Kebangkitan Mahasiswa 1960-An

4
 Page 1 of 4 Rencana Kebangkitan mahasiswa 1960-an Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI Tarikh : December 25, 2011 Isu Akta Univerisiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kembali 'panas' selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 bagi membenarkan mahasiswa universiti awam menjadi ahli parti politik. Bagaimanapun, cadangan itu mendapat tentangan daripada beberapa persatuan pelajar yang meminta agar Auku dimansuhkan, bukan dipinda. Sebelum isu ini dibincangkan dengan lebih mendalam, eloklah jika kita imbau kembali detik-detik bagaimana kehidupan mahasiswa sebelum Auku diwujudkan. Ikuti temubual WARTAWAN SINAR HARIAN ONLINE, ZULAIKHA ZULKIFLI bersama bekas Setiausaha Umum Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UMSU) yang paling lama berkhidmat, iaitu Syed Hamid Ali. Syed Hamid kini merupakan Ketua Cabang PKR Batu Pahat, Johor dan menetap di sana. Beliau yang kini berusia 67 tahun memiliki dua orang cahaya mata masih lagi bergiat aktif di arena politik. Menceritakan detik-detik kebangkitan mahasiswa sebelum wujudnya Auku, menurutnya, mahasiswa khusu snya di Universiti Malaya (UM) sebelum ini mentadbir dan menguruskan 100 peratus persatuan mereka sendiri tanpa campur tangan pihak universiti. UMSU Syed menceritakan, UMSU pada masa itu berperanan untuk menjaga kebajikan dan hal ehwal mahasiswa. Persatuan itu pada mulanya lebih menjurus kepada kebajikan

Transcript of Kebangkitan Mahasiswa 1960-An

Page 1: Kebangkitan Mahasiswa 1960-An

8/3/2019 Kebangkitan Mahasiswa 1960-An

http://slidepdf.com/reader/full/kebangkitan-mahasiswa-1960-an 1/4

 

Page 1 of 4

Rencana 

Kebangkitan mahasiswa 1960-anOleh : ZULAIKHA ZULKIFLI

Tarikh : December 25, 2011

Isu Akta Univerisiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kembali 'panas' selepas

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk meminda

Seksyen 15 bagi membenarkan mahasiswa universiti awam menjadi ahli parti politik.

Bagaimanapun, cadangan itu mendapat tentangan daripada beberapa persatuan pelajar

yang meminta agar Auku dimansuhkan, bukan dipinda.

Sebelum isu ini dibincangkan dengan lebih mendalam, eloklah jika kita imbau

kembali detik-detik bagaimana kehidupan mahasiswa sebelum Auku diwujudkan.

Ikuti temubual WARTAWAN SINAR HARIAN ONLINE, ZULAIKHA

ZULKIFLI bersama bekas Setiausaha Umum Persatuan Mahasiswa Universiti

Malaya (UMSU) yang paling lama berkhidmat, iaitu Syed Hamid Ali.

Syed Hamid kini merupakan Ketua Cabang PKR Batu Pahat, Johor dan menetap di

sana. Beliau yang kini berusia 67 tahun memiliki dua orang cahaya mata masih lagi

bergiat aktif di arena politik.

Menceritakan detik-detik kebangkitan mahasiswa sebelum wujudnya Auku,

menurutnya, mahasiswa khususnya di Universiti Malaya (UM) sebelum ini mentadbir

dan menguruskan 100 peratus persatuan mereka sendiri tanpa campur tangan pihak 

universiti.

UMSU 

Syed menceritakan, UMSU pada masa itu berperanan untuk menjaga kebajikan dan

hal ehwal mahasiswa. Persatuan itu pada mulanya lebih menjurus kepada kebajikan

Page 2: Kebangkitan Mahasiswa 1960-An

8/3/2019 Kebangkitan Mahasiswa 1960-An

http://slidepdf.com/reader/full/kebangkitan-mahasiswa-1960-an 2/4

 

Page 2 of 4

pelajar seperti membantu pelajar yang tidak mempunyai rumah dan sebagainya.

