mulia, berdoa kepadanya untuk mendapatkan apa yang mereka hajati. Dan juga kita biasa mendengar sesetengah orang Islam berdoa melalui atau menggunakan nama Nabi s.a.w., termasuk juga nama lain-lain alim ulama. Namun, walau dalam apa jua keadaan sekalipun

Page 45: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

25

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

semua doa mestilah terus kepada Allah satu-satunya. Dengan melakukan selain daripada itu akan menyebabkan syirik, jelas lagi nyata, bukan!

2. Kufur Nikmat: Kufur jelas dilihat di dalam ketidaksukuran terhadap nikmat atau pertolongan Allah.

Allah berfirman:

“Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya; dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang ingkar dan kufur.”

(An-Nahl 16:83)

Sepatutnya kita memuji Allah atas segala nikmat Allah Yang Maha Besar, kita sebaliknya menidakkannya dan kadang-kadang merasakan bahawa ia merupakan hasil daripada usaha tangan kita sendiri segala kejayaan yang telah diberikan Allah kepada kita. Sikap yang betul ialah dengan mengakui bahawa semua yang kita perolehi hanyalah daripada Allah, Yang Maha Berkuasa.Ini membuatkan kita lebih bersyukur kepada Allah. Ini akan menyebabkan kita menerima lebih banyak nikmat daripada Allah berfirman:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

(Ibrahim 14:7)

Doa mestilah terus kepada

Allah satu-satunya. Dengan

melakukan selain daripada itu akan

menyebabkan syirik.

Page 46: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

26

3. Berjumpa Penilik nasib, Bomoh, orang berkuasa psikik dan lain-lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Siapa mendatangi tukang tenung, lalu dia menanya sesuatu kepada tukang tenung itu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam."

(Muslim)

Ini merupakan balasannya kerana pergi kepada tukang tenung dan meminta pertolongan dia. Dan jika seorang Muslim itu percaya dengan apa yang diperkatakan oleh penilik nasib itu, maka dosanya lebih besar lagi. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad.”

(Ahmad)

Hadis ini dengan jelas memaklum- kan bahawa dengan mempercayai apa yang dikatakan oleh tukang tilik, bomoh atau dukun maka dia itu telah kufur.

Mereka ini yang pakar dalam pemalsuan telah menipu ramai orang, dan telah mengikis segala harta mereka. Tetapi masih ramai lagi umat Islam yang sering mengunjungi mereka. Semoga Allah memberi petunjuk dan melindungi kita daripada mereka yang mengamalkan kejahatan ini.

4. Bersumpah dengan yang lain daripada Allah

Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ketahuilah, bahawa Allah melarang kamu bersumpah

Barangsiapa mendatangi

tukang nujum lalu membenarkan

kata-katanya maka sungguh dia telah

kufur terhadap wahyu yang diturunkan

Page 47: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

27

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

dengan nama bapa mu. Siapa yang hendak bersumpah, hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau diam saja (tidak bersumpah).”

(Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah lagi Hadis Rasulullah:

"Barangsiapa yang bersumpah dengan selain Allah maka ia benar-benar telah menyekutukanNya (syirik)."

(Ahmad, Tirmidhi & al-Hakim)

Bersumpah dibenarkan di dalam Islam, tetapi seseorang hanya boleh bersumpah dengan Allah. Jika dia bersumpah dengan yang lainnya, maka ia merupakan suatu aspek syirik. Bersumpah dengan bulan atau bintang atau apa-apa benda ciptaan-Nya ialah Haram. Allah boleh bersumpah dengan apa pun yang dikehendaki-Nya, tetapi kita hanya boleh bersumpah dengan-Nya. Amalan yang biasa diamalkan oleh orang Muslim yang bersumpah dengan Al-Quran ialah Bida’ah, dan tidak patut digalakkan. Apa yang lebih dahsyat ialah bersumpah dengan nama Allah dan dalam masa yang sama dengan sumpahnya seseorang itu berdusta.

5.MenafikanNamaatausifat-sifatAllahatauMenukar Maksudnya yang Jelas.

Ini berlaku apabila seseorang menafikan mana-mana nama atau sifat Allah yang disahkan oleh Allah sendiri, atau yang telah disahkan oleh Rasulullah untuk Allah S.W.T. Sebagai

contoh menafikan atau menimbulkan keraguan ke atas fakta bahawa Allah mempunyai dua tangan, duduk, atau Dia di atas langit dan ia merupakan suatu aspek syirik yang tergolong di dalam kategori ini. Penerangan yang menyeleweng tentang sifat-sifat Allah dilarang di dalam Islam.

Ketahuilah bahawa kepercayaan di dalam Ahlul-Sunah wal Jama’ah mengenai Nama-nama dan Sifat-sifat Allah ialah:

“Bahawa seorang Muslim wajib percaya kepada semua Nama-nama Allah dan semua Sifat-sifat Allah yang

Page 48: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

28

terdapat di dalam Al-Quran dan Sunah yang sahih. Mereka mesti menerimanya betul-betul dan bulat-bulat sebagaimana yang dinyatakan.”

Kenyataan di atas menuntut supaya:

a. Tidak cuba menerangkan mana-mana di antaranya dengan persamaan atau perumpamaan (contohnya bahawa Tangan Allah ialah seperti tangan manusia).

b. Tidak cuba menerangkan “Bagaimanakah ia” (dengan cubaan menerangkan, contohnya, bagaimana Allah berada atau duduk di atas Singgahsana-Nya. – ‘Allah istiwaa diatas 'Arsy-Nya’).

c. Tidak mengishtiharkan ia sebagai bahasa kiasan dan bukan harfiah.

6. Mengkufuri Allah, Quran-Nya atau Rasul-Nya.

Satu lagi aspek kekufuran ialah dengan mengkufuri Allah, Rasul-Nya s.a.w., Al-Quran, Sunah Rasulullah, agama Islam, orang Muslim, para Malaikat dan seterusnya.

Ibnu Taimiyah berkata:

“Jika orang yang mengkufuri Tuhan itu seorang Muslim, maka dia telah menjadi kufur, maka dengan itu, dia haruslah dibunuh (oleh khalifah atau pemerintah). Ini merupakan konsesi dikalangan keempat-empat Imam.”

Allah S.W.T. berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina.”

(Al-Ahzab 33:57)

Page 49: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

29

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

7.MenafikanQadar

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya golongan Majusi dalam umatku ini adalah mereka yang mendustakan takdir Allah. Apabila mereka sakit, janganlah kamu menjenguk mereka, dan apabila mati janganlah kamu menghadiri jenazah mereka.”

(Ahmad)

8. Dilarang duduk bersama dengan mereka yang memberi tafsiran yang melencong atau salah tentang Al-Quran atau Islam.

Kejahatan ini sangat besar sehinggakan Allah S.W.T. melarang orang Islam membenarkan diri mereka terdengar walau sekelumit perbualan mereka yang terlibat dengan

penafsiran yang salah tentang Al-Quran dan Islam. Allah Yang Maha Besar berfirman:

“Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).”

(Al-An’am 6:68)

Dan Allah S.W.T. berfirman lagi:

“Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia ...”

(Al-An’am 6:70)

Allah S.W.T. berfirman:

“dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu:

Page 50: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

30

apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.”

(An-Nisa’ 4:140)

Di dalam tafsirnya Imam Al-Qurtubi menerangkan bahawa ulama Islam telah berijtimak bahawa dilarang bagi sesiapa untuk bersama-sama dengan puak ini (orang-orang yang berdosa), semasa mereka melakukan dosa ini, atau mereka yang terlibat dengan Bida’ah, atau sesiapa yang melencongkan ajaran Islam. (Al-Qurtubi Vol. 5 ms. 268).

Page 51: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

31

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sekalian orang Islam ke atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya.”

(Muslim)

Di dalam khutbah terakhirnya, baginda s.a.w. bersabda:

“Wahai manusia! Anggaplah darah dan harta (jiwa, harta dan kehormatan) kamu bagi setiap orang Muslim sebagai amanah suci, sebagaimana kamu menganggap hari kamu ini (hari Arafah) dan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah) sebagai suci.”

(Al-Baihaqi)

1. Mengumpat

Allah S.W.T. berfirman:

“... dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya

BAB 3Menganiaya Seorang Muslim Dengan Lidah

Page 52: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

32

yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya...”

(Al-Hujurat 49:12)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Mengumpat ialah mengatakan sesuatu tentang saudara kamu yang tidak disukainya.”

(Malik & Ibnu Mubarak)

Dan di dalam sebuh lagi riwayat, baginda s.a.w. bersabda:

“Mengumpat ialah mengatakan tentang seseorang sesuatu tentangnya semasa dia tidak hadir.”

(Abu Dawud)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tahukah kamu apa yang dikatakan ghibah (mengumpat)?" Jawab para sahabat, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu." Sabda Rasulullah s.a.w., "Ghibah, iaitu mempercakapkan saudara mu tentang hal yang tidak disukainya." Ditanya orang beliau, "Bagaimanakah kalau yang kami percakapkan itu ternyata memang benar?" Jawab beliau, "Jika yang kamu ucapkan ternyata benar, bererti engkau mengumpat. Dan jika tidak benar, bererti engkau melakukan suatu kebohongan tentang dirinya."

(Muslim)

Berdasar kepada hadis di atas mengumpat boleh ditafsirkan sebagai: “Mengatakan tentang seseorang semasa dia tidak hadir sesuatu yang tidak disukainya walaupun ia merupakan ciri-ciri yang dimilikinya.” Mengumpat adalah haram dan sesiapa yang terlibat dengannya mestilah bertaubat.

