KANDUNGAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/tindakan perusahaan BM.pdf · melakukan kerja...

18

Transcript of KANDUNGAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/tindakan perusahaan BM.pdf · melakukan kerja...

2

KANDUNGAN

Prakata

1. Pendahuluan

2. Objektif

3. Daftar lstilah

4. Latar Belakang

5. Tindakan Perusahaan

5.1 Piket

5.2 Mogok

5.2.1 Prosedur Mogok

5.2.2 Larangan Untuk Mogok

5.2.3 Hukuman Bagi Mogok Haram

5.3 Sekat Masuk (Lock-Out)

6. Peranan Jabatan, Majikan Dan Kesatuan Sekerja Dalam Menangani Isu-Isu Tindakan Perusahaan

6.1 Peranan Jabatan

6.2 Peranan Majikan Dan Kesatuan Sekerja

7. Penutup

Jadual

3

5

5

5

6

7

8

9

11

11

12

12

12

13

14

3

Handbook ini diterbitkan sebagai sumber rujukan kepada pegawai diJabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), khasnya dalam memberi khidmat nasihat dan mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan perhubungan perusahaan. Selain daripada itu, handbook ini juga merupakan panduan asas yang boleh digunapakai oleh pihak majikan, pekerja, kesatuan sekerja atau pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang tugas perhubungan perusahaan.

Sebagai sebuah Jabatan yang bertanggungjawab untuk memupuk dan memelihara perhubungan perusahaan yang harmoni dan positif di antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka, maka adalah diharapkan penerbitan handbook ini dapat memupuk perhubungan perusahaan yang harmoni di tempat pekerjaan dan dalam Negara amnya selari dengan matlamat Jabatan Mencorakkan Masa Depan Bersama Keharmonian Perusahaan.

Akhir kata sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai JPPM yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan handbook ini.

Fong Khei Por J.S.M, A.M.K

Ketua PengarahJabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia

PRAKATAKETUA PENGARAH

PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA

5

1. Pendahuluan

Jabatan Perhubungan Perusahaan adalah bertanggungjawab dan memainkan peranan utama dalam membendung kejadian tindakan perusahaan seperti mogok, piket dan sekat masuk (lock out) bagi memupuk dan memelihara keharmonian perusahaan negara demi mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif.

Tindakan perusahaan adalah sah dalam keadaan dan bagi tujuan tertentu, seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan dalam contoh kes antara HM Shah Enterprise Sdn. Bhd. lwn. National Union of Hotel Bar & Restaurant Workers (Award 148 tahun 1988) dan kes antara Syarikat Perjalanan Terus Butterworth-Kuala Lumpur Sdn. Bhd. lwn. Transport Workers Union (Award 279 tahun 1988).

2. Objektif

2.1 Memberi kefahaman dan meningkatkan pengetahuan mengenai piket, mogok dan sekat masuk (lock out).

2.2 Menjelaskan prosedur-prosedur mengenai piket, mogok dan sekat masuk (lock out) yang perlu dipatuhi.

3. Daftar Istilah

“Tindakan Perusahaan” adalah merujuk kepada tindakan piket, mogok atau sekat masuk (lock out).

“Mogok” ertinya tindakan memberhentikan atau enggan melakukan kerja oleh sekumpulan pekerja yang bertindak secara bersatu atau menyekat, mengurang, menangguh atau menamatkan pelaksanaan mana-mana tugas berkaitan dengan pekerjaan mereka.

6

“Piket” ertinya berdiri atau berarak di hadapan premis perniagaan atau pejabat bagi tujuan mendedahkan kepada orang ramai tentang rungutan pekerja atau apa-apa bentuk bantahan. (Legal Dictionary - Sinha & Dheeraj ILBS: 1996).