Bagaimanapun, dengan adanya isu-isu yang melanda luar negara pada masa itu, ia

meningkatkan kesedaran mahasiswa untuk lebih aktif berbanding hanya menjaga

kebajikan pelajar.

"Antara peristiwa yang terjadi pada masa itu ialah perang Vietnam. Itu antara isupokok. Kami sangat memihak kepada perjuangan yang membebaskan negara dan

Amerika Syarikat (US) yang sepatutnya tidak melakukan perkara itu bahkan

mahasiswa sedunia turut bangkit menentang tindakan US," katanya.

Selain itu, Syed berkata, pada tahun 1966, UMSU yang diketuai oleh Khong Kim

Hoong telah menyedarkan mahasiswa mengenai kepentingan isu rakyat pada masa

itu. Beliau berkata, mahasiswa pada zaman itu tiada bezanya dengan rakyat biasa dan

 jika rakyat ada perananya, begitu juga dengan mahasiswa.

"Ada satu persamaan di antara mahasiswa dengan rakyat iaitu bertangunggjawab dan

harus menyumbang kepada negara," katanya.

Mengimbau kenangan lalu, beliau berkata, antara perkara yang dibuat oleh UMSU

pada masa itu ialah mereka menyediakan perkhidmatan bas, memiliki bagunan sendiri

dan turut memberi gaji kepada kerani.

Mungkin nampak pelik dan sukar bagaimana persatuan mahasiswa dapat melakukan

semua perkara ini sendirian tanpa bantuan pihak universiti.Justeru, Syed berkata, tiada

yang mustahil kerana mereka mewajibkan semua pelajar UM membayar yuran

persatuan UMSU.

"Dari situlah kami dapat duit untuk membeli dan membayar semua benda. Pihak 

universiti pula langsung tidak dibenarkan untuk mengambil tahu apa yang UMSU

lakukan pada masa itu," katanya.

Menurut Syed, walaupun tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak, tetapi hasil

yuran yang dibayar pelajar sebanyak RM10 setahun itu mampu membeli bas untuk 

kegunaan pelajar, mengupah kerani, pemandu bas dan memiliki kantin.

Selain itu, Syed menceritakan, dengan memberi peluang kepada mahasiswa untuk 

mengurustadbir persatuan mereka 100 peratus, ia dapat menjadikan seseorang

mahasiswa itu mempunyai daya fikir yang tinggi dan mampu berdikari.

"Bukan hanya menjadi mahasiswa 'pak angguk' yang mana hanya tahu menerima

arahan sahaja," katanya.

Beliau berkata, universiti pada ketika itu mempunyai autonomi dan kebebasan serta

tidak dikawal oleh menteri. Malahan mempunyai majlisnya yang tersendiri yang

terdiri daripada bekas pelajar dan pensyarah.

"Pada masa itu universiti dan menteri langsung tidak mengganggu. Dulu, UM terkenal

dan antara ranking tertinggi dunia, tetapi sekarang UM sudah jatuh. Mengapa UM

 jatuh? kerana universiti telah dipolitikan," katanya.

Page 3: Kebangkitan Mahasiswa 1960-An

8/3/2019 Kebangkitan Mahasiswa 1960-An

http://slidepdf.com/reader/full/kebangkitan-mahasiswa-1960-an 3/4

 

Page 3 of 4

Student Manifesto 

Menceritakan detik-detik kebangkitan mahasiswa, beliau memberitahu, pada tahun

1969, ketika musim pilihan raya, UMSU mengadakan perbincangan untuk meletakkan calon dalam pilihan raya.

"Mula-mula kita ingat nak letakkan calon. Tapi lepas itu bila difikirkan balik tidak 

 jadi letakan calon tetapi kami hasilkan dengan satu manifesto yang diberi nama

'Manifesto Mahasiswa' yang mempunyai tujuh perkara penting yang kita fokuskan,"

katanya.

Syed menambah, antara perkara yang dituntut oleh mahasiswa pada ketika itu ialah

untuk menuntut hak-hak kebesasan dan asasi kemanusiaan seperti menentang ISA,

hal-hal pendidikan dan kemiskinan.

