Karangan Peribahasa Seperti Kacang Lupakan Kulit

2
KARANGAN PERIBAHASA - “seperti kacang lupakan kulit” Pak Kamal seorang pesawah yang tidak memiliki pendidikan tinggi. Dia tidak mahu anak tunggalnya itu menjalani kehidupan yang serupa dengannya. Pak Kamal lebih suka melihat Ali berjaya dalam hidupnya dan memiliki pelajaran yang baik. Jadi, setiap hari Pak Kamal dan isterinya akan bekerja keras di sawah untuk memastikan Ali mampu ke sekolah. Mereka sanggup berlapar dan tidak memiliki pakaian yang banyak asalkan anak mereka itu mampu ke sekolah setiap hari. Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja demi kejayaan Ali yang merupakan anak tunggal mereka. Kini, Pak Kamal dan isterinya boleh berbangga kerana Ali menjadi satu-satunya penduduk kampung mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Ali berjaya dipilih untuk memasuki kursus perubatan di sebuah universiti terkenal negara. Sebaik sahaja tamat pengajiannya, Ali telah berjaya mendapat

description

KARANGAN PERIBAHASA SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT

Transcript of Karangan Peribahasa Seperti Kacang Lupakan Kulit

KARANGAN PERIBAHASA- seperti kacang lupakan kulitPak Kamal seorang pesawah yang tidak memiliki pendidikan tinggi. Dia tidakmahu anak tunggalnya itu menjalani kehidupan yang serupa dengannya. PakKamal lebih suka melihat Ali berjaya dalam hidupnya dan memiliki pelajaranyang baik.Jadi, setiap hari Pak Kamal dan isterinya akan bekerja keras di sawah untukmemastikan Ali mampu ke sekolah. Mereka sanggup berlapar dan tidakmemiliki pakaian yang banyak asalkan anak mereka itu mampu ke sekolahsetiap hari. Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja demi kejayaan Ali yangmerupakan anak tunggal mereka.Kini, Pak Kamal dan isterinya boleh berbangga kerana Ali menjadi satu-satunyapenduduk kampung mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menaragading. Ali berjaya dipilih untuk memasuki kursus perubatan di sebuahuniversiti terkenal negara.Sebaik sahaja tamat pengajiannya, Ali telah berjaya mendapat kerja sebagaidoktor di sebuah hospital swasta yang terkenal. Gaji bulannya begitu lumayan.Jauh lebih banyak daripada pendapatan ayahnya itu sehingga Ali sudahmampu untuk membeli sebuah kereta dan rumah dalam masa tidak sampaisetahun sahaja.Namun, kebahagian yang dijangkakan oleh Pak Kamal dan isterinya tidakkesampaian kerana kehidupan di kota telah menyebabkan Ali lupatanggungjawabnya kepada keluarga. Dia tidak lagi pulang melawat ibu bapanyadi kampung. Dia tidak mengenang jasa dan pengorbanan ayah serta ibunya itu.Pak Kamal sedar bahawa anak yang dahulunya disanjung atas kejayaanya itukini menjadi seperti kacang lupakan kulit. Apabila teringatkan anaknya itu,Pak Kamal menangis tetapi dia dan isterinya masih berdoa agar Ali akan berasainsaf lalu pulang ke pangkuan mereka.