Bilakah masanya bercakap tentang saudara kamu yang tidak dikira sebagai mengumpat?

Hindun, isteri kepada Abu Sufyan, datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata:

Page 53: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

33

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

"Ya, Rasulullah! Sesungguhnya Abu Sufyan itu seorang lelaki yang bakhil. Dia tidak pernah memberi ku nafkah yang mencukupi bagi keperluanku dan keperluan anak-anakku, kecuali bila aku ambil hartanya tanpa setahunya. Berdosakah aku berbuat seperti itu?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Boleh kamu ambil sekadar perlu untuk mencukupi keperluanmu dan anak-anakmu."

(Bukhari & Muslim)

Jelas daripada hadis di atas, dalam sesuatu kes yang tertentu, seorang Muslim dibolehkan bercakap tentang seseorang di belakangnya. Sebagai contoh:

a. Jika seorang lelaki itu ditindas, dia boleh pergi untuk mengadu kepada pemerintah atau hakim atau seseorang yang boleh memberhentikan penindasan atau kezaliman itu, seperti apa yang telah dilakukan Hindun.

b. Apabila hendak diadili oleh hukum Islam, adalah dibolehkan untuk menceritakan sikap buruk seseorang, sebagaimana yang telah diceritakan di dalam hadis di atas yang mana dia berkata, “Abu Sufyan itu seorang lelaki yang bakhil. Dia tidak pernah memberi ku nafkah yang mencukupi bagi keperluanku dan keperluan anak-anakku, kecuali bila aku ambil hartanya tanpa setahunya.”

c. Meminta pertolongan untuk mengubah sesuatu kesalahan dalam mengambil hak seseorang. Jika dia sendiri tidak boleh mengubahnya, maka dia boleh pergi kepada seseorang yang mempunyai kuasa untuk mengubahnya. Justeru itu dia perlulah mengatakan tentang si penindas kepada orang yang berkuasa itu. Ini juga diterangkan di dalam hadis tentang Hindun di atas.

Page 54: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

34

Di dalam situasi “memerintah kepada kebaikan dan melarang kemungkaran” seseorang dibolehkan menyatakan tentang sesuatu bida’ah atau dosa seseorang yang lain yang sudah diketahui ramai, untuk memberi amaran kepada orang lain tentangnya. Walau bagaimanapun, jika dia menceritakan tindakan seseorang yang dilakukannya secara rahsia, ini dikira mengumpat.

Seseorang juga dibolehkan bertanya tentang seseorang yang mempunyai nama samaran tertentu, seperti orang pekak itu, atau si buta itu. Bagaimanapun jika nama sebenarnya diketahui maka tidak dibenarkan menggunakan nama lainnya.

Dalam kes yang sama, seseorang dibolehkan memberi amaran kepada saudara-saudaranya, tentang seseorang yang melakukan dosa atau percanggahan dalam agama supaya mereka bebas daripada pengaruh yang bahaya itu. Allah S.W.T. berfirman:

“...dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan..”

(Al-Ma’idah 5:2)

Beberapa faktor yang menyebabkan umpatan dan ubatnya:

1. Meredakan kemarahan. Ini dilakukan dengan mengumpat orang yang menyemarakkan kemarahannya – maka setiap kali orang itu membuatkannya marah, dia meredakan kemarahannya dengan mengumpat orang itu. Melalui cara ini, dia merasakan dia dapat membalas apa yang dilakukan oleh orang itu. Ubat bagi masalah ini ialah nasihat dari Rasulullah s.a.w.:

“Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu meluahkannya, maka Allah kelak akan

Page 55: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

35

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya.”

(Ahmad & AT-Tabarani)

2. Hendak Memelihara atau Memperbaiki persahabatan. Untuk memelihara persahabatan, seorang boleh terlibat di dalam mengumpat kerana dia takut akan kehilangan kawannya. Justeru dia tidak akan menegur kawannya apabila mereka mengumpat, tetapi sama-sama mengumpat dengan mereka. Bagi mengubatinya ialah dengan mengingati sabda Rasulullah s.a.w.:

"Barangsiapa mencari keridhaan Allah dengan cara yang dibenci oleh manusia, maka Allah melindunginya daripada kesulitan manusia, dan barang siapa mencari keridhaan manusia dengan cara yang dibenci oleh Allah, maka Allah menyerahkannya kepada manusia. Dan mudah-mudahan salam sejahtera atasmu".

(At-Tirmidhi)

3. Hendak menaikkan status seseorang dengan orang lain. Ini dilakukan dengan menjatuhkan orang lain, dengan mengatakan seseorang itu jahil dan mempunyai kefahaman yang lemah, secara tidak langsung memberi anggapan bahawa dia lebih pandai dari orang yang hendak dijatuhkan itu. Untuk mengubati penyakit ini, orang yang melakukan kejahatan ini hendaklah diingatkan bahawa Allahlah hakim yang paling berkuasa dan orang yang dikatakannya bodoh itu mungkin lebih baik di sisi Allah. Tambahan pula, orang itu mungkin boleh dimaafkan disebabkan oleh kurang fahamnya terhadap sesuatu.

Page 56: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

36

4. Berseronok mempersendakan orang lain. Ini boleh melibatkan ejekan dan sindiran. Ingatkanlah kepada mereka apa yang Allah firmankan:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;........”

(Al-Hujurat 49:11)

Perbuatan ini juga melibatkan pembohongan, kerana ia diceritakan untuk membuatkan orang lain ketawa. Kita boleh menjawab mereka dengan kenyataan daripada Rasulullah s.a.w.:

“Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah! Celakalah!”

(Ahmad, Abu Dawud dan lain-lain)

5. Iri hati. Disebabkan iri hati, seseorang itu diumpat kerana tarafnya yang mulia dan tinggi, dan untuk menjatuhkannya dan merendahkan martabatnya di mata orang lain. Orang yang iri hati ini harus merenung kepada sabda Rasulullah s.a.w.:

“Dan tidak berkumpul di dalam hati seorang hamba rasa iman dan iri hati.”

(Ahmad)

6. Takut dipersalahkan. Telah menjadi resam manusia, jika seseorang hendak melepaskan diri dari dipersalahkan, dia akan mempersalahkan orang lain sepenuhnya, walaupun mereka

Orang yang didatangi oleh si

pengumpat harus membela saudara

yang sedang diumpat.

Page 57: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

37

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

berdua sama-sama melakukan tindakan tersebut. Tindakan sebenar yang harus dia lakukan ialah mengaku dengan sendiri secara jujur, dan tidak melontarkan tuduhan terhadap orang lain.

7. Terlalu banyak masa terluang. Ini juga salah satu punca seseorang itu terlibat dengan mengumpat, kerana terlalu mudah bagi seorang yang tiada apa-apa di dalam fikirannya menjadi sibuk dengan hal-hal kehormatan dan kesalahan orang lain. Untuk membetulkan orang yang sebegini, dia haruslah menghabiskan masanya dengan melakukan ketaatan kepada Allah, beribadah, mencari ilmu, dan mengajar orang lain. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua nikmat yang sering kebanyakan manusia tertipu tentangnya (sering melupakannya), iaitu: waktu sihat dan waktu lapang."

(Bukhari)

8. Cuba untuk merapatkan diri dengan seseorang yang berkuasa untuk mendapat keuntungan daripada segi kebendaan. Bagi merapatkan diri dengan orang yang mempunyai kuasa supaya dapat meminta pertolongan daripadanya, contohnya seseorang akan mengumpat rakan sekerjanya kepada ketuanya. Untuk mengubatinya, dia harus sedar nilai sebenar dunia ini dengan Allah S.W.T. , dan Dialah yang memberikan segala-galanya, dan Allah akan membenarkan dia mendapat hanya apa yang dia sepatutnya dapat. Dan tidak ada ketua yang boleh memberikan dia apa-apa jika Allah S.W.T. tidak mengkehendak dia mendapatkannya.

Page 58: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

38

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“..Ketahuilah bahawa jika semua manusia berkumpul untuk memberi manfaat kepada mu dengan sesuatu mereka tidak akan mampu memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu kecuali yang sudah Allah tetapkan untukmu..."

(At-Tirmidhi)

Aspek mengumpat yang tidak dirasai sebagai mengumpat:

1. Jika seseorang itu terlibat di dalam mengumpat, dan apabila dia ditegur dia akan menjawab: “Saya bersedia untuk mengatakannya di hadapan dia.”

Dia boleh dibalas semula dengan kata-kata: “Kamu mengatakan tentang dia sesuatu yang tidak disukainya semasa dia tidak hadir. Ini adalah mengumpat, dan bersedia untuk mengatakannya di hadapan dia, merupakan suatu isu yang berbeza sama sekali. Tidak ada dalil di dalam hukum syarak yang menunjukkan bahawa bersedia untuk mengatakannya di hadapan orang itu boleh menghalalkan mengumpat.

2. Jika seseorang yang tertentu itu disebut, dan seorang yang lain berkata sesuatu dengan kuat yang membayangkan sesuatu yang negatif, contohnya: “Kami memohon perlindungan Allah daripada kesesatan,” maka ini juga merupakan mengumpat, kerana ia mengatakan sesuatu yang buruk tentang seseorang semasa tiada kehadirannya secara tidak langsung.

Page 59: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

39

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

3. Satu kenyataan tentang seseorang seperti: “Si Fulan dan si Fulan sedang diuji dengan begitu dan begini” atau “kami biasa melakukan perkara yang sama,” membayangkan suatu perkara yang buruk, dan memperkatakannya semasa dia tidak hadir. Bukankah itu yang telah kita terangkan mengenai maksud mengumpat?

