KEBUDAYAAN MEGALITIK...

21
KEBUDAYAAN MEGALITIK Konsep Megalit = Batu besar (Mega = besar, Litik/ lithos = Batu) Dicirikan sebagai tinggalan manusia dalam bentuk benda/ struktur daripada batu besar. Kewujudannya sebagai satu tujuan seperti untuk tujuan ritual ?. Pendiri megalitik ini ada yang kata masyarakat petani purba yang berhijrah dai Timur Tengah sebelum 6000SM. Di Asia Tenggara dipengaruhi oleh kedudukan yang strategik yang berada pada pertengahan laluan budaya bermula dari Assam, timur laut India hingga ke Madagaskar. Sebahagian daripada suku yang berada di pulau kecil Bali, Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar dari suku Wad dan Chin mengamalkan budaya ini. Taburan Wujud di seluruh dunia, semenjak zaman pra sejarah (neolitik) lagi. Contoh: a. passage grave di Peranchis- 4,500SM b. Isles of Scilly, Britain 1,500 SM c. Kepulauan Mediterranean Barat hingga Afrika Utara d. Eropah Timur e. Asia Tengah dan Asia Timur seperti Palestin, Iran, Pakistan, India dan Jepun (Asia Timur).- India dan Asia Timur 200-700SM. Di India, ada yang kata sekitar 1500-1000SM di banyak tempat di India. f. Eropah Barat 2,500-1000SM Di Asia Tenggara, terdapat budaya ini di Bali, Luzon, Utara Thailand dan Myanmar (dari suku Wad dan Chin). Kawasan Celebes dan Timur jauh melibatkan kepulauan Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Assam, Filipina dan Utara Borneo. Tersebar juga daripada Laos dan Annam utara dan Malaysia Barat, Sumatera, Jawa, Borneo dan Sulawesi.

Transcript of KEBUDAYAAN MEGALITIK...

Page 1: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

KEBUDAYAAN MEGALITIK

Konsep

Megalit = Batu besar (Mega = besar, Litik/ lithos = Batu)

Dicirikan sebagai tinggalan manusia dalam bentuk benda/ struktur daripada batu besar.

Kewujudannya sebagai satu tujuan seperti untuk tujuan ritual ?.

Pendiri megalitik ini ada yang kata masyarakat petani purba yang berhijrah dai Timur Tengah sebelum 6000SM.

Di Asia Tenggara – dipengaruhi oleh kedudukan yang strategik yang berada pada pertengahan laluan budaya bermula dari Assam, timur laut India hingga ke Madagaskar. Sebahagian daripada suku yang berada di pulau kecil Bali, Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar dari suku Wad dan Chin mengamalkan budaya ini.

Taburan

Wujud di seluruh dunia, semenjak zaman pra sejarah (neolitik) lagi.

Contoh:

a. passage grave di Peranchis- 4,500SM b. Isles of Scilly, Britain – 1,500 SM c. Kepulauan Mediterranean Barat hingga Afrika Utara d. Eropah Timur e. Asia Tengah dan Asia Timur seperti Palestin, Iran, Pakistan, India dan

Jepun (Asia Timur).- India dan Asia Timur – 200-700SM. Di India, ada yang kata sekitar 1500-1000SM di banyak tempat di India.

f. Eropah Barat – 2,500-1000SM

Di Asia Tenggara, terdapat budaya ini di Bali, Luzon, Utara Thailand dan Myanmar (dari suku Wad dan Chin). Kawasan Celebes dan Timur jauh melibatkan kepulauan Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Assam, Filipina dan Utara Borneo. Tersebar juga daripada Laos dan Annam utara dan Malaysia Barat, Sumatera, Jawa, Borneo dan Sulawesi.

Page 2: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

Periodisasi

Dibahagikan kepada 2 gelombang iaitu Gelombang Pertama (2500 – 1500 SM) dengan penggunaan batu besar jenis menhir, dolmen dll. Gelombang Kedua pula dikatakan Megalitik Muda dari 1500SM hingga 1000 masihi dgn menggunakan batu yang mempunyai ciri-ciri yang tidak terlalu besar, terdapat ukiran atas batu dan pelbagai bentuk, memperlihatkan kemajuan manusia dengan penghasilan gangsa dan besi.