“Sekat Masuk (Lock-Out)” ertinya:

a) Penutupan tempat kerja; atau

b) Penggantungan kerja; atau

c) Keenganan majikan untuk terus mengambil bekerja apa- apa bilangan pekerja yang bekerja dengannya dalam meneruskan pertikaian yang dilakukan dengan tujuan untuk memaksa pekerja berkenaan supaya menerima syarat- syarat dan peraturan-peraturan pekerjaan atau yang menyentuh tentang pekerjaan.

4. Latar Belakang

Apabila sesuatu pertikaian antara kesatuan sekerja dengan majikan gagal diselesaikan secara damai, pihak yang bertikai akan cuba mendesak menggunakan cara yang lebih agresif bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka yang mana tindakan ini boleh dianggap sebagai tindakan perusahaan. Terdapat tiga jenis tindakan perusahaan yang dibenarkan oleh undang- undang iaitu:

- Piket; - Mogok; dan - Sekat masuk (lock-out)

Di Malaysia, mogok terawal dalam konteks tindakan perusahaan dilaporkan apabila Parti Komunis Malaya berjaya menyatukan pekerja-pekerja bukan mahir menubuh pergerakan bawah tanah (underground movement) serta mengadakan mogok beberapa kali dalam tahun 1930an. Berikutan itu pihak kerajaan

7

memutuskan untuk memperkenalkan Trade Union Enactment pada tahun 1946.

Penggubalan undang-undang berkenaan pada ketika itu adalah bertujuan mengekang penglibatan Parti Komunis dalam kesatuan sekerja, menghadkan saiz dan kuasa kesatuan sekerja dengan menghalang penubuhan kesatuan sekerja bagi pekerja am, dan mengawal serta memantau pergerakan mereka dengan mewajibkan pendaftaran kesatuan sekerja.

5. Tindakan Perusahaan

5.1 Piket

Piket merupakan bentuk tindakan perusahaan yang kerap diambil oleh para pekerja. Seksyen 40 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, membenarkan seorang atau lebih pekerja, hadir di tempat atau berhampiran tempat mereka bekerja secara aman bagi tujuan:

• mendapatkan atau menyampaikan maklumat. • memujuk atau mendorong mana-mana pekerja supaya bekerja atau tidak bekerja apabila wujudnya pertikaian perusahaan.

Walau bagaimanapun piket tersebut mestilah dilakukan:

• Secara aman; • Tidak mengancam mana-mana orang; • Tidak menghalang jalan/pintu masuk dan keluar ke premis majikan oleh pekerja yang terlibat secara langsung dalam pertikaian tersebut; dan • Pegawai atau pekerja kesatuan sekerja boleh hadir hanya bagi maksud mengekalkan ketenteraman dan disiplin serta memastikan bahawa pekerja-pekerja itu mematuhi peruntukan berkenaan.

8

Piket merupakan tindakan perusahaan yang dilakukan oleh pekerja di luar waktu kerja mereka iaitu:

• pada waktu makan tengahari; • sebelum; atau • selepas waktu kerja.

Piket kebiasaannya merupakan usaha kesatuan untuk mendesak majikan menurut kehendak pekerja memandangkan terdapat beberapa syarat yang menyukarkan pekerja melancarkan tindakan mogok secara sah.

Menurut Seksyen 40(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, mana-mana orang yang bertindak bertentangan dengan syarat-syarat dan tujuan berpiket seperti yang dinyatakan di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan hukuman seperti berikut: - Penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun; atau - Denda tidak melebihi satu ribu ringgit; atau - Kedua-duanya.

Tindakan piket dibenarkan dengan syarat ianya tidak dilakukan di luar batas undang-undang. Tujuan piket itu dibenarkan adalah untuk memberi peluang kepada pihak- pihak yang terlibat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Walau bagaimanapun hubungan industri yang harmoni dan kompetitif perlu dipelihara dan diberi keutamaan kerana ia secara tidak langsung boleh membantu pertumbuhan ekonomi negara dalam merealisasikan Wawasan 2020.