4. Dengan memikirkan bahawa ia dibolehkan untuk mengumpat seseorang kerana orang itu lebih muda. Tidak ada dalil untuk ini.

5. Merasakan ia lebih mudah untuk bercakap tentang seseorang kerana dia seorang yang miskin, lemah atau orang yang biasa melakukan dosa.

Bagaimanakah pengumpat itu diubati? Pengumpat harus diperbetulkan dengan memberhentikan dia daripada terus mengumpat dan dia seharusnya diberi amaran bahawa dia terlibat di dalam satu dosa besar.

Orang yang didatangi oleh si pengumpat harus membela saudara yang sedang diumpat.

Juga, orang yang mendengar si pengumpat sepatutnya sedar bahawa dia sedang menggalakkan suatu kejahatan, dan jika orang yang mengumpat itu tidak berubah. Maka dia seharusnya beredar pergi darinya.

2. Fitnah dan Tuduhan Palsu.

Fitnah dan membuat tuduhan palsu, dikira sebagai satu dosa besar di dalam Islam.

Ini melibatkan tindakan mengada-

Fitnah merupakan satu dosa yang lebih

berat di bandingkan

dengan mengumpat

Page 60: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

40

adakan atau menyebarkan satu pembohongan tentang saudara anda semasa tiada kehadirannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tahukah kamu apa yang dikatakan ghibah (mengumpat)?" Jawab para sahabat, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu." Sabda Rasulullah s.a.w., "Ghibah, iaitu mempercakapkan saudara mu tentang hal yang tidak disukainya." Ditanya orang beliau, "Bagaimanakah kalau yang kami percakapkan itu ternyata memang benar?" Jawab beliau, "Jika yang kamu ucapkan ternyata benar, bererti engkau mengumpat. Dan jika tidak benar, bererti engkau melakukan suatu kebohongan tentang dirinya."

(Muslim)

Sudah tentu fitnah merupakan satu dosa yang lebih berat dibandingkan dengan mengumpat, kerana ia melibatkan bukan sahaja mengumpat malah menipu dengan niat jahat untuk mengaibkan seorang Muslim.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang dengan sengaja berkelahi dengan sia-sia, Allah akan terus murka terhadapnya sehingga dia menahan diri dari melakukannya, sesiapa yang menyebut seseorang dengan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak ada padanya dengan tujuan hendak mengaibkan orang itu, Allah akan menahannya dalam api neraka sehingga dia datang membuktikan wujud perkara yang dikatakannya itu.”

(Abu Dawud, Al-Hakim & lain-lain)

Beberapa balasan bagi orang yang mengumpat dan fitnah:

1. Ia merupakan dosa besar dalam agama Islam, dan orang yang tidak meninggalkannya dan bertaubat, akan dibalas dengan seksaan yang

Page 61: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

41

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

sungguh berat di alam kubur. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“..Pada malam aku dibawa pergi (ke BaitulMaqdis dan naik ke langit) aku melihat satu kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka (yang panjang dan berkilat). Apabila aku bertanya kepada Jibril tentang mereka, Jibril berkata bahawa itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela dan menghinakan) orang lain..”

(Ibnu Abi Duniya – Kitab Al-Ghiba wan Nameemah)

Ibnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. melewati dua kuburan dan berkata:

"Keduanya diseksa bukanlah kerana dosa besar." Kemudian Nabi melanjutkan perkataannya, "Yang seorang diseksa kerana kencing di tempat terbuka, dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan."

(Al-Bukhari)

2. Barangsiapa yang mengumpat atau menfitnah, Allah S.W.T. berjanji akan mendedahkan kejahatan mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka

Page 62: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

42

keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”

(Ibnu Abi Duniya – Kitab Al-Ghiba wan Nameemah)

3. Memberi testimoni palsu atau menjadi saksi palsu.

Di antara perkara yang terang-terang melibatkan penyalahgunaan lidah ialah menjadi saksi kepada penipuan atau menjadi saksi palsu. Allah S.W.T. berfirman:

“... serta jauhilah perkataan yang dusta.”(Al-Hajj 22:30)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mahukah kamu ku beritahukan kepada kamu sekelian tentang dosa-dosa besar yang paling besar?” Sahabat berkata, “Sudah tentu”. Baginda bersabda, “Mempersekutukan Allah, durhaka kepada ibu-bapa,” dan baginda menambah lagi, “Sumpah palsu (Kesaksian yang dusta).” Rasulullah mengulanginya beberapa kali, sehingga kami berharap dia akan berhenti bercakap.

(Bukhari dan Muslim)

Imam Ad-Dhahabi di dalam bukunya Al-Kabair (Dosa-dosa besar) berkata:

“Orang yang membuat kesaksian palsu melakukan beberapa dosa besar. Berikut di antaranya:

a. Dia menyebarkan pembohongan dan kepalsuan. Dan Allah S.W.T. berfirman:

“....Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang Yang melampaui batas, lagi pendusta.”

(Al-Mu’min 40:28)

b. Dia berlaku tidak adil terhadap orang yang dia memberikan keterangan yang berlawanan darinya kerana dari kesaksiannyalah orang

Page 63: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

43

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

itu sama ada telah dirampas hartanya atau maruahnya atau nyawanya.

c. Dia berlaku tidak adil terhadap orang yang dia memberikan keterangan yang memihak kepadanya kerana dari kesaksiannyalah orang itu telah mendapat harta yang bukan miliknya dan dengan itu menjadikannya berdosa.

b. Dia berlaku tidak adil kepada dirinya sendiri, kerana menjadi seorang yang bersumpah palsu.

4.MenuduhatauMemfitnahwanitamulia(melakukan zina).

Allah Yang Maha Besar berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar.”

(An-Nur 24:23)

Allah S.W.T. dengan jelas menyatakan di dalam ayat ini bahawa sesiapa yang menfitnah wanita yang baik-baik dan suci dilaknat di dunia ini, dan diakhirat nanti, mereka akan menerima seksaan yang berat.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan: (1) Mempersekutukan Allah; (2) Sihir; (3) Membunuh orang yang telah dilarang membunuhnya; kecuali kerana alasan yang dibenarkan Allah (seperti kisas); (4) Memakan harta anak yatim; (5) Memakan riba; (6) Lari dari medan pertempuran; dan (7) Menuduh wanita mukminah yang

Page 64: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

44

baik dan tahu memelihara diri, berbuat jahat (zina)." (Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa menuduh zina terhadap apa yang ada di dalam tangan kanannya akan diadili pada hari pembalasan, melainkan ia benar.”

(Bukhari & Muslim)

Nota : Hukum Syarak (Syariah) menetapkan bahawa bagi pertuduhan zina, empat orang dewasa lelaki sebagai saksi diperlukan untuk memberi keterangan bahawa mereka semua (bersama-sama) melihat sendiri yang tertuduh sedang melakukan tindakan itu (bagaikan “sebiji timba masuk ke dalam perigi” menurut Rasulullah s.a.w.). Jika testimoni tersebut tidak mengikut ketetapan di atas – mereka tidak melihat perlakuan tersebut sendiri, tetapi hanya melihat bukti yang meyakinkan, atau hanya ada tiga atau kurang saksi, maka testimoni mereka ditolak. Dan Allah S.W.T. menegaskan:

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang

saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka ialah orang-orang yang fasik.”

(An-Nur 24:4)

5. Menipu ialah satu lagi kejahatan lidah.

Allah S.W.T. berfirman:

“sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan

Menuduh zina terhadap apa

yang ada di dalam tangan kanannya akan diadili pada hari pembalasan,

melainkan ia benar

Page 65: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

45

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

mereka itu ialah orang-orang yang berdusta.”(An-Nahl 16:105)

Allah Yang Maha Besar berfirman:

“...Dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).”

(Al-Baqarah 2:10)

Ibnu Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hendaklah kamu selalu berlaku jujur. Kerana berlaku jujur membimbing kepada kebajikan, dan kebajikan membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa berlaku jujur dan berusaha mempertahankan atau mencari kejujuran, maka dia dicatat Allah sebagai "Sadiq" (orang yang benar). Dan hindarilah olehmu dusta, kerana sesungguhnya dusta itu membimbing kepada kejahatan, dan kejahatan membawa ke neraka. Seseorang yang sentiasa berdusta dan mempertahankan kedustaan, maka dia dicatat Allah Taala sebagai "Kadzdzab" (si Pendusta atau si Pembohong)."

(Bukhari & Muslim)

Di antara ciri-ciri orang yang hipokrit (munafik) yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w.:

“Apabila dia berkata-kata dia berdusta” (Bukhari & Muslim)

Seburuk-buruk manusia ialah orang munafik disebabkan perbuatan jahat mereka yang melibatkan penipuan. Akibat daripadanya, balasan bagi mereka ialah seksaan yang paling perit pada hari pembalasan nanti. Oleh sebab itu, wahai saudara-saudaraku sekalian, jauhilah penipuan setiap masa, supaya anda terselamat dari bersekongkol dengan manusia yang paling teruk.

Aisyah r.a. menceritakan tentang sabda Rasulullah s.a.w.:

"Rasulullah s.a.w. apabila mengetahui seseorang anggota

Page 66: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

46

keluarganya melakukan sekali dusta, baginda terus memalingkan diri daripadanya sehingga dia mengatakan bertaubat."

(Ahmad dan Al-Hakim)

Situasi apabila menipu itu dibenarkan:Seseorang itu dibenarkan menipu jika ia melibatkan berikut:

• UntukmendamaikanantaraduaorangMuslim.

• Menipu pihakmusuh di medan perang untukmelindungiMuslimyanglain.