Faktor yang mempengaruhi teknologi ini adalah pengaruh lingkungan, pengetahuan dan kreativiti. Kemudian berkembang maju hingga membentuk banyak variasi jenis dan fungsi megalitik di dunia dan Asia Tenggara.

Jenis Megalith Dunia

Menhir

Stonehenge

Kubur megalith,

Kubur bilik (burial chamber)

Dolmen

Kubur berlorong

Batu berukir

Lingkaran batu

Passage grave

Alignment

Avenues

Jenis2 yang biasa di Asia Tenggara:

Menhir

Dolmen

Keranda batu

Arca batu

Alignment

Avenues

Kubur kepingan batu

Lumping batu

Altar batu

Tshts bstu

Kalimba

Tiang batu

Batu dakon

Batu bergores waruga.

Dll

Page 3: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

Menhir: men (batu), hir (berdiri) = menhir adalah batu tegak, yang dicirikan sebongkah batu samada telah dilakukan sesuatu atau secara semulajadi yang didirkan secara tegak atau berdiri.

Jenis menhir: berdiri tungal, berpasangan, berkelompok dalam suatu bulatan dan menhir yang berukir.

Taburan: luar keseluruh dunia

Dolmen: Meja batu bercirikan batu rata yang horizontal dan diletakkan di atas satu atau lebih batu yang vertical.

Taburan: yang meluas juga tetapi tidak seluas menhir.

Jenis: 3 kategori; dolmen berkaki panjang, dolmen berkaki pendek dan dolmen tanpa kaki. Batunya adalah dibiarkan dalam bentuk yang asal tanpa pengubahsuaian. Mempunyai taburan yang meluas seluruh dunia tetapi tidak seluas menhir.

MEGALITIK DI ASIA TENGGARA

Terdapat di Thailand, Laos, Myanmar, Vietnam, Indonesia dan Malaysia

Thailand

Page 4: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

Vietnam

Laos – Plain of Jars

Page 5: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

Indonesia

Page 6: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan
Page 7: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan
Page 8: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

Jawa Timur

Page 9: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan
Page 10: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

Sumatera Barat

Pulau Nias (Barat Laut Nusantara)

Page 11: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan
Page 12: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

Pasemah (Palembang) – Sumatera Selatan

(menhir, dolmen, kubur batu, batu datar, deretan lesung batu, stone chamber dan lain-lain.

Page 13: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

MALAYSIA

Kawasan meliputi: negeri Perak, Negeri Sembilan dan Selangor manakala di Kepulauan Borneo pula ialah di Sarawak dan Sabah. Mula dikaji semenjak 1921 (Evans) di Pengkalan Kempas, Sheppards (1926 dan 1962) di Kuala Pilah dan Alor Gajah, Chandran (1973) dan Cesparis di tapak-tapak di Pengkalan Kempas.

Perak: - dijeniskan sebagai kubur kepingan batu (slab grave), yang banyak ditemui di kawasan Sungkai dan Slim River (Sebahagian daripada Lembah Bernam).

Selangor:

a. Lembah Bernam dari jenis yang sama ditemui di Sungkai iaitu kubur kepingan batu.

Page 14: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

Negeri Sembilan:

Evans (1921) – Pengkalan Kempas

Sheppard (1926) – memetakan 30 tapak megalik sekitar Kuala Pilah dan Alor Gajah dan diteruskan pada tahun 1962 di tempat yang sama.

Winstedt (1934), Jong (1980), Peletez (1988), Abdul Samad Idris (1990), diikuti pula kajian oleh Kamarul (1992) dan Zuraina (1993) yang mengkaji megalik di Negeri Sembilan dan Melaka.