5.2 Mogok

Tindakan mogok adalah di bawah kawalan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

9

Terdapat beberapa jenis tindakan perusahaan yang tergolong dalamdefinisimogokseperti:

a. Melambatkan kerja (go slow); b. Bekerja mengikut peraturan (work to rule); dan c. Enggan membuat kerja lebih masa.

Menerusi tindakan tersebut di atas, walaupun pekerja terus bekerja tetapi akan berlaku pengurangan dalam pengeluaran dan pengurangan pengeluaran dengan sengaja adalah dianggap sebagai mogok. (Award Mahkamah Perusahaan bilangan 28 tahun 1975 menyatakan “A slow- down or go slow and work-to-rule by workers are forms of strike under the Industrial Relations Act”).

Keengganan bekerja lebih masa oleh sekumpulan pekerja juga dianggap sebagai tindakan mogok dalam Perkhidmatan Perlu (Essential Services) kerana dalam organisasi sedemikian pekerja boleh diperlukan untuk kerja lebih masa oleh majikan.

5.2.1 Prosedur Mogok

Sesebuah kesatuan yang hendak melancarkan mogok hendaklah mengikut peraturan-peraturan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959. Bagi perkhidmatan yang ditakrifkan sebagai perkhidmatan perlu di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967, selain daripada mematuhi peraturan-peraturan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959, kesatuan juga dikehendaki mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Seksyen 43 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 seperti berikut:

• memberi notis kepada majikan selama 42 hari sebelum melancarkan mogok;

10

• tidak melancarkan mogok dalam tempoh 21 hari selepas memberi notis itu;

• tidak melancarkan mogok sebelum luputnya tarikh yang ditetapkan dalam notis itu.

Untuk melakukan mogok secara sah, selain daripada mematuhi Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Peraturan-Peraturannya, sesebuah kesatuan sekerja juga perlu mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja berkenaan.

“Wildcat Strike” ialah tindakan mogok yang biasanya dilakukan oleh:

• pekerja-pekerjayangtidakberkesatuan;atau • kesatuansekerja tetapi tidakmematuhiprosedur ditetapkan.

Pada amnya mereka yang tidak berkesatuan tidak dibenarkan untuk melancarkan mogok.

Menurut Seksyen 45 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, mogok itu dianggap sebagai mogok haram sekiranya: • Ianya melanggar peruntukan Seksyen 43 Akta yang sama atau mana-mana undang-undang bertulis; • Ianya mempunyai objektif lain selain daripada perlanjutan kepada pertikaian perusahaan yang melibatkan pekerja yang mogok dengan majikan; • Dilakukan oleh pekerja-pekerja yang bukan ahli kesatuan sekerja.

11

5.2.2 Larangan Untuk Mogok

Seksyen 44 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 melarang tindakan mogok dalam situasi seperti berikut:-

• Dalam tempoh di mana Lembaga Penyiasat dilantik menurut Seksyen 34 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 menjalankan penyiasatan dan dalam tempoh 7 hari selepas penyiasatan itu selesai;

• Berkaitan dengan sebarang perkara yang diliputi perjanjian bersama yang telah diambil perhatian oleh Mahkamah Perusahaan atau perkara yang diliputi oleh keputusan (award) Mahkamah Perusahaan;

• Berkaitan dengan hak majikan (management’s prerogatives) di bawah Seksyen 13(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967;

• Dalam tempoh tuntutan pengiktirafan oleh kesatuan sedang dikendalikan.

5.2.3 Hukuman Bagi Mogok Haram

Seksyen 46 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 memperuntukkan seseorang pekerja yang melibatkan diri dalam mogok haram, jika disabitkan kesalahan boleh:

• dipenjarakantidakmelebihisatutahun;atau • dendatidakmelebihiRM1,000.00;atau • kedua-duanya.

12

5.3 Sekat Masuk (Lock-Out)

Sekat masuk (lock-out) adalah tindakan yang boleh diambil oleh majikan bagi mendesak atau menekan kesatuan sekerja supaya menerima syarat-syarat atau peraturan yang ditawarkan oleh majikan kepada pekerja.