• Pembohongan seorang lelaki kepada isterinyadanisterikepadasuaminya(untukmengekalkankeharmonianrumahtanggamereka).Tetapi,ini

janganlan disalah fahamkankepada kes yang terang-teranganpenipuannya.Sudahtentu ia merupakan pujiandansanjunganyangmembawakebaikan antara mereka ,denganmenuturkankata-katayangsedapdidengar,walaupunia mengandungi perkataandan gambaran yang berlebih-lebihan.DanAllahmengetahuisegala-galanya.

Semua yang disenaraikan di atas terkandung di dalam hadis berikut ini, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“ Aku tidak pernah membenarkan manusia untuk berbohong melainkan dalam 3 perkara: 1. Peperangan 2. Mendamaikan manusia 3. Cerita lelaki kepada isterinya dan sebaliknya.”

(Abu Dawud, Muslim dan lain-lain)

Menipu pihak musuh di medan perang

untuk melindungi Muslim yang lain dibenarkan disisi

agama

Page 67: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

47

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

Kejadian pembohongan yang tidak dikira dusta oleh orang:

Terdapat banyak kes-kes yang jelas-jelas ia pembohongan, walaupun semua orang tidak menganggapnya begitu:

1. Memanggil seorang kanak-kanak untuk sesuatu tetapi tiada apa yang hendak diberikan kepadanya. Abdullah bin Amir berkata:

“Rasulullah s.a.w. datang ke rumah kami semasa aku masih kanak-kanak lagi, dan aku pergi untuk bermain. Ibu ku memanggil aku, ‘Mari Abdullah, aku ingin memberikan kamu sesuatu.’ Rasulullah s.a.w. bertanya, ‘Apakah yang akan kamu berikan kepadanya?’ Jawab ibuku, ‘Aku akan memberinya sebiji tamar.’ Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barang siapa berkata kepada seorang kanak-kanak: ‘ Kemarilah dan ambillah’, tapi kemudian ia tak diberikan apa-apa, maka ia telah melakukan satu pendustaan.”

(Abu Dawud & Ahmad)

Ibu bapa beringatlah! Disebabkan kita ini hendak membesarkan anak-anak kita bersandarkan Islam, dan membimbing mereka menjadi jujur, kita harus berhati-hati dalam menipu mereka, kerana ini akan mengajar mereka untuk menipu.

Haruslah diperhatikan bahawa kisah ini telah diriwayatkan oleh seorang anak yang masih kecil semasa ia terjadi kepadanya. Oleh itu sebenarnya, kanak-kanak mengambil perhatian lebih dari apa yang kita sedar. Dengan sebab itu, kita tidak harus membuat anggapan bahawa kita boleh bergurau dan cuba bermain dengan mereka, dengan menipu mereka.

2. Bercakap tentang semua perkara yang kita dengar. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Page 68: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

48

“Sudah cukup untuk menjadikan seorang lelaki itu pembohong jika dia bercakap semua perkara yang didengarnya.”

(Abu Dawud & Al-Hakim)

Seseorang akan menyebarkan sesuatu yang tidak disahkan dengan mengatakan: “Ini apa yang aku dengar, dan aku tidak menambah-nambah lagi.” Jadi kesudahannya apa yang akan berlaku, jika apa yang didengarnya ialah fitnah atau mencerca seorang yang baik?

3. Berbohong untuk membuatkan orang lain ketawa. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah! Celakalah!”

(Ahmad Abu Dawud dan lain-lain)

6. Penyebar cerita (Skandal) atau memulakan persengketaan.

Allah S.W.T. berfirman:

“Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), yang

sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa.”

(Al-Qalam 68:10-12)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Pembawa fitnah (skandal) tidak akan masuk Al-Jannah.”

(Bukhari & Muslim)

Pembawa fitnah (skandal)

tidak akan masuk Al-Jannah.

Page 69: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

49

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:

“Tahukah kamu apa itu skandal (penyebar cerita)? Ia adalah menyampaikan percakapan seseorang kepada orang lain untuk mengakibatkan permusuhan antara mereka.”

(Al-Bukhari dalam adab Al-Mufrad)

Namun begitu, ia bukanlah dipanggil skandal jika seorang lelaki memberitahu saudaranya apa yang dikatakan tentangnya, jika boleh mendapat manfaat daripadanya Ibnu Mas’ud berkata:

Rasulullah s.a.w. membahagikan sesuatu, maka seorang lelaki dari kaum Ansar berkata: ‘Demi Allah! Baginda tidak melakukan itu untuk mencari keredaan Allah (mengandaikan bahawa ia dilakukan dengan tidak adil);’ oleh itu aku pun pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan memberitahunya, secara spontan mukanya berubah merah dan baginda berkata: “Rahmat Allah bersama Musa, dia diuji dengan lebih daripada ini dan dia bersabar.”

(Al-Bukhari).

7. Bagaimana untuk menyembuhkan Si Penyebar cerita.

Seseorang itu harus mengesahkan cerita tersebut yang dibawa oleh si penyebar cerita ini, selagi dia tidak melakukan apa yang dia katakan, justeru itu ia akan memudaratkan orang

yang tidak bersalah, Allah S.W.T. berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

(Al-Hujurat 49:6)

Page 70: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

50

Si penyebar cerita hendaklah dinasihati, ditegur, dan juga halangilah dia daripada melakukan kejahatan itu. Seseorang itu juga harus mengatakan kebenciannya terhadap perbuatan penyebaran cerita ini, dengan cara berhenti dari mendengar apa yang dikatakan oleh orang itu. Dan lagi, seseorang itu tidak sepatutnya menyerap kejahatan ini dengan melayan fikiran yang tidak baik tentang saudaranya yang diperkatakan itu atau mendedahkan apa yang diperkatakan oleh si penyebar cerita.

8. Dilarang memperdaya seorang Muslim yang meminta nasihat ikhlas.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“..dan barangsiapa mengajar saudaranya sesuatu; tetapi mengetahui jalan yang sebenarnya ialah yang lain daripada itu, dia telah memperdaya saudaranya itu.”

(Abu Dawud & Hakim)

Secara umumnya, semua orang yang secara langsung atau tidak langsung bertanggungjawab memimpin dan mendidik Muslim, kepada individu tertentu (isterinya, anaknya atau sanak saudaranya) atau kepada sekumpulan Jama’ah seperti

di masjid, masyarakat, dan organisasi, seharusnya mengambil perhatian dengan berhati-hati kepada hadis di atas dan implikasinya. Ini kerana mereka inilah yang berkemungkinan terbabit di dalam dosa yang serius ini, dengan tidak berlaku adil dan membiarkan kesilapan saudara-saudaranya. Ini sering berlaku apabila pemimpin atau pendidik ini tahu akan kebenaran dalam sesuatu isu atau urusan, sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan Sunah, tetapi dengan sengaja atau selamba memberi fatwa, atau mencadangkan pendapat atau versi

yang salah terhadap isu-isu tertentu. Faktor yang menggalakkan golongan ini melakukan penipuan seperti ini kepada saudara

Semua orang yang secara

langsung atau tidak langsung

bertanggungjawab memimpin dan

mendidik Muslim

Page 71: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

51

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

Muslimnya yang telah meletakkan seluruh kepercayaan mereka kepada golongan ini untuk memimpin dan memberi petunjuk yang betul, ialah seperti berikut:

a. Itibaa’-ul-Hawaa – Mengikut prasangka/kegemaran/cita rasa/kehendak mereka sendiri.

b. Untuk memperoleh atau me-ngekalkan satu pangkat atau kedudukan di tempat kerja (sama ada kerana kejayaan atau wang).

c. Motif politik (sikap kepartian contohnya untuk menyokong pandangan sesebuah organisasi kerana ia dapat menarik para penyokong dan menarik orang ramai).

Penipuan jenis ini juga timbul kerana habuan materialnya. Sebagai contoh, seseorang ingin meminta nasihat daripada saudaranya berkaitan dengan satu usaha perniagaan, tetapi dia sendiri merasakan idea itu bagus sekali, dan syaitan menghasut beliau supaya menyimpan idea itu untuk dirinya sendiri, justeru dia menasihati saudaranya supaya tidak meneruskan rancangannya dengan mengatakan bahawa ia memberi keuntungan yang sedikit atau tiada langsung keuntungan. Ia mungkin juga kerana sikap iri hatinya, dan oleh itu dia menahan apa yang dia ketahui daripada saudaranya.

9. Larangan melamar wanita yang telah bertunang.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah sebahagian daripada kamu melamar wanita di atas lamaran saudaranya yang lain, hingga pelamarnya meninggalkan wanita itu, atau memberi izin padanya."

(An-Nasa’i)

Mungkin juga kerana sikap iri

hatinya, dan oleh itu dia menahan

apa yang dia ketahui daripada

saudaranya

Page 72: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

52

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:

“Seorang yang beriman merupakan saudara kepada orang beriman yang lain. Tidaklah dibenarkan seorang yang beriman menawar barang yang sedang ditawar oleh saudaranya yang lain, dan melarang seseorang melamar wanita di atas lamaran saudaranya yang lain, hingga pelamarnya meninggalkan wanita itu.”

(Muslim)

10. TurutsertadalammemfitnahseorangMuslim.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Riba terbahagi kepada tujuh puluh dua cara, yang paling ringan dosanya adalah sama dengan seorang lelaki berzina dengan ibu kandungnya, dan yang paling berat dosa riba ialah sama dengan seorang lelaki yang dengan bersahaja menjatuhkan maruah kehormatan saudaranya.”