Jenis batu megalik: jenis alignment, berpasangan dan Menhir

Pelbagai hipotesis dan pendapat berkenaan fungsi batu megalik di Negeri Sembilan ini:

a. Mempunyai kaitan rapat dengan masyarakat Minangkabau yang bermigrasi daripada tanah seberang khususnya di Pagar Ruyung dan beberapa daerah lain di Sumatera (Evans, 1921; Jong, 1980, Mahfuz (1997).

b. Fungsi batu megalith di Kuala Pilah adalah lambing kepada ideologi, social dan ekonomi rakyat (Kamarul, 1992:124) – berkaitan dengan semangat dan keramat dan menganggap bahawa fungsi megalith di kawasan tersebut sebagai lambing peringatan.

c. Batu hidup yang dijadikan oleh masyarakat untuk membayar nazar, membat kenduri, meminta keselamatan dalam perjalanan, membuka tanah, menanam padi, menebang pokok, mengelakkan daripada penyakit dan kecelakaan (Abdulah Zakaria (1982:21)

d. Malah Abdullah Zakaria (1982) menganggap sebagai batu kubur memandangkan kebanyakan batu ditemui dalam keadaan berpasangan (kecuali batu megalit di Pengkalan Kempas (pedang, sudu, kemudi).

e. Zuraina (1993:16), megalit berfungsi sebagai lambing memorial kepada seseorang individu.

f. Harrison (1962:378) pula menganggap batu megalith di Negeri Sembilan sebagai yang mempunyai “semangat”

g. Lain-lain meganggap sebagai kubur nenek moyang, yang menganggap juga sebagai keramat. Ada juga yang menganggap ia sebagai batu hidup.

Page 15: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

Kebudayaan zaman batu megalith di Negeri Sembilan amat menarik dikaji, walaupun telah ramai penyelidik yang mengkaji semenjak 1921 lagi.

Melaka

Jenis: alignment dan menhir.

Berapa tapak kajian oleh Zuraina (1993) iaitu:

a. Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka – tapak di Kpg Gelanggang dan ditemui lebih kurang 64 batuan megalitik – ditanam secara berpasangan, berorientasikan Timur-Barat.

b. Tapak di Selamak, Rembau iaitu di kampung Bintongan c. Estate Tebelong, Keru

Sarawak

Dikaitkan dengan masyarakat Kelabit Tanah Tinggi

Pengkaji: Harrison (1954), Harrison (1958), Harrison (1959), Lucas (1987)

Pentarikhan: Tidak dapat ditentukan. Harrisson (1973) menganggap kebudayaan megalitik di Sarawak mula berkembang sejak zaman pra-sejarah hingga ke tahun 1950an.

Jenis: menhir, batu berukir, dolmen, timbunan batu besar, tanah perkuburan, tapak kubur dengan pengebumian tembikar China, perkuburan batu lubang-lubang dan lain-lain.

Fungsi: memperingati seseorang individu yang selalunya merujuk kepada orang yang berpengaruh, disegani masyarakat atau ketua masyarakat. Selain itu, fungsi megalitik di Sarawat adalah pelbagai bergantung kepada nama batu itu sendiri, seperti:

a. Batu Sinuped (menhir) – didirikan untuk menunjukkan kekuatan peribadi, penghormatan kepada orang yang telah meninggal dunia. Batu ini juga digunakan sebagai penanda sempadan samada tanah peribadi atau juga sempadan kampung.

b. Batu Narit (batu ukiran) dalam pelbbagai bentuk – penonjolan identity masyarakat Kelabit yang kuat, sasa dan mempunyai kebolehan yang luar biasa.

c. Batu nangan (dolmen) – dikaitkan dengan perkuburan

Sabah

Berkisar dikawasan Kadasandusun

Jenis: Menhir (majoriti), Dolmen, Avenues

Page 16: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

Harrisson & Harrisson (1970) mengatakan Sabah diantara salah satu lokasi kebudayaan megalitik yang unik. Kajian Harrisson & Harrisson (1950an, 1960an dan 1970, telah merekodkan 133 menhir disepanjang 49km.

Fungsi: batu kubur (Connor (1970)

SEMINAR BATU MEGALITH

Kebudayaan megalitik ini sangat penting untuk dikaji bagi menentukan sosio- budaya, sosio-ekonomi dan sosio-politik terhadap kumpulan masyarakat yang mengamalkan kebudayaan megalitik.

Dalam Seminar Batu Megalith pada hari ini, sejumlah 6 kertas kerja dibentangkan oleh pembentang yang mempunyai pengetahuan megenai megalith.