6. Peranan Jabatan, Majikan Dan Kesatuan Sekerja Dalam Menangani Isu-isu Tindakan Perusahaan

6.1 Peranan Jabatan

Sekiranya dimaklumkan mengenai tindakan perusahaan oleh mana-mana pihak yang bertikai, Jabatan akan membawa kedua-dua pihak ke meja rundingan bagi tujuan penyelesaian.

6.2 Peranan Majikan dan Kesatuan Sekerja

Pihak yang bertikai hendaklah memberi kerjasama kepada Jabatan dalam perkara-perkara berikut:

a) Memberikan maklumat yang tepat mengenai isu pertikaian;

b) Berbincang dengan pihak Jabatan untuk mencari jalan penyelesaian;

c) Kedua-dua pihak perlu bersedia untuk bertolak ansur untuk mencapai penyelesaian secara damai

13

7. Penutup

Piket, mogok mahupun sekat masuk merupakan usaha untuk mencapai sesuatu matlamat oleh pihak yang terlibat dalam pertikaian perusahaan. Tindakan tersebut merupakan usaha untuk mendesak pihak-pihak tertentu agar menuruti kehendak pihak yang bertikai. Meskipun mogok dibenarkan di Malaysia, tetapi kesannya terhadap ekonomi adalah sangat serius.

Di peringkat syarikat, tindakan perusahaan boleh menyebabkan kerugian besar kepada majikan. Manakala di peringkat nasional pula, ianya akan mempengaruhi keputusan pelaburan oleh syarikat multi-nasional. Justeru itu semua pihak hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mencegah dan menghindar dari berlakunya sebarang bentuk tindakan perusahaan.

14

JADUAL

PERKHIDMATAN-PERKHIDMATANPERLU(Seksyen2)

1. Perkhidmatan-perkhidmatan bank.

2. Perkhidmatan-perkhidmatan elektrik.

3. Perkhidmatan-perkhidmatan bomba.

4. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan, labuhan dan lapangan terbang, termasuklah memuat dan memunggah di kapal, pengangkutan, pengendalian kargo, penundaan dan penyimpanan atau memukal komoditi-komoditi.

5. Perkhidmatan-perkhidmatan pos.

6. Perkhidmatan-perkhidmatan penjara.

7. Pengeluaran, penapisan, penyimpanan, pembekalan dan pengedaran minyak dan minyak pelincir.

8. Perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan awam.

8A. Perkhidmatan pengurusan pembuangan sisa awam.

9. Perkhidmatan-perkhidmatan komunikasi radio, termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan penyiaran dan televisyen.

10. Perkhidmatan-perkhidmatan telegraf, telefon dan telekomunikasi.

11. Perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan melalui darat, air dan udara.

12. Perkhidmatan-perkhidmatan air.

15

13. Apa-apa perkhidmatan oleh mana-mana Jabatan Kerajaan yang berikut:

(i) Kimia; (ii) Penerbangan Awam; (iii) Kastam dan Eksais; (iv) Imigresen; (v) Marin; (vi) Meteorologi; (vii) Percetakan.

14. Perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan, atau berhubungan dengan, atau yang membantu kepada, penyenggaraan dan perjalanan tugas-tugas Angkatan Tentera dan Angkatan Polis Diraja Malaysia.

15. Perniagaan-perniagaan dan industri-industri yang berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan Malaysia.

16. Mana-mana bahagian dalam apa-apa perkhidmatan, yang bertanggungjawab ke atas keselamatan pekerja-pekerjanya atau pertubuhan yang berhubungan dengannya.

17. Industri-industri yang diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan di dalam Warta sebagai industri-industri perlu kepada ekonomi Malaysia.

16

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh disiarkan dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat keizinan bertulis daripada penerbit Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.

All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electrical, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission in writing of the Department of Industrial Relations of Malaysia, Ministry of Human Resources.