(At-Tabarani)

11. Orang yang bermuka-muka.

Orang yang bermuka-muka ialah seorang yang bergerak ke sana ke sini di antara dua orang yang merupakan musuh, dan bercakap kepada kedua-duanya dengan penuh pujian

dan mencerca pihak musuh yang satu lagi.

Sikap ini juga dengan jelas dapat dilihat pada seorang yang memuji orang yang tertentu di dalam satu keadaan tertentu sahaja (contohnya semasa kehadirannya), dan dalam satu lagi keadaan yang lain mengutuk dia. Ini salah satu petanda kemunafikan (kepura-puraan).

Telah diucapkan kepada Ibnu ‘Umar r.a. bahawa apabila kita berada bersama-sama dengan ketua kita, kita akan memuji-muji mereka. Namun apabila kita pergi meninggalkan mereka, kita akan mengatakan sesuatu yang berlawanan (bercakap buruk tentang mereka). Ibnu Umar berkata mengenai sikap itu:

Page 73: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

53

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

“Kami (para sahabat) biasa menganggap bahawa sikap itu sebagai kemunafikan semasa zaman Rasulullah s.a.w.”

(Ibnu Abi Duniya Kitabl Gheeba wan-Nameemah)

Memindahkan ucapan setiap orang kepada yang lain juga digelar lidah bercabang. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Kamu akan dapati sejahat-jahat orang itu ialah yang bermuka dua, yang datang kesini dengan satu muka dan kesana dengan satu muka lain"

(Abu Dawud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

“Orang yang bermuka dua di dunia akan mempunyai dua lidah yang berapi di hari akhirat nanti.”

(Abu Dawud)

Walau bagaimanapun, jika seseorang itu menghadapi kedua-dua pihak dan bersetuju dengan apa yang benar daripada kedua-duanya tanpa cuba mencari sokongan atau memihak kepada salah seorang, tetapi niatnya adalah untuk bersikap adil dan cuba untuk menyelesaikan perbalahan mereka, maka sikap ini bukanlah bermuka-muka ataupun munafik. Malah ia merupakan tindakan yang mulia.

12. Ejekan, sindiran dan merendah-rendahkan orang Islam.

Ia merupakan satu kejahatan bagi seorang Muslim untuk menyalah-gunakan lidahnya dengan melibatkan diri di dalam perbuatan

mengejek (memperolok-olokkan), menyindir, menjatuhkan Muslim, mencemuh dan lain-lain lagi. Mengejek ialah tindakan menonjolkan kelemahan dan kesalahan seseorang, dengan cara yang membuat kan ia ditertawakan. Ini mungkin dilakukan

Sejahat-jahat orang itu ialah yang bermuka

dua, yang datang kesini dengan satu muka dan kesana dengan satu muka

lain

Page 74: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

54

dengan cara berkata-kata atau perbuatan. Semua ini ditambah dengan ciri-ciri buruk lain yang berkaitan seperti cemuhan, sindiran sinis, mentertawakan, mempersendakan dan lain-lain adalah dilarang di dalam Islam.

Allah S.W.T. berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

(Al-Hujurat 49:11)

Ini adalah kerana, dalam banyak situasi, ia digunakan untuk menjatuhkan seseorang. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Taqwa itu di sini kata nabi” , sambil menunjuk dadanya tiga kali. “Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekalian orang Islam ke atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya.”

(Muslim)

Satu kejahatan bagi seorang

Muslim untuk menyalahgunakan

lidahnya dengan melibatkan diri di dalam perbuatan

mengejek

Page 75: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

55

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

13. Mendedahkan dan menyebarkan rahsia.

Rahsia adalah untuk disimpan. Kita dilarang untuk mendedahkan dan menyebarkan rahsia orang lain. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jika ada orang yang mengadu sesuatu (kepada orang lain), maka ia adalah satu amanah (kepercayaan).”

(Abu Dawud, Ahmad dan lain-lain)

Oleh itu, menyebarkan rahsia akan mengakibatkan kecurangan, atau pengkhianatan terhadap satu amanah. Jika ia menyebabkan kemudaratan, maka ia adalah haram. Jika ia tidak mengakibatkan sebarang kemudaratan, maka ia harus dipersalahkan kerana Allah S.W.T. berfirman:

“...dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan Dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.”

(Al-Isra’ 17:34)

Mengkhianati satu amanah merupakan satu tanda kemunafikan. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tanda-tanda munafik ada empat: 1. Apabila dipercaya, dia khianat. 2. Apabila berkata, dia dusta. 3. Apabila berjanji, dia mungkir. 4. Apabila ia bermusuhan, dia sangat jahat."

(Bukhari dan Muslim)

14. Dilarang untuk mengungkit kebaikan diri seseorang.

Allah Yang Maha Besar berfirman:

“ Wahai orang-orang yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman

Page 76: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

56

kepada Allah dan hari akhirat....”(Al-Baqarah 2:264)

Dia juga berfirman:

“Orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan (Agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, ..”

(Al-Baqarah 2:262)

Abu Dzar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada tiga golongan, di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka atau memandang ke arah mereka pada hari kiamat, atau mensucikan mereka, dan mereka akan menerima seksaan yang berat.” Rasulullah s.a.w. mengulangi ini tiga kali. Abu Dzar bertanya, “Siapakah mereka ini, ya Rasulullah.” Jawab Rasulullah s.a.w., “Mereka itu ialah: (1) Orang yang suka memberi, tetapi suka menyebut-nyebut pemberiannya itu. (2) Orang yang menawar-nawarkan dagangannya dengan sumpah palsu. (3) Orang yang suka berpakaian berjela-jela kerana sangat luasnya.”

(Muslim)

Sikap yang sebetulnya ada disebut oleh Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dengan perkataan yang baik (menolak peminta-peminta sedekah) dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.”

(Al-Baqarah 2:263)

Page 77: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

57

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

Kita telah biasa menjumpai ramai Muslim terlibat dalam penyalahgunaan lidah ini, malah tanpa mereka sedari akibat daripadanya yang sememangnya

jahat. Oleh itu Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Seorang hamba berkata sesuatu yang difikirkannya tidak mudarat, dan kerana itu dia dicampakkan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun.”

(At-Tirmidhi)

Di antara yang nampak pada lahirnya tidak membahayakan dalam menggunakan lidah yang mana orang Muslim harus berhati-hati ialah,

Antara ujian paling

besar mengenai penyalahgunaan

lidah, yang dihadapi oleh umat Islam hari ini, ialah

nyanyian.

BAB 4Beberapa Penggunaan Lidah Yang Nampak Pada Lahirnya Tidak Mudarat Tetapi Mengakibatkan Malapetaka

Page 78: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

58

meminta-minta, memuji-muji orang lain, menyanyi, berjenaka dan berbalah.

1. Mengemis.

Walaupun ia sudah menjadi kebiasaan bagi seseorang itu dengan sewenangnya meminta-minta untuk mendapat keperluan duniawi, di dalam Islam ia merupakan

sesuatu yang dikeji. Di dalam banyak hadis Rasulullah s.a.w. dengan tegas tidak menggalakkan mengemis atau meminta-minta. Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Seseorang sentiasa meminta-minta kepada orang lain sehingga dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tidak ada sepotong daging pun di wajahnya”

(Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Baginda bersabda:

“Aku bersumpah atas tiga perkara, Tidak berkurang harta kerana sadaqah, tidak teraniaya seorang hamba dengan aniaya yang ia sabar atasnya melainkan Allah Azza Wa Jalla menambahinya kemuliaan dan tidak membuka seorang hamba pintu permintaan melainkan Allah membuka atasnya pintu kefakiran.”

(Abu Ya’la, Ahmad & Al-Bazar)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tangan yang di atas (yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang meminta).”

(Bukhari, Muslim & lain-lain)

Mengemis hanya dibolehkan dalam keadaan yang terdesak. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Meminta-minta tidaklah halal kecuali untuk tiga golongan : orang fakir yang sangat sengsara (dzi faqr mudqi’), orang yang terlilit hutang (dzi ghurm mufzhi’), dan orang yang berkewajipan membayar diyat (dzi damm muuji’).”

(Baihaqi dan Abu Dawud)

Page 79: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

59

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

Baginda s.a.w. bersabda lagi:

“Barangsiapa mengemis (meminta-minta) padahal dirinya tidaklah fakir, maka ia seakan-akan memakan bara api.”

(At-Tabarani & Ibnu Khuzimah)

Selain daripada mengemis, orang ramai digalakkan di dalam Islam untuk bekerja keras secara jujur untuk memenuhi keperluan duniawinya. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidak ada seseorang memakan suatu makanan yang lebih baik daripada makanan hasil kerja keras tangannya sendiri....”

(Al-Bukhari)

Di dalam satu lagi hadis Baginda s.a.w. menyebut:

“Barangsiapa yang mengemis dalam kecukupan, ia akan ditunjukkan sesuatu dimukanya pada hari pembalasan.”

(Ahmad, Al-Bazar, At-Tabarani)

2. Memuji orang lain.

Walaupun kita tidak dilarang untuk menunjukkan penghargaan atau rasa terimakasih kepada seseorang atau hasil kerjanya, tetapi jika ia dilakukan berlebih-

lebihan atau mengangkat-angkatnya adalah dilarang. Ada tujuh keburukan dalam sesuatu pujian. Empat bahayanya ada pada orang yang memuji dan tiga lagi ada pada orang yang dipuji.