Kertas Kerja 1

Lembah Megalith di Kuala Pilah olh Encik Abd Aziz Rashid

Lembah Megalith di Kuala Pilah

Megalitik bermaksud kebudayaan yang besar

Dijangkakan pada masa peralihan hindu budhaa

Jumpaan batu granit

Akhir zaman neolitik pd 3000 sblm masihi

Zaman protosejarah apabila sebahagian maasyarakat telah mengetahui utk

membaca dan menulis,

Page 17: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

Batu megalith dlm kategori zaman baru berlalu

Megalith di kuala pilah jenis menhir, berpasangan mengadap utara selatan

dan dipecahkan dari kawasan bukit , ditanam secara menegak

Byk terdapat di lembah terachi di kg talang dan kg parit

Keadaan warisan megalitik ini > tdk diberi perhatian> tdk berjaga> fasiliti yg

tdk > tiada papan tunjuk arah> peranan masyarakat tdk secara langsung>

publisiti dan promosi ke tapak megalitik

Prospek pengembangan pelancongan megalith > pendidikan.. pemetaan

budaya.. > keperluan infrastruktur> peranan penduduk setempat

Kertas Kerja 2

Batu Megalith: Daripada Sudut Pewartaan dan Perlindungan Tapak Warisan oleh Encik Rozairy Arbi

Pewartaan tapak-tapak kajian megalith

Akta-akta yang berkaitan khususnya Akta Warisan Kebangsaan 2005

Ciri dan sifat2 tapak warisan Kebangsaan dan tapak warisan Dunia dan bagaimana tapak-tapak warisan ini membantu dalam penjanaan ekonomi negara, berdasarkan lawatan pelancung.

Kertas Kerja 3

Pengalaman Ekskavasi Tapak Megalith di Negeri Sembilan oleh Tuan Haji Iesnordin Malan

Menghuraikan tentang pengalaman beliau dalam kerja-kerja penyelidikan kebudayaan Megalith khususnya di Melaka dan Negeri Sembilan di Daerah Tampin Negeri Sembilan dan Alr Gajah Melaka.

Melalui ekskavasi yang dijalankan membuktikan tiada penemuan bukti perkuburan di tapak yang dijalankan tetapi membuktikan adanya budaya material yang ditemui, seperti seramik yang mungkin sebagai bahan ritual.

Beliau memberi contoh kajian dan bukti-bukti megalith di Nusantara yang ada kaitan dengan kepercayaan dan adat budaya masyarakat.

Kertas Kerja 4

Perspektif Masyarakat Tentang Megalith oleh PM Dr Adnan Jusoh (UPSI)

Perspektif masyarakat terhadap kebudayaan Megalith (Batu Hidup)

Ritual

Tradisi pemujaan

Gotong Royog

Pengaruh Animisme

Page 18: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

Penghormatan

Tapak kubur

Status sosial

Kertas Kerja 5

Pengaruh Kebudayaan Megalith Di Sabah dan Sarawak oleh Dr Yuhus Sauman (UPSI)

Tradisi yang sejagat dan pelbagai

Pegaruh masyarakat dan mempunyai pelbagai pengaruh (agama)

Taburan tapak megalith di Sabah (Lembah, Tanah Tinggi)

Taburan tapak megaligth di Sarawak (pesisir pantai seperti Santubung)

Jeis megalith (monolith atau menhir (tanah rendah), dolmen dan batu gambar (padi bukit – tanah tinggi)

Menerangkan juga tentang fungsi megalith di Sabah dan Sarawak yang dapat diringkaskan sebagai mempunyai unsur pemujaan, sempadan tanah pertanian, batu sumpan (pebelaan), penanda kubur, batu peringatan, batu tanda bersaiz tinggi sebagai tanda kematian orang yang penting dalam masyarakat, peringatan kepada lagenda (dirikan megalith), mempunyai semangat atau roh, tanda peringatan.

Megalith di Sarwak dalam pelbagai jenis seperti Dolmen, batu gambar, batu Nabau

Kertas Kerja 6

Potensi Megalith Sebagai Produk Pelancungan Baru Negeri Sembilan oleh Y.Bhg Dato’Hasnul Mohamed

1. Produk 2. Pelancungan

Menerangkan peranan kerajaan negeri dalam sector pelancungan yang memberi kesan secara langsung kepada masyarakat tempatan dan nilai tambah kepada ekonomi negeri.