Beliau berkata, timbulnya idea untuk membuat manifesto ini juga kerana bagi UMSU,

sudah tiba masanya mahasiswa untuk mengambil tindakan positif bagi menentukan

masa depan negara.

Syed Hamid berkata, dengan membawa tujuh tuntutan itu, UMSU telah mengelilingi

13 negeri di semenanjung untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang tuntutan

mereka.

"Kami telah pergi ke negeri-negeri untuk membuat rapat umum dan beritahu pada

masyarakat apa yang telah kami tuntutkan. Semakin lama, orang yang hadir ke rapat

umum itu semakin ramai, tetapi apabila kami hendak pergi ke pantai timur, polis

sudah menghalang.”

“Hasil daripada rapat umum yang mahasiswa lakukan di 13 negeri, sembilan calon

Barisan Nasional (pada masa itu Perikatan) telah kalah dan ini yang membimbangkan

kerajaan pada masa itu. Pengaruh kita pada masa itu sangat ramai," katanya.

Jelasnya, sambutan yang menggalakan daripada penduduk setempat sangat

memberangsangkan sehingga mereka diberi duit untuk mencetak puluhan ribu

manifesto untuk diberi kepada orang ramai.

"Kita tak mewakili mana-mana parti pada masa itu. Caranya senang sahaja. Apa yang

kita hendak ialah jika ada parti yang boleh terima manifesto ini, sokong parti itu,"

katanya.

Beliau menambah, sambutan yang diterima oleh penduduk setempat sangat positif 

sehingga ada yang membandingkan rapat umum UMSU dengan kehadiran Lim Kuan

Yew ke Pulau Pinang pada masa itu.

Syed berkata, selain daripada manifesto yang dituntut oleh mahasiswa, mahasiswa

pada zaman itu juga telah ke depan.

Page 4: Kebangkitan Mahasiswa 1960-An

8/3/2019 Kebangkitan Mahasiswa 1960-An

http://slidepdf.com/reader/full/kebangkitan-mahasiswa-1960-an 4/4

 

Page 4 of 4

"Pada tahun 1967 atau 1968, ada beberapa isu negara seperti isu tanah, peristiwa

Baling dan sebagainya telah mahasiswa perjuangkan. Mahasiswa tidak lagi hanya

tertumpu pada isu kebajikan mahasiswa tetapi turut terlibat dengan isu yang menuntut

keadilan dan ini yang membimbangkan kerajaan pada masa itu dan diatas sebab ini

 jugalah, ramai mahasiswa dan pensyarah telah ditangkap dan dimasukan dalam ISA,"

katanya.

Beliau menambah, kemungkinan besar Auku telah diwartakan pada 1971 adalah

disebabkan kebangkitan mahasiswa pada masa itu.

Auku tidak relevan 

Ketika ditanya samada kewujudan Auku relevan ataupun tidak kepada mahasiswa,

Syed berkata, Auku merupakan satu akta yang tidak relevan kerana menekan hak 

asasi manusia. Katanya, apa sahaja tindakan yang menekan masyarakat tidak kirasektor apa, tidak relevan.

“Sebab itu kita tentang ISA pada zaman 1960-an kerana ISA itu zalim. Tangkap tanpa

bukti. Bermula daripada tahun 1960-an lagi saya telah nampak undang-undang ini

zalim dan tidak relevan," katanya.

Tambahnya, dengan adanya Auku, ia telah memberi bebanan kepada mahasiswa

kerana mahasiswa telah dibebankan dengan ISA dan juga Auku.

"Mahasiswa sekarang lebih teruk daripada masyarakat biasa. Masyarakat biasa perlu

berdepan ISA, tetapi mereka perlu berdepan dengan ISA dan Auku. Auku tidak 

pernah relevan malah Auku ini tambahan daripada ISA.”

“Auku juga tidak perlu dipinda. Kalau sebuah pokok, akarnya sudah busuk, cabut

sahaja. Tidak perlu dicantas, atau ditabur baja. Buang masa," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/rencana/kebangkitan-mahasiswa-1960-an-1.14719 

pada 25 Disember 2011 @ 03:50 p.m