Bagi orang yang memuji:

a. Seseorang mungkin berlebih-lebihan dalam memuji, dan dengan itu dia mengatakan sesuatu yang tidak benar justeru terlibat dalam pembohongan.

b. Seseorang mungkin memuji orang itu untuk mendapatkan sesuatu daripadanya, maka ia cuma lakonan. Walaupun dalam melakukannya,

Page 80: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

60

secara lahiriah jelas menampakkan dia menyayangi orang itu, tetapi di dalam hatinya dia tidak percaya pada apa yang dikatakannya. Dia cuma menunjuk-nunjuk, maka ini samalah juga dengan kemunafikan.

c. Dia menyatakan sesuatu perkara yang dia tidak pasti dan tentang perkara yang dia tidak mempunyai hak atau pengetahuan untuk menilai.

d. Melalui pujiannya, dia mungkin boleh membuatkan orang yang dipuji itu rasa senang, walaupun dia seorang penindas. Ini adalah Haram di dalam Islam. Penindasan atau penganiyaan yang dilakukan oleh orang ini mestilah dihalang, dan bukannya dibela. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tolonglah saudara mu yang menganiaya maupun yang teraniaya." Dikatakan: "Wahai Rasulullah aku menolong yang teraniaya lalu bagaimana aku menolong yang menganiaya?" Beliau bersabda: "Kamu mencegahnya dari perbuatan aniaya, demikian itulah pertolonganmu kepadanya."

(Ahmad, Bukhari & At-Tirmidhi)

Bagi orang yang dipuji:

a. Pujian boleh menimbulkan rasa angkuh dan bangga dalam dirinya. Sifat ini akan membinasakannya jika ia menguasai diri seseorang itu.

b. Dia akan melakukan sesuatu untuk mendapat pujian lagi, dan bukan melakukannya kerana Allah semata-mata.

Page 81: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

61

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

c. Jika dia dipuji, dia mungkin berasa puas hati dengan usaha yang telah dilakukannya akan teteapi mengakibatkan keinginannya untuk bekerja dengan lebih baik lagi terhenti.

Jika pujian itu bebas daripada kejahatan yang disebut di atas, maka tidak ada buruknya dalam memuji jika ia adalah pujian ikhlas terhadap usaha baik seseorang. Ini sangat-sangat dipujikan, jika secara khususnya ia dapat menggalakkan seseorang meneruskan kerja-kerja baiknya. Dan Allah itu Maha Mengetahui. Sangatlah penting bagi orang yang dipuji untuk berhati-hati supaya tidak membenarkan keangkuhan, kagum pada diri sendiri, dan berpuas hati menguasai dirinya. Dia juga harus ingat bahawa dia mengetahui tentang dirinya sendiri lebih dari orang yang memujinya, dan jika rahsia dan kesalahannya yang tersembunyi terbongkar kepada orang yang memujinya sudah tentu orang itu akan berhenti daripada memujinya.

Apabila orang memuji Ali r.a., dia akan berkata:

“Ya Allah,ampunilah aku atas apa yang mereka tidak ketahui dan jangan hukum aku atas apa yang mereka katakan dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan kepadaku.”

Hadis berikut ini memberi amaran kepada kita tentang bahaya pujian yang berlebihan. Abu Bakrah berkata:

“Seorang laki-laki memuji laki-laki lain di sisi Nabi s.a.w. Lalu beliau bersabda: "Ah! engkau telah memotong leher teman engkau". Perkataan ini diulangnya beberapa kali. Kemudian beliau bersabda: "Barangsiapa di antara kamu yang terpaksa memuji saudaranya, hendaklah ia berkata: "Saya kira si Anu, sepanjang dugaan saya orang itu begini atau begitu; Allah sahaja

Seseorang yang berlebih-lebihan dalam

memuji dengan mengatakan

sesuatu yang tidak benar justeru terlibat dalam pembohongan.

Page 82: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

62

yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilainya selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu.”

(Al-Bukhari Vol.8 #87)

3. Menyanyi.

Di antara ujian yang paling besar yang melibatkan penyalahgunaan lidah, yang dihadapi oleh umat Islam hari ini, ialah nyanyian. Ini kerana ia menghiasi kehodohan dan

kelucahan pertuturan dan menjadikan ia sedap didengar oleh telinga dan diterima oleh hati manusia. Seterusnya cara bagaimana kemungkaran ini dialunkan melalui lagu membuatkan ia bukan sahaja diterima malah ia juga diminati. Kata-kata yang sama jika ditutur dalam perbualan biasa akan sama sekali ditolak atau dibenci. Ini jelas terbukti apabila orang dewasa dan kanak-kanak akan sama-sama menyenandungkan lagu yang mengandungi bahasa lucah, kesat, kasar dan ganas dan gambaran kedua-dua lelaki dan wanita yang tidak senonoh.

Apa yang lebih teruk ialah kata-kata yang membawa maksud syirik kadang-kadang digunakan di dalam lagu. Lagu-lagu mengindahkannya dengan cara yang boleh menampakkan ia bukan sahaja sesuai diterima tetapi juga diminati.

Aspek lain nyanyian yang ramai tidak sedar telah terlepas pandang, ialah apabila ramai ibu bapa sangat berhati-hati dalam memerhatikan rakan-rakan yang didampingi anaknya namun sebaliknya mereka tidak cukup berminat untuk mengakui akibat buruk daripada lagu-lagu yang didengari anak-anak mereka, yang mana dalam sesetengah kes ia lebih berbahaya dari pengaruh teman yang tidak baik yang dilarang oleh para ibu bapa untuk mendekati anak mereka. Idea-idea yang membinasakan, kepercayaan mungkar, pemikiran yang tidak senonoh ialah perkara yang telah menjadi kebiasaan, kerana melalui lagulah yang bertindak sebagai medium menyebabkan ia tersebar. Kesucian dan kehormatan seorang wanita menjadi sesuatu yang telah lapuk kerana gambaran yang jelas tentang wanita telah dinyanyikan. Justeru, sesuatu yang suatu masa dahulu sangat

Page 83: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

63

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

dilarang untuk diperkatakan atau ditonton oleh masyarakat telah sekarang ini menjadi sangat biasa malah jika tidak terlibat dengannya ia dianggap sebagai berfahaman kuno dan akan dipandang rendah.

Tidak disangkal lagi lagu merupakan salah satu alat yang paling berjaya yang telah digunakan oleh syaitan untuk memerangkap orang dewasa, remaja malah kanak-kanak juga terlibat di dalam aktiviti jahat, tidak bermoral, melalaikan dan tidak menghormati hukum-hukum Allah, begitu juga undang-undang yang dicipta manusia. Allah S.W.T. berfirman:

“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; ...”

(Luqman 31:6)

Ibnu Kathir, di dalam bukunya Tafsir Al-Quran, menerangkan cerita-cerita dan perkara hiburan itu merujuk kepada nyanyian. Ini berdasarkan kepada satu keterangan terhadap ayat ini oleh sahabat Rasulullah Ibnu Mas’ud r.a.

Pada hari ini, alat-alat muzik mengiringi nyanyian. Malah, sesuatu lagu bukan dikira sebagai lagu jika tidak diiringi oleh alat muzik. Di dalam Islam alat muzik adalah haram. Oleh itu lagu yang diiringi dengan muzik bertambahlah lagi haramnya. Dan Allah Maha Mengetahui.

4. Senda gurau dan jenaka.

Apa yang dibenci tentang senda gurau ialah ia satu amalan yang berlarutan menurut sesuka hati dan keterlaluan, dan juga mereka-reka cerita, berbohong dan menokok tambah

cerita yang separuh benar (membesar-besarkan sesuatu atau menyimpang dari kebenaran), hanya untuk membuatkan orang lain ketawa. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Page 84: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

64

“Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah! Celakalah!”

(Ahmad, Abu Dawud dan lain-lain)

Namun begitu, jika seseorang dapat mengawal dirinya dengan hanya berjenaka perkara yang benar, tidak menyebabkan orang lain tersinggung dan tidak pula dia bekerterlaluan dengannya, maka tidaklah berdosa dengan jenaka itu dan tidaklah ia membawa kepada kemudaratan. Dan Allah lebih Mengetahui. Hidup ini merupakan amanah Allah maka dengan sebab itu ia harus diolah dengan serius. Rasulullah s.a.w. sendiri selalu berjenaka. Namun, baginda dapat menentukan hadnya. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya aku bersenda gurau tetapi aku tidak mengatakan, selain yang benar.”

(At-Tabarani)

Orang Muslim tidak seharusnya menurut hati di dalam perkara-perkara yang menyebabkan mereka membinasakan diri mereka. Oleh itu, mereka sepatutnya menahan diri mereka daripada terlalu seronok dalam bersenda gurau. Hadis berikut dari Rasulullah s.a.w. harus menjadi panduan kepada kita. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya

kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

(Ahmad,Tirmidhi, Baihaqi & lain-lain)

Senda gurau yang berlarutan dan menurut hati boleh dianggap sebagai bermain dan hiburan. Manakala gurauan yang berlebih-lebihan akan membawa kepada ketawa yang terlampau, dan akan membunuh hati. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh

Gurauan yang berlebih-lebihan akan membawa kepada ketawa

yang terlampau, dan akan

membunuh hati.

Page 85: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

65

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

mematikan hati.” (Ahmad & Tirmidhi)

Cuba perhatikan bahawa hadis dari Rasulullah s.a.w ini bertentangan sekali dengan kata-kata yang popular bahawa “ketawa bagus untuk hati.”

5. Perbalahan dan pertengkaran.

Terlibat di dalam perbalahan dan pertengkaran yang sia-sia adalah dilarang berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. ini:

“Tidak ada orang menjadi sesat selepas beriman melainkan selepas mereka melibatkan diri dengan perbalahan.”

(Ahmad, Tirmidhi & Ibnu Majah)

Bilal ibnu Sa’id berkata: “Jika kamu melihat seorang lelaki yang mendesak, suka berbalah, dan ego, maka orang itu telah lengkap kekalahannya (kerugiannya).”

Ibnu Abi Laila berkata:

“Aku tidak akan bertengkar dengan sesiapapun, kerana aku akan sama ada menyebabkan dia berdusta, atau aku akan menyebabkan dia marah, kerana bertengkar ialah satu bentuk bangkangan kepada percakapan orang lain dengan tujuan untuk menunjukkan kekurangan di dalamnya, sama ada dengan perkataan yang digunakannya atau makna yang dia maksudkan atau dengan niat yang dia inginkan. Oleh itu untuk menghentikan perkelahian, hentikan bangkangan, supaya setiap perkataan yang anda dengar, jika ia benar, maka terimalah ia dan jika ia merupakan pertuturan yang dusta atau tiada hubungan dengan agama, maka biarkanlah ia dengan hanya berdiam diri.”

Kenyataan di atas dari Ibnu Abi Laila tidak bertentangan dengan perintah : “dekati kebaikan dan jauhi kemungkaran” kerana ia amat sukar untuk memerintah kepada kebaikan dan melarang daripada kejahatan jika caranya ialah perbalahan.

Page 86: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

66

Allah S.W.T. berfirman:

“..dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;”

(Al-Furqaan 25:63)

Page 87: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

67

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

1. Bercakap tentang sesuatu yang tidak perlu dan tiada kaitan dengan seseorang itu.

Ketahuilah harta yang paling berharga bagi seorang hamba itu ialah masa yang dia ada. Justeru, apabila dia menghabiskannya dengan sesuatu yang bukan kena

mengena dengan dirinya, maka dia sedang membazir asetnya yang paling berharga. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Bagi seseorang untuk menjadi sebahagian daripada seorang Muslim yang baik ialah dengan meninggalkan apa yang tiada hubungan dengannya.”

(At-Tirmidhi)

Salah satu sebab yang memaksa seseorang bercakap tentang sesuatu yang bukan berkenaan dengannya ialah keinginannya untuk mengetahui perkara yang dia tidak perlu ketahui ataupun untuk merasa puas hati setelah bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah.

BAB 5Kejahatan Umum Dari Lidah

Page 88: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

68

Ubat bagi penyakit ini ialah dengan menyedari bahawa setiap saat kehidupan seseorang itu adalah sebahagian daripada hartanya yang paling berharga, dan lidahnya itulah merupakan ucapan baginya untuk memburu segala perbuatan baik. Dengan mengambil mudah tentang fakta penting ini hanya akan menjadikan seseorang itu amat rugi di akhirat nanti.

2. Bercakap berlebih-lebihan

Satu lagi cara yang mana lidah itu disalahgunakan ialah dengan bercakap secara berlebih-lebihan. Ini termasuklah bercakap tentang perkara yang tidak perlu bagi seseorang

itu dan juga secara berlebih-lebih melahirkan pendapat dan isihatinya dengan bercakap lebih daripada apa yang perlu.

Dengan demikian, dalam keadaan yang mana seseorang itu perlu menyatakan pendapatnya, dia perlu berhati-hati dengan menggunakan sesedikit yang mungkin perkataan yang hanya perlu bagi melahirkan ideanya. Jika dia terlebih daripada apa yang dia perlu maka ia dikira sebagai berlebih-lebihan. Ini merupakan satu sikap yang negatif walaupun dia tidak berdosa. Namun, masa yang dihabiskannya untuk mengulangi apa yang dia telah katakan boleh digunakan untuk bercakap dengan sesuatu yang baik yang

boleh mendatangkan pahala untuknya sebagai bekalan pada hari akhirat.

‘Ataa berkata: “Mereka yang hidup sebelum kamu (golongan Salaf), sangat membenci bercakap secara berlebih-lebihan. Dan mereka menganggap segala-galanya sebagai bercakap yang melampau melainkan bercakap tentang Kitab Allah, Sunah daripada Rasulullah s.a.w., menyeru kepada kebaikan dan melarang daripada kejahatan, dan bercakap tentang apa yang perlu bagi seseorang kerana keperluannya dalam menjalani kehidupan seharian.”

Dan aku melarang

kamu daripada mengumpat dan

bercakap kosong, bertanya dengan berlebih-lebihan

dan membazir wang

Page 89: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

69

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

3. Bercakap yang sia-sia

Sesuatu yang lebih teruk dibandingkan dengan golongan sebelum ini, ialah bercakap dengan perkataan yang sia-sia, kerana ia melibatkan dosa dan Perbuatan mungkar, seperti

lelaki berbincang tentang hal-hal wanita, duduk bersama-sama dengan lelaki yang meminum arak dan bergaul dengan orang yang tidak baik, merupakan contoh yang biasa bagi mereka yang bercakap atau berbuat perkara yang sia-sia. Ibnu Mas’ud r.a berkata:

“Lelaki yang paling banyak melakukan kesalahan yang akan mendapat balasan pada hari akhirat ialah mereka yang banyak bercakap perkara yang sia-sia.”

Allah S.W.T. berfirman:

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya; dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;”

(Al-Mu’minuun 23:1-3)

Allah berfirman lagi:

“Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.”

(An-Nisa’ 4:140)

Di dalam ayat yang lain, ada menyatakan:

“(Mereka ditempatkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya, tentang (tempat

Page 90: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

70

tinggal) orang-orang yang bersalah, (setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat; "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; "Dan Kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; "Dan Kami sentiasa mendustakan hari pembalasan.”

(Al-Muddatstsir 74:40-46)

4. Lidah yang tidak tahu malu, biadap dan cabul (tidak senonoh)

Ini bukan sahaja menyakitkan hati, tetapi juga dilarang. Ia berpunca daripada hati yang mempunyai niat jahat, keji, zalim dan tidak boleh ditegur. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Bukanlah seorang mu’min jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”

(At-Tirmidhi dan Al-Baihaqi)

5. Gosip (Mengumpat)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Aku perintahkan kamu tiga perkara dan aku melarang kamu dari tiga – Aku perintahkan kamu supaya sujud kepada Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan yang lain, supaya berpegang hanya pada tali Allah semata-mata dan tidak berpecah-belah, dan taat kepada sesiapa sahaja yang Allah jadikan untuk bertanggungjawab ke atas kamu. Dan aku melarang kamu

Dan aku melarang

kamu daripada mengumpat

dan bercakap kosong, bertanya dengan berlebih-

lebihan dan membazir wang.

Page 91: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

71

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

daripada mengumpat dan bercakap kosong, bertanya dengan berlebih-lebihan dan membazir wang.”

(Sahih dari Kitab Al-Hilyah Abu Nu’aim)

6. Dilarang bagi seorang wanita menggambarkan wanita lain kepada suaminya

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“...dan dia menceritakan tentang wanita itu kepada suaminya sama seperti suaminya sedang memandang kepadanya.”

(Bukhari)

Menggambarkan seseorang seperti ini mengundang kepada banyak bahaya; di antaranya adalah cinta mungkin lahir dari hati suaminya terhadap wanita lain, dan sisuami mula mengharapkan dia bersama-sama dengan wanita lain yang digambarkan kepada beliau.

7. Larangan daripada menggunakan perkataan ‘kalau’ terhadap Qadr Allah (takdir Allah)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”

(Bukhari)

Page 92: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

72

Ini setelah sesuatu perkara itu terjadi. Namun, dalam membincangkan sesuatu perkara yang belum terjadi, tidaklah menjadi mudarat dalam menggunakan perkataan ‘kalau’ untuk berbincangkan tentang pendekatan yang pelbagai. Dan Allah lebih Mengetahui.

8. Dilarang bagi seseorang mengatakan “si anu” itu akan masuk ke Syurga atau masuk ke Api Neraka ataumengatakandiaituseorangKafir

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Dahulu kala ada dua orang daripada kalangan Bani Israil yang saling berlawanan sifatnya. Salah satunya gemar berbuat dosa, sedangkan yang satunya lagi rajin beribadah. Yang rajin beribadah selalu mengawasi dan mengingatkan temannya agar menjauhi dosa.

Sampai suatu hari, ia berkata kepada temannya:

“Berhentilah berbuat dosa!”.

Karena terlalu seringnya diingatkan, temannya yang sering bermaksiat itu berkata: “Biarkan aku begini. Apakah engkau diciptakan hanya untuk mengawasi aku terus?”

Yang rajin beribadah itu akhirnya berang dan berkata: “Demi Allah, Allah tidak akan mengampunimu!”, Atau, “Demi Allah, Allah tidak akan memasukkanmu ke dalam syurga!!”.

Akhirnya Allah mencabut arwah keduanya dan dikumpulkan di sisi-Nya. Allah berkata kepada orang yang rajin beribadah: “Apakah engkau tahu apa yang ada pada diri-Ku, ataukah engkau merasa mampu atas apa yang ada di tangan-Ku?”

Allah berkata kepada yang berbuat dosa: “Masuklah engkau ke dalam syurga kerana rahmat-Ku”.

Page 93: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

73

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

Dan Dia berkata kepada yang rajin beribadah: “Dan engkau masuklah ke dalam neraka!”.

(Abu Dawud dan Ahmad)

Jika seseorang memanggil seorang Muslim itu “Hai Kafir”, maka ucapan itu akan menimpa ke atas salah seorang di antara mereka. Jika apa yang dikatakan itu benar maka ia adalah sebagaimana yang dikatakannya (tertuju kepada yang dipanggil). Tetapi jika ia tidak benar maka ucapannya itu kembali kepada dirinya sendiri (tertuju kepada yang mengucapkannya).

(Hadis Bukhari dan Muslim)

9. Laranganmemfitnahdanmemburuk-burukkankaum keluarga seseorang

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua perkara pada manusia, yang keduanya dapat menyebabkan mereka kafir: (1) Mencela keturunan orang lain. (2) Wanita yang meratapi mayat."

(Muslim)

Jelas daripada hadis di atas bahawa adalah juga dilarang bagi wanita meratapi mayat.

10. Dilarang bermegah-megah

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawaduk sehingga tidak ada seorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.

(Hadis Riwayat Muslim)

Mencaci orang Islam

itu suatu kejahatan dan membunuhnya

adalah kekafiran

Page 94: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

74

11. Larangan bercakap semasa Khatib menyampaikan khutbah solat Jumaat

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila kamu berkata kepada temanmu dihari Jumaat, "Diamlah!", padahal imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya engkau pun salah."

(Al-Bukhari)

Di dalam hadis ini orang yang menyuruh orang lain supaya diam sebenarnya sedang “menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada melakukan kejahatan”. Namun begitu, betapa beratnya kesalahan bagi orang yang bercakap semasa khutbah disampaikan, sehinggakan perbuatan yang baik ini pun tidak boleh dilakukan.

Abu Darda’ berkata:

“Ketika Nabi s.a.w sedang di atas mimbar dan sedang berkhutbah kepada orang ramai dan dia membaca satu ayat, dan di sebelahku adalah Ubay bin Ka`b dan aku bertanya kepadanya: ‘Bilakah ayat itu diturunkan?’ Dia tidak mahu bercakap denganku sehinggalah Rasulullah s.a.w. turun dari mimbar dan dia berkata kepadaku: 'Engkau telah tidak mendapat apa-apa daripada Jumaat engkau, kecuali perkataan sia-sia engkau.' Apabila Rasulullah s.a.w. telah tamat, aku pergi kepadanya dan menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku, dan dia berkata: `Ubay telah berkata yang benar. Apabila engkau mendengar imam berkata, maka diamlah sehingga ia tamat.”

(Ahmad, Al-Tabarani)

12. Larangan memberi pangkat yang tinggi kepada orangmunafikdanpengamalbida’ah

Apabila engkau mendengar imam

berkata, maka diamlah sehingga

ia tamat

Page 95: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

75

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Janganlah kamu memanggil seorang munafik dengan pangilan yang dihormati, kerana walaupun dia sememangnya berpangkat,kerana kamu menyebabkan kemurkaan Allah yang Maha Tinggi.”

(Abu Dawud)

13. Mengkufuri, menghina, mencemuh dan mencaci

a. Dilarang menghina, mencaci atau mengkufuri Allah, Rasul-Nya, Agama-Nya dan Kitab-Nya.

Ini merupakan aspek kekufuran. Allah S.W.T. berfirman:

“Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"

Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. jika Kami maafkan sepuak daripada kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka ialah orang-orang yang terus bersalah.”

(At-Taubah 9:65-66)

Janganlah kalian memaki angin,

sesungguhnya dia itu termasuk nikmat

Allah, yang datang dengan membawa rahmat dan azab.

Akan tetapi minta-lah pada Allah dari

kebaikannya. Dan berlindunglah kepada Allah dari

kejahatannya

Page 96: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

76

Di dalam Tafsir oleh Ibnu Kathir riwayat berikut ini ialah sebab mengapa ayat di atas diturunkan.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar, Muhammad bin Ka’ab, Zaid bin Aslam dan Qotadah (hadis dengan rangkuman sebagai berikut), disebutkan bahwa pada suatu perjalanan perang (yaitu perang Tabuk), ada seorang di dalam rombongan tersebut berkata:

“Kami tidak pernah melihat orang yang paling buncit perutnya, yang paling dusta ucapannya dan yang paling pengecut tatkala bertemu dengan musuh seperti para ahli baca Al-Quran ini (yang dimaksudkan adalah Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya).” Mendengarkan hal ini, ‘Auf bin Malik r.a. berkata kepada orang tersebut, “Engkau dusta, kamu ini munafik. Aku akan melaporkan ucapanmu ini kepada Rasulullah s.a.w.”

Maka ‘Auf bin Malik r.a. pun pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Namun sebelum ‘Auf sampai, wahyu telah turun kepada baginda s.a.w. (tentang peristiwa itu). Kemudian orang yang bersenda gurau dengan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai bahan candaan itu mendatangi baginda yang pada saat itu sudah berada di atas untanya. Orang tadi berkata,

“Wahai Rasulullah s.a.w., kami tadi hanyalah bersenda gurau, kami lakukan itu hanyalah untuk menghilangkan kepenatan dalam perjalanan sebagaimana hal ini dilakukan oleh orang-orang yang berada dalam perjalanan!”

Ibnu Umar (salah seorang sahabat Nabi s.a.w. yang berada di dalam rombongan) bercerita, “Sepertinya aku melihat ia

Page 97: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

77

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

berpegangan pada tali pelana unta Rasulullah s.a.w. sedangkan kakinya tersandung-sandung batu sambil mengatakan, “Kami tadi hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.”

Lalu Rasulullah s.a.w. tanpa menoleh ke arahnya, menjawab dengan membacakan ayat :

Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”

b. Dilarang mencaci dan mengkufurkan Para Sahabat r.a.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jika kamu semua melihat orang memaki para Sahabatku, katakanlah bahawa laknat Allah S.W.T. keatas keburukkan kamu."

(At-Tirmidhi, At-Tabarani)

Baginda juga bersabda:

" Jangan kamu semua memaki para sahabatku, sesungguhnya Demi jiwaku berada digenggaman-Nya, seandainya ada seorang di kalangan kamu yang menginfakkan emas sebesar gunung Uhud (ke jalan Allah) ia tidak akan dapat memadai seorang pun daripada mereka, walau hanya separuh."

(Bukhari & Muslim)

Sangatlah mendukacitakan apabila mendengar seorang yang mendakwa dirinya Muslim tetapi menghina orang-orang yang terbaik imannya dikalangan umat Islam seperti Sayidina Abu Bakar dan Umar r.a., ataupun para Sahabat yang lain seperti Mu’awiyah r.a.

Page 98: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

78

c. Dilarang mencaci dan mengkufurkan saudara Muslim yang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Mencaci orang Islam itu suatu kejahatan dan membunuhnya adalah kekafiran."

(Bukhari & Muslim)

Baginda s.a.w. seterusnya bersabda:

"Orang muslim itu ialah orang yang dapat mensentosakan semua orang Muslim lain daripada gangguan lidah dan tangannya.”

(Muslim)

d. Dilarang menghina orang yang telah mati

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Janganlah kalian menghina orang yang sudah mati.”

(Bukhari)

e. Dilarang menghina apa yang disembah oleh orang kafir selain daripada Allah

Allah S.W.T. berfirman:

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan...”

(Al-An’am 6:108)

Rasulullah s.a.w. pula bersabda:

“Janganlah kamu membahayakan orang Muslim kerana penghinaan yang dilakukan kepada orang kafir.”

(Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Page 99: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

79

BENCANA KEJAHATAN LIDAH

f. Larangan mengutuk angin

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah kalian memaki angin, kerana sesungguhnya dia itu termasuk nikmat Allah, yang datang dengan membawa rahmat dan azab. Akan tetapi mintalah Allah dari kebaikannya. Dan berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya".

(Al-Hakim & Ibnu Majah)

g. Larangan memaki ayam jantan

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jangan kamu memaki ayam jantan, kerana ia membangunkan (orang) untuk solat.”

(Abu Dawud)

h. Larangan mengutuk masa (As-Dahr)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jangan kamu mengutuk masa…”(Muslim)

i. Jangan mengutuk sakit

Rasulullah saw. datang berkunjung ke rumah. Ummu Saib, maka baginda bersabda beliau,

"Sakit apa kamu sampai menggigil begitu?" Jawab Ummu Saib, "Demam! Allah Ta'ala tidak memberi berkat dengannya." Sabda Nabi saw., "Janganlah kamu menyalahkan penyakit, kerana penyakit itu dapat menghilangkan kesalahan-kesalahan (dosa-dosa) anak Adam, seperti halnya dapur tukang besi membersihkan karat-karat besi."

(Muslim)

Page 100: Kejah atan lidah - Dakwah Corner Bookstore · Di dalam ayat Al-Quran yang berikut ini, Allah menerangkan apa itu kejayaan dan perasaan yang dibayangi di dunia ini. Dia, yang Maha

80

KESIMPULAN

Semoga Allah , Yang Maha Tinggi menolong kita membersihkan lidah kita dan menghindari daripada kejahatan akibat daripadanya. Menurut Ibnu Umar, benda yang paling perlu

dibersihkan di dalam diri seseorang ialah lidahnya. Marilah kita menjaga lidah kita dari semua kejahatan ini, sebelum segala usaha kita musnah akibat daripadanya. Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu’adz r.a.:

“..Kemudian baginda bersabda: “Mahukah aku memberitahukan kepada mu dengan kekuatan semua itu ?”. Aku menjawab :”Ya, wahai Rasulullah”. Lalu baginda memegang mulut baginda dan bersabda : “Tahanlah mulutmu ini !”, kemudian aku bertanya: “Wahai Nabiyullah, apakah kita sungguh dituntut dengan apa yang kita ucapkan ? Baginda bersabda: “Celaka kamu hai Mu’adz. Tidaklah orang-orang dibenamkan muka mereka atau hidung mereka di neraka melainkan akibat dari mulut mereka”.

(At-Tirmidhi)