Megalith dijadikan sebagai asset yang diwaiskan oleh nenek moyang kita kepada kita kini…menjana keuntungan dalam kontek ekonomi.

Batu Megalith memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri malah keuntungan kepada masyarakat.

Menarik lebih ramai pelawat (domestik dan antarabangsa) akan memberi kesan kepada industri perhotelan, perniagaan oleh peniaga tempatan.

Sektor pelancungan boleh meningkatkan kadar KDNK negeri.

Page 19: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

Mempopularkan Kompleks Megalith Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan

- Penubuhan galeri megalith - Pemindahan sebahagian batu megalith - Pembinaan struktur baru yang selari dengan struktur asal . - Menaiktaraf kemudahan infra.

Menyentuh juga mengenai sejarah batu megalith di Negeri Sembilan yang bertaburan sekitar daerah-daerah di Negeri Sembilan, yang dikatakan lebih 3000 batu megalith.

Isu utama – tapak megalith kebanyakannya terletak di tsnsh-tsnsh persendirian.

RUMUSAN DAN RESOLUSI SEMINAR

Menyentuh banyak perkara yang meliputi keseluruhan isu mengenai kebudayaan megalitik di Malaysia umumnya dan khususnya di Negeri Sembilan ini. Maka, kita merumuskan bahawa sesuatu harus dilakukan oleh kerajaan, samada oleh kerajaan Persekutuan, mahupun kerajaan negeri yang membuktikan penemuan Batu Megalith ini. Melalui seminar ini, yang merupakan perjumpaan yang pertama kali diadakan setakat ini yang khusus membincangkan aspek kebudayaan Megalitik di Malaysia.

Oleh kerana, ianya di adakan di negeri yang membuktikan kebudayaan Megalitik yang penting di Malaysia iaitu di Negeri Sembilan, maka Seminar ini telah menghasilkan resolusi mengenai kebudayaan ini yang perlu diketengahkan sebagai salah satu agenda penting bagi negeri dan malah negara untuk dibangunkan dalam pelbagai aspek iaitu sejarah sosio-budaya masyarakat, sosio-ekonomi, sosio-politik serta jatidiri masyarakat. Malah, tapak-tapak kebudayaan megalitik ini juga dapat dilihat sebagai kawasan yang mampu menjana ekonomi negara atau negeri khususnya dalam aspek pelancongan.

Lantaran itu, urusetia Seminar Batu Megelith 2017 di Negeri Sembilan pada 21, November, iaitu hari ini telah mencadangkan 8 Resolusi Seminar seperti berikut:

Page 20: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

RESOLUSI SEMINAR BATU MEGALITH

1. Menjadikan Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas sebagai

Pusat Penyelidikan dan Konservasi Megalith di Negeri

Sembilan.

2. Menubuhkan Persatuan Batu Megalith Malaysia yang berpusat

di Negeri Sembilan.

3. Memperkukuhkan pengurusan Kompleks Sejarah Pengkalan

Kempas dan tapak-tapak megalith lain di seluruh Malaysia.

4. Menggalakkan penyelidikan lanjutan dalam Batu Megalith di

kalangan penyelidik dalam dan luar Negara.

5. Menjadikan batu megalith sebagai salah satu daripada identiti

dan produk pelancongan utama di Negeri Sembilan dan

Malaysia umumnya.

6. Bersetuju agar batu megalith tertentu atau terpilih yang

banyak bertaburan di Negeri Sembilan dipindahkan ke

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas agar lebih tersusun dan

terjaga.

7. Mencadangkan agar satu peruntukan tetap oleh Kerajaan

Negeri dan kerajaan Persekutuan (melalui Jabatan Warisan

Negara) sebagai peruntukan tahunan bagi kerja-kerja

pemeliharaan batu megalith tersebut.

Page 21: KEBUDAYAAN MEGALITIK Konseplmns.ns.gov.my/images/PDF/.../Sesi_Petang/...SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf · ... Nias, Luzon, utara Thailand dan Mynmar ... yang ada kaitan dengan kepercayaan

8. Pemetaan semula tapak-tapak Batu Megalith seluruh Malaysia

supaya dapat tersenarai sebagai tapak kunjungan pelancong

dan sebagai panduan kepada penyelidik dalam dan luar

